1.

0

Pengenalan Sebagaimana matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (1998), pendidikan di

Malaysia bermatlamat untuk melahirkan dan memperkembang pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah serta berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan yang berkesan. Guru-guru harus memikul tanggungjawab dalam memastikan matlamat pendidikan ini berjaya dilaksanakan. Salah satu cara yang berkesan untuk melihat sejauh mana proses pengajaran dan pembelajaran berjaya ialah melalui program penilaian. Ujian bulanan yang dijalankan di sekolah-sekolah merupakan satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan prestasi murid-murid di sekolah rendah. Soalan-soalan tersebut disediakan oleh guru-guru yang pakar dalam bidang mata pelajaran masing-masing. Justeru itu, ujian yang dijalankan ini merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran di bilik darjah dan berdasarkan sukatan pelajaran. Penilaian ini dibuat juga untuk mengesan kemajuan murid dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh. Ujian bulanan ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pendidkan dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan terkawal kualitinya di peringkat tempatan, agar proses pengukuran pembelajaran murid menjadi lebih bermakna dan bermanfaat. Di samping itu juga, ujian ini turut memainkan peranannya dalam meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan merekabentuk jenis-jenis ujian yang lebih berkesan. Terdapat beberapa tujuan ujian bulanan dijalankan di sekolah. Antaranya: (i) (ii) untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan mengubahsuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperolehi daripada ujian tersebut. untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. (iii) untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran pembelajaran murid menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna. (iv) untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru-guru dalam usaha membina jenisjenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1

ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Menurut Popham (2000). pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi murid yang diuji Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan. Dalam penerangan istilah dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000). atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid. pengukuran dan penilaian yang tepat. kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan oleh guru. Melalui pengujian seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan.1 Konsep Penilaian. Antara ketiga-tiga istilah berkenaan. mengumpul. merangkumi aktiviti menghurai. Menurut Raminah (1991).1. diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru. pengujian dan penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. beliau menyatakan istilah-istilah pengukuran. Pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab. Oleh yang demikian. Pengukuran dan Pengujian Istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian murid-murid di sekolah. merekod. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan 2 . Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting.

Untuk an menghasilkan sebuah ujian yang berkesan. dan kemudahtafsiran. Dalam konteks pendidikan. penilaian juga membolehkan pendidik membuat analisis yang bertujuan untuk membuat sebarang tindakan seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. penilaian ditakrifkan sebagai prosedur bersistem yang menggunakan instrumen untuk mencerap dan memperihalkan ciri murid dengan menggunakan skala numerikal atau skema pengelasan. Menurut Mok Soon Sang dalam buku Pedagogi 4 (1993). Bilangan soalan berpatutan dan mengikuti masa yang diperuntukan. terdapat lima langkah untuk menyediakan ujian yang memenuhi ciri-ciri tersebut. Pendapat Mok Soon Sang (1998). Dalam merancang ujian. keobjektifan. kebolehtadbiran. Menurut Nitko (2004). kebolehpercayaan. Proses pengujian dijalankan secara bersistem.pembelajaran.1 Tujuan Ujian 3 . Langkahlangkah tersebut ialah: i) ii) iii) iv) v) Item hendaklah disediakan daripada Jadual Penentu Ujian berdasarkan tujuannya. Rajah 1 : Langkah-langkah menghasilkan item ujian 2. Rajah di bawah merupakan prosedur dalam menghasilkan item ujian. penetapan prosedur untuk kelancaran dan keberkesanan ujian perlu diambilkira secara khusus. kemas dan teratur. Pe mb ina Ujian yang berkualiti tinggi adalah ujianan yang mengandungi kesemua ciri-ciri seperti Uji kesahan. Pemarkahan mengikut satu skema yang baik dan diperiksa secara objektif Keputusan ujian mudah ditafsir mengikut satu sistem penilaian berkesan. penilaian ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. guru harus memastikan ciri-ciri ini dipertimbangkan semasa proses penyediaan ujian.

kefahaman. jika tujuan ujian adalah untuk mengesan punca kelemahan murid menguasai kemahiran.2. terdapat enam aras Taksonomi Objektif Pendidikan yang boleh diuji terhadap murid. analisis. langkah pertama ialah menentukan tujuan ujian. Peringkat tersebut ialah pengetahuan. Memandangkan ujian ini merupakan ujian diagnostik untuk Tahun 3. Dengan menetapkan tujuan ini. aras Taksonomi Bloom digunapakai supaya ujian yang terhasil lebih berkualiti. Penentuan aras soalan boleh dirujuk mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom. Dalam penghasilan item ujian ini. 4 . Menurut beliau. guru juga harus menentukan aras kemahiran untuk setiap soalan yang hendak dibuat. ujian ini 2. maka ujian sumatif hendaklah digunakan. penghasilan item ujian dibuat mengikut kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai murid Tahun 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan tujuan yang dirancang iaitu menguji sejauhmana penguasaan murid terhadap kemahirankemahiran yang telah diajar guru selama satu penggal. guru boleh memilih isi kandungan yang hendak diuji.1 Taksonomi Bloom Taksonomi objektif pelajaran ini dihuraikan oleh B.Untuk proses merancang ujian. Isi kandungan yang dipilih haruslah menepati sukatan pelajaran dan telah diajar guru. Sebagai contoh. jika tujuan menentukan kedudukan pencapaian murid. sintesis dan penilaian. Dalam masa yang sama. Bloom iaitu seorang ahli pendidik yang terkenal dalam bidang objektif pendidikan. merupakan ujian diagnostik bagi murid-murid Tahun 3. Berdasarkan tujuan ini guru boleh memilih bentuk ujian sama ada subjektif atau objektif untuk ditadbirkan. Dalam tugasan ini.S. Sebaliknya. Aras-aras tersebut dijadikan panduan untuk membina soalan supaya soalan-soalan ujian bersesuaian dengan murid dan objektih tercapai. Secara tidak langsung. proses seterusnya akan menjadi lebih mudah. maka ujian diagnostik perlu dirancang. aplikasi.2 Isi kandungan Ujian Berdasarkan tujuan yang telah dikenal pasti. 2.

Hampir kesemua sub kemahiran ini diuji dalam aras pengetahuan yang terdiri daripadaan kategori soalan mudah. item yang dirancang mengandungi penggunaan kata nama. g Manakala kemahiran Pemahaman Petikanda diuji dalam aras pemahaman yang juga terdiri n 5 mu rid diu ji . sinonim. Bahagian B dan Bahagian i C. sederhana. ujian yang dirancang akan mengandungi tiga bahagiansegiaitu Bahagian A. Manakala aras aplikasi.3 Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) ran leb ih Setelah kandungan kemahiran danterjarasnya ditentukan.i Berdasarkan kemahiran ini. Dalam jadual ini. analisis. an pel aja 2. imbuhan. Jadual Penentuan bur Ujian yang lengkap amat membantuan penggubal soalan dan pembina ujian. Bahagian B menguji kefahaman murid mp terhadap petikan. antonim. penggunaan perkataan dalam dar petikan dan mengumpul maklumat.ih sintesis dan penilaian digabung ber mamandangkan murid yang terlibatsistmerupakan murid tahap 1. Setiap kemahiran mengandungi ad sub kemahiran masing-masing. Penentuan aras dapat dilihat berdasarkan Jadual Penentuanem Ujian yang dilampirkan. Pemahaman Petikan danan Penulisan. simpulan bahasa dan tandamb baca. Antara taj kepentingan jadual ini ialah: uk ata u Dalam membina item ujian ini. satu Jadual Penentuan am Ujian dibina sebagai langkah seterusnyain memastikan pemberatan yang wajar bagi kemahiran dan arasnya yang mana sesuaiTa dengan kebolehan murid.Uji an ya ng ter maka beberapa aras seperti pengetahuanbin diutamakan. Bahagian C pula meliputiela soalan aras III iaitu aplikasi. Bahagian A merupakan soalan aras I dan IIpe iaitu pengetahuan dan kefahaman yang menguji penguasaan tatabahasa. katah kerja. Sementaranseitu. membina ayat serta mengumpulkat maklumat. kemahiran yanghir hendak diuji adalah tiga bahagian iaitu Tatabahasa. analisis. Ke Kandungan kemahiran yang hendaksahdiuji meliputi kemahiran penggunaan tatabahasa. kata sei hubung. kata ganda. satuke Jadual Penentuan Ujian dibina sebagai mana ma Lampiran 1. dan sukar. Walau bagaimanapun. Dalamala kemahiran Tatabahasa. membinaan ayat lengkap. sintesis dan penilaian dan menguji sejauhmana muridn dapat menguasai kemahiran mengguna su perkataan. pemahaman petikan. aras a kefahaman turut diuji terutamanya dalamleb soalan bahagian B iaitu soalan berbentuk pemahaman.

saiz 6 . guru boleh menggubal item untuk ujian.4 Item-item Ujian Berpandukan Jadual Penentuan Ujian yang telah dibentuk. isi. 2. Bentuk persembahan ujian yang perlu diteliti adalah tulisan. dan bahasa. ujian ini akan dibina dalam kedua-dua bentuk iaitu objektif dan subjektif. Berdasarkan jadual ini juga. Semakan dibuat dalam aspek bentuk persembahan. Kertas ujian yang mengandungi item-item tersebut sebagaimana Lampiran 2. Murid Tahun 3 akan menjawab soalan ujian ini selama 1 jam dalam satu-satu masa yang ditetapkan. sebanyak 30 soalan objektif dan 15 soalan subjektif dibina dalam ujian Bahasa Melayu sebagai Ujian Penggal 1 Tahun 3. Biasanya ujian boleh disediakan dalam bentuk objektif atau subjektif. Kemahiran Penulisan meliputi soalan aras III iaitu aplikasi dan analisis yang lebih diuji dalam kategori mudah dan sederhana. item berbentuk subjektif amat sesuai bagi menguji penguasaan kemahiran penulisan. Kesimpulannya. Pemilihan bentuk ujian bergantung kepada tujuan ujian dilaksanakan. 2. Murid harus memberi jawapan mereka sendiri berdasarkan pengalaman mereka belajar.daripada kategori soalan yang sama. 5 soalan Pemahaman dan 15 soalan Penulisan. Berdasarkan bilangan sub kemahiran tersebut adalah wajar jika item dibina dalam bentuk objektif supaya soalan yang dikemukakan lebih menyeluruh dan seimbang. bilangan item dapat dirancang dengan baik iaitu 45 soalan yang akan dibina iaitu 25 soalan Tatabahasa. Ini kerana bahagian tersebut mengandungi 10 sub kemahiran yang perlu diuji penguasaan murid. Bentuk objektif diutamakan dalam soalan Bahagian A (Tatabahasa) dan Bahagian B (Pemahaman). Dalam menghasilkan ujian yang menepati tujuan dan bersesuaian dengan kebolehan murid.5 Semakan Item Ujian Setelah item selesai digubal. bentuk item yang dibina memerlukan jawapan murid melalui penulisan mereka. Bagi bahagian C (Penulisan). guru hendaklah menyemak soalan tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ditadbirkan. Oleh itu.

Murid menjawab sebagaimana peperiksaan biasa di bawah seliaan guru bertugas. tiada ralat dan mudah difahami. Skema pemarkahan adalah sebagaimana Lampiran 3.0 Pentadbiran Ujian Setelah item siap digubal dan soalan ujian disediakan. Seramai 20 orang murid dari Tahun 3 Baiduri iaitu kelas pertengahan telah dipilih untuk menghadapi ujian ini. Perjalanan ujian harus dirancang supaya tiada gangguan dan masa dijalankan ujian sesuai. C (10 M) (40 M) 10 10 10 10 10 10 40 40 40 34 34 32 JUMLAH MARKAH 92 92 92 84 84 82 7 . 4. A (50 M) 1 2 3 4 5 6 Wan Atikah bt Jaafar Siti Humaira Amalin bt Hasnan Mohd Asmawi b Abdullah Jannah Illiany bt Abu Hassam Haikal Ameer b Mohamed Lotfi Ghazali b Lotfi Manan 42 42 42 40 40 40 MARKAH BAH. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam. Manakala aspek isi dan bahasa perlulah jelas. markah murid dicatat dalam satu jadual sebagaimana di bawah. guru harus memastikan setiap arahan yang diberi adalah jelas dan mudah difahami dan masa peruntukan murid menjawab sesuai dengan bilangan soalan. B BAH. Selepas masa 1 jam semua kertas ujian dipungut dan diperiksa mengikut skema yang disediakan. 3. markah purata bagi setiap bahagian A.0 Analisis dan Pentaksiran Item Ujian Setelah proses pemeriksaan dijalankan. B dan C dikira untuk mendapatkan jumlah markah.huruf. ejaan. susuanan soalan dan tiada unsur kesamaran. Seterusnya. ujian perlu ditadbir dengan baik. BIL NAMA MURID BAH. Ujian Penggal 1 Bahasa Melayu Tahun 3 ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Padang Mokan. Di samping itu.

