You are on page 1of 19

Maksud hadis :

Rasulullah bersabda :

Sesungguhnya setiap pekerjaan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya setiap pekerjaan individu akan diberi ganjaran mengikut keikhlasan niatnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya untuk Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana mencari keduniaan atau seorang perempuan untuk dikahwininya maka hijrahnya untuk apa yang diniatnya.

Sabab wurud (munculnya) hadis :


Para ulama menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yang berhijrah dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah bukan kerana menyahut perintah Allah dan Rasul-Nya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Ummu Qaish. Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, sahabat itu dikenali sebagai 'Muhajir Ummu Qaish' yang bermaksud 'orang yang berhijrah kerana Ummu Qaish' .

Pengertian niat

i Bahasa: kehendak hati atau tujuan hati .

Istilah: gerak hati kearah melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah.

Peranan niat dalam ibadah


Niat membezakan sesuatu perbuatan . Perbuatan yang dilakukan tanpa niat menjadi adat yang tidak diberi pahala oleh Allah Perbuatan yang diniatkan dengan ikhlas akan menjadi ibadah dan diterima oleh Allah Perbuatan yang diniatkan tetapi tidak ikhlas, tidak diterima sebagai ibadah oleh Allah

Perkara-perkara yang tetap berlaku tanpa niat Seseorang yang menolak kepercayaan kepada rukun iman dan islam dianggap telah kufur walaupun secara olok2 atau tanpa niat

Pengertian ikhlas

Bahasa : bersih dan suci. Istilah : niat yang tulus dan murni kerana Allah dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan .

Ciri-ciri sifat ikhlas


Mempunyai prinsip hidup dan matlamat kerja yang jelas iaitu mencari keredhaan Allah. Menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan sebagai ibadah. Berusaha memperbaiki mutu kerja dari semasa ke semasa. Gigih dalam mengejar cita-cita dan tabah dalam menghadapi ujian. Merendah diri dengan kekayaan dan kedudukan yang dimilikinya.

Kelebihan orang yang bersifat ikhlas


Sentiasa bertaqwa. Amalannya diterima Allah. Mendapat balasan yang berlipat ganda di akhirat. Mendapat ketenangan jiwa.

Akibat tidak ikhlas Dalam perbuatan


Dipandang hina oleh masyarakat tempatan dan luaran.

Dalam ibadah
Tidak diterima Allah.

Tidak ada kesungguhan dan ketekunan dalam sesuatu usaha.

Menjadi rosak dan tidak diberi pahala oleh Allah.

Melahirkan budaya negatif dalam masyarakat seperti mengampu untuk kepentingan diri.

Boleh membawa kepada syirik khafiy.

Perkara-2 yang boleh merosakkan amalan & pahala

Mengungkit-ungkit dengan kebaikan yang pernah dilakukan. Menyakiti orang lain seperti memperkecil dan memandang hina orang yang menerima bantuan daripadanya. Riak iaitu suka menunjuk-nunjuk. Tidak beriman dengan Allah dan hari kiamat.

Pengertian Hijrah

Bahasa : berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain. Konteks sejarah islam : perpindahan Nabi Muhammad saw dan para sahabat dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawarah untuk mengembangkan islam. Konteks sekarang : 1) berpindah dari satu tempat dari tempat yang lain. 2) perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih baik dan lebih hampir kepada rahmat Allah.

LOL :P

Tuntutan hijrah
Dalam kehidupan pelajar
Menguasai cabang-cabang ilmu pengetahuan semasa.
Menghargai masa remaja dengan menuntut ilmu pengetahuan sebaik mungkin. Mengamalkan ilmu-ilmu yang diperolehi dalam kehidupan harian.

Dalam kehidupan lama


Membina jati diri dan tidak terpengaruh dengan budaya asing.

Berusaha meningkatkan kualiti hidup.

Membantu membangunkan negara dengan sumbangan harta benda dan idea-idea.

Pengajaran hadis

Setiap pekerjaan hendaklah dimulakan dengan niat yang ikhlas. Ikhlas adalah sifat terpuji yang dituntut oleh islam. Sesuatu ibadah yang dilakukan tanpa keikhlasan tidak diterima oleh Allah. Setiap muslim wajib berhijrah daripada pekara negatif kepada positif.

Penilaian
1) jelaskan sebab wurud hadis . 2) huraikan tiga contoh pekara-pekara yang boleh merosakkan amalan seseorang di sisi Allah. 3) bincangakan tiga peranan yang boleh dimainkan oleh pelajar untuk membentuk sifat ikhlas. 4) jelaskan tuntutan hijrah terhadap masyarakat islam masa kini. 5) terangkan tiga pengajaran hadis.

Created by :
Farhana Athirah Azly Hanin Adila Muhammad Aminuddin Neyli Zulaikha Ahmad Kamal Nur Sabrina Kamaruzaman Siti Nur Aimi Saharudin THE END Assalamualaikum
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang

:)

You might also like