DEFINISI Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen

Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta KanakKanak, 2001. (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/371-kanakkanak/4811-dasar-kanak-kanak-negara.html)

Hakikatnya, kemalangan tetap berlaku tetapi sejauh manakah golongan dewasa dan ibu bapa bertindak mengurus risiko agar kemalangan dapat dielakkan ataupun kemalangan yang berlaku dapat dikurangkan kesannya? Jadi, salah satu aspek masyarakat perlu ada ialah mempunyai kesedaran dan maklumat pengurusan risiko yang baik serta tahap keprihatinan yang tinggi terhadap keselamatan anak-anak kecil. Ini merupakan satu tuntutan sama ada daripada aspek ketamadunan manusia dan juga agama. Dalam agama Islam, umatnya diingatkan agar memelihara keselamatan anak dan ahli keluarga mereka. Hadis nabi SAW seperti yang diriwayatkan imam Bukhari menegaskan bahawa golongan dewasa dan ibu bapa termasuk dalam kalangan orang bertanggungjawab terhadap sesiapa yang berada di bawah penjagaan mereka. Dalam Al-Quran ayat 9 surah Al-Mu¶minun, Allah SWT menyifatkan orang yang beriman ialah mereka yang menyempurnakan amanah dan tanggungjawab. Maksud ayat tersebut ³ Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya´ Dalam peribahasa fiqh, ulama menyatakan jika dengan sesuatu perkara itu tidak dapat menyempurnakan tuntutan kewajipan, maka sesuatuperkara itu turut menjadi wajib. Golongan dewasa dan ibu bapa boleh menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dalam mengurus risiko keselamatan kanak-kanak mengikut pelbagai situasi dan keadaan. Sumber maklumat dan pendekatan untuk mencegah kemalangan boleh dirujuk dari pelbagai sumber sama ada pakar individu, agensi kerajaan ataupun NGO yang berkaitan. Dalam zaman kecanggihan teknologi maklumat, kemudahan internet contohnya memudahkan mayarakat mencari serta menambahkan lagi pengetahuan tentang panduan keselamatan dalam usaha mereka memenuhi tanggungjawabmenjaga keselamatan kanak-kanak. Dengna maklumat yang betul, mereka dapat bertindak secara sewajarnya sehingga boleh mengelakkan kemalangan. (last perggan) semua peristiwa kemalangan yang telah menimpa kanakkanak seperti yang kita lihat perlu diambil iktibar sebaik-baiknya. Kemalangan akan lebih mudah terjadi jika kita mengambil sikap mudah dalam soal menguruskan risiko keselamatan kanakkanak. Dengan kesedaran dan memenuhi tuntutan agama maka sudah tentu golongan dewasa khususnya anggota masyarakat akan mengutamakan langkah pencegahan dan mengambil maklumat dengan pelbagai pendekatan dalam menjaga keselamatan anak-anak sepanjang masa serta dalam apa jua keadaan sekalipun.

http://www.my/v5/index.gov.ikim.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=2351&c md=resetall .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful