You are on page 1of 7

[Laman Utama] [Maklumbalas] Rabi'ul Awal 1433 H

PETA LAMAN

Selasa, 7 Februari 2012 | 14

INFO YADIM KENALI KAMI SEKTOR JABATAN YDP SYARIKAT HUBUNGI KAMI

> Rencana >> Sosial Peranan Agama Dalam Pendekatan Kaunseling 05 October 2007 Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN

TIADA seorang manusia normal di dunia ini yang tidak mempunyai masalah. Tidak kira masalah yang dihadapi besar atau kecil, ia akan tetap mengambil ruang kepada kestabilan mental individu dalam

Ada yang menerima masalah dan tekanan tersebut sebagai ujian dan dugaan daripada Ilahi. Pemisahan agama dalam bidang kaunseling juga mungkin ada kaitannya dengan usaha Barat untuk mengasingkan ilmu agama dengan ilmu sekular yang lahir daripada konsep the separation of state dan church (Sapora:ibid). Mereka berpendapat bahawa manusia pada asasnya adalah bersifat hedonistik dan menolak sama sekali unsur moral dan etika yang boleh dioptimakan dalam diri manusia. malah tidak kurang juga yang menyalahkan takdir Tuhan. 1985). Nama-nama seperti Sigmund Freud. lazimnya tidak dapat lari daripada teori. Antara langkah yang boleh digunakan dalam meredakan tekanan tersebut adalah melalui kaedah kaunseling. membicarakan mengenai kaunseling. Ahli-ahli psikologi sezaman dengan Freud menganut aliran relativism ethical dan ethical hedonism . iaitu elemen agama mahupun kerohanian (Sapora Sipon: 2005). Pengaruh teori evolusi Darwin menyebabkan Freud dan ahliahli psikologi lain pada waktu itu berpandangan bahawa kejadian manusia secara semula jadinya adalah hampir sama dengan kejadian binatang. Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya. Di dalam Islam. Manakala Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. (Lundin.usaha mencari jalan penyelesaian. kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Sigmund Freud sendiri menganggap bahawa agama sebagai satu ilusi dan boleh mengherotkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Tidak dapat disangkal. Tekanan dalam menghadapi permasalahan ini pula berbagai dan bergantung kepada kekuatan mental individu tersebut. kaedah dan teknik kaunseling yang dibawa dari Barat. Albert Ellis sangat sinonim dengan ilmu kaunseling sehinggakan terdapat pandangan negatif yang melihat kaunseling seringkali mengabaikan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Carl Rogers. Kebanyakan sentuhan kaunseling . membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah.pkpim. pahala. Ahli-ahli Psikologi Barat kini sendiri telah memperakui sekaligus menidakkan teori Freud dan rakanrakan sezamannya mengenai perkaitan antara agama dan masalah psikologikal ini. . Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan empat perkara penting iaitu pembangunan roh. 1. Berkesannya kaunseling berpendekatan Islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain.barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien ke arah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia. alam akhirat. tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini. Keperluan agama dalam merawat masalah psikologikal diakui oleh West (2002) yang berpendapat kerohanian atau keagamaan menjadi sebahagian daripada kehidupan dan dilihat serta diakui sebagai sesuatu yang sangat berharga.w. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan. mencintai Allah. Individu yang mempunyai identiti kerohanian yang positif berfungsi lebih baik dari segi interpersonal dan emosi individu. hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah. hari kiamat dan sebagainya. dosa. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah. Kajian oleh Glaser dan Bozarth (2001) mendapati kerohanian yang positif adalah sangat perlu untuk perkembangan diri yang sihat dan keberfungsian. mula takut pada Allah. akal.Pembangunan Roh Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. hati dan pengimbangan nafsu (www..net). maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya. neraka. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah s.t.

Ini kerana institusi keagamaan dan sistem kepercayaan berfungsi sebagai satu mekanism yang bersifat pencegahan. Contohnya. 3. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang. ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. 1988).w. dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa.t. maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan. maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas. 4. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada Allah yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi.w. Banyak bukti empirikal mencadangkan kepercayaan agama.2. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah s.t. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan. tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah s. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Pengimbangan Nafsu Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Telah dibuktikan bahawa sebahagian besar ahli profesional mempercayai nilai manusia dan gaya hidup mempunyai kesan yang mendalam ke atas kesihatan mental dan keberfungsian emosi dan sesetengah nilai lebih mengikut kesejahteraan mental daripada yang lain (Jensen & Bergin. Penglibatan agama yang diukur melalui pelbagai cara dilihat . Agama juga berperanan sebagai satu mekanism untuk membantu menghadapi kesukaran kehidupan. Pembangunan Hati Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya. Pembangunan Akal Membangunkan akal atau dalam kata lain. latihan dan institusi menjadi berkesan dengan peranan pencegahannya.

Top Email kepada kawan Email this to a friend Versi Cetakan Versi Pencetak . skim panel kaunselor. Tampin (06-4433050). Kaedah perkhidmatan: temujanji. Bergin. sistem rekod data peribadi. pembentangan kertas kerja/seminar/kursus dan penceramah program berkaitan. Waktu Operasi: Isnin . walk-in. surat. penggunaan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta perpecahan keluarga (Payne. khidmat adalah percuma dan terbuka kepada semua golongan masyarakat tidak kira agama dan latarbelakang serta negeri tempat anda berada. tele-kaunseling. 1992). surat rasmi. Pusat Kaunseling Mains Pusat Utama: Tingkat 3 Terminal One Seremban. perundingan/konsultasi. Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menawarkan khidmat ini.mengurangkan kejadian membunuh diri. Telefon: Seremban (067679905). kaunseling kelompok.Jumaat: 10 pagi-5 petang. PEMBERITAHUAN Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat kaunseling. Bielema & Jenkins. Jenis Perkhidmatan: Kaunseling Individu. Bahau (06-4553067). khidmat nasihat perundangan enakmen kekeluargaan Islam.

my] VISI MISI PENUBUHAN AHLI LEMBAGA CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN & KEWANGAN ANALISA DAN PENYELIDIKAN OPERASI OBJEKTIF PEJABAT TADBIR SUMBER MANUSIA KHIDMAT PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KEWANGAN EDITORIAL PENERBITAN PENYELIDIKAN MAJALAH Oleh .webmaster@yadim. Kompleks Pusat Islam.Penafian | Hubungi Kami | Maklumbalas ©YADIM 2011 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur Tel : 603-22746077 Fax : 603-22732330 :.my -: [mdramzi@yadim.com.com. Jalan Perdana 50480.

PEMASARAN NGO AL FALAH DAKWAH OUTREACH SYARIKAT YADIM .