•demi

mencapai tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. •belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas
kelas biasa kelas khas

3M
Peringkat pertama Peringkat kedua •kelas kecil •gagal menguasai kemahiran

•Kelas biasa

Kaedah : ~aktiviti penilaian ~ ujian bulanan ~ latihan kerja rumah
•Selepas sesuatu kemahiran telah diajar

•dirujuk kepada guru pemulihan yang lebih professional

 

kadar keupayaan belajar mereka adalah berbeza kaedah secara tahap penerimaan pesanan yang keseluruhan ketinggalan semakin hari semakin jauh Ciri-ciri pelajar:
tidak bermotivasi untuk belajar  tidak beridea tentang cara belajar dan cara menyelesaikan masalah


 


lebih mudah berputus asa lebih mudah terganggu oleh persekitaran kurang cerdas dalam pemikiran ragu-ragu untuk bertindak cepat lupa akan kemahiran yang baru sahaja diajar ataupun fakta-fakta

Tujuan:
 menguasai

kemahiran-kemahiran tertentu  Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka  Mengurangkan masalah-masalah pembelajaran  Mengembangkan potensi minat  Memberi peluang yang sama dalam aktiviti- aktiviti sosial

 mengamalkan

sikap positif  meneruskan pelajaran dalam sistem persekolah biasa (mengurangkan masalah keciciran )


  

Faktor peribadi Faktor kurang kecerdasan Faktor fizikal Faktor psikologi Kurikulum di sekolah tidak sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh pelajar. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat .

keadaan ekonomi keluarga :
kerja

rumah menjaga adik-adik membuat kerja sambilan

masalah sosial segan dan malu

berkait rapat dengan masalah mental Ciri-ciri: lebih lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan

  

Kekurangan makanan yang berzat akan merosakkan kesihatan pelajar:cepat berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya Kekurangan tenaga dan semangat kurang sihat :mengambil cuti sakit Masalah kecacatan fizikal

berkait rapat dengan masalah emosi lebih mudah berperasaan takut, benci, diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri

1. 2.

3.
4. 5. 6.

Mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar dalam penguasaan kemahiran asas Pemerhatian Pentafsiran Rekod Prestasi Profil Ujian kertas dan pensel Latihan harian Soal jawab/ kuiz


Senaraikan semua masalah pembelajaran Mengesan punca masalah dengan ujian diagnostik tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran membaca tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran menulis tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran mengira

Senaraikan semua masalah pembelajaran yang dikenalpasti Mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik.

sejenis bentuk senarai semak mengesan kemajuan prestasi pelajar dalam sesuatu unit pembelajaran dapat menguasai sesuatu kemahiran, guru akan menandakan √

satu dokumen yang mengandungi rekod keputusan pelajar berdasarkan sesuatu penilaian sumatif

Ujian dan latihan harian

  

Kualiti kerja rumah dan keputusan ujian boleh memberi satu gambaran memudahkan guru mencerminkan prestasi pelajar Panduan ibu bapa

cara yang tercepat untuk mengesan masalah pembelajaran sejenis aktiviti penilaian formatif

 

 

mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran menyediakan bahan dalam sesi pemulihan menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Pengenal pastian murid

Penganalisian masalah

Perancangan dan penyediaan bahan

Pengajaran dan pembelajaran

Ujian dan penilaian

Tindakan susulan

Proses pengelolaan sesi pemulihan

Langkah-langkah proses pengelolaan sesi pemulihan kelas biasa

Pengajaran guru

Pembelajaran murid

Latihan lisan/ bertulis

Ujian dan penilaian

Langkah-langkah pengajaran pemulihan

 

diuruskan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas dijalankan masa khas tidak diperuntukkan pelajar yang lain akan menjalankan aktiviti pengayaan mereka yang lebih cerdas dan berkebolehan atau telah menguasai kemahiran sepenuhnya didorong untuk membantu, membimbing mereka yang menghadapi masalah dengan aktiviti pengukuhan

1.
2. 3.

tiga cara: pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran pelajar. soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru. pemeriksaan hasil kerja pelajar selepas aktiviti pengukuhan. Semua keputusan penilaian ini harus direkodkan secara individu dalam satu borang rujukan.

Boleh dibahagikan kepada 2 strategi: Secara kumpulan

Secara individu

1.

aspek pendengaran Sebutan guru hendaklah jelas dan lantang dengan kedar yang berpatutan supaya semua pelajar dapat mendengar dengan jelas dan tepat. Hanya sebutan bunyi hendak dipelajari sahaja diajarkan. Sebutan bunyi yang lain tidak harus dicampurkan dalam sesi pemulihan. Ini adalah kerana untuk mengelakkan gangguan pendengaran pelajar.

