You are on page 1of 15

NOTA PEPERIKSAAN ICT DALAM PENDIDIKAN BAHAGIAN A Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul 1.

Berikan definasi perkataan di bawah. a. Kurikulum semua perancangan pendidikan yg dilaksanakan oleh sekolah utk capai matlamat pendidikan. b. Pendidikan - Pendidikan adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. c. Pengajaran - sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya yg dirancangkan secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. d. instructional design - Suatu proses sistematik menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan, bahan dan penyampaian pembelajaran. e. instructional technology - Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknikteknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang f. Teori - satu himpunan pernyataan membekalkan penjelasan rasional tentang konsep, definisi, dan proposisi yang saling berkait dan penghuraian tentang keadaan semasa atau ramalan tentang fenomena akan datang. g. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). h. E-pembelajaran pembelajaran melalui/menggunakan teknologi ICT,aplikasi, program dalam talian ( on-line ) i. Grafik kombinasi gambar, lakaran,lukisan, angka,huruf, lambing,perkataan, cirta, yang menjadi satu media pengajaran yg memberikan dan menterjemahkan konsep atau idea dp penghantar kpd penerima matlumat dalam situasi tertentu ( P&P) 2. Berikan maksud ICT dalam pendidikan - Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. - Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. 3. Nyatakan 3 dasar utama ICT dalam pendidikan. i. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran

ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus.Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran 5. internet. Terangkan krateria untuk persembahan yang berkesan.Menepati objektif c. kecekapan.Nyatakan item-item di bawah secara tertib dan berikan keadaan / situasi yang wujud jika berlaku ketiadaan item berkenaan. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar 8 . dan aplikasi generik yang lain (contohnya. V + S + R + AP + L + I = Complate V = Visi S = Skill R =Sumber AP = Action Plan L = Leadar I = Inisiatif Tiada V jadi keliru Tiada S jadi ? Tiada R jadi kecewa Tiada AP jadi x kemana Tiada L jadi tak tentu arah Tiada I jadi slow 6. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar 4. Sembilan ( 9 ) peringkat proses penyampaian pengajaran (Events of instruction) 1. iii. ii.menggunakan kemudahan ICT. perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan). Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. Sampaikan isi pelajaran / bahan P&P 5 .Bimbing pembelajaran pelajar 6. dan keberkesanan sistem pengurusan. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti 7.Boleh diaplikasi .Taksir pencapaian pelajar 9 .Memenuhi kehendak kurikulum b. Tarik perhatian pelajar 2.Huraikan 2 cara untuk menilai bahan rujukan i. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja. 4.Krateria Pedagogi a. Beritahu pelajar objektif pembelajaran 3.

N-arahan/pengerakan d.ASSURE A-Analisa Ciri ciri Pelajar Ciri-ciri umum Kemahiran/Kompetensi PraSyarat Stail Pembelajaran S-Selact objektif Audience (Kumpulan Sasar) Behavior (Perlakuan) Conditions (Syarat) Degree (Tahap) S-Selact Method.I-intraktif 7. media dan material (Pilih Kaedah.Strategik ii.E-senang guna c.S-skrin format b.Berdasarkan 1 model ID terangkan aspek-aspek yang berkaitan dengannya i.MODEL DID Proses perubahan ikut step ni Step1-Mengetahui siapa pelajar kita Step2-Tentukan tahap pencapaian dan objektif Step3-Pastikan persekitaran pembelajaran kondusif Step4-Tetapkan strategi p&p Step5-Pilih dan tetapkan penggunaan teknologi Step6-Rancang penilaian secara keseluruhan . Media dan Bahan) Pemilihan Kaedah Pemilihan Media Pemilihan Bahan U-Guna Media dan Bahan Pratonton Bahan Sediakan Bahan Sediakan Persekitaran Sediakan Pelajar Anda Sediakan Pengalaman Pembelajaran R-Dapatkan gerak balas pelajar Perspektif Behavioris Pespektif Kognitivis Perspektif Konstruktivis Pespektif Psikologi Sosial E-Nilai dan Ubahsuai Penilaian pencapaian pelajar Penilaian Kaedah dan Media Ubahsuai ii.Kratria Persembahan a.d.

Peringkat-peringkat perubahan i.penyusunan organisasi .sedia ada iv.iii.Melaksanakan perubahan .Bina objektif /hasilpembelajaran v.Penilaian Sumatif / formatif .D=Development ( perkembangan ) .Tentukan matlamat pengajaran ii.Sediakan bahan pengajaran vii.pengurusan .E=Evaluation (penilaian ) iv. Labelkan rajah di bawah:9.I=Implementation ( laksanakan ) .Membina objektif perubahan iii.D=Design ( rekabentuk ) . Model Gagne Terbahagi kepada 8 peringkat:i. Kenalpasti kepentingan perubahan ii.Analisa pelajar .revise v. iaitu:i.Merekabentuk perubahan iv.Pilih kaedah penyampaian vi.Laksanakan analisa pengajaran iii.Rancang dan laksana penilaian formatif viii.Rancang dan laksana penilaian sumatif 8.proses pengajaran iii. Senaraikan tatatingkat LoTi Breackdown mengikut tertib:Level Level Level Level Level Level Level Level 0 1 2 3 4 5 6 7 tak guna kesedaran penerokaan penyerapan intergerasi mekanikal intergerasi rutin peluasan menghalusi 10.penyampaian .A=Analisis ( analisa ) .Strtegi .Smith & Dragon Model Mengandungi 3 Fasa.tugasan diberi (Content ) .Kenalpasti tingkahlaku pelajar/cirri-ciri/peng.pembelajaran ( task ) ii.ADDIE .

Peranan guru a.murid vi.pedagogi v.Pelbagai strategi pengajaran digunakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting.Menilai perisian yang sesuai.sekolah iii.subjek iv. g.Perlu memastikan penggunaan ICT untuk membantu proses P&P bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.Intergerasi ICT dalam P&P Strategi mengintegrasi ICT dalam P&P i.Memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan.Buat Penilaian. c.Pembahagian kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran c.Peranan Pemimpin Sekolah a.Sokongan Daripada Pihak Luar a. Sekolah harus mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar 12.v.Menilai dan revise 11.ilmu ii. Aspek kurikulum yang ditekankan i.Strategi guru ICT selaras dengan isi kandungan mata pelajaran iii. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran. ii.Menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah.Guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail. Sebutkan kepentingan Teknologi dalam P&P . i. c.Guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. d.Pembelajaran secara penerokaan dll e. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT.teknologi 13. j.sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model b.memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum d.. b. f.satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. h. b. chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif.

Pembelajaran Kendiri ii. D penggunaan bahan teknologi secara bijak. A p&p serta budaya berfikir. E. Manakah bukan merupakan matlamat pembangunan ICT dalam pendidikan ? A meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT. Bahagian B Pilih jawapan yang betul dari soalan aneka pilihan yang diberi.Meningkatkan keberkesanan pembelajaran iii. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada A pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. B memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT.e-peperiksaan 5. Aspek di bawah perlu ditekan oleh sebuah institusi pendidikan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kecuali. terarah kendiri dan kadar kendiri D penerusan hidup di dunia tanpa sempadan E berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. . C pendekatan pemusatan kepada pelajar. Konsep Pembestarian sekolah melibatkan aspek di bawah kecuali A proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan. B pengurusan sekolah yang efektif. Apakah yang diharapkan kepada murid yang telah menguasai kemahiran yang diperolehi dibidang ICT A menjadi sumber manusia yang berkualiti B mencapai kebahagian dunia dan akhirat C mengamalkan pembelajaran akses kendiri .i. E menghadkan pengintegrasikan ICT dalam P&P. D meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT. C memperluas kurikulum berasaskan ICT. 2. B prestasi peperiksaan Awam C kerajaan elektronik D perpaduan berlandaskan konsep 1 Malaysia E Semua di atas 3.Peluang belajar kepada semua. 4. 1.

D dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT E melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri terarah kendiri dan kadar kendiri Soalan Essi 1. 2.Meningkatkan daya pengeluaran . Pelbagai faktor menimbulkan persaingan sengit untuk merebut peluang-peluang dan sumber yang terhad. C berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar 4. Kecekapan menguruskan masyarakat majmuk dan kompleks seperti di Malaysia memerlukan perubahan pendidikan kerana pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang penting. b.B pendekatan terbaik menggantikan pengajaran guru bersifat tradisional. Penilaian dan uji.a.Programkan dgn pengajaran ix. Mengenalpasti matlamat dan keperluan bahan ii. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar 8 .Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran Posted by mahali at 4:22 AM 0 comments NOTA PEPERIKSAAN PENGURUSAN PERUBAHAN NOTA PEPERIKSAAN PENGURUSAN PERUBAHAN 1. Sembilan ( 9 ) peringkat proses penyampaian pengajaran (Events of instruction) kaitkan dgn ASSURE 1. Mengumpul sumber-sumber utk bina bahan iii. Tarik perhatian pelajar 2. Hasilkan bahan sokongan x. Menghasilkan idea-ieda relevan dgn subjek v. Merekabentuk infrastruktur vi.Mengurangkan konflik Persekitaran masyarakat semakin kompleks.Terangkan faktor-faktor sesuatu organisasi perlu berubah a. teknologi.Bimbing pembelajaran pelajar 6.Senaraikan 10 keteria membina bahan pengajaran ICT i. Menghasilkan carta aliran vii. Menghasilkan papan cerita viii. Beritahu pelajar objektif pembelajaran 3. Faktor-faktor seperti ekonomi. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti 7.Taksir pencapaian pelajar 9 . Mengkaji kandungan diperlukan iv. Sampaikan isi pelajaran / bahan P&P 5 . politik dan sosio budaya akan meningkatkan konflik di dalam masyarakat.

Faktor teknologi ii. c. ii. 2.b Terangkan faktor-faktor sesuatu organisasi berubah 1. i. produktiviti akan meningkat. Apabila ilmu setiap warga negara meningkat . Peningkatan kemahiran mengakibatkan perubahan. Hal ini membawa kebaikan kepada organisasi pada situasi tertentu yang memerlukan penggantian dengan kadar segera.Organisasi didesak untuk mengadopsi paradigm baru atau melihat dunia saat ini secara lebih sensitif. Struktur hierarki dalam organisasi akan menentukan aliran penjawatan seseorang dan tanggungjawab kerja akan diperhalusi.Latihan dalam organisasi juga dapat menambahkan pengetahuan dan keterampilan pekerja mengenai penggunaan teknologi. kecekapan dan prestasi pekerja akan meningkat . Faktor dalaman i.Peluang-peluang mendorong kepada semangat bekerja dan membina imej serta meningkatkan kualiti pekerja. Hasilnya ialah proktiviti meningkat dan pendapatan negara akan bertambah..Sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggannya agar dapat menarik pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara berterusan.Meningkatkan motivasi Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada peningkatan penerimaan perubahan. iv. Semakin besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan.Perubahan utk bertujuan mempertingkatkan mutu dan produktiviti kerja dengan meneliti struktur sedia ada dan menyusun semula proses dan aktiviti organisasi kearah yang lebih baik di samping membentuk struktur organisasi dan budaya yang sesuai.Faktor politik dan perundangan turut berperanan dalam menentukan perubahan dalam pasaran di mana perubahan dalam politik akan mengakibatkan individu atau kumpulan merubah perancangan dan perjalanan asal organisasinya.Perubahan yang berlaku terhadap pucuk pimpinan dan kuasa dalam organisasi akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap struktur sedia ada dalam organisasi. vi.Kemunculan produk atau perkhidmatan baru di pasaran turut menyebabkan perubahan dalam organisasi. Faktor luaran i. Perubahan berlaku Faktor-faktor penyebab perubahan.Peranan pentadbir adalah memberikan motivasi yang tinggi dan sentiasa memastikan setiap pekerjanya bermotivasi tinggi.Pengetahuan dan kemahiran rakyat perlu ditingkatkan mengikut peredaran masa. iv. Dalam sesebuah organisasi .Persaingan . vii Pekerja yang berkualiti sebaiknya menguasai pelbagai cabang yang membolehkannya membuat pilihan cabang mana yang menjadi pilihan utama. iii. Perubahan sukar dilakukan jika pekerja mempunyai motivasi yang rendah.Perubahan berlaku. fleksibel. dan mudah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan harapan para stakeholders iii. ii. ATAU: 1.Perubahan utk mencipta keadaan yang lebih baik dan untuk kebaikan organisasi itu sendiri.Gaya hidup iii. v.Permintaan terhadap produk atau perkhidmatan terkini memaksa organisasi menggunakan kecanggihan teknologi bagi mempertingkatkan mutu barangan atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan.

Sekiranya semasa kita cuba menyelesaikan tugas tersebut. Tekanan ini pula akan menghindar (restrain) perubahan dari berlaku. Dengan ini. tekanan-tekanan keatas individu tersebut bukan merupakan satu tekanan secara realiti dan berbentuk fizikal. Sekiranya. tingkahlaku seseorang itu merupakan fungsi personaliti beliau yang pada asasnya dapat ditakrifkan sebagai motivasi serta keperluan beliau. maka besar kemungkinan kerja tersebut tidak akan diberi keutamaan. Dalam keadaan ini tingkahlaku kita merupakan gandingan keperluan kita untuk maju dalam kerjaya dan persepsi kita terhadap kuasa pada ketua. maka tekanan menahan wujud dalam keadaan tersebut. Maka tekanan yang terdapat pada masa ini merupakan tekanan memacu. . Model Analisis Tekanan Lapangan bertujuan untuk mengenalpasti kesemua tekanan dalam persekitaran bagi membolehkan agen perubahan mengambil tindakan untuk meningkatkan tekanan memacu supaya perubahan dapat dicapai. Model Kurt Lewin Menurut Lewin.Perubahan pasaran buruh 2. Tekanan menahan (restraining forces) Tekanan menahan (restraining forces) . kita dilekakan oleh rakan kita yang mengajak kita minum teh tarik. kita akan melakukan sesuatu kerja yang ketua kita suruh kerana persepsi kita terhadap kuasa yang ada pada beliau. Tekanan ini membantu (facilitate) usaha perubahan. Tekanan memacu (driving forces)-Satu tekanan yang dikatakan tekanan memacu (driving forces) akan menganjak kearah perubahan.Terangkan model-model perubahan di bawah: a. Fungsi personaliti ini pula digandingkan dengan suasana atau persekitaran beliau. Sungguhpun demikian menurut Lewin. Sebagai contoh.iv.Perubahan dasar politik v. Persekitaran tersebut mempunyai pelbagai tekanan yang bertindak ke atas individu tersebut. tetapi lebih kepada persepsi individu terhadap tekanan.akan menarik daripada arah perubahan tersebut. pekerja mempunyai persepsi rendah terhadap kuasa ketua tersebut. Akibat tekanan-tekanan tersebut satu keadaan seakan-akan seimbang (quasi-equilibrium) akan tercapai.MODEL KURT LEWIN Analisis Tekanan Lapangan KURT LEWIN (1974) merupakan satu teknik umum diagnosis bagi membawa perubahan. Sekiranya kita mempunyai perspesi bahawa dia sangat berkuasa dalam menentukan masa hadapan kita maka kemungkinan kita akan buat kerja itu dengan lebih cepat dan teliti. tingkahlaku seseorang dapat diramalkan dengan menentukan kekuatan tekanan yang bertindak keatas individu tersebut dan keperluan beliau untuk berubah.Perubahan dalam struktur ekonomi vi. Menurut MODEL KURT LEWIN dalam satu keadaan terdapat dua tekanan yang bertindak untuk mengimbangi satu sama lain. Lain-lain tekanan seperti kesibukan kerja akan menyebabkan satu keadaan seakan-akan imbangan yang tidak membolehkan kerja tersebut dilaksanakan.

Kedua dua alatan tersebut membolehkan masalah perubahan dikenalpasti.Dengan ini kejayaan tugas tersebut ditentukan dengan kebolehan kita untuk meningkatkan tekanan memacu atau mengurangkan Mungkin salah satu cara ialah dengan menambahkan tekanan memacu seperti meningkatkan aspirasi kita untuk maju dalam kerjaya. b. keluarga dan juga masyarakat. b. Di samping ini. Ciri di dalam proses perundingan terserlah dengan adanya sifat seperti: a. maka agak terserlah bahawa wujud keserupaan antara kaunseling dengan perundingan. Malahan di dalam sorotan literatur pendekatan kaunseling itu dianggap sebagai strategi intervensi orde yang pertama.handangan yang terbuka oleh perunding c.Dalam membawa perubahan. Bagi memperbaiki keupayaan konsulti untuk berfungsi dengan lebih berkesan. Perkhidmatan ini pula boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsulti. Sistem di sini bermaksud individu.Kerelaan hati perunding b. 2. Secara mudah model Kurt Lewin dalam hal ini dapat di gambarkan seperti berikut: a. Bagi memperbaiki khidmat kepada orang yang ketiga. perhubungan dan proses perundingan adalah setaraf di antara perunding dengan konsulti. c. MODEL LIPPITT Model perundingan yang dikemukakan oleh Lippitt dan Lippitt (1978) pula memberi fokus kepada interaksi serta proses yang berlaku semasa perundingan di antara perunding dengan sistem.Ketulenan diri oleh perunding Wujud rasa empati oleh perunding Apabila diperhatikan ciri di dalam proses perundingan yang dikemukakan oleh kedua-dua Caplan dan Lippitt & Lippitt. model Kurt Lewin juga berguna bagi kita mengenalpasti pelbagai tekanan yang dapat membantu kita mencapai satu keadaan yang baru.Dengan menggunakan alatan tersebut pengurus serta pekerja dapat gambaran jelas berkaitan perubahan yang hendak dilaksanakan serta kepastian yang lebih dalam membawa perubahan ditempat kerja. Asas perundingan adalah bertujuan bagi membantu konsulti memperkembangkan sikap dan kemahiran. Lippitt dan Lippitt menamakan modelnya sebagai Perundingan Perkhidmatan Insan. Matlamat di dalam proses perundingan adalah : 1. c.Di samping itu kita dapat kenalpasti juga tekanan-tekanan yang menghalang. dinyatakan dan dianalisis supaya tindakan wajar dapat diambil dalam usaha mengurus perubahan.Dengan mengurangkan tekanan yang menahan atau meningkatkan tekanan memacu kita dapat menganjakkan garisan seakan-akan seimbang ke arah garisan yang di ingini. Kesimpulan a. supaya membolehkan konsulti berfungsi dengan lebih berkesan. Manakala pendekatan . iaitu klien.Analisis Tekanan Lapangan Lewin dan Teknik Tulang Ikan Ishikawa merupakan dua alatan yang boleh digunakan untuk menganalisi perubahan. Definisi yang di kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt begitu bersepadu seperti berikut: Perundingan adalah sebagai satu proses penyelesaian masalah secara sukarela.

berkongsi idea dengan subordinat. berpegang kuat kepada nilai-nilai organisasi dan menekankan kepada pentingnya mempunyai misi bersama. Ini akan menimbulkan rasa ingin berusaha dengan lebih gigih demi mencapai visi yang ditetapkan.Terangkan gaya kepimpinan untuk buat perubahan. Klien mendapatkan pertolongan melalui konsulti. memberi inspirasi. Dalam keadaan ini. Beliau juga akan menekankan tentang kepentingan kerja berpasukan bagi mencapai sesuatu matlamat. karismatik adalah gabungan ciri-ciri unggul pemimpin dan tingkah laku unggul pemimpin. Perubahan emosi adalah hasil daripada usaha sistem itu sendiri yang mengarah penyelesaian masalah dan pencapaian maklumat. konsulti itu sendiri yang memainkan peranan bagi menggerakkan tindakan perubahan ke atas emosi kliennya. Konsulti berperanan aktif dengan melakukan pelbagai tindakan yang mempunyai unsur-unsur bagi mengubah emosi dan perlakuan klien. Dalam keadaan ini. Keupayaan Mencetus Inspirasi Kepimpinan perubahan akan mencetuskan ilham subordinat dengan memberi motivasi dan menjelaskan matlamat yang hendak dicapai dengan gaya yang meyakinkan. Jelas bahawa di dalam pendekatan perundingan sasaran utama iaitu klien tidak bersemuka secara langsung dengan kaunselor yang memberikan khidmat sebagai perunding. Ini akan menimbulkan rasa kagum dam menjadikan subordinat lebih bersemangat untuk bekerja. Menurut Bass dan Avolio ( 1997 ). Sifat-sifat karismatik ini antaranya adalah sanggup berkorban demi organisasi. kaitan secara langsung tentang tindakan yang di ambil ke atas mengubah emosi klien di lakukan selain dari konsulti. Kepimpinan ini berkonsepkan kepada perubahan iaitu membuat sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik dan positif. Cara ini dipercayai memberi kesan yang besar dan boleh membangkitkan motivasi subordinat. Beliau juga sering memupuk perasaan bangga dengan organisasi sendiri. mempamerkan keyakinan dan kewibawaan. Ini bermakna bahawa konsulti hanya bertindak sebagai pemangkin perubahan. Perubahan emosi melalui cara pasif dimana kuasa perubahan tidak terkawal oleh konsulti yang berkenaan. Karismatik Sifat karismatik merupakan salah satu sifat yang terpenting dalam Kepimpinan perubahan. Perubahan ini boleh berlaku dengan dua cara: Secara pasif. 2. Merangsang Intelektual Kepimpinan perubahan akan menggunakan perbincangan dua hala bagi menjana minda subordinat bagi menyelesaikan sesuatu masalah. 3.perundingan adalah dianggap sebagai strategi intevensi orde kedua. Pemimpin ini juga suka menolong subordinat yang kesusahan. Secara aktif. sentiasa mengorbankan kepentingan peribadi demi kepentingan organisasi dan sentiasa diamati sebagai pemimpin berinovasi.Kepimpinan perubahan ini mengandungi sifat-sifat karismatik. Timbang Rasa Secara Individu . Perundingan modaliti oleh Lippitt & Lippitt bermatlamat bagi mewujudkan perubahan yang positif dalam sistem emosi klien melalui pertolongan yang disampaikan oleh konsulti. 3. keupayaan membangkitkan inspirasi. 4. menjelaskan arah masa depan organisasi yang hendak dicapai. sedia menanggung risiko. 1. kebolehan merangsang intelektual dan bersifat bertimbang rasa secara individu. Mereka sensitif kepada keperluan orang bawahan.

Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Untuk itu . Ini akan melahirkan subordinat yang lebih bertanggungjawab dan menghasilkan matlamat organisasi ke peringkat maksimum. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Selain empat sifat yang dinyatakan di atas. February 6. Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Beliau bertindak sebagai mentor dalam usaha membina keyakinan subordinatnya. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Jelaskan ( x jumpa ) Posted by mahali at 4:18 AM 0 comments Saturday. mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya. satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.Kawalan Kualiti Menyeluruh (TQM) boleh membantu perubahan di sekolah. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah.Apa yang dimaksudkan di sini ialah Kepimpinan perubahan akan memberi perhatian secara individu dengan menekankan kepada punca keperluan dan memahami kebolehan subordinatnya bagi memberikan kepuasan kepada mereka. 4. Kepimpinan perubahan juga dikatakan selalu berusaha bagi mengurangkan kekangan yang wujud dalam organisasinya. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. 2010 ICT DALAM PENDIDIKAN Peranan Pemimpin Sekolah Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya sematamata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Beliau juga suka menurunkan kuasa kepada subordinat di samping mempertingkatkan keperluan serta kebolehan subordinatnya. Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan.

Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. membanding dan menilai). Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul. penyelesaian masalah. Guru perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill. Peranan guru Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari. Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan. guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya dilaksanakan. Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet Melalui pengumpulan bahan-bahan ini. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget. latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. fenomena yang menggunakan perisian CD Rom. 1996). lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. . Melalui pendekatan teori pembelajaran ini. 1990). Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu. 1981. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi. Brunner. laman web yang disimpan di dalam cakera keras. Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan.pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalansoalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning).

TAHNIAH KEPADA 6 AHLI YANG BERADA PADA GRED 3. KEPENTINGAN LOKALITI BERADA PADA TAHAP HIJAU TUA 2. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. 2010 MAKLUMAN KEPADA AHLI UNTUK MAKLUMAN AHLI: 1. badan akademik. pelajar dan semua pihak. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi muridmurid. audio video dan animasi. KEPENTINGAN SEKOLAH BERADA PADA TAHAP MERAH . February 3. menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail.SEBARANG MASALAH YANG TIMBUL AMAT DIKESALI 3. chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. KEPENTINGAN KELUARGA BERADA PADA TAHAP JINGGA . Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Posted by mahali at 9:25 PM 0 comments Wednesday. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah. CUTI UMUM SAMBUTAN TAHUN BARU CINA . Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar. kerajaan. guru. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sokongan Daripada Pihak Luar Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta.NOTA-NOTA PEPERIKSAAN SEMESTER 5 / 2 BERKEMUNGKINAN AKAN LEWAT DIKELUARKAN DISEBABKAN . BLOGGER BERADA DI LUAR LINGKUNGAN . grafik. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. komersial serta komuniti setempat. pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama.70 KE ATAS .Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi.

4.KEKALKAN KEMESRAAN GB VS PKG 6.KEKALKAN KEMESRAAN MINOR BM VS MINOR MORAL 7.TAKZIAH KEPADA EN.KEKALKAN KEMESRAAN JANTINA L VS P 8.KEKALKAN KEMESRAAN PENSYARAH VS PESERTA TERIMA KASIH Posted by mahali at 9:17 AM 1 comments Home  NOTA PEPERIKSAAN PEGAGOGI KESUSASTERAAN  NOTA PEPERIKSAAN ICT DALAM PENDIDIKAN  NOTA PEPERIKSAAN PENGURUSAN PERUBAHAN  ICT DALAM PENDIDIKAN  MAKLUMAN KEPADA AHLI y y 2009 (17) 2008 (1) .MANSOR 5.