SISTEM PEREDARAN DARAH

1. 2. 3.

SERANGGA IKAN AMFIBIA

SISTEM PEREDARAN DARAH SERANGGA
Serangga mempunyai sistem peredaran terbuka, iaitu jantung mengepam hemolimfa (darah dan cecair interstis) ke dalam aorta dan seterusnya ke dalam ruang badan yang disebut hemoselom. y Serangga mempunyai satu salur darah sahaja iaitu jantung. y Jantung terdiri daripada segmen ruang. Pada ruang ini terdapat sepasang liang seni yang disebut ostium. y Terdapat 1 siri otot alari yg berada di setiap segmen ruang jantung.
y

y

y y y y

Pengecutan jantung menyebabkan darah dipam dari bahagian belakang menuju ke bahagian hadapan anggota badan dan terus ke dalam aorta. Darah akan mengalir dari aorta ke dalam hemoselom untuk membasahi sel badan. Pertukaran bahan antara darah serangga dengan tisu badan berlaku secara resapan. Darah kemudian mengalir kembali ke dalam jantung melalui ostium. Ostium mempunyai injap yang menghalang darah mengalir keluar semula dari jantung ke dalam hemoselom.

Peredaran darah serangga

SISTEM PEREDARAN DARAH IKAN
Sistem peredaran darah ikan ialah sistem peredaran tertutup, iaitu darahnya sentiasa terkandung dalam salur darah yang bersambungan semasa diedarkan ke seluruh badan. y Ikan mempunyai satu jantung yang terdiri daripada dua ruang, iaitu satu atrium dan satu ventrikel. y Darah terdeoksigen yang dipam dari ventrikel akan memasuki kapilari insang. y Di kapilari insang, pertukaran gas berlaku melalui resapan.
y

Dari insang, darah beroksigen mengalir dalam salur ke bahagian badan yang lain melalui kapilari sistemik. y Darah terdeoksigen kemudian diedarkan kembali ke atrium jantung. y Oleh sebab darah sentiasa berada di dalam salur darah dan mengalir melalui jantung sekali sahaja dalam setiap edaran lengkap, sistem peredaran ikan juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup dan tunggal.
y

Peredaran darah ikan

SISTEM PEREDARAN DARAH AMFIBIA
Amfibia mempunyai sistem peredaran yang lebih kompleks berbanding dengan sistem peredaran ikan. y Amfibia mempunyai sistem peredaran tertutup, iaitu darah yang dipam oleh jantung terkandung di dalam salur darah untuk diedarkan ke seluruh badan. y Amfibia mempunyai jantung yang terdiri daripada 3 ruang iaitu 2 atrium dan 1 ventrikel yang tidak terbahagi.
y

Darah mengalir melalui dua sistem peredaran, iaitu satu ke kapilari sistemik (badan) dan satu lagi ke kapilari pulmonari dan kulit. Oleh itu, amfibia mempunyai sistem peredaran ganda dua kerana darah mengalir melalui jantung sebanyak 2 kali dalam satu edaran lengkap. y Darah terdeoksigen dari semua bahagian badan kecuali peparu dihantar ke atrium kanan melalui vena kava. y Pada masa yang sama, darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui vena pulmonari.
y

Pengecutan serentak kedua-dua atrium menyebabkan darah beroksigen dana darah terdeoksigen ditolak masuk ke dalam ventrikel. y Percampuran darah beroksigen dari peparu dengan darah terdeoksigen dari bahagian badan yang lain berlaku dalam ventrikel. y Terdapat satu batasan dalam ventrikel yang membantu mengalirkan darah beroksigen dari atrium kiri ke kapilari sistemik dan darah terdeoksigen dari atrium kanan ke kapilari yang terdapat di peparu dan kulit. y Seterusnya pengecutan ventrikel menyebabkan darah dipam ke dalam kapilari sistemik dan kapilari pulmonari
y

Pertukaran gas berlaku antara sel badan dengan kapilari sistemik dan di antara alveolus peparu dengan kapilari pulmonari y Walaupun amfibia mempunyai sistem peredaran ganda dua seperti manusia, namun demikian sistem peredaran ganda duanya adalah tidak lengkap iaitu darah beroksigen masih bercampur dengan darah terdeoksigen. y Maka, amfibia mempunyai sistem peredaran tertutup, ganda dua dan tidak lengkap.
y

Peredaran darah amfibia

PERBANDINGAN S, I, A & M
CIRI SERANGGA Terbuka Jenis sistem peredaran IKAN Tertutup Tunggal AMFIBIA Tertutup Ganda dua Tdk lengkap (darah beroksigen bercampur dgn darah terdeoksigen) MANUSIA Tertutup Ganda dua Lengkap (darah beroksigen tidak bercampur dgn darah terdeoksigen)

Bilangan ruang jantung

Mempunyai 1 salur darah shj iaitu jantung

Dua

Tiga

Empat

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful