P. 1
3.Asas Pemasaran

3.Asas Pemasaran

4.75

|Views: 6,558|Likes:

More info:

Published by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI on Nov 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/26/2014

pdf

text

original

ASAS PEMASARAN

Definisi Pemasaran

Proses perancangan dan pembuatan keputusan dengan menggunakan idea-dea daripada konsep pemasaran terhadap rpoduk atau perkhidmatan untuk proses pertukaran.

Pasaran

Pasaran: pengguna yang memiliki kuasa beli, iaitu kebolehupayaan serta kuasa untuk membeli. Pasaran terbahagi kepada dua:
 

Pasaran pengguna Pasaran industri

Konsep Pemasaran

Falsafah pengurusan yang berorientasikan pengguna dengan matlamat untuk keberkesanan organisasi dalam jangka panjang. Matlamat pemasaran:
  

Memuaskan hati pengguna Objektif tercapai Imej prestij perniagaan meningkat

Kepentingan Pemasaran
Kepada organisasi:  Mempercepatkan proses pertukaran  Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan  Peluang perniagaan dalam industri berkaitan Kepada individu:  Secara pemenuhan utiliti mereka  Kehidupan pengguna lebih baik  Menyediakan pelbagai alternatif  Peluang pekerjaan yang banyak dan lumayan

Pendekatan Pemasaran

Pengguna

Kajian mengenai kehendak dan cita rasa pengguna akan dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang aktivit pemasaran dirangka.

Keuntungan

Yang dijadikan objektif dalam perancangan perniagaan dijadikan asas dalam menyediakan perancangan aktiviti perniagaan.

Membentuk Strategi Pemasaran

Proses mengkaji, menganalisa dan memilih sasaran firma dan kemudiannya membangunkan perancangan campuran pemasaran. Penting untuk memastikan pengguna berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan. Dua langkah iaitu memilih pasaran sasar dan mebentuk campuran pasaran.

Memilih Pasaran Sasar

Pasaran sasar ialah sekumpulan pengguna yang menjadi sasaran perniagaan dalam menjalankan usaha-usaha pemasarannya bagi menjual produk atau perkhidmatan perniagaan. Pelbagai indikator digunakan di dalam memilih pasaran sasar iaitu jantina, demografi, pekerjaan, usia, taraf sosial, agama, bangsa dan sebagainya. Campuran pasaran dirancang untuk memastikan pasaran sasar mendapat maklumat penuh produk atau perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.

Gelagat dan Tingkahlaku Pengguna

Tingkahlaku pengguna perlu dikaji dan diselidiki kerana hasil kajian ini akan mempengaruhi strategi pemasaran yang akan dibuat oleh mereka. Pengguna terbahagi kepada dua:
Pengguna individu - orang perseorangan yang membeli produk atau perkhidmatan untuk kegunaan peribadi mereka atau keluarga mereka.  Pengguna industri/firma/kerajaan - membeli produk atau perkhidmatan secara pukal

Membentuk Campuran Pemasaran
 

Membentuk “campuran pemasaran” merupakan strategi pemasaran yang kedua: Maksud campuran pemasaran ialah kombinasi empat elemen atau konsep pemasaran iaitu:
   

Produk (product) Harga (price) Agihan dan tempat (place and distribution) Promosi (promotion)

Konsep Utiliti

Kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau perkhidmatan. Bentuk utiliti daripada pihak pengeluar adalah menukarkan input (bahan mentah, komponen dan sebagainya) kepada produk yang dikehendaki oleh pelanggan. Penjual, pengedar dan pemasar produk pula menyediakan beberapa utiliti lain (utiliti tempat, bentuk, masa dan pemilikan) kepada pelanggan mereka.

Proses Pertukaran

Proses di mana dua atau lebih pihak memperdagangkan barang dengan nilai wang atau faedah supaya setiap pihak merasa puas hati selepas proses pertukaran tadi.

Peranan Pemasaran Terhadap Proses Pertukaran
 

Kegiatan pemasaran akan mempercepatkan proses pertukaran. Pemasaran, proses pertukaran akan menjadi semakin pantas apabila tahap kepuasan pembeli terhadap produk semakin tinggi. Bagi pengurusan pemasaran, bentuk kepuasan yang dimaksudkan adalah pemenuhan utiliti pelanggan, iaitu:
   

Utiliti masa Utiliti bentuk Utiliti tempat Utiliti pemilikan

(Samb.)

Utiliti ini akan menyebabkan kenaikan sedikit dalam harga produk yang dijual, tetapi pengguna tidak mempertikaikan kenaikan harga yang berpatutan kerana kenaikan tersebut adalah bayaran pertambahan utiliti yang diberikan. Utiliti tempat: produk yang dikehendaki oleh pengguna boleh diperolehi di tempat yang pengguna itu kehendaki. Utiliti bentuk: pengguna boleh memperolehi produk dalam ciri-ciri (seperti bentuk, warna, saiz, fesyen dan sebagainya) yang mereka kehendaki.

(Samb.)

Utiliti masa: pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendakinya pada masa ia perlukan. Utiliti pemilikan: pengguna boleh memiliki produk yang dikehendakinya.

Kepentingan Utiliti dalam Pemasaran

Kekerapan proses pertukaran yang tinggi akan membantu perniagaan mencapai objektif perniagaan dengan lebih baik. Pelanggan berpuas hati walaupun pertambahan kos akan menyebabkan peningkatan harga yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan, asalkan kenaikan harga ini relevan dengan pertambahan utiliti yang diberikan menyebabkan pelanggan “tidak kisah”.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->