P. 1
Prinsip-Prinsip Aqidah

Prinsip-Prinsip Aqidah

|Views: 845|Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

PRINSIP AQIDAH DALAM HADIS Muhammad Hanief bin Awang Yahaya Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

sebagai agama yang terakhir mempunyai beberapa prinsip yang menjadi tonggak utama yang menjamin hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama mereka dan dengan semua jenis makhluk di alam ini. Rasulullah s.a.w. yang diutuskan oleh Allah s.w..t. sebagai rasul bertanggungjawab untuk menjelaskan maksud-maksud Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an. Penjelasan Rasulullah s.a.w. dalam bentuk ucapan, tindakan dan pengakuan dikenali sebagai hadis. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tersebut berlegar di atas beberapa paksi yang dikatakan sebagai prinsip atau roh Islam. Hakikat ini dapat diamati dengan melakukan kajian dan renungan yang khusus terhadap hadis-hadis. Sesuatu hadis dapat diakui sebagai mengandungi prinsip apabila inti kandungannya dapat dirujukkan kepada satu makna atau konsep yang terkandung dengan jelas di dalam al-Qur’an. Dengan ini, kehadiran hadis itu dikatakan sebagai penjelasan pengukuhan dan penegasan terhadap makna alQur’an. Dalam istilah ulama Usul Hadis dan Usul Fiqh, konsep ini dikenali sebagai bayan Taqrir.[1] Begitu juga pabila diteliti kepada hadis-hadis lain, tentu membawa tema atau makna yang selaras. Prinsip utama atau yang merupakan tonggak dan asas kepada hadis-hadis Rasullullah s.a.w. ialah menyeru kepada ajaran tauhid. Maksud tauhid ialah seseorang insan membebaskan dirinya dari sebarang bentuk syirik terhadap Allah dan beriktikad bahawa Allah s.w.t. maha esa tidak mempunyai sebarang sekutu, dalam zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-perbuatan-Nya, nama-namaNya dan hukum-hukum-Nya.[2] Sementara lawan kepada tauhid ialah syirik iaitu menyamakan mana-mana makhluk dengan Allah dalam mana-mana perkara berikut iaitu dalam zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-perbuatan-Nya, namanama-Nya dan hukum-hukum-Nya.[3]

Pengakuan Allah sebagai Pencipta, Pentadbir yang Esa dan Dialah sahaja yang berhak disembah merupakan ajaran utama para Rasul. Hakikat ini terkandung di dalam surah al-Anbiya’, ayat 25:

‫ومَا أرسَل َا مِنْ قبلِك مِنْ ر ُولٍ إِل ُو ِي إليْ ِ أ ّ ُ َ إِل َ إِ ّ أنَا فَاع ُ ُون‬ ‫ْبد‬ َ ‫ّ ن ح ِ َ ه َنه ل َه ل‬ ‫َس‬ َ َْ ‫َ َ ْ ْن‬ ِ
“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada tuhan yang hak melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” Ajaran tauhid merupakan roh ajaran Islam dan ianya akan terbukti apabila kita menafikan selain dari Allah sebagai tempat pengabdian kita. Apabila kita memeriksa hadis-hadis Rasulullah s.a.w., prinsip ini amat ditekankan terutamanya hadis-hadis yang bersifat sebagai nasihat yang lengkap dan bersifat universal seperti hadis Jibrail yang datang bertanyakan tentang hakikat Islam, Iman dan Ihsan, hadis rombongan Abdul Qais, hadis Islam diasaskan di atas lima rukun, hadis cabang-cabang Iman, agama itu nasihat dan banyak lagi. Tauhid itu merupakan hak Allah s..w.t yang wajib disempurnakan oleh hamba dengan menjauhi syirik.

