1

PENYEWAAN TANAH WAKAF DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARAK DAN
AMALANNYA DI MALAYSIA
1


Mohd Afendi Mat Rani
2

Huzaimah Ismail
3

Che Zuina Ismail
4


Abstrak

Penyewaan tanah wakaf dari perspektif hukum syarak dan undang-undang
di Malaysia tidak banyak dibincangkan oleh para sarjana tempatan di
Malaysia. Namun, hasil daripada kajian mendapati terdapat pelbagai isu
dan permasalahan yang berbangkit dari aspek penyewaan sama ada dari
segi konsep penyewaan tanah wakaf, kadar nilaian sewaan semasa, undang-
undang pelanggaran perjanjian sewaan dan lain-lain. Justeru, penulisan ini
cuba untuk membincangkan tentang konsep penyewaan tanah wakaf dari
perspektif hukum syarak dan amalan perundangannya di Malaysia.
Bbeberapa cadangan penyelesaian juga dikemukakan sebagai
penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi
wakaf sebagai penggerak ekonomi ummah dan negara di Malaysia.


1.0 Pendahuluan

Hukum syarak telah menetapkan bahawa harta yang diwakafkan hendaklah diurus dan
ditadbir oleh pihak yang bertanggung jawab bagi mengawal selia dan menjaga
kemaslahatan harta wakaf agar ia dapat disalurkan kepada pihak yang benar-benar
berhak menerimanya.
5
Di dalam Islam seseorang yang dilantik untuk mentadbir harta
wakaf atau pemegang amanah dikenali sebagai “al-Mutawalli”.
6
Al-Mutawalli adalah
terdiri daripada orang atau badan yang mempunyai kemampuan, amanah dan berupaya

1
Kertas Kerja Seminar Syariah dan Undang-undang, Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
pada 2 November 2010
2
Pensyarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Selangor, Ph.D
3
Pensyarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Selangor, Prof. Madya
4
Pensyarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Cawangan
Johor
5
Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah,
Kaherah: Dar al-Jami„ah, hlm.687
6
Al-Baghdadi, Abu Muhammad Ghanim b. Muhammad (1999), Majma‘ al-Damanat fi Madhhab al-
Imam al-A‘azam Abi Hanifah al-Nu‘man, cet.1, jld.2, Dar al-Salam, hlm.687
2
melaksanakan apa yang dihajati oleh pewakaf.
7
Tugas-tugas utama al-Mutawalli adalah
menjaga dan memelihara serta membangunkan tanah yang diwakafkan, mengutip hasil
wakaf dan seterusnya mengagihkan kepada benefisiarinya yang berhak serta
memeliharanya dengan sebaik mungkin daripada sebarang kehilangan dan kerosakan,
sebagaimana yang disyaratkan oleh pewakaf.
8


2.0 Penyewaan Harta Wakaf Dari Perspektif Hukum Syarak

Kaedah penyewaan harta wakaf (ijarat al-waqf) merupakan antara mekanisme
pengembangan harta wakaf yang diterima oleh para ulama.
9
Kaedah daripada aspek
kewangan ini boleh dipraktikkan bagi memberi kemanfaatan kepada benefesiari.
Meskipun harta wakaf tersebut menjadi subjek penyewaan, namun kualitinya hendaklah
dijamin selama mana urusan berkenaan dilaksanakan. Prinsip dan peraturan asas
pewakafan yang bertujuan memberikan kemanfaatan kepada benefesiari hendaklah
dititikberatkan, di samping urusan penyewaan yang berteraskan perundangan Islam
dilaksanakan.
10
Pengecualian diberikan kepada institusi masjid selaras dengan
prinsipnya sebagai tempat untuk menunaikan solat dan sebarang bentuk amalan
keagamaan.
11
Mekanisme ini dilaksanakan merujuk kepada tujuan (niat) pewakaf ketika
pewakafan hartanya dibuat, samada untuk pembiayaan pendidikan, masjid, sekolah atau
apa sahaja selagi mana ia bersesuaian dengan perundangan Islam. Aspek pengurusan
dalam merealisasikan pengembangan harta wakaf melalui penyewaan ini diamanahkan
kepada nazir (mutawalli) sebagai pentadbir wakaf. Pelaksanaan penyewaan harta wakaf
ini hendaklah dilakukan secara berhemah dan dengan penuh tanggungjawab demi
membangunkan harta wakaf tersebut. Perkara ini telah ditegaskan oleh Zakariyya al
Ansari dari mazhab Shafi‟i, dalam satu komentarnya, agar pemegang amanah (nazir)
dapat melaksanakan tanggungjawab dengan serius dan berintegriti bagi mengelakkan
perlakuan yang tidak jujur atau pecah amanah.
12


Meneliti kepada perbincangan para ulama empat mazhab, penyewaan harta wakaf boleh
dibuat dalam dua keadaan iaitu secara penyempurnaan syarat waqif, dan kedua
bergantung kepada keperluan yang dinyatakan
13
. Bagi syarat yang pertama, nazir

7
„Ala‟ al-Din Muhammad b. „Ali al-Haskafi (t.t), hlm.584)
8
Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya, 2000, hlm.411
9
Al-Ra‟y, Hilal bin Yahya bin Muslim (1355H ), Kitab Ahkam al-Waqf. Hyderabad : Dar al-Ma‟arif,
h.206; Al Nawawi, Abi Zakariyya Muhyi al-Din b. Sharaf (t.t), Kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab li al-
Sharazi, j. 16. T.T.T. : Dar Ihya al-Turath al-„Arabi, h.333 ; Al-Maqdisi, Shams al-Din „Abd al-Rahman
b. Abi „Umar (t.t.), al-Sharh al-Kabir, jilid 6. „Amman: t.pt., h.43.
10
Muhammad „Ufayfi (1991), Al-Awqaf wa al-Haya al-Iqtisadiyya. Egypt : t.pt., h.145.
11
Salim Hariz (1994), Al-Waqf. Beirut : Al-Jami‟at al-Lubnaniyya, h.160.
12
Ibn Abidin, Muhammad Amin (1994), Radd al-Mukhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar Sharh Tanwir al-
Absar, Jilid 6. Beirut : Dar al-Kutub. h.569; Al-Ansari, Zakariya (t.t.), Hashiya al-Jamal ‘ala Sharh al-
Manhaj, Egypt : Matba‟ah Mustafa Muhammad, h.589; Hamilton, Charles (t.t.), The Hedaya or Guide :
A Commentary on The Mussulman Laws. Lahore : Premier Book House, h.237.
13
Ibn Abidin (1994), op.cit., h.608; Al-Dardir, Ahmad bin Muhammad bin Ahmad (1988), Al-Sharh al-
Saghir, Jilid 2. Beirut : Dar al-Ma‟rifah, h.307; Al Ramli, Shams al-Din Muhammad Abi al-„Abbas
Ahmad b. Hamzah (t.t.), Nihaya al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj,jld.5. Kaherah : Dar al-Fikr. h.389;Al-
3
hendaklah mengenalpasti segala syarat-syarat yang dikehendaki oleh pewakaf
sebagaimana yang termaktub dalam niat pewakafan. Seterusnya sebagai pemegang
amanah harta wakaf tersebut, nazir akan menguruskan proses penyewaan harta seperti
tempoh dan kadar sewaan yang dikenakan bagi kepentingan benefesiari.
14
Bagi
merealisasikan maksud tersebut, nazir mestilah mendetailkan segala syarat-syarat
penyewaan harta wakaf di dalam kontrak penyewaan sebagaimana hasrat asal pewakaf.
Sebagai contoh, sekiranya pewakaf telah mensyaratkan harta itu disewakan secara
tahunan, nazir mestilah memasukkan klausa di dalam kontrak penyewaan. Tempoh
penyewaan yang dibenarkan adalah dalam jangka masa yang tidak terlalu panjang.
Dalam masa yang sama, apa-apa percanggahan yang berlaku dan tidak bertepatan
dengan syarat yang dikehendaki oleh pewakaf maka kontrak penyewaan tersebut adalah
terbatal.

Dalam kes di mana tidak ada apa-apa syarat yang diletakkan atau penyataan yang tidak
jelas daripada pewakaf, nazir berhak membuat keputusan samada menyewakannya atau
tidak. Ianya berdasarkan kepada keperluan atau maslahah ke atas harta itu.
15
Dalam
situasi ini, nazir tidak dianggap sebagai mengingkari syarat kerana tindakannya
berdasarkan kemaslahatan. Sekiranya harta tanah tersebut tidak disewakan, maka tidak
berlaku apa-apa pengembangan dan pembangunan ke atas harta wakaf tersebut. Sudah
tentu hasrat pewakaf mewakafkan hartanya demi mendekatkan diri kepada Allah tidak
akan kesampaian justeru ia tidak dimanfaatkan. Antara keadaan yang membolehkan
harta wakaf disewakan ialah seperti rumah yang memerlukan kepada pembaikian.
Dalam kes ini, rumah itu boleh disewakan dan hasilnya boleh digunakan untuk
membiayai kerja-kerja pembaikian. Bagi mencapai maksud tersebut, nazir akan
menggunakan budi bicaranya dalam proses penyewaan dan pemulihan harta wakaf
selaras dengan hasrat pewakaf dan kemanfaatan yang akan diperolehi oleh benefesiari.
16


3.0 Tempoh Penyewaan

Menurut majoriti ulama, apabila pewakaf bertindak sendiri sebagai nazir, maka dia
boleh menyewakan harta wakaf untuk tempoh seberapa lama yang diinginkan.
17
Tidak
ada tempoh tertentu yang dihadkan kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
pewakafannya. Walaubagaimanapun sekiranya nazir yang dilantik itu bukan pewakaf
dan hanya bertindak sebagai pemegang amanah, keadaan ini menjadi berbeza. Kontrak
sewa yang dibuat mestilah selaras dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
pewakaf. Walau bagaimanapun, para ulama menerima tindakan nazir yang

Bahuti, Mansur bin Yunus bin Idris (1982), Kashshaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’, jld.4. Beirut : Dar al-
Fikr, h.259.
14
Al-Tarablusi, Burhan al-Din Ibrahim b. Musa b. Abi Bakr (1981), Al-Is’af fi Ahkam al-Awqaf, Beirut :
Dar al Raid al-‟Arabi. h.67; Al-Bahuti (1982), op.cit., h.259; Al-Syarbini, Muhammad al-Khatib (1958),
Mughni al- Muhtaj,jld.2. Beirut : Dar al-Turath al-„Arabi, h.385; Al-Qalyubi, Shihab al-Din Ahmad bin
Ahmad (t.t.), Hashiyatan, jld.4. Beirut : Dar al-Fikr, h.80.
15
Al-Tarabulsi (1981), op.cit., h.67; Al-Ansari (t.t.), op.cit. h.592.
16
Al-Ramli (t.t.), op.cit., jld.6,h.389; Al-Syarbini (1958), op.cit., jld.2, h.390; Al-Sawi, Ahmad bin
Muhammad (1988), Bulghat al-Salik li Aqrab al-Masalik, jld.2. Beirut : Dar al-Ma‟rifah, h.307.
17
Al-Tarabulsi (1981), op.cit., h.301.
4
memanjangkan tempoh sewaan sekiranya ia memberi kebaikan kepada mauquf, pewakaf
dan benefisiari.
18
Begitu juga sekiranya keadaan amat memerlukan nazir bertindak
sedemikian.
19
Namun sekiranya tindakan yang perlu dilakukan oleh nazir ke atas
kontrak penyewaan ini melampaui syarat-syarat yang dikehendaki oleh pewakaf, maka
pengesahan dan kebenaran qadi diperlukan.
20
Ini adalah kerana nazir hanya
melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh pewakaf.
Pandangan ini selaras dengan kefleksibilitian sistem perundangan Islam yang membuka
ruang seluas-luasnya kepada pengembangan harta wakaf selagi ia tidak bertentangan
dengan syarak. Ia adalah suatu yang praktikal untuk menjadikan pewakafan itu berfungsi
dan dalam masa yang sama harta wakaf dapat dimajukan.

Selaras dengan perkara ini, al-Bahuti melihat ianya perlu disokong oleh semua qadi iaitu
tempoh penyewaan terhadap mauquf tidak memerlukan kepada syarat yang telah
ditetapkan oleh pewakaf sekiranya keperluan penyewaan wujud.
21
Meskipun ia
melanggari syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pewakaf, namun kepentingan
kemaslahatan dalam mencapai objektif pewakafan itu perlu diutamakan selagi ia
bersesuaian dengan perundangan Islam. Pendapat dalam mazhab Hanafi dan Maliki
adalah bertentangan dengan pandangan di atas. Mereka menolak kefleksibilitian
mengenai tempoh penyewaan sesuatu mauquf. Mereka juga tidak menerima pandangan
yang mengatakan nazir atau qadi mempunyai kuasa mengikut pertimbangan sendiri
merujuk kepada tempoh sewa dalam kes yang dibincangkan di atas. Pendapat dua
mazhab ini ialah tempoh penyewaan hendaklah dihadkan dalam suatu jangka masa
tertentu.

Pandangan ulama terkemudian (al-mutaakhirun) dalam mazhab Hanafi menolak
pandangan ulama terdahulu (al-mutaqaddimun)
22
. Bagi mereka, tempoh penyewaan
mauquf perlu dihadkan dalam jangka masa tertentu sekiranya pewakaf tidak
menyatakannya dalam pewakafan yang dibuat. Menurut mereka tanah tidak boleh
disewa melebihi tiga tahun manakala rumah pula melebihi setahun. Alasan mereka ialah
tempoh sewa yang panjang boleh membawa kepada lupusnya pewakafan atau
mencetuskan kepada pemilikan semula harta wakaf tersebut. Ini amat bertentangan
dengan prinsip wakaf itu sendiri.
Pandangan lain pula menyatakan, jika tanah disewa untuk tujuan pertanian, pemberi
sewa mesti menyediakan kontrak sewa untuk tempoh yang diperlukan oleh penyewa
bagi mengusahakan tanah. Ini bergantung kepada keadaan semulajadi tanah. Sebagai
contoh jika keadaan fizikal tanah memerlukan setahun, kontrak penyewaan mesti dibuat
untuk tempoh sesuai bagi penyewa menyelesaikan kerjanya dan tidak boleh melebihi
tempoh yang dibenarkan. Abu Layth pula menyatakan, penyewaan harta wakaf sama ada
tanah atau rumah, hanya dibenarkan untuk tempoh tiga tahun
23
. Peraturan menghadkan
tempoh penyewaan ini sebenarnya manifestasi niat mereka untuk menjadikan harta

18
Ibid.,h.68.
19
Al-Bahuti (1982), op.cit., h.260.
20
Al-Tarabulsi (1981), op.cit., h.68.
21
Al-Bahuti (1982), op.cit.,h.260.
22
Al-Tarabulsi (1981), op.cit., h.301.
23
Ibid., h.67-68; Al-Dardir (1988), op.cit., jld.7, h.327.
5
wakaf eksklusif sebagai harta Tuhan. Faktanya ialah tiada dalil di dalam Quran atau
Hadis Nabi mengenai penghadan tempoh penyewaan ini. Asas pandangan mereka
hanyalah prinsip bahawa harta wakaf adalah milik Allah. Justeru, demi memelihara
prinsip ini, mereka berpendapat sepatutnya kontrak sewa perlu dihadkan dalam tempoh
tertentu. Jika tiada penghadan dibuat, ia mungkin tidak dilindungi. Lamanya tempoh
masa penyewaan dibimbangi akan membawa kepada tuntutan pemilikan atau apa-apa
tindakan yang tidak berasas oleh penyewa
.24
Perkara ini akan membawa kepada
berlakunya tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah ke atas harta wakaf tersebut. Oleh
kerana itulah maka penghadan ke atas tempoh penyewaan dibuat.

Perbincangan mengenai pembangunan harta wakaf ini turut dikupas oleh para ulama
mazhab Maliki. Mereka membezakan mengenai penyewaan harta wakaf ini kepada dua
kategori. Bagi tanah yang diwakafkan khusus kepada individu tertentu, tempoh
penyewaan yang dibenarkan hanya setakat dua atau tiga tahun. Sekiranya pewakafan
dibuat kepada kelompok yang lebih besar atau jumlah yang lebih ramai, ia dipanjangkan
sehingga empat tahun. Sewaan rumah pula hanya dihadkan selama setahun.
25
Alasan
tempoh penyewaan tanah lebih panjang kerana ia tidak mudah rosak sebagaimana yang
boleh berlaku kepada rumah.
26
Perkara ini bergantung kepada bentuk pewakafan yang
tidak mempunyai syarat-syarat nyata daripada pewakaf. Sebagaimana perbincangan
sebelumnya, pandangan ini adalah berdasarkan kepada saranan dan pendapat para ulama
ketika itu. Seterusnya ia telah menjadi amalan para qadi di Cordoba, justeru mereka
melihatnya sebagai suatu kemaslahatan dan keperluan semasa ketika itu.
27
Perkara ini
selaras dengan kaedah fiqh yang menyebut “polisi seseorang pemerintah berdasarkan
kepada keperluan (tasarruf al imam manut bi al maslahah)”
28
.

Pandangan dan amalan mengenai penyewaan harta wakaf sebagaimana yang telah
dibahaskan amat menarik kerana ia memperlihatkan tahap inovasi dan kreativiti para
ulama dalam membangun dan memajukan harta wakaf ketika itu. Namun penulis tidak
dapat mengesan perbincangan secara mendalam mengenai perkara tersebut berlaku
dalam mazhab Shafi‟i dan Hanbali. Peraturan mengenai sewaan menurut kedua-dua
mazhab ini ialah tempoh sewa boleh dipanjangkan seandainya pakar dalam bidang
tersebut mendapati ianya boleh memberi manfaat. Contoh yang diberi ialah sewaan
tanah boleh mencapai ratusan tahun, sementara pakaian sesuai untuk satu atau dua
tahun. Prinsip penyewaan ini jugalah yang digunakan untuk harta wakaf. Samada
panjang atau singkatnya jangka masa penyewaan bergantung kepada manfaat yang
diperolehi.
29
Kedua-dua mazhab ini tidak membincangkan apa-apa sekatan untuk
penyewaan harta wakaf sebagaimana perbahasan mengenainya daripada mazhab Hanafi

24
Al-Tarabulsi (1981), op.cit., h.67-68.
25
Al-Hattab, Abi „Abdillah Muhammad bin Muhammad bin „Abd al-Rahman (1992), Kitab Mawahib al-
Jalil, jld.6. T.T.T:Dar al-Fikr, h.47; Al-Dardir (1988), op.cit., jld.2, h.311.
26
Al-Dardir, Ibid.,h.311.
27
Al-Sawi (1988), op.cit., h.311; Al-Khurashiy, Abu „Abdullah Muhammad bin „Abdullah bin „Ali
(1317H), Al- Khurashiy ‘ala Mukhtasar Sayyidi Khalil, jld.4. Beirut : Dar al-Sadi, h.100.
28
Al-Suyuti, Jalal al-Din „Abd al-Rahman bin Abi Bakr (2001), Al-Asbah wa al-Nazair, Beirut : Dar al-
Raid al- „Arabi, h. 121.
29
Ibn Hajar, Shihab al-Din Ahmad (t.t), Tuhfat al-Muhtaj, jld.2. T.T.T: t..pt., h.458.
6
dan Maliki. Tidak ada undang-undang khusus yang dibincangkan mengenai penyewaan
harta wakaf. Segala peraturan mengenai penyewaan adalah sama dengan undang-undang
ijarah dalam mazhab mereka.

Bagaimanapun Ibn Hajr, ulama mazhab Shafi‟i dalam bukunya Fatawa al Kubra,
menyatakan qadi dalam mazhab Shafi‟i cenderung untuk mengikut polisi mazhab Hanafi
seperti perbincangan di atas sebagai langkah berhati-hati dalam menghalusi amalan
penyewaan harta wakaf.
30
Apa yang dimaksudkan dengan berhati-hati di sini ialah
memberi penghadan kepada tempoh sewaan bagi mengelakkan sebarang
penyalahgunaan. Tindakan proaktif ini menzahirkan amalan yang amat praktikal telah
menjadi pilihan para ulama ketika itu.

4.0 Kadar Sewaan Tanah Wakaf

Kadar sewaan turut menjadi isu penting yang telah diperbincangkan oleh para ulama.
Oleh kerana matlamat pewakafan antaranya untuk memberi kemanfaatan kepada
benefesiari, maka kadar sewa yang ditetapkan oleh nazir mestilah menjuruskan ke arah
itu. Perkara ini dipaparkan dalam beberapa perbincangan mengenai kadar minima atau
maksima dan juga kesannya terhadap kadar tersebut. Pemahaman asas di kalangan
ulama mengenai kadar sewaan harta wakaf hendaklah tidak kurang daripada kadar
kebiasaan(ujra al-mithl)
31
. Apabila kadar sewaan telah ditetapkan selaras dengan kadar
semasa (kadar kebiasaan), kontrak tidak boleh dibatalkan meskipun mendapat tawaran
permintaan yang tinggi ataupun mendapat tawaran kadar sewaan yang lebih menarik.
32

Isu yang diperbincangkan di sini, sepatutnya kadar sewaan yang lebih menarik
merupakan peluang kepada pembangunan harta wakaf. Bagaimanapun, para ulama telah
mengabaikan perkara ini sekiranya kontrak yang dibuat berdasarkan kadar kebiasaan.

Walaubagaimanapun mereka berbeza pendapat seandainya kadar sewaan yang
ditetapkan di bawah kadar kebiasaan (semasa). Ulama Hanafi dan Hambali menyatakan
bahawa kontrak tersebut adalah sah. Namun menurut ulama Hanafi, menjadi
tanggungjawab penyewa membayar berdasarkan kadar semasa,
33
dan menurut ulama
Hanbali pula meletakkan tanggungjawab tersebut kepada nazir untuk membuat bayaran
yang terkurang.
34


Perkara yang diperbahaskan di sini ialah siapakah yang akan memikul tanggungjawab
apabila kontrak itu diadakan di bawah kadar?. Tidak terdapat suatu pandangan yang
jelas tentang perkara ini. Mazhab Maliki berpendapat bahawa kontrak tersebut adalah

30
Wizarat al-Awqaf wa al-Syu‟un al-Islamiyya (1990), Al-Mawsu’at al-Fiqhiyya, jld.18. Kuwait : Zat al-
Salasil, h.56.
31
Ibn Abidin (1994), op.cit., jld.6, h.608; Nazzam (t.t), Al Fatawa al-Hindiyya Fi Mazhab al-Imam Abi
Hanifa al- Nu’man, jld.2. Beirut : Dar al Ma‟rifah, h.419; Al Khurashiy (1317H), op.cit.,jld.4, h.100; Al-
Bahuti (1982), op.cit., jld.4, h.269.
32
Ibn Abidin (1994), op.cit., jld.6, h.608; Ibn Hajar , Shihab al-Din Ahmad (t.t), Tuhfat al-Muhtaj, jld.6.
T.T.T: t.pt., h.294; Al-Ramli (t.t.), op.cit., jld.6, h.389.
33
Al-Tarabulsi (1981), op.cit., h.68.
34
Al-Bahuti (1982), op.cit., jld.4, h.269.
7
sah tetapi mungkin boleh menjadi batal jika ada tawaran kadar sewa yang lebih baik.
Mazhab Shafi‟i bagaimanapun berlawanan pendapat. Mereka berpandangan bahawa
kontrak tersebut adalah batal melainkan penyewa itu sendiri merupakan benefisiari
35
,
yang mana pewakafan tersebut sememangnya dibuat untuk kepentingannya, justeru
kadar sewaan sepatutnya berada di bawah pertimbangannya. Apapun semua mazhab
bersetuju mengenai penentuan sewaan mestilah pada kadar kebiasaan, meskipun mereka
tidak sependapat apabila kadar sewaan di bawah kadar biasa. Mazhab Shafi‟i dan Maliki
berpegang kepada prinsip bahawa kontrak tersebut adalah batal justeru untuk memberi
manfaat kepada masyarakat.

5.0 Pembatalan Kontrak Sewaan Tanah Wakaf

Penyewaan wakaf boleh terbatal atau ditamatkan apabila tempoh perjanjian dalam
kontrak telah tamat seperti di dalam undang-undang sewaan Islam. Tidak terdapat
perbezaan mengenai perkara ini dengan prinsip utama undang-undang sewaan dalam
Islam. Bagaimanapun, terdapat prinsip dalam undang-undang wakaf berbeza dengan
undang-undang penyewaan. Pertamanya, sebilangan besar ulama sependapat bahawa
kontrak penyewaan tidak dibatalkan dengan sebab kematian pemberi sewa, atau dalam
kes ini ialah nazir.
36
Namun ianya bercanggah dengan peraturan umum dalam mazhab
Hanafi iaitu kontrak sewaan ini batal jika berlaku kematian sama ada pemberi sewa atau
penyewa.
37
Justifikasi pertama tadi adalah kerana pemberi sewa dalam kes wakaf bukan
pemilik harta dan kontrak yang dibuat juga bukan untuk kepentingannya. Dia hanyalah
pemegang amanah yang tidak mempunyai kepentingan di dalam kontrak dan tidak
mempunyai sebarang hak keistimewaan ke atas harta tersebut. Oleh itu kematiannya
tidak akan mempengaruhi aspek sewaan harta wakaf. Bagaimanapun, hal ini menjadi
berbeza apabila yang meninggal itu adalah penyewa. Kontrak akan terbatal kerana ia
dibuat untuk kepentingan penyewa dan mengikatnya untuk membayar sewa. Justeru,
apabila dia sudah meninggal, liabilitinya untuk membayar sewa tidak boleh dipindahkan
kepada orang lain.
38


Undang-undang sewaan dalam mazhab Maliki, Shafi‟i dan Hanbali tidak menunjukkan
banyak perbezaan dengan undang-undang sewaan yang asal dalam mazhab mereka.
Prinsip undang-undang penyewaan adalah kontrak sewa tidak terbatal dengan sebab
kematian tidak kira pihak penyewa atau pemberi sewa
39
. Kontrak itu masih sah
sehinggalah tamatnya tempoh perjanjian kontrak. Kematian mana-mana pihak tidak
menjejaskan keseluruhan kontrak. Mazhab-mazhab ini melihat bahawa kontrak sewaan
ini masih terikat seperti kontrak jualan. Subjek yang disewa adalah diwarisi oleh waris si
mati untuk terus mendapatkan hak menggunakannya. Penamatan kontrak sewa terjadi

35
Ibn Hajar (t.t.), op.cit., jld.6, h.294; Al-Ramli (t.t.), op.cit., jld.5,h.403.
36
Al-Tarabulsi (1981), op.cit., h.69; Al-Qalyubi, Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad (t.t.), Hashiyatan,
jld.3. Beirut : Dar al-Fikr, h.84.
37
Ibn Abidin (1994), op.cit., jld.9, h.114-115.
38 Salim Hariz (1994), op.cit. , h. 165.
39 Ibn Hajar (t.t.), op.cit., jld. 2, h.294; Ibn Qudamah, Abi Muhammad „Abdullah b. Ahmad b.
Muhammad (t.t.), Al-Mughni, jld. 6. „Amman : Dar al-Fikr, h.20.
8
apabila penyewa tidak memenuhi kontrak seperti enggan membayar sewa
40
.
Berdasarkan perkara ini ketiga-tiga mazhab tidak melakukan kelainan berkenaan
pembatalan sewaan harta wakaf.

6.0 Hak dan Tanggungjawab Penyewa Tanah Wakaf

Meneliti kepada pandangan para ulama empat mazhab, tidak ada tindakan yang jelas
mengenai peraturan aspek (mentadbir) hak atau tanggungjawab penyewa ke atas harta
wakaf. Mereka berpendapat bahawa ianya selari dengan undang-undang penyewaan
Islam berkaitan perkara tersebut. Ulama daripada empat mazhab telah sepakat bahawa
apabila kontrak sewa dibuat mengikut undang-undang maka penyewa berhak ke atas
perkara tersebut. Sebagai contoh, apabila menyewa rumah, penyewa berhak menduduki
rumah tersebut dan mendapat manfaatnya. Bagaimanapun penyewa dilarang daripada
melakukan sesuatu yang boleh merosakkan rumah yang disewa kerana kontrak ini
hanyalah untuk mendudukinya sahaja.
41


Berhubung dengan penyewaan tanah wakaf, mazhab Hanafi berpendapat bahawa
bahawa penyewa boleh menanam pokok atau membina bangunan di atas tanah wakaf
meskipun tanpa mendapat kebenaran nazir selagi perbuatan tersebut tidak merosakkan
tanah. Penyewa juga boleh menebang pokok-pokok dan mendirikan bangunan sekiranya
perladangan dan pembinaan itu memberi manfaat kepadanya. Sekiranya kegiatan itu
membawa kepada kemusnahan tanah maka kebenaran mestilah diperolehi terlebih
dahulu. Bagaimanapun, jika penyewa itu mengerudi hasil galian di dalam tanah maka
kebenaran dari nazir dimestikan dalam sebarang kes sekali pun. Ini kerana kegiatan
mengerudi biasanya menyebabkan kerosakan kekal pada tanah. Sebelum memberi
kebenaran dalam semua kes di atas, nazir mestilah mempunyai justifikasi yang sah
bahawa kegiatan tersebut memberi manfaat kepada pewakafan kerana tanpanya keizinan
tidak akan diberi.
42
Semua isu yang telah diperbincangkan di atas adalah untuk
memelihara harta wakaf dan terletak di bawah pertimbangan nazir untuk
mengenalpastinya.

7.0 Prosedur Penyewaan Premis/ Tanah Wakaf MAIN

Bagi seseorang yang ingin memohon sewaan hartanah wakaf atau premis hendaklah
dengan mengisi borang permohonan sewa daripada MAIN. Pengurus wakaf hendaklah
menyemak agar segala maklumat berkaitan adalah lengkap dan di masukkan dalam
sistem pendaftaran penyewaan premis/ tanah wakaf. Surat tawaran akan dikeluarkan
kepada pemohon setelah permohonan mereka berjaya dan diluluskan oleh pihak
pengurusan MAIN. Surat perjanjian akan dikeluarkan kepada penyewa yang
mengandungi perihal penyewa dan premis atau tanah yang lengkap dengan maklumat
tempoh penyewaan, tarikh perjanjian, kadar sewaan, jenis-jenis tanah, alamat lot dan
beberapa syarat yang dikenakan oleh MAIN. Setelah surat perjanjian dikembalikan

40
Ibn Hajar (t.t.), op.cit., jld. 2, h.465; Ibn Qudamah (t.t.), op.cit., h.20.
41
Al-Zuhayli, Wahbah (1989), Al-Fiqh al-Islami wa Adilltuh, jld.4. Damshiq : Dar al-Fikr, h.763.
42
Ibn Abidin (1994), op.cit., jld.6, h.678-679.
9
kepada MAIN, dalam tempoh 14 hari pengurus wakaf akan menyerahkan kunci premis
dan direkodkan dalam buku pendaftaran.
43


Proses sewaan jangka panjang atau pajakan tanah wakaf juga melalui prosedur yang
sama. Kertas kerja cadangan hendaklah dihantar kepada pengurus wakaf untuk dibuat
penilaian oleh pihak MAIN. Pengurus wakaf akan mengadakan rundingan dan
perbincangan dengan pihak pemaju. Segala laporan dan kertas cadangan akan dibentang
kepada mesyuarat MAIN. Setelah kelulusan dikeluarkan oleh pihak MAIN, pengurus
wakaf akan menyempurnakan perjanjian pajakan antara pemaju dengan MAIN. Pihak
MAIN juga berhak untuk menamatkan penyewaan sekiranya luput tempoh penyewaan,
atau penyewa telah melanggar perjanjian, atau penyewa menyerahkan milikan kosong
kepada MAIN atau penyewaan ditamatkan oleh MAIN atau penyewa sendiri. Notis
penamatan perjanjian penyewaan hendaklah dibuat oleh pengurus wakaf 3 bulan
sebelum tarikg tamat tempoh dengan mengambilkira juga tentang tarikh tamat tempoh
dan jumlah tunggakan sewa. Notis penamatan sewa akan dikeluarkan kepada penyewa.
Sekiranya terdapat deposit kepada penyewa masih ada, ia akan dikembalikan dan
pengurus wakaf akan membuat penyelarasan akaun dan menamatkan akaun sewaan
berkenaan.


8.0 Isu dan Permasalahan Penyewaan Tanah Wakaf

Terdapat beberapa isu dan permasalahan dalam kes penyewaan tanah wakaf milik
MAIN. Antaranya ialah:


8.0.1 Kadar dan Nilaian Sewaan Hartanah/ Premis Wakaf MAIN


Isu berkaitan kadar dan nilaian sewaan tanah wakaf/ premis yang terlalu rendah telah
diperkatakan agak sekian lama. Permasalahan yang berkait dengan kadar sewa yang
terlalu rendah berbanding nilaian semasa bagi harta tanah wakaf adalah antara masalah
yang agak ketara, khususnya bagi penyewaan tapak tanah kediaman. Dasar pemberian
sewaan tanah ini telah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Walaupun MAIN. telah
menjadi pengawal harta wakaf, namun sehingga kini tidak ada prosedur yang sistematik
telah dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan ini. Cadangan untuk menaikkan kadar
sewa tanah wakaf milik MAIN turut menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan
penyewa biarpun kadar yang disewa sebelum ini jauh lebih rendah daripada harga
nilaian semasa.

Antaranya kajian yang dibuat oleh Kamarudin Ngah boleh dijadikan ukuran dan indeks
kadar sewaan tanah wakaf di Malaysia. Sebagai contoh di Bandar Melaka sewa tanah
wakaf adalah antara RM1.00 hingga RM14.00 sebulan. Manakala kadar sewaan tanah
dan rumah kedai adalah antara RM17.75 sehingga RM430.00 sebulan. Di negeri Perak

43
Manual Pengurusan Tanah Wakaf, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, hlm.36-37.
10
hampir ke semua tanah yang disewa pada akhir dan awal kurun ke-19 dikenakan sewaan
pada kadar RM1.00 sebulan untuk tempoh 99 tahun. Bagi tanah yang disewa antara
tahun 1964 dan 1965 dengan tempoh 66 tahun, kadar sewaannya adalah sebanyak
RM10.00 sebulan. Secara umumnya kadar sewaan ini amat rendah terutama tanah wakaf
yang berada di pusat bandar berbanding dengan kadar sewaan semasa. Situasi ini akan
mempengaruhi pendapatan Majlis Agama Islam Negeri yang amat rendah.
44


Di negeri Melaka, MAIM juga berhadapan dengan masalah penyewa yang enggan
menerima skim baru tarif sewaan tanah dan premis wakaf yang mereka duduki. Keadaan
ini menyukarkan MAIM untuk membuat penyusunan semula tarif sewaan premis dan
tanah wakaf miliknya.
45
Lebih menyukarkan apabila tanah dan premis tersebut disewa
sebelum merdeka dengan kadar nilaian sewa yang terlalu murah. Contohnya rumah
kedai di Lot 2 Jalan Hang Kasturi sebanyak RM108 sebulan atau RM1296 setahun dan
di Lot 331 Jalan Kampung Kuli disewa dengan kadar RM30.00 sebulan atau RM360.00
setahun.
46
Di negeri Kelantan, Bagi sewa harta tanah wakaf, Majlis telah menetapkan
kadar sewa iaitu bagi setiap keluasan 1600 kaki persegi bernilai RM 80.00 setahun (RM
6.66 sebulan). Kadar nilai harga sewa ini adalah merangkumi sama ada tanah wakaf
yang berada di kawasan bandar atau di luar bandar.

Di bandar Kota Bharu, misalnya kadar sewa bagi kebanyakan tapak kediaman adalah
antara RM 1.00 hingga RM 10.00 sebulan. Bagi Lot 12, Mukim Kedai Buluh kadar
sewanya adalah RM 2.08 sebulan dengan keluasan 1 ekar 467 depa yang didiami
seramai 18 orang penyewa. Begitu juga dengan Lot 174 Seksyen 1, Lot 32 Seksyen 4,
Lot 145 Seksyen 4 dan Lot 266 Seksyen 28, purata kadar sewanya adalah RM 5.00
sebulan. Lot-lot tersebut agak luas melebihi 13 ekar dengan jumlah bilangan penyewa
seramai 86 orang. Terdapat juga beberapa Lot lain di bandar Kota Bharu yang disewa
dengan kadar yang begitu rendah, antaranya Lot 112 Seksyen 3, kadar sewanya adalah
antara RM 5.00 hingga RM 10.00 sebulan.

Bagi kadar sewa di luar jajahan Kota Bharu pula, kadar sewanya adalah sama
sebagaimana di kawasan bandar. Antaranya Lot 922, di Mukim Kasar Pasir Mas, kadar
sewanya adalah rendah iaitu RM 1.00 sebulan dengan keluasan 1 ekar 225 depa, dan
didiami seramai 12 orang penghuni.
47








44
Kamarudin Ngah (1992), Isu Pembangunan Tanah Wakaf di Pulau Pinang, cet.1, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.30
45
Mohd Shahiran Abdul Latif (2006), Pembangunan Tanah Wakaf di Negeri Melaka, Tesis Ijazah
Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi, hlm.64
46
Ibid., hlm.65
47
Mohd Afandi Mat Rani (2002), Undang-undang Pentadbiran Harta Wakaf di Negeri Kelantan, Tesis
Sarjana Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya: Kuala Lumpur, hlm.97
11
JADUAL 1 : KEGUNAAN DAN KADAR SEWA TANAH WAKAF AM MAIK

Bil H/Milik Kegunaan Sewa RM
Sebulan
Pendapatan
Tahunan
1 GM4111 Pajak dusun
kelapa
3.33 40.00
2 GM267 Pajak dusun
kelapa
1.66 20.00
3 M1005 Sewa tapak 156.00 1872.00
4 Gm207 Sewa tapak 55.00 660.00
5 G 16898 Sewa gudang 125 1500.00
6 Qt (M)8 Sewa gudang 250.00 3000.00
7 Gm2317 Pajak dusun 4.16 50.00
8 Gm5728 Sewa tapak 15.00 180.00
Sumber Unit Baitumal dan Wakaf MAIK
JADUAL 2: KEGUNAAN DAN KADAR SEWA TANAH WAKAF KHAS TG
PAHLAWAN & SULTAN MANSUR

Bil H/Milik Kegunaan Sewa RM
Sebulan
Pendapatan
Tahunan
1 5447 Sewa tapak rumah 53.40 641.00
2 5751 Sewa tapak rumah 76.30 916.00
3 8907 Sewa tapak rumah 52.50 630.00
4 Gm116 Sewa tapak rumah 38.25 459.00
5 Gm1579 Sewa tapak rumah 37.39 448.70
6 Gm1145 Pajak padi 33.33 400.00
7 Gm468 Sewa tapak rumah 25.00 300.00
8 Gm10907 Pajak kelapa 37.50 450.00
9 Gm254 Pajak kelapa 25.00 300.00
Sumber Unit Baitumal dan Wakaf MAIK

Pada tahun 2003, Majlis Agama Islam Pulau Pinang merancang menyediakan perjanjian
baru terhadap penyewa premis dan tanah tanah wakaf bagi menggantikan perjanjian
lama yang menetapkan tempoh perjanjiannya berdasarkan kaedah bulan ke bulan.
Tempoh sewa yang ditetapkan mengikut perjanjian baru adalah selama 2 tahun. Selain
itu, perjanjian ini menyatakan tarikh mula dan tamat tempoh sewaan, tarikh permulaan
pembayaran sewa bulanan dan keterangan mengenai premis atau tanah berkenaan. Pada
penghujung tahun 2001, Majlis merancang untuk menaikkan kadar sewa tapak kawasan
Tanah Wakaf Haji Kassim dan Tanah Wakaf Sheikh Eusoff. Keluasan Tanah Wakaf
Haji Kassim adalah seluas 7.41 ekar dan ada sebanyak 85 lot kediaman. Keluasan Tanah
Wakaf Sheikh Eusoff di Jalan Air Itam pula adalah seluas 17 ekar dan ada sejumlah 90
unit kediaman di atasnya. Kadar sewa bagi setiap lot di 2 kawasan berkenaan adalah
antara RM4.80 hingga RM5.30 sebulan. Asas pertimbangan Majlis untuk menaikkan
kadar sewa tanah tersebut adalah berdasarkan kepada Laporan daripada Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Menurut Laporan Jabatan Penilaian Dan
12
Perkhidmatan Harta, kadar sewa tapak semasa bagi 2 kawasan tersebut adalah antara
sejumlah RM30 hingga RM50 sebulan. Selain itu, kadar yang akan dikenakan haruslah
tidak kurang daripada RM30 sebulan.
48


Pada tahun 2005, Jabatan Audit Negara mendapati Majlis mempunyai tunggakan sewa
premis dan tanah wakaf berjumlah RM193,224. Majlis tidak melaksanakan kenaikan
kadar sewa baru terhadap penghuni tanah wakaf yang terlibat seperti yang dirancang.
Begitu juga terdapat kelewatan untuk mengambil tindakan dalam menyediakan surat
perjanjian sewaan. Majlis juga tidak mengkaji kadar dan perjanjian pajakan supaya
bersesuaian dengan kadar semasa. Hasil Audit mendapati keadaan ini berlaku
disebabkan tidak ada Jawatankuasa Pemantauan Tanah Wakaf untuk menangani masalah
kelewatan tunggakan sewa tanah dan premis yang semakin meningkat serta
pencerobohan tanah wakaf.
49


Di negeri Johor, semakan Audit mendapati Majlis Agama Islam Johor tidak
menyediakan perancangan terperinci terhadap harta wakaf yang boleh disewakan. Selain
itu, proses untuk menetapkan tempoh meluluskan permohonan sewaan, penetapan kadar
sewa, penilaian semula kadar sewa, tempoh sewaan yang seragam dan pemantauan
terhadap kutipan sewa juga tidak dinyatakan dengan jelas serta dijadikan sebagai satu
polisi penyewaan harta wakaf.
50


8.0.2 Pelanggaran Perjanjian Sewa

Terdapat dua permasalahan yang dihadapi oleh MAIN dalam pengurusan sewaan tanah
wakaf. Antaranya terdapat tanah yang diberi sewa tanpa apa-apa ikatan perjanjian yang
diberi sewa sejak lama. Keadaan ini agak menyukarkan MAIN untuk mengambil apa-
apa tindakan ke atas penyewa. Selain itu terdapat juga kes pelanggaran perjanjian sewa.
Di negeri Kelantan, MAIK telah menetapkan syarat penyewa hendaklah mereka yang
kurang kemampuan dan tidak boleh mendirikan bangunan kekal. Namun boleh
dikatakan 70 peratus penyewa mendirikan bangunan kekal, dan tidak kurang juga yang
memiliki bangunan kediaman mewah, contohnya terdapat beberapa buah rumah banglo
yang tersergam indah antaranya di Lot 284, No. 256 dan 125 kampung Bunga Emas
Banggol Badang. Begitu juga kediaman di Lot 2080 Pengkalan Chepa Kota Bharu
Kelantan. Tindakan ini jelas bertentangan dengan undang-undang dan hukum syarak.
Kedapatan juga ahli waris yang mengambil kesempatan memungut hasil sewaan wakaf
MAIK untuk kepentingan ahli keluarga mereka.
51


Selain itu terdapat juga isu pelanggaran perjanjian sewa dengan menambahkan keluasan
tanah wakaf tanpa mendapat keizinan daripada MAIN. Sebagai contoh di negeri

48
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/624_aktPULAUPINANG2005.pdf. 12 Oktober
2010
49
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/624_aktPULAUPINANG2005.pdf, 6 Julai
2011
50
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/582_Johor%202003.pdf. 12 Oktober 2010
51
Temubual: Dato‟ Hj Syukri Bin Muhamed, Timbalan Mufti Negeri Kelantan, di Pejabat Mufti, pada
10/ 9/ 2001.
13
Kelantan, MAIK telah mengenal pasti lokasi dan keluasan tanah wakaf yang didiami
oleh setiap penyewa dengan melantik seorang Pegawai Penempatan untuk mengukur
keluasan tanah seperti yang ditetapkan oleh MAIK dengan kadar harga RM80.00 bagi
1600 kaki persegi. MAIK hanya menaikkan kadar sewa selaras dengan keluasan yang
diduduki berdasarkan kadar yang ditetapkan. Sebelum ini MAIK tidak mempunyai
Pegawai Penempatan, oleh itu para penyewa sengaja meluaskan tanah yang diduduki
oleh mereka sekarang dengan sesuka hati dan keluasan sebenar tidak dapat dipastikan
oleh pihak MAIK secara tepat. Malahan penetapan kadar sewa adalah dibuat secara
anggaran sahaja.
52


Tidak kurang juga yang membina kedai/ gudang perniagaan. Hasil tinjauan didapati 14
buah rumah kediaman/ kedai di Lot 2080 telah diberi sewa kepada orang lain.
53
Begitu
juga di Lot 174 Seksyen 3 Kota Bharu, rumah-rumah kedai dibina dan diberi sewa
kepada orang lain. Rumah-rumah ini akan diwarisi sama ada oleh isteri, anak-anak,
cucu, atau keluarga mereka dan akhirnya harta tersebut menjadi milikan kekal atau
dipesakai. Kedapatan juga tanah wakaf yang dijual oleh anak-anak penyewa asal kepada
pihak ketiga tanpa menukar nama pemilik dan di luar pengetahuan MAIK dengan harga
yang tinggi. Pihak pertama (penyewa asal) yang mendiami tanah tersebut telah lama
meninggal dunia dan diwarisi oleh waris atau isteri atau anak. Ada juga tanah wakaf
yang dijual dan ditukar nama secara sah walaupun tiada surat perjanjian. Kebanyakan
pembelinya adalah penghuni di kawasan yang sama yang terdiri daripada golongan yang
berkemampuan.

Apa yang lebih malang, tanah tersebut dijual sedangkan tunggakan hutang sewaan tak
terbayar dengan MAIK masih banyak dan belum dilunaskan lagi. Lantaran itu penyewa
menjadi mangsa kerana dinaikkan harga sewa bagi meraih keuntungan kepada pemilik
yang baru. Pada dasarnya pemilik asal hanya menjual rumah kediaman yang dibinanya
sendiri di atas tanah wakaf, namun melihat kepada nilai harga rumah tersebut ia
termasuk juga nilai tanah tapak kediaman. Tindakan ini secara tidak langsung
menyukarkan pihak MAIK untuk mengenali penyewa asal yang berhak membayar
hutang yang tertunggak. Maka adalah tidak adil sekiranya faedah yang diperoleh
daripada harta wakaf hanya berlegar kepada golongan tertentu sahaja. Keadaan ini
langsung bertentangan dengan hukum syarak dan niat pewakaf. Tindakan yang tidak
bermoral ini tidak akan memberi manfaat kepada pembangunan umat Islam. Melalui
temubual dengan beberapa orang penghuni yang tinggal di tanah wakaf jelas
menunjukkan pemahaman dan pengetahuan umat Islam tentang kepentingan
pembangunan tanah Wakaf amat terbatas. Mereka cukup bimbang sekiranya
penempatan dan kepentingan mereka selama ini diganggu gugat, sekiranya diambil alih
oleh MAIK bagi tujuan projek pembangunan. Mereka belum menyedari bahawa
pembangunan wakaf dapat membantu proses pembangunan ekonomi umat Islam
seluruhnya.

52
Mohd Afandi Mat Rani (2002), op. cit., hlm.97
53
Deretan kedai di Lot 174 kebanyakannya adalah disewa kepada orang lain dan ada juga pihak yang
tidak bertanggung jawab menjual kepada pihak kedua. Kedudukannya yang strategi berhampiran dengan
pusat bandar Kota Bharu menjadi daya tarikan orang ramai untuk meraih keuntungan yang berlipat ganda.
14

JADUAL 3: KELUASAN TAPAK KEDIAMAN YANG BERTAMBAH

BIL NO/LOT NO/RUMAH LUAS RENTAHAN
YANG DIBENARKAN
(Kaki Pers)
LUAS RENTAHAN
SEBENAR (Kaki Pers)
1 2080 71 1,600 3,610
2 2080 66 1,600 3,647
3 2080 58 1,600 3,648
2080 78 1,600 3,696
5 2080 50 1,600 3,958
6 2080 89 1,600 4,160
7 2080 53 1,600 4,250
8 2080 76 1,600 5,028
9 2080 59 1,600 7,934
10 284 8 1,600 4,720
11 284 30 1,600 4,701
12 284 81 1,600 5,254
13 284 26 1,600 33,168

Sumber: Unit Baitulmal dan Wakaf MAIK


JADUAL 4: PERBANDINGAN KADAR SEWA SEBELUM DAN
SELEPAS PENGUKURAN


BIL

NO/FAIL

KADAR SEWA
SEBULAN
(SBL) (RM)
KADAR SEWA
SEBULAN
(SLP) (RM)
JUMLAH
PERBEZAAN
(RM)
1 419/1960/53 63.00 212.50 149.50
2 419/1960/62 63.00 50.25 12.75
3 419/1960/76 63.00 251.00 188.00
4 419/1960/72 63.00 80.91 17.91
5 224/1970/1 13.00 261.40 248.40
6 71/1973/8 60.00 236.00 176.00
7 419/1960/85 63.00 112.00 49.00
8 71/1973/81 60.00 282.70 222.70
9 71/1973/223 60.00 301.00 241.00
10 71/1973/71 60.00 167.00 107.00
11 71/1973/5 60.00 76.30 16.30
12 419/1960/59 63.00 396.70 333.70
13 419/1960/89 63.00 208.00 145.00
14 419/1960/66 63.00 182.35 119.35
15 71/1973/18 60.00 267.25 207.25

Sumber: Unit Baitumal dan Wakaf MAIK

15

8.0.3 Tunggakan Hasil Sewaan Tanah Wakaf

Sikap kurang prihatin dan cakna masyarakat dan kurangnya kefahaman tentang
penggunaan harta wakaf masih tinggi di kalangan masyarakat. Sebagai contoh di
Kelantan, MAIK masih lagi berhadapan dengan masalah tunggakan sewa yang begitu
tinggi. Beberapa langkah telah diambil untuk memastikan segala tunggakan semasa
dapat dijelaskan oleh penyewa sebelum kadar sewa baru dikenakan. Permasalahan ini
timbul kerana tidak ada pemantauan dan jadual yang teratur untuk mengesan masalah
berkaitan, sesetengah fail sewaan tidak dikemaskinikan, umpamanya berkaitan tarikh
diberi sewa, tarikh tamat perjanjian, surat tawaran perjanjian, sistem pungutan, bancian
penduduk dan lain-lain. Senarai penyewa masuk dan berhenti tidak direkod dengan teliti,
dan kehilangan fail induk/ asal (fail lesap) juga sering berlaku.
54
Sesetengahnya pula
memberi alasan tidak mampu untuk membayar sewa, biarpun kadar sewa yang
dikenakan tidak terlalu membebankan mereka. Alasan yang dikemukan oleh penyewa
adalah sesuatu yang tidak mustahil. Sebagai contoh kadar sewaan RM60.00 setahun
adalah terlalu rendah, memandangkan taraf kehidupan masyarakat pada hari ini jauh
berbeza dengan kehidupaan tahun 70 dan 80-an dahulu.

Ini juga berkait dengan sikap penyewa terbabit yang menunjukkan mereka
sememangnya berkemampuan dan sengaja mengambil sikap acuh tak acuh dan
mementingkan diri sendiri. Keadaan ini dapat dilihat peningkatan jumlah tunggakan
sewa tanah wakaf. Pada tahun 1996 sejumlah RM100,335.00 yang tertunggak. Pada
tahun 1997 pula jumlah tertunggak meningkat sebanyak RM 115,004.00 dan jumlah ini
semakin meningkat pada tahun 1998 iaitu sebanyak RM 181, 390.00. Jumlah tunggakan
ini dianggarkan semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 1999 Majlis
terpaksa menanggung tunggakan sewa tak berbayar sebanyak RM 133,663.70. Pada
tahun 2000 terdapat sejumlah kira-kira RM 158,332.82. Jumlah tunggakan tertinggi
ialah di Lot 284, Mukim Badang yang mempunyai penghuni seramai 269 orang yang
melibatkan tunggakan sejumlah RM 87,732.65. Seterusnya di Lot 401 Kedai Buluh
Badang yang mempunyai jumlah 49 orang penghuni, jumlah yang tertunggak bernilai
RM 21,260.00. Manakala di Lot 2080, 2081 dan Lot 2082 melibatkan tunggakan
sebanyak RM 13,984.77 dengan bilangan penghuni seramai 50 orang.

JADUAL 5: STATISTIK TUNGGAKAN SEWA TANAH WAKAF TAPAK
KEDIAMAN 1998-2000



BIL



LOKASI TANAH
/PENEMPATAN

BILANGAN
PENYEWA

1998 1999 2000


TUNGGAKAN BAGI TAHUN

1998(RM) 1999(RM) 2000(RM)
1 Lot 112 Sek. 2 K/ Bharu 2 2 2 840.00 1020.00 1200.00
2 Lot 49 Mengkabang K/ Krai 3 630.00

54
Lihat: Laporan semasa premis MAIK, fail kutipan sewaan.
16
3 Lot 922 Kasar P/ Mas 12 12 12 839.00 688.00 793.00
4 Lot 284 Mukim Badang 317 263 269 107590.00 68260 87732.65
5 Lot 266 Sek. 28 K/Bharu 30 30 30 11468.00 12,245.50 13,912.60
6 Lot 596 Baung Panji K/Bharu 48 48 50 17598.00 3024.00 13984.77
7 Lot 145 Sek. 4 K/Bharu 31 31 31 106,75.00 10992.50 8363.5
8 Lot 401 Mukim Kedai Buluh 45 48 49 21810.00 21690.00 21260.00
9 Lot 32 Sek. 4 K/Bharu 10 10 10 1,857.00 2487.00 2739.00
10 Lot 12 Kedai Buluh 12 18 18 1858.50 2293.00 2322.00
11 Lot 174 Sek. 3 Kota Bharu 15 15 15 4000.00 2944.00 3384.00
12 Lot 140 Sek. 1 K/Bharu 9 9 9 1,539.00 2128.00 1997.00
13 Lot 1155 Sek. 1 K/Bharu 6 686.00
14 Lot 578 dan 607 11 4940.00
15 Lot 128 Mak Nuralang Sg.
Pinang
1 1 100.00 60.00
16 Lot 2154 Panchor Kemumin 2 2 851.70 584.30

JUMLAH KESELURUHAN


540

500

498

181,390.50

133,663.70

158,332.82

Sumber Unit Baitumal dan Wakaf MAIK


8.0.4 Penyewaan kepada Pihak Ketiga

Isu pembabitan pihak ketiga dalam penyewaan tanah wakaf juga berlaku. Sikap tamak
dan haloba tanpa menghiraukan hak dan kepentingan orang lain menyebabkan banyak
tanah wakaf diberi sewa kepada pihak ketiga dengan harga yang tinggi. Di Kelantan,
MAIK telah meletakkan syarat antaranya dalam perjanjian tanah wakaf yang diluluskan
untuk disewa hendaklah dibina rumah kediaman dalam tempoh setahun dengan keluasan
1600 kaki persegi kepada semua penyewa dan mesti diduduki sendiri oleh penyewa.
Namun malangnya, kesempatan ini telah diambil oleh penyewa dengan menambahkan
keluasan kawasan yang didiami masing-masing untuk kepentingan ahli keluarga mereka.
Ada di kalangan penghuni yang memiliki rumah lebih daripada sebuah dan diberi sewa
rumah tersebut kepada orang lain dengan kadar sewa yang berlipat ganda lebih tinggi
daripada kadar sewa yang ditetapkan oleh MAIK.

Masalah penyewaan tanah wakaf kepada orang ketiga perlu dibenteras dan golongan ini
dianggap sebagai zalim kerana memakan dan mengurangi hak orang lain yang tidak
sepatutnya dilakukan. Siasatan perlu dibuat secara terperinci dan tindakan segera perlu
diambil dengan merampas terus tanah tersebut daripada pemilik asal dan diberikan
kepada mereka yang berhajat melalui perjanjian baru setelah notis dikeluarkan.
Perjanjian dengan penyewa perlu dibuat ke atas semua pemilik kediaman tanah wakaf
dan memperbaharui semula surat perjanjian apabila telah tamat tempohnya. Perjanjian
yang dibuat adalah dihadkan kepada tempoh setahun atau dua tahun sahaja agar kadar
sewa ini dapat dinaikkan tanpa terikat dengan perjanjian lama dan selaras dengan nilaian
17
sewaan semasa. Melalui kaedah ini secara tidak langsung masalah harta wakaf dijadikan
pesaka dan isu penjualan tanah wakaf dapat diatasi. Pemantauan dari semasa ke semasa
yang dibuat secara berterusan sudah pasti kesilapan lama tidak akan berulang lagi. Hasil
daripada keterikatan penyewa dengan perjanjian ini bermakna mereka terpaksa patuh
dan tunduk kepada segala arahan MAIK dan tindakan undang-undang akan diambil
kepada sesiapa yang melanggar perjanjian ini, sebagai penceroboh tanah wakaf

Jadual 6: Tanah Wakaf yang disewa Semula dan Perbandingan Kadar Sewa


BIL

NO.
LOT

NO.
RUMAH
KADAR
SEWA MAIK
SETAHUN
(RM)
KADAR
SEWAAN
YANG
DIKENA
SEBULAN
(RM)
PERBEZAAN
KADAR SEWA
(RM)
1 2080 50 300.00 197.90 102.10
2 2080 51 240.00 110.00 130.00
3 2080 55 100.00 76.80 23.20
4 2080 57 140.00 69.90 70.10
5 2080 59 100.00 396.70 296.70
6 2080 62 175.00 50.25 124.75
7 2080 72 150.00 80.91 69.90
8 2080 79 130.00 74.90 55.10
9 2080 80 80.00 69.20 10.80
10 2080 83 240.00 112.00 128.00
11 2080 86 150.00 104.00 46.00
12 2080 92 150.00 126.95 23.05
13 2080 93 200.00 46.78 153.22
14 2080 95 1100.00 131.37 968.63
15 2080 97 105.80 300.00 194.20


8.0.5 Penyewaan kepada Mereka yang Tidak Layak dan Bukan Beragama Islam

Di Kelantan kebanyakan tanah wakaf adalah terdiri daripada kawasan penempatan,
premis perniagaan dan tanah pertanian. Sebahagian besar tanah-tanah wakaf diberi sewa
terutama kepada golongan miskin yang tidak mempunyai tanah untuk pembinaan tapak
rumah, tetapi mereka ini mampu untuk mendirikan rumah bertaraf sederhana dengan
syarat tidak dibenarkan membina bangunan kekal untuk perniagaan. Hasil daripada
kajian yang dibuat sebelum ini menunjukkan bahawa kriteria yang disyaratkan oleh
MAIK tidak dipatuhi, malah mereka lebih mementingkan soal peribadi daripada
mengutamakan kebajikan orang ramai. Hasil kajian yang dilakukan sebelum ini terhadap
40 orang penyewa, didapati sejumlah 26 orang penyewa dikategorikan tidak layak
menduduki tanah wakaf kerana mereka bukan terdiri daripada golongan miskin
18
berdasarkan kepada bentuk rumah, kenderaan yang diguna pakai dan pekerjaan
penyewa. Ada juga penghuni di atas tanah wakaf yang bekerja dengan Jabatan Kerajaan
dan ada di kalangan mereka mempunyai tanah milik persendirian di tempat lain.
55


Di Pulau Pinang berdasarkan data sehingga tahun 1983 terdapat 14.5% orang penyewa
yang terdiri daripada bukan Islam, dan 62% adalah mereka yang menyewa bangunan
perniagaan. Namun penyewaan bangunan perniagaan wakaf di kalangan orang Melayu
hanyalah 9% dan India Muslim 29%. Apa yang lebih mendukacita ialah terdapat
urusniaga yang sama sekali bercanggah dengan hukum syarak. Orang-orang Islam lebih
tertumpu kepada penyewaan bangunan kediaman.
56
Masalah penggunaan tanah wakaf
oleh orang bukan Islam merupakan salah satu halangan dalam usaha majlis merancang
corak pembangunan harta wakaf. Situasi ini bercanggah sama sekali dengan keutamaan
wakaf.
57
Ada di kalangan mereka yang menduduki tanah wakaf semenjak tahun 1930-an
lagi dan Majlis Agama Islam belum ditubuhkan lagi, sehingga ada antara tanah wakaf
yang terlepas kepada tangan orang bukan Islam.

9.0 Saranan dan Cadangan Penyelesaian

Bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan, beberapa saranan dan
cadangan penyelesaian telah dikemukakan. Antaranya ialah:

9.0.1 Pendaftaran Tanah Wakaf MAIN

Isu pendaftaran tanah wakaf tidak boleh dipandang remeh oleh MAIN. Ini kerana sistem
torrens yang diamalkan di Malaysia bahawa hak milik seseorang yang tidak boleh
disangkal adalah merujuk kepada tuan tanah yang didaftarkan nama mereka di dalam
dokumen pendaftaran. Pendaftaran tanah wakaf sama ada wakaf Khas, Am dan Zuriat
hendaklah dilakukan dengan tindakan segera. Kesan pendaftaran ini MAIN tidak akan
berhadapan dengan tuntutan ahli waris dan anak-anak pewakaf. MAIN hendaklah
mengadakan siasatan ke atas semua tanah-tanah yang didakwa sebagai wakaf seperti
tanah wakaf yang belum ditukar milik, tapak masjid, surau dan kubur. MAIN tidak
boleh mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja, dan berseorangan dalam hal ini.
Kerjasama dengan Pejabat Tanah Daerah (PTD) boleh membantu MAIN mengetahui
lot-lot tanah wakaf yang. Selain itu, melalui sokongan ahli waris, pemegang amanah,

55
Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada pelarian kemboja yang datang sekitar tahun 1980 an. Pada
dasarnya MAIK membantu golongan ini dengan memberi sewa tanah wakaf untuk mereka mendirikan
rumah kediaman. Melihat kepada faktor bentuk rumah dan kenderaan, sekarang ini mereka bukan lagi
golongan miskin. Apa yang menjadi masalah kepada mereka sekiranya mereka ingin berpindah ialah tanah
yang berada di dalam negeri Kelantan tidak boleh dimiliki dan dibeli oleh rakyat bukan tempatan seperti
mereka. Oleh itu mereka terpaksa menetap di atas tanah wakaf tersebut selagi belum diambil balik oleh
pihak kerajaan. Kebanyakan mereka akur dengan kehendak kerajaan dan keputusan majoriti sekiranya ada
apa-apa tindakan daripada kerajaan. Lihat: Mohd Afandi Mat Rani (2002), Undang-undang Pentadbiran
Harta Wakaf di Negeri Kelantan, Tesis Sarjana Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya: Kuala
Lumpur, hlm.
56
Kamarudin Ngah (1992), op. cit., hlm.32
57
Ibid., hlm.55
19
ahli jawatankuasa masjid, penghulu kampung dan orang ramai boleh membantu usaha
murni MAIN ini.

Tanah-tanah wakaf orang-orang Islam yang didaftarkan di atas nama Majlis sebagai
pemegang amanah hendaklah diendoskan di atas geran hak milik tanah berkenaan
dengan perkataan “Tanah Wakaf”, bagi mengelakkan kekeliruan antara tanah wakaf
dengan tanah-tanah lain seperti tanah Baitumal, pusaka dan lain-lain.

9.0.2 Penyelesaian Isu Tunggakan Sewa

Di dalam Manual Pengurusan Tanah Wakaf Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR),
terdapat garis panduan yang boleh digunapakai oleh MAIN dalam menangani isu
tuntutan tunggakan sewa premis atau tanah wakaf. Antaranya pengurus wakaf hendaklah
membuat semakan terhadap tunggakan sewa dan menyediakan laporan tentang
tunggakan sewa yang mengandungi maklumat berkaitan penyewa, lokasi tanah, jumlah
tunggakan dan catatan serta laporan siasatan. Setelah itu notis tuntutan tunggakan
hendaklah dikeluarkan oleh pengurus wakaf melalui pos berdaftar. Sekiranya notis tidak
dipatuhi setelah dua kali dikeluarkan dan pengurus wakaf hendaklah memastikan
tindakan melupus deposit diambil bagi pelanggaran syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Apabila tunggakan melebihi deposit, tindakan undang-undang akan diambil oleh panel
peguam yang telah dilantik oleh MAIN.
58
Prosedur ini boleh diikuti oleh semua MAIN
di Malaysia.

Bagi kadar sewa tanah dan bangunan wakaf di bawah MAIN sekarang ini tidak lagi
terikat di bawah Akta Premis Terkawal 1966.
59
Oleh itu, ketetapan kadar sewa bagi
setiap harta tanah dan bangunan wakaf adalah terletak sepenuhnya di bawah bidang
kuasa MAIN. Pada hakikatnya penyewa mampu membayar sewaan baru yang lebih
tinggi sejajar dengan nilaian semasa, atau kadar sewa dinaikkan bergantung kepada
bentuk rumah, pekerjaan penyewa dan faktor lain yang lebih seimbang dan tidak
membebankan mana-mana pihak. Sifat mengalah atau terlalu menjaga kepentingan
penghuni tidak akan dapat menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan bebanan
yang tersedia ada. Memerangi masalah tunggakan perlu ditangani dalam tempoh yang
terdekat, kerana dibimbangi ia akan lebih meningkat kepada angka ratusan ribu,
sekiranya tidak dibendung daripada awal.

9.0.3 Pengkalan Data Tanah Wakaf

Pengkalan data yang lengkap dan komprehensif mengenai tanah-tanah wakaf belum lagi
terkumpul dan tersusun. Dengan adanya inventori wakaf ini secara tidak langsung
MAIN dapat mengenalpasti taburan atau kedudukan tanah-tanah wakaf yang berada
dalam keadaan berselerak di seluruh daerah di dalam negeri berkenaan. Data-data yang
ada perlu direkodkan dan dilaporkan dalam bentuk yang mudah difahami. Kajian dan

58
Ibid., hlm.38-39
59
Akta Kawalan Sewa 1966, Seksyen 4(2), telahpun dipinda. Premis kepunyaan Majlis dikecualikan
daripada Seksyen ini. Ini bermakna premis Majlis tidak terikat dengan Akta Kawalan sewa 1966.
20
penyelidikan semula serta siasatan dari semasa ke semasa perlu dijalankan ke atas
keseluruhan tanah wakaf di bawah kawalan MAIN Perubahan dan pembaharuan dalam
sistem data pengumpulan harta wakaf mesti dilakukan sejajar dengan ledakan arus
perkembangan dunia teknologi maklumat berkomputer masa kini. Maklumat harta
wakaf yang terkandung dalam fail lama tidak sesuai lagi dijadikan sumber rujukan
kerana ia melengahkan usaha MAIN untuk meneliti setiap timbunan fail yang memakan
masa yang lama.

Keseluruhan hartanah wakaf perlu dikemaskinikan di dalam sistem pengisian maklumat
berkomputer atau dikenali sebagai bank data. Data-data yang telah dikemaskini
berupaya memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan semasa hartanah wakaf.
Berdasarkan maklumat yang lengkap dan konprehensif inilah, MAIN secara tidak
langsung dapat menyediakan laporan kewangan tahunan PBT dan perancangan
pembangunan dengan sempurna. Seterusnya dapat menerbitkan laporan rasmi tahunan
yang lengkap dan terperinci. Selain itu ia berupaya memberi indeks gambar sebenar
prestasi kejayaan tahunan MAIN dalam membangun hartanah wakaf terutama dari aspek
pendapatan sewaan tanah dan premis wakaf.

9.0.4 Kesedaran dan Keprihatinan Masyarakat

MAIN perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan para penghuni di atas tanah wakaf.
Perbincangan dan pendedahan dari semasa ke semasa perlu diadakan sama ada melalui
musyawarah, forum, media massa, khutbah, risalah atau menerusi badan dakwah.
Kesedaran tentang kedudukan dan sejauh manakah hak mereka ke atas tanah wakaf
wajar dipupuk agar permasalahan yang dihadapi oleh penghuni tanah wakaf tidak
menjadi umpama “duri dalam daging” atau “barah yang semakin merebak”. Selain itu,
kesedaran tentang kepentingan harta wakaf untuk kegunaan ummah keseluruhannya
perlu ditingkatkan lagi. Masyarakat sekeliling juga perlu bertindak dan prihatin terhadap
tanggungjawab memelihara amanah harta wakaf dengan membuat laporan segera kepada
MAIN. Sikap mementingkan diri sendiri tidak akan mencapai konsep keadilan hidup
bermasyarakat dan perancangan pembangunan tanah wakaf tidak akan menjadi
kenyataan selagi sikap negatif ini tidak diubah.

MAIN juga perlu menggalakkan lagi masyarakat mewakafkan harta lebihan mereka
untuk memperbanyakan lagi keluasan tanah wakaf milik MAIN, khususnya tanah Wakaf
Am. Tanah yang hendak diwakafkan itu adalah daripada jenis yang mempunyai nilai
ekonomi dan strategi serta berdaya maju untuk dibangunkan pada masa sekarang dan
bukannya mewakafkan lebihan harta yang tidak diingini serta tidak berkeupayaan untuk
dibangunkan atas sebab-sebab seperti yang disebutkan sebelum ini. Pada pandangan
penulis pewakafan harta untuk kebajikan ahli waris (Waqf Ahli) adalah tidak digalakkan.
Malahan dicadangkan MAIN boleh mengetepikan permohonan Wakaf Khas yang kekal
untuk ahli waris seperti yang dipraktikkan di negara Mesir dan Syria. Ini kerana ia
menyukarkan pihak MAIN untuk menguruskan harta tersebut dan imbuhannya lebih
menguntungkan kepada ahli waris. Sekira wakaf Ahli ini ingin dikekalkan juga, MAIN
21
perlu mensyaratkan agar faedah daripada wakaf itu tidak dikekalkan kepada ahli
warisnya untuk selama-lamanya.
60


Penghuni yang kini mampu berdikari dan mempunyai tanah sendiri disyorkan berpindah
dan tempat mereka digantikan oleh golongan yang memerlukan. Membasmi kemiskinan
tidak semestinya diletak di bahu MAIN atau Kerajaan Negeri sahaja. Malahan sokongan
padu dan jalinan ukhwah antara sesama insan ibarat kata “yang ringan sama dijinjing
dan yang berat sama berat dipikul” sangat ditekankan di dalam Islam sebagaimana
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

_¸¸l¸ _¸ ¯¡¸>¸¡. _ ¸¡l. ¸__¸

“Dalam harta manusia itu ada kewajipan tertentu (bagi masyarakat).
al-Quran surah al-Ma„arij (70 ):24.


.
Penutup

Institusi wakaf seharusnya menjadi nadi kepada masyarakat Islam dalam meningkatkan
keupayaan ekonomi umat Islam dan pemilikan modal kekayaan negara. Institusi ini telah
menjadi asas dan formula ke arah memobilasikan dan memperkasakan umat Islam yang
mampu bersaing di peringkat negara dan global. Melalui sokongan padu semua pihak
instrumen wakaf ini diyakini mampu dapat melestarikan sistem jaminan sosial Islam
yang dinamik lagi progresif. Bagi mencapai objektif ini kefahaman yang mendalam
perlu diketengahkan kepada masyarakat perihal kepentingan harta wakaf untuk
dimanfaatkan bersama-sama oleh seluruh umat Islam khususnya kepada mereka yang
berhak menikmatinya. Kepentingan umum perlu diutamakan daripada kepentingan
peribadi.














60
Enakmen Mengesahkan Wakaf Orang-orang Islam Terengganu (No.10 Tahun 1972), Seksyen 1 (b).
22






BIBLIOGRAFI

„Ala‟ al-Din Muhammad b. „Ali al-Haskafi (t.t), Sharh al-Durr al-Mukhtar, jld.2,
Kaherah: Matba„ah Sabih wa Awladihi

Al-Ansari, Zakariya (t.t.), Hashiya al-Jamal ‘ala Sharh al-Manhaj, Egypt : Matba‟ah
Mustafa Muhammad

Ahmad Amin & Fathi „Abd al-Hadi (1999), Mawsu’at al-Awqaf. Iskandariyya : Minshat
al-Ma‟arif

Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syari‘ah
al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Jami„ah

Al-Bahuti, Mansur bin Yunus bin Idris (1982), Kashshaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’,
jld.4. Beirut : Dar al-Fikr

Al-Baghdadi, Abu Muhammad Ghanim b. Muhammad (1999), Majma‘ al-Damanat fi
Madhhab al-Imam al-A‘azam Abi Hanifah al-Nu‘man, cet.1, jld.2, Dar al-Salam

Enakmen Mengesahkan Wakaf Orang-orang Islam Terengganu (No.10 Tahun 1972),

Al-Fakhani, Hasan Muhami (1977), Mawsu’at al-Qada wa al-Fiqh li al-Duwal al-
‘Arabiyya, jld.26. Kaherah : t.pt

Al-Hattab, Abi „Abdillah Muhammad bin Muhammad bin „Abd al-Rahman (1992),
Kitab Mawahib al-Jalil, jld.6. T.T.T:Dar al-Fikr

Hamilton, Charles (t.t.), The Hedaya or Guide : A Commentary on The Mussulman
Laws. Lahore : Premier Book House

Ibn Abidin, Muhammad Amin (1994), Radd al-Mukhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar Sharh
Tanwir al-Absar, Jilid 6. Beirut : Dar al-Kutub.

Ibn Abidin (1994), op.cit., h.608; Al-Dardir, Ahmad bin Muhammad bin Ahmad (1988),
Al-Sharh al-Saghir, Jilid 2. Beirut : Dar al-Ma‟rifah

„Illish, Muhammad Ahmad (1970), Sharh Minah al-Jalil ‘ala Mukhtasar Sidi Khalil.
Beirut : Dar Sadir,

23
„Illish, Muhammad Ahmad (1958), Fath al-‘Ali al-Malik fi al-Fatwa ‘ala Madhab al-
Imam Malik, jld.2. Egypt : Maktabah Mustafa al-Babi

Ibn Hajar, Shihab al-Din Ahmad (t.t), Tuhfat al-Muhtaj, jld.2. T.T.T: t..pt.

Ibn Qudamah, Abi Muhammad „Abdullah b. Ahmad b. Muhammad (t.t.), Al-Mughni,
jld. 6. „Amman : Dar al-Fikr

Al-Idarat al-„Amma li al-Shu‟un al-Qanuniyya (1997), Qawanin al-Waqf wa al-Hukr.
Kaherah : Al-Hai‟at al- „Amma li Shu‟un al-Matabi‟

Kamarudin Ngah (1992), Isu Pembangunan Tanah Wakaf di Pulau Pinang, cet.1, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Al-Khurashiy, Abu „Abdullah Muhammad bin „Abdullah bin „Ali (1317H), Al-
Khurashiy ‘ala Mukhtasar Sayyidi Khalil, jld.4. Beirut : Dar al-Sadi

Manual Pengurusan Tanah Wakaf, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana
Menteri

Mohd Shahiran Abdul Latif (2006), Pembangunan Tanah Wakaf di Negeri Melaka,
Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi

Mohd Afandi Mat Rani (2002), Undang-undang Pentadbiran Harta Wakaf di Negeri
Kelantan, Tesis Sarjana Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya: Kuala Lumpur,
Al-Maqdisi, Shams al-Din „Abd al-Rahman b. Abi „Umar (t.t.), al-Sharh al-Kabir, jilid
6. „Amman: t.pt.

Muhammad „Ufayfi (1991), Al-Awqaf wa al-Haya al-Iqtisadiyya. Egypt : t.pt.

Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya, 2000,

Al Nawawi, Abi Zakariyya Muhyi al-Din b. Sharaf (t.t), Kitab al-Majmu’ Sharh al-
Muhazzab li al-Sharazi, j. 16. T.T.T. : Dar Ihya al-Turath al-„Arabi

Nazzam (t.t), Al Fatawa al-Hindiyya Fi Mazhab al-Imam Abi Hanifa al- Nu’man, jld.2.
Beirut : Dar al Ma‟rifah

Nazih Ahmad (1993), Abhath Nadwa Dawr Tanmawiyy li al-Waqf. Kuwait : Wizarat al-
Awqaf wa al- Shu‟un a-l Islamiyya

Al-Qalyubi, Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad (t.t.), Hashiyatan, jld.4. Beirut : Dar al-
Fikr

Al-Qalyubi, Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad (t.t.), Hashiyatan, jld.3. Beirut : Dar al-
Fikr
24

Al-Ra‟y, Hilal bin Yahya bin Muslim (1355H ), Kitab Ahkam al-Waqf. Hyderabad :
Dar
al-Ma‟arif

Al Ramli, Shams al-Din Muhammad Abi al-„Abbas Ahmad b. Hamzah (t.t.), Nihaya al-
Muhtaj ila Sharh al-Minhaj,jld.5. Kaherah : Dar al-Fikr.

Salim Hariz (1994), Al-Waqf. Beirut : Al-Jami‟at al-Lubnaniyya

Al-Syarbini, Muhammad al-Khatib (1958), Mughni al- Muhtaj,jld.2. Beirut : Dar al-
Turath al-„Arabi

Al-Sawi, Ahmad bin Muhammad (1988), Bulghat al-Salik li Aqrab al-Masalik, jld.2.
Beirut : Dar al-Ma‟rifah

Al-Suyuti, Jalal al-Din „Abd al-Rahman bin Abi Bakr (2001), Al-Asbah wa al-Nazair,
Beirut : Dar al-Raid al- „Arabi

Al-Tarablusi, Burhan al-Din Ibrahim b. Musa b. Abi Bakr (1981), Al-Is’af fi Ahkam al-
Awqaf, Beirut : Dar al Raid al-‟Arabi.

Wizarat al-Awqaf wa al-Syu‟un al-Islamiyya (1990), Al-Mawsu’at al-Fiqhiyya, jld.18.
Kuwait : Zat al-Salasil

Al-Zuhayli, Wahbah (1989), Al-Fiqh al-Islami wa Adilltuh, jld.4. Damshiq : Dar al-Fikr

Al-Zarqa‟, Mustafa Ahmad (t.t.), Al-Madkhal al-Fiqh al-‘Am, jld.3. Damsyiq : Dar al-
Fikr