You are on page 1of 12

DIKEMASKINI : 210110

SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT (LELAKI DAN WANITA)

1.0

PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Olahraga Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT). Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.2.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010. 1.2.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Olahraga Pencak Silat Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT). 1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Silat Olahraga SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 adalah muktamad.

1.2

2.0

TARIKH PERTANDINGAN 9 15 Jun 2010

3.0

TEMPAT PERTANDINGAN Dewan MITC (Dewan A)

1/12

4.0

PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri dan Negara Brunei Darussalam. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Majlis Sukan masing-masing. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan PUTERA dan satu (1) pasukan PUTERI yang terdiri daripada :PASUKAN PUTERA PASUKAN PUTERI

4.2

Pengurus Pasukan Jurulatih Silat Olahraga(Tanding) Silat Seni


Jumlah

1 orang 2 orang 10 orang 7 orang 20 orang

1 orang 5 orang 7 orang 13 orang

5.0

KELAYAKAN PESERTA 5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 1987 hingga 1 Mei 1993 sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad pengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran pasport antarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta. Bagi peserta PDRM, kesahihan tarikh lahir hendaklah disahkan oleh Pengerusi / Setiausaha Majlis Sukan PDRM. Peserta yang dipilih daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalan BAT C 10 sebagai pengenalan rasmi masing-masing. Pendaftaran yang menggunakan salinan dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 adalah dibenarkan. Hanya peserta yang didaftarkan dengan yuran pendaftaran RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran / semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan akan dikenakan yuran pendaftaran RM 100.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.

5.2

5.3

5.4

2/12

5.5

Tertakluk kepada Peraturan Am perkara 21.7, peserta yang berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen / negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan berkenaan. Atlet-atlet yang sedang menuntut di Institusi Pengajian tinggi (IPT) yang mendapat biasiswa / dermasiswa daripada Kerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang menaja mereka. Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.6, Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010. Taraf Pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9.

5.6

5.7

5.8

6.0

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN 6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan. Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, atau BAT C 10, atau dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan. Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.2

6.3

3/12

7.0

KELAS-KELAS YANG DIPERTANDINGKAN Kategori Putera Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 Silat OLahraga Kelas A Kelas B Kelas C Kelas D Kelas E Kelas F Kelas G Kelas H Kelas I Kelas J Silat Seni 11. 12. 13. 14. Solo (Bebas) Solo (Jurus Tunggal Baku) Tempur (Ganda) Jurus Wajib (Regu) 45 kg - 50 kg 50 kg - 55 kg 55 kg - 60 kg 60 kg - 65 kg 65 kg - 70 kg 70 kg - 75 kg 75 kg - 80 kg 80 kg - 85 kg 85 kg - 90 kg 90 kg - 95 kg

Kategori Puteri Bil 1. 2. 3. 4. 5. Silat OLahraga Kelas A Kelas B Kelas C Kelas D Kelas E 45 kg - 50 kg 50 kg - 55 kg 55 kg - 60 kg 60 kg - 65 kg 65 kg - 70 kg

4/12

Silat Seni 6. 7. 8. 9. Solo (Bebas) Solo (Jurus Tunggal Baku) Tempur (Ganda) Jurus Wajib (Regu)

8.0

PEMERIKSAAN KESIHATAN 8.1 Semua pesilat mestilah disahkan sihat dan layak bertanding oleh Pegawai Perubatan. Surat akuan sihat, cergas dan layak bertanding bagi tiap-tiap pesilat hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Kejuaraan Silat Olahraga, SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 ketika mendaftar. Pesilat yang tidak mengemukakan surat akuan sihat, cergas untuk bertanding daripada Pegawai Kesihatan tidak layak menyertai pertandingan ini.

8.2

8.3

9.0

TIMBANG/TIMBANG-ULANG 9.1 Semua pesilat hendaklah ditimbang dan direkod badannya bagi menentukan kelas pertandingan. berat

9.2

Pada pernimbangan yang pertama (rasmi) berat badan mesti berada di dalam kelasnya dengan memakai pakaian seperti dalam Peraturan PERSILAT. Semua pesilat mesti menjalankan timbang ulang setiap lima belas (15) minit sebelum setiap pertandingan. Pada penimbangan ulang 14 minit sebelum bertanding pesilat Putera/Puteri dengan memakai pakaian pencak silat lengkap bertanding tanpa body protector. Rujuk peraturan PERSILAT. 9.4.1 Toleransi berat badannya adalah seperti berikut :Tiada Toleransi Berat Badan

9.3

9.4

5/12

10.0

PAKAIAN SILAT 10.1 Semasa bertanding :10.1.1 Setiap pesilat hendaklah memakai pakaian seragam silat berwarna hitam dengan potongan Melayu. 10.1.2 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung badan. 10.1.3 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung kemaluan yang diperbuat daripada bahan plastik. 10.1.4 Pelindung sendi yang nipis (ada sponge) hanya satu lapis sahaja dengan bersesuaian pada fungsinya. Pelindung sendi dibenar dengan kelulusan PESAKA Malaysia. Cadangan penganjur menyediakannya.

11.0

KAEDAH PERTANDINGAN 11.1 Silat Olahraga (Tanding) 11.1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang dan Peraturan Silat Olahraga Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT). 11.1.2 Pertandingan akan dijalankan secara Kalah-Mati dan setiap perlawanan akan mengandungi tiga (3) pusingan. Tempoh setiap pusingan adalah dua (2) minit dan masa rehat di antara pusingan adalah satu (1) minit. 11.1.3 Setelah pesilat disahkan layak bertanding dalam kes yang ditentukan mengikut berat badannya, maka ia akan diundi menentukan jadual perlawanan dalam kes itu. 11.1.4 Semua pesilat hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan iaitu tiga puluh (30) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan yang ketiga oleh Ketua Pertandingan, peserta yang berkenaan akan dikira kalah dan kemenangan akan diberi kepada pihak lawannya.

6/12

11.2

Silat Seni 11.2.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang Undang dan Peraturan Silat Olahraga Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) termasuk pindaanpindaan yang dibuat. 11.2.2 MASA SETIAP KATEGORI Bagi kategori Jurus Tunggal, Ganda, Regu dan Solo Kreatif masa peragaan adalah seperti berikut: Masa persembahan (3 minit) Bagi kategori Solo Kreatif masa peragaan adalah 3 minit. Masa 1 minit 30 saat untuk persembahan solo tangan kosong dan 1 minit 30 saat untuk persembahan bersenjata. Setiap peserta yang telah mendapat undian untuk memperaga permainan tetapi tidak hadir setelah dipanggil sebanyak tiga (3) kali oleh Ketua Pertandingan maka akan dikira undur diri kecuali terdapat masalah atau kesilapan teknik atau kesilapan daripada Pihak Penganjur atau Pegawai Teknikal maka Pihak Penganjur atau Pegawai Teknikal boleh membuat keputusan untuk kebaikan kedua pihak tetapi sekiranya kategori yang dipertandingkan itu berakhir dan keputusan telah dibuat maka keputusan tersebut tidak boleh dipertikaikan.

11.2.3 SINOPSIS PERMAINAN Setiap pengurus pasukan atau jurulatih pasukan diminta untuk mengemukakan sinopsis permainan pesilat mereka sekiranya ada berlaku jatuhan senjata yang telah dirancang kepada Ketua Pertandingan dengan mengisi borang sinopsis yang disertakan. 11.2.4 JATUHAN SENJATA DAN AKSESORI Bagi kategori Jurus Tunggal, Ganda, Solo Kreatif sekiranya senjata yang digunakan oleh peserta tersebut jatuh dan bukan seperti di dalam sinopsis yang dikemukakan oleh pengurus atau jurulatih maka akan ditolak markah.
7/12

Dalam aspek aksesori jatuh bagi kategori ganda adalah dimaafkn seperti kejatuhan tengkolok. Untuk kategori Jurus Tunggal, Regu dan Solo Kreatif akan ditolak markah di atas setiap jatuhan.

11.2.5 SENJATA Kategori Jurus Tunggal Pisau Panjang (Golok atau Parang) berukuran 30 - 40 cm. Toya / Tongkat (Rod) diperbuat daripada rotan ukuran panjng 150 180 cm dan diameter 2 cm (-5, -3 cm).

Kategori Ganda Disamping senjata yang sama spesifikasinya seperti Jurus Tunggal (Pisau Panjang /Golok dan Toya / Tongkat (2 jenis senjata), bagi kategori Ganda, diwajibkan menambah satu lagi senjata nusantara iaitu pilihan daripada 4 senjata keris, pisau, celurit dan tekpi seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan Pertandingan Persekutuan Pencak Silat Antarabnagsa, Artikel 9 nombor 1.2. Pihak pengurus pasukan atau jurulatih hendaklah mengemukakan senjata dan mendapat pengiktirafan taraf senjata tersebut daripada pihak Ketua Pertandingan silat seni semasa mesyuarat pengurus pasukan atau taklimat silat seni diadakan. Sekiranya pihak ketua pertandingan menolak taraf senjata tersebut maka pihak pengurus atau jurulatih hendaklah memastikan bahawa peserta tidak menggunakan senjata tersebut semasa pertandingan. Sekiranya perkara ini berlaku maka penyertaan peserta tersebut boleh ditolak oleh pihak Ketua Pertandingan.

8/12

Pertandingan Kategori Ganda hendaklah mengikut peraturan PERSILAT di mana semasa penggunaan senjata waktu permainan / pertempuran, hanya dibenarkan dengan menggunakan satu senjata sahaja oleh slah seorang pesilat dalam seuatu masa.

Kategori Solo Kreatif Senjata bagi Solo Kreatif ialah bebas mengikut pilih peserta dan mestilah senjata Melayu nusantara dan mestilah yang asli. Jumlah senjata yang digunakan mestilah 2 jenis atau lebih mengikut kesesuaian peserta.

11.2.6 MUZIK SILAT Hanya Kategori Solo Kreatif sahaja dibenarkan penggunaan muzik silat. Muzik silat boleh digunakan sama ada menggunakan kaset/Cd atau Pasukan Gendang Silat. 11.2.7 PAKAIAN SILAT Semua peserta yang menyertai pertandingan Silat Seni (Tunggal dan Regu) diwajibkan memakai pakaian seperti mana peratura PERSILAT. Pakaian untuk Kategori Ganda dan Solo Kreatif adalah mengikut pilihan masing-masing teapi mestilah bercirikan pakaian Melayu Nusantara.

12.0

PENGADIL-PENGADIL 12.1 Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal setelah berunding dengan PESAKA tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 14.2 (i). Setiap pertandingan dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang diiktiraf oleh PESAKA. Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil-pengadil adalah muktamad. Sistem Bendera akan digunakan kepada pemenang.
9/12

12.2

12.3

12.4

13.0

BANTAHAN / TATATERTIB 13.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan Wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 tunai. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Pertandingan dalam masa sepuluh (10) minit selepas keputusan diumumkan. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. Bantahan boleh dibuat dan akan diproses mengikut Fasal 11, Ayat 5 Peraturan Pertandingan Pencak Silat Olahraga Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa. Keputusan Ketua Pertandingan dan Dewan Wasit Juri adalah muktamad.

13.2

13.3

13.4

13.5

14.0

GANTIRUGI 14.1 Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Jawatankausa Pengelola tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku ke atas mana-mana peserta atau pegawai-pegawai di sepanjang berlangsungnya SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 ini atau dalam perjalanan pergi dan balik dari rumah/pusat kontinjen dan ke tempat pertandingan.

15.0

PENANGGUHAN 15.1 Tarikh, tempat dan masa pertandingan yang telah ditetapkan oleh Urusetia Kejuaraan Silat Olahraga SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 adalah sama sekali tidak boleh ditangguh atau diubah. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu pertandingan dengan terlebih dahulu diberitahu kepada Pengurus-pengurus Pasukan.

15.2

10/12

16.0

PENGGUNAAN MUZIK IRINGAN Setiap peserta yang mengambil bahagian boleh menggunakan muzik iringan dan muzik yang dibenarkan sama ada secara live atau tape dan sekiranya pasukan yang menggunakan tape hendaklah menyerahkan kepada pihak penganjur sehari sebelum pertandingan berlangsung.

17.0

HADIAH-HADIAH 17.1 Pingat-pingat akan dihadiahkan seperti berikut :Kategori Putera Pingat Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 Silat OLahraga Kelas A Kelas B Kelas C Kelas D Kelas E Kelas F Kelas G Kelas H Kelas I Kelas J Silat Seni 11. 12. 13. 14. Solo (Bebas) Solo (Jurus Tunggal Baku) Tempur (Ganda) Jurus Wajib (Regu) Jumlah 1 1 1 (2) 1 (3) 14( 17) 1 1 1 (2) 1 (3) 14 (17) 1 1 1 (2) 1 (3) 24 (27) 45 kg - 50 kg 50 kg - 55 kg 55 kg - 60 kg 60 kg - 65 kg 65 kg - 70 kg 70 kg - 75 kg 75 kg - 80 kg 80 kg - 85 kg 85 kg - 90 kg 90 kg - 95 kg Emas 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Perak 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Gangsa 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

11/12

Kategori Wanita Pingat Bil 1. 2. 3. 4. 5. Silat OLahraga Kelas A Kelas B Kelas C Kelas D Kelas E Silat Seni 6. 7. 8. 9. Solo (Bebas) Solo (Jurus Tunggal Baku) Tempur (Ganda) Jurus Wajib (Regu) Jumlah 1 1 1 (2) 1 (3) 9 (12) 1 1 1 (2) 1 (3) 9 (12) 1 1 1 (2) 1 (3) 14 (17) 45 kg - 50 kg 50 kg - 55 kg 55 kg - 60 kg 60 kg - 65 kg 65 kg - 70 kg Emas 1 1 1 1 1 Perak 1 1 1 1 1 Gangsa 2 2 2 2 2

17.2

Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah tertakluk kepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.

Disediakan oleh :Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010
Folder SUKMA XIII, MELAKA 2010 Peraturan pertadningan SUKMA XIII, Melaka 2010 Pencak Silat Kemaskini : 210109- syuk

12/12

You might also like