P. 1
Sejarah~Form 1

Sejarah~Form 1

4.25

|Views: 8,182|Likes:
Published by Ctyati

More info:

Published by: Ctyati on Nov 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Sejarah

Sejarah merupakan istilah generik untuk maklumat masa yang lalu seperti "sejarah geologi bumi". Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan mengenai masyarakat yang lalu.

Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.contoh seejarah ialah haziq tak pandai main bola langsung.

pengkajian sejarah Kaedah Pengkajian Sejarah

• • •

kaedah lisan kaedah bertulis kaedah arkeologi

Kaedah lisan Melalui cara ini , sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual dengan sesorang tokoh. Selain itu, ucapan yang diucapkan oleh seseorang tokoh seperti Perdana Menteri atau tokoh budaya juga boleh dijadikan sebagai maklumat sejarah.

Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda, dan puisi. Sejarahwan yang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, menafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu. akaedah lisan ini terdapat kelemahan apabila wujudnya tokok tambah yang dicampurkan dengan unsur dongeng, mitos dan sebagainya.

Penulisan Penulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:

menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan

penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan. Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip untuk mencatat bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya penulisan. Penulisan merujuk kepada kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak.

Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.

Cara untuk mencatat maklumat

Sistem penulisan Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:

• • • •

tulisan logo suku kata abjad ciri.

Lagi satu kategori, ideografi (simbol untuk gagasan), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Yang keenam, iaith piktografi tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.

Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal, seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan) dan hipergrafi (penulisan super).

Kaedah arkeologi Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk angkasa lepas, maritim, dan cari gali.

Ahli arkeologi mendapatkan maklumat melalui proses cari gali.Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon,

Hasil daripada kaedah arkeologi ini , ahli arkeologi dapat membuat tafsiaran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut.

melaka bermulanya satu empayer Kesultanan Melayu Melaka Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Parameswara

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.

Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang.

Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam di tahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara.

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi)di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai

Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Ancaman

serangan

daripada

pihak

Siam

menyebabkan

keputusan

Parameswara membayar ufti kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Yung Lo, Maharaja Ming.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai

perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

KESULTANAN MELAKA Tempoh 1400 – 1424

Sultan Sultan Iskandar Shah

1424 – 1444 1444 – 1445 1445 – 1459 1459 – 1477 1477 – 1488 1488 – 1511 Kegemilangan Kesultanan Melaka

Sultan Muhammad Shah Sultan Abu Syahid Sultan Muzaffar Shah Sultan Mansur Shah Sultan Alauddin Riayat Shah Sultan Mahmud Shah

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Kejayaan Melaka

Selepas

Melaka

muncul

sebagai

sebuah

pusat

perdagangan

baru

menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan

dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naugan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau

pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barangbarangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanakkanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Pemerintahan Jajahan

Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejapsekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.

St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

Garis masa

Kesultanan Melaka

1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.

1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.

1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.

1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak

540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.

1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).

1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).

1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.

1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.

1446: Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-

1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.

1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.

1456: Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.

1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (14771488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.

1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).

1498: Tun Perak meninggal dunia.

1500: Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara.

1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.

1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.Selain itu, beliau telah di fitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan.Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah membunuh Tun Muthahir dam keluarganya.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya . Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda

sebagai Sultan sementara.

Pemerintahan Portugis

1511: Alfonso d'Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.

1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di

Sumatera menyerang Melaka.

1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.

1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".

1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.

1525: Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.

1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra.

1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatra.

1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama.

1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur. 1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St.

Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.

1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak yang mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.

1553: Fr. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke Goa, India.

1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.

1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil

Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.

1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.

1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.

1597: Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka.

1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.

1615-1616: Acheh menyerang Melaka.

1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak Portugis mengambil Melaka kembali.

1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.

Pemerintahan Belanda

1641: Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

1645: Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.

1645-1670: Perang antara Belanda - Naning.

1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.

1710: Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.

1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.

1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka.

1784: Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.

1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.

1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.

1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.

1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.

1819: Sultan Husin Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengk

Pemerintahan British

1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini

ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).

1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat.

1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatkannya.

1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan GabenorJeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di London.

1895: Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.

1941: Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting di Hawai bagi Amerika Syarikat).

1942: Melaka jatuh ke tangan Jepun.

1945: British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura.

1948: Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.

1956: Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.

Kemerdekaan

1957: Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.

1963: Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya.

1989: Melaka diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April. Sinar islam di melaka Sinar islam di melaka kesan pengaruh islam dimelaka

System beraja digantikan dengan institusi kesultanan a) __________________________________________ b)__________________________________________ c) Sultan Muhammad Shah ialah raja pertama yang mengunakan gelaran sultan Pentabiran a) ulama menasihati sultan dalam pentabiran b) undang-undang syariah mempengaruhi hukum kanun melaka dan undang-undang laut melaka Pendidikan a) pengajian al-quran dijadikan system asas pendidikan b) bahasa melayu sebagai bahasa ilmu c) pengunan tulisan jawi secara meluas Kesenian a) corak ukiran berunsur islam dikubah masjid, mimbar, mihrab, dan batu nisan Amalan dan budaya

a) b) c)

upacara khatam al-quran majilis kesyukuran kenduri arwah

kegigihan melaka menyebarkan agama islam ke asia tenggara Pusat kegiatan ilmu Peranan istana sebagai pusat kegiatan ilmu • Tempat berkumpul golongan Jurutulis cerdik pandai • Mengubal perjanjian • Guru kepada anak raja • Mengarang surat rasmi raja Pengarang • Mengarang sejarah • Menghasilkan karya • Mencatat diari istana • Menyusun salasilah raja Ulama Menulis dan menterjamah kitab islam

• • •

Tempat berbincang hal agama Ulama membahaskan kitab darul manzum iaitu kitab berkaitan aspekaspek ketuhanan Tempat penyimpanan buku penulis tempatan dan asing Tempat menterjamah dan menyadur karya asing (pasai dan arab) Karya melayu yang bersifat didaktif (pengajaran)sebagai pengentara Hikayat amir hamzah Hikayat iskandar zulkarnain Hikayat mihammad ali hanifah Hikayat bulan belah Hikayat nabi bercukur

• • •

Karya sastera terjamahan Karya satera saduran

• • • • •

• • •

Karya melayu Karya undang-undang

• • • •

Hikayat baktiar Hikayat nabi wafat Hikayat yusof Hikayat hang tuah Hikayat bayan budiman Undang-undang laut melaka Hukum kanun melaka digubal semasa pemerintahan sultan mahammud shah dilengekapkan semasa pemerintahan sultan muzaffar shah disusun semula semasa pemerintahan sultan mahmud shah

Perluasan kuasa Cara-cara perluasan kuasa penaklukan (kampar dan pahang) - ultan melaka bijak mengatur sterategi dan baginda dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban • kerelaan raja bernaung dibawah melaka (jambi dan lingga) - raja-raja yang berada di bawah naungan melaka ditabalkan oleh sultan melaka

perkahwinan (pahang, kelantan, siak) - perkahwinan dapat mengukuhkan hubungan persaudaran antara keduadua buah kerajaan

memberi bantuan melaka membantu raja pasai, sultan zainal abidin yang hendak digulingkan daripada takhta membantu pasai mengalahkan aru kekuasan melaka diakui oleh pasai walaupun kedudukan pasai walaupun kedudukan pasai dianggap setaraf dengan melaka

Kebijaksanan pemimpin

SULTAN MUZAFAR SHAH • menguasai pahang, inderagiri dan kampar • menjalin hubungan diplomatik dengan china • menyelesaikan perbalahan perbalahan orang melayu dan india-uslim di istana • menghantar Tun Perak untuk menghadapi tentangan siam

SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH • mengambil berat tentang keselamatan dan keamanan di dalam negeri • seorang yang warak • menyamar menjadi rakyat biasa untuk membenteras jenayah • menguasai aru • memilih laksamana Hang Tuah iaitu seorang hulubalang yang gagah dan berani ketika berperang dengan Aru TUN PERAK mengatur stratigi yang berkesan untuk menghalang serangan siam daripada tahun 1445 dan 1456

SULTAN MANSOR SHAH • menguasai Bernam, perak, dan siak • menghalang pahang, indegiri dan kampar daripada membabaskan diri daripada penguasan melaka

TUN PERAK CIRI-CIRI KEPIMPINAN setia kepada raja. Buktinya, • Raja Muhamad ditabalkan beliau tidak menuntut bela atas sebagai sultan di Pahang kematian anaknya, Tun Besar • Tindakan beliau telah yang dibunuh oleh putera meujudkan keamanan dan dapat sultan Mansor Shah, iaitu raja mengekalkan kesetian rakyat Muhammad. melaka Beliau memohon kepada • Kebijaksanan beliau mengatur sultan Mansor shah agar tidak strategi ketika menghadapi melantik Raja Muammad serangan siam membuktikan sebagai penganti sultan. beliau seorang yang berwawasan STRATEGI PERANG TUN PERAK

Strategi

Kesan

1445- ketika menjadi penghulu klang, beliau mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing pindah ke melaka 1456- ketika memegang jawatan Bendahara, beliau mengarahkan askar mengunakan perahu kecil sebagai musilihat perang. Mengikat jamung pada pokok bakau

Menaikkan semangat tenteranya mempertahankan melaka

Menyukarkan siam untuk mengejarnya

Mengelirukan pihak musuh, seolah-olah melaka mempunyai bilangan tentera yang ramai

Copyright coreporm©2008

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->