Bahan pengajaran yang akan ditunjukkan hendaklah besar, ringkas dan menarik supaya pelajar boleh melihatnya dengan jelas dan tepat. Gunakan warna untuk menunjukkan perkara yang penting. Untuk menunjukkan perbezaan huruf atau suku kata, warna-warna yang berbeza harus digunakan. Bagi pelajaran konsep, benda-benda maujud hendaklah digunakan.

Guru harus menggunakan benda maujud yang boleh dipegang, disentuh atau dimainkan oleh pelajar. Bentuk huruf, nombor atau perkataan yang akan diajar lebih baik “timbul” supaya pelajar boleh mengesan dengan sentuhan atau tekapan mereka. Bagi pengajaran kemahiran menulis, huruf atau symbol harus ditulis dengan saiz yang sederhana besar. Untuk menarik minat pelajar, penggunaan pensel warna atau krayon adalah digalakkan untuk aktiviti menulis.

Penilaian aktiviti pembelajaran murid

Rekod

Kes berjaya

Tempatkan dalam kumpulan sesuai Kes ringan: Ulang aktiviti pemulihan

Sesi pemulihan
Memeriksa kerja latihan pemulihan pelajar keputusan

Kes gagal

Kes berat: Rujuk kes kepada guru pemulihan

Proses penilaian untuk sesi pemulihan

sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu

guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada secara diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sendiri sahaja. dibahagikan ialah kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana akan bosan terhadap pelajaran kerana aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka

berpeluang menikmati pelbagi pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam proses pembelajaran.

1.

2.

3.

menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.

4.

5.

6.

7.

memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada:

 bacaan (membaca)  tulisan (menulis)  kiraan (mengira)

Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan.
Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita.

Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.

1. Permainan

- Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda, aktiviti juaI beli. - Meneka nombor, waktu, operasi. - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang.

2. Teka-teki 3. Projek

4. Pertandingan 5. Ujikaji

- Kuiz matematik, petak ajaib. - Mencari rumus matematik melalui inkuri dan penemuan. - Menyelesaikan masalah yang menarik serta mencabar.

6. Lembaran kerja

1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid. 2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuari dengan kebolehan kumpulan masing-masing, tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru. 3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar.

4. Masa untuk menjalankan aktiviti pengayaan haruslah bersesuaian dengan bilangan soalan yang diberikan. 5. Arahan yang diberikan hendaklah tepat, ringkas dan jelas. 6. Bahasa yang digunakan hendaklah sejajar dengan peringkat pencapaian pelajar.

7. Bentuk tulisan yang digunakan hendaklah jelas, terang dan tidak terlalu kecil. 8. Ilustrasi seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian dengan konsep dan maksud kandungan.Guru boleh melukis gambar sendiri atau menggunting gambar- gambar daripada majalah, komik atau suratkhabar. 9.Bagi kad bacaan, selain ilustrasi, soalan-soalan hendaklah dibina untuk menguji kefahaman.

Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: 1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. 2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan bersama masa dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Kumpulan cerdas

Kumpulan sederhana

Kumpulan lambat

Aktiviti pengayaan

Aktiviti pemulihan

Pendidikan inklusif boleh diertikan sebagai pendidikan umum, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat, adalah berhak diberi peluang pendidikan umum. Setiap orang sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat, mempunyai potensi yang tersendiri. Potensi ini adalah dimiliki oleh manusia sejak dilahir.

Potensi kanak-kanak normal dan pintar-cerdas, kanak-kanak cacat boleh dididik dan dikembangkan supaya menjadi rakyat yang berguna. Oleh itu, kanak-kanak cacat harus juga diberi peluang menerima pendidikan di bawah satu program khas sesuai dengan potensi atau kebolehan mereka.

Di bawah program Pendidikan Inklusif ini, kanak-kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi belajar, adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-guru biasa. Bagi kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan, mereka akan ditempatkan di dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP).

Selain daripada pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris, mereka akan diajarkan kemahiran menipulatif seperti berkebun, membasuh, menggosok dan memasak. Apabila kanak-kanak cacat mencapai kemajuan yang memuaskan, mereka yang berkenaan akan ditempatkan dalam kelas biasa sesuai dengan taraf pencapaian mereka.

Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa, iaitu kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas. Pendidikan Khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik mengajar, untuk kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana mereka tidak sanggup dapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada sekolah biasa.

Mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982) , pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.

Kanak-kanak istimewa ini hendaklah diberi peluang mengikuti satu program pendidikan khas yang sesuai dengan potensi mereka. Program pendidikan ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum dan seterusnya menjadi rakyat yang berguna, berupaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada negara.

Kementerian Pendidikan telah menentukan lapan strategi berikut supaya melaksanakan program pendidikan khas bagi kanak-kanak istimewa di negara kita. 1. Menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk kanakkanak cacat.

2. Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran dan vokasional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna. 3. Malalui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.

4. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar.

5. Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas dengan berkesan.

6. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibubapa yang mempunyai kanak-kanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan.

7. Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal, mental atau emosi kanakkanak cacat. 8. Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat.

Di Malaysia, program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut: 1. Program pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama. 2. Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan tuli.

Kanak-kanak istimewa adalah diklasifikasikan dalam tujuh kategori, iaitu: 1.kanak-kanak kerencatan akal, 2.kanak-kanak bermasalah pembelajaran, 3.kanak-kanak kecelaruan tingkah laku, 4.kanak-kanak cacat pendengaran, 5.kanak-kanak cacat penglihatan, 6.kanak-kanak cacat fizikal dan 7.kanak-kanak pintar-cerdas.

Kanak-kanak kerencatan akal adalah kanakkanak yang mempunyai Darjah Kecerdasan (Intelligent Quotient, IQ) di antara 35 hingga 85.

Kanak-kanak ini biasanya menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan atau gangguan hormon dan sebagainya.

Kita boleh gunakan Ujian Darjah Kecerdasan yang disarankan oleh Binat dan Terman dengan mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur masanya.
Selain itu, kanak-kanak kerencatan akal juga boleh dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan.

Kanak-kanak yang tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa. Punca kanak-kanak sering menghadapi masalah pembelajaran biasanya disebabkan masalah keluarga atau peribadi atau keduaduanya.

Golongan kanak ini biasanya mempunyai konsep kendiri negatif , motivasi rendah, sifat introvert, tabiat malas berusaha, kekurangan minat dan kecenderungan dalam kanak-kanak ataupun sering sakit. Keadaan kanak dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurological terhadap gerakbalas bahasa, sama ada lisan atau tulisan, persepsi kognitif atau aktiviti psikomotor.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran dapat dikenal pasti dengan ciri-ciri yang dirumuskan berikut: 1. Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan. 2. Lemah pencapaian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa.

3. Sering mengantuk dalam kelas.

4. Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan sedarjah atau guru. 5. Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
6. Sering meniru atau menyalin kerja rumah rakan sedarjah atau tidak membuat kerja rumah langsung.

7. Ingatan lemah, mudah lupa. 8. Bersifat pemalu dan introvert. 9. Bersifat pendiam dan tidak berani bertanya. 10.Sering ponteng sekolah.

11.Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu mengatasinya oleh anggota keluarga.

12.Mempunyai konsep kendiri rendah.

13.Tidak menghargai sahsiah diri sendiri.
14.Mereka bukan kanak-kanak lembam yang gagal sama sekali di sekolah. Mereka mungkin menghadapi masalah dalam matematik, tetapi boleh mencapai peringkat lulus dalam Bahasa dan dapat prestasi baik dalam Senilukis, Kemahiran Manipulatif atau mata pelajaran yang lain.

1.

Tingkah laku terbias: Mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti, tidak mematuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adalah hiperaktif atau hiperkinetik.

2.

Sifat pengongkongan dalaman: Kanak-kanak yang bersifat pemalu, pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung. Mereka sering melakukan tindakan di luar dugaan. Tingkah Laku ketidakmatangan: Kanakkanak yang kurang berupaya menumpukan perhatian dalam pelajaran. Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri.

3.

4. Tingkah laku antisosial: Kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras, mengugut, mencuri, ponteng kelas dan ponteng sekolah.

Mereka sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan, iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pretutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual)

Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir. Kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, yang biasanya berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap.

Punca-punca cacat pendengaran biasanya disebabkan kerosakan gegendang telinga, saraf pendengaran ataupun warisan baka.

Kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. Kanak-kanak cacat penglihatan boleh digolongkan dalam beberapa jenis, iaitu kanak-kanak rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna, astigimatisme, katarak, glaucoma dan juling.

Punca-punca cacat penglihatan ialah kesakitan mata, kekurangan zat makanan ataupun kerosakan saraf optic atau menghidap penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya. Kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang buruk sekali. Kanak-kanak cacat penglihatan tentunya akan menghadapi masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khasnya dalam proses persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat.

Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik atau anggotanya. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot, menyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya.

Punca-punca utama kanak-kanak kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan.

Kanak-kanak yang ada Darjah Kecerdasan melebihi 120. Mereka biasanya digolongkan dalam tiga kategori, iaitu: 1.Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi. 2.Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta. 3.Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis, penulisan, drama, muzik, kraftangan, sukan dan sebagainya.

Ciri-ciri am kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat 1.Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi. 2.Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara. 3.Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti. 4.Menunjukkan motivasi yang kuat. 5.Mempunyai perasaan afektif yang tinggi.

Ciri-ciri spesifik kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat Ciri-ciri spesifik yang dimanifestikan oleh kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh ditinjau daripada dua aspeks, iaitu: a. Ciri-ciri aspeks positif b. Ciri-ciri aspeks negatif

Kita boleh gunakan Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan yang disarankan oleh Binet dan Terman dengan mengaitkan umur akal kanakkanak kepada umur masanya.

Kanak-kanak istimewa juga boleh dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan.

Kanak-kanak istimewa boleh dikenal pasti dengan cara memerhati ciri-ciri tingkah laku mereka. Tetapi cara pemerhatian ini adalah kurang objektif dan kurang jitu. Cara yang sah dan boleh dipercayai ialah penggunaan Ujian Kecerdasan (Intelligent Test). Bagaimanapun, menyediakan inventori ujian kecerdasan ini adalah sukar dan rumit, malah memerlukan kepakaran untuk menggubal soalan-soalan yang bermutu tinggi.

Cara yang lebih praktik dan boleh dijalankan ialah penggunaan pemerhatian bersama dengan ujian saringan untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa.

Ujian saringan disediakan khas untuk menentukan peringkat pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa dan Matematik sahaja. Ujian saringan ini juga mengukur tahap pengamatan kanak-kanak, iaitu kuasa penglihatan, pendengaran dan psikomotor.

Ujian saringan banyak menumpukan usaha mengukur peringkat pencapaian berbentuk ilmiah dan jarang sekali melibatkan ukuran penguasaan bidang kemahiran yang lain, seperti kemahiran psikomotor, penulisan, kesenian ataupun bakat kepimpinan. Untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa secara menyeluruh dan jitu, ujian aptitud khas dan minat mereka hendaklah juga diadakan bersama dengan ujian saringan.

Hasil penilaian daripada pemerhatian, ujian saringan dan ujian aptitud khas dapat membantu pendidik mengenal pasti kanakkanak istimewa dengan lebih tepat dan lebih objektif. Pendidik akan dapat menyediakan ujian diagnostik yang sesuai, dan selepas itu merancang satu kurikulum pendidikan khas bagi kanak-kanak istimewa dengan lebih berkesan.

Mengikut Program Pendidikan Inklusif, kanakkanak istimewa sama ada cacat atau pintarcerdas adalah ditempatkan dalam kelas biasa mengikut umur seperti kanak-kanak normal.

Bagi sekolah yang belum melaksanakan program Pendidikan Khas, guru biasanya gunakan kaedah kumpulan untuk menguruskan aktiviti pemulihan bagi kanakkanak lambat (slow learners) kerana kecacatan bidang tertentu dan menguruskan aktiviti pengayaan bagi kanak-kanak pintar-cerdas.
Bagi sekolah yang dapat melaksanakan program Pendidikan Khas kerana diperuntukkan guru pendidikan khas atau guru resos serta kemudahan-kemudahan yang sesuai dan lengkap, guru biasa akan bekerjasama dengan guru resos menjalankan aktiviti pengajaran khas untuk kanak-kanak istimewa mereka.

Untuk menjayakan program pendidikan khas, guru biasa hendaklah mengajar secara kolaboratif dan koperatif dengan guru resos, berusaha bersama-sama menyediakan inventori untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa, merancang program pengajaran, menyediakan alat-alat bantu mengajar, menentukan strategi, kaedah dan teknik mengajar serta isi pelajaran dan penilaian.
Melalui usaha ini, program pendidikan khas yang dirancangkan untuk kanak-kanak istimewa dapat dilaksanakan dengan licin dan sempurna dan matlamat mengembangkan potensi dan bakat mereka secara sepenuhnya dapat dicapai dengan jayanya.

Mahu tidak mahu guru akan berhadapan dengan kanak-kanak luar biasa, guru mempunyai tugas utama untuk mengatasinya.

Dalam banyak kes, guru dapat mengelakkan kecacatan kanak-kanak dari menjadi bertambah serius.

Guru harus mengambil iktibar bahawa murid yang tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar mungkin menghadapi masalah kecacatan dan mengambil langkah awal. Guru patut berpegang kepada „tidak menghukum adalah lebih baik daripada salah hukuman.‟

Guru juga harus sedar dan mengamalkan diktum: „ tiada siapa yang diminta dilahirkan cacat ‟. Guru mestilah tidak membeza-bezakan murid mereka. Label akan membawa kepada pemusnahan masa hadapan pelajar itu.

Guru harus peka dengan perkembangan semasa dan menguasai kemahiran asas untuk berhadapan dengan kanak-kanak istimewa.