:‫وعنن معاذ بنن جبنل (رضني ال عننه)؛ قال: "كننت ردينف الننبي على حمار، فقال لي‬ ‫"ينا معاذ! أتدري منا حنق ال على العباد، ومنا حنق العباد على ال؟". قلت: ال‬ .ً ‫ورسوله أعلم. قال: "حق ال على العباد أن يعبدوه ول يشركوا به شيئ‬ ‫ا‬
Daripada Muaz bin Jabal katanya: “Saya pernah satu kali membonceng seekor keldai bersama Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya kepada saya: “Wahai Muaz, tahukah apakah hak Allah ke atas hamba-Nya dan haknya ke atas Allah?” Saya

menjawab: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Hak Allah ke atas para hamba-Nya ialah hendak dia beribadat kepada-Nya dan jangan mensyirikkan-Nya.” Tauhid juga merupakan asas pendidikan anak-anak. Di dalam surah Luqman, ayat 13, Luqman telah mengajarkan kepada anaknya beberapa ajaran Allah s.w.t. Perkara pertama yang diajarkan ialah mentauhidkan Allah dengan menjauhkan syirik.

‫ُم ظم‬ ٌ ‫وَإذْ َا َ ُقمَان لبنِ ِ َهو يَعِظ ُ َا ُن ّ ل تشْرِك بِا ِ إ ّ الشرْكَ لَظلْ ٌ عَ ِي‬ ّ ‫ِ ق ل ل ْ ُ ِ ْ ه و ُ َ ُه ي ب َي َ ُ ْ ّ ِن‬ ‫ل‬
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu beliau memberi pelajaran kepada anaknya: “ Hai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.” Hal yang sama ditekankan oleh hadis. Rasulullah mengajarkan Ibn Abbas:

‫عن أبي العباس عبد ال بن عباس - رضي ال عنهما – قال: كنت خل فَ النبي صلى‬ ‫ال علينه وسنلم يوم ً فقال : (ينا غلمُن إنني ُعَلمُك كلمات: احفظِن ال يحفظنك، احفظِن ال‬ ّ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫تجده تجاهننك، إذا سننألت فاسننأل ال، وإذا اسننتعنت فاسننتعن بال، واعلم أن المننة لو‬ ‫اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إل بشيء قد كتبه ال لك وإن اجتمعوا على‬ ‫أن يضروك بشيننء لم يضروك إل بشيننء قنند كتبننه ال عليننك، رفعننت القلم وجفّنت‬ .)‫الصحف‬
Daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari saya berada di belakang Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: Wahai anak, saya akan mengajarkan kepadamu bebrapa kalimah, jagalah Allah pasti Allah akan menjagamu. Jagalah Allah kamu akan dapatinya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu memohon pertolongan, maka pohonlah

daripada Allah. Ketahuilah jika semua umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan mampu melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah untukmu. Dan jika mereka berkumpul untuk memudaratkanmu dengan sesuatu benda maka mereka tidak mampu bertindak demikian kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah ke atasmu. Sesungguhnya pena sudah diangkat dan lembaran telah kering.” (hadis riwayat al-Tirmizi di dalam al-Jami`, Ahmad di dalam Musnad dan alTabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir) Ada beberapa prinsip tauhid dan keimanan di dalam hadis ini. Pertama, jagalah Allah bermaksud, menjaga hak-hak-Nya, perintah dan larangan-Nya, sempadan dan batas Islam. Hak dan kewajipan yang paling utama terhadap Allah ialah tauhid dan menjaga aqidah. Allah akan menjagamu bermaksud, faedah dan manfaat yang diperolehi oleh muslim apabila dia menjaga hak-hak Allah, iaitu ia akan terselamat dari neraka dan memperolehi syurga. Jagaan Allah terhadap hamba-Nya juga membawa maksud manfaat dan kebaikan dalam kehidupannya seperti sihat tubuh badan dan keselamatan nyawa dan jiwa. Kedua, Allah s.w.t. sentiasa menjaga dan mengawasi hamba-hamba-Nya. Segala gerak-geri dan tidak tanduknya di dalam pengetahuan Allah dan ilmu Allah adalah maha sempurna. Hal ini juga ditekankan oleh makna hadis Jibril iaitu:

. ‫أن تعبد ال كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك‬
“Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah kamu melihatnya. Jika kamu tidak merasai keadaan ini maka hendak kamu yakin Allah melihat kamu.” (hadis riwayat Muslim)

