FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

SEMESTER SEPTEMBER 2011

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: 800808035704001 : 800808035704 : 019-9847017 : maizunmh@oum.edu.my : PAHANG LEARNING CENTRE

memberi galakan dan sokongan untuk saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Terima kasih saya kepada Tutor Puan Suryani Binti Sulaiman di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau serta sokongan rakan-rakan seperjuangan untuk saya menyiapkan tugasan ini. terutama sekali abang saya Rosli yang selama ini banyak membantu. Ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga juga kepada kedua ibu bapa. Akhir sekali.i PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh warga RSKTN dan semua pihak yang terlibat. ahli keluarga. . yang begitu memahami tanggungjawab saya dalam meneruskan pembelajaran ini.

Kaedah pembelajaran atas talian merupakan suatu pendekatan baru hasil daripada gabungan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pendidikan global. Untuk berjaya dalam kaedah pembelajaran atas talian. ianya banyak bergantung kepada daya usaha pelajar itu sendiri.ii ABSTRAK Teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. bagaimana menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dan juga pekerja dalam satu masa serta bagaimana cara untuk menangani cabaran dan halangan ketika menghadapi proses pembelajaran atas talian. Komputer dengan jaringan internet jalur lebar berfungsi sebagai alat komunikasi dalam sistem pemprosesan maklumat dan telah banyak digunakan dalam bidang pendidikan hari ini. Tugasan ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah dan cabaran yang sering dihadapi oleh pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran atas talian serta bagaimana cara untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. .

1 Pengurusan Masa Yang Fleksibel 2. CABARAN DALAM KAEDAH PEMBELAJARAN ATAS TALIAN 1.4 Kekangan Keupayaan Berinteraksi 1. CARA MENGATASI MASALAH DALAM KAEDAH PEMBELAJARAN ATAS TALIAN 2.1 Kekangan Persekitaran 1.5 Meningkatkan Motivasi Diri 5 5 6 7 7 KESIMPULAN 8 RUJUKAN .iii ISI KANDUNGAN TAJUK Page PENGHARGAAN ABSTRAK ISI KANDUNGAN i ii iii DEFINISI 1 1.3 Kekangan Pengetahuan Dan Kemahiran Diri 1.3 Memudahkan Akses Ke Talian 2.2 Menambah Pengetahuan Dan Meningkatkan Kemahiran 2.4 Meningkatkan Jaringan Komunikasi 2.5 Kurang Motivasi 2 2 3 4 4 2.2 Kekangan Teknologi 1.

Pengumuman. ulangkaji dan sumber-sumber rujukan dalam kaedah pembelajaran atas talian adalah dengan melibatkan penggunaan peralatan elektronik seperti komputer dengan internet jalur lebar (Stockley 2004). notanota pembelajaran. tape audio/video. Tugasan. 2000).1 DEFINISI Pembelajaran atas talian ialah proses pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi yang membolehkan pelajar mengaplikasi pembelajaran kendiri dengan cepat lebih berkesan bilabila masa dan di mana-mana sahaja. Dalam pembelajaran tradisional pula. tugasan.WAN atau internet jalur lebar sebagai saluran penyampaian utama dalam perhubungan. Ellington. papan tulis serta kapur sebagai alatan untuk proses pembelajaran (Stinson & Claus (2000). Percival dan Race (1993) pula menyatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan mempunyai cabaran dan halangan tersendiri yang lebih menjurus kepada teknik pembelajaran di mana pelajar itu sendiri memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran kendiri. . nota serta bahanbahan lain untuk pembelajaran diberikan di atas talian dan sumber rujukan lain juga boleh didapati melalui interternet. satelit. guru memainkan peranan utama sebagai penyalur ilmu pengetahuan kepada para pelajar di dalam bilik darjah. meja. TV interaktif dan CD ROM merupakan sebahagian daripada alatan media elektronik yang sering digunakan dalam kaedah pembelajaran atas talian (Kaplan-Leiserson. Pembelajaran secara tradisional melibatkan penyampaian menggunakan buku teks dan kaedah pembelajaran bersemuka di dalam kelas yang mengandungi kerusi. Intranet. Perbezaan antara pembelajaran atas talian dengan pembelajaran tradisional Kaedah pembelajaran atas talian melibatkan sistem pembelajaran yang menggunakan aplikasi elekronik serta jaringan internet jalur lebar dan fokus utamanya adalah pelajar. Kaedah pembelajaran atas talian melibatkan penggunaan rangkaian elektronik seperti LAN. Internet.

Pelajar terpaksa keluar untuk pergi ke kafe siber dan membayar sejumlah wang mengikut syarat yang ditetapkan untuk penggunaan komputer. Tidak mempunyai komputer peribadi untuk mengakses internet menjadi kekangan kepada pelajar untuk menggunakan kaedah pembelajaran atas talian. Pelajar yang mempunyai komputer sambungan internet mempengaruhi kekerapan dan kebolehan mengakses pembelajaran atas talian (O¶Connor. Capaian internet yang perlahan juga menjadi punca permasalahan kepada pelajar. Selain itu gangguan persekitaran pembelajaran seperti masalah keluarga dan karenah anak-anak juga secara tidak langsung mengganggu tumpuan pembelajaran. Pelajar hanya bergantung kepada penggunaan komputer di tempat kerja dan kafe siber sahaja dan waktu penggunaannya adalah sangat terhad.2 1. Ini melibatkan penggunaan wang yang banyak dan merugikan pelajar itu sendiri. Masa yang diperlukan untuk memuat turun . 2003). Masalah-masalah yang sering dihadapi sebagai pelajar atas talian 1.2 Kekangan Teknologi Penggunaan komputer dan teknologi maklumat menjadi semakin penting dalam sistem pendidikan hari ini terutama dalam kaedah pembelajaran atas talian. Ini boleh menimbulkan perasaan kurang senang pihak atasan dan rakan sekerja kerana hal ini boleh menjadi gangguan kepada tugasan di tempat kerja. memerlukan masa yang lama. Pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan suasana pembelajaran yang menyenangkan tanpa sebarang gangguan (Pollard & Hillage. et al. Penggunaan komputer di kafe siber juga adalah terhad dengan kekangan masa dan wang ringgit. 2001). Ini menunjukkan persekitaran juga memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Waktu bekerja tidak sesuai bagi pelajar gunakan untuk proses pembelajaran dan mendapatkan maklumat kerana masa yang diperuntukkan adalah untuk bekerja. 1.1 Kekangan Persekitaran Kaedah pembelajaran atas talian adalah berasaskan penggunaan teknologi maklumat sebagai sumber utama yang menyediakan pelajar konsep pembelajaran secara bebas. Pelajar perlu bijak mengurus masa dengan teratur supaya dapat membahagikan antara masa belajar dan kerja rumah yang harus dilakukan. Untuk mencari maklumat atau menyiapkan tugasan. Mendisiplinkan diri amat perlu untuk menggunakan kaedah pembelajaran atas talian kerana elajar yang tidak pandai mengatur masa untuk melaksanakan antara tugasan di tempat kerja dengan tugasan pembelajaran akan menghadapi masalah kekangan masa dan ini boleh memberi kesan negatif kepada prestasi kerja dan pembelajaran.

Begitu juga dengan pengumuman dari universiti dan tugasan pembelajaran yang selalunya diberikan di atas talian. Jika pelajar gagal untuk menggunakan komputer dan internet. pelajar mungkin akan mengalami banyak kekurangan sumber dalam pembelajaran dan akan ketinggalan berbanding mereka yang lebih celik teknologi. serta bagaimana untuk menggunakan perisian dengan cekap.3 Kekangan Pengetahuan Dan Kemahiran Diri Teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin berkembang maju pada hari ini memerlukan kepakaran dan kemahiran untuk menggunakannya. Jika tidak tahu menggunakan teknologi. Bagi sebilangan pelajar yang lemah dalam penggunaan teknologi. . maka pelajar akan ketinggalan segala informasi dan gagal melakukan tugasan yang diberikan. Kaedah pembelajaran atas talian juga memerlukan keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Penggunaan perisian yang sudah ketinggalan menimbulkan masalah kerana teknologi hari ini yang semakin canggih dan berkembang lebih cepat dan perisian yang lama tidak dapat menampung dan mengakses kemudahan lain kerana ia telah mengalami kekurangan ciri-ciri lain yang diperlukan.3 aplikasi menjadi lama dan ia menyebabkan pelajar menjadi cepat bosan dan tugasan akan menjadi tertangguh. ini adalah masalah utama dalam kaedah pembelajaran atas talian di mana pelajar tidak tahu menggunakan fungsi komputer untuk mengakses internet untuk pembelajaran kerana kaedah pembelajaran adalah berasaskan atas talian dan semua bahan-bahan serta sumber maklumat juga dimuatkan atas talian. 1. Begitu juga dengan penggunaan pelbagai perkara asas berkaitan komputer seperti sistem operasi dan perisian yang digunakan. Faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini ialah penggunaan teknologi maklumat yang minimum di samping peralatan yang lama dan sudah tidak sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat semasa.

jenis pekerjaan dan tahap kemahiran teknologi yang dimiliki untuk menghadapi cabaran dalam pembelajaran akan mengurangkan tahap keyakinan untuk melibatkan diri dalam kaedah pembelajaran atas talian. Pelajar juga perlu menggunakan teknologi untuk mengaplikasi pembelajaran secara sendirian. Perbincangan. . dan juga melepaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Kaedah ini akan menjadikan pelajar lebih terdorong untuk belajar dengan cara atau kaedah pembelajaran mereka sendiri (Tan & Leong 2003). Mereka hanya tertumpu pada aplikasi atas talian dan ulangkaji sendiri sahaja. Ini menyebabkan interaksi yang minimum antara pelajar dengan tutor dan juga dengan rakan-rakan sekuliah. pelajar dan tutor tidak bersemuka. kerisauan. telesidang dan forum perbincangan atas talian. Tekanan yang tidak dapat diuruskan dengan baik juga boleh menyebabkan banyak implikasi kepada proses pembelajaran seperti mengabaikan tugas yang diberikan dan hilang semangat untuk meneruskan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang menyenangkan dan tidak membebankan sangat diperlukan bagi pelajar bermotivasi belajar yang rendah. bertukartukar pendapat dan idea di kalangan rakan-rakan sekuliah adalah baik dan berfaedah dalam proses pembelajaran. Pelajar hanya diberi modul dan bahan-bahan pembelajaran yang lain hanya boleh didapati dengan mengakses di atas talian. Masalah ini boleh memberikan tekanan kepada pelajar dan secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran.5 Kurang Motivasi Kurang mahir dan lemah dalam penggunaan teknologi maklumat di samping pelbagai jenis latar belakang yang berbeza seperti usia. 1.4 Kekangan Keupayaan Berinteraksi Bagi golongan yang bekerja. Melalui kaeadah pembelajaran atas talian.4 1. mereka boleh menubuhkan kumpulan kecil untuk belajar tetapi bagi pelajar yang tidak tidak mengenali sesiapa mereka tidak bernasib baik untuk berbuat demikian. Bagi pelajar yang mempunyai rakan sepejabat atau kenalan rapat yang sekuliah. Bagi pelajar yang lemah dalam kemahiran penggunaan teknologi mereka akan mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti pembelajaran atas talian seperti penggunaan e-mail. ramai yang memilih untuk menyambung pengajian melalui kaedah pembelajaran atas talian. Ini akan menjadi kekangan kepada pelajar tersebut untuk berbincang tentang pembelajaran dengan lebih berkesan lagi. Jika tidak dapat menangani tekanan ini dengan baik boleh menimbulkan kesan negatif kepada pelajar seperti murung.

Pelajar boleh melaksanakan dengan perlahan-lahan mengikut jadual yang telah disusun dengan teratur untuk memudahkan pelajar itu sendiri menyelesaikan tugasan yang diberikan. juga interaksi dalam talian bersama pengajar dan pelajar-pelajar lain. Pelajar tidak perlu membebankan diri sendiri jika tidak mampu melaksanakan sesuatu tugasan itu. senaman dan rehat yang secukupnya juga dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan yang dihadapi kesan daripada bebanan tugasan kerja dan pembelajaran. Kebanyakan rumah pada hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer dengan internet jalur lebar selaras dengan saranan kerajaan iaitu "Satu rumah satu komputer´. Sebagai seorang pelajar. Harganya juga semakin murah sehingga boleh didapati dengan harga kurang dari RM1000. Kementerian Pendidikan juga telah memperkenalkan pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kepada para pelajar di sekolah rendah dan menengah untuk mendedahkan mereka kepada kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian.cara mengatasi masalah dalam kaedah pembelajaran atas talian.1 Pengurusan Masa Yang Fleksibel Menggunakan masa dengan sebaiknya. Kelebihan utama kaedah pembelajaran atas talian ialah pelajar boleh mengakses pembelajaran pada bila-bila masa. Pemakanan yang seimbang. di mana-mana sahaja.2 Memudahkan Akses ke talian Pada hari komputer telah menjadi satu keperluan bagi setiap keluarga. 2. Pelajar harus mempunyai disiplin untuk bekerja dan belajar secara bebas dengan menyusun masa yang sesuai dengan sesuatu keadaan supaya dapat mengikuti kaedah pembelajaran atas talian dan melakukan kerja dengan cekap dan teratur.5 2. 2. Kaedah pembelajaran atas talian membekalkan pelajar dengan pelbagai bahan untuk membolehkan pelajar mengaplikasikannya dengan berkesan dan seimbang. Cara. Hal ini membolehkan pelajar untuk bekerja dan belajar tanpa sekatan masa kerana kaedah pembelajaran atas talian menyediakan akses kepada bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat di dunia. harus bijak mengatur jadual seharian dan bersikap lebih rasional. Belajar sambil bekerja menuntut komitmen yang besar. Aktiviti sosial seperti pergaulan dengan teman-teman dan keluarga sendiri juga tidak perlu diabaikan semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja dan pembelajaran yang ketat kerana sokongan keluarga dan teman-teman amat penting bagi pelajar untuk meneruskan kaedah pembelajaran atas talian dengan lebih berkesan. Pemilihan penggunaan rangkaian internet untuk keselamatan atau jalur lebar yang lebih besar juga penting bagi menjamin kelancaran capaian internet dan ini akan dapat membantu pelajar untuk mengikuti .

Pelbagai cara boleh digunakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat seperti mengikuti kursus kemahiran komputer dan internet yang banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan adanya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. 2. perubatan. Begitu juga kepentingan kepada pelajar dalam konteks pembelajaran memang tidak dapat dipertikaikan lagi. dan juga bertanya dengan mereka yang lebih mahir tentang teknologi maklumat dan komunikasi. 1985). dan perdagangan juga boleh dijalankan secara atas talian tanpa memerlukan kehadiran individu itu sendiri. . sistem perbankan. pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat untuk memudahkan proses pembelajaran itu berlaku. cepat dan telus. Sebagai pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran atas talian. Penggunaan komputer secara berterusan juga boleh membantu dalam peningkatan kemahiran pelajar menggunakan teknologi. Secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam konteks pembelajaran dan juga kehidupan seharian mereka. Ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi maklumat hari ini semakin mudah.6 proses pembelajaran atas talian dengan mudah dan cepat kerana bahan-bahan pembelajaran yang disediakan boleh dimuat turun dengan mudah dan cepat. 2000). pelajar boleh menggunakannya untuk mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat terkini yang berguna sebagai sumber pembelajaran dari jaringan internet jalur lebar bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa. Mereka yang mahir dalam penggunaan teknologi maklumat juga akan lebih cekap dan efektif dalam kerjaya dan kehidupan mereka kerana pada hari ini semua perkara boleh dilakukan melalui atas talian seperti pembayaran bill.3 Menambah Pengetahuan Dan Meningkatkan Kemahiran adalah pengetahuan seseorang tentang Kemahiran menggunakan teknologi maklumat kebolehannya mengurus. Di samping itu. melaksanakan dan menyiapkan tugasan berkaitan teknologi maklumat dengan cekap dan berkesan (Eastin & LaRose. Ini menunjukkan bahawa kemahiran menggunakan komputer merupakan salah satu aspek penting untuk menilai kecekapan diri untuk menggunakan kaedah pembelajaran atas talian. meningkatkan tahap pembacaan tentang tenologi maklumat. Kepakaran menggunakan komputer merujuk kepada pengetahuan seseorang itu tentang kemahiran dan kebolehan untuk menggunakan komputer (Campeau & Higgins. pelajar juga boleh mengakses pelbagai maklumat dan informasi terkini sebagai sumber pembelajaran lain yang boleh didapati dari internet sebagai sumber ilmu pengetahuan.

Pelajar tidak perlu untuk melepaskan pekerjaan harian atau memendekkan waktu bekerja semata-mata untuk menghadiri kuliah kerana kaedah pembelajaran atas talian tidak memerlukan masa yang khusus.7 2. Sistem pembelajaran yang dijalankan atas talian juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai kaedah pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi termasuk memberi nota kursus.5 Meningkatkan Motivasi Diri Tekanan yang tidak diuruskan dengan berkesan boleh menimbulkan banyak implikasi yang tidak baik kepada proses pembelajaran. telesidang atau bertanyakan terus melalui email kepada tutor sehingga pelajar berasa yakin dan berpuas hati dengan jawapan yang diperolehinya. pelajar boleh mengaplikasi internet dan berinteraksi merentasi sempadan dunia dengan interaksi tak segerak untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat dalam konteks komunikasi global. bahan rujukan tambahan. interaksi antara pelajar melalui forum perbincangan umum. . 2. berkumpulan dan telesidang.4 Meningkatkan Jaringan Komunikasi Dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini. Pengurusan masa dan jadual yang teratur juga penting untuk pelajar menguruskan tekanan yang dihadapi serta dapat menguruskan masa untuk pembelajaran dengan tugasan di tempat kerja seharian dengan baik dan berkesan. Pelajar boleh mengakses pembelajaran membuat ulangkaji bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian masa yang ditentukan oleh pelajar itu sendiri untuk mengulangkaji dan menyiapkan tugasan pembelajaran. Ini mempunyai potensi untuk meningkatkan lagi kerjasama di kalangan pelajar secara maya serta meningkatkan refleksi diri dalam konteks pembelajaran berkumpulan secara atas talian. Jika pelajar mengalami masalah dalam pemahaman modul.mereka boleh mengulangkaji secara berulang kali atau meminta penjelasan tambahan daripada tutor serta perbincangan dengan rakan-rakan melalui ruangan forum yang disediakan. Dengan kaedah pembelajaran atas talian juga tidak akan timbul tekanan untuk bersaing dengan rakan-rakan sekelas dan garis panduan juga akan diberikan apabila pelajar dikehendaki melaksanakan sesuatu tugasan pembelajaran.

gangguan persekitaran. kurang interaksi dengan rakan dan tutor bukanlah halangan untuk pelajar berjaya dan ianya boleh diatasi dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak. Pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi dalam kaedah pembelajaran atas talian seperti kemahiran teknologi.8 KESIMPULAN Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak mengubah konsep pembelajaran. Pelajar perlu menganggap semua cabaran dan halangan itu sebagai motivasi untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran dan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai kejayaan kerana ³di mana ada kemahuan di situ ada jalannya´. kewangan dan juga persekitaran. di mana ianya tidak lagi dibatasi oleh faktor masa. Perkembangan teknologi maklumat juga telah melahirkan kaedah pembelajaran atas talian yang telah mengubah peranan dalam pembangunan masyarakat. kekangan masa. .

. Rader. F.. D 2004. Brighton: UK. Journal of Computer-Mediated Communication. J. O.com. K. E-learning definition and explanation (Elearning. (1995 June)..com Pollard.au/elearningdefinition.ascusc. P. retrieved March 10. Report No. January. The effects of electronic classrooms on learning English composition: A middle ground between traditional instruction and computer based instruction. & Griffin. Eastin. M. & Hillage. (2003).masie. Fourcar. A. Retrieved from http://www. Journal. (2000).M. 27(7). online training). (2000). & Wilhelm. Sceiford.). B. 2003. 9] Ellington.. Kaplan-Leiserson. from www. & Higgins. 102. Wang. Scocki. (Eds). D. Stinson. & Claus. Retrieved November 16. The Institute for Emploment Studies. dan Race. (2001). abandonmment.´ London: Kogan Page Limited. H. http://derekstockley. Computer Self-efficacy: Development of a measure and Initial Test. M. Exploring e-learning. R. Little Rock. (2000). online training.H. 376. viewed 27 August 2004. Glossary.Rujukan Campeau. C.org/glossary.learningcircuits.html. C. Stockley. E. T. R.html. (1993). ³Handbook of Educational Technology. [ 2004. 98-100. D. E.org/jcmc/vol6/issue1/eastin. MIS Quaterly. S. and dropout of e-learning: Dilemma and Solutions. O¶Connor. (2001). Departure.W.E. 189-211. 2005 from http://www. Percival. Professional Development of ITE . & LaRose. E. Needed research in business education (6th ed..html Tan Lay Hong and Peggy Leong 2003. g. AR: Deltha Pi Epsilon.. Internet Self-efficacy and the psychology of the digital divide.. 6(1).

Arizona. Paper presented at Teachers Education Institute 2003 Conference. http://www. Feb.com/2008/10/teknik-atasi-tekanan-perasaan-stress .accrediteddldegrees.com/comparing-distance-learning-vs-traditional-learning/ http://anizyn.Teachers Through Learning Circles. 2003.blogspot.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful