PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, pendidikan pemulihan perlu dilaksanakan dengan mengutamakan Prinsip µmenyelesaikan masalah seawal mungkin¶ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau µterkebelakang¶ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Oleh itu, melalui pendidikan pemulihan, keperluan±keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

1

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Konsep Pemulihan ‡ Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. ‡ Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Pendidikan Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan juga adalah sebagai satu cabang daripada

sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai µRemedial education¶ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Ia merupakan satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan murid-murid yang lemah pulih dan dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

2

Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : i) Sharifah Alwiah Alsagoff,1983 : 371 Satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.¶ ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak- kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa¶ . iii) Pringle (1966) Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. iv) Albertwhite (1977) Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanakkanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi ¶. v) Tansley (1967) Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkahlangkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

3

khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca. ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. 4 . Pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek ±aspek kelemahan murid. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca. vii) Evans (1995) Pengajaran pemulihan dianggap sebagai ³ the ambulance of educational system ³. V (26) bertarikh 8 Januari 1986. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan¶. di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini¶. viii) Blair (1956) Pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaankebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lamba t¶.menulis dan mengira.vi) Collins (1961) Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) Dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah. menulis dan mengira. Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut. menulis dan mengira.langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca. mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja.

f) Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran g) misalnya matematik mengikut kebolehannya. Objektif pendidikan pemulihan adalah: a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.Rasional Pendidikan Pemulihan: a) Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah rendah. terutamanya dalam masalah bahasa. e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa. c) Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. e) Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. 5 .kanak. d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan. f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensiagensi untuk perkembangan optimum setiap kanak. c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak. b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitankesulitan pembelajaran tertentu. d) Untuk membantu murid membina keyakinan diri. b) Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

Kesukaran sesetengah murid dalam menguasai aopa yang diajarkan adalah merupakan sebab kenapa pendidikan pemulihan ini diketengahkan dalam system pendidikan di Negara kita. b) Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep kendiri yang rendah. c) Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru. Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid. selalu gagal.Antara sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh: 1. Masalah Pembelajaran: Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka memerlukan kelas pemulihan. e) Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan Faktor-faktor Penyebab: Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan pendidikan pemulihan ialah: 1.murid yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan. c) Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada potensi sepenuh. Murid-murid berbeza dari segi kebolehan dan minat. Perbezaan individu.latihan dengan baik di dalam bilik darjah. Faktor psikologi a) Faktor emosi yang tidak stabil. Ini bermakna ada murid yang dapat mempelajari dengan mudah dan ada yang sukar. Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran akademiknya. 6 . b) Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan. Jenis-jenis Masalah Pembelajaran: a) Belajar secara lambat. 2. d) Kekurangan social iaitu mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2. b) Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada kadar atau intensiti yang sama. Faktor Persekitaran a) Masalah bahasa Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana muridmurid tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah menyebut perkataan atau membaca. Untuk mengatasi masalah ini. 7 . Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran. 3. ii. Murid-murid mundur dalam pembelajaran memerlukan pendidikan pemulihan. Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru. b) Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.murid dalam kelas pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman bacaan yang positif serta mengikut satu program bacaan yang berkesan. Wujud jurang akademik yang besar di antara murid. Faktor kecerdasan mental a) Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang mungkin disebabkan oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa. cara pentadbiran serta susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai. iv. guru mesti memastikan yang murid. Faktor Biologi/Kesihatan a) Murid-murid mempunyai masalah kesihatan. c) Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi akan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik yang akhirnya membawa kepada kesan masalah tingkah laku. Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan. b) Amalan Sekolah i. iii. 4.

5. c) Tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif. Untuk murid-murid seperti ini. guru perlu meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi murid-murid serta memastikan murid-murid mempunyai sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan 8 . Faktor Emosi dan Sosial a) Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat lebih ganas dan agresif serta sangat sensitif kepada kritikan guru. b) Menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu.

