You are on page 1of 11

2.

0 MODEL ASSURE
Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE. Saya memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu A - analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan objektif), S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber), U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian).

A - analyze learners (menganalisis pelajar) Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciriciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan.

Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab. Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

S - state objectives (menyatakan objektif) Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Sebagai contoh :
i. ii. iii.

Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut? Apa objektif yang hendak dicapai? Bagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai.

S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber) Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkahlangkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) Bagi langkah kelima iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran, sesuatu

pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri,

video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar. Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian, perbincangan serta komen. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat pelajar.

E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian) Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama muridmurid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalanpersoalan seperti : i.
ii. iii. iv.

Adakah objektif akan tercapai? Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?

2.1

Menghuraikan langkah model ASSURE untuk membina sebuah sesi

Pengajaran & Pembelajaran.

Mata Pelajaran Tema Tajuk

: Pendidikan Khas Bahasa Malaysia. : Haiwan. : Haiwan Ternakan di Ladang.

2.11 Menganalisis Pelajar Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri fizikal dan mental murid, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran murid.Ini selaras dengan peringkat ke2 iaitu mengenal pasti tingkah lagu dan ciri murid dalam Events of Instruction yang telah disarankan oleh Gagne, Briggs dan Wanger (1992) . Ciri-ciri fizikal yang ada pada murid saya ialah kumpulan kanak-kanak khas yang mempunyai masalah pembelajaran. Menurut The National Joint Committr on Learning Disabilities (NJCLD),1990, Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. Jika saya rungkaikan secara spesifik murid saya mempunyai masalah pertuturan dan masalah lembam. Oleh itu saya telah merangka satu sesi pengajaran yang menjurus kepada kebolehan dan kesesuaian mereka. Topik yang saya ajar ialah mengenai Haiwan penternakan di ladang. Maka apa yang saya tekankan dalam P&P ialah berkenaan sebutan dan pemahaman konsep. Memandangkan murid saya mempunyai masalah pertuturan maka penekanan saya lebih kepada sebutan yang betul dan jelas. Murid akan dilatih untuk menyebut dengan

betul dan jelas. Selain itu sesi ini boleh dijadikan sebagai terapi sebutan secara tidak langsung. Bagi murid lembam, mereka mempunyai masalah memahami konsep,maka saya ingin membezakan mereka apa perbezaan dan fungsi,dan konsep haiwan ternakan. Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Haiwan ternakan di ladang boleh diuji melalui sesi soal jawab secara lisan semasa P&P. Semasa sesi soal jawab saya bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid bagi mengekalkan tahap tumpuan mereka pada pengajaran saya serta mengesan tahap pemahaman mereka pada topik yang diajar. Selain itu saya yakin murid-murid saya tahu akan konsep haiwan,tetapi adakah adakah mereka faham akan konsep haiwan ternakan? Bolehkah mereka membezakan haiwan ternakan dengan haiwan di liar hutan,? Oleh itu saya harus menjelaskan akan konsep tersebut terlebih dahulu, magar mewujudkan satu entry point berlaku,sebelum mereka tidak terkeliru dengan pemahaman pengetahuan sedia ada. Saya juga menganalisis gaya pembelajaran murid saya. Murid-murid saya mudah memahami sesuatu konsep dengan bantuan visual dan bunyi iaitu audio visual. Selain itu mereka turut mempunyai masalah mudah hilang tumpuan. Oleh itu saya telah mengadakan sesi menyanyi sambil menonton video sebagai set induksi. Selain itu murid saya menghadapi masalah sukar memahami konsep,oleh itu saya membina sebuah model ladang haiwan ternakan mengunakan model-model haiwan yang boleh dipegang oleh murid mengunakan multi sensori. Melalui penggunaan model tersebut, murid-murid akan dapat berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi apabila melihat model tersebut, mereka boleh menyatakan perasaan dan pandangan mereka melalui apa yang mereka lihat dan sentuh. Mereka turut boleh berinteraksi bersama rakanrakan untuk berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan mengenai model haiwan yang ditunjukkan.

2.12 Menyatakan Objektif Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk yang saya pilih, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif,piskomotor dan objektif afektif. Contoh bagi objektif kognitif, murid-murid dapat memahami konsep haiwan ternakan ladang,dengan mengenal keenam-enam haiwan ternakan ladang yang saya akan perkenalkan. Selain itu murid dapat memberikan sekurang-kurang 3 daripada 6 ciri-ciri dan fungsi haiwan ternakan di ladang. Dari segi piskomotor saya menekankan pada aspek melatih alatalat artikulasi murid,bagi menyebut dengan betul dan jelas. Aspek ini diberikan penekanan kerana murid saya mempunyai masalah pertuturan dan sebutan. Manakala dari segi afektif supaya menarik minat murid dengan mengadakan sesi menyanyi dan menonton media audio visual gerak iaitu video lagu Old Mc Donald. Penyataan objektif dalam model ini turut selaras dengan peringkat ke-4 Events of Instruction yang telah disarankan oleh Gagne, Briggs dan Wanger (1992) bagi membina satu objektif atau hasil pembelajaran.

2.13 Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber Bagi tajuk Haiwan ternakan di ladang, contoh pada langkah pertama pengajaran kaedah yang saya dapat jalankan adalah kaedah soal-jawab,main peranan,simulasi sumbangsaran dan latih tubi. Pada fasa pertama saya memainkan video lagu agar murid dapat menyanyi, ini selaras dengan keadah main peranan. Pada fasa ke-2,Saya mengunakan keadah soal-jawab dan sumbangsaran.Maka saya mengajukan beberapa saolan lazim kepada murid berkenaan model ladang yang saya tunjukkan. Contohnya apakah nama haiwan yang bertanduk dalam ladang ini? bolehkah kuda berlari pantas?, apakah makanan kegemaran kambing?. Menerusi soal-jawab saya dapat menganalisis tahap pemahaman dan pengetahuan sedia ada yang ada pada murid saya. Manakala pada fasa ke-3 saya mengunakan keadah latih tubi dengan mengedarkan lembaran kerja.

Contoh media yang saya guna pada fasa set induksi ialah media audio visual gerak (video) menerusi alat elektronik Laptop. Video yang dimainkan ialah lagu Old Mc Donald. Pada langkah pengajaran pertama, saya gunakan sebuah model ladang pernternakan (farm house), yang dilengkapi dengan enam jenis model haiwan ternakan. Manakala pada langkah kedua saya mengunakan media audio visial juga, yang berformatkan persembahan power point. Pada fasa ini saya menayangkan gambar sebenar haiwan yang saya modelkan bersama bantuan audio yang membolehkan murid mendengar bunyi haiwan yang sebenar. Contoh seperti bunyi kambing mengembek. Pada fasa ke-3 iaitu fasa penilaian, saya menggunakan media cetak,iaitu mendedarkan lembaran kerja yang memerlukan murid memadankan gambar haiwan dengan nama haiwan. 2.14 Menggunakan Media dan Bahan Bagi pengajaran tajuk Haiwan ternakan di ladang, guru perlulah mengkaji bahan sumber seperti model haiwan yang diguna,dan bagaimana model haiwan tersebut disediakan. Model haiwan tersebut dilekatkan di atas sebuah model ladang seolah-olah padang rumput. Model haiwan di ladang cukup besar untuk dipertontonkan oleh kelimalima orang murid yang saya akan ajar.Selain itu saya mengunakan media elektronik iaitu laptop untuk menayangkan persembahan media audio visual iaitu persembahan power point. Media ini selamat dan mudah digunakan untuk mencapai objektif pengajaran kerana mengabungkan unsur audio dan visual. Media yang seterusnya ialah media cetak iaitu lembaran kerja yang bercetak diedar kepada setiap murid bagi menilai keupayaan dan pemahaman mereka diakhir sesi P&P. 2.15 Memerlukan Penglibatan Pelajar Dalam pengajaran tajuk Haiwan di ladang, pengunaan video menerusi laptop pada fasa set induksi melibatkan murid untuk menyanyi bersama-sama.penggunaan bahan sumber seperti model haiwan di ladang, dalam sesi sumbangsaran akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar dalam sesi P&P. Selain itu murid saya menghadapi masalah sukar memahami konsep,oleh itu saya membina sebuah model ladang haiwan ternakan mengunakan model-model haiwan

yang boleh dipegang oleh murid mengunakan multi sensori. Melalui penggunaan model tersebut, murid-murid akan dapat berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi apabila melihat model tersebut, mereka boleh menyatakan perasaan dan pandangan mereka melalui apa yang mereka lihat dan sentuh. Mereka turut boleh berinteraksi bersama rakan-rakan untuk berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan mengenai model haiwan yang ditunjukkan. Semasa sesi soal jawab guru boleh mengajukan soalan dan mendapatkan tindak balas murid. Manakala bagi sesi langkah ke-2 iaitu sesi menyebut menerusi persembahan power point, guru memerlukan penglibatan murid untuk mengajuk sebutan guru, Guru melatih murid menyebut dengan betul dan tepat. Bagi sesi penilaian murid dilibatkan untuk menjawab soalan dari media bercetak iaitu lembaran kerja,yang memerlukan murid membuat padanan yang betul. Di sepanjang guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid.

2.16 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, yang bertajuk Haiwan

ternakan di ladang, guru perlulah mengedarkan media cetak,iaitu lembaran kerja yang menyoal akan topik yang diajar, dan pada waktu yang sama guru melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi P&P yang telah dijalankan. Sesi refleksi ini juga dapat membantu guru untuk menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya dan membuat pengubahsuaian jika perlu,contohnya jika terdapat kelemahan pada mana-mana langkah maka tindakan pembetulan harus diambil.

3.0 REFLEKSI

Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan. Pada semester ini saya rasakan sungguh bertuah, kerana mengikuti kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, yang diajar oleh Encik Siri Sena B. Baba Hanid, pensyarah jabatan Sains Perpustakaan. Beliau seorang pensyarah yang amat berpengalaman luas dalam bidang dunia Teknologi Maklumat. Dengan bimbingan tuan pensyarah yang mampan, saya mampu untuk mengaplikasi ilmu, dalam tugasan yang tuan tugaskan pada saya. Di sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan guru-guru. Selain itu, saya telah mengetahui potensi diri,dalam penghasilkan sebuah model haiwan ternakan di ladang, yang merupakan satu pencapaian buat saya. Saya sebelum ini kurang kreativiti dalam menghasilkan kerja tangan, terbukti mampu melakukan tugasan ini dengan lengkap sepertimana yang dikehendaki oleh skop tugasan. Ribuan terima kasih saya ucapakan kepada Tuan pensyarah yang membimbing saya disepanjang pengajian kursus ini. Saya harapkan Tuan berpuas hati dengan hasil kerja ilmiah yang saya hasilkan. Sekian Terima Kasih.

4.0 RUJUKAN.

Siri Sena B. Baba Hamid (2011), Pembelajaran. Nota Kulaih di

Teknologi dalam Pengajaran dan

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah, Malaysia pada tahun 2011.

Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8, Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005.

Yusup Hashim. Media Pegajaran untuk Pendidikan & Latihan. Shah Alam:Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like