Analisis item merupakan satu kajian yang sistematik terhadap item yang telah diguna dalam satu ujian.1 Indeks Kesukaran (IK) Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah indeks kesukaran item (item difficulty index. 4. P).1 32 32 32 32 34 34 36 34 36 34 36 30 30 28 32. iaitu 8 . Nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang didapati dengan cara demikian akan ditafsirkan untuk menentukan sama ada item tersebut sesuai atau tidak.5 10 10 10 10 10 10 8 10 8 8 6 8 8 6 9.5 Sunita Salmi bt Saifuddin Mohd Amirul Mukminin b 20 Ashraff MARKAH PURATA Jadual 1 : Markah Ujian Penggal 1 Bahasa Melayu Tahun 3 Jadual di atas merupakan markah murid yang menjalani ujian ini. Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item.9 80 80 80 80 80 78 78 78 78 76 74 70 68 66 78. Lima calon dari atas (Bil 1-5) merupakan kumpulan tertinggi (KT) manakala lima calon dari bawah (Bil. Pengasingan ini dibuat bagi memudahkan pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi nanti.7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Amira bt Abdulah Nur Badrisha bt Salleh Noraisyah bt Muhammad Samihah bt Jafar Mohd Zailani bt Mohd Aman Mohd Arif b Hassan Karemah bt Ghaafar Siti Salehah Aini bt Solehin Mohd Alamin b Hussin Firdaus Safuan b Mohammad Juhaili Affifullah bt Ghazali Aiman Manaf b Ahmad 38 38 38 38 36 34 34 34 34 34 32 32 30 32 36. Kajian ini berdasarkan keputusan ujian yang digunakan untuk menentukan indeks kesukaran (IK) dan indeks diskriminasi (ID) setiap item yang telah digubal. 15-20) merupakan kumpulan terendah (KR).

4 0.3 hingga 0.9 0.9 0.8 ke atas 0. 4 No. Bagi ujian berbentuk objektif dalam analisa ini. Indeks Kesukaran 0. hasil tafsiran adalah sebagaimana jadual di bawah.7 TAFSIRAN Terlalu Mudah Terlalu Mudah Sederhana Terlalu Mudah Terlalu Mudah Sederhana Sederhana Sederhana 9 .6 1 0.7 0. 2 No.9 0. 7 No. 3 No. 1 No. 8 KT 5 5 4 5 5 3 4 4 KR 4 4 2 5 4 1 3 3 INDEKS KESUKARAN 0.3 ke bawah Penilaian Item Terlalu mudah Sederhana Terlalu sukar Jadual 2 : Skala Indeks Kesukaran Setelah dibuat pengiraan indeks kesukaran pada setiap item bahagian A.sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. indeks dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul antara kumpulan tinggi dan kumpulan rendah bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. ITEM No.8 0. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:P = Bilangan calon yang memberi jawapan betul dari KT dan KR Jumlah calon KT dan KR yang menjawab Melalui cara kiraan ini. NO. 6 No. hasil analisis yang diperoleh seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. 5 No.

8 0.3 0.No. 17 No.9 0. 29 No.30 5 5 5 5 5 3 5 5 3 3 5 4 5 5 5 3 5 5 5 4 3 3 4 5 5 4 3 1 3 3 1 1 4 2 3 4 5 0 1 4 4 3 1 1 0.4 Terlalu Mudah Terlalu Mudah Terlalu Mudah Terlalu Mudah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Terlalu Mudah Sederhana Sederhana Terlalu Mudah Terlalu Mudah Sederhana Sederhana Terlalu Mudah Terlalu Mudah Sederhana Sederhana Sederhana Jadual 3 : Indeks Kesukaran bagi item ujian 4.2 Indeks Diskriminasi (ID) Salah satu daripada tujuan ujian ialah untuk mengenal pasti murid yang berkeupayaan tinggi.26 No. 24 No.9 0.4 0. 19 No. 16 No.4 0. 28 No. Item/ soalan yang baik akan dapat membezakan/mendiskriminasikan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. 25 No. 18 No. 10 No.6 0.8 0. 9 No.9 1 0. seperti melanjutkan pengajian dalam bidang tertentu. 21 No.4 0. 11 No. Indeks yang digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan murid ini ialah indek diskriminasi. 22 No.9 1 1 0.8 0. 27 No.4 0. 13 No.9 0. 20 No.8 0. 14 No. untuk matlamat tertentu. 15 No.6 0. Di bawah ini adalah nilai menunjukkan kuasa diskriminasi atau kuasa pembeza butiran terhadap kumpulan murid pandai dan lemah:ID = KT – KR ½J 10 .7 0. 12 No.9 0. 23 No.

Item ini perlu ditolak atau dikaji semula 0.4 ke atas 0. Ukuran ini dapat memberi maklumat tentang kepelbagaian skor yang diterima oleh pelbagai jenis dan kebolehan calon. 11 .30 hingga 0.39 0.20 hingga 0. Indeks diskriminasi ujian diberi oleh nilai min r-point biserial iaitu koeffisen korelasi di antara skor item dengan jumlah skor.19 0.ID KT KR J = = = = Indeks diskriminasi Bilangan kumpulan tinggi yang jawab betul Bilangan kumpulan rendah yang jawab betul Jumlah calon yang betul Semakin tinggi nilai indeks tersebut semakin baik ujian atau item tersebut dapat mendiskriminasikan calon. hasil tafsiran adalah sebagaimana jadual di bawah. Lembaga Peperiksaan Malaysia memberi penilaian ke atas nilai-nilai indeks diskriminasi seperti berikut : Indeks Diskriminasi 0.15 hingga 0.14 ke bawah Jadual 4 : Skala Indeks Diskriminasi Setelah dibuat pengiraan indeks diskriminasi pada setiap item bahagian A.29 Sangat Baik Penilaian Item Baik dan boleh terus digunakan Baik tetapi mungkinboleh diperbaiki dan diprauji semula sebelum digunakan Item ini boleh digunakan dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula Sangat tidak baik.

14 No. 10 No. 6 No.2 0. 3 No. 19 No.2 0.2 0. 12 No.2 0.4 0.4 0. 9 No. 20 No.4 0.2 0 0. 18 No. 17 No.8 0. 28 No.4 0 0. 26 No. 29 No.4 0. 24 No. 21 No. ITEM No.2 0. 13 No.4 0.4 0. 16 No.4 0. 22 No.2 0 0 0.4 0.NO.2 0. 4 No. 5 No. 7 No. 8 No. 23 No. 25 No. 15 No.4 0. 1 No.2 0. 11 No. 2 No.2 0. 30 KT 5 5 4 5 5 3 4 4 5 5 5 5 5 3 5 5 3 3 5 4 5 5 5 3 5 5 5 5 3 5 KR 4 4 2 5 4 1 3 3 4 5 5 4 3 1 3 3 1 1 4 2 3 4 5 0 1 4 4 4 0 3 INDEKS DISKRIMINASI 0.4 0.6 0. 27 No.2 0.2 0.4 TAFSIRAN Baik & Uji Semula Baik & Uji Semula Sangat Baik Tulis Semula Baik & Uji Semula Sangat Baik Baik & Uji Semula Baik & Uji Semula Baik & Uji Semula Tulis Semula Tulis Semula Baik & Uji Semula Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Baik & Uji Semula Sangat Baik Sangat Baik Baik & Uji Semula Tulis Semula Sangat Baik Sangat Baik Tulis Semula Tulis Semula Baik & Uji Semula Sangat Baik Sangat Baik Jadual 5 : Indeks Diskriminasi item ujian 12 .

21 No.2 0.9 0.4 0. 4 No.9 0.9 0. 8 No. Jadual di bawah merupakan jadual perbandingan setiap item antara kedua-kedua indeks.7 0.4 0. 14 No.2 0 0 0. 19 No.8 0.9 0. 6 No.4 0. 16 No. 17 No.8 0.4 0 0.4 0. 1 No.5.2 0.4 0. 11 No.2 0. ITEM No.0 Perbandingan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Serta Ulasan Setelah item ujian diperolehi indeks kesukaran dan indeks diskriminasi masing-masing.4 0. 7 No. 2 No.2 0. 10 No.4 0.6 1 0.2 0.8 0.6 0.9 1 INDEKS DISKRIMINASI 0.2 0.2 0 TINDAKAN Ubah Soalan Ubah Soalan Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Tidak Sesuai dan Ditolak Ubah Soalan Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Baik Tetapi Perlu Diuji Semula Soalan Baik Tetapi Perlu Diuji Semula Ubah Soalan Soalan Tidak Sesuai dan Ditolak Soalan Tidak Sesuai dan Ditolak Ubah Soalan Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Sesuai dan Diterima Ubah Soalan Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Sesuai dan Diterima Ubah Soalan Soalan Tidak Sesuai dan Ditolak 13 .7 0. 3 No.9 1 1 0. 9 No.4 0.4 0. 12 No. 5 No. 13 No.4 0. 22 No.4 0.2 0. 18 No.4 0. maka perbandingan akan dibuat bagi memastikan tindakan seterusnya yang perlu dilakukan terhadap item-item ujian tersebut. 23 INDEKS KESUKARAN 0.4 0. 20 No.9 0.8 0. 15 No.

Setelah perbandingan dibuat antara kedua-dua indek tersebut di dapati terdapat beberapa item yang perlu diubahsuai. namun disebabkan indeks diskriminasinya tinggi menunjukkan item tersebut tetap diterima untuk mengenal pasti pencapaian murid. tujuan mengadakan ujian dan dijadikan bank soalan. Ini kerana kebanyakan soalan mempunyai indeks kesukaran antara 0.2 0.7 0. 28 No.8 0.9 0.2. semua soalan lain diterima sebagai soalan yang sesuai tahap kesukaran dan sesuai untuk mengesan perbezaan antara murid cemerlang dengan murid sederhana. 26 No. 8. dan 28.8. Dalam bahagian C iaitu penulisan. dan 23. Manakala terdapat item yang perlu diuji semula oleh murid seperti item 7. 10. 27 No. 6. Selain itu.2 0.4 0.4 Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Sesuai dan Diterima Ubah Soalan Ubah Soalan Soalan Baik Tetapi Perlu Diuji Semula Soalan Sesuai dan Diterima Soalan Sesuai dan Diterima Jadual 6 : Banding beza antara indeks kesukaran dengan indeks diskriminasi bagi item-item ujian serta tindakannya.3 hingga 0.6 0. didapati 4 soalan yang tidak sesuai digunakan iaitu soalan 4. 29 No. 19. 30 0.6 0. 12.2 0. 11.0 Penilaian Item Ujian Setelah penilaian dibuat pada item bahagian A dan B. didapati 66% daripada item yang dibina adalah sesuai dengan murid.No.2 ke atas. 25 No.3 0. didapati 3 orang murid dapat memberi jawapan dengan tepat daripada 10 orang murid yang ambil sebagai sampel.9 0. Sebanyak 30 soalan.4 0. 24 No.5. Walaupun terdapat indeks kesukaran item tersebut agak rendah iaitu mudah.22. Begitu juga dengan indeks diskriminasi yang mana item tersebut adalah 0. didapati 30% diperolehi untuk indeks ujian sukar. 30% = 03 x 100 14 . 26 dan 27. Antaranya ialah item 1. Dengan pengiraan sebagaimana di bawah.4 0.

10 Berdasarkan indeks ujian sukar 25 % -75 % adalah item sukar.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya. maka dengan indeks 30% maka item bahagian C adalah item tahap sederhana dan mempunyai pemahaman yang baik berkenaan topik. bank soalan. alat untuk mengenal pasti perbezaan antara murid yang dapat menjawab ujian dengan cemerlang dengan murid yang tidak menjawab dengan baik. soalan yang perlu diubah haruslah digubal semula terutama dalam aspek pilihan jawapan supaya sesuai. Soalan yang diubah adalah sebagaimana lampiaran 4. 15 . Walau bagaimanapun. Manakala soalan yang perlu ditolak harus dibina semula soalan lain untuk menggantikannya. 7. item-item yang dibina untuk Ujian Penggal 1 Bahasa Melayu Tahun 3 ini adalah sesuai untuk dijadikan rujukan.

Rujukan Lampiran 16 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful