Bab 1: Ju berbual dengan Mak Cik Noraini yang sedang mengoreng karipap di ruang dapur.

Tiba-tiba dia terlihat ibunya, Lia dan bapanya Jeffri yang sedang berada di kebun kecil berhampiran rumah mereka. Sambil memetik kacang panjang, Jeffri meminta Lia supaya memasak sayur itu dan bukan orang gaji mereka, mak Cik Noraini. Baginya masakan Lia adalah yang paling sedap. Jagung yang mereka tanam pula masih muda dan Jeffri juga mahu supaya Lia memasaknya apabila sudah boleh dipetik nanti. Hubungan yang terlalu mesra antara suami isteri itu kurang disenangi oleh Ju dengan alasan Ju telah dewasa dan sepatutnya mereka berdua tidak berbuat demikian. Mak Cik Noraini mengatakan bahawa kemesraan ibu bapa Ju itu adalah disebabkan mereka berdua terlalu saling menyayangi. Bab 2: Dua minggu kemudian, Ju balik dari sekolah dengan menaiki bas kerana ibunya Cikgu Intan Maliana dijemput oleh bapanya disebabkan Lia pening dan tidak sedap badan. Petang itu, Ju ditinggalkan berdua dengan Mak Cik Noraini kerana ibu bapanya ke hospital. Semasa membuat kerja sekolah Ju terkenang hubungan kasih sayang antara ibu dengan bapanya yang amat mesra dan berharap dia juga akan mendapat suami yang penyayang seperti bapanya. Semasa Mak Cik Noraini menghidangkan bubur jagung, Ju masih mengenangkan hubungan ibu dengan bapanya. Mak Cik Noraini kerap menegur perbuatan Ju yang suka berangan. Menurut Mak Cik Noraini, bapanya pernah mencintai seorang bakal dotor tetapi hubungan cinta itu putus. Bapanya juga pernah mencintai seorang doktor tetapi hubungan mereka juga putus kerana doktor tersebut sudah menjadi tunangan orang. Akhirnya bapa Ju menemui ibunya, Lia sehingga cinta mereka semakin erat. Ibu dan bapanya balik dari hospital dengan girang. Apabila diberitahu bahawa Lia mengandung, Ju berasa amat gembira kerana akan mendapat seoranmg adik. Walau bagaimanapun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang dengan berita itu kerana Lia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa mengandung kali pertama dahulu. Jeffri memberitahu Mak Cik Noraini bahawa semua yang telah dan akan berlaku adalah ketentuan Tuhan. Bab 3: Suatu hari Ju pulang lewat dan terdengar perbualan antara ibunya, Lia dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini yang bimbang Lia sedang mengandung menyarankan supaya Lia menggugurkan kandungannya. Hal ini disebabkan Lia pernah tidak sedarkan diri akibat tumpah darah semasa melahirkan Ju. Anak yang dilahirkannya pula terlalu kecil, menghidap demam kuning serta sukar dijaga kerana alah pada susu tepung. Lia menegaskan beliau tidak akan menggugurkan kandungannya kerana kandungan itu adalah permintaan Jeffri. Dia amat menyayangi Jeffri dan sanggup berkorban untuk suami yang amat disayanginya. Ju mengajak bapanya untuk bermain tenis di Kelana Jaya tetapi Jeff menolak dengan alasan terlalu penat. Ju memberitahu bahawa dia akan mengajak ibunya bermain tenis jika bapanya enggan. Jeff tidak membenarkannya kerana Lia sedang mengandung. Akhirnya dia mengalah dan petang itu dia bermain tenis bersama Ju. Semasa bermain tenis, Ju terkenangkan kehebatan bapanya dalam sukan itu sehingga beliau digilai oleh ramai gadis. Ibunya juga pernah bercerita bahawa ayahnya selalu ditegur oleh gadis walaupun pada waktu itu ibunya ada di sisi. Semasa mengelamun, muka Ju terkena bola yang dipukul oleh bapanya. Seorang gadis menegur bapanya lalu berbual. Ju berasa tidak senang dan akhirnya Jeff memperkenalkan gadis itu iaitu Aisyah (pelajar kolejnya) kepada Ju. Akhirnya mereka bertiga minum di sebuah kedai. Ju berasa kurang senang apabila ayahnya berbual dengan Aisyah. Akhirnya ju bangun dan mengajak bapanya balik. Dalam perjalanan, apabila ditanya oleh Ju, Jeff menceritakan bahawa Aisyah tinggal di Jalan SS 7/5, Kelana Jaya. Ju bimbang jika ayahnya terpikat dengan gadis cantik yang baru dikenalinya itu.

memarahi Ju kerana meminjamkan buku itu sedangkan rakannya juga belajar seperti Ju. Dia menceritakan kelewatan itu disebabkan ada rakannya yang meminjam nota geografinya kerana notanya lebih lengkap.Bab 4: Ju turun menemui ibunya yang sedang menunggu di luar kereta dengan agak lewat. Lia meminta Ju duduk di kerusi belakang kereta kerana rakannya. Suzie menasihati Lia supaya memikirkan dirinya yang sedang mengandung. Suzie bimbang kerana semasa melahirkan anak pertama. Apabila terus diasak oleh Suzie. Lia yang mengajar di sekolah yang sama untuk Tingkatan 1 hingga 3. lia pernah pengsan dan bayinya pula hampir maut kerana menghidap demam kuning. Dalam perjalanan. . Lia memberitahu bahawa dia amat menyayangi suaminya sedangkan Suzie tidak tahu akan nilai kasih sayang itu kerana dia belum berkahwin. Cikgu Suzie hendak menumpang kereta ibunya ke bengkel tempat dia membetulkan keretanya yang rosak. Lia memberitahu bahawa melahirkan anak itu bukan sesuatu yang memudaratkan malah dia sanggup berkorban untuk suaminya yang tersayang yang inginkan anak itu. Lia agak berang dan sebelum turun di bengkel.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful