You are on page 1of 1

Soalan :Rumusan

[30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan beliawanis dalam pembangunan negara dan kesannya terhadap negara. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Beliawanis merupakan golongan wanita yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Golongan ini merupakan aset bernilai kepada negara dan menjadi antara tonggak dalam merealisasikan Wawasan 2020. Beliawanis tidak terkecuali menjadi penyumbang utama dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan, ekonomi, politik dan sosial. Ajaran Islam telah meletakkan beliawanis di tempat yang paling wajar sebagai manusia dan menghargai sifat kehalusan serta kepekaan perasaan beliawanis. Hal ini sekali gus melayakkan mereka memegang tugas sebagai seorang pendidik. Beliawanis merupakan pendidik atau guru yang paling ideal mendidik anak bangsa. Peranan mereka sebagai tunjang utama mendidik anak bangsa dapat dilihat melalui kemunculan maktab perguruan khusus untuk beliawanis iaitu Maktab Perguruan Perempuan Melayu yang pertama ditubuhkan di Durian Daun, Melaka pada tahun 1935. Dari segi amalan sosial, beliawanis berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu syariah untuk membentuk kekukuhan iman dalam melahirkan sebuah masyarakat madani. Beliawanis bertanggungjawab dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketerampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrem. Dengan senario sosial yang semakin tidak keruan belakangan ini, beliawanis berperanan menanganinya dengan baik dan sedaya upaya mencegah daripada menimbulkan keadaan yang lebih gawat. Selain itu, beliawanis juga bertanggungjawab dalam menjamin kebajikan masyarakat dan membantu usaha-uasa yang berkaitan dengannya. Mereka telah berjaya meluaskan penglibatan mereka dalam soal-soal kebajikan kepada bidang yang lebih serius dan besar. Mereka juga berani memperjuangkan perubahan pada peraturan bekerja di samping hak beliawanis agar mendapat layanan yang lebih baik. Di Malaysia, sejak 1970-an, perangkaan menunjukkan bahawa penghijrahan beliawanis dari desa ke kota telah mewujudkan masyarakat bandaran dan masyarakat yang menuju ke arah zaman perindustrian. Jelas bahawa penghijrahan mereka telah memberikan kesan kepada sektorsektor yang memerlukan tenaga kerja yang menjurus kepada pembangunan Negara. Bagi membentuk imej beliawanis yang berketerampilan, beliawanis hendaklah memiliki ilmu dan sifat ketakwaan dalam diri. Ilmu itu akan dapat mempertingkatkan kualiti diri sebagai beliawanis mithali yang mampu menyumbang ke arah pembangunan Negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada Beliawanis dalam pembangunan negara, Dewan Masyarakat, April 2010)

You might also like