REKABENTUK GRAFIK

1.1: Pengenalan
‡ Merupakan seni yang berkaitan dengan komunikasi dan kadangkala bernilai komersial ‡ Perkataan grafik berasal dari Bahasa Greek iaitu Graphikos yang bermaksud boleh melukis dan menulis. ‡ Rekaan grafik boleh dihasilkan dalam bentuk 2D dan 3D.

1.2: Contoh Grafik
Ilustrasi grafik pada paper bag

Ilustrasi grafik pada pembalut makanan Ilustrasi grafik pada kulit buku

Ilustrasi grafik pada kad jemputan

1.3: Bidang-Bidang Grafik
Rekabentuk Media Digital Rekabentuk Korporat

Rekabentuk Cetakan Iklan dan Komunikasi

Bidang Grafik
Rekabentuk Penerbitan Umum Rekabentuk Pembungkusan Rekabentuk papan tanda dan iklan persekitaran

1.4: Logo
‡ Ialah lambang atau tanda bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, kelab dan persatuan. ‡ Merupakan tanda perniagaan (trademark) bagi sesebuah syarikat. ‡ Pereka bentuk perlu menghasilkan rekabentuk yang menunjukkan sifat-sifat keteguhan, kekuatan dan mempunyai konsep dan ciri-ciri syarikat tersebut.

a) Logo Huruf

b) Logo Representasi ‡ Dikenali sebagai pictorid logos atau pictogram. ‡ Rekabentuknya berdasarkan objek alam sekeliling.

‡ Menggunakan huruf atau muka taip untuk menghasilkan imej logo. ‡ Terdapat jenis: - logo perkataan

Jenis-Jenis Logo

c) Logo Kombinasi huruf dan imej - logo huruf ringkas ‡ Menggabungkan muka taip dan imej.

Prinsip Rekabentuk Logo

Ringkas dan tepat

Mewakili sesebuah syarikat, badan atau organisasi.

Menggunakan warna yang minimum

Mengikut ciri-ciri asas seni reka dan prinsip rekaan.

Mempunyai mesej yang jelas dan tepat.

Kemas, teliti dan bersih.

1.5: Simbol
‡ Ialah rekabentuk grafik yang diringkaskan daripada imej-imej figura manusia, haiwan, alam dan benda. ‡ Tujuan ± untuk menerangkan dan memberikan maklumat mengenai sesuatu keadaan atau aktiviti. ‡ Simbol sudu, piring dan garfu ± menerangkan restoran. ‡ Figura lelaki dan wanita ± simbol tandas. ‡ Visual rokok dan palang ± simbol larangan merokok.

Jenis-Jenis Simbol

a) Simbol Sukan ‡ Lambang figura manusia dalam aktiviti sukan dan alat sukan.

b) Simbol Amaran ‡ Digunakan untuk memaklumkan sesuatu larangan atau tegahan.

c) Simbol Maklumat ‡ Digunakan untuk memberikan maklumat umum kepada masyarakat.

Perbezaan Logo dan Simbol
‡ Logo - menunjukkan identiti atau lambang kepada sesuatu aktiviti, perniagaan, pertubuhan atau perkumpulan. ‡ Simbol ± merupakan reka rupa untuk memberikan maklumat kepada pengguna.

Ciri-ciri simbol yang baik
Ringkas dan tepat Penyampaian mesej yang tepat Penggunaan warna yang minima

Mengaplikasikan prinsip dan asas seni reka

Kemas dan bersih

1.6: Maskot
‡ Adalah satu objek yang dikenali dan disukai oleh penduduk tempatan dan dijadikan lambang sesuatu secara rasmi. ‡ Maskot juga tergolong sebagai salah satu hasil seni reka fesyen dalam kategori kostum. ‡ Sukan Komanwel di Kuala Lumpur menggunakan Maskot WIRA iaitu simbol binatang orang utan.

Ciri-Ciri Maskot

Bukan untuk komersial dan tidak dipakai seharian

Direka untuk sesuatu majlis rasmi Penggunaan gabungan pelbagai fabrik Sumber ilham daripada haiwan dan sumber alam Tidak menyerupai maskot di tempat lain Menampilkan identiti sesuatu tempat dan mengekalkan keasliannya.

1.7: Tipografi
‡ Bermaksud seni memilih dan mengatur muka taip. ‡ Kesan visual yang berbeza pada muka taip terletak pada penggunaan tipografi. ‡ Seni ini penting kerana hampir semua jenis rekabentuk grafik menggunakan muka taip untuk memberikan makna dan maklumat.

