BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

bibir.1. anak tekak. dan sebagainya. iaitu fonetik artikulasi.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. 5 . Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. lelangit keras.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. lelangit lembut. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. frekuensi dan amplitud. Dua cabang lagi. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator). fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia.Dari ketiga-tiga cabang ini. Selain itu. seperti lidah.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. 1.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak.1. 1. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.1. fonetik akustik dan fonetik auditori. 1.

2. menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. (Siti Hajar Abd.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 . Dapat merumuskan. dan fonetik auditori. Banding beza bahan tersebut. iaitu morfologi dan sintaksis. Input kepada kajian linguistik tinggi.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. Aziz. Asas kepada kajian fonologi. kemudian bentangkan di dalam kelas anda. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. 2008: 90) 1. fonetik akustik. 1.

sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . Menurut Awang Sariyan (2004). 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. sintaksis dan semantik. tatabahasa. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. Kini. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini.1999). Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi. dan kosa kata. dengan asas yang padu dan kukuh ini. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. morfologi. Penggiat bahasa risau. Bahasa baku ialah bahasa standard.

supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. iii. ii. kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah). Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. iv.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 . Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i. ahli. dan tidak ada huruf yang senyap”.ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Secara khusus. dan laras bahasa. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). sistem ejaan.

Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. tertutup. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ]. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. di tengah atau di akhir kata. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] . Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.

Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. Indonesia dan Inggeris 10 . Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. KVK .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV . KV + KV . KVK + KVK.

Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab .5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 . Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1.

kebosanan. keakraban. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. kekejutan. ii. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. vi. sama ada ayat penyata biasa. 2. iii. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. kemarahan. iv. seperti kegembiraan. 3 dan 4. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. ayat perintah. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. ayat tanya. penjual ubat atau sarjan tentera. Ada beberapa fungsi intonasi. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. positif atau negatif dan seumpamanya. 12 . v. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. kekecualian. Antaranya: i. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1. seperti khatib.

vi.wéi le. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.ngor da. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.na] [pyong.gun] 13 .rul éh.ros gha.dé.go.nia her.ros but.ze.lẼnd] [sun.sen man.ham.la.san] [bos.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.yang] [niu zi.mad hat.la] [lim kéng yék] [but.

atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.ko] atau (United Nations Educational.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu.sia] [u.si pe.nan mul. Öik.ké.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.ti.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.lé.di. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.mi.la.no.ni.gi me.si.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.te.ver.mé. Scientific and Cultural Organization) [am.syen me.ra] [ra.nés.lé.di. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ti ték.bi.nan mul.gén.gén.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .pu.lo.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.ngi.la.dio té.ké.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara.él.ti.mé. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.lé.si peng.vi.sia] [a.dia] atau [a. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.

ti.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar. Awang Sariyan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Ilmu Fonetik dan Linguistik.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. (1982). Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1977). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Agensi Penerbitan Nusantara. Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 .ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi. Raja Mukhtaruddin Raja Dain.él. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu.

Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 . Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2.

Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. lelangit keras dan lelangit lembut. 17 . lelangit keras dan lelangit lembut. 2. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah). iaitu lidah. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. gigi.2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas. menelan dan menghembus nafas. Oleh itu. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. gusi. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. 2. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas. iaitu mengunyah makanan. gusi. iaitu artikulator dan daerah artikulasi.

Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut. e. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. Gigi atas 4. iaitu tinggi. Rongga tekak 13. Bibir atas 2. Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Lidah 10. Rongga hidung 14. i. separuh tinggi. Bibir bawah 3. ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Pita suara 12. lidah. anak tekak. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. separuh 18 . Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Huruf-huruf tersebut ialah a. Lelangit keras 7. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin. dan u.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. Gigi bawah 5. o.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. Epiglotis 11. Anak tekak 9. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. Gusi 6. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. Tenggorok Rajah 2.2: Alat-Alat Artikulasi 2. Lelangit lembut 8. Rongga mulut 15.

Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. o. bibir terhampar.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. seperti beg dan bos. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. iaitu depan. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Rajah 2.  ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. separuh sempit. bibir bundar 19 S e p a ru h . hampar dan bundar. u. iaitu [i. separuh luas dan luas. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. a. iaitu sempit. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. iaitu neutral. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga.3: Bahagian Lidah Seterusnya. iaitu [ε] dan [ ]. T in g g i e m (s Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. e.

___________________________ xi.__________________________ ix._______________________________ iii.___________________________ 20 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2. i.______________________________ v. labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa._______________________________ vi.______________________________ vii.4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan. berdasarkan rajah di bawah.___________________________ x._______________________________ ii.___________________________ xii.______________________________ iv.__________________________ viii.

(1980). 2. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Mardian Shah Omar (2006). Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Abdullah Hassan. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 . Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. (1982).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Indirawati Zahid. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Ilmu Fonetik dan Linguistik. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3 3.0 KANDUNGAN ISI 22 . Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.

iaitu [ai].3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . lelangit lembut. menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. sengauan. seperti dua bibir. lelangit keras. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. gigi-gusi. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan. 3. [# panau #] dan [# amboi #]. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. [ai] dalam [pandai] pandai. [au] dan [oi]. 2006:42). jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.1997:63). anak tekak dan lain-lain. letusan. geseran