Booklet 1Malaysia

1 MA L AY S I A 1

2 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 3
MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
1 1 MA L AY S I A
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
1 MA L AY S I A 5
Disediakan oleh
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Reka Bentuk Kulit dan Reka Letak oleh
World Communications Network Resources
Diterbitkan oleh
Jabatan Penerangan Malaysia
Komunikasi dan Kebudayaan
Kementerian Penerangan
B.K005 (B.M) OGOS 2009 (050)
Laman Web: http://www.penerangan.gov.my
e-mel: webmaster@penerangan.gov.my
MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
6 1 MA L AY S I A
7 Pengenalan
8 Defnisi
10 Perbezaan Antara Konsep 1Malaysia
dengan Konsep Malaysian Malaysia
12 Konsep 1Malaysia
13 Hubungan Konsep 1Malaysia dengan
Dasar-dasar Kerajaan Terdahulu
14 Matlamat
Huraian
17 3 Prinsip Teras 1Malaysia
19 Nilai-nilai 1Malaysia
31 Kesimpulan
KANDUNGAN
1 MA L AY S I A I
1. PENGENALAN
• Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia
ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun
strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada
arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa
penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi
keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira
keturunan dan anutan agama, perlu bertindak
sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang
berfkir dan bertindak ke arah mencapai matlamat
yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih
maju, selamat, aman dan makmur serta mampu
bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
• Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya
tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang
dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang
sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan
Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep
ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan
sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip
Rukun Negara.
1 MA L AY S I A I
8 1 MA L AY S I A
• Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan
hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai
kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.
Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh
semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

2. DEFINISI
• Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfkir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-
tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan
etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar
afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan
dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan
kepada golongan Bumiputera yang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada
kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak
dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama”.
8 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 9
2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan
kesimpulan berikut :
• Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara
dan pemimpin memainkan peranan masing-
masing.
“Kita berdiri, berfkir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat
daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfkir
melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka
juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi
tembok kepentingan etnik dan kaum.

• Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak
wajar hanya berfkir dalam skop bangsanya
sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya
membataskan tindakan mereka kepada perkara-
perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.
Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka
perlu melakukan perkara yang sama.
• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-
tindakan berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus
dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.
Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak
rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.
1 MA L AY S I A 9
10 1 MA L AY S I A
• Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep
1Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak
kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam
bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan
negara melayani kehendak dan keperluan setiap
etnik melalui wakil kaum masing-masing.
• Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri
mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi
sempadan kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP
1MALAYSIA DENGAN KONSEP
MALAYSIAN MALAYSIA
• Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang
dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki
kelainan seperti berikut:
• 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan
rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah
identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian
Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu
menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan
10 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 11 1 MA L AY S I A 11
yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam
konsep Malaysian Malayisa diambil secara membuta
tuli dengan mengambil konsep kesamarataan
versi total.
• Di samping menjaga kepentingan semua kaum,
konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi
dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan
Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada
kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan
sejarah negara Malaysia.
• Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan
1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang
diamalkan di negara-negara lain di mana identiti
kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan
satu identiti nasional yang sama.
• Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati
prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta
identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan
menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan
yang patut dibanggakan.
• 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di
kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu
kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya
agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam
satu negara.
12 1 MA L AY S I A
4. KONSEP 1MALAYSIA
• Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau
gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep
1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam
bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-
pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan
lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi
kepentingan rakyat.
• Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip
keadilan untuk semua kaum, yang membawa
maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela
dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan
kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-
peruntukan Perlembagaan yang memberikan
pembelaan kepada golongan yang memerlukannya,
akan tetap dilaksanakan.
• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina
negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara,
rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan
antara kaum, yang membawa kepada perpaduan
yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih
lancar.
12 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 13
5. HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA
DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN
TERDAHULU

• Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-
dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB
Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep
1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian
Diutamakan, adalah kesinambungan daripada
dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu.

• Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah
lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan
menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah
dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
• Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara
telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana
Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri
mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya
tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.
1 MA L AY S I A 13
11 1 MA L AY S I A
6. MATLAMAT
• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan
meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian
yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta
rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai
bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang
cabaran.
• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras
utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan
bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia
bertujuan menyemarakkan semula semangat
perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat
Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu
dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang
membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan
negara akan berjalan dengan lebih lancar.
7 HURAIAN

• 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia
dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara
asas yang perlu diwujudkan dalam semangat
11 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 15 1 MA L AY S I A 15
perpaduan adalah perasaan hormat menghormati,
keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara
kaum.
• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat
yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas
dan amanah amat penting untuk melaksanakan
tanggungjawab kepada negara.

• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak
mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.
Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki
kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur
strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan
tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling
ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara
memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi
kepentingan dan kemajuan negara.
• Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra
rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga
dan kewangan serta mengetepikan kepentingan
peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja
16 1 MA L AY S I A 16 1 MA L AY S I A
dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan
mendapat sokongan dan dihormati oleh semua
lapisan masyarakat.
7.2 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat
yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas
dan amanah amat penting untuk melaksanakan
• Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan
kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia
merupakan sebuah negara untuk semua rakyat,
tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman
politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa
mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya
perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam
masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan
daripada menikmati pembangunan dan mendapat
pembelaan kerajaan yang sewajarnya.
• 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan
negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang
mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara
satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai integriti,
kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
1 MA L AY S I A 1I
8. 3 PRINSIP TERAS 1MALAYSIA

• 1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam
memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL

8.1 PRINSIP PENERIMAAN
• Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia
mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan
yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu
sama lain sebagai rakan setia.

8.2 PRINSIP KENEGARAAN
• Konsep perpaduan, semangat nasionalisme
dan cintakan negara telah diterapkan semenjak
dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan
yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan
1 MA L AY S I A 1I
• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami
dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu
budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan
dan integriti.
18 1 MA L AY S I A 18 1 MA L AY S I A
• Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya
adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang
kaum di negara ini.
• Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal
dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk
memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga
diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
• Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj
Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020
dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di
kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
8.3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL
• Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar
belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik
mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial
yang penting.
Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi
mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada
penjajah British untuk Tanah Melayu.
1 MA L AY S I A 19
• Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat
bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing
dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-
kaum lain.
• Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai
prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi
mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang
keterlaluan dan bukan-bukan.
9. NILAI-NILAI 1MALAYSIA
• Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep
1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fkiran
dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:
• Budaya kecemerlangan
• Ketabahan
• Rendah hati
• Penerimaan
• Kesetiaan
• Meritokrasi
• Pendidikan
• Integriti
1 MA L AY S I A 19
20 1 MA L AY S I A 20 1 MA L AY S I A
9.1 BUDAYA KECEMERLANGAN
• Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi
tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan
serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan
pencapaian masyarakat dan negara bergantung
setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan
oleh rakyatnya.
• Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap
perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai
tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh
tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang
berdaya maju.
• Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan
dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran
tahap pencapaian atau kemajuan.
• Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan
kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa
amat penting dalam menentukan kemajuan dan
penerimaan orang lain terutama apabila berurusan
dengan pihak-pihak luar negara.
• Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan
kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan
kecemerlangan dan kejayaan.
1 MA L AY S I A 21
• Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting
dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang
diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja
keras.
• Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai
negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan
dalam segala bidang terutama dalam sistem
perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
9.2 KETABAHAN
• Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja
memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan
untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya
tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
• Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan
dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
• Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi
serta tabah menghadapi segala rintangan dan
dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai
sesuatu matlamat.
• Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi
wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan
kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang
terdahulu.
1 MA L AY S I A 21
22 1 MA L AY S I A 22 1 MA L AY S I A
9.3 RENDAH HATI
• Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting
untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan
dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan
sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang
yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi
bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.
• Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita
tunduk atau mengalah dengan orang lain.
• Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki
tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara
yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
• Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu
dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya
secara positif.
• Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan
kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan
berjaya.
• Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang
berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan
perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
• Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh
perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat
dan negara.
1 MA L AY S I A 23 1 MA L AY S I A 23
• Masyarakat Malaysia amat menghormati serta
menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai
kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh
terhadap sesuatu prinsip.
• Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan
masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
• Apabila berada di luar negara serta berurusan
dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu
dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan
dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi
bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
9.4 PENERIMAAN
• Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua
perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan
mahupun pel aksanaan. Peneri maan akan
memperlihatkan perlakuan yang positif menerima
sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang
ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi
pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara
terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku
apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya
diterima dengan ketidakjujuran.
• Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima
apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan
secara bersama.
21 1 MA L AY S I A 21 1 MA L AY S I A
• Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang
terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah
negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik
daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain
perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan
daripada masyarakat negara ini.
• Semua program dan peruntukan kewangan daripada
kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh
dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan,
lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan
fahaman politik.
• Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa,
subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu
adil mencerminkan keperluan 1Malaysia.
• Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina
dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh
keupayaan peribadi dan bakat seseorang.
9.5 KESETIAAN
• Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua
keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat
oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan
kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri.
1 MA L AY S I A 25 1 MA L AY S I A 25
• Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam
sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan,
keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.
• Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan
kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan
tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami
kehancuran.
• Kesetiaan akan membina kepercayaan dan menjalin
satu ikatan antara dua pihak.

• Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan
perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap
perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga
atau pemimpin.
• Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima
dalam perhubungan bagi menjamin kejayaan.
Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau
kekurangan adalah lambang setia kawan.
• Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu
dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang
baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat
dibaiki untuk kebaikan bersama.
26 1 MA L AY S I A 26 1 MA L AY S I A
• Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu
menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur
atau dikritik.
• Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan
melaksanakan tugas dengan cemerlang.
• Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu
berasaskan kepada keupayaan, pencapaian
dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap
perhubungan.
• Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli
tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.
• Perhubungan yang berasaskan kepada cara
mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan
oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

9.6 MERITOKRASI

• Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu
diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan
mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi
peluang untuk memacu pembangunan negara.
1 MA L AY S I A 2I
• Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang
bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat
yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan
perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab
Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
• Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka
berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan
sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria
tersebut berhak dipilih.
• Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan
berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan
memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua
bidang.
• Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan
syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui
tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah
memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
• Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi
khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan
melalui persaingan yang menitikberatkan kepada
setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi
masing-masing dan memberi tawaran terbaik
merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil
yang dijanjikan.
1 MA L AY S I A 2I
28 1 MA L AY S I A 28
1 MA L AY S I A 29 1 MA L AY S I A
• Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa
mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan
aktiviti bersama.
• Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat
Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/
liberalisasi.
9.7 PENDIDIKAN
• Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat
penting untuk mana-mana negara mencapai
kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah
berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan
dan berpengetahuan mengatasi kekuatan
ketenteraan.
• Negara perlu memiliki masyarakat yang
mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari
segala-galanya.
• Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat
Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa
terbuka.
• Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula
untuk memasukkan sekolah vernakular.
1 MA L AY S I A 29 28
1 MA L AY S I A 29 1 MA L AY S I A
• Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran
hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang
perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.
• Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan
berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan
yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan
kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
9.8 INTEGRITI
• Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk
mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai
ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada
pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira
kedudukan.
• Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu
tindakan dan percakapan.
• Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan
itu pahit dan sukar diterima.
• Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara
atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki
bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
30 1 MA L AY S I A
• Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang
dituntut semua agama. Memungkiri janji boleh
mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
• Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang
terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh
sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu
dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan
kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
• Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan
tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran
tidak sah.
• Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala
tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu
diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat
ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok
tertentu perlu dijauhi.
• Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama
integriti dalam semua aspek dan khidmat yang
diberi.
30
1 MA L AY S I A 31 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 31
10. KESIMPULAN
• Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk
memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih
erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip
Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat
menghormati dan sikap saling mempercayai antara
kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan
bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan
kepentingan negara.
• Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka
adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara
kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang
akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan
dan pembelaan daripada kerajaan.
• Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan
rakyat Malaysia dengan fkiran dan tindakan yang
menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.
Melalui konsep ‘1Malaysia’ tidak akan wujud
perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana
kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia
dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju
dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

30
1 MA L AY S I A 31 1 MA L AY S I A
32 1 MA L AY S I A
• Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara
berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting
terutama dalam era globalisasi yang membenarkan
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja
maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem
nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Keupayaan membina negara bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan,
dedikasi dan kesetiaan.

• Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu
mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu
kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense
of belonging) bagi menjayakan konsep ini.
Sumber:

www.1Malaysia.com.my
Akhbar-akhbar tempatan
32
1 MA L AY S I A 33 1 MA L AY S I A
CATATAN
32
1 MA L AY S I A 33 1 MA L AY S I A
31 1 MA L AY S I A
CATATAN
Harapan,
Malaysia
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
DITERBITKAN OLEH :
Jabatan Penerangan Malaysia BK005 (B.M) Jun 2009 (050)
Laman Web : HYPERLINK • http://www.penerangan.gov.my
Email : webmaster@penerangan.gov.my



1 M A L AY S I A

MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

1 M A L AY S I A 

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. rakyat Malaysia. MAKA KAMI. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan  1 M A L AY S I A . Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak. Memelihara satu cara hidup demokratik.

gov.MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Disediakan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara Reka Bentuk Kulit dan Reka Letak oleh World Communications Network Resources Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan B.my 1 M A L AY S I A  .K005 (B.my e-mel: webmaster@penerangan.penerangan.gov.M) OGOS 2009 (050) Laman Web: http://www.

KANDUNGAN 7 8 10 12 13 14 17 19 31 Pengenalan Definisi Perbezaan Antara Konsep 1Malaysia dengan Konsep Malaysian Malaysia Konsep 1Malaysia Hubungan Konsep 1Malaysia dengan Dasar-dasar Kerajaan Terdahulu Matlamat Huraian 3 Prinsip Teras 1Malaysia Nilai-nilai 1Malaysia Kesimpulan  1 M A L AY S I A .

tanpa mengira keturunan dan anutan agama. Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. termasuk dalam bidang sosial. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Bagi menghadapi keadaan ini. memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Pencapaian Diutamakan”. aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. • 1 M A L AY S I A  . seluruh rakyat Malaysia. • PENGENALAN Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini. perlu bertindak sebagai satu bangsa. yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju.1. selamat. yakni Bangsa Malaysia. maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan. ekonomi dan politik.

jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak. dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.• Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran. Konsep ini juga. • DEFINISI Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri. 2.  1 M A L AY S I A . yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif. kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

“Kita berdiri. mereka perlu melakukan perkara yang sama. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia. bangsa Melayu sebagai contoh. berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. • 1 M A L AY S I A  . • Justeru. Sementara ayat “dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkaraperkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. dapat dirumuskan kesimpulan berikut : Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masingmasing.2.1 • Berdasarkan penjelasan di atas. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain.

• Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1Malaysia “Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan 1 M A L AY S I A • • 0 . PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing. • Melalui konsep 1Malaysia. konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut: 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. 3.

• Di samping menjaga kepentingan semua kaum. dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1 M A L AY S I A • • •  . Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malayisa diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia. konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia.yang wujud itu. di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara. maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum. Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpinpemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap. yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Apabila perpaduan dicapai. yang membawa kepada perpaduan yang utuh. rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu.4. 1 M A L AY S I A • •  . 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Oleh itu. amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Sebaliknya Konsep 1Malaysia “Rakyat didahulukan. akan tetap dilaksanakan. dasar-dasar kerajaan dan peruntukanperuntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya. • KONSEP 1MALAYSIA Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru.

merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan.5. • • • 1 M A L AY S I A  . Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Rakyat Didahulukan. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia. Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri. Sebaliknya 1Malaysia. namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri seterusnya. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Pencapaian Diutamakan. HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasardasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.

dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum. • • 7 • HURAIAN 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Apabila perpaduan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Untuk mencapai kemajuan bagi negara. • MATLAMAT 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat 1 M A L AY S I A  . maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.6. rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu.

1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam. • 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.perpaduan adalah perasaan hormat menghormati. bercakap benar. Pemimpin yang bekerja • • • 1 M A L AY S I A  . Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa. berkebolehan. keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. telus. azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Dalam hal ini sifat jujur. mengatur strategi. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang.

Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti. telus. agama. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat. ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. budaya serta fahaman politik. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya. bercakap benar. tanpa mengira kaum. berkebolehan. kebolehan. 7.2 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. • •  1 M A L AY S I A .dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. dedikasi dan kesetiaan. Dalam hal ini sifat jujur.

ketabahan. rendah hati. kesetiaan. • 3 PRINSIP TERAS 1MALAYSIA 1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu: PRINSIP PENERIMAAN PRINSIP KENEGARAAN PRINSIP KEADILAN SOSIAL 8. penerimaan. PRINSIP KENEGARAAN Konsep perpaduan. amalan dan kebudayaan yang berbeza. semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan 8. 8. iaitu budaya kecemerlangan.2 • 1 M A L AY S I A  .• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia. meritokrasi.1 • PRINSIP PENERIMAAN Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup. tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. pendidikan dan integriti.

• Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.3 •  1 M A L AY S I A . Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. • • 8. PRINSIP KEADILAN SOSIAL Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang.Cheng Lok dan Tun V.

• NILAI-NILAI 1MALAYSIA Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. • 9. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan. setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaumkaum lain. Lapan nilai tersebut adalah: • • • • • • • • Budaya kecemerlangan Ketabahan Rendah hati Penerimaan Kesetiaan Meritokrasi Pendidikan Integriti 1 M A L AY S I A  .• Melalui Konsep 1Malaysia.

Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. • • • • 0 1 M A L AY S I A . Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara. jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan. Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.1 • BUDAYA KECEMERLANGAN Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi.9. Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan pengukuran. Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.2 • • • •  . dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. komitmen dan bekerja keras. 1 M A L AY S I A • 9.• Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi. KETABAHAN Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan.

1 M A L AY S I A • • • 9. pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Sikap mudah mengalah. kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Dalam menangani kegagalan. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. masyarakat dan negara. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.3 • • •  .• Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya secara positif. RENDAH HATI Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri.

• Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar. keadaan dan tempat di mana kita berada. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. PENERIMAAN Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. 1 M A L AY S I A • • 9. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa.4 • •  . sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan.

5 •  .• Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. KESETIAAN Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. lapisan masyarakat. etnik. prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. subsidi. 1 M A L AY S I A • • • 9. Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang. biasiswa. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu. bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan. kaum. Semua peluang seperti pendidikan. Cina. India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. agama dan fahaman politik.

keluarga atau pemimpin. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.• Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan. • • • • • 1 M A L AY S I A  . Kesetiaan akan membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama. keteguhan. kejayaan dan kecemerlangan. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menjamin kejayaan.

MERITOKRASI Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. tidak mahu ditegur atau dikritik.• Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.6 •  1 M A L AY S I A . Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. • • • • 9. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan. Dalam pemilihan syarikat. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran terbaik merangkumi harga. pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. pemberi khidmat. estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut. kontraktor. Dalam aspek pemerolehan kerajaan. produk. pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi.• Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman. • • • • 1 M A L AY S I A  .

Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Semua aliran. PENDIDIKAN Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.7 • • • • •  1 M A L AY S I A . Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. 9. sama ada Sekolah Kebangsaan. Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.• Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/ liberalisasi. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. • 9. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.• Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia. INTEGRITI Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.8 • • • • 1 M A L AY S I A  .

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Sifat ingin mengutamakan diri. Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.• Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. • • • • 0 1 M A L AY S I A . Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. • KESIMPULAN Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama.10. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. • • 1 M A L AY S I A  . Melalui konsep ‘1Malaysia’ tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

dedikasi dan kesetiaan.com. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. Sumber: www. kebolehan. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti. modal serta manusia tetapi juga sistem nilai.• Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat.my Akhbar-akhbar tempatan •  1 M A L AY S I A . budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.1Malaysia.

CATATAN 1 M A L AY S I A  .

CATATAN  1 M A L AY S I A .

. Pencapaian diutamakan Harapan.Malaysia Rakyat didahulukan.

DITERBITKAN OLEH : Jabatan Penerangan Malaysia BK005 (B.gov.penerangan.my Email : webmaster@penerangan.my .gov.M) Jun 2009 (050) Laman Web : HYPERLINK • http://www.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful