(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

)

TAJUK 1 1.0 SINOPSIS

PENGENALAN DAN KONSEP MATEMATIK

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan teori-teori yang berkaitan bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia juga memberi penekanan kepada konsep-konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mengikuti topik ini, anda dapat: i. Mengenal pasti teori-teori pengajaran dan pembelajaran Matematik ii. Mengenal pasti konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran Matematik iii. Dapat menghuraikan teori-teori dan konsep-konsep pembelajaran Matematik iv.Dapat menghubungkait teori-teori dan konsep pembelajaran Matematik dalam amalan pendidikan

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Behavioris & Sosial Konstruktivisme Ekologikal

Teori Pembelajaran Matematik

Pengenalan dan Konsep Matematik

Perkembangan Kognitif Klasifikasi Turutan/Seriasi

Konsep Pengajaran Matematik

One-to-one correspondence Konservasi

1

3. Dengan wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan. Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan seiring dengan teori behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman pengajaran dan pembelajaran Matematik: 1. Mereka berpendapat bahwa tingkah laku murid dipengaruhi ganjaran (reward) atau pengukuhan (reinforcement) dari persekitaran sama ada baik atau sebaliknya. MEMIKIR 1.4 Teori Pembelajaran Behavioris Teori-teori pembelajaran behavioris dikemukakan oleh para ahli psikologi behavioris seperti Thorndike. 4. Ivan Pavlov dan B.3 PENGENALAN Bagaimana murid belajar Matematik? Adakah terdapat teori-teori pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik? Teori pembelajaran selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi pendidikan tertentu. Bolehkah fikirkan satu kemahiran yang anda telah pelajari dalam Matematik melalui pengulangan? 2. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing. Teori ini mempunyai sejarah yang panjang dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila ada ikatan atau hubungan yang diwujudkan antara rangsangan dan gerak balas. Sejak beberapa tahun yang lalu.F Skinner. kucing dan burung di dalam makmal. Apa berlaku apabila anda meneruskan untuk mengamalkan kemahiran atau pengetahuan tersebut? 3. 2008). Apa berlaku apabila anda berhenti mengamalkannya? 2 . tikus. Terdapat beberapa teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) 1. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan. 5. Behaviorisme adalah teori memfokus ke atas pemerhatian tingkah laku dan cara untuk meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif (Kennedy et al. 2. teori behavioris yang dipelopori B. Teori Behavioris Teori Konstrukvisme Teori Pembelajaran Sosial Teori Ekologikal Teori Perkembangan Kognitif 1. maka psikologi dalam pendidikan menjadi berkembang secara pesat.F. dikawal dan diramal. Skinner begitu dominan dalam dunia pendidikan. Guru-guru mengaplikasi teori ini menggunakan rangsangan dan gerak balas bagi pelaksanaan aktiviti latih tubi dan latihan berterusan yang berulang-ulang dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

kesan tindakan dan setting fizikal Faktor peribadi – kepercayaan. iii. Enactive learning . malah tingkah laku itu berubah akibat reaksi hasil interaksi antara persekitaran dengan skema kognitif individu itu sendiri. ii. mencipta harapan dan mempengaruhi motivasi (Schunk. harapan (expectation). Berbeza dengan penganut behavioris.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) 1. Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif sosial kerana melibatkan kedua-dua faktor luaran dan dalaman mewujudkan interaksi bersama dalam proses pembelajaran yang dikenali sebagai interaction of forces reciprocal determinism oleh Bandura (Woolfolk. Bandura memandang perilaku individu tidak semata-mata refleks secara otomatik berdasarkan Rangsangan-Gerak balas (R-G) atau dipengaruhi persekitaran. ii. 1998): i.pembelajaran melalui pemerhatian apa individu lain lakukan ii. Beberapa syarat keperluan bagi modeling dan peniruan yang efektif: i. pengekalan boleh ditingkatkan melalui mental rehearsal (imaging imitating the 3 . Dalam enactive learning. Tumpuan – Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar melalui pemerhatian. Prinsip asas pembelajaran menurut teori ini bahawa tingkah laku yang dipelajari individu terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku (modeling). pilihan dan pernyataan lisan Bandura juga memberi penekanan dua jenis pembelajaran yang terdapat dalam teori ini: i. Persekitaran – sumber/bahan. 1996) Vicarious learning .pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan mendapat pengalaman daripada kesan atau akibat tindakan yang telah dilakukan. cekap dan disanjungi. sikap dan pengetahuan Tingkah laku – tindakan individu. Murid-murid lazimnya memberi tumpuan kepada individu yang menarik. Contohnya seorang murid mungkin telah belajar bagaimana memudahkan kemahiran pecahan dalam Matematik tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik dalam ujian sebab kemungkinan murid itu risau atau sakit atau tidak membaca dengan teliti sesuatu soalan itu.5 Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial yang dipelopori Albert Bandura dalam tahun 1986 atau disebut juga teori pembelajaran pemerhatian merupakan peluasan dari teori pembelajaran behavioris yang tradisional. Pengekalan – Murid-murid hendaklah berusaha mengingat untuk meniru tingkah laku seorang individu. kesan atau akibat dikatakan sebagai pemberi maklumat tentang tindakan yang sesuai.

Anda memiliki semangat dan tekad. maklum balas dan amalan supaya lebih cekap Motivasi dan Pengukuhan . seorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang perlu dilakukan.teori ini juga masih memandang pentingnya pelaziman. iv.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) behavior) dan amalan sebenar di samping mengingat urutan langkah sesuatu proses. Konsep i. Di samping itu. inidividu itu perlu lebih banyak latihan. Murid membentuk atau membina pengetahuan sendiri melalui penjanaan idea dan pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. MEMBUAT NOTA Buat nota lima hasil pembelajaran yang boleh dicapai melalui pembelajaran pemerhatian dalam pengajaran dalam bentuk peta minda REHAT Jadilah seorang pemberani yang berhati teguh dan berjiwa kuat. ii. Oleh itu. satu proses bagi murid murid membentuk dan menguji kemahiran mereka dalam dialog dengan individu lain atau masyarakat yang lebih besar. iii. 4 . Social negotiation of knowledge. Pembelajaran konstruktivisme adalah proses penglibatan atau penyertaan murid dalam aktiviti penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal yang sesuai dalam pembelajaran. Pembelajaran situasi berasaskan kontekstual supaya pengalaman kognitif berlaku dalam aktiviti autentik seperti pembelajaran berasaskan projek. iii. Melalui pemberian ganjaran dan hukuman. Hasil – walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi mungkin tidak dapat melaksanakannya dengan lancar. Aperantis kognitif atau persekitaran pembelajaran berasaskan kes yang menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. 1. murid mengapklikasi pengetahuan ini dalam situasi baharu dan mengintegrasi pengetahuan baharu yang diperoleh dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.6 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Teori Pembelajaran Konstruktivisme adalah falsafah pendididkan berpegang teguh kepada pendapat bahawa setiap murid akan membentuk atau membina pengetahuan dan pengalaman bergantung pada konteks dan bersifat unik serta tidak lazim diakses oleh individu lainnya.

Murid aktif membina secara terus menerus sehingga berlakunya perubahan konsep ke arah yang lebih terperinci. Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme: i. memotivasikan serta memudahkan pemahaman murid. Dari berpusatkan pengajaran (teaching centered) menjadi berpusatkan pembelajaran (learning centered). Dari berasaskan kandungan (content based) menjadi berasaskan kecekapan (competency based). ii. 5 . learning to be. serta sesuai dengan konsep ilmiah. Murid belajar bagaimana cara belajar. v. iii. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid. v. melainkan harus ditingkatkan menjadi learning to do. Jadi dunia pengalaman bukanlah kesimpulan berdasarkan datadata empirik sahaja tetapi suatu bentuk epistimologi yang sesuai ( Akbar Suta -Wijaya. vi. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya sehingga bersatu dengan skemata yang telah dimiliki murid. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) Prinsip – Prinsip Dalam Pembelajaran Konstruktivisme i. Dari berpusatkan guru (teacher centered) menjadi berpusatkan murid (student centered). Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar proses pembinaan murid berjalan lancar sesuai dengan kemampuan murid. lengkap. iii. ii. Berorientasi pada pemecahan masalah Belajar matematik. Di samping itu. 2002). iv. kecuali hanya dengan keaktifan murid itu sendiri untuk belajar. Dari hasil pembelajaran (product of learning) menjadi proses pembelajaran (process of learning). tidak sekadar learning to know. hingga learning to live together. Falsafah pengajaran matematik perlu diperbaharui secara asas menjadi paradigma dalam proses pembelajaran matematik: i. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya. konstruktivisme menyarankan murid-murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada muridmurid tersebut. Murid belajar konsep matematik. Dari penilaian sumatif (summative evaluation) menjadi penilaian formatif (formative evaluation). Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu mahupun kumpulan. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan. iv. iii. iv. secara bermakna. ii.

murid-murid dapat membina pengetahuan baharu hasil daripada pembelajaran secara kendiri. namun lebih merupakan pembinaan suatu kerangka mental oleh murid untuk memahami persekitaran mereka.7 Teori Ekologi Bronfenbrenner Teori ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner pada tahun 1979 menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan organisma yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. pasar dan sebagainya Sistem Makro melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma. 2003).(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimen di samping pembelajaran koperatif. Secara tidak langsung. Apabila murid-murid bekerjasama. nilai dan amalan masyarakat di samping persekitaran yang abstrak merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi Sistem Krono merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa merujuk kepada peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran individu sepanjang hayatnya (e) 6 . Berdasarkan teori ini. Piaget. terdapat lima sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak: (a) (b) (c) (d) Sistem Mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu seperti rumah dan ahli keluarga terdekat contoh ibu bapa abang adik kakak Sistem Meso merujuk kepada hubungan individu dengan individu lain dalam persekitaran di mana individu itu berkembang seperti rumah. salah seorang tokoh konstruktivisme mengemukakan bahawa perkembangan kognitif bukanlah merupakan pengumpulan dari kepingan maklumat yang terpisah. REHAT Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil 1. mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. jiran dan sekolah Sistem Ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga seperti tempat kerja ibu bapa. sehingga mereka bebas membangun pemahamannya sendiri (Asikin.

7 . Operasi konkrit (7–11 tahun) dan Operasi formal (11 tahun ke dewasa). Peringkat deria motor (0–2 tahun). ii. berasal daripada Switzerland. Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat: i.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) LATIHAN Huraikan lima sistem teori ekologikal dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bentuk pengurusan grafik REHAT “Waktu memang tak terbatas – tapi waktu kita terbatas” Teori Perkembangan Kognitif 1. Pra-operasi (2–7 tahun). merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. iv. Daripada kajian dan pemerhatiannya. iii.8 Teori Piaget Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget.

Disequilibrium adalah suatu situasi di mana murid menjadi bertanya dan ingin tahu kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai benar dengan skema yang ia miliki. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti murid-murid itu sendiri. Menurut Piaget. Adaptasi merupakan proses di mana anak menyesuaikan skema yang dimilikinya dengan situasi baru di persekitarannya. murid juga belajar melewati tahap Disequilibrium menuju Equilibrium. Skema merupakan memori atau gambaran anak tentang sesuatu. menurut Jere Confrey (1999) “Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Di samping itu. seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran menegaskan bahawa pembelajaran secara penemuan atau penerokaan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada 8 .(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) Walau bagaimanapun. Asimilasi merupakan proses menggabungkan maklumat baru dengan skema yang telah dimiliki.9 Teori Bruner Jerome Bruner. Oleh itu. Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam belajar. Selain skema. Setiap kali anak menghadapi situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi.ripon. murid secara aktif membina pengetahuan dengan cara berinteraksi dengan alam sekitarnya. %20Reedal%20-%20Piaget%20Theory.” Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah. bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Melalui proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah.pdf Buat rumusan hasil bacaan anda berkaitan teori Piaget tentang pengajaran dan pembelajaran Matematik 1. ia kini memiliki skema tentang basikal di dalam otaknya. suatu keadaan di mana murid akan berasa puas untuk seketika dengan jawapan atas pertanyaan dalam fikirannya. bentuk tunggalnya Schema (ada pula yang menyebutnya Schema dan Schemata). Misalnya setelah anak bermain basikal dan diberi penjelasan bahawa itu adalah basikal. guru harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit. Berdasarkan hasil interaksinya murid mengembangkan Scheme(skema). Layari Internet http://www. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan kawankawan sebaya penting untuk perkembangan mental. Adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi. usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.edu/academics/macs/summation/ 2010/articles/K. Ketika usia sebegini murid-murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Jika pertanyaan tersebut terjawab maka murid kembali ke situasi equilibrium.

4. REHAT “Waktu memang tak terbatas – tapi waktu kita terbatas” 9 . Bruner menjelaskan terdapat empat aspek utama dalam teori pengajaran: i. 2. 7. 3. 8. kaedah dan langkah paling berkesan bagi penggunaan bahan. Pengajaran mestilah distruktur supaya murid murid menggarap maklumat yang disampaikan (spiral organization). Pengajaran mestilah mengambil kira pengalaman dan konteks yang membuat murid bersedia dan berupaya untuk belajar (kesediaan / (readiness). predisposition towards learning. Nilai (Theory of value): Pengetahuan dan kemahiran apa yang bermanfaat dalam pembelajaran? Apa matlamat pendidikan? Pengetahuan (Theory of Knowledge): Apa itu pengetahuan? Bagaimana ia berbeza dengan kepercayaan? Apa itu kesilapan? Apa itu bohong? Kejadian manusia (Theory of Human Nature): Apa itu manusia? Bagaimana ia berbeza dari spesis lain? Apakah keterbatasan potensi manusia? Pembelajaran (Theory of Learning): Apa itu pembelajaran? Bagaimana kemahiran dan pengetahuan diperoleh? Pemindahan (Theory of Transmission): Siapa yang akan mengajar? Dengan kaedah apa mereka akan mengajar? bagaimana bentuk kurikulum? Kemasyarakatan (Theory of Society): Apa itu masyarakat? Institusi apakah yang terlibat dalam proses pendidikan? Peluang (Theory of Opportunity): Siapa yang akan dididik? Siapa yang akan disekolahkan? is to be educated? Pemuafakatan (Theory of Consensus): Mengapa orang tidak bersetuju? Bagaimana kemuafakatan dicapai? Pendapat siapa boleh diguna pakai (precedence)? Teori ini mempunyai tiga prinsip pengajaran: 1.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) satu corak dalam keadaan baharu (lebih kepada prinsip konstruktivisme). kaedah bagaimana bentuk pengetahuan boleh dijana supaya ianya dapat digarap oleh murid dengan baik. Pengajaran hendaklah direka bagi menggalakkkan extrapolation dan / atau mengisi ruang lompang (going beyond the information given). 3. iii. 5. ii. iv. 2. 6. bentuk dan tempoh pemberian ganjaran dan dendaan. Terdapat lapan bidang dalam teori Bruner: 1.

4.” (Campos. 3. 4. conversion to longterm memory.3 Konsep Definisi: Mengklasifikasi benda secara bentuk abstrak (dan mungkin secara fizikal) 2.10 Teori Gagne Robert M. seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik.e. Pembelajaran melalui Isyarat Pembelajaran Rangsangan-Gerak balas Rantaian Assosiasi Lisan 10 . through commitment to short-term memory.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) 1. Gagne mempunyai lapan jenis pembelajaran: 1.1 Diskriminasi: Mengenal pasti dua kumpulan benda adalah berbeza 2. Gagne.4 Peraturan: Aplikasi prosedur mudah untuk menyelesaikan masalah atau menyiapkan tugasan 2. 2. 5. and the retention and retrieval of that information) by internal structures during the period in which the changes identified as learning takes place. 1999) Taksonomi Hirarki Pembelajaran Gagne menyenaraikan lima kategori utama hasil pembelajaran: 1.5 Peraturan aras Tinggi: Aplikasi prosedur yang kompleks (atau pelbagai prosedur mudah) bagi menyelesaikan masalah atau menyiapkan tugasan Strategi kognitif: Mecipta atau memilih proses mental khusus bagi menyelesaikan masalah atau menyiapkan tugasan Sikap: Memilih untuk tatacara berkelakuan yang menggambarkan satu pemerolehan nilai baru yang diterima masyarakat atau kepercayaan Kemahiran motor: Mempamerkan tugasan fizikal yang mencapai standard khusus yang dikehendaki 3.2 Konsep konkrit: Mengklasifikasi benda melalui bentuk fizikal sahaja 2.. 2. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner yang dikenali sebagai Taksonomi Hirarki Pembelajaran Gagne. Gagne (1997): “These [cognitive] theories propose that stimulation encountered by the learner is transformed or processed in a number of ways (i. Maklumat Lisan: Mendeklamasi sesuatu dari ingatan Kemahiran Inteklektual: 2.

Prinsip Dinamik Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep 1. 7. Persekitaran murid meliputi orang. 6. v. ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. permainan dengan simbol permainan dengan formalisasi. kebudayaan.11 Teori Dienes Professor Zolton P. permainan berstruktur. MEMBUAT NOTA Buat catatan tentang teori hirarki pembelajaran Gagne dalam bentuk peta minda 1. iv. vi. permainan mencari ciri-ciri. permainan dengan perwakilan. 3. 2. peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. 8. permainan bebas. Prinsip Konstruktiviti Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. ii. pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami. Dienes. Diskriminasi Pelbagai Pembelajaran Konsep Pembelajaran Prinsip Penyelesaian Masalah Menurut Gagne. Teori Dienes juga mengariskan beberapa prinsip bagaimana murid-murid mempelajari matematik iaitu: 1. seorang ahli matematik.12 Teori Pembelajaran Vygotsky Vygotsky menekankan pentingnya memanfaatkan persekitaran dalam pembelajaran. konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat: i. iii.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) 5. termasuk 11 . Mengikut Dienes. Pada peringkat ini. Prinsip Perubahan Perspeptual Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.

model pembelajaran interaksi rakan sebaya (peer interaction). Pone of proximal Development (ZPD) Murid akan dapat mempelajari konsep-konsep dengan baik jika berada dalam ZPD. model pembelajaran kelompok. guru atau orang dewasa. Vygotsky berpendapat bahawa proses belajar akan terjadi secara efisien dan efektif apabila murid belajar secara kooperatif dengan murid-murid lain dalam suasana dan persekitaran yang menyokong (supportive). 2. 1997). misalnya budaya bahasa. Berkaitan dengan pembelajaran. sistem tulisan. Berkaitan dengan perkembangan intelektual murid. Vygotsky mengemukakan empat prinsip seperti yang dikutip oleh (Slavin. 1997). 2. Dengan hadirnya teori pembelajaran Vygotsky ini. dan sistem perhitungan. tetapi dapat menyelesaikan masalah itu setelah mendapat bantuan orang dewasa atau rakannya (peer). Vygotsky menyatakan bahwa murid belajar melalui interaksi bersama dengan orang dewasa atau teman yang lebih cekap. dengan bimbingan seseorang yang lebih mampu. Sistem tanda adalah simbol-simbol yang secara budaya diciptakan untuk membantu seseorang berfikir. Vygotsky mengemukakan dua idea: 1. dan model pembelajaran penyelesaian masalah (problem solving). Murid belajar dalam ZPD jika murid tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) pengalaman dalam persekitaran tersebut. berkomunikasi. Pendekatan pembelajaran yang dipandang sesuai adalah pembelajaran kooperatif. Bantuan (support) dimaksud agar murid mampu untuk melaksanakan tugas-tugas atau soalan yang lebih kompleks daripada tahap perkembangan kognitif murid. 3. Aperantis Kognitif (cognitive apprenticeship). 12 . bahawa interaksi sosial iaitu interaksi individu tersebut dengan orang lain merupakan faktor terpenting yang dapat memacu perkembangan kognitif seseorang. 1997) iaitu: 1. Vygotsky menekankan kepentingan hubungan antara individu dan persekitaran sosial dalam pembentukan pengetahuan yang menurut beliau. dan memecahkan masalah. Vygotsky mempercayai bahwa perkembangan intelektual bergantung pada sistem tanda (sign system) setiap individu selalu berkembang (Slavin. Pembelajaran sosial (social leaning). perkembangan intelektual murid dapat difahami hanya dalam konteks budaya dan sejarah pengalaman murid (Slavin. banyak pemerhati pendidikan yang mengembangkan model pembelajaran kooperatif.

edisi ketiga (2002).13 KONSEP PENGAJARAN MATEMATIK Berasaskan kepada corak perkembangan umum. murid-murid beranggapan bahawa jumlah objek tersebut lebih banyak berbanding objek yang dikumpul dalam satu bekas. LATIHAN Huraikan dengan terperinci pembelajaran menggunakan kaedah scaffolding yang diketengahkan oleh Vygotsky bagi membantu murid dalam Matematik REHAT Pengetahuan dan ketrampilan adalah alat. sukar dan realistik. Konsep-konsep ini meliputi: 1. Pembelajaran Termediasi (mediated learning). Dalam konteks matematik khususnya aspek pranombor. konservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain. Murid diberi masalah yang kompleks. Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal. serta kemudian diberi bantuan secukupnya dalam menyelesaikan masalah murid. fungsi kognitif manusia berasal dari interaksi sosial setiap individu dalam konteks budaya. Menurut teori Vigotsky. konservasi dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. Menurut Kamus Dewan. Adalah sangat penting untuk memberi tahu murid13 . 1. Vigotsky juga yakin bahawa pembelajaran terjadi semasa murid belajar menangani tugas-tugas yang belum dipelajari namun tugas-tugas tersebut masih dalam jangkauan kemampuannya atau tugas-tugas itu berada dalam zona of proximal development mereka. Intipati teori Vigotsky adalah menekankan interaksi antara aspek internal dan eksternal dari pembelajaran dan penekanannya pada persekitaran sosial pembelajaran. orang dewasa. kiu (petunjuk) visual sangat penting bagi membantu kanak-kanak. atau rakan yang lebih pandai.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) Suatu proses yang menjadikan murid sedikit demi sedikit memperoleh kecekapan intelektual melalui interaksi dengan orang yang lebih pakar. yang menentukan kejayaan adalah tabiat.14 Konservasi Nombor Satu konsep penting yang kanak-kanak kerap menghadapi masalah untuk pemahaman ialah konservasi. Vygostky menekankan pada scaffolding. aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa. 4. Jika sekumpulan objek diselerakkan. Dalam konservasi nombor. murid-murid membentuk beberapa konsep matematik yang akan menjadi asas kepada kemahiran Matematik yang lebih kompleks.

mengasingkan warna dengan benda-benda .menamakan saiz .16 Pengkelasan Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya seperti mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil. walau berapa kali sekumpulan objek yang sama ditukar corak turutan/ susunan. 1.) − Nombor Ordinal (pertama.mencantumkan kad warna . tinggi/rendah). jumlahnya tetap sama. warna.mewarnakan bentuk-bentuk yang sama ii) iii) 14 . Kemahiran ini termasuklah − One to one correspondence (membilang satu item sekali sahaja dalam satu set) − Nombor Kardinal (1.). Di sinilah kemahiran one-to-one correspondence dapat dipraktikkan. mereka perlu diberi alat bagi membuktikan teori untuk diri sendiri. 2008). dsb. 3 dsb. 2.menamakan warna . bentuk dan jenis.menamakan bentuk . kedua. many-to-one dan many-to-many (Kennedy et. Ianya kelihatan mudah tetapi bagi kebanyakan murid mendapati ianya sukar untuk mengkoordinasi bilangan dan sebutan dengan pergerakan tangan mereka.mengasingkan warna . 1.mewarnakan saiz yang sama Bentuk .mengasingkan benda mengikut bentuk .memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit . One-to-one correspondence adalah proses berkaitan menyentuh satu objek bagi setiap nombor yang dibilang dan disebut secara kuat. Murid juga memerlukan pengalaman berkaitan dengan other correspondence and relations seperti oneto-many.mewarna mengikut arahan yang diberi Saiz . panjang/pendek.mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz .(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) murid.15 One-to-One Correspondence Dalam usaha murid untuk menggarap konsep konservasi.mengenal warna .mengenal saiz kecil/besar.memadankan saiz yang sama .membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan . terakhir.al. tinggi/rendah. panjang/pendek . i) Warna .

1. pendek.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) iv) Jenis . iii. lebar. besar. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil. 1. Memahami perbezaan (besar-kecil). Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna. iv.18 Pembentukan Konsep Nombor i. v. padanan dan klasifikasi yang lebih kompleks memahami kefungsian matematik memahami turutan dan susunan 1. 1. kedudukan (dekat-jauh) dan susunan perkataan (pertama atau kedua) Pemahaman dan penggunaan perkataan bentuk (bulat. tebal. malam.mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud) . pagi. segiempat) dan memadan atribut bentuk dua-dimensi dan tiga-dimensi melalui permainan atau lukisan. esok. lusa LATIHAN 1 Bincangkan implikasi teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik 15 . panjang.19 Pembinaan Konsep Bentuk.mewarna/melukis benda mengikut jenis Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya. ii. nipis dan mengikut bilangan.mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar) . menyebut dan menulis nombor menggunakan kemahiran hafalan dan pembilangan yang bermakna corak. Ukuran dan Geometrik i. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang lain.menamakan benda mengikut jenis .20 Penggunaan Bahasa untuk Masa i. petang. ii.17 Turutan/ Seriasi Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik.

S.gse. Gagné’s Contributions to the Study of Instruction http://chd. Tipps. (1999). and Johnson. Guiding Children’s Learning of Mathematics. Columbus.gmu. 4th Edition. E.H. 7th edition. (1997). Learning theories: An educational perspective. (1996). (2008). Boston: Allyn and Bacon TAMAT Sukses adalah sebuah perjalanan.M. Woolfolk. D.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) LATIHAN 2 Huraikan lima sistem teori ekologikal dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bentuk pengurusan grafik BIBLIOGRAFI Campos. OH: Merrill Slavin. A.edu/immersion/knowledgebase/theorists/cognitivism/ gagne. Educational Psychology-Theory and Practice. bukan destinasi akhir 16 . Belmont: Thomson Wadworth Schunk. L. (1998). E. A. R. Educational Psychology.htm (Diakses pada 02/11/2010) Kennedy. Tracy.. 2nd edition. Boston: Allyn and Bacon.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful