You are on page 1of 9

Spesies ikan hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya.

1. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikanali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar dan ikan arowana

2. Ikan harbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai harbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditana tumbuhan akuatik. Contohnya ikan lampam dan tiger barb

3. Ikan omnivor Ikan yang memamkan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan pelaga, oskar, dan cichlid.

Jenis-jenis ikan hiasan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Tinfoil barb Green tiger barb Kaloi Morning kises Lumut Rhino Tiger fish Tetra black Arowana

x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi.

Flower horn Lemon yellow Electric blue Guppy Beta crown tail Neon tetras Gold fish

Sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca atau kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaan dan kawasan taman. Memelihara ikan hiasan dapat member ketenangan dan boleh menghayati ala akuatik semula jadi.

Ciri-ciri istimewa pada ikan hiasan i. ii. iii. iv. v. Warna sisik badan dan sirip yang menarik Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat Pergerakannya menarik iaitu aktif san agresif Manja dan data mengenali tuannya Cara pemakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan

Memilih ikan hiasan Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium i. ii. iii. iv. v. vi. Bukan ikan liar yang diangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan Jenis yang telah jinak dan dibiakkan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli dari kedai hiasan Mempunyai ciri menarik seperti warna dan entuk badannya Boleh dicampur dengan ikan jenis ikan lain Tahan terhadap perubahan mutu air Tahan terhadap serangan penyakit

Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah than hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ilah untuk menyerap bahanbahan toksik yang dihasilakn dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkuuhan akan mendap ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiaannya dan tempat berehat. Ikan harbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Alatan asas set peliharaan ikan hiasan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Pokok akuatik Batu hiasan Filter pam Thermometer Lampu Kaki akuarium Motor pam air Akuarium

Menyediakan dan menghias akuarium Langkah 1 Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di atas lantai untuk mengelakkan lantai enjadi licin.

Langkah 2 Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp. Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir

Langkah 3 Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik

Langkah 4 Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

Langkah 5 Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kau perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukkan ke dalam akuarium

Langkah 6 Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.

Masukkan ikan hiasan ke dalam akuarium/bekas Langkah 1 Letakkan beg plastic yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium selama 20 ingga 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastic dan air di dalam akuarium

Langkah 2 Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium

Langkah 3 Setelah semua ikan keluar dari plastic, keluarkan beg plastic tersebut

Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala sperti ikan swordtail, guppy atau angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atau loach. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dielihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan sedang kelaparan.

a. Makanan ikan hiasan di dalam akuarium Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atu makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.

b. Makanan hidup Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapt di dalam air), cacing, ula roti, jejentik, nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas. c. Makanan basah Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan :jenis makanan ini kurang digunakn kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam). d. Makanan rumusan Makanan rumusan adalah seperti pellet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh kilang membuat makanan haiwan.

Kekerapan memberi makanan ikan hiasan Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan lewat petang. Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan oleh mendatangkan kesan buruk terhadap hidupan ikan.

Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan Penyakit Sirip berfaungus Simptom Sirip koyak dan hujung berjeli Punca Air dalam akuarium kotor Rawatan Ubat fungus Catatan Sistem penapisan air mesti berfungsi dengan baik Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Asingkan ikan Boleh berjangkit

Columnaris

Kapas putih bercambah dari sirip atau badan Gentian kelabu sebahagian/ seluruh badan

Bacteriaflexobacter

Ubat fungus

Costiasis

Parasit luar

Ubat parasit

Dactylogyrus

Insang sentiasa Parasit insang separuh terbuka

Ubat parasit

Fin rot

Sirip rosak dan menggelupur

Fungus saprolrgnia

Ubat fungus

Flavor bacteria

Ikan berenang tanpa tujuan dan mengelupur Jalur merah pada sirip

Bacteria dalaman

Parasit dalaman

Sirip berdarah

Gyrodactylus parasite

Ubat parasit

Fungus mulut

Kapas putih Bakteria menyaluti mulut

Ubat parasit

Pop eye White spot (bintik putih)

Mata menjojol keluar Binti putih seperti gula

Bakteria Parasit protozoa Ubat parasit

pada badan dan sirip

melalui percikan air/ kongsi net

Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium a. Baja Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yan dicadangkan. b. Cahaya Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesi. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari. c. Bekalan karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesi sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tubuhan melalui gas karbin dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

Penjagaan ikan hiasan Penjagaan harian a. Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah b. Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. c. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya terdapa tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti erenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan d. Ikan ynag mati perlu dibuang e. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik f. Ukur kualiti air seperti nilai ph, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang boleh dibeli di kedai akuarium

Penjagaan mingguan a. Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau 1/3 bahagian dari isi padu tangki b. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi c. Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki d. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu e. Buangkan kotoran yang terdapat di dasar tangki dengan kaedah siphon f. Cucikan kapas penapis dengan air bersih g. Tambahkan air dalam tangki sehingga paras asal h. Perlu diingat supaya tidak memberi makanan secara berlebihan sebelum bercutipada hujug minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari. Sebaliknya makanan berlebihan akan lebih membahayakan ikan.

You might also like