MODUL ICE BREAKING Hari ni saya nak berkongsi satu modul untuk ice breaking.

Sesuai untuk semua peringkat umur.Jika anda berpeluang menjadi fasilitator, anda mungkin boleh gunakan teknik ini.Baiklah, susun semua perserta dalam satu barisan ke tepi (sisi bertemu sisi) seperti dalam kawadtapi cuma satu barisan sahaja (kalau ada 2 jantina, buat 2 barisan). Beri arahan mudah seperti dibawah (dengan macho nya huhu);“sekarang, saya nak anda buat satu barisan mengikut tarikh lahir, yang paling muda ke sebelahkanan dan yang paling tua ke sebelah kiri, dalam masa seminit, GERAK!”Peserta pun akan berlumba-lumba mendapatkan posisi masing-masing dan saling bertanya tarikhlahir orang lain. Selalunya susah juga untuk siap dalam masa seminit terutama jika ramai. Tapitak mengapa, di situ letaknya cabaran hehe.Setelah selesai, anda harus periksa satu persatu dan minta setiap orang menyebut tarikh lahirnyakuat-kuat. Jika sudah lengkap, minta mereka mengenalpasti kedudukan kawan-kawan yang lain,secara tak langsung, mereka pun akan termaklum tarikh lahir kawan-kawan lain walaupun tak ingat semua hehe Kemudian bagi arahan kedua;“susun daripada kanan ke kiri mengikut abjad nama penuh. Nama yang bermula huruf A disebelah kanan seterusnya nama yang bermula huruf selepasnya ke kiri, dalam masa 1 minit,GERAK!”Setelah selesai, minta setiap orang sebut nama penuh mereka kuat-kuat. Ya, secara tak langsungmereka dah tahu nama penuh kawan-kawan mereka.Ok, setakat itu dahulu ya