TIPOGRAFI

Kategori Muka Taip

a) Muka Taip Peraga

b) Muka Taip Teks

Sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai digunakan untuk tajuk utama, judul, logo atau iklan. Tujuan untuk paparan atau peragaan (billboard)

Sifatnya kecil dan jenis muka taip yang mudah dibaca dan dikenali. Tujuan untuk teks bacaan umum seperti buku, surat khabar

Jenis Muka Taip
a) Muka Taip Serif (Old Style Roman)
Muka taip yang awal, tulisan English, Italian dan Dutch Design. Tulisannya berekor dan mudah dibaca. Contoh : Times New Roman.

b) Muka Taip Tradisional
Berbentuk serif. Sesuai untuk majalah, surat khabar dan buku. Contoh : Baskerville dan century. ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV
abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

c) Muka Taip San Serif
Muka taip ini tidak berekor atau tidak ada serif. Sesuai untuk membuat poster, papan tanda, petunjuk jalan, tajuk dan bahan grafik. Contoh : Gill, Comic San, Arial

d) Muka Taip Roman Moden

Pada muka taipnya seakan tradisional tetapi terdapat perbezaan pada garis melengkung yang tersendiri. Tidak sesuai untuk teks akhbar atau majalah kerana ianya sukar dibaca. Contoh : Bodoni

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV
abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

e) Muka Taip Egyptian Slab Serif

f) Muka Taip Skrip atau Kursif

Muka taip ini mempunyai ciri-ciri serif tetapi ganjarnya lebih besar. Sesuai untuk membuat tulisan poster, atau tajuk besar akhbar. Contoh : Rockwell

Tulisan berbentuk tulisan tangan. Huruf muka taip ini bersambung dan paksi huruf adalah condong. Paling sesuai untuk membuat kad jemputan. Contoh : Monotype Corsiva

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

g) Muka Taip Dekoratif

Muka taip ini sesuai untuk kad jemputan dan cenderamata tetapi tidak sesuai untuk teks bacaan. Contoh : Calibri

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

Anatomi Muka Taip
- Muka taip dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: a) asender (bahagian atas) b) badan (bahagian tengah) c) desender (bahagian bawah) - Bukan semua huruf mempunyai asender dan desender. Huruf a,s,o,u tidak mempunyai asender dan desender. asender badan
desender

abcdefgh

- Rupa huruf boleh dipersembahkan dalam pelbagai gaya untuk menimbulkan kesan visual yang tertentu iaitu a) biasa (regular), b) sederhana (medium) c) tebal (bold).

Rupa huruf Sampel Sampel Sampel Sampel

Sebutan khas Regular Italic Bold Bold Italic

Saiz Muka Taip
- Saiz sesuatu muka taip disebut poin (points). - Poin digunakan untuk mengukur kedalaman atau ketinggian huruf. - Saiz muka taip yang sering digunakan adalah antara 6 hingga 72 poin.
9 poin

20 poin

58 poin

36 poin

48 poin

72 poin

1.8: Poster
‡ Ialah satu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan rekaletak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. ‡ Poster juga dikatakan sebagai satu alat komunikasi visual yang mudah dan berkesan.

Ciri-ciri Poster

Rekabentuk yang boleh memberikan daya tarikan kepada audien (pelanggan)

Menyatakan mesej yang efektif dan mudah

Menarik perhatian audien (pelanggan)

Mesej yang ringkas dan mudah difahami

Elemen-elemen penting dalam Poster
a) Topografi - Untuk penerangan atau memberikan maklumat kepada orang ramai. Ilustrasi bentuk gambaran yang menceritakan konsep atau mesej pada poster. - Pemilihan sesuatu ilustrasi, mesej, lakaran atau gambar foto yang menarik akan memberikan kesan kepada penontonnya. c) Warna - Dapat memberikan mood kepada pemerhati. - warna boleh digunakan dalam 4 fungsi: i) menarik perhatian ii) tumpuan perhatian iii) penyampaian maklumat iv) memberikan kesan lebih mendalam

b)

d)

Rekaletak - kedudukan dan susun atur tipografi dan ilustrasi dalam satu gubahan seperti pembungkusan, kulit majalah, poster mengikut prinsip rekaan.

Jenis Poster

dekoratif

Kreatif, abstrak dan artistik

Sukan

Perkhidmatan awam

Hiburan

Pameran, pertandingan dan ekspo

Iklan dan promosi

Media dan teknik percetakan

Proses Reka Bentuk Grafik

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

Menentukan tema dan tajuk Mewujudka idea dengan mengumpulkan bahan-bahan. Membuat sebanyak mungkin lakaran kecil Memilih lakaran yang paling baik Mengorganisasikan dalam bentuk yang lebih besar Memilih muka taip, ilustrasi atau gambar foto. Menyusun dan membuat reka letak yang sesuai. Mewarna Kemasan.

1.9: Ilustrasi
‡ Ialah gambaran atau lakaran untuk memperjelaskan sesuatu keterangan, mesej dan sebagainya. ‡ Ilustrasi boleh dihasilkan dalam pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, fotografi, pengisian komputer, cetakan dan sebagainya.

Fungsi Ilustrasi

Menggambarkan dekoratif atau unsur seni tampak.

Memberikan maklumat tentang sesuatu objek secara mudah, cepat dan berkesan.

Menyampaikan komentar atau penerangan kepada umum atau kumpulan sasaran tertentu.

Jenis-Jenis Ilustrasi
a) Ilustrasi Fesyen Menggambarkan fesyen pakaian dan perhiasan diri semasa. b) Ilustrasi Alam Menggambarkan alam dengan teknik lukisan dan catan untuk merakamkan gambaran alam yang sebenar seperi gambar sejarah, tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan.

c) Ilustrasi Perubatan Menggambarkan anatomi tubuh badan manusia luar dan dalam untuk keperluan bidang perubatan d) Ilustrasi Teknikal Bertujuan untuk mengkaji dan menghasilkan rekabentuk hasil ciptaan industri dan untuk promosi barangan.

e) Ilustrasi Maklumat Digunakan untuk memberikan maklumat kepada pelanggan seperti peta, carta pai, graf dan sebagainya.

f) Ilustrasi Penerbitan Berguna dalam bidang penerbitan termasuklah ilustrasi dalam cerpen, majalah, akhbar, kulit buku dan sebagainya.

g) Ilustrasi Perindustrian

Merupakan gambaran idea terhadap bentuk rekaan yang akan dihasilkan oleh pereka.

Ciri-ciri Ilustrasi

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)

Kemantapan dan kehalusan gaya melukis Keaslian karya Reka letak yang menarik. Imej yang jelas dan dapat disampaikan kepada pelanggan Penggunaan alat dan bahan dengan betul Kreativiti Boleh mempengaruhi perasaan pelanggan Kesesuain antara ilustrasi dan teks.

1.10: Grafik Persekitaran
‡ Ialah rekabentuk grafik yang melibatkan persekitaran kehidupan harian biasanya dalam bentuk pengiklanan dan maklumat kepada pengguna.

Jenis-Jenis Grafik Persekitaran
a) Papan Iklan atau Papan Peraga (Billboard) Merupakan sebuah poster besar yang terdapat di tepi atau persimpangan jalan. b) Iklan persinggahan (Iklan Transit) Suatu bentuk iklan yang menggunakan kenderaan awam untuk mengiklankan sesuatu. c) Tanda Jalan Merupakan maklumat haluan kepada orang awam. Digunakan untuk membantu arah tuju ke sesuatu destinasi.

Ciri-ciri Grafik Persekitaran

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

Senang di pandang dan boleh dibaca dengan mudah Bahasa yang mudah dan betul Kesesuain warna muka taip dengan latar belakang dan pemilihan warna yang sesuai. Mengaplikasikan asas seni reka dalam reka bentuk Saiz yang sesuai dengan penglihatan orang ramai Lokasi yang sesuai Keaslian dan mempunyai identiti tersendiri Gambar atau ilustrasi disediakan adalah menarik dan mudah difahami Reka bentuk yang kreatif dan menarik

1.11: Pembungkusan
‡ Pembungkusan barangan perlu untuk memelihara kesegaran, mengelakkan pencemaran dan melindunginya daripada sebarang kerosakan.

Fungsi Pembungkusan

1) 2) 3) 4) 5) 6)

Mempromosi keluaran Melindungi mutu barangan Melindungi atau mengawal keadaan fizikal barangan. Memudahkan penyimpanan barangan Memberikan maklumat barangan kepada pengguna Mudah dibawa dan disimpan.

Jenis-Jenis Pembungkusan
a) Pembungkusan Tradisional Pembungkusan yang menggunakan bahanbahan alam sebagai pembungkus barangan.

b) Pembungkusan Moden Pembungkusan yang menggunakan bahanbahan seperti kertas, plastik, kaca, kayu atau logam.

Elemen-Elemen Rupa Bentuk Pembungkusan

Muka taip

Ilustrasi

Bentuk

Warna

Proses Menghasilkan Reka Bentuk Pembungkusan
Sebelum sesuatu pembungkusan direka bentuk, perkara-perkara berikut perlu diambil kira: 1) Jenis barangan sama ada makanan, hiasan, barang permainan dan sebagainya. 2) Kualiti dan kuantiti barangan. 3) Menentukan sasaran pengguna. 4) Menentukan bentuk pembungkusan yang bersesuaian. 5) Menentukan reka letak 6) Reka letak yang sesuai dan kemas 7) Saiz dan warna muka taip yang menarik dan sesuai 8) Ilustrasi yang menarik dan sesuai 9) Reka cipta logo atau identiti syarikat pada kedudukan yang sesuai 10) Penerangan dan maklumat seperti ramua, bahan, berat, cara penggunaan, dan tarikh luput.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful