P. 1
Ciri-Ciri Hadis Maudhuk

Ciri-Ciri Hadis Maudhuk

|Views: 457|Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

CIRI-CIRI HADIS MAUDHU : HADIS YANG MENGGUNAKAN LAFAZ AL-HUMAIRA`

Muhammad Hanief Awang Yahaya Meriwayatkan hadis maudhu` hukumnya haram dengan disepakati oleh semua ulama. Malah Imam al-Juwaini menghukumkan kufurnya orang yang mereka hadis palsu. Supaya kita tidak terlibat dalam gejala yang menghancurkan agama ini kita hendaklah mengetahui apakah tanda atau ciri hadis yang palsu. Di antara ciri-ciri hadis maudhu` ialah terdapatnya lafaz Humaira’ seperti yang tersebut di dalam riwayat ini: ‫خذوا شطر دينكم عن الحميراء‬ “Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’. ” Al-Mizzi berkata: Setiap hadis yang menyebutkan lafaz Ya Humaira’ iaitu adalah hadis maudhu` kecuali sebuah hadis dalam al-Nasa’i. (al-Masnu` hal. 212) Ibn al-Qayyim menyebutkan setiap hadis yang menyebutkan lafaz Ya Humaira’ atau alHumaira’ maka itu adalah direka dan palsu seperti “Wahai Humaira’, jangan kamu makan tanah kerana ia akan menyebabkan begini, begini..” begitu juga hadis : “Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’ ” . Al-Manar al-Munif, hal. 60`. Al-Zahabi berkata: Ada dikatakan setiap hadis yang terdapat Ya Humaira’ tidak sahih. (Siyar A`lam al-Nubala’, jil. 2, hal. 167. Ibn Kathir berkata: Adapun hadis “Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’ ” itu adalah hadis gharib jiddan bahkan munkar. Saya pernah bertanya kepada guru saya, al-Mizzi dan beliau memberi jawapan: “Sampai hari ini saya tidak menemui sanadnya”. Al-Zahabi berkata: “Ini adalah antara hadis yang sangat lemah yang tidak diketahui sanadnya”. (Tuhfah al-Talib, hal.170.) Mulla Ali al-Qari berkata: Hadis ‘Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’ tidak diketahui asal usulnya. (al-Masnu` hal. 98) Hafiz Ibn Hajar menyebutkan bahawa dalam riwayat al-Nasa’i daripada jalan sanad Abu Salamah daripada `Aishah bahawa orang-orang Habsyah datang bermain lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada `Aishah: “Ya Humaira’ adakah kamu suka untuk melihat mereka”. Jawab Aishah: “Ya”. Sanadnya sahih, saya tidak tahu dalam hadis sahih yang menyebutkan Humaira’ kecuali hadis ini sahaja. (Fath al-Bari, jil. 2, hal. 444) Oleh itu hadis: “Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’ ” tidak mempunyai sebarang sanad untuk dikaji kedudukan perawi-perawinya maka ia adalah tidak sahih.

Dari segi dirayah atau kandungan matan pula riwayat ini bercanggah dengan beberapa kenyataan. Antaranya ialah mengapa Rasulullah s.a.w. menyuruh mengambil ilmu agama dari Aishah sahaja. Mengapa tidak diperintah untuk mempelajari ilmu daripada sahabat-sahabat yang lain. Selain itu, mengapa hanya sebahagian sahaja ilmu `Aishah diambil manakala sebahagian yang lain tidak ada suruhan supaya diambil. Kalau begitu separuh ilmu beliau harus dibiarkan. Ini tentu sekali tidak dapat diterima. Seolah-olah `Aishah tidak memiliki kelayakan yang sepenuhnya di dalam ilmu dan antara ilmu beliau ada yang tidak boleh dipercayai. Ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk merendahkan kedudukan `Aishah sebagai sahabiah yang sangat berwibawa dalam tugas keilmuan. Merujuk kepada lafaz Humaira’, ia adalah kata nama tasghir (pengecilan) bagi hamra’ yang merah. Tasghir biasanya digunakan untuk menyatakan kemanjaan. Humaira’ nada yang mahu dinyatakan di dalam riwayat ini ialah kedudukan keilmuan `Aishah, oleh itu mesti belajar daripada beliau. Tegasnya, konteks riwayat ini berkenaan kelebihan dan keutamaan seseorang. Bagaimana mungkin menyatakan keutamaan seseorang tetapi menggunakan lafaz yang tidak menggambarkan keadaan itu. Ini memberi petunjuk bahawa Rasulullah s.a.w. tidak mengucapkan hadis ini. Pada kenyataannya, para sahabat tidak mengambil ilmu daripada `Aishah sahaja. Ramai lagi para sahabat yang memiliki keilmuan yang mendalam seperti Khulafa’ Rasyidin, Ibn Abbas, Ibn Mas`ud dan lain-lain. Kesimpulannya, kita mestilah berhati dalam menerima sesuatu hadis. Jangan sampai kita tergolong dalam kalangan pereka-pereka hadis atau menerima apa sahaja dengan memejam mata. Apatah lagi hadis yang zahirnya kelihatan memuji kedudukan sahabat tetapi sebalinya mengandungi benih-benih penghinaan terhadap mereka. Semoga Allah memberi taufiq kepada kita semua.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->