Pengajian perniagaan 2 Akta syarikat 1

AKTA SYARIKAT

JENIS-JENIS SYARIKAT SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DEFINISI Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya.ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa. Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad memounyai sifat-sifat seperti seorang manusin iaitu mempunyai namanya sendiri,boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di mahkamah ,memounyai alamat tertentu .mempunyai asset atas namanya sendiri.tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya,(perpetualsecescion)walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meningal dunia.

SYARIKAT AWAM BERHAD Definisi Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965 ,dan mempunyai sifatsifat yang sama.Sesebuah syarikat sendirian berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (awam) Berhad (Public Ltd.Company) bilangan ahili syarikat ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurangnya 7 orang. TUGAS SETIUSAHA SYARIKAT SETIUSAHA SYARIKAT Kehendak mengenai setiusaha syarikat.

Syarikat anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya setiusaha syarikat.setiusaha syarikat pertama perlu dinamakan dalam memorandum atau perkara-perkara persatuan .Seseorang setiusaha syarikat perlu sama ada dilesenkan oleh pendaftar syarikat atau menjadi ahli penuh dalam badan reofesinol yang ditetapkan oleh menteri ,yang pada masa ini terdiri daripada Mlaysian Association of The Institute of Chartered Secretaries and Administrators,Malaysian Institute of Accountants,Malaysian Association of Certified Public Accounts ,bar Council ,Sarawak Advocates dan Sabah Law Society.Jika anda seorang pengarah anda juga boleh menjadi setiusaha syarikat jika anda memenuhi salah satu daripada syarat di atas ,Cuma anda tidak boleh menandatangani sesuatu dokumen yang memerlukan tandatangan kedua-dua orang pengarah dan setiusaha syarikat sekali gus.Anda tidak boleh menandatangani sesuatu dokumen atas dua keupayaan sebagai pengarah dan setiusaha syarikat sekali gus.Setiusaha syarikat biasanya dilantik oleh lembaga pengarah.Setiusaha syarikat adalah seorang pengawai syarikat dan bertanggungjawab dengan cara yang sama seperti seorang pengarah dan dikecualikan daripada menanggung liability atas terma-terma yang sama. KUASA SETIUSAHA SYARIKAT Pada amnya seorang setiusaha syarikat terlibat dalam urusan pentadbiran dan tidak boleh terlibat dalam urusan perniagaan syarikat .Setiusaha syarikat mempunyai kuasa zahir untuk menjalankan tugas-tugas kewajipannya yang berkaitan denga pentadbiran hal ehwalkorporat syarikat seperti penyenggaraan daftar-daftar syarikat seperti penyenggaraan daftar-daftar syarikat ,penjagaan meterai biasa,pengendalian prosrdur dan prosiding mesyuarat ,penyediaan dokumen berkanun syarikat ,penyeliaan maklumat korporat syarikat dan sebagainya. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung tahunan ini mesti diadakan setiap tahun sekali dan tidak melebihi 15 bulan selepas mesyuarat agung sebelum. Perkara-perkara yang dibincangkan: >Perlantikan juruaudit. >Persetujuan am untuk mengisu syer. >persaraan dan perlantikan pengarah @perlantikan semula pengarah >Pengisytiharan dividen >Akaun syarikat MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN Memorandum

Perlembangan atau piagam sesebuah syarikat Perkara-perkara yang dinyatakan dalam memorandum >Nama syarikat >Objek-objek syarikat >Bagi syarikat yang dihadkan menurut syer,nyatakan jumlah syer modal. >Bagi syarikat berhad menurut syer,nyatakan tanggungan ahli-ahli adalah terhad. >Bagi syarikat berhad menurut gerenti,nyatakan tanggungan ahli-ahli adalah terhad mururut gerenti. >Bagi syarikat x terhad,nyatakan tanggungan ahli-ahli adalah xterhad. >Nyatakan nama,alamat dan pekerjaan penandatangan memorandum. Artikel. Dokumen yang menyentuh tentang urusan dalaman sesebuah syarikat. Ciri-ciri artikel persatuan: >Perlu bercetak >Dibahagikan mengikut perenggan >Ditandatangani oleh setiap penandatangan >Sekurang-kurangnya 2orang ahli Kesan memorandum dan artikel apabila didaftarkan: >Kesan kontrak antara syarikat dan ahli >Kesan kontrak antara ahli dan ahli >Tiada kesan kontrak antara syarikat dan orang luar

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful