KLIK

³Eh, kamu seorang saja, Sundram! Mana Weng Keat?´ tanya Kamal apabila menyedari Weng Keat tiada bersama-sama dengan Sundram. ³Malam tadi Weng Keat dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap demam denggi´, kata Sundram. ³Bagaimanakah keadaannya?´ tanya Naim. ³Entahlah. Saya pun tahu tentang hal ini pagi tadi. Adiknya memberitahu saya bahawa Weng Keat mengadu tidak sihat serta sakit sendi dan otot. Badannya ditumbuhi ruam pula. Ibu dan ayahnya terus membawa Weng Keat ke hospital´, jelas Sundram lagi.

Demam denggi adalah berpunca daripada gigitan nyamuk aedes. Pada masa ini tiada ubat yang berkesan untuk mengubati penyakit demam denggi´, kata Kamal. ³Betul kata kamu, Kamal. Nyamuk aedes amat berbahaya. Hal ini demikian kerana nyamuk aedes membawa virus denggi. Nyamuk aedes membiak di kawasan air yang bertakung dan kawasan yang kotor´, balas Sundram. ³Petang nanti saya hendak melawat Weng Keat di hospital´, kata Kamal. ³Jika begitu bolehlah kita pergi bersamasama´, kata Sundram.