You are on page 1of 2

EKSPERIMEN 4 Tujuan : Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu jarak. : 2.

0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum(II) sulfat (disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm-3 larutan kalim manganat(VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % . : Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.

Bahan

Alat Radas Prosedur :

1. Letakkan tiub U pada pemegang kaki retot. 2. Masukkan asid sulfurik cair ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U. 3. Dengan menggunakan penitis, tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya dengan berhati-hati, tambahkan 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ke lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Letakkan elektrod karbon ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Sambungkan elektrod ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, tentukan elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif. 7. Biarkan radas tersebut selama 30 minit, perhatikan sebarang perubahan yang berlaku. 8. Gunakan penitis yang bersih, keluarkan 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dari tiub-U dam masukkannnya ke dalam tabung uji.Tambah beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ke dalam tabung uji tersebut. Rekodkan pemerhatian anda. 9. Ulangi langkah 1 hingga 7 menggunakan larutan 0.5 moldm-3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid 10. Ulangi langkah 8 untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.

Galvanometer

Elektrod karbon Larutan ferum (II) sulfat Tiub-U Asid sulfurik Larutan berasid kalium dikromat (VI)

Rajah 2

Soalan: 1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini. (4m) (ii) Dalam seIiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan. (4m) 2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut. (4m) 3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan. (2m)

4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas. (4m) 5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik? (2m)

You might also like