Menurut Sharifah (1986). Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan. 2. Para pendidik menganggap kanak. 3. bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkahlaku yangmenjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. kanak-kanak khas. Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) berpendapat murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu. mentakrifkan murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa. murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin. rendah konsep diri. Koh (1984). menulis atau mengira. Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam membaca. murid pendidikan pemulihan ialah murid-murid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi akademik yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya dalam mata pelajaran asas iaitu membaca. Menurut Brennan (1974). yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. 4. menulis atau mengira.kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun µslow learner¶ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas. pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa. 1. kanak-kanak mundur. mengira dan menulis.Murid Pendidikan Pemulihan Definisi Murid Pendidikan Pemulihan Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia murid pendidikan pemulihan. murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka. Mereka tidak termasuk kanak-kanak yang dikategorikan sebagai terencat akal. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya 9 .tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.

5. clough mendefinisikan kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul. 7. dapatlah disimpulkan bahawa murid pendidikan pemulihan ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa. mentakrifkan kanak.atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu. mendefinisikan kumpulan murid lambat sebagai murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya. kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. 6. AE Tanseley dan R.f.Culliford. Dengan segala jenis takrifan di atas. Johnson (1963). m. 10 .kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.

Pasif Malas b) Sosial       Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta mengganggu kawan kawan. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori. 11 . a) Dari segi Emosi dan Tingkahlaku         Perasaan rendah diri Perasaan risau Perasaan sedih. kesihatan. Kurang menjaga kebersihan diri. tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. sakit terlalu lama dan teruk.Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus) Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan) Lemah gerakan motor-kasar dan halus Kesihatan terganggu seperti selalu sakit. hiba atau duka Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran Perasaan takut akan perkara-perkara baru Degil. Lemah / kurang interaksi dengan rakan Gemar menghisap atau menggigit kuku Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan Menangis ± enggan masuk darjah Hyper aktif c) Kesihatan       Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. sosial. iaitu emosi dan tingkahlaku. kesediaan belajar dan pengamatan.

d) Kesediaan Belajar      Belum bersedia untuk belajar. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Beberapa tokoh ilmuan juga telah menggariskan ciri-ciri murid pendidikan pemulihan mengikut sudut pandangan mereka seperti di bawah : 1. saiz. warna dan turutan. Schonell (1965). ii. Tansley dan Gulliford (1960). Lemah pergerakan dan perbuatan. 12 . Kanak-kanak yang lemah dari segi perkembangan mental ditambah kecacatan-kecacatan lain seperti gangguan kesihatan. Kanak-kanak ini selalunya ponteng sekolah dan biasanya berasal daripada latar belakang keluarga susah. Perbendaharaan kata kurang. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. terhad pengalaman berbahasa dan mengalami gangguan emosi. mencirikan kanak-kanak lambat sebagai kanak-kanak yang kurang keupayaan dan lemah berbanding dengan kanak-kanak lain. Lemah pendengaran bunyi dan rentak. Lambat mengkelaskan benda. 2. Kurang matang ± IQ tidak seimbang dengan umur hayat. telah membahagikan cirri kanak-kanak lambat kepada tiga kumpulan iaitu : i. Tidak boleh mengingat kembali. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. Lemah pemahaman. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah daya pemikiran / ingatan. e) Pengamatan            Tidak kenal perbezaan bentuk. Tidak kreatif.

kadangkala berkelakuan liar untuk menutup kelemahan mereka. Pada kebiasaannya pakaian kanak-kanak ini juga tidak kemas dibandingkan dengan murid lain. iii. iv. Kanak-kanak ini rendah pencapaian dalam kemahiran asas dan mengalami ketidakupayaan dari segi bahasa menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran.iii. Kanak-kanak ini biasanya mengalami kesukaran khusus dalam bacaan dan penulisan mengakibatkan mereka mengalami pencapaian yang rendah dalam hampir kesemua mata pelajaran. vi. kerana mereka kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran. tidak berminat. Kegagalan dalam pelajaran yang selalu dialaminya menimbulkan sikap benci terhadap sekolah. Murid ini biasanya memiliki perlakuan yang sukar dikawal. Perlakuan ini amat berbeza dari rakan-rakan yang lain. Murid ini selalunya cuba menarik perhatian guru. Ada kalanya murid jenis ini tidak pandai menulis tetapi boleh bertutur dengan baik. mencirikan kanak-kanak pendidikanpemulihan seperti berikut : i. maka mereka selalu mengganggu murid yang pandai. 3. v. Oleh sebab minat mereka terhad dan cepat luput. Haigh (1977). Mempunyai minat yang terhad terhadap pelajarandan bersikap dingin terhadap kejayaan dalam pelajaran. ii. Mempunyai keupayaan berbahasa dan daya kefahaman yang terhad sehingga mereka tidak bersedia memikirkan konsep-konsep yang abstrak. 13 .

iii. vi. mentakrifkan ciri-ciri murid pendidikan pemulihan adalah seperti berikut : i. Abdul Halim (1980). Ini menyebabkan mereka tidak boleh menyesuaikan diri di kalangan kanak-kanak lain. Antaranya selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang lain. walaupun mereka boleh membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak boleh menyampaikan perasaan atau kehendak mereka kepada orang lain. Ini melemahkan keyakinan diri mereka bukan sahaja dari segi jasmani tetapi juga dalam pembelajaran mereka. vii. Kanak-kanak ini juga kurang kebolehan untuk mengingat maklumat yang diajar kepadanya serta sukar memahami apa-apa yang mereka sendiri cakapkan walaupun mereka tidak mengalami masalah pendengaran. Ada juga kanak-kanak ini yang merasa tersinggung dengan masalah fizikal mereka kerana mereka selalu menjadi bahan ejekan kawan-kawan lain terutamanya dalam latihan jasmani. v. 14 . iv. Ada juga kanak-kanak ini yang kekok pergerakan tangan lalu menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. di mana kekekokan mereka lebih ketara. Kanak-kanak ini sukar menghabiskan kerja yang diberikan kepadanya. ii. Kanak-kanak ini juga sukar mengenali simbol-simbol yang diajar kepadanya. serta kurang daya untuk memahami dan menceritakan apa yang dibacanya.4. mereka tidak dapat menghabiskan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Kanak-kanak ini lemah daya perhatian ke atas sesuatu kerja. Kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan menulis dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua tahun dibawah usianya. Mereka juga tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya mereka atas beberapa sebab. Daya pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik dari kanak-kanak lain tetapi masalah kekok pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal dalam ujian-ujian yang memerlukan banyak menulis. Ini kerana setiap kali guru menyuruh menyalin sesuatu. menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian kanakkanak lain kepada mereka.

menulis dan mengira. vi. Kurang pergaulan. Tumpuan perhatian mudah terganggu oleh gangguan luar. sakit telinga dan sakit kulit. pertuturan iii. 15 . x. Kelemahan di dalam menghubungkan. Mempunyai tingkah laku yang nakal kadangkala pendiam dan ego. Lemah daya pemikiran yang abstrak Lemah daya kordinasi pancaindera dengan pemikiran dalam perkara : a. xiii. Kurang keyakinan diri sendiri oleh kerana dikuasai perasaan rendah diri. Kurang daya cipta atau inisiatif.5. pendengaran c. pengamatan b. Lemah dalam membaca. pelat dan sengau. ix. xii. mengaitkan dan menyesuaikan. xi. v. Tumpuan perhatian yang terhad. gagap. iv. xix. Tidak mempunyai dorongan. Malas datang ke sekolah. xv. Lemah dalam penerimaan konsep baru. kanak-kanak lambat ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut : i. ii. viii. Lemah dalam penyebutan dan pertuturan. xvi. Ketidakbolehan mengingat kembali dan mudah lupa. xiv. Kurang perbendaharaan kata. Ketidakstabilan emosi. Ketidakbolehan menganalisis sesuatu untuk membezakan yang penting dengan yang tidak penting. Gengguan kesihatan seperti selsema. xviii. xvii. vii. Menurut Marie Jean Low (1973).

melukis.Punca-punca permasalahan pembelajaran kanak-kanak Pemulihan. yang kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan sebagai ³ murid-murid di kelas biasa ³ yang menghadapi : a) Masalah pembelajaran dengan sebab: i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru ii) Tidak hadir ke sekolah iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti v) Leka dan lambat b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah masalah : i) peribadi ii) psikologi iii) kurang kecerdasan ± lambat berfikir dan bertindak. Pada umumnya. mentaakul. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius. menulis. mengira. bercakap. Bahagian Pendidikan Guru. Dengan nama lain. murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. murid ini dipanggil µ murid pendidikan khas µ. berfikir. 16 . Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah maktab perguruan bertajuk Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. mendengar. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya. memahami dan mengingatkan kembali. Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 3. kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu diperlukan. sukar memahami dan lemah pengamatan. Iv) lekas lupa.

h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kecelakaan dan berbagai-bagi sebab lagi. d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya. dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan.murid lain murid-murid yang selalu mendapat gred yang rendah memerlukan pemulihan 3. Pentafsiran rekod profil  rekod profil disediakan pada setiap hujung penggal di mana pencapaian murid diberikan gred yang tertentu oleh guru   guru membuat pertandingan antara markah murid. c) Penerimaan baka yang cacat. mengesan emosi dan tingkah laku murid menyediakan borang-borang anekdot yang sesuai yang membantu guru memahami sebab-sebab kegagalan murid 17 . g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna. Pentafsiran rekod prestasi  membentuk senarai semak di mana guru akanmenandakan ruang yang berkaitan untuksetiap kemahiran yang berjaya diperolehi oleh murid 2. b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna. intelek dan sosial yang bermasalah. emosi. Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di bawah: a) Perkembangan dan kematangan jasmani. e) Salah diasuh atau diajar f) Kesediaan untuk belajar lewat. Cara-Cara Penilaian Mengenalpasti Murid-Murid Yang Memerlukan Pemulihan: 1.Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni. Permerhatian    mengenalpasti tanda-tanda yang ada pada murid.

Konsep Pengayaan: Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah Tujuan dan Rasional Pengayaan: a) Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid b) Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka c) Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif. kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai 18 . sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang d) Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan: a) Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid b) Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri c) Berbentuk lembaran kerja atau projek Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan: a) Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah b) Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya. minat. sifat ingin tahu.

Aktiviti tambahan yang lebih menarik dan mencabar.Contoh Pengayaan Bahasa Melayu 1. 2. Pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat Mata Pelajaran Bahasa Melayu Pelajar menguasai kemahiran Pelajar lambat menguasai Program Pengayaan Program Pemulihan Penilaian semula Menguasai kemahiran Program Pengayaan 19 . bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan kemahiran bahasa Melayu yang telah dipelajari oleh murid.

Antara peranan guru biasa dalam pelaksanaan pemulihan ialah: a. Temu ramah ± interaksi dengan murid c. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran c. 20 . Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas. Lazimnya. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan b. ujian diagnostic digunakan untuk menentukan punca kelemahan murid selepas sesuatu pembelajaran kemahiran tertentu dijalankan. Menganalisis hasil kerja bertulis murid d. Tugas ini adalah di bawah peranan dan tanggungjawab semua guru.PERANAN GURU BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN Jmj nUntuk proses pemulihan menjadi efektif. Cara mengesan ialah dengan melakukan beberapa perkara iaitu: a. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan d. ia perlu dijalankan pada peringkat pra sekolah atau awal sekolah rendah. Langkah Kedua: Menganalisis masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid tertentu. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya Berikut merupakan beberapa langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan kelas biasa: Langkah pertama: Mengesan murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. Memerhati murid-murid belajar b. Ujian diagnostic boleh dilaksanakan dalam bentuk objektif dan subjektif.

b. f. d. Menggunakan pelnagai lat bantu mengajar untuk membantu murid-mirid memamahami konsep yang diperlukan untuk menguasai kemahiran. e. mereka boleh dimasukkan semula dalam kumpulan murid biasa untuk mengikuti pelajaran yang baru. Semua symbol dan istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar supaya . Antara langkah-langkah pengajaran pemulihan ialah: Pengajaran guru ± Pembelajaran murid ± Latihan lisan/bertulis-Ujian dan penilaian Tindakan susulan Jika murid-murid pemulihan telah Berjaya melepasi program pemulihan itu. Langkah pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan murid.Langkah Ketiga: Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca-punca kelemahan pembelajaran murid-murid yang berkenaan. c. Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak. Langkah Keempat: Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang. Akan etapi sekitanya mereka masih tidak mencapai kejayaan. maka guru haruslah menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan. 21 . Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah dikesan. Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis dalam kelas.urid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan dulu. Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Berikut merupakan Prinsip-prinsip asas yang perlu dipatuhi dalam merancang program pemulihan agar menjadi lebih berkesan: a.Semua aktiviti pemulihan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu kemahiran yang tertentu.

Semua keputusan penilaian ini harus direkodkan secara individu dalam satu boring rujukan. manakala murid yang lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru. y y Guru membetulkan kesalahan murid secara bergilir-gilir. Merancang langkah-langkah dan strategi pengajaran 3. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru c. Menentukan objektif pengajaran 2. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan 4. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Terdapat dua strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan yang dikelolakan: 1.PENGELOLAAN PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA Pengelolaan pengajaran pemulihan dalam kelas biasa meliputi empat bahagaian iaitu: 1. y Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid yang bermaslah. Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara kumpulan. y Strategi ini digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi maslah pembelajaran yang sama. Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara individu y Strategi ini digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi maslah pembelajaran yang berlainan. Membuat penilaian Dalam membuat penilaian terdapat tiga cara yang dapat dilaksanakan: a. 2. 22 . Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaan murid b. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas akriviti pengukuhan. Guru juga boleh mengarahkan murid cerdas menjadi guru kecil untuk mengajar murid-murid yang bermasalah.

c. rakaman audio. 23 . Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek y y Projek dijalankan secara individu atau kumpulan Contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan sesuatu masalah mudah. Guru menjalankan program bacaan tambahan y Murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan daripada buku dan Internet y Memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif murid. y Tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid.Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan pemulihan bergantung kepada: a) kebolehan dan kecekapannya b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar c) sokongan dari pihak sekolah d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah Aktiviti-aktiviti Pemulihan a. Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi y Tujuan: Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dalam setiap aktiviti pemulihan.murid y Tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam kelas Pemulihan b. y Murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media seperti bahan cetak. y Tujuan: Menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalahmasalah dalam kelas pemulihan. d. radio dan computer. Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid.

Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan: Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalan kelas pemulihan a. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah: y Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat. Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: y Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah 24 . c. terang dan jelas. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang: y y Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya b. Begitu juga dengan alat bantuan mengajar.

2. C ± salin huruf. Kump. Menyebut abjad a ± z dari carta abjad bergambar (MSP) Menulis huruf di udara. di atas meja.Huruf kecil Objektif : Murid boleh mengenal dan menyebut huruf kecil secara turutan dan secara rawak. 5. Membentuk huruf daripada plastisin atau tanah liat mengikut urutan. Murid menyanyi lagu abjad. B .RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN Kelas:1A Masa:2-2.sesuaikan huruf awal dengan gambar. Permainan Bahasa ± Cari saya BBM: Carta abjad (MS PowerPoint) Plastisin/tanah liatKad gambar huruf tersembunyi Lembaran kerja 25 . dan di belakang kawan.lengkapkan huruf. Menyalin semula huruf-huruf yang telah diberi. Lembaran kerja: Kump. Kump. 3. Mencari huruf yang tersembunyi dalam gambar dan warnakan. Contoh: b d c k l 7. Aktiviti : 1. 6. 4. A .30ptg Matapelajaran: Kandungan Impak/ Catatan Bahasa Melayu Tajuk: Kem 1. 8.

30ptg Matapelajaran: Tajuk: Kem 2 . di atas meja. 2. 4. Menulis huruf di udara.Huruf besar Bahasa Melayu Objektif : Murid-murid boleh mengenal dan menyebut huruf besar secara turutan dan secara rawak. Menyalin semula huruf-huruf yang telah diberi. 3.Z abjad daripada carta Kandungan Impak/ Catatan bergambar (MS P). Mencari huruf yang tersembunyi dalam gambar dan warnakan. 5. dan di belakang kawan. Contoh: B D C K L 7. Kump. Kump. 8.RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN Kelas:1A Masa:1-1. Lembaran kerja : Kump A ± lengkapkan huruf yang tertinggal. Membaca abjad A . Murid menyanyi lagu abjad . C . Membentuk huruf daripada plastisin atau tanah liat mengikut urutan. Aktiviti : 1.salin semula huruf. Permainan Bahasa ± Cari pasangan BBM: Carta bergambar (MS PowerPoint) Plastisin tanah liat/ Kad gambar/Lembaran kerja 26 .bulatkan huruf yang berbeza. B . 6.

Lembaran kerja: (Kump. Set induksi ± nyanyi ( a. Guru menunjukkan huruf vokal dalam bentuk MS PowePoint. Permainan ± Suai KAGA 8. Murid mendengar dan menyebut secara latih tubi.RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN Kelas: 1A Masa:12. Membunyikan vokal dengan sebutan yang betul. u). Menyebut perkataan yang bermula dengan huruf vokal. B) .lagu Cik Mamat 2. BBM: MS PowerPoint/Buku tulis/ Kad huruf Vocal/Lembaran kerja.(Kump. o.2012. Murid diminta menyebut huruf yang di pamerkan. Guru memperkenalkan bunyi vokal. 2. 7. 3. C)-padankan huruf vokal yang sama. i.suaikan huruf vokal dengan gambar. Aktiviti : 1.A)±tuliskan huruf vokal berpandukan dengan betul sambil menyebut bunyi bunyi vokal Kandungan Impak Catatan / gambar. 5. Murid menyebut perkataan yang bermula dengan huruf vokal. 27 . e. Murid menyalin huruf vokal di dalam buku garis empat huruf. Mengenal huruf-huruf vokal dengan betul. (Kump. 4.(MSP) 6.50tgh Matapelajaran: Tajuk: Kem 3 ± Huruf vokal Bahasa Melayu Objektif : 1. 3.

Murid mengulangi mengeja suku kata tersebut secara kumpulan dan individu.Suku Kata KV Bahasa Melayu Objektif : Murid-murid boleh mengenal. BBM : Carta suku kata (MS PowerPoint) Kad suku kata Kad gambar Lembaran kerja 28 . 4. 4. B ± warnakan suku kata awal berdasarkan gambar. C ± padankan suku kata yang sama. 6. Aktiviti : 1. Lembaran kerja: Kump A .bina suku kata berdasarkan huruf yang diberi. 3. Guru mempamerkan kad suku kata kepada murid dan mengeja suku kata tersebut secara rawak. Permainan . Mempamerkan dan membuat rumusan hasil kerja murid.³Kotak Ajaib´ 5. Kump. Meminta murid membunyikan suku kata KV berdasarkan carta suku kata pada ( MSP). Kump. mengeja dan Kandungan Impak/Catatan membina suku kata KV. Murid menyebut dan mengeja suku kata awal KV berdasarkan gambar.RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN Kelas :1A Masa :1-1.30ptg Mata Pelajaran : Tajuk : Kem 4 . 2.

5.Perkataan KV+KV Objektif : Murid-murid boleh membaca dan menulis perkataan KV+KV. 2. Murid mengeja dan membunyikan suku kata kv yang telah dipelajari. 29 . Aktiviti : 1. Guru mengimbaskan gambar dan murid mengeja perkataan yang diberi ( MSP) 3. 6.RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN Kelas :1A Masa :2. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang diberikan.30-3ptg Mata Pelajaran : Kandungan Impak/Catatan Bahasa Melayu Tajuk : Kem 5 . Murid mengeja dan membaca kad perkataan KV+KV. 4. Memadankan kad gambar dengan kad perkataan. Murid menyebut perkataan yang telah dipelajari.

Permainan Bahasa ± Cantumkan saya. B . 30 . Kump. Kump.7.cerakinkan perkataan. 8. Pengayaan ± Bacaan Bergred. 9. Lembaran kerja: Kump. C ± salin semula perkataan. A ± lengkapkan perkataan. (MSP) BBM : MS PowerPoint(MSP) Kad suku kata Kad lipat bergambar Lembaran kerja.

kesabaran dan keikhlasan dari guru-guru pemulihan. Mereka cuma memerlukan suntikan dan menuntut kesungguhan. sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain. Bagaimanapun harus disedari bahawa pengajaran pemulihan yang berkesan tidak mudah dilaksanakan. Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara betul dan guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan ini. Untuk menjayakan program pemulihan ini. kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap situasi pengajaranpemulihan perlu dititik beratkan untuk menjamin kejayaan dan tercapainya matlamat pendidikan pemulihan itu sendiri. 31 . tetapi ia memerlukan sokongan yang padu dan jitu dari pihak sekolah terutama guru besar dan guru bahasa Melayu dan matematik. bak kata pepatah. di samping peranan ibu bapa di rumah. Pendekatan. belakang parang kalau diasah lagikan tajam. kesemua pihak haruslah berganding bahu. ia boleh berjaya seperti murid biasa yang lain.PENUTUP Jelaslah di sini bahawa pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang berkurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. bukan sahaja guru pemulihan itu sendiri. murid lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah mahu pun di rumah. Memang diakui bahawa pengajaran pemulihan adalah tanggungjawab yang berat bagi seseorang guru.

balang Objektif: Murid-murid dapat mengenal huruf kecil. Murid yang berjaya akan diberi ganjaran. Murid yang tidak berjaya dikehendaki membuat semula. 4. 4. Murid dikehendaki memilih huruf besar yang disebut oleh guru. balang Objektif: Murid-murid dapat mengenal huruf besar. 2. 3.Contoh Permainan Bahasa Bagi Murid Pemulihan Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 1) Nama Permainan: Mencari abjad Bahan: Kad-kad huruf kecil. 2. Mencampur aduk kad-kad huruf kecil ke dalam sebuah balang. 3. Cara menjalankan permainan: 1. Murid dikehendaki memilih huruf kecil yang disebut oleh guru. Murid yang tidak berjaya dikehendaki membuat semula Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 2) Nama Permainan: Cari saya Bahan: Kad-kad huruf besar. Murid yang berjaya akan diberi ganjaran. 32 . Mencampur aduk kad-kad huruf besar ke dalam sebuah balang. Cara menjalankan permainan 1.

Setiap kumpulan di beri satu sampul perkataan. murid diharap dapat: Mengecam perkataan yang bermula dengan huruf vokal yang betul dengan gambar. Murid di bahagikan kepada dua kumpulan. Cara menjalankan permainan: 1. 5. 2. SET PERKATAAN a yam u lar i kan o tak e nam u dang a pi e kor o ren i tik e pal o bor 33 .Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 3) Nama permainan: SUAI KAGA ( KATA DAN GAMBAR) Objektif : Melalui permainan ini. Murid di kehendaki menampalkan perkataan yang betul pada gambar yang dipamerkan. Guru perlu menyediakan dua set gambar dan perkataan. Guru memaparkan gambar ±gambar di papan putih. Bahan : Kad gambar dan kad perkataan. 4. Kumpulan yang siap dahulu dan mendapat markah tertinggi di kira sebagai pemenang. 6. 3.

Muzik akan dihentikan. Bahan : Kad suku kata Kotak Ajaib Pelajar berkumpul dalam satu bulatan.Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 4) Nama Permainan : Kotak Ajaib Objektif : Murid boleh mengeja dan membunyikan suku kata berdasarkan kad suku kata. y Murid menyalin perkataan yang telah dicantumkan. Cara menjalankan permainan y y y Permainan ini diulang semula dengan murid la 34 . Murid mencantumkan kad perkataan tadi di atas papan tulis dan membaca perkataan tersebut. Murid yang memegang Kotak Ajaib semasa muzik berhenti akan diberi peluang untuk menjawab soalan y Murid tersebut akan mengambil satu kad yang terdapat di dalam Kotak Ajaib dan menjawab soalan iaitu mengeja dan membunyikan suku kata. Bahan : Kad Suku Kata Murid berkumpul dalam kumpulan.(2 orang) Murid ambil satu kad suku kata dan cari kad lain untuk membentuk perkataan. (Lihat Lampiran) y y Langkah yang sama diulang sehingga selesai permainan. Cara menjalankan permainan. y Semua pelajar akan mencatat setiap suku kata di dalan kotak yang di beri. Murid yang berjaya memberi jawapan yang betul akan diberi ganjaran. y y y Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 5) Nama Permainan : Cantumkan Saya Objektif : Murid boleh mencantumkan kad suku kata menjadi perkataan bermakna dan membacanya. Kotak Ajaib diedarkan mengikut bulatan yang dibuat dengan diiringi muzik.