Ketiga, memohon pertolongan hanya kepada Allah. Makna ini selaras dengan ayat 5, surah al-Fatihah. Hanya kepada Allah tempat bermohon kerana meminta pertolongan itu mempunyai makna ketundukkan, kehinaan dan berhajat dan inilah erti yang terkandung dalam makna ibadat. Menurut al-Qurtubi, ibadat asalnya bermaksud kehinaan dan ketundukan.[4] Keempat, hanya Allah memudaratkan dan memberi manfaat. Walaupun jika semua makhluk berpakat menetang Allah itu tidak akan menjejaskan kekuasaanNya. Allah maha berkuasa. Kelima, segala yang berlaku kepada seseorang sama ada memberi manfaat kepadanya atau sebaliknya, itu merupakan ketentuan Allah. Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui. Tauhid dan keimanan kepada Allah tidak akan sempurna jika seorang muslim itu tidak mempercayai taqdir Allah yang merupakan rahsia ilmu Allah. Keenam, hadis ini memberi penekanan iaitu wajib mengajarkan aqidah yang sahih kepada umat agar mereka dapat mengetahui dan mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Penekanan sewajarnya diberikan pada peringkat kanak-kanak remaja lagi. Kesungguhan Rasulullah s.w.t. mendidik umatnya supaya mengambil berat persoalan tauhid. Hakikat ini sejajar dengan pengutusan Rasulullah s.a.w. yang memiliki sifat penyayang dan prihatin. Allah s.w.t. berfirman:

‫َ ُ ك َز ز َ َ ه م َ ت َر ص َ َ ك ْ ْ ُ ْ ن ن رء ف‬ ٌ ‫َقَدْ جَاء ُم رَ ُو ٌ مِنْ أنْفسِ ُمْ ع ِي ٌ عليْ ِ َا عنِ ّمْ ح ِي ٌ عليْ ُم بِالمؤمِ ِي َ َ ُو‬ ‫َك ْ س ل‬ ‫ل‬ ‫حم‬ ٌ ‫رَ ِي‬
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan kamu, Sangat menginginkan

(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Al-Tawbah: 128) Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Mustadrak (no. 2136):

‫عن بن مسعود أن رسول ال صلى ال عليه وسلم قال ليس من عمل يقرب إلى الجنة‬ ‫إل قد أمرتكم به ول عمل يقرب إلى النار إل قد نهيتكم عنه‬
“Daripada Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda tidak satu amalan yang mendekatkan kepada syurga melainkan aku telah menyuruh kamu melakukannya dan tidak ada amalan yang mendekatkan kepada neraka melainkan aku telah melarang kamu dari melakukannya.” Untuk mengajarkan Islam kepada tempat-tempat yang tertentu, Rasulullah s.a.w. menghantar sahabat-sahabat. Seruan dan perkara pertama yang ditekankan ialah tauhid.

‫، عنن ابنن عباس قال:" لمنا بعنث الننبي-صنلى ال علينه وسنلم – معاذً إلى نحنو أهنل‬ ‫ا‬ ‫اليمننن، قال له: إنننك تقدم على قوم مننن أهننل الكتاب، فليكننن أول مننا تدعوهننم، إلى أن‬ ‫يوحدوا ال تعالى، فإذا عرفوا ذلك، فأخنبرهم أن ال فرض عليهنم خمنس صنلوات فني‬ ‫يومهنم وليلتهنم، فإذا صنلوا فاخنبرهم أن ال افترض عليهنم زكاة أموالهنم، تؤخنذ منن‬ ."‫غنيهم فترد على فقيرهم، فإذا أقروا بذلك، فخذ منهم، وتوق كرائم أموال الناس‬
Daripada Ibn Abbas, katanya: Tatkala Rasulullah s.a.w. mengutuskan Muaz kepada penduduk Yaman, baginda memberi beberapa nasihat: Sesungguhnya kamu akan mendatangi satu kaum dari Ahli Kitab. Hendaklah perkara pertama kamu dakwahkan mereka ialah mentauhidkan Allah. Apabila mereka telah mengetahui perkara ini maka beritahulah kepada mereka Allah s.w.t. telah menfardukan lima sembahyang sehari semalam. Apabila mereka telah bersembahyang maka beritahulah pula Allah telah menwajibkan zakat harta

mereka, iaitu diambil daripada orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan kepada faqir miskin mereka. Apabila mereka telah mengetahui perkara ini maka ambillah daripada mereka dan berwaspadalah dari mengambil harta orang ramai yang paling baik. (hadis al-Bukhari dan Muslim) Tauhid kepada Allah menjamin keselamatan di dunia

‫قال رسول ال صلى ال عليه وسلم:" أمرت أن أقاتل الناس، حتى يشهدوا أن ل إله إل ال وأن‬ ."‫محمداً رسول ال، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم، إل بحقها‬
Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Maka apabila mereka telah berbuat demikian darah mereka itu terselamat daripadaku kecuali dengan haknya. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sembahyang Witir Adalah Manifestasi Tauhid Kepada Allah Sembahyang witir dilakukan pada akhir waktu malam sebelum fajar menyising atau boleh juga dilakukan selepas insya sebelum tidur. Bagaimanapun witir tidak dilakukan dua kali dalam satu hari. Witir bermaksud tunggal. Ini sebagai satu isyarat supaya kita mengingati Allah itu tungal dan esa. Dalam hadis disebutkan:

‫عنن علي رضني ال عننه قال قال رسنول ال صنلى ال علينه وسنلم: إن ال وتنر يحنب‬ .‫الوتر‬
Sesungguhnya Allah itu tunggal dan Dia menyukai yang tunggal. (Hadis riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan al-Nasa’i)

Ini bermakna dengan melakukan sembahyang witir, seseorang itu dapat menghayati falsafah tauhid dan keesaan Allah. Tambahan pula Rasulullah s.a.w. membacakan beberapa surah dalam sembahyang witir yang menekankan tema keesaan dan kesucian Allah dari segala kekurangan dan syirik. Antara surah yang dibacakan ialah Surah al-A`la, al-Kafirun dan al-Ikhlas.

‫وعن عبد العزيز بن جريج قال سألنا عائشة رضي ال عنها بأي شيء كان‬ ‫يوتسر رسسول ال صسلى ال عليسه وسسلم ؟ قالت كان يقرأ فسي الولى ب ) سسبح اسسم‬ ‫ربسك العلى وفسي الثانيسة بقسل يسا أيهسا الكافرون وفسي الثالثسة ب قسل هسو ال أحسد‬ ‫والمعوذتين‬
Diriwayatkan daripada Ubay bin Ka`b bahawa: Rasulullah s.a.w. sering melakukan witir dengan membaca Surah al-A`la dalam rakaat pertama, alKafirun dalam rakaat kedua dan al-Ikhlas bersama surah al-Falaq dan al-Nas dalam rakaat ketiga. (hadis riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud) Kandungan surah al-A`la menegaskan bahawa Allah yang telah mencipta dan mentadbir alam semesta. Oleh itu, manusia wajib bertasbih kepada Allah. Surah al-Kafirun pula menafikan segala yang disembah selain dari Allah sementara Surah al-Ikhlas menegaskan keesaan Allah dan Dia tidak menyerupai makhluk dari apa sudutpun. Segala makhluk, semuanya amat berhajat dan memerlukan kepada-Nya. Intisari surah al-Falaq dan al-Nas pula ialah dengan Allah sahajalah, kita memohon perlindungan dari segala macam kejahatan. Rasulullah s.a.w. juga menegaskan bahawa surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Qur’an kerana mengandungi makna tauhid.

‫وعنن أبني الدرداء قال قال رسنول ال صنلى ال علينه وسنلم أيعجنز أحدكنم أن يقرأ فني‬ ‫ليلة ثلث القرآن ؟ قالوا وكينف يقرأ ثلث القرآن ؟ قال قنل هنو ال أحند يعدل ثلث القرآن‬ .
Daripada Abu al-Darda’, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apakah salah seorang kamu mampu membaca satu pertiga al-Qur’an dalam satu malam? Para sahabat bertanya: Bagaimana boleh dibaca satu pertiga al-Qur’an? Rasulullah bersabda: Surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Qur’an. (hadis riwayat Muslim) Begitu juga dalam sembahyang sunat fajar Rasulullah s.a.w. sering membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas. Surah al-Kafirun merupakan pernyataan Tauhid alNafi iaitu menafikan selain daripada Allah sebagai yang berhak disembah manakala surah al-Ikhlas menegaskan bahawa hanya Allah yang dikatakan sebagai Tauhid al-Ithbat. Menghalalkan Yang Haram Dan Mengharamkan Yang Halal Membatalkan Tauhid Allah s.w.t. telah menegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 22 bahawa segala yang ada telah diciptakan untuk manusia. Dengan itu, setiap perkara itu adalah halal kecuali terdapat nas yang mengatakan sebaliknya. Sebarang keputusan atau hukum yang mengharamkan sesuatu yang halal menyebabkan akidah seseorang rosak. Tindakan ini sebenarnya mencampuri urusan Allah dan seolaholah mencabar kekuasaan Allah. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. menggambarkannya sebagai syirik dan bertuhankan selain Allah.

:

‫عن عدي بن حاتم قال‬

،‫ "أتيت النبي صلى وفي عنقي صليب من ذهب، فقال: يا عدي اطرح عنك هذا الوثن‬:‫وسمعته يقرأ في سورة براءة: {اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون ا ّ}، قال‬ ‫ل‬ ‫أمنا إنهنم لم يكونوا يعبدونهنم، ولكنهنم كانوا إذا أحلوا لهنم شيئا اسنتحلوه، وإذا حرموا‬
.

‫عليهم شيئا حرموه". هذا حديث غريب ل نعرفه ال من حديث عبد السلم بن حرب‬

Daripada `Adi bin Hatim katanya: Saya menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan pada leher saya ada salib dari emas. Baginda bersabda: Wahai `Adi, buangkanlah darimu berhala ini. Kata `Adi : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. membaca surah Bara’ah: Mereka menjadikan pendita-pendita mereka dan rahib-rahib mereka sebagi tuhan selain Allah. Adapun menyembah mereka, mereka (golongan Nasara) itu tidak berbuat demikian. Tetapi apabila paderi-paderi mereka menghalalkan sesuatu kepada mereka, maka mereka menganggapnya sebagai halal dan apabila paderi-paderi itu mengharamkan sesuatu ke atas mereka, mak merekapun mengharamkan juga.

(hadis riwayat al-Tirmizi) Menjaga Dan Melindungi Tauhid 1. Hadis larangan tentang gambar

،‫عنن عائشنة: أن أم حبيبنة وأم سنلمة: ذكرتنا كنيسنة رأينهنا بالحبشنة، فيهنا تصناوير‬ ‫فذكرتننا للنننبي صننلى ال عليننه وسننلم فقال: (إن أولئك، إذا كان فيهننم الرجننل الصننالح‬ ‫فمات، بنوا على قبره مسجدا، وصوروا فيه تلك الصور، فأولئك شرار الخلق عند ال‬
.

‫يوم القيامة‬

Daripada `Aishah bahawa Ummu Habibah dan Ummu Salmah menyebutkan sebuah gereja yang dilihat oleh mereka berdua di Habsyah dan di dalamnya terdapat gambar-gambar. Lalu mereka berdua menceritakan perkara itu kepada Rasulullah s.a.w. lantas baginda bersabda: Sesungguhnya mereka itu, apabila seorang lelaki yang soleh dari kalangan mereka meninggal dunia, mereka akan membina masjid di atas kuburnya, dan mereka membuat gambar-gambar di atasnya. Mereka itulah makhluk yang paling jahat di sisi Allah pada hari akhirat. (hadis al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa’i)

‫عن عائشنة. قالت: دخل علي رسنول ال صنلى ال عليه وسنلم وأنا متسنترة بقرام فينه‬ ‫صنورة. فتلون وجهنه. ثنم تناول السنتر فهتكنه. ثنم قال (إن منن أشند الناس عذابنا يوم‬
.

‫القيامة، الذين يشبهون بخلق ال‬

Daripada `Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemui beliau ketika beliau berada di balik tabir yang mempunyai gambar. Tiba-tiba berubah wajah baginda. Lalu mengambil tabir tersebut dan mengutis-ngutisnya seraya bersabda: “Sesungguhnya orang paling dahsyat siksaannya di hari akhirat ialah orang yang menyerupakan dengan ciptaan Allah.” (Hadis riwayat Muslim) Hadis di atas mengajar kita sudah menjauhi unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik. Larangan yang dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu kerana keadaan zaman mereka masih lagi hampir dengan situasi penyembahan berhala dan gambar-gambar yang dijadikan pujaan. Gambar-gambar dilukis sebagai membesarkan orang yang dilukiskan wajahnya dan dijadikan perantaraan untuk meminta pertolongan dengan Allah kerana mereka adalah orang-orang soleh dan hampir dengan Allah.[5]

‫عنن ابنن عباس. فقال: سنمعت رسنول ال صنلى ال علينه وسنلم يقول (كنل مصنور فني‬ ‫النار. يجعل له، بكل صورة صورها، نفسا فتعذبه في جهنم‬
Daripada Ibn Abbas katanya:” Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap pelukis akan berada di dalam neraka lalu dijadikan setiap gambar yang dilukiskan nyawa dan akan menyeksanya di dalam neraka Jahannam.” (Hadis riwayat Muslim) 2. Larangan kubur dijadikan masjid

.‫عنن أبني هريرة؛ أن رسنول ال صنلى ال علينه وسنلم قال: لعنن ال اليهود والنصنارى‬
."

‫اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد‬

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah telah melaknat Yahudi dan Nasara. Mereka telah menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai masjid.” (hadis Muslim) Hadis ini memberitahu bahawa tempat yang betul untuk beribadat kepada Allah s.w.t. mestilah bersih dari sebarang unsur yang membawa kepada syirik. 3. Menjauhi tanggapan sial untuk menjaga akidah tauhid

Rasulullah s.a.w. menjelaskan aqidah tauhid kepada ummat Islam dengan menegaskan tidak ada sebarang bentuk sial kerana segala-galanya sudah ditakdirkan Allah. Penyakit yang menimpa manusia berlaku kerana bukan jangkitan penyakit itu sendiri melainkan Allah yang menyebabkan berlakukan jangkitan tersebut.

‫عننن أبنني هريرة قال: قال رسننول ال صننلى ال عليننه وسننلم: ل عدوى ول ط َرة، ول‬ ‫ي‬
.

‫هامة ول صفر، وف ّ من المجذوم كما تف ّ من السد‬ ‫ر‬ ‫ِر‬

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada sebarang jangkitan, tidak ada sial burung, tidak ada sial burung hantu dan tidak ada sial bulan Safar. Larilah dari mangsa kusta seperti kamu lari dari singa.” (hadis al-Bukhari) 4. Larangan bersembahyang ketika matahari terbit dan terbenam

Rasulullah s.a.w. melarang dari mendirikan sembahyang ketika matahari terbit dan tenggelam. Larangan ini bertujuan untuk menghindarkan diri dari menyerupai orang-orang yang menyembah matahari.

:

‫عن ابن عمر رضي ال عنهما قال‬

‫قال رسول ال صلى ال عليه وسلم: (إذا طلع حاجب الشمس فدعوا‬ ،‫الصلة حتى تبرز، وإذا غاب حاجب الشمس فدعوا الصلة حتى تغيب‬ ‫ول تحينوا بصلتكم طلوع الشمس ول غروبها، فإنها تطلع بين قرني‬
.

‫شيطان، أو الشيطان‬

Daripada Ibn Umar katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila dua kening matahari terbit, janganlah bersembahyang sehinggalah ia kelihatan dengan jelas. Apabila kening matahari tenggelam maka janganlah bersembahyang sehingga ia lenyap. Jangan kamu tunggu untuk bersembahyang pada matahari terbit dan tenggelam kerana ia terbit di antara dua tanduk syaitan.” (hadis al-Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan bahawa syaitan akan berada dekat matahari supaya orang yang menyembah matahari ini menyembahnya juga. Rasulullah s.a.w. melarang sembahyang pada ketika itu supaya tauhid orang-orang Islam terpelihara. Berdasarkan kepada faktor ini juga sebahagian ulama mengatakan sebab Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan sunat qabliah maghrib ialah kerana zaman mereka itu masih lagi hampir dengan golongan yang menyembah matahari. Oleh itu baginda merasa keberatan untuk bersembahyang pada ketika itu.

[1]

Muhammad Sulaiman al-Asyqar, al-Wadih Fi Usul al-Fiqh, hal. 96 Muhammad Anwar al-Badakhsyani, Talkhis Syarh al-`Aqidah al-Tahwiyyah, hal. 24 Ibid., hal. 32 Abdul Rahman Ali al-Shaikh, Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tuwhid, hal. 11. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami Wa adillatuhu, jil.4, hal. 2671

[2]

[3]

[4]

[5]

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->