Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN.

SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

BAHAGIAN D GRAF GARIS a) STPM 2012

Mengenalpasti secara umum Graf Garis dalam soalan – rujuk/analisa perkataan selepas perkataan ’menunjukkan’  Perubahan  Petunjuk  Aliran  Indeks  Pola  Trend petunjuk  Aliran turun naik Graf Garis – Jenis, fungsi dan tip mengenalpasti (kata kunci soalan) Media  Garis Kompaun STPM 2005, 2006 STPM 2012 ??? Garis Komponen STPM 2012 ??? Garis Memesong STPM 2009 Gabungan (Bar + Garis) STPM 2012 ???     Fungsi @ Ciri Garis bersilang (berbentuk imbangan) Sama seperti keratan rentas lapisan tanah Peratus positif dan negatif Dua fokus mesej yang berkaitan tentang satu isu disepadukan dalam satu media     Tip Mengenalpasti Graf Garis Menunjukkan pola @ perubahan @ arah aliran nilai @ kuantiti @ bilangan @ pengeluaran Menunjukkan pola @ perubahan @ arah aliran jumlah @ jumlah keseluruhan Menunjukkan pola @ arah aliran kadar peratus perubahan @ perubahan positif dan negatif Menunjukkan mesej fokus A dan mesej fokus B yang berbeza unit

b)

  

Latihan 1 Contoh soalan : Ragam Soalan 1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran kadar perubahan indeks harga pengguna dinegara-negara ASEAN dari tahun 1996 hingga tahun 2000. S.8 STPM 2005 2. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport dan nilai import Malaysia dengan Amerika serta aliran imbangan dagangan antara negara tersebut bagi tempoh yang dinyatakan. S.8 STPM 2009 3. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kes muflis dalam kalangan pembeli kenderaan melalui perjanjian sewa beli. Bilangan mengikut peringkat umur pembeli hendaklah ditunjukkan dalam jumlah masing-masing bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009 serta jangkaan bagi tempoh Januari~Julai 2010. 4. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pelaburan yang diluluskan mengikut negara asal terpilih berbanding bilangan permohonan dan bilangan projek yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia, antara tahun 2006 hingga tahun 2009. Media yang sesuai

_________________________________________________________________________________________ 1
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan 2

GG.1

GG.2

Graf Garis : ___________________________

Garis Garis : ______________________________

GG.3

GG.4

Graf Garis : ___________________________

Garis Garis : ______________________________

GG.1

“Dua patah perkataan yang menjanjikan kecemerlangan STPM ialah USAHA GIGIH!” Cikgu SEZALI DIN 1991~2012 Graf Garis : ___________________________ 31hb Jan 2012 1.32 pm

_________________________________________________________________________________________ 2
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan 3 Latihan Intensif 1 STPM 2012

Bahagian D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [ 15 ] 7. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan mengikut sektor terpilih bagi tempoh tahun 2001 hingga 2004.

Pada tahun 2001, peruntukan berbelanjaan pembangunan berjumlah sebanyak RM13 360 juta, iaitu 41.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3 341 juta telah diperuntukkan untuk tujuan keselamatan. Peruntukan belanjawan untuk perkhidmatan sosial pula berjumlah sebanyak RM1 904 juta. Peruntukan perkhidmatan ekonomi yang merupakan perbelanjaan tertinggi adalah sebanyak RM5 871 juta. Peruntukan perbelanjaan selebihnya adalah bagi pentadbiran am. Pada tahun 2002, peruntukan perbelanjaan bagi pembangunan adalah sebanyak RM15 704 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3 807 juta telah dibelanjakan untuk tujuan keselamatan. Peruntukan belanjawan dalam bidang perkhidmatan ekonomi pula meningkat sebanyak RM1 425 juta berbanding dengan peruntukan tahun 2001. Seterusnya, peruntukan perbelanjaan bagi perkhidmatan sosial adalah sebanyak RM2 308 juta. Setahun kemudian, sebanyak RM16 939 juta atau 29.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan negara telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk perbelanjaan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3 261 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan sosial. Peruntukan untuk perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am masing-masing berjumlah sebanyak RM7 148 juta dan sebanyak RM2 906 juta. Jumlah peruntukan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2004 telah bertambah sebanyak RM5 088 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3 301 juta telah diperuntukkan kepada sektor keselamatan dan perkhidmatan sosial sebanyak RM5 964 juta. Bagi sektor perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am masing-masing telah diperuntukkan sebanyak RM9 216 juta.

(Disesuaikan daripada Laporan Belanjawan Negara Malaysia, 2001~2005)

_________________________________________________________________________________________ 3
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan Tubi 1

STPM 2012

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [ 15 ] 8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan jumlah nilai eksport komoditi terpilih negara bagi tahun 2005 hingga tahun 2008.

Malaysia mengeksport pelbagai barangan ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, China, India, Australia dan lain-lain negara. Petroleum mentah merupakan komoditi yang menghasilkan pendapatan eksport negara yang terbesar. Pada tahun 2005, jumlah nilai eksport petroleum mentah Malaysia ialah RM29 653.5 juta, meningkat sebanyak RM2 313.1 juta pada tahun 2006. Nilai eksportnya pada tahun 2007 adalah berjumlah RM32 863 juta dan meningkat lagi sebanyak RM10 375 juta pada tahun 2008. Pertambahan besar ini adalah berikutan peningkatan harga petroleum mentah di pasaran dunia. Hasil usaha kerajaan dalam Dasar Pertanian Negara bagi memajukan sektor pertanian supaya menghasilkan produk pertanian yang berdaya saing maka eksport minyak kelapa sawit dan hasil keluarannya menunjukkan peningkatan yang ketara daripada tahun 2005 hingga 2008. Nilai eksportnya pada tahun 2007 adalah berjumlah RM45 610 juta iaitu peningkatan melebihi 100% sebanyak RM23 492.6 berbanding tahun 2006 dan meningkat sebanyak RM18 955 juta pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya. Eksport minyak kelapa sawit dan hasil keluarannya pada tahun 2005 adalah kurang sebanyak RM2 679.5 juta daripada nilai eksport pada tahun 2006. Sementara itu, nilai eksport kayu dan hasil keluaran kayu juga menyumbangkan pendapatan yang agak tinggi kepada negara. Pada tahun 2005, nilai eksportnya adalah RM11 273 juta dan mengalami peningkatan pada tahun 2006 dan 2007 yang masingmasing meningkat sebanyak RM1 621.8 juta dan RM9 757.2 juta berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, pengeluaran kayu dan hasil keluaran kayu mengalami penurunan yang menyebabkan nilai eksportnya juga turut menurun kepada RM21 216 juta berbanding nilai eksportnya pada tahun 2007. Selain hasil pertanian kelapa sawit yang menyumbangkan kepada eksport negara, hasil getah asli juga merupakan komoditi utama eksport negara. Pada tahun 2005, jumlah perolehan eksportnya adalah sebanyak RM5 786.5 juta dan meningkat sebanyak RM2 448.1 juta pada tahun 2006. Namun begitu akibat penurunan harga getah di pasaran menyebabkan nilai eksport getah asli pada tahun 2007 menurun kepada RM7 335 juta. Pada tahun 2008, nilai eksport getah asli kembali meningkat sebanyak RM776 juta berbanding tahun sebelumnya. Pakaian juga merupakan produk eksport utama negara yang menunjukkan peningkatan bagi tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2005, nilai eksportnya berjumlah RM9 384.1 juta iaitu kurang sebanyak RM1 035 juta daripada nilai eksport pakaian pada tahun 2006. Manakala nilai eksport bagi pakaian pada tahun 2007, adalah lebih sebanyak RM428.9 juta daripada nilai eksportnya pada tahun 2006. Pada tahun 2008, nilai eksportnya adalah meningkat kepada RM15 023 juta. Secara keseluruhannya jumlah nilai eksport bagi tahun 2005 hingga tahun 2008 menunjukkan peningkatan hasil usaha-usaha kerajaan membangunkan ekonomi negara dan meluaskan pasaran antarabangsa bagi produk negara.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009/2010)

_________________________________________________________________________________________ 4
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan Intensif 2

STPM 2012

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [ 15 ] 7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaim di dunia. Malaysia akan memperoleh keuntungan yang tinggi jikaa minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada tahun 2004 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2005. Namun, pada tahun 2006, pengeluaran bagi minyak mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada tahun 2007. Pada tahun 2008, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import sepanjang tempoh 2004~2008. Walaupun harga minyak mentah pada 2004 ialah US$75 setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun tersebut iaitu masingmasing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari. Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar daripada kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2005 apabila kuantiti eksport petroleum mentah ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu tong sehari. Harga minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$88 setong. Begitu juga pada tahun 2006, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti importnya adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah US$75 setong. Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2006 hingga tahun 2008 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2007 ialah 390 ribu tong sehari pada harga US$69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2008 kuantiti eksport minyak mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari selaras dengan penurunan harga minyak mentah kepada US$67 setong di pasaran dunia.

(Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2007/2008)

_________________________________________________________________________________________ 5
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan Tubi 2

STPM 2012

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [ 15 ] 8. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut negeri terpilih dan kadar pertumbuhan mengikut tahun-tahun yang dinyatakan.

Banci 2010 merupakan banci kelima dijalankan bagi Malaysia. Banci terdahalu telah dilakukan pada tahun 1970, 1980,1991 dan 2000. Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 menunjukkan bahawa penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.17% Pada tahun 1980, taburan penduduk di negeri Johor ialah seramai 1,580,423 orang meningkat kepada 2,069,740 orang pada tahun 1991. Jumlah ini meningkat lagi kepada 2,584,997 orang pada tahun 2000. Pada tahun 2010 jumlahnya ialah sebanyak 11.73% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Dalam tempoh yang sama taburan penduduk di Negeri Sembilan, dan Sabah masing-masing mencatatkan jumlah sebanyak 3.62% dan 11.32%. Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang mencatatkan bilangan taburan penduduk yang agak rendah berbanding dengan negeri yang lain di Malaysia. Pada tahun 1980, jumlah taburan penduduknya seramai 551,442 orang berbanding tahun 2000 yang berjumlah 829,774 orang. Seramai 692,897 orang dicatatkan bagi tahun 1991. Dalam banci pada tahun 1980, taburan penduduk Sabah ialah seramai 929,299 orang meningkat kepada 1,734,685 orang pada tahun 1991. Pada tahun 2000 sebanyak 2,468,246 orang dicatatkan berbanding di Selangor jumlah yang dicatatkan dalam tempoh yang sama ialah 3,941,316 orang. Pada tahun 2010, Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi iaitu seramai 5,411,171 orang iaitu 19.63% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Seramai 1,426,250 orang dicatatkan pada tahun 1980 meningkat kepada 2,291,429 orang. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan di seluruh Malaysia pada tahun 1991 dan 2000 menunjukkan penurunan masingmasing kepada 2.64% dan 2.60%. Pada tahun 1980 kadar pertumbuhannya ialah 2.32%. Dari segi purata saiz isi rumah di mana dalam banci 2010 menunjukkan trend yang semakin mengecil dengan purata sebanyak 4.31%. Maklumat yang diperoleh penting untuk perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara.

(Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Jan 2011)

_________________________________________________________________________________________ 6
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan Tubi 3

STPM 2012

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [ 15 ] 8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran pelaburan asing dalam projek-projek yang diberi kelulusan mengikut negara bagi tahun-tahun yang diliputi.

.....pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan demi memastikan pembangunan ekonomi negara terus berada pada tahap yang memberangsangkan. Namun, kelembapan ekonomi dunia negara kesan dalam mencorakkan aliran pelaburan asing ke negara ini. Jumlah pelaburan asing ke negara ini pada tahun 2003 mencatatkan RM11027.5 juta. Jumlah ini meningkat pada tahun 2005 kepada RM15408.3 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM7491.4 juta berbanding tahun sebelumnya. Manakala bagi tahun 2006 dan 2007 masing-masing mencatatkan RM13210 juta dan RM11736.4 juta. Amerika Syarikat menunjukkan pelaburan yang tidak konsisten. Pada tahun 2003, pelaburan dari negara ini adalah RM2181.7 juta, sebelum merosot kepada RM1058.8 juta pada tahun berikutnya. Tahun 2005 menyaksikan lonjakan yang ketara iaitu kepada RM5155.1 juta. Pelaburan negara ini pada tahun 2006 hanyalah sebanyak 18.75% daripada jumlah keseluruhan tahun berkenaan. Manakala tahun 2007 menyaksikan pelaburan Amerika Syarikat hanya berjumlah RM1047.2 juta. Hubungan baik dengan Jepun jelas mempengaruhi pelaburan dari negara matahari terbit itu. Pada tahun 2003, jumlah pelaburan Jepun adalah sebanyak RM1295.8 juta. Namun merosot sebanyak RM285.1 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2005 dan 2007 mencatatkan RM3671.7 juta dan RM2648.3 juta masing-masing. Jumlah pada tahun 2007 menunjukkan penurunan sebanyak RM1763.3 juta berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2003, jumlah pelaburan Taiwan mencatatkan RM622.5 juta. Jumlah ini menurun kepada RM414.5 juta pada tahun berikutnya, sebelum mencecah RM430.7 juta pada tahun 2005. Tahun 2006 dan 2007 menunjukkan prestasi pelaburan yang tidak stabil iaitu RM405.5 juta dan RM916.7 juta. Begitu juga dengan Singapura. Kelembapan ekonomi serantau turut mempengaruhi pola pelaburannya ke Malaysia. Tahun 2003 menunjukkan pelaburan dari negara ini adalah sebanyak RM1224.9 juta. Jumlah ini menokok kepada RM1515.5 juta pada tahun berikutnya. Hubungan diplomatik yang baik dengan negara jiran menunjukkan peningkatan pelaburan pada tahun 2005 menjadi RM2919.9 juta. Namun, pad atahun 2006 dan 2007, aliran pelaburan semakin merosot menjadi RM1884.7 juta dan RM1428.6 juta. Bagi negara Korea, jumlah pelaburannya pada tahun 2004 adalah sebanyak RM324.6 juta, iaitu penurunan sebanyak RM122.3 juta daripada tahun sebelumnya. Manakala pada tahun 2005, mencatatkan sebanyak RM673.6 juta. Tahun 2006 dan 2007 menunjukkan perkembangan pelaburan yang positif menjadi RM437.8 juta dan RM877.1 juta. Selebihnya adalah untuk negara-negara lain.

(Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2007/08, Kementerian Kewangan Malaysia)

_________________________________________________________________________________________ 7
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara