KONSEP 5P

Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat: 1. menghuraikan konsep Bersepadu 5P,dan 2. mengaplikasikan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran dengan tepat, sesuai dengan kehendak sukatan pelajaran; dan

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P

Ia adalah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Ia adalah juga satu saranan supaya bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu. Tegasnya tidak secara berasingan. Ia menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahanbahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi

Tujuan strategi penggabungjalinan
Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. y Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. y Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semulajadi. y Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
y

Prinsip-prinsip penggabungjalinan PrinsipMudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. y Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan. y Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik. y Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
y

Bentuk-bentuk penggabungjalinan BentukAda 3 bentuk penggabungjalinan :
x Penggabungjalinan Kemahiran x Penggabungjalinan Bahan x Penggabungjalinan Aktiviti

Penggabungjalinan Kemahiran
1. Dalam satu mata pelajaran (kemahiran berbahasa)
K2

K1

K3 3 K4

K1- Kemahiran mendengar K2- Kemahiran bertutur K1- Kemahiran mendengar K3- Kemahiranbertutur K2- Kemahiran membaca K3- Kemahiran membaca K4- Kemahiranmenulis K4- Kemahiran menulis BM- Bahasa Melayu BM- Bahasa Melayu

BM

1. Kemahiran bahasa 2. Kemahiran muzik 3.Kemahiran pendidikan seni

Penggabungjalinan Aktiviti
y

Anda boleh mengabungjalinkan sekurangkurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan.

Penggabungjalinan Aktiviti
Aktiviti Bacaan dan Kefahaman Memaham Mengesan isi penting Meringkas Membuatayat Memberi makna Menghurai ungkapan

Lisan Berbual Berbincang Bertemu ramah Berbahas Berceramah Bercerita berlakon

Tulisan Esei Laporan Ulasan Ucapan Arahan Iklan Memcatat isi

CONTOH penggabungjalinan aktiviti-aktiviti yang aktivitimempunyai urutan yang baik.

Berceramah mencatat isi Bercerita berbincang menulis karangan Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan

Penggabungjalinan Bahan
y

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahanbahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian pelajar.

Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu adalah seperti berikut:

Bahan Bahan utama (petikan) Rencana Laporan Berita Ucapan Komentar Pengumuman Ulasan Iklan Bahan sokongan (bahan rangsangan) Gambar Data Rajah Graf Carta Bahan lisan (Rakaman) Ucapan Ulasan Komentar Laporan Temu bual Pengumuman Wawancara

Pemulihan

Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. (3m) Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenalpasti, program ini dilaksanakan. Murid-murid pemulihan perlu diberikan pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

Objektif Program Pemulihan

y y y y y y y

menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Membina, memperoleh dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari. Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Pengayaan
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan. Ia disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Ia diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

Objektif Program Pengayaan
y

y y y y

menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

Prinsip Perancangan Program Pengayaan

Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan, Antaranya adalah seperti berikut:
menggunakan daya usaha sendiri. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah. Melibatkan pembacaan luas Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Aktiviti Program Pengayaan
x Pembelajaran akses kendiri x Kerja projek x Bacaan tambahan x Permainan dan rekreasi x Pembelajaran berbantukan computer.

Penyerapan
y

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Penyerapan dalam KBSR merangkumi dua perkara, iaitu : y Pengetahuan atau isi pelajaran.
y Nilai

murni.

Penyerapan Pengetahuan atau isi pelajaran

x Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain. x Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair dan sajak. x Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri. x Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakatan.

Penerapan Nilai Murni
Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai-nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan atau kelas. y Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek.
y

Penilaian
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Dalam KBSR penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Jenis Aktiviti Penilaian
a.

Penilaian MengesanPenguasaan Penilaian ini dijalankan ketika guru berada di dalam bilik darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan penguasan murid dalam sesuatu kemahiran matematik yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta merta.

b. Penilaian Mengesan Kemajuan y Biasanya penilaian ini dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

c. Penilaian Mengesan Pencapaian Penilaian ini dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan penilaian ini diadakan ialah untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.

Jenis Penilaian
1. y

Penilaian Formatif Penilaian ini melibatkan penaksiran yang sistematik yang dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap penguasaan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya. Maklumat yang dikumpulkan boleh digunakan dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Penilaian formatif ini menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak untuk mengesan dengan segera sama ada murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan mereka ketika pembelajaran berlangsung atau semasa membuat latihan.

y

y

Penilaian ini bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan pencapaian dan kebolehan murid, sebaliknya boleh menjadi alat dorongan untuk pembelajaran seterusnya. Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disajikan dengan aktiviti pengayaan yang mencabar.

Semasa melakukan penilaian formatif secara tak formal, guru perlu melaksanakan langkah-langkah berikut langkah-

Menentukan unit atau tajuk pembelajaran. Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki. y Menyusun perkara-perkara yang akan diuji dalam unit. y Membina item-item ujian. y Mengesyorkan langkah-langkah pemulihan, pengukuhan dan pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan.
y y

Penilaian Sumatif
y

y

Penilaian ini mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertantu. Dengan cara ini, guru dapat menentukan setakat mana objektif pengajaran sudah dicapai di samping dapat membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Penilaian sumatif dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian kertas-pensel, kemahiran amali atau soal jawab secara lisan. Sebaik sahaja selesai memeriksa jawapan murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan dalam senarai semak dan rekod profil

aktiviti
Perbincangan secara kumpulan: Hasilkan satu gambarajah yang menerangkan Konsep 5P secara ringkas, tepat dan padat. Hasil perbincangan hendaklah dibentangkan.