1: ALAM SYAHADAH Alam keseluruhannya dinamakan alam kejadian atau alam makhluk atau segala sesuatu yang Allah

ciptakan daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesarbesarnya. Makhluk kejadian Allah boleh dibahagikan kepada tiga peringkat alam. 1: Alam Syahadah 2: Alam Misal 3: Alam Arwah. Alam Syahadah adalah benda dalam erti kata yang luas. Jangan menyangka sesuatu yang jauh dan tidak dapat dipandang dengan mata kasar itu sebagai bukan benda. Jika bintang merupakan benda yang paling jauh kelihatan pada pandangan kita, yang lebih jauh daripada bintang dan tidak dapat dipandang juga termasuk dalam kumpulan kebendaan. Benda atau jisim boleh dibahagikan kepada tiga kategori: 1: Jisim yang boleh dilihat dan dipegang 2: Jisim tipis yang ditembusi pandangan (transparent) 3: Jisim halus yang ghaib. Ketiga-tiga jenis jisim tersebut boleh didapati di dalam Alam Syahadah. Alam Syahadah pula boleh dibahagikan kepada empat peringkat alam. 1: Alam Langit Dunia 2: Alam Bumi 3: Alam Langit-langit 4: Alam al-Kursi Yang Agung.
ALAM LANGIT DUNIA

Satu bahagian kecil daripada alam ini ialah planet bumi di mana tinggal di atasnya makhluk yang berbangsa manusia. Planet bumi bersama-sama bulan dan planetplanet yang lain berada di dalam satu tingkatan alam yang dinamakan Sistem Matahari. Pada mulanya ahli astronomi menyangkakan matahari menjadi pusat kepada alam. Penemuan kemudiannya menunjukkan matahari hanyalah sebiji bintang di antara jutaan bintang-bintang. Apabila ilmu astronomi semakin maju manusia menemui maklumat bahawa kumpulan bintang-bintang yang sangat banyak membentuk satu galaxy. Ahli astronomi membuat anggaran terdapat kira-kira satu ratus ribu juta bintang dalam galaxy yang ada planet bumi. Bintang-bintang berpusing mengelilingi satu pusat yang dipanggil Pusat Sistem Galaxy. Ahli astronomi membuat kiraan dan mendapati matahari kita mengambil masa 225 juta tahun untuk mengelilingi Pusat Sistem Galaxy satu pusingan. Di samping galaxy yang terkandung planet bumi terdapat pula galaxy-galaxy lain. Bintang-bintang bagi setiap galaxy mengelilingi Pusat Sistem Galaxy masing-masing. Ada ahli astronomi membuat kiraan dan menganggarkan terdapat kira-kira 10 ribu juta galaxy semuanya. Ukuran di antara bintang-bintang dan galaxy-galaxy tidak lagi diukur dengan kiraan

a. tetapi digunakan sukatan tahun cahaya.a. seterusnya membina teori alam maya berdasarkan keterangan Rasulullah s. Pada jarak tertentu galaxy tidak kelihatan lagi kerana ia sudah lebih laju daripada cahaya lalu membawa cahayanya bersama-sama dan tidak mungkin lagi cahaya tersebut sampai ke bumi. Galaxy yang dekat dengan kita lambat pergerakannya sementara yang lebih jauh lebih pantas pergerakannya. Metagalaxy.s. Ada juga kalangan masyarakat menamakan mereka sebagai manusia kebenaran atau orang kebenaran.w dan penyaksian mereka sendiri. Tertutuplah rahsianya sebagai ahli sains yang hakiki dan tidak adalah orang yang bertanyakan perkara sains kepadanya. Cerita yang dikhabarkan oleh Rasulullah s. Pasti keterangan yang lebih lanjut dan jelas dapat diperolehi. Kesemua galaxy tersebut berada di dalam satu alam yang bulat dan mengembang seumpama belon yang ditiupkan angin ke dalamnya. Nabi Muhamamd . :”Bangunlah kamu dengan izin Allah”.a.a. Sains siapa yang lebih hebat di antara sains yang menghidupkan orang ‘mati’ dengan memasukkan darah dan memindahkan organ dengan sains yang membangkitkan orang yang di dalam kubur hanya dengan berkata.batu atau kilometer. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak matahari kita dengan bintang yang paling hampir ialah 4 ¼ tahun cahaya. Malangnya teori yang dibuat oleh ahli agama berdasarkan kitab ilmu alam yang paling jitu yang ‘ditulis’ sendiri oleh Pencipta alam. Cahaya bergerak selaju 186. Malangnya pula manusia kebenaran ini dianggap sebagai orang yang ‘betul bendul’. ertinya pakar yang sebenarnya. Bertaburanlah maklumat tentang alam maya yang telah dikeluarkan oleh manusiamanusia kebenaran yang tidak pernah mempelajari sains dan tidak tahu istilah-istilah . telah menjelajah ke seluruh alam maya sehingga ke puncak yang paling tinggi.000 batu satu saat. Ahli agama yang mendapat sains “Dengan izin Allah” dinamakan ahli al-hak.w menceritakan apa yang baginda saksikan. Baginda s. Hasil penemuan melalui teleskop melahirkan teori-teori untuk menceritakan keadaan galaxy-galaxy selepas batas teleskop.w. Tiap galaxy bergerak dengan kelajuan yang berbeza. tidak dapat diterima umum kerana tidak saintifik. sehingga sampai kepada yang tanpa batas (infinity). Teori-teori tersebut adalah bersifat mungkin dan agak-agak sahaja. yang tidak ada lagi alam kejadian selepas itu. Timbullah istilah Group. Teragalaxy dan sebagainya. Inilah perbatasan ahli astronomi yang dapat dicapai melalui bantuan teleskop yang paling canggih. Penghulu kepada sekalian ahli al-hak. Oleh itu apabila sains manusia mengaku kalah berpindahlah kepada sains “:Dengan izin Allah”. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak di mana galaxy membawa cahaya bersama-samanya ialah tidak kurang daripada 13 ribu juta tahun cahaya. Sesungguhnya sains “Dengan izin Allah” tidak dapat dicabar dan tidak mungkin dicabar oleh sains manusia buat selama-lamanya.w menjadi pedoman bagi ahli al-hak yang lain untuk mencungkil rahsia alam maya. Walaupun bersifat mungkin dan agak-agak tetapi bila disandarkan kepada sains dan teknologi manusia umum dapat menerimanya sebagai kebenaran.

konsep bumi itu pun berubah. Jika kita mendiami bulan maka bulanlah bumi kita. Apabila ahli nujum membuat teori mengenai bintang 12. Mereka menggunakan istilah mereka sendiri. Gunung di atas bulan menjadi kerangka bulan.w kerana baginda sendiri mendoakan agar mengurniakannya ilmu dan kefahaman. Seluruh alam di dalam Langit Dunia ini dinamakan Alam al-Mulk. Mendengar teori yang demikian orang terus menutup telinga. Lembu memakan rumput yang tumbuh di atas belakang ikan. Ia diistilahkan sebagai Gunung Qaf. Bagi planet bumi kita banjaran gunung-gunung menjadi kerangka. Timbullah teori bumi berada di atas tanduk lembu. Di samping Gunung Qaf yang planet bumi ada di dalamnya terdapat enam Gunung Qaf yang lain. Planet yang kita tinggal ini dinamakan bumi kerana kita mendiaminya. Jumlah Gunung Qaf semuanya adalah tujuh. tidak masuk akal. Pada peringkat ini satu alam di dalam satu Gunung Qaf dinamakan satu bumi. Teori ahli nujum tersebut diterima dengan penuh yakin sehingga boleh dikatakan semua orang tahu bintangnya masing-masing. Lembu pula berada di atas belakang ikan nun. Apabila lembu bergerak berlakulah kegoncangan di atas bumi. Beliau adalah Ibnu Abbas r. Apabila planet bumi sudah menjadi terlalu kecil dibandingkan dengan kewujudan yang lain. Gunung Qaf merupakan satu alam yang luas yang terdapat di dalamnya banyak galaxy. Jika istilah Alam al-Mulk dirasakan tidak sesuai maka boleh juga digunakan istilah Universe. Apabila planet bumi yang kecil ini berada di dalam satu kumpulan yang mengandungi berjuta-juta bintang ia dinamakan galaxy. Terdapat banyak galaxy sehingga sampai kepada satu peringkat semua galaxy tersebut berada di dalam satu kerangka. di antara 12 bintang tersebut ada dua bintang yang dinamakan lembu dan ikan. Tujuh Gunung Qaf menjadi tujuh bumi. Begitulah keadaan Universe yang digambarkan oleh ahli al-hak berdasarkan penyaksian mata hati mereka. Seperti di planet bumi kerangka galaxy juga dinamakan gunung.a.sains. Israiliyat dan karut. Kita kembali kepada Alam Langit Dunia. maksud bumi adalah relatif.a. Jika kita mendiami matahari maka mataharilah bumi kita. Padahal teori itu dikeluarkan oleh seorang yang diperakui ilmunya oleh Rasulullah s. Jadi. Tujuh Gunung Qaf itu berada atau terapung-apung di dalam ruang angkasa yang luas yang dikelilingi oleh satu bulatan yang dinamakan Langit Dunia atau Langit Rendah atau Langit Pertama. Kita mulai dari satu planet yang bernama bumi di mana kita tinggal di atasnya. Ada pengaruh mempengaruhi di antara bintang lembu dengan bintang ikan dan juga bintang-bintang lain kepada penduduk di atas muka bumi. . Yang menjadi identiti bumi ialah ia berada di dalam satu kerangka. Terdapat tujuh bumi yang dilengkungi oleh Langit Dunia. Mereka boleh percaya kepada bintang lembu dan ikan yang dikatakan oleh ahli nujum tetapi menolak perkataan ahli kasyaf yang dapat menyaksikan apa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Al-Mastawa dengan segala isi kandungannya berada dalam satu bulatan alam yang juga Alam Syahadah. Seluruh alam maya yang diperkatakan hingga kini berada di dalam ruang alam al-Kursi yang ghaib ini. Ia merupakan satu tingkat alam yang menjadi perbatasan. Di bahagian atas Sidratul Muntaha terdapat satu lagi bahagian Alam Ghaib yang dinamakan al-Kursi berbentuk empat persegi. Al-Kursi pula menjadi alam yang kecil di dalam ruang alam Arasy arRahman. Begitulah keadaannya sehinggalah sampai ke alam Langit Ketujuh. Al-Mastawa bukan lagi Alam Ghaib tetapi alam nyata. Di kanan Arasy ar-Rahman terdapat pula sempadan yang memisahkan alam yang di atasnya dengan alam yang di bawahnya. yang masih lagi di dalam peringkat Alam Ghaib. Jannatul Khuldi.w sampai ke langit ke tujuh… tiba-tiba didapatinya Nabi Ibrahim a. Langit Dunia dengan segala isinya menjadi satu alam kecil terapung di dalam ruang angkasa alam Langit Kedua. yang dinamakan Bumi Rendah atau Bumi Pertama. Apa sahaja yang datang dari bawah terhenti di Sidratul Muntaha dan apa sahaja yang turun dari atas juga terhenti di Sidratul Muntaha.s…Kemudian aku (Nabi Muhamamd s. Alam Sidratul Muntaha juga mempunyai ciri-ciri yang demikian. Lapisan pertama dinamakan Alam Laut. Selepas Langit Ketujuh terdapat satu tingkat Alam Ghaib. Bahagian pertama daripada Alam Ghaib ini dinamakan Sidratul Muntaha.w diangkat ke Sidratul Muntaha.a. Jannatul Firdaus dan Jannatul ‘Adn. Sidrat bermakna pokok bidara dan muntaha bermakna yang penghabisan. Pada bahagian tengah Sidratul Muntaha terdapatlah Baitul Makmur yang menjadi pusat pentadbiran alam bawah. Darussalam. Peristiwa mikraj menceritakan. Arasy ar-Rahman dan Sidratul Muntaha kedua berada di dalam ruang angkasa bulatan Alam Syahadah semula yang dinamakan al-Mastawa. bukan lagi Alam Syahadah. dinamakan Sidratul Muntaha kedua. Di bawah daripada Arasy ar-Rahman terdapat satu kumpulan syurga tujuh tingkat: Darul Jalal.a. . Jannatul Ma’wa. tempat berhenti perjalanan dan ilmu makhluk yang dari alam atas dengan alam bawah. Alam Bumi Pertama ini dikelilingi oleh tiga lapisan alam. iaitu langit pertama merupakan permulaan Alam Malakut Bawah yang dinamakan juga Alam Barzakh. tempat roh yang meninggalkan jasad berhenti sementara menunggu ditiup sangkakala.ALAM BUMI Langit Dunia. Pada keliling permukaan al-Mastawa terdapat Loh Mahfuz yang padanya al-Qalam menulis perintah Allah. Hanya yang mendapat keizinan dapat menyeberangi perbatasan ini. Sidratul Muntaha bermakna pokok bidara yang penghabisan. Alam Ghaib ini terdiri daripada benda juga Cuma ia ghaib daripada pancaindera. “Kemudian baginda s. Jannatul Na’im. Tiba-tiba kelihatan buahnya seperti tempayan dan daunnya seperti telinga gajah”. Pada planet bumi kita ada pulau-pulau seperti tempayan dan semenanjung seperti telinga gajah.

Luzi.Lapisan Kedua dinamakan Alam Angin. Semua peringkat alam sehingga alam Bumi Ketujuh berada di dalam ruang angkasa bulatan alam yang dinamakan Alam Gunung Kemurkaan. busur panah. singa. Buruj Alam Atas pula bukanlah bintang tetapi adalah 12 buah alam yang sangat luas. Ini adalah kumpulan syurga yang kedua. Alam Lautan Kegelapan dikelilingi oleh lapisan alam yang dinamakan Alam Kegelapan. Pada lakaran yang ke sembilan ini terdapat dua belas buah bulatan alam yang juga mengelilingi Kalbu Langit-langit. Ada tujuh tingkat neraka: Jahannam. Di dalamnya terdapat Sijjin. Bulatan alam pada tujuh lakaran selepas lakaran Alam Bumi tersebut dinamakan Alam Langit-langit tujuh lapis. iaitu bintang-bintang tertentu dalam Langit Dunia yang menjadi tempat pengawalan malaikat. Dan diberi nama mengikut lambang malaikat yang memerintah pada setiap alam tersebut: biri-biri. Semua peringkat alam yang diperkatakan hingga kini termasuklah Gunung Qaf terakhir ini diistilahkan sebagai Alam Bumi. Semuanya berada di dalam ruang angkasa Bumi Kedua. Mana-mana syaitan cuba menceroboh akan dipanah dengan panah api. . ketam. penjara tempat disimpan roh-roh dan catatan amalan orang-orang kafir. Selepas lakaran pusingan Alam Bumi ada pula tujuh lakaran lain. Selepas lakaran pusingan Alam Langit-langit ada satu lagi lakaran yang ke sembilan. Sebenarnya terdapat juga Buruj Alam Bawah. Ia masih di dalam peringkat Alam Malakut Bawah atau Alam Barzakh. Lapisan ketiga dinamakan Alam Kegelapan. Mengelilingi Alam Kegelapan ialah Alam Gunung Pendakian. Bumi Kedua berada di dalam ruang angkasa Bumi Ketiga dan Begitulah seterusnya hingga ke Bumi Ketujuh. ALAM LANGIT-LANGIT Alam Bumi bergerak pada satu lakaran mengelilingi satu pusat yang dinamakan Kalbu Langit-langit. Pada lakaran pertama hanya Alam Bumi berpusing mengelilingi Kalbu Langit-langit. neraka. gadis. menjadikan lapan lakaran semuanya. Saqar dan Hawiyah.000 bulatan alam-alam mengelilingi Kalbu Langit-langit. timba dan ikan. menjaga supaya tidak ada syaitan yang dapat naik ke atas untuk mencuri maklumat dari alam atas. Huthamah. lembu. jua mempunyai tujuh tingkat dan memakai nama yang sama seperti syurga kumpulan pertama. Alam Gunung Pendakian dengan segala isinya berada di dalam kerangka yang dinamakan juga Gunung Qaf. Jahim. Begitu juga pada lakaran ketiga sehingga lakaran ke lapan. kembar dua. Begitulah nama 12 Buruj Alam Atas. Di dalam Alam Lautan Kegelapan di bawah Alam Gunung Kemurkaan terdapat an-Nar atau neraka. Alam Gunung Kemurkaan berada di dalam bulatan alam yang dinamakan Alam Lautan Kegelapan. Alam Langit-langit ini sangat indah dan menjadi syurga Barzakh yang sekarang didiami oleh para malaikat. kambing. Alam yang dua belas ini dinamakan Buruj Alam Atas. Pada lakaran kedua terdapat 70. Sa’ir.

Rasulullah s. “Hai Abu Zar. Lebihnya al-Arasy daripada al-Kursi seperti lebihnya padang pasir yang luas daripada sebentuk cincin tersebut”. Ukuran kelajuan pada peringkat ini bukan lagi kelajuan cahaya tetapi kelajuan malaikat. Syurga Jannatul Firdaus Atas menjadi sempadan terakhir Alam Barzakh atau Alam Malakut Bawah. Kalbu Langit-langit memancarkan nur keseluruh alam-alam di sekelilingnya. “Dan satu hari di sisi Tuhan kamu adalah seribu tahun mengikut hitungan kamu”. “”Malaikat dan roh naik kepada-Nya pada satu hari yang kadar ukurannya lima puluh ribu tahun”. Di bawah al-Arasy al-Majid terdapat pula sempadan yang memisahkan makhluk alam bawah daripada makhluk alam atas. ayat 47). Ia merupakan salah satu syurga yang tidak binasa bila berlaku kiamat. (Surah al-Ma’arij. nur yang jauh lebih seni daripada sebarang cahaya yang diketahui. ayat 4). Alam selepas al-Kursi Yang Agung ini adalah Alam Ghaib yang dinamakan Alam Misal. Langit yang tujuh dan bumi yang tujuh di sisi al-Kursi hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir luas. Alam Bumi yang besar di dalam Alam Barzakh itu apabila berpusing satu pusingan di atas paksinya satu hari Alam Bumi yang dinamakan Hari Allah.000 tiang. Di sisi tiap-tiap tiang terdapat gugusan alam-alam yang merupakan syurga kumpulan ke tiga. yang menjadi batas terakhir Alam Syahadah. Al-Arasy al-Majid mempunyai 18. Sempadan ini dinamakan Sidratul Muntaha ke tiga. yang sudah termasuk dalam peringkat Alam Misal. (Surah al-Hajj. dan al-Kursi di sisi al-Arasy hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir yang luas pula. AL-KURSI YANG AGUNG Semua alam-alam yang diperkatakan sehingga ini berada di dalam ruang angkasa alKursi al-A’dzam (al-Kursi Yang Agung).w memberi gambaran tentang keluasan al-Arasy al-Majid. Nur yang dipancarkan itu adalah ilmu Allah. Apabila ia berpusing satu pusingan mengelilingi matahari terjadilah satu tahun matahari.a.Planet bumi tempat kita tinggal ini apabila ia berpusing satu pusingan pada paksinya terjadilah satu hari. Satu hari perjalanan malaikat bersamaan lima puluh ribu tahun matahari. Syurga kumpulan ini dinamakan Jannatul Firdaus Atas. Al-Arasy al-Majid yang di dalamnya terkandung . Malaikat katibun menerima pancaran tersebut dan menulisnya di Loh Mahfuz dalam Alam Bumi. 2: ALAM MISAL Alam Syahadah yang berbataskan al-Kursi Yang Agung dengan segala isinya berada di dalam ruang angkasa Alam Ghaib yang dinamakan al-Arasy al-Majid (al-Arasy Yang Megah). bersamaan dengan satu ribu tahun matahari.

000 lapis bagi satu peringkat Alam Hijab yang dinamakan Hijab Nur Putih. Di Iliyyun inilah disimpan catatan amalan orang-orang yang beriman yang baik-baik. Manusia yang berada dalam Alam Syahadah di planet bumi. Alam-alam tersebut dinamakan alam Arasy-arasy. Ia juga terdiri daripada tujuh tingkat seperti syurga-syurga yang lain.000 lapisan. yang juga terdiri daripada 70. Jadi. Tetapi ia lebih murni. lebih indah dan . Di atas permukaan Hijab Hamparan Emas terdapat umbi bagi Sidratul Muntaha ke empat. terdapat seribu alam-alam mengelilingi Kalbu Alam. Al-Arasy al-Majid sama dengan Arasy-arasy yang lain terletak di dalam ruang angkasa alam yang dinamakan Alam Hijab. Jika ada buah-buahan di sana maka buah-buahan tersebut boleh dimakan. berlapis-lapis sehingga 70. lebih-lebih lagi yang terkongkong dengan alam jasad. Pusat yang dikelilingi oleh al-Arasy al-Majid ini dinamakan Kalbu Alam. Jika ada kerusi di dalam alam ghaib itu maka kerusi tersebut boleh diduduki. Ada yang bercahaya menyilaukan pandangan. Jisim tipis dalam Alam Misal dipanggil an-Nuur. dan mendapati Alam Misal adalah satu alam yang boleh disaksikan dan dirasa. Setiap peringkat mengandungi 70. seperti Alam Syahadah juga. pada satu lakaran. hanya memandang kepada yang zahir atau nyata sahaja.000 lapisan Hijab. Kemudian ia diikuti oleh peringkat Alam Hijab yang lain. Pada setiap lakaran itu terdapat satu buah alam yang besarnya lebih kurang sebesar al-Arasy al-Majid. Peringkat Hijab Ketunggalan berakhir dengan lapisan Hijab yang dinamakan Hijab Hamparan Emas. Peringkat terakhir dinamakan Hijab Ketunggalan. Akal fikirannya sukar menggambarkan betapa seninya jisim pada Alam Misal. Al-Arasy al-Majid mengelilingi satu pusat. Kalbu Alam menjadi pusat dan menguasai Arasy-arasy tersebut. Alam-alam bermula daripada al-Arasy al-Majid hingga ke lapisan Hijab Hamparan Emas merupakan syurga yang dinamakan Iliyyun.Alam Barzakh. Ia menjadi batasan terakhir Alam Misal. Seluruh alam yang dinyatakan sehingga ini berada di dalam ruang alam yang dinamakan al-Arasy al-Karim (al-Arasy yang mulia). hinggalah kepada beberapa peringkat. Ia juga merupakan benda-benda seperti benda-benda yang ada dalam Alam Syahadah. Lakaran pusingan al-Arasy al-Majid merupakan salah satu daripada seribu lakaran. sudah termasuk di dalam peringkat Alam Malakut Atas. ada yang cair seperti air dan ada yang padat seperti tanah dan logam. Alam Hijab yang mengandungi Arasy-arasy ini berada di dalam peringkat Alam Hijab yang lain pula. Begitu juga air yang ada di sana. Apa yang ghaib itu apabila dibukakan ia menjadi nyata dan boleh berinteraksi dengannya. Jisim bersifat nuur adalah jisim yang sangat murni. Tetapi bagi seorang insan yang tinggi makamnya di sisi Allah dapat masuk ke dalam Alam Misal dan melihat keadaan di dalam alam tersebut.

pokok thubi.’ Berkata malaikat itu.000 Hijab. dinamakan Darul Qarar. “Diliputi pada tiap-tiap hari oleh seribu warna dari nuur”. selepasnya bermula pula Alam Arwah (Alam Roh).000 warna dari nuur. Seluruh al-Arasy al-Karim bersama-sama segala isi kandungannya berada di dalam bulatan sejenis Alam Hijab yang lebih ghaib dan lebih seni. Kemudian aku maju lagi bersama malaikat wakil Hijab Hamparan Emas terus ke Hijab Permata. ‘Allahu Akbar!’ Ia pun menghulurkan tangannya dari bawah Hijab dan meletakkan daku di hadapannya. Hadis menceritakan tentang nuur al-Arasy al-’Adzim. ‘Tuan punya Hijab Hamparan Emas dan ini Muhammad Rasul Rabbil ‘Izzati’. ‘Siapa ini?’ Ia menjawab. “(Diliputi) 70. ‘Allahu Akbar!’ Lalu ia mengeluarkan tangannya dari bawah Hijab hingga dia meletakkan daku dihadapannya. “Maka meluncurlah bersamaku malaikat itu lebih cepat dari sekelip mata hingga sampai ke Hijab Permata. Setiap peringkat ada 7. Pada Alam Arwah terdapat juga alam-alam Hijab. yang terdapat padanya satu syurga yang menjadi induk bagi semua syurga. Hadis mengenai mikraj menceritakan. ‘Siapa ini?’ Ia berkata. Ia mengetuk pintu Hijab. Jannatul ‘And merupakan syurga yang paling tinggi. Berkata malaikat dari sebalik Hijab. “Nuur al-Arasy al-‘Adzim kalau dizahirkan kepada penduduk dunia ini dan (dalam . arasy yang besar. Tiap-tiap satu Hijab perjalanannya lima ratus tahun dan di antara satu Hijab dengan Hijab yang lain lima ratus tahun”. tebal tiap-tiap Hijab 500 tahun”. Berkata malaikat itu. Ia dinamakan juga al-Arasy al-Muhith.000 lapis Hijab. Semua lapisan Alam Hijab bermula selepas al-Arasy al-Karim merupakan syurgasyurga yang dipanggil secara tunggal dengan nama Darul Khulud. Ini Muhamamd Rasul al-‘Arabi bersamaku. arasy yang meliputi. lagi seni dan tinggi. tiada dapat dipandang kepadanya oleh seorang pun dari makhluk”. Ada beberapa peringkat Alam Hijab dalam Alam Arwah. jisim yang bersifat nurani. Al-Arasy al-‘Adzim dijadikan daripada nuur. maksudnya meliputi seluruh alam makhluk. Di dalamnya ada Syajaratul Thubi. Al-Arasy al-‘Adzim merupakan bulatan terakhir atau kerangka yang paling luar bagi seluruh alam kejadian. Berkata malaikat di belakang Hijab. Lapisan pertama daripada Alam Hijab itu dinamakan Hijab Permata. negeri ketetapan. negeri yang abadi. Al-Arasy al-‘Adzim mengandungi 70 juta lapisan kulit-kulit yang di antara satu kulit dengan kulit yang lain terdapat ruang angkasa. paling besar dan paling indah. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain hingga aku melampaui 70. 3: ALAM ARWAH Peringkat terakhir Alam Misal ialah al-Arasy al-Karim. lalu mengetuk-ngetuknya. “Hingga aku sampai pada Hamparan Emas. Ia juga mengandungi tujuh tingkat dengan tujuh nama seperti syurga-syurga yang lain.lebih ajaib daripada apa yang ada dalam Alam Syahadah. alam makhluk atau apa sahaja yang Allah ciptakan. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain. Di atas Jannatul ‘And adalah al-Arasy al-‘Adzim. ‘Saya tuan punya Hamparan Emas.

Di bawah al-Arasy al-‘Adzim ada pula Loh Mahfuz yang kedua. Seluruh alam atau kejadian yang Tuhan jadikan berada di dalamnya. Catatan yang tertulis di sini diambil oleh malaikat dan diturunkan kepada Kalbu Alam yang kemudian memancarkannya kepada Alam-alam Arasy. Qubah Permata Putih ini merupakan tempat terakhir perjalanan mikraj Rasulullah s.w. Al-Arasy al-‘Adzim itulah kerangka alam. Di dalam alam Qubah yang besar ini. Di bahagian atas al-Arasy al-‘Adzim yang paling luar dan paling tinggi terdapat satu alam yang besar dan indah dinamakan Qubah. orang yang mencapai makam yang tinggi pada sisi Allah dapat mendekatinya tanpa terjadi apa-apa dan mendapatinya suatu jisim alam yang sangat indah. Hingga kepada al-Arasy al-‘Adzim yang terdiri daripada 70 juta lapisan dengan Qubah di bahagian atasnya. Dari alArasy al-Majid ia diturunkan pula kepada Kalbu Langit-langit yang kemudiannya dipancarkan kepada Alam Langit-langit termasuklah Alam bumi di dalam Alam Barzakh. Ia adalah sebesar-besar makhluk. berupa seperti sebuah mahligai yang besar terapung di ruang angkasa Qubah besar. Meskipun nuur al-Arasy al-‘Adzim itu sangat kuat namun. Ia juga terdiri daripada tujuh peringkat syurga seperti syurga-syurga yang lain. terdapat satu Qubah yang lebih kecil yang terdiri dari Permata Putih. Begitulah salah satu cara perintah Tuhan turun seperingkat demi peringkat hingga sampai kepada masing-masing yang telah ditentukan.keadaan) ia telah merendahkan diri (kepada Allah) nescaya lemah cahaya matahari bersamanya sebagaimana lemah cahaya pelita bersamanya (cahaya matahari) dan lebih kurang lagi”. Ia merupakan tempat yang paling tinggi dalam seluruh alam makhluk. Semuanya menggambarkan apa yang termasuk di dalam kalimah “KUN” (jadilah kamu). atau dinamakan juga Alam Kejadian atau Alam Makhluk atau A’yan Luar atau al-Mumkinat (segala yang mungkin) atau Alam Yang Baharu atau Yang Selain Allah. Qubah besar menjadi pusat pentadbiran alam di bawahnya sebagaimana Baitul Makmur menjadi pusat pentadbiran alam yang lebih bawah. Qubah yang kecil pula menjadi inti atau istana bagi Qubah besar. Jika dibandingkan dengan sebiji buah maka Qubah itu adalah umpama tampuk yang menentukannya sebagai bahagian atas dan lawannya sebagai bahagian bawah. Apabila dilihat kepada keseluruhan alam makhluk maka bahagian yang ada Qubah itu diisyaratkan sebagai bahagian atas. termasuklah al-Arasy al-Majid. pada bahagian yang paling atas. tiada bandingannya. Insan . Jisim dalam Alam Arwah bersifat latif atau halus atau murni atau terlebih ghaib. maka tamatlah perbicaraan mengenai Alam Malakut Atas dan berakhir juga ilmu manusia tentang alam. Qubah ini merupakan syurga yang lebih indah daripada syurga-syurga yang lain. Sekaliannya dinamakan Alam sahaja.a.

“Nuur di atas nuur”. Cuba kamu pandang kepada sebuah bangunan. sama seperti sifat Alam Malakut.w mikraj menggunakan tangga yang dihulurkan dari alam atas seumpama lif yang dibawa turun dari tingkat atas. ayat 35). Mata kamu juga bercahaya sebagai persediaan untuk menerima pancaran cahaya matahari yang datang. (Surah an-Nuur. Andainya kamu berada di tempat yang tinggi dan pandangan kamu cukup kuat maka . Hati insan bersifat nurani. “Dipimpin Allah kepada nuur-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya”.t mempunyai caranya sendiri untuk memperlihatkan alam ciptaan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. ayat 22). walaupun seorang yang kasyaf.a. “Allah jualah nuur bagi semua langit dan bumi”. (Surah an-Nuur. Pelita itu berada di dalam kaca. Gambar yang tertera pada skrin bola mata kamu itu dalam keadaan terbalik. Kekuatan pancaran nuurnya boleh menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi untuk menyaksikan dan memperolehi makrifat tentang Alam Makhluk atau Alam Kejadian. Alam Misal dan Alam Arwah merupakan alam benda yang jika diizinkan boleh disaksikan samada dengan pancaindera ataupun dengan hati. ayat 35).w telah menaiki boraq dan mengembara ke seluruh alam di bawah bumbung Langit Dunia (Langit Pertama). Kaca itu bagaikan bintang berkilau-kilauan. Dinyalakan dari pohon kayu yang berkat iaitu minyak zaitun yang bukan dari timur dan bukan dari barat. Allah s. “Orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam lalu ia beroleh nuur dari Tuhannya”. Seluruh bangunan yang begitu besar boleh masuk ke dalam akal kamu. Jadi. berjisim dan berbentuk benda dalam bebagai-bagai keadaan yang boleh disaksikan dan dirasa. Otak boleh berfungsi sebagai kesan aktiviti akal.w. PENUTUP Bagaimana ahli al-kasyaf menyaksikan alam yang begitu luas dan jauh? Adakah dia perlu menaiki sejenis kenderaan dan terbang ke seluruh alam maya untuk menyaksikannya? Nabi Muhamamd s. ayat 35). Namun. “Perumpamaan nuur-Nya seperti sebuah lubang di dinding di dalamnya mengandungi pelita. Otak berperanan membetulkannya kembali. iaitu Alam Syahadah. ayat 35). (Surah an-Nuur. Cahaya matahari menerpa ke arah bangunan itu lalu membawa seluruh bangunan tersebut kepada mata kamu. Kemudian baginda s. Kamu dapat melihat bangunan tersebut kerana ada cahaya dari sumber cahaya iaitu matahari. (Surah az-Zumar. Akallah yang melihat bangunan tersebut. Tetapi boraq hanya untuk kegunaan nabi-nabi tidak bagi manusia biasa.a. (Surah an-Nuur. Pertemuan cahaya matahari dari atas dengan cahaya mata di bawah melahirkan gambar pada belakang bola mata kamu.yang tinggi makamnya pada sisi Allah memasuki alam yang terlebih ghaib ini dan mendapati alam ini sama seperti Alam Syahadah juga. seluruh alam. Jika mata kamu terpejam atau berselaput tidak mungkin cahaya matahari boleh memasukinya. Hampir minyaknya mengeluarkan cahaya dengan sendirinya biarpun tidak disentuh api”.

Tidak ada apa-apa lagi padanya melainkan urusan Tuhan. Seterusnya memanjat ke Qubah yang menjadi puncak segala alam kejadian. Jadilah diri kamu seolaholah satu ruang angkasa yang di dalamnya terapung-apung seluruh alam makhluk. Keadaan ini boleh terjadi kerana Allah jualah nuur bagi langit dan bumi. inilah makam terakhir seorang hamba. “Katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku”. Selesai perbicaraan mengenai Alam Makhluk. Tidak ada apa-apa lagi kecuali: “ALLAH. Urusan Tuhan. Jika kamu berada pada tempat yang lebih tinggi dan pandangan kamu lebih kuat kamu akan dapat menyaksikan seluruh Alam Syahadah. RABBIL ‘IZZATI!’ Allah jualah yang memiliki Hijab Yang Teguh. Apabila dia sudah larut di dalam urusan Tuhan maka urusan Tuhanlah yang memperjalankannya ke seluruh alam maya hingga terdampar ke Sidratul Muntaha. kalbu orang mukmin itu meliputi seluruh alam makhluk tanpa dia perlu terbang ke mana-mana. Nuur-Nya juga memancar di dalam kalbu orang mukmin. Jika kamu memandang kepada sebuah bangunan maka bangunan itu yang datang kepada kamu bukan kamu yang pergi kepadanya. Semoga perbicaraan ini lebih membuat saudara mengagumi kebesaran dan kebijaksanaan Allah menciptakan alam makhluk ini.kamu boleh melihat seluruh planet bumi berada di dalam akal kamu. Begitu juga keadaan ahli al-kasyaf yang tidak bergerak dari tikar sembahyangnya namun dia dapat menyaksikan seluruh alam makhluk. Begitulah keadaannya hingga kamu dapat melihat seluruh Alam Misal dan Alam Arwah. Nuur di atas nuur. “Dipimpin Allah kepada nuur-Nya siapa yang Dia kehendaki”. Akal kamu menjadi seperti satu ruang angkasa yang luas yang memuatkan planet bumi. Semoga saudara-saudara tidak memandang alam dalam sekop yang sempit sehingga berasa curiga bagaimana orang kafir boleh pergi ke bulan yang kononnya sudah termasuk bahagian alam langit. Saudara anda di dalam Islam Mohammad Nasir Majid Seberang Takir Terengganu Darul Iman . Kamu tidak bergerak satu langkah pun. Nuur dari alam atas membawa turun seluruh alam kejadian dan dapat ditangkap oleh nuur di bawah iaitu kalbu orang mukmin. Jadi.