You are on page 1of 10

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

APA ITU GAMELAN DAN ENSEMBEL GAMELAN MELAYU


Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, kenong, gambang, gendang dan gong. Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenalkan ke Pahang dan seterusnya ke Terengganu. Sebahagian besar alat-alat dalam Gamelan Melayu di Pahang dan di Terengganu adalah alat-alat idiofon (idiophone) iaitu yang diketuk dalam beberapa cara untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat idiofon ini adalah diperbuat daripada gangsa dalam bentuk mangkuk yang berpencu dan meallophones (sekiranya alat zilafon diperbuat daripada keping-keping tembaga dipanggil metalofon) yang diketuk dengan beberapa jenis palu dengan cara yang tertentu. Di samping itu satu alat membranophone juga terdapat dalam orkestra ini dan alat ini adalah gendang yang mempunyai dua muka. Keterangan yang berikut tentang Gamelan Melayu diasaskan kepada alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia yang terdapat dari istana Terengganu. Ia menggambarkan nilai rasa muzik dan rujukan pemainpemain Joget Gamelan daripada tradisi istana dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Hari ini alat gamelan Melayu dari istana Terengganu disimpan di Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang. Sungguhpun Gamelan Melayu yang digunakan pada awal tahun-tahun dalam kurun ke-19 (Istana Pekan) mungkin mengandungi banyak alat-alat tetapi tidak ada bukti-bukti bertulis untuk menguatkannya.

Alat-alat gamelan:

BONANG / KEROMONG: Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut tali. Ia mempunyai variasi notasi yang merdu. Gamelan Melayu mempunyai 10 mangkuk berpencu yang mempunyai notasi 1, 2, 3, 5, 6. Tidak seperti gamelan Jawa atau Bali yang mempunyai satu notasi tambahan iaitu 1, 2, 3, 5, 6, i.

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

GAMBANG: Gambang dikategorikan dalam alat zilofon. Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.

KENONG: Kenong dikategorikan sebagai alat muzik idiophone. Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang dengan pemalu kayu yang dibalut dengan tali tebal di hujungnya. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

Saron penerus/barong

Sarong Pekin

Sarong Demong SARON: Saron dikategorikan sebagai alat muzik metallophones. Saron terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus/barong dan saron pekin. Saron demong juga memiliki bentuk yang hampir sama dengan saron, tetapi saiznya lebih besar. Selain itu, satu lagi perbezaan di antara keduanya ialah bilah demong lebih lebar dan lebih nipis daripada saron. Saron baron dan pekin mengamalkan teknik perdam dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi(pekin) dan oktaf tengah(baron) dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring. Dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron barong. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat daripada tanduk kerbau dan bagi pemukul demong dan barong diperbuat daripada kayu lembut.

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

GENDANG: Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat lain. Gendang merupakan alat membraphone. Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat membraphone dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah pembuatan yan lama dan berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan istimewa dan pelbagai. Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau batang cempedak. Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang sama ada kulit kambing, lembu atau kerbau. Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang. Kebiasaanya bahagian yang kecil dicucuk dengan 6 urat rotan, manakala bahagian yang besar dengan 9 urat rotan. Gendang adalah alat penting di dlaam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alat yang paling sukar dimainkan, dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi.

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

GONG:

Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

Gamelan: Pengenalan, Sejarah Dan Jenis Gamelan


PENGENALAN Nama gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat dari perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau fixed tuning. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

SEJARAH

Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M.1. Alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda sesuatu upacara atau sesuatu peristiwa berlaku. Pada zaman pemenrintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunah (kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Diantaranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Brunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke lain tempat tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama. Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia. Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahit dalam kurun ke 14 - 15. Di Malaysia terdapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan gamelan Terengganu.

GAMELAN JOHOR / GAMELAN JAWA: Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan Barungan didapati dan digunakan Kuda bagi mengiringi Muzik Riog.

Kepang.

gamelan

dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya. Gamelan jenis ini boleh di dapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyar sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembhan istana.

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

GAMELAN PAHANG / TERENGGANU

Muzik apabila gamelan

gamelan istana dari

Terengganu Pahang

bermula set

menerima

Riau-Lingga

pada tahun

1800an. Muzik pertama kali dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke-19, bagaimanapun kemajuan

muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad, Tengku Ampuan Mariam berkahwin dengan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana Terengganu. Dari segi tradisi, gamelan Terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembahkan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana. Muzik gamelan Terengganu mula dibawa dari istana oleh Tan Sri Moben Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.

Bibliografi :
Nik Hartini Bt. Nik Latif, Alat-alat gamelan Malaysia, Apresiasi Muzik Tradisional Gamelan, http://gamelanmelayu.blogspot.com/, Februari 8, 2012. Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Pengenalan & Sejarah Gamelan, Gamelan Melayu,

http://gamelan.terengganu.gov.my/, Februari 8, 2012. Elya Masha, Apa itu Gamelan?, Gamelan, http://elyamasya.blogspot.com/2010/04/gamelan.html, Februari 2, 2012. Wikipedia, Malay Gamelan, Encyclopedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Gamelan, Februari 2, 2012.

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

Dipetik dari Berita Harian Online

Gamelan mula diperkenalkan di Pahang


Oleh Suzan Ahmad TAHUKAH anda, muzik Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di kepulauan Jawa, Madura, Bali dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk yang dipanggil ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, selain di Jawa pada lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Perkataan gamelan berasal daripada perkataan Jawa iaitu gamel, bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti isteri kedua sultan, iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Pada 1914, apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan. Pada 1915, set peralatan gamelan di bawah jagaannya di Pahang dibawa ke Istana Maziah Terengganu dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari dengan iringan gamelan. Pada 1920, selepas Sultan Sulaiman dimahkotakan, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam melatih penari Terengganu dan dinaungi Tengku Ampuan Mariam sendiri Demikian pula, Wan Mohd dan Wan Ahmad dan Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Pelbagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam menulis manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman bertanggungjawab menukarkan nama Joget Pahang kepada Joget Gamelan Terengganu. Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun sekitar 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan dikembalikan ke Pahang pada 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan Terengganu. Set Gamelan itu dianugerahkan kepada Muzium Pahang di

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

2012 Gamelan Mayang Sari MRSM Kuala Terengganu

Pekan dan kini dipamerkan. Muzik gamelan biasanya dimainkan pada majlis rasmi atau kasual di istana terutama mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan membabitkan sembilan lelaki dan enam penari wanita. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong. Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses rumit. Gamelan menggunakan empat sistem tuning - slndro, plog, degung (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat) dan madenda (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah. Jenis gamelan antaranya Gamelan Jawa, Gamelan Bali, Gamelan Sunda, Gamelan Banyuwangi, Gambang Kromong dan Gamelan Amerika (American Gamelan).

Oleh: Cikgu Azham/Art4Life

You might also like