SK Kampong Daching 71750 Lenggeng N.

Sembilan Tel/Fax E-mail Blog
Blog

:03-87660433 :skkdnba4005@gmail.com :skkampongdaching.blogspot.c

Post Mortem Keputusan UPSR tahun 2011.

Pada keseluruhannya peratus keputusan keseluruhan UPSR 2011 telah menurun iaitu 92.3% pada tahun 2010 kepada 91.9 % pada tahun 2011.

Perbandingan Pencapaian Mengikut Gred B. Melayu kertas 1 Tahun 2010 dan 2011

Pada keseluruhannya pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 telah menunjukkan peningkatan dari segi bilangan murid yang mendapat A iaitu telah meningkat kepada 75.7% pada tahun 2011 berbanding 53.8% pada tahun 2010. Bilangan yang mendapat B pula ialah 13.5% pada tahun 2011 dan bilangan yang mendapat C pula ialah 10.8%. Pencapaian Bahasa Melayu kertas 1 pada tahun 2011 ialah 100%.

Perbandingan Pencapaian Mengikut Gred B. Melayu kertas 2 Tahun 2010 dan 2011

Pada keseluruhannya pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 telah menunjukkan peningkatan dari segi bilangan murid yang mendapat A iaitu telah meningkat kepada 73% pada tahun 2011 berbanding 66.-7% pada tahun 2010. Bilangan yang mendapat B pula ialah 18.9% pada tahun 2011 dan bilangan yang mendapat C pula ialah 2.7%. Bilangan murid yang mrendapat D dan E pula ialah 2.7 %. Pencapaian Bahasa Melayu Kertas 2 pada tahun 2011 ialah 91.8%.

Perbandingan Pencapaian Mengikut Gred B. Inggeris Tahun 2010 dan 2011

Pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, murid yang mendapat A pada tahun 2011 telah menurun iaitu daripada 43.6% pada tahun 2010 kepada 18.9% pada tahun 2011. Bilangan yang mendapat gred B pula meningkat kepada 38.5% pada tahun 2010 kepada 40.5% pada tahun 2011. Calon yang mendapat gred C pula ialah 32.4% dan calon yang tidak menguasai iaitu yang mendapat gred D dan E ialah 2.7% dan 5.4%.

Perbandingan Pencapaian Mengikut Gred Matematik Tahun 2010 dan 2011

Secara keseluruhannya pencapaian mata pelajaran matematik telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Bilangan yang mendapat gred A pada tahun 2011 ialah 54.1% berbanding 43.6% pada tahun 2010. Manakala bilangan murid yang mendapat B pula ialah 18.9%.. Bilangan murid yang mendapat gred c pula ialah 24.3% dan bilangan yang mendapat gred E pula iualah 2.7%.

Perbandingan Pencapaian Mengikut Gred Sains Tahun 2010 dan 2011

Bagi mata pelajaran Sains pula bilangan yang mendapat A ialah 29.7% pada tahun 2011. Bilangan yang mendapat B pula ialah 59.5% dan C pula 5.4%. Murid yang mendapat gred D dan E pula ial

Cadangan Bagi memantapkan lagi keputusan UPSR tahun 2012, setiap panitia mata pelajaran harus merangka pelan strategik bagi memastikan kualiti pencapaian dapat dipertingkatkan. Panitia mata pelajaran harus mengkaji aspek-aspek yang masih lemah agar keputusan UPSR tahun 2012 akan meningkat.

Kelas-kelas tambahan harus dipertingkatkan dan diperkemaskan agar dapat menjadi pemangkin dalam mencapai keputusan yang lebih baik. Latih tubi harus diperbanyakkan agar semua murid bersedia.