You are on page 1of 45

1.

Huraikan peranan raja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British 1874.

Pendahuluan (3/2 markah) Sebelum campur tangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas Islam bertapak, gelaran raja bertukar menjadi sultan dan dianggap sebagai Amirul Mukminin atau pemimpin bagi orang mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan Kesultanan Melaka seperti Johor, Pahang, Perak dan Kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga abad ke-19. Begitu juga Kelantan dan Terengganu. Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yamtuan Besar manakala Perlis mengekalkan gelaran Raja. Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini mempunyai peranan luas dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874. Isi (20 markah)

i.

Politik ( 9 markah ) a. Ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undangundang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah. b. Melantik pembesar Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.

Sehingga tahun 1874 di Perak, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja.
Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar. Tiada ketetapan dibuat mengenai jawatan Orang Kaya Besar dan jawatan Menteri dipegang pembesar Larut. Pembesar Berlapan yang dilantik sultan ialah Maharaja Lela iaitu pembesar Pasir Salak, Laksamana pembesar Durian Sebatang, Sri Andika Raja pembesar Ulu Perak, Shahbandar pembesar Daerah Bandar di Hilir Perak, Panglima Kinta iaitu pembesar daerah Kinta, Panglima Bukit Gantang, Sri Agar DiRaja pembesar Kampong Gajah dan Imam Paduka Tuan, iaitu satu jawatan dalam pentadbiran agama Islam negeri. Sementara di Selangor pula beberapa jawatan pembesar yang dilantik oleh sultan ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru dan Orang Kaya Kechil.

Sultan juga melantik pembesar-pembesar daerah menerusi sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. c. Sultan menentukan hubungan diplomatik

Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak
sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tandatangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1874 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan para pembesar. Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tandatangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu. d. Sultan berperanan sebagai ketua pertahanan

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku


peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Sepanjang tempoh tahun 1830 an1870an Negeri-negeri Melayu tidak terlibat dalam peperangan dengan pihak luar yang serius atau ancaman perang kecuali di Naning. Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.

Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa
ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun pertengahan abad ke-19 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.

ii.

Ekonomi ( 5 markah ) Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian

sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri. Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baikbaik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

iii.

Sosial ( 6 markah )

a)

Lambang dan memelihara perpaduan negeri Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka. Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka tunduk kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar. Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan. Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih, menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya. Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

(b) Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di

dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan. Kesimpulan (2/3 markah) Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Peranan Sultan jelas dominan di Negeri-negeri Melayu sehingga pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Perlaksanaan sistem Residan telah menjejaskan kedudukan dan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Kuasa sultan kini hanya terhad dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, sementara semua kuasanya yang lain dibolot oleh Residen Inggeris. Dominasi Inggeris terhadap kuasa Sultan kemudiannya telah mencetuskan konflik kuasa diikuti dengan penentangan dalam kalangan pembesar dan orang tempatan di Tanah Melayu.

2.

Bincangkan kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah hingga tahun 1900.

Pendahuluan (3/2 markah) Kegiatan ekonomi Sarawak dan Sabah sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri berbanding ekonomi komersial. Sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sahaja. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang. Di Sarawak aktiviti sara diri dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi sara diri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk ada yang menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan. A. Kegiatan Ekonomi di Sarawak (10 markah)

1.
a.

Kegiatan Ekonomi Sara diri Penanaman Padi

Padi huma diusahakan oleh orang Iban,Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah. b. Perikanan

Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar. c. Tanaman-tanaman lain

Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buahbuahan dan pokok mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah. d. Perlombongan


e.

Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh di Bau Perdagangan

Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu.

2. a.

Kegiatan ekonomi komersial Lada hitam

Kawasan penanaman lada hitam banyak terdapat di sekitar KuchingSerian dan Sarikei-Maradong. Pada tahun 1840, tanaman lada hitam dan gambir mula ditanan untuk tujuan eksport. Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport lada hitam kedua terpenting selepas Indonesia.

b.

Gambir

Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil. c. Sagu

Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mula mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu. d. Perlombongan.

Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak. B. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 10 markah ) 1. a. Kegiatan ekonomi sara diri Penanaman Padi

Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lerenglereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan Bajau. b. Tanaman-tanaman lain

Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan selang c. Pertukangan

Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda. d. Perikanan

Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei. e. Penternakan

Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan. 2. a. Tembakau SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orang-orang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah. Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot. b. Perlombongan Kegiatan Ekonomi Komersial

Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB. Kesimpulan ( 2/3 markah )

Kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi yang bersifat sara diri kekal menjadi tulang belakang ekonomi masyarakat tempatan walaupun kegiatan ekonomi komersial turut sama diljalankan. Setelah penglibatan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah, sistem ekonomi bersifat komersial mula digiatkan terutamanya dalam tanaman dagangan dan perlombongan. Namun begitu kemajuan ekonomi komersil tersebut lebih menguntungkan pihak barat sedangkan penduduk peribumi Sarawak dan Sabah masih kekal dengan aktiviti sara diri.

3.

Gerakan penentangan terhadap British di Pahang dan di Perak pada abad ke-19 menggambarkan rasa tidak puas hati pelbagai golongan masyarakat di negerinegeri berkenaan. Bincangkan.

Pendahuluan ( 3/2 markah ) Pada bulan Oktober 1887, Sultan Ahmad melantik Hugh Clifford sebagai wakil British di Pahang. Beliau kemudian digantikan oleh J.P Rodger pada bulan Oktober 1888 sebagai Residen British yang pertama di Pahang. Selepas campur tangan di Pahang, British mula mengadakan perubahan dalam pertadbiran negeri dengan memperkenalkan beberapa peraturan baru yang secara tidak langsung telah mengancam kedudukan para pembesar dan rakyatnya. Penentangan ini berkesudahan dengan kebangkitan Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman. Di Perak, mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, meletakkan Perak di bawah naungan British. Residen pertama British di Perak ialah JWW Birch. Beliau memulakan tugas pada bulan November 1874 . Kehadirannya tidak disenangi oleh Sultan dan pembesar Melayu. Perasaan ini terus berkembang sehingga menimbulkan pakatan menentangnya. Kemuncak penentangan ialah pembunuhan Birch pada 2 November 1875. Isi (20 markah)

A. 1.

Pahang (10 markah) Perasaan tidak puas hati sultan akibat kehilangan kuasa politik. Pengenalan Sistem Residen di Pahang menyebabkan sultan dan pembesar-pembesar kehilangan kuasa. Pihak British telah memperkenalkan perubahan politik di Pahang melalui undang-undang berkaitan dengan undang-undang tanah , sistem kerah dan penghapusan hamba abdi yang diluluskan oleh Majlis Negeri pada 31 Disember 1889. Sultan tidak berpuashati kerana baginda hanya mempunyai nama sahaja dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Semua keputusan adalah dibuat oleh Residen JP Rodger. Selain itu, sultan juga murka apabila J.P Rodger memaksa sultan melantik putera sulung baginda Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja, atas alasan sultan

tidak taat kepada Inggeris. Oleh sebab ugutan dan tekanan, sultan terpaksa mengisytiharkan perlantikan itu pada Julai 1889. Sultan Ahmad mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembesar negeri. Jika para pembesar diarah untuk tidak memberi kerjasama sudah tentu ia akan menggagalkan perjalanan Sistem Residen di Pahang. British berjaya memujuk sultan Ahmad menandatangani satu perisytiharan untuk melantik putera baginda (Tengku Mahmud) atau Tengku Besar sebagai Pemangku Raja. Melalui perisytiharan yang bertarikh 22 Julai 1889, baginda memberi kuasa penuh kepada Tengku Mahmud untuk mewakili baginda dalam urusan pentadbiran negeri serta mengadakan rundingan dengan British.

Tindakan sultan menyerahkan kuasa kepada

Tengku Mahmud merupakan satu kesilapan besar. Kuasa baginda telah berpindah kepada Tengku Mahmud yang dilihat mudah diperalat oleh Inggeris. Hubungan Sultan Ahmad menjadi tegang. Bagi meredakan keadaan, pada bulan Disember 1889 Sultan Ahmad membuat keputusan meninggalkan Pekan dan menetap di Pulau Tawar kerana daerah itu di bawah jagaan Tok Gajah, iaitu seorang pembesar negeri yang sangat dipercayai. Sultan berpakat dengan pembesar-pembesar untuk menentang Sistem Residen di Pahang.

2.

Ketidakpuasan hati pembesar-pembesar Pahang Antara perubahan yang dilakukan dalam pentadbiran ialah dengan membahagikan Pahang kepada 6 buah daerah. Setiap satu diletakkan di bawah pentadbiran Majistret dan Pemungut Hasil. Pekan di bawah F. Belfield, Hulu Pahang (W.C Mitchell), Kuantan ( W.H Wall), Temerloh (E.A Wise), Rompin (G.F Owen), Kuala Pahang (W.W Mitchell). Akibat pengenalan beberapa peraturan baru terutama berhubung dengan perlantikan Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua setiap daerah, para pembesar tidak lagi bebas kerana kuasa mereka telah diambil alih khususnya hak memungut cukai. Pendapatan pembesar terjejas teruk, misalnya elaun yang dicadangkan pihak Inggeris amat tidak berpatutan. Pembesar-pembesar seperti Tok Gajah, Temenggung, Dato Shahbandar, Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Chenor, Tok Gajah, Orang Kaya Temerloh, Orang Kaya Semantan dan Abdullah dari Bera hanya dibayar elaun $1200 setahun dan Dato Bahaman dibayar $840 setahun. Pembesar-pembesar ini menulis surat enggan bekerjasama dengan Residen dan mengancam tidak akan mematuhi segala keputusan yang dibuat Majlis Mesyuarat Negeri. Malangnya elaun ini tidak mencukupi untuk menanggung pengikut-pengikut mereka. Inggeris juga campur tangan dalam soal perhambaan dan kerah yang diluluskan oleh mereka. Setiap pemilik hamba diwajibkan mendaftarkan hamba-hambanya kepada Pemungut Cukai Daerah dengan memberi maklumat secara terperinci seperti jumlah hamba dan nama hamba, jenis pekerjaan dan jumlah hutang. Mereka yang gagal mematuhi akan kehilangan hak ke atas hamba tersebut. Mengenai undang-undang kerah setiap orang yang dikenakan kerah tidak boleh lebih daripada dua bulan dalam setahun. Mereka dihadkan kerja secara kerahan kepada kerja-kerja kerajaan sahaja. Antara kerja kerahan yang dilakukan ialah membersih sungai, membuat jalan, menebang kayu, menanam padi, mengangkat barang-barang, dan menemani ketua mereka dalam perjalanan. Setiap orang diwajibkan kecuali sakit

atau munasabah. Sekiranya tiada alasan mereka dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 25 sen sehari. Perlantikan Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua daerah telah menyebabkan mereka tidak lagi mengadili kes-kes jenayah dan sivil serta memungut cukai di kawasan masing-masing. Dato Bahaman menentang Inggeris kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun-elaun yang setanding dengan elaun Orang Berempat, iaitu sebanyak $500. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70. Tindakan ini menyinggung perasaannya. Beliau juga marah apabila Inggeris membina sebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan yang di bawah jagaannya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Beliau menulis surat kepada Majistret di Temerloh tetapi tidak dilayan sebaliknya diberi amaran. Seorang lagi pembesar yang hilang hak ke atas cukai ialah Tok Gajah. Beliau adalah seorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad dalam Perang Saudara (1857- 1863) beliau dianugerahkan gelaran Orang Besar Raja. Beliau marah kepada Inggeris apabila rayuannya untuk menambah elaun ditolak oleh pihak Inggeris pada bulan Januari 1890. Permintaannya supaya menangguhkan pembayaran cukai tanah juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada bulan Disember 1890. Beliau disokong oleh anaknya Mat Kilau dalam penentangannya terhadap Inggeris.

3.

Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang Pihak Inggeris memperkenalkan undang-undang baru yang menjejaskan penghidupan seharian mereka. Antaranya cukai tanah kampung, paya, dusun dan tanaman nipah pada kadar 40 sen seekar dikenakan ke atas tanah kampung, tanah paya, dusun dan tanah nipah. Sistem permit dan lesen digunakan untuk membolehkan rakyat memungut hasil hutan dan pokok nipah untuk mendirikan rumah. Dahulu diperoleh secara percuma. Rakyat juga dikehendaki bekerja selama dua bulan dalam setahun sebagai buruh paksa bagi melaksanakan projek-projek awam. Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris ke mana sahaja mereka pergi. Pihak yang dibenarkan membawa senjata hanyalah pengawal peribadi dan pengikut mereka yang terdekat. Peraturan yang melarang membawa senjata ternyata bercanggah dengan tradisi orang Melayu yang sangat terikat dengan nilai-nilai feudalisme kerana senjata merupakan alat mutlak yang sangat diperlukan. Keris umpamanya, bukan sahaja sebagai senjata tetapi juga menjadi pakaian dan simbol keberanian seorang lelaki Melayu Pahang. Kebencian rakyat juga berpunca daripada kehadiran pasukan polis kaum Sikh dan India yang jahil tentang budaya Melayu. Penubuhan pasukan polis pada tahun 1888 telah menghapuskan kuasa penguatkuasa undang-undang yang dipegang oleh Sultan dan pembesar. Pasukan polis ini terdiri daripada 200 anggota, 150 Melayu (Kelantan dan Terengganu), 50 Sikh di bawah pimpinan Mr. Syers. Perak (10 markah )

B.

10

1.

Ketidakpuasan hati Sultan Abdullah dan kerabat diraja Walaupun perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch hanya memulakan tugasnya sebagai Residen British di Perak pada 4 November 1874, iaitu hampir 10 bulan kemudian. Kelewatan ini membolehkan pembesar-pembesar yang tidak berpuashati dengan Sistem Residen telah menentang Raja Abdullah. Sepanjang kelewatan Birch hadir memberi peluang kepada Sultan Abdullah memerintah Perak dengan sebebas-bebasnya. Baginda dikatakan banyak menghabiskan masa dengan berjudi, menyabung ayam dan menambah hutang. Perjanjian Pangkor membolehkan Sultan Abdullah dilantik menjadi sultan. Namun demikian, baginda masih gagal menyelesaikan masalah tuntutan takhta oleh Raja Ismail dan Raja Yusof. Raja Ismail masih tidak menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yang menjadi syarat kepada pertabalan sultan. Birch telah melanggar syarat yang diperuntukkan dalam Perjanjian Pangkor. Mengikut perjanjian tersebut sempadan Dinding dan Pangkor yang diserahkan kepada pihak British mengikut Perjanjian Low akan dikembalikan semula. Tindakan yang sama juga diambil ke atas sempadan di Sungai Kerian. Walaupun begitu, dalam penyelesaian sempadan ini kawasan lebih kurang 200 batu persegi termasuk sebahagian Selama yang mempunyai banyak bijih timah dimasukkan ke dalam pentadbiran British. Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar Perak. Perlantikan Birch sebagai Residen tidak disenangi oleh Sultan Abdullah dan para pembesar. Birch dianggap tidak sesuai kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Beliau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami budaya dan adat resam Melayu. Kekurangan ini menyebabkan beliau sukar untuk menjalin hubungan dengan sultan dan pembesar Melayu. Birch juga dilihat tidak sabar dan enggan bertolak ansur apabila berurusan dengan sultan dan pembesar. Ia bertentangan dengan adat Melayu yang menjunjung tinggi sultan dan pembesar sebagai pemimpin yang dihormati.

Birch juga tidak peka dengan perasaan orang Melayu. Pembaharuan yang dilakukan
dibuat secara tergesa-gesa tanpa berunding dengan Sultan Abdullah. Sultan Abdullah pernah mengingatkan Birch supaya memberitahu baginda dahulu sebelum pembaharuan dibuat. Birch mengarahkan sultan Abdullah berdiam diri dan menurut segala nasihat yang diberi. Tindakan ini menyebabkan Sultan Abdullah mengutus wakil baginda, Raja Idris, Laksamana dan Muhammad Arshad untuk bertemu Sir Andrew Clarke tetapi tidak dilayan malah Sultan Abdullah diminta mematuhi nasihat Residen. Dalam usaha melaksanakan pembaharuan, Birch telah mengenakan tekanan ke atas Sultan Abdullah. Beliau pernah mengugut akan menyerahkan jawatan sultan kepada Raja Yusof sekiranya sultan enggan menandatangani pengisytiharan tersebut. Antara pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Birch seperti pungutan cukai, sistem kewangan dan perlembagaan. Birch telah membatalkan pajakan Kuala Sungai Perak yang dibuat oleh Sultan Abdullah dengan Lee Cheng Tee dengan kadar $26,000 setahun, selama 10 tahun. Birch mengarahkan saudagar tersebut memohon semula pajakan berkenaan.

11

Birch juga telah membatalkan cukai bijih timah di Batang Padang yang sebelum ini dinikmati oleh sultan, dan diganti dengan bayaran royalti $9.00 bagi setiap bahara yang dipungut di Kuala Perak. Bagi mendapatkan wang kerajaan negeri telah memusatkan pungutan cukai dengan meletakkannya di bawah pegawai Eropah. Hanya pegawaipegawai yang dilantik oleh Residen, sebagai wakil sultan dibenarkan mengutip cukai. Pembesar lain tidak lagi dibenarkan memungut cukai dan mereka yang engkar akan didenda. Arahan ini bercanggah dengan nilai-nilai yang diwarisi sejak turun temurun. Pembesar-pembesar Melayu telah dianugerahkan kawasan oleh sultan dan ini memberi kuasa untuk mentadbir dan memungut cukai di kawasan masing-masing. Cukai merupakan hasil utama pembesar. Misalnya Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor mendapat hasil daripada setiap perahu yang keluar masuk. 2. Rasa tidak puas hati pembesar. Dalam melaksanakan peraturan cukai baru ini, Birch bertindak keterlaluan dengan membakar rumah Raja Ngah di Bidor kerana memungut cukai daripada pelombong Cina di situ. Raja Ngah adalah saudara kepada Raja Ismail. Sebelum ini, baginda bersifat berkecuali tetapi tindakan Birch ini telah menimbulkan dendam terhadap beliau.

Birch juga campur tangan dalam soal perhambaan yang diamalkan di Perak. Sistem
ini menjadi kebanggaan para pembesar Perak sejak sekian lama. Kebanyakan hamba yang lari adalah wanita yang diberi perlindungan oleh Birch di rumah kediamannya di Bandar Bahru. Hamba-hamba ini tiada dikembalikan kepada tuan punya sehingga menimbulkan syak wasangka tentang moral Birch. Beliau juga dikatakan menyeludup seorang perempuan Melayu ke Pulau Pangkor. Tuntutan Sultan Abdullah terhadap hamba-hamba ini dikembalikan tidak dilayan oleh Birch. 3. Rasa tidak puas hati rakyat

Penubuhan balai-balai polis di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia, Durian Sebatang,
Tanjung Piandang, Bidor, Kuala Kangsar, Trong dan Lumut telah menyebabkan pegawai polis mengambilalih kuasa pentadbiran di peringkat tempatan. Jawatan Penghulu yang dilantik oleh Sultan dan pembesar dengan menggunakan sistem warisan telah terjejas. Penubuhan balai-balai polis ini dilihat oleh penduduk tempatan sebagai mancabar kedaulatan negari mereka tambahan pula anggota polis terdiri daripada orang India dan sikh. Birch juga telah menyusun semula cukai-cukai pajak candu, arak, judi, permit balak, cukai perahu, senjata, padi dan memotong atap. Cukai-cukai turut dikenakan ke atas perahu dan perahu dagang. Perahu nelayan yang boleh membawa 3 orang di dalamnya dikenakan cukai 50 sen. Perahu dagang dan tongkang dikenakan $1.00. Sesiapa yang melanggar arahan akan didenda $25.00 dan perahu mereka akan dirampas. Peribadi Birch yang tidak mesra rakyat dan bersikap sombong dan angkuh serta tidak menghormati sensitiviti masyarakat tempatan juga turut menjadi punca kepada penentangan masyarakat tempatan di Perak. Birch dilihat sebagai pegawai Inggeris yang tidak boleh bertutur bahasa Melayu, sering memperlekehkan budaya dan adat resam Melayu.

12

Kesimpulan (2/3 markah) Kesimpulannya, pelbagai golongan masyarakat di kedua-dua negeri ini telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap dasar Inggeris. Kemuncak kepada perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan di Perak telah membawa kepada pembunuhan Birch di Pasir Salak pada tahun 1875. Sementara di Pahang, penentangan terhadap British oleh masyarakat Pahang berlarutan hingga tahun 1895. Penentangan masyarakat tempatan di kedua-dua negeri ini telah menyedarkan British akan dasar yang perlu dilaksanakan. Hal ini dibuktikan apabila British melantik residen yang benar-benar layak seperti Hugh Low di Perak yang nyata telah dapat diterima oleh pembesar tempatan. Di Pahang pula, penentangan masyarakat tempatan telah membawa implikasi buruk terhadap kewangan Pahang sehingga mencetuskan idea penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

4.

Bincangkan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan langkah-langkah mengatasi kejatuhan harga getah hingga tahun 1941.

Pendahuluan (3/2 markah) Getah merupakan tanaman komersial yang diperkenalkan oleh Inggeris akibat kejatuhan harga kopi di pasaran dunia. Menjelang awal abad ke-20, Tanah Melayu merupakan antara negara pengeluar getah terbesar dunia. Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu didorong oleh pelbagai faktor. Namun demikian, harga getah mengalami kejatuhan mendadak pada tahun 1920 akibat kemelesetan ekonomi dunia . Pada tahun 1930-an harga getah turun lagi dengan mendadak kesan kemelesetan ekonomi dan kesan Perang Dunia Pertama. Biarpuan pada awalnya perkembangan perusahaan getah amat menggalakkan namun kejatuhan harga kemudiannya menyebabkan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasinya. A. i. Faktor-faktor perkembangan perusahan getah di Tanah Melayu (12 markah) Usaha H. N. Ridley Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar Ridley Getah atau Ridley Gila.

13

Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu. ii. Kemerosotan harga kopi. Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladangpeladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii.

Permintaan terhadap getah yang meningkat. Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917. Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali Vulcanization. Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain. Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan

14

tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah. iv. Tenaga buruh yang murah British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodalpemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v.

Penyelidikan getah secara saintifik Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi.

Galakan daripada Kerajaan Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan. Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii.

Penglibatan pelabur Eropah

15

Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

B.
i.

Langkah-langkah mengatasi kejatuhan harga getah sehingga tahun 1941 ( 8 Markah ) Rancangan Sekatan Stevenson 1922 hingga 1928 ( 4 Markah) Pada tahun 1921 Jawatankuasa Stevenson telah ditubuhkan untuk mengkaji langkahlangkah bagi mengatasi kemerosotan harga getah, Hasilnya, Rancangan Sekatan Stevenson ditubuhkan. Antara rancangannya ialah mengawal harga getah dan mengehadkan pengeluarannya. Kerajaan Tanah Melayu bersetuju mengurangkan pengeluaran getah daripada 50% kepada 35%. Langkah ini berjaya meningkatkan sedikit harga getah kepada $ 2.00 sepaun pada tahun 1922. Sabah dan Sarawak juga menyertai rancangan ini atas kehendak sendiri. Mereka diberi kuota tertentu untuk mengeluarkan getah. Sabah misalnya diberi kuota pengeluaran sebanyak 60% berdasarkan pengeluaran tahun 1920. Kemudian dinaikkan kepada 75% apabila terdapat bantahan. Rancangan ini tidak begitu berjaya kerana Belanda di Indonesia enggan menyertainya. Mereka mengambil kesempatan dengan menambah pengeluarannya pada masa ini dari 25% pada tahun 1922 kepada 40% daripada jumlah pengeluaran getah dunia pada tahun 1928. Pada tahun 1928 harga getah jatuh lagi kerana lambakan bekalan di pasaran antarabangsa. Harganya jatuh semula kepada 35 sen hingga 40 sen sepaun pada tahun 1928. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa tahun 1934-1943 ( 4 Markah ) Tujuan utama rancangan ini ialah mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah. Antara langkah-langkah yang diambil ialah dengan menetapkan kuota eksport bagi setiap negara anggota. Tanah Melayu tidak terkecuali apabila kerajaan British telah mengenakan kuota penanaman kepada pengusaha ladang supaya mengeluarkan 60% sementara pekebun kecil mengeluarkan 40%. Sabah dan Sarawak pula menyertai rancangan ini secara sukarela. Kuota pengeluaran getah oleh Sarawak ditetapkan kepada 24 000 tan pada tahun 1934 dan bertambah pada tahun 1938 kepada 32 000 tan.

ii.

16

Selain kuota pengeluaran ditentukan, bilangan hari yang dibenarkan untuk menoreh getah juga dihadkan. Sistem kupon diperkenalkan bagi mengehadkan jumlah getah yang boleh dijual oleh pekebun kecil.

Kesimpulan ( 2/3 Markah ) Kemelesetan harga getah telah menimbulkan kesan-kesan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Pengangguran berleluasa kerana ladang-ladang besar ditutup atau mengurangkan bilangan pekerja daripada 258 000 orang pada tahun 1929 menjadi 145 000 orang pada tahun 1942. Ramai pekerja dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Biarpun kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya namun demikian usaha ini tidak berjaya sepenuhnya kerana perusahaan getah tertakluk kepada sistem ekonomi pasaran bebas dalam ekonomi yang bersifat global. Sebagai alternatifnya, pihak Inggeris telah memperkenalkan tanaman lain bagi menggantikan tanaman getah terutamanya kelapa sawit. Terdapat 64 000 ekar kelapa sawit ditanam pada tahun 1933.

5.

Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun 1963?

Pendahuluan (3/2 markah) Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara berbentuk persekutuan semakin menarik perhatian apabila Tunku mencadangkan penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan British kerana salah satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mengekang ancaman pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang membawa kepada pembentukan gagasan ini. Isi (20 markah) Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia 1. Mengekang pengaruh komunis

17

A.

Perkembangan politik di Singapura. Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuankesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia. Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.

C. Perkembangan politik di Sarawak. Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolahsekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.

Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu
Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi pisang bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada pergabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancaman komunis dari Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayahwilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke Brunei. 2. Mempercepatkan proses kemerdekaan

18

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan sebagainya. Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan legislatif yang semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang sultan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962. Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

3.

Keseimbangan Kaum Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan keseimbangan komposisi kaum. Tunku sedar bahawa kemasukan Singapura akan menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Ini disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh kaum Cina. Tunku berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.

4.

Kerjasama Ekonomi antara wilayah Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu, penubuhan

19

Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan. Kesimpulan (2/3 markah) Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Namun begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan serantau di Asia Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura kemudiannya telah menarik diri dan keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.

6.

Huraikan sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963.

Pendahuluan (3/2 markah) Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan setelah dijajah selama hampir 450 tahun oleh penjajah Barat dan Jepun. Selepas mencapai kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihan raya dan bertanggungjawab kepada rakyat. Secara amnya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat ,iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badan kehakiman (judicial). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa. Isi (20 markah) A. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan

1. Badan Perundangan atau Parlimen

20

i)

Yang Di Pertuan Agong Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara. Mereka dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan 9 orang Sultan atau Raja Melayu. Dalam melaksanakan kuasa pemerintahan, Yang Di Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Kuasa Yang Di Pertuan Agong : Melantik Perdana Menteri Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak memperkenankan pembubaran parlimen Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan Jemaah Menteri Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan keistimewaan, kehormatan, kedudukan dan kemuliaan Raja-raja Melayu. Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

ii)

Dewan Negara Pada prinsipnya ia merupakan majlis tertinggi parlimen, iaitu lebih tinggi tarafnya daripada Dewan Rakyat. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. Keahlian Dewan Negara terdiri daripada pelbagai golongan, iaitu mewakili semua negeri dalam persekutuan serta dilantik daripada kalangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

21

Anggota Dewan Negara dikenali sebagai Senator dan berkhidmat sebagai anggota dewan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula untuk 3 tahun lagi. Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai Menteri. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan itu daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda. Rang undangundang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan, manakala rang undang-undang lain selama satu tahun. iii) Dewan Rakyat Anggota Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat pertama kali ditubuhkan selepas pilihan raya 1959. Dewan Rakyat terdiri daripada 193 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia.

Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun dan tamat apabila parlimen dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan Rakyat dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Seseorang dianggap hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat jika diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal, diisytiharkan muflis yang belum lagi dibebaskan, memegang jawatan bergaji, disabitkan dengan sesuatu kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah, gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan dan memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat pengakuan taat setia kepada negara asing itu. Jika berlaku sebarang kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan oleh perletakan jawatan, kematian atau hilang kelayakan, maka kekosongan tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak. Satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut. Setiap ahli Dewan Rakyat dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada negara dan perlembagaan sebelum mengambil tempat dalam dewan.

2. Badan Eksekutif

22

i)

Jemaah Menteri atau kabinet

Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif. Tugas
utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara dan memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasar tersebut. Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan. Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet, memimpin kerajaan, menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan. Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantu beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran kerajaan. Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri dan menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara.

Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai kementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagai pegawai kerajaan. Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat, negeri dan daerah. Selain itu, terdapat juga kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib Negara Malaysia dan Muzium. Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya dilantik. Misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Undang-undang dan Kehakiman. 3. Badan Kehakiman i) Mahkamah Agong/Persekutuan Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia. Mengandungi Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel mengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara.

Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan rayuanrayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, menentukan sah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, memutuskan pertikaian di antara kerajaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di Pertuan Agong dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

23

ii)

Mahkamah Tinggi

Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo.


Mempunyai kuasa pengadilan asal, rayuan dan pengawasan. Mempunyai kuasa yang tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal. Biasanya keskes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan Mahkamah Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan. Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas keputusan semua kes sivil dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah. Keputusan sivil dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk rayuan kepada Mahkamah Agong. iii) Mahkamah Rendah Terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu. Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim. Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup. Mahkamah ini mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit. Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil. Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat. Mahkamah Majistret terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas Satu dan Mahkamah Majistret Kelas Dua. Mahkamah Majistret Kelas Satu boleh membicarakan kes sivil yang nilai harta dalam perbicaraan tidak lebih daripada RM25,000. Dalam kes jenayah, mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes yang hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau dihukum denda sahaja. Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes dan membenarkan jaminan. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi kesalahan itu tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja. Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali. Kesimpulan (2/3 markah) Sebagai kesimpulannya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi. Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum yang ada. Prinsip-prinsip yang menentukan

24

bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan oleh perlembagaan. Jelasnya, doktrin pengagihan kuasa tiga badan yang telah ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan tersebut. 7. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di India dan Thailand sebelum perluasan kuasa Barat.

Pengenalan (3/2 m) Adat bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuhi. Hukum adat diwujudkan untuk mengekalkan keharmonian dan menjamin keamanan semua ahli dalam sesebuah wilayah atau negara. Hukum adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan larangan-larangan tertentu. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat di India dan di Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat. Isi (20 m) A. Adat yang diamalkan oleh masyarakat India ( 10markah )

Pelaksanaan Hukum Adat di India adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu yang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya. Menurut sistem kasta di India, masyarakat dibahagikan mengikut golongan tertentu bertujuan untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Terdapat empat jenis kasta yang utama iaitu Brahmin (sami), Kysatria (perwira, aristokrat), Vaisya pedagang) dan Sudra (rakyat biasa). Golongan Brahmin dianggap sebagai golongan paling mulia manakala golongan Sudra adalah golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat. Amalan Suttee merupakan pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yang kematian suami. Menurut amalan ini balu-balu Hindu dikehendaki membakar diri sendiri bersama-sama mayat suami semasa upacara pengkebumian dijalankan. Tindakan ini dilakukan sebagai bukti kesetiaan seorang isteri terhadap suami sehingga sanggup sehidup semati. Amalan Thuggee pula merupakan satu aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Mereka bertindak ganas dengan mencekik mati pengembara atas nama Dewi Kali. Amalan membunuh bayi perempuan juga merupakan amalan tradisi masyarakat India. Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan ibu-bapa menanggung penderitaan seperti pemberian dowri iaitu mahar atau mas kahwin yang akan dibayar oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki. Amalan melarang balu-balu yang kematian suami berkahwin dengan lelaki lain sebagai tanda kesetiaan kepada suaminya. Lazimnya mereka dikehendaki memakai sari yang berwarna putih supaya dapat dikenali sebagai wanita yang telah kematian suami atau balu.

25

Adat masyarakat India juga dikaitkan dengan dengan unsur-unsur ketuhanan yang mana lembu sangat dimuliakan. Sebagai haiwan suci, wujud larangan terhadap masyarakat India daripada makan daging lembu. Penganut agama Hindu juga menganggap Sungai Ganges sebagai sungai yang suci. Justeru, menjadi amalan masyarakat Hindu di India membersihkan diri di Sungai Ganges bagi menghapuskan dosa yang pernah dilakukan oleh mereka. Adat yang diamalkan oleh masyarakat Thailand ( 10 markah )

B.

Unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah mendorong terbentuknya adat yang melarang rakyat jelata menatap muka raja. Hal ini menjadi tanda bahawa Raja Thailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Seseorang yang memandang wajah raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan matanya. Amalan menyembah raja secara bersujud sebagai tanda penghormatan dan taat setia sepenuhnya kepada raja yang memerintah. Amalan ini juga akan dilakukan oleh orang asing yang mengadap Raja Siam. Terdapat amalan menjual isteri dan anak untuk dijadikan hamba dalam adat masyarakat di Thailand. Menurut adat ini suami atau bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan miliknya. Mengikut adat, isteri-isteri Raja Thailand tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan istana dan mereka juga tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain meskipun tidak lagi menjadi isteri raja. Di Thailand juga Raja tidak dibenarkan keluar di khalayak ramai kecuali jika ada perarakan di raja untuk menjaga kemuliaan baginda sebagai pemerintah yang dihormati dan dimuliakan oleh rakyat. Terdapat juga adat yang mana golongan Khunnang tidak dibenarkan memakai baju semasa mengadap raja.

Kesimpulan (2/3 markah) Kesimpulannya, masyarakat India dan Thailand telah mengamalkan hukum adat yang menjadi sebahagian daripada kepelbagaian diri masyarakatnya. Namun setelah kedatangan kuasa-kuasa Barat,beberapa amalan dan adat yang sekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand telah berubah. Terdapat adat yang disesuaikan dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

26

8.

Bincangkan sistem ekonomi tradisional di India dan China sebelum perluasan kuasa barat.

Pendahuluan (3/2 markah) Sektor ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang harus diberikan perhatian dalam melihat struktur masyarakat di Asia Selatan dan Asia Timur. Secara umumnya, masyarakat tempatan di India dan di China mengamalkan sistem ekonomi sara diri sebelum kedatangan kuasa Barat. Sistem ini merujuk kepada kegitan ekonomi bagi memenuhi keperluan kehidupan keluarga seharian. Ekonomi sara diri ini melibatkan kegiatan pertanian sebagai asas ekonomi di samping kegiatan-kegiatan lain seperti penangkapan ikan, pemungutan hasil-hasil hutan dan kegiatan perlombongan serta perdagangan secara kecilkecilan. Isi (20 markah) A. Sistem ekonomi tradisional di India (10markah) Pertanian sara diri merupakan aktiviti utama dalam sistem ekonomi sara diri di India sebelum kedatangan kuasa Barat. Aktiviti pertanian sara diri di India bersifat milik komunal atau bersama yang dilaksanakan oleh ahli keluarga. Tanah menjadi milik kerajaan tetapi rakyat dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka dan bersedia untuk berkhidmat kepada pemerintah atau membayar cukai jika diperlukan. Daya pengeluaran pertanian sara diri di India adalah rendah kerana penggunaan sistem tradisional dan kebergantungan petani kepada hujan turut menjejaskan hasilnya. Selain itu, masyarakat petani yang miskin turut mengalami penindasan daripada tuan-tuan tanah (zamindar) yang sering sahaja menekan para petani dengan kadar cukai yang sentiasa berubah. Di samping itu, institusi kasta yang menjadi teras dalam masyarakat India turut dilihat mengikat masyarakat yang menjalankan sistem ekonomi sara diri di India kerana mereka tetap hidup sebagai petani buat selama-lamanya. Secara umumnya, dalam sistem ekonomi sara diri di India terdapat beberapa ciri yang nyata iaitu : Sistem ekonomi sara diri adalah berteraskan sektor pertanian. Malah melalui bancian pekerjaan pada tahun 1872, didapati bahawa 68.5% orang lelaki dewasa bekerja sebagai petani. Hal ini bermakna masyarakat petani merupakan kumpulan yang terbanyak dalam masyarakat di India. Perkampungan merupakan unit asas ekonomi dan sosial India, iaitu hampir

27

90% penduduk India tinggal di kawasan ini. Aktiviti pertanian masih lagi bersifat milik bersama sementara hak individu masih lagi asing kepada masyarakat luar bandar. Bidang pembuatan di kawasan kampung juga berkembang perlahan dan setiap kampung mempunyai kelas pertukangan mereka sendiri yang bertanggungjawab membuat peralatan pertukangan yang hanya digunakan di kampung tersebut sahaja.

Tumpuan utama aktiviti pertanian di India ialah kegiatan penanaman padi yang dijalankan secara meluas. Padi ditanam di kawasan lembah-lembah sungai seperti lembah Sungai Ganges, Sungai Indus dan Sungai Mahanadi. Selain itu, aktiviti ini juga bergantung sepenuhnya kepada hujan. Wilayah Bengal atau Benggala di timur India merupakan kawasan penanaman padi utama. Di samping penanaman padi, penanaman kapas juga merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh petanipetani di India. Kapas menjadi sumber asas terpenting untuk pembuatan kain-kain kapas di India sejak beberapa abad yang lalu. Pedagang India telah menjadikan kain kapas sebagai hasil dagangan mereka dan diperdagangkan hingga ke Asia Tenggara.

Terdapat dua jenis kain kapas yang penting di bahagian utara India, iaitu kain calico
dan muslin yang dihasilkan di Dacca, Lucknow, Patna dan Mitnapore. Di bahagian barat laut India terdapat kain kapas jenis bafta, muslin, dhoti dan chintz yang dikeluarkan di Surat, Cambay, Ahmadebad dan Poona. Aktiviti penternakan terutama penternakan lembu turut menjadi aktiviti sampingan kepada petani. Binatang ternakan selalunya dibiarkan berkeliaran untuk meragut rumput di sekeliling perkampungan mereka.

B.

Sistem ekonomi tradisional di China (10 markah) Di China aktiviti sara diri turut menjadi sektor ekonomi yang penting sebelum kedatangan kuasa Barat terutama di kawasan yang mempunyai tahap kesuburan tanah yang tinggi seperti di lembah-lembah sungai. Kekerapan berlakunya banjir bukan sahaja membawa kemusnahan kepada masyarakat China malah sebenarnya turut membawa faedah yang besar. Tanah lumpur tinggalan banjir yang telah surut sebenarnya menjadi kawasan lembah sungai sebagai kawasan yang sangat subur. Kesuburan ini membolehkan pelbagai jenis tanaman dapat ditanam dan menjadi sumber utama kepada petani-petani China. Secara umumnya, pada abad ke-19, 80% penduduk Negara China merupakan petani dan sebahagian daripada mereka menjalankan aktiviti pertanian yang bersifat sara diri. Hal ini bermakna bahawa hasil daripada aktiviti pertanian sebenarnya hanyalah sekadar cukup hidup sahaja. Bencana alam seperti banjir dan kemarau

28

menjadi musuh utama kepada petani di China kerana akan memusnahkan tanaman mereka. Padi merupakan tanaman sara diri utama di China di sekitar lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang-ho terutama di selatan dan tenggara China. Di kawasan Szechwan terdapat tanaman padi yang dijalankan pada musim sejuk dan juga padi huma di bahagian utara China. Selain daripada tanaman padi penanaman sekoi dan kacang soya yang disifatkan sebagai tanaman kering turut dijalankan di bahagian utara dan timur laut China. Seterusnya tanaman gandum dan millet juga diusahakan oleh petani-petani di bahagian tengah Negara China manakala tanaman rumput dijalankan di bahagian sempadan Mongolia yang dikenali sebagai padang rumput Mongolia. Selain itu, masyarakat China juga banyak menanam sayur hingga melahirkan idea vegetable civilization, iaitu semua tanah kosong termasuklah di halaman atau di belakang rumah dijadikan kawasan menanam sayur seperti kailan, sawi dan kacang panjang. Di samping kegiatan pertanian, kegiatan penternakan juga dijalankan di China. Antara binatang ternakan yang penting termasuklah ayam, itik dan khinzir yang menjadi makanan penting masyarakat di China. Kesimpulan (2/3 markah) Ekonomi tradisional menjadi teras kepada kehidupan masyarakat di China dan India sehingga sebelum campurtangan kuasa Barat. Kedatangan kuasa Barat ke Asia Selatan dan ke Asia Timur telah membawa perubahan yang besar dalam sistem ekonomi di India dan di China terutama pada abad ke-20. Sistem ekonomi tradisional yang menjadi amalan masyarakat sebelum ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial yang telah diperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat yang bertapak di India dan di China. Meskipun sektor pertanian tradisional masih dijalankan, tetapi sistem ekonominya telah berubah kepada sistem ekonomi pertanian secara komersial. Pengenalan sistem ekonomi komersial oleh kuasa Barat ini telah memberi kesan kepada struktur sosio-ekonomi masyarakat di keduadua negara.

29

9.

Bandingkan peranan Mahatma Gandhi di India dan Soekarno di Indonesia dalam perjuangan nasionalisme di negara masing-masing. Pendahuluan (3/2 markah)

Mahatma Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 dan dibesarkan dalam keluarga ortodoks India. Menjadi peguam ketika berusia 19 tahun. Berkhidmat di Afrika Selatan selama 20 tahun. Melihat pengalaman masyarakat yang didiskriminasikan dalam dasar apartied di Afrika Selatan dan pengalaman ini telah mempengaruhi pergerakan nasionalismenya di India. Mengambil pendekatan tidak bekerjasama dengan penjajah pada awal pergerakannya. Soekarno pula dilahirkan pada 1901 di Blitar, Jawa Timur. Seorang Jurutera. Pemimpin gerakan radikal di Indonesia. Mengambil pendekatan bekerjasama dengan penjajah Jepun untuk menarik sokongan rakyat bagi menentang penjajah. Pernah dipenjara semasa pemerintahan Belanda tetapi dibebaskan ketika zaman pemerintahan Jepun. Berkolaborasi dengan gerakan bawah tanah bagi tujuan menaman semangat nasionalisme di Indonesia. Isi ( 20 markah ) Mahatma Gandhi ( 10 markah ) A. Gerakan Tidak Bekerjasama

Pada tahun 1919 memasuki Kongres Kebangsaan India dan menentang Akta Rowlatt
yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk membuang individu, menubuhkan mahkamah khas, mengawal akhbar dan kuasa untuk mengawal kekerasan.

Melancarkan gerakan untuk menentang akta tersebut dengan menyeru rakyat agar tidak mematuhi akta yang diluluskan.

Melancarkan protes secara lebih besar dengan penglibatan massa yang lebih
menyeluruh melalui Gerakan Satyagraha. Gerakan bersifat sederhana melalui kempen boikot barangan barat dan memulaukan pilihanraya India 1920, mogok pekerja dan tunjuk perasaan.

30

Berjalan kaki sejauh 200 km dari Sabarmati ke Dandi dalam tunjuk perasaan anti monopoli industri garam oleh Inggeris.

Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin perundangan, mahkamah, sekolah dan kolej. B. Gerakan Bekerjasama / Rundingan

Islam

bertujuan

memulaukan

1931 Gandhi mengambil pendekatan rundingan dengan pihak Inggeris.

Menyertai pakatan Gandhi-Irwin yang menyebabkan Gandhi bersetuju membatalkan gerakan boikot barangan Inggeris. Sebagai balasan Inggeris memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India dan memperkenalkan dasar yang lebih lembut kepada rakyat India.

Pakatan ini gagal kerana perubahan pucuk pimpinan di Britain menyebabkan Gandhi kembali kepada dasar perjuangan yang asal menyebabkan Gandhi dipenjarakan.

Mengadakan mogok lapar ketika di penjara kerana pengenalan dasar yang lebih keras dan diskriminasi terhadap rakyat India.

Rundingan kembali diteruskan dan terbentuk Pakatan Poona 1932 dan Inggeris bersetuju memberikan 148 kerusi kepada kelas bawahan dengan pengenalan dasar persamaan dan bukan berlandaskan kaum

Pakatan ini juga gagal dan Gandhi meneruskan semula dasar penentangan dengan memperkenalkan Pengerakan Penderhakaan Awam pada tahun 1940 Soekarno A. ( 10 markah )

Tidak Bekerjasama dan Anti-penjajah Pemimpin Parti Nasional Indonesia semasa pemerintahan Belanda. Memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia daripada Belanda. Dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.

31

Gerakan ini bebas daripada pengaruh komunis. Keahlian PNI meliputi semua kaum di Indonesia yang kebanyakannya adalah bekas anggota Sarekat Islam

Berusaha menyatukan seluruh pertubuhan politik di Indonesia bagi memantapkan lagi


gerakan penentangan di Indonesia. Di bawah inisiatif Soekarno, tertubuhlah Permuafakakatan Parti Politik Kebangsaan Indonesia pada 1927.

Akibat pengaruh PNI yang semakin kuat, Soekarno telah dipenjarakan oleh Belanda
pada tahun 1928. B. Bekerjasama dan Pro Penjajah Pemimpin pro penjajah dengan bekerjasama dengan Jepun semasa pendudukan Jepun di Indonesia.

Menjadi pengerusi Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) pada tahun 1943.

Jepun ingin menjadikan PUTERA sebagai alat propaganda tetapi Soekarno


memanipulasikan gerakan ini untuk menanamkan perasaan anti penjajah dalam kalangan rakyat Indonesia.

Soekarno mempunyai kebolehan berpidato yang mengagumkan rakyat Indonesia.


Perhimpunan yang diadakannya sering mendapat sokongan yang besar daripada rakyat.

Cawangan PUTERA telah ditubuhkan di sebahagian besar bandar-bandar utama Indonesia.

PUTERA mendapat sokongan dan dokongan yang kuat daripada masyarakat.

32

Berkolaborasi dengan gerakan bawah tanah yang dipimpin oleh Sultan Sjahrir dan Amir Syarifuddin untuk menyemai semangat kesedaran dalam kalangan rakyat.

Menjelang penghujung tahun 1943, Jepun mula menyedari bahawa PUTERA di


bawah pimpinan Soekarno telah menyelewang daripada hasrat propaganda sebaliknya digunakan Soekarno untuk menentang Jepun.

PUTERA dibatalkan pada penghujung tahun 1943

Jepun kemudian menubuhkan Djawa Hokakai ( Gerakan Kebangsaan Jawa ) dan


melantik sekali lagi Soekarno sebagai pemimpin. Namun sekali lagi Soekarno menggunakan kesempatan ini untuk memupuk kesedaran kebangsaan dan anti penjajah.

D. Tahap Radikal

Setelah gerakan kesedaran semakin mendapat tentangan dan sekatan daripada


pihak Jepun, Soekarno mula melancaran gerakan yang bersifat radikal.

Jun 1945, Soekarno telah melancarkan 5 prinsip perjuangan kebangsaan Indonesia


yang dikenali sebagai Pancasila iaitu nasionalisme, internasionalisme, demokrasi, keadilan sosial dan kepercayaan kepada Tuhan.

Pada bulan yang sama Piagam Jakarta diperkenalkan sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara merdeka bagi Indonesia.

Menjelang kekalahan Jepun, Soekarno berjaya mengisytiharkan kemerdekaan bagi


Indonesia pada 17 Ogos 1945

Namun setelah kemasukan semula Belanda ke Indonesia, mereka tidak mengiktiraf kemerdekaan ini

33

Tercetus revolusi di Indonesia yang menyebabkan Soekarno ditangkap dan memaksa


PBB campurtangan untuk menyelesaikan masalah.

Indonesia akhirnya kekal dengan kemerdekaan pada tahun 1947 dengan perlantikan
Soekarno sebagai Presiden Republik Indonesia yang pertama.

Kesimpulan ( 2/3 markah ) Berdasarkan perbincangan di atas, jelas membuktikan bahawa Gandhi dan Soekarno merupakan pencetus dan penggerak semangat kesedaran kebangsaan yang penting di India dan Indonesia. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam perjuangan mereka namun apa yang jelas perjuangan mereka berjaya mempengaruhi gerakan massa yang hebat di negara masing-masing. Perjuangan mereka kemudiannya berjaya menjadi ikon dan lagenda yang mencetus kebanggaan bagi rakyat di kedua-dua negara. Bahkan ketokohan dan karisme mereka bukan sahaja dikenang dalam negara masing-masing sebaliknya turut dikagumi oleh masyarakat di rantau Asia umumnya.

34

10.

Jelaskan peristiwa-peristiwa penentangan setempat yang berlaku di Indonesia dan Filipina antara tahun 1800 hingga 1850.

Pendahuluan ( 3/2 markah ) Filipina telah dikuasai oleh dua kuasa Barat iaitu Sepanyol dan Amerika Syarikat manakala Indonesia pula dikuasai oleh Belanda. Penguasaan Barat di Filipina dan Indonesia disebabkan oleh dasar penaklukan yang dilaksanakan negara-negara Barat ke atas negaranegara di Asia. Kehadiran kuasa-kuasa Barat di Filipina dan Indonesia telah menyebabkan penduduk tempatan bangkit menentang. Penduduk tempatan menentang penjajah kerana perubahan yang dilakukan terhadap dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial. Perubahan yang diperkenalkan seringkali melibatkan campur tangan dalam adat resam tempatan. Hal ini membawa kepada kemunculan gerakan penentangan sebagai membalas tindakan Barat. Isi-isi Penting ( 20 markah ) 1. Filipina ( 8 markah ) a) Pemberontakan Casi 1807 Tindak balas masyarakat tempatan terhadap pemerintahan Sepanyol bermula pada tahun 1807 menerusi Pemberontakan Casi. Rakyat Filipina telah melancarkan pemberontakan Casi akibat pengharaman industri membuat arak tempatan Ilocos. Tindakan mengharamkan pembuatan dan penjualan arak ini telah menutup sumber pendapatan para pengusaha arak tempatan yang menjadi amalan tradisi rakyat. b) Pemberontakan Novales 1823. Pemberontakan Novales berlaku di bandar Manila. Tentera Filipina telah melakukan pemberontakan dengan menentang tentera Sepanyol disebabkan oleh amalan diskriminasi dalam pasukan tentera. Tentera Filipina hampir berjaya menawan bandar Manila. Mereka didiskriminasikan dari segi gaji, taraf jawatan, pekerjaan, layanan dan peluang kenaikan pangkat. Hal yang berlaku ialah jawatan-jawatan penting, gaji yang tinggi serta layanan istimewa dalam pasukan tentera hanya diberikan kepada tentera-tentera Sepanyol sahaja.

35

c) Pemberontakan Tayabas 1840-1841 Pemberontakan Tayabas ini dilancarkan oleh golongan paderi Kristian berbangsa Filipina kerana terdapat amalan diskriminasi antara paderi tempatan dengan paderi-paderi Sepanyol. Pemberontakan ini telah dipimpin oleh paderi Apolinario De La Cruz. Beliau cuba menuntut persamaan hak dan penghapusan pelbagai keistimewaan yang dibolot oleh paderi-paderi Sepanyol. 2. Indonesia ( 12 markah ) a. Penentangan di Palembang 1811 Hubungan Palembang dengan Belanda telah tegang sejak 1641 dan terpaksa menghadapi cabaran pelbagai cabaran kuasa Belanda. Pemerintah Palembang, Sultan Badaruddin II telah menyerang markas Belanda pada 14 September 1811. Pada 1819, Belanda menggempur Palembang tetapi dapat dipatahkan oleh Sultan Badaruddin II. Belanda kemudiannya menghantar angkatan yang lebih besar untuk menyerang Palembang, walaupun berjaya memberi tentangan Sultan Badaruddin II telah ditangkap dan dibuang ke Ternate. Pada 1823 peperangan telah meletus dan Palembang terpaksa menyerah kalah malah terpaksa menyerahkan semua kuasa kepada Belanda dan Palembang diletakkan di bawah pentadbiran Residen Belanda. b. Penentangan di Minangkabau 1819

Penentangan di Minangkabau telah tercetus pada tahun 1819 dan berakhir pada 1832.
Perang ini dipelopori oleh Haji Sumanik, Haji Piobang dan Haji Miskin yang berfahaman Wahabi dan menentang fahaman Syiah.

Golongan Wahabi berjaya menguasai Minangkabau dan telah ditentang oleh kerabat
diraja dan Penghulu Adat Minangkabau. Kerabat diraja dan Penghulu Adat Minangkabau telah memeterai perjanjian dengan pihak Belanda pada 1821 dan telah menyerahkan kuasa kepada pihak Belanda bagi menentang fahaman Wahabi. Imam Bonjol yang mengetuai fahaman Wahabi telah melancarkan gerakan agama untuk menentang Belanda. Imam Bonjol kemudiannya mengadakan perjanjian dengan Belanda untuk menamatkan permusuhan dan telah mengakui kekuasaan Belanda. Walau bagaimanapun serangan terhadap Belanda masih berterusan. Belanda bertindak balas terhadap Imam Bonjol hingga terpaksa melarikan diri. Penentangan tamat pada 1832 apabila Tunku Nan Alahan menyerah kalah. c. Penentangan di Sulawesi 1811

36

Penentangan terhadap pendudukan Belanda di Sulawesi pada abad ke-19 dilakukan Bone. Ketika Belanda berkuasa semula di Sulawesi pada tahun 1816, pembesar Sulawesi berpendapat hubungan Sulawesi dengan Belanda melalui Perjanjian Bungaya 1667 telah terputus. Van der Capellan cuba memperbaharui Perjanjian Bungaya tetapi ditolak oleh Bone. Pemerintah Sulawesi itu kemudiannya menyerang wilayah Belanda tetapi dapat dipatahkan oleh Belanda pada 1825. Pada 1838 Bone telah memperbaharui Perjanjian Bungaya tetapi masih terus menyerang wilayah yang diduduki Belanda. Belanda telah bertindak balas dengan melancarkan serangan balas dan pada 1905-1906 Belanda berjaya menakluki negeri Bugis dan Makasar. d. Penentangan di Maluku 1817 Penentangan tehadap Belanda di Maluku tercetus pada 1817 berpunca daripada kedatangan semula Belanda ke Maluku. Kebangkitan ini dikenali sebagai Penentangan Saparua dan diketuai oleh Thomas Matulesia. Kumpulan penentang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Belanda dan mereka bertekad untuk menyerang dan menghancurkan kubu pertahanan Residen Van der Berg di Sapurua serta membunuh semua penghuninya.

Pada

1 Mei 1817, seluruh penduduk bersumpah dan seterusnya memulakan penentangan terhadap Belanda dan dalam serangan terhadap kubu Sapurua pada 15 Mei 1817, Van der Berg dan keluarganya telah terbunuh kecuali seorang anak lelakinya.

Belanda berjaya menawan semua kubu di Sapurua pada 3 Ogos 1817 dan pada 10
November 1817, kumpulan penentang telah meletak senjata. Thomas Matulesia telah ditangkap oleh Liman Pietersen dan setelah dibicarakan beliau dijatuhi hukuman mati. e. Perang Jawa 1825 Penentangan terhadap Belanda di Puau Jawa dikenali sebagai Perang Jawa yang meletus pada tahun 1825-1830. Perang ini dipimpin oleh Pengeran Diponegoro. Penentangan di Pulau Jawa disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah yang berkaitan dengan Pengeran Diponegoro sendiri. Penentangan di Jawa berkaitan dengan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Diponegoro, pembesar dan penduduk Jawa akibat pembatalan kontrak sewa tanah dan penindasan ekonomi oleh pedagangpedagang Cina.

Penentangan juga disebabkan rasa tidak puas hati Pengeran Diponegoro yang tidak
dilantik sebagai pemerintah Jogjakarta. Diponegoro juga tidak berpuas hati kerana Belanda tidak mengiktiraf beliau sebagai pemimpin agama Islam. Tindakan Belanda membina jalan raya melalui kawasan perkuburan moyangnya telah mencetuskan perang jihad.

37

Perang ini berterusan selama lima tahun sehingga 1830. Diponegoro tidak dapat bertahan dan telah ditangkap oleh Belanda. Diponegoro telah dibuang ke utara Sulawesi dan kamudiannya ke Makasar dan meninggal dunia pada 1885. Perang ini berakhir apabila pemerintah baru, Pakubuwono VII menandatangani perjanjian damai dengan pihak Belanda.

Kesimpulan (2/3 markah) Tindak balas penduduk Filipina dan Indonesia terhadap kuasa-kuasa Barat adalah disebabkan oleh pelbagai faktor penindasan. Tindakan yang diambil oleh penduduk tempatan gagal mengusir penjajah dari negara mereka, sebaliknya penentanganpenentangan tersebut dapat dipatahkan oleh kuasa Barat. Hal ini berlaku kerana penentangan yang berlaku di kedua-dua negara bersifat tempatan dan tidak melibatkan gerakan massa yang menyeluruh dan serentak di seluruh negara. Namun begitu tindak balas masyarakat tempatan berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Filipina dan Indonesia pada abad ke-20.

38

11.

Huraikan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun dan Perjanjian Bowring 1855 di Siam.

Pendahuluan (3/2 markah) Kedatangan Barat ke Asia adalah untuk meluaskan pengaruh mereka terhadap negaranegara Asia. Kuasa Barat telah melakukan campur tangan ke atas negara-negara di Asia melalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan. Kedatangan Barat ke Siam dan Jepun telah mengancam kedaulatan kedua-dua buah negara tersebut. Bagi mengekalkan kedaulatan dan mengelakkan campur tangan Barat ke atas negara tersebut ,kedua-dua pemerintahan iaitu Raja Mongkut dan Shogun telah menandatangani perjanjian dengan kuasa Barat. Raja Mongkut telah menandatangani Perjanjian Bowring pada tahun 1855 dengan British. Jepun pula telah menandatangani Perjanjian Kanagawa pada tahun 1854. Kedua-dua perjanjian ini sangat penting kerana perjanjian ini merupakan langkah pertama kepada perubahan dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka Siam dan Jepun bagi mengelakkan campur tangan kuasa Barat. ISI A. Jepun ( 10 markah )

Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854. 1. Kesan Politik Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka yang telah diamalkan oleh Shogun Tokugawa. Selepas perjanjian ini pada tahun 1854, Laksamana Sir James Stirling yang mewakili British telah menandatangani Perjanjian Nagasaki. Melalui perjanjian ini British mendapat kemudahan perdagangan di Hakodate dan Shimoda. Pada tahun 1855 Russia melalui Laksamana Putyyatin telah menandatangani Perjanjian Shimoda dengan Jepun. Antara isi penjanjian ini ialah : a. Pulau-pulau Kuril termasuk Etorufu diserah kepada Russia. b. Pelabuhan Nagasaki, Shimoda dan Hokadate dibuka kepada Russia. c. Pulau Sakhalin tetap menjadi milik bersama antara Russia dengan Jepun. Pada tahun 1856, Belanda telah menandatangi perjanjian dengan Jepun di Nagasaki. Belanda juga diberi kebenaran berdagang di pelabuhan-pelabuhan Jepun

39

Pada tahun 1858, Amerika Syarikat telah berjaya mengadakan perjanjian Jepun. Townsend Harris telah menjadi wakil kerajaan Amerika Syarikat telah menandatangani Perjanjian Edo. Melalui perjanjian ini lima buah lagi pelabuhan Jepun dibuka kepada Amerika Syarikat iaitu Hyogo, Hakodate, Kanagawa, Nagasaki dan Nugata. Hak asasi bagi kes-kes civil dan jenayah hendaklah diberikan kepada semua orang Amerika. Cukaicukai kastam hendaklah ditetapkan mengikut persetujuan bersama.

Kejatuhan Shogun Tokugawa kerana perjanjian-perjanjian yang ditandatangani ini


telah membuktikan kelemahan pemerintahan Shogun. Suku-suku Barat seperti Toza, Tozama, Chosu dan Ronin menentang pentadbiran Jepun. Shogun Keiki terpaksa menyerah kuasa kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867. Dengan itu Maharaja Meiji telah kembali berkuasa ke atas seluruh wilayah Jepun. Apabila Maharaja Meiji berjaya menguasai Jepun baginda telah melakukan permodenan terhadap Jepun bagi menggelakkan campur tangan Barat. 2. Kesan Ekonomi

Melalui perjanjian ini Jepun menceburi bidang ekonomi komersial akibat berlakunya
perdagangan dengan negara-negara barat selepas pembukaan pelabuhan-pelabuhan Jepun. Kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan lahirnya syarikat-syarikat besar dari golongan zaibatsu yang memajukan ekonomi Jepun. 3. Kesan sosial. Agama kristian telah dibenarkan dibawa masuk dengan bebas oleh para pedagang dan mubaligh kristian. Agama kristian semakin berkembang di Jepun. B. Thailand ( 10 markah ) Kesan-kesan Perjanjian Bowring. 1. Kesan Politik.

Hubungan Siam dengan British semakin erat. Raja Mongkut telah mengamalkan
dasar diplomasi dengan menghantar satu perutusan ke Britain. Utusan ini diketuai oleh Phraya Suriwongse. Siam dapat mengelakkan negaranya daripada dijajah oleh kuasa Barat lain. Siam telah mengadakan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat lain seperti Perancis ( 1856 ), Amerika Syarikat ( 1856 ), Denmark ( 1858 ), Portugal ( 1859 ), Holland ( 1860 ), Prusia ( 1862 ), Belgium ( 1868 ), Italy (1868), Norway ( 1868 ), dan Sweden ( 1868 ). Raja Mongkut juga telah melakukan permodenan di Siam dengan mengambil pakarpakar asing dalam menguruskan pentadbiranya. Kesan ekonomi.

40

Perjanjian Bowring telah membuka Siam kepada pedagangan antarabangsa. Bilangan kapal yang berlabuh di Siam bertambah hampir 10 kali ganda. Sistem ekonomi sara diri Siam telah diganti dengan sistem ekonomi komersial. Siam mengeksport kayu jati, beras dan gula. Pada tahun 1850 jumlah eksport beras Siam hanya 5% daripada jumlah pengeluarannya tetapi pada tahun 1905 jumlah eksport Siam telah meningkat sehingga 50%.

Britain telah menguasai perdagangan asing di Siam. Pelabuhan-pelabuhan British


yang lain seperti Singapura dan Hong Kong turut menjalankan perdagangan Siam. Siam telah muncul sebagai satelit ekonomi Britain. Penguasaan orang Cina dalam perdagangan asing telah tamat. Kerajaan Siam telah memajakkan monopoli eksais yang baru seperti loteri, candu dan minuman keras.

Sistem kewangan Siam telah mengalami perubahan. Siam telah menyusun semula
sistem kewangannya mengikut sistem kewangan Barat. Siam telah mengambil khidmat penasihat-penasihat ekonomi daripada Barat. Perjanjian ini juga telah menamatkan monopoli perdagangan golongan bangsawan. Sebelum ini golongan bangsawan yang memonopoli perdagangan tertentu seperti batu permata dan kayu jati . Kesimpulan ( 2/3 markah ) Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian Bowring memberi pergertian yang sangat besar kepada Jepun dan Siam. Melalui perjanjian ini, Jepun dan Siam telah mengubah dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu. Melalui perjanjian ini juga Jepun dan Siam telah melakukan pemodenan terhadap negara masing-masing. Kedua-dua perjanjian ini telah berjaya menyelamatkan Jepun dan Siam daripada dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.

41

12.

Bincangkan dasar luar Myanmar dan Vietnam antara tahun 1949 hingga 1963. (3/2 markah)

Pendahuluan

Dasar luar merupakan instrumen bagi sebuah negara berinteraksi dengan negara lain. Dasar ini memperlihatkan sikap sesebuah negara samada ingin memainkan peranan aktif atau pasif dalam dunia dan kecenderungan pro barat atau pro komunis.Bagi Myanmar yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1948 mempunyai persamaan dengan negara jirannya India iaitu, mengamalkan dasar berkecuali. Dasar ini dilaksanakan demi menjaga kepentingan dan kedaulatan negaranya. Manakala Vietnam pula setelah menghadapi pergelutan antara rakyat Vietnam dan sesama kumpulan rakyat akhirnya merdeka pada 8 Mei 1954 dengan pembahagian Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Pada 1955, Vietnam Utara dikuasai oleh komunis yang diiktiraf oleh Rusia dan China. Vietnam Selatan bebas dari komunis. Bermula dari kemerdekaan itu bermulalah kedua-dua negara melaksanakan dasar luar mereka. Isi (20 markah) 1. Myanmar (10 markah) Menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam Perang Korea, Myanmar turut memainkan peranan dan bekerjasama dengan PBB, iaitu terlibat secara tidak langsung dalam Perang Korea. Myanmar telah bekerjasama dengan PBB, untuk mencegah pencerobohan Korea Utara terhadap Korea Selatan. Dalam menyelesaikan masalah sempadan dengan China, Myanmar telah mendapatkan bantuan PBB untuk memindahkan tentera-tentera Kerajaan Nasionalis China di sempadan Myanmar kembali ke China. Polisi luar negara Myanmar adalah dasar berkecuali terutama dalam menghadapi pertelingkahan Blok Barat dengan Blok Komunis dan telah menolak penyertaan dalam pertubuhan SEATO. Myanmar di bawah Perdana Menteri U Nu telah menjalinkan hubungan erat dengan banyak negara terutamanya negara-negara jiran. Myanmar turut mengambil beberapa langkah perdamaian:

42

a. Mengakui kedaulatan / mengiktiraf Republik Rakyat China pada tahun 1949. b. Membuat perjanjian persahabatan dengan Indonesia, India dan Pakistan. c. Membuat lawatan muhibbah ke Bangkok pada 1954 dan turut meminta maaf kepada Thailand atas sikap agresif Myanmar pada masa dahulu. d. Myanmar turut mengutuk keganasan yang dilakukan oleh Rusia ke atas Hungary serta serangan sekutu Britain terhadap Mesir pada tahun 1956 selaras dengan piagam PBB,iaitu memelihara keamanan sejagat. Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China, India, Amerika Syarikat dan negara-negara Asia Tenggara. Merupakan bekas tanah jajahan British dan dengan itu Myanmar turut menyertai pertubuhan Komanwel.

2. A.

Vietnam ( 10 markah ) Vietnam Utara ( 5 markah )

Keengganan Perancis menyerahkan kuasa menyebabkan Jepun telah menyerang


sempadan Vietnam dan mengebom pelabuhan HaiPong pada 22 September 1940. Pada bulam Mac 1945, Jepun hampir kalah dan telah melucutkan senjata pihak Perancis. Tentera Jepun telah mewujudkan sebuah kerajaan boneka dengan melantik Maharaja Bao Dai dari Annam sebagai pemerintah.Namun begitu Bao Dai telah digulingkan oleh golongan revolusioneri Vietnam yang telah masuk dari bahagian utara China untuk menguasai Hanoi.

Pada 2 September 1945, Liga Kemerdekaaan Vietnam ( Viet Minh) yang dipimpin
oleh Nguyen Ai Quoc ( Ho Chi Minh) telah mengisytiharkan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi. Pada 19 Disember 1946, tentera Viet Minh menyerang tentera Perancis sehingga membawa kepada peperangan yang berlanjutan sehingga Julai 1954. Pada 8 Mac 1949, Perancis telah meminta bantuan Bao Dai supaya Tongking, Annam dan Cochin-China dijadikan sebuah negara. Persetujuan telah dicapai untuk mendefinisikan Vietnam sebagai Merdeka dalam Kesatuan Perancis.Pertempuran terus berlaku antara Perancis dan Republik Demoktratik Vietnam, namun usaha Perancis menemui kegagalan. Peperangan dimenangi oleh Vietnam Utara setelah berjaya menawan Dien Bien Phu pada 1954. Pada tahun 1960, kerajaan Vietnam Utara telah menyokong secara aktif pemberontakan Pathet Lao di negara jiran Laos dengan memberi bantuan ketenteraan dan pakar peperangan. Vietnam Utara juga telah memberi bantuan yang serupa kepada pemberontakan di Vietnam Selatan.

43

Pengunduran tentera Perancis dari Haipong pada bulan Mei 1955 membolehkan Vietnam Utara menguasai negara dengan sepenuhnya. Pada tahun 1959, kerajaan China menghulurkan pinjaman kepada Vietnam Utara berjumlah 300 juta Yuan dan geran sebanyak 100 juta Yuan. Pada akhir 1962, Blok Soviet telah mengeluarkan pinjaman berjumlah 1 bilion kepada kerajaan Vietnam Utara.(Viet Cong)

Tiga perempat daripada perdagangan Vietnam Utara adalah dengan negara-negara


komunis iaitu China, Czechoslovakia dan Russia. Selain itu, Vietnam utara juga mempunyai hubungan dagang dengan Korea Utara, Jerman Timur, Poland,Hungary, Romania, Jepun, Mongolia dan Hong Kong. Vietnam Utara bukan anggota PBB dan Blok Afro-Asia walaupun pernah menghadiri persidangan di Bandung pada 1955.Pimpinan Vietnam Utara iaitu Ho Chi Minh telah merapatkan hubungan luar dengan negara-negara Asia lain seperti India dan Indonesia melalui lawatan rasmi.Kerajaan Vietnam Utara berusaha mengwujudkan dasar berbaik-baik Vietnam Utara dengan negara-negara baru Afrika. Pada 1961 Suruhanjaya Persahabatan Vietnam Utara telah melawat Guinea, Mali, Morocco dan Tunisia. B. Vietnam Selatan ( 5 markah ) Vietnam Selatan merupakan anggota Kesatuan antara Parlimen. Persidangan Solidariti Afro-Asia, Konsul Rancangan Colombo dan Suruhanjaya Beras Antarabangsa.

Vietnam Selatan turut menerima bantuan ekonomi daripada kuasa-kuasa Barat.


Sokongan terhadap pemimpin Vietnam Selatan iaitu Diem oleh Amerika Syarikat bermula pada tahun1954. Hubungan antara Diem-Amerika Syarikat sangat menarik kerana kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain. Bagi Amerika Syarikat, Diem adalah kunci kepada pembentukan sebuah negara Vietnam yang bukan komunis di samping untuk mengukuhkan pengaruh Ameriaka di Indo China. Amerika Syarikat misalnya menperuntukan bantuan ekonomi dan teknikal berjumlah 700 juta dolar kepada Vietnam Selatan di antara tahun 1954 hingga tahun 1962. Perancis pula memberi bantuan berjumlah 14.5 bilion Frans dan untuk program pelarian berjumlah 14 juta dolar bagi tempoh 1957 hingga 1961.Vietnam juga menerima bantuan teknikal dan material daripada negara lain dari agensi-agensi PBB. Menurut syarat-syarat Perjanjian Pemulihan pada Mei 1959 dengan Jepun, Vietnam Selatan akan menerima sejumlah 39 juta barangan dan perkhidmatan selama lima tahun dan pinjaman sebanyak 16.6 juta dolar.

44

Kesimpulan ( 2/3 Markah) Myanmar dan Vietnam telah menggunakan pelbagai pendekatan dalam hubungannya dengan negara luar untuk kepentingan bersama sama ada di peringkat dunia, serantau dan antarabangsa bagi menjamin kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Vietnam Utara mendapat dokongan negara-negara blok komunis manakala Vietnam Selatan dibantu oleh PBB dan Amerika Syarikat . Dasar yang cenderung kepada ideologi blok ini menjadi trend bagi negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan.

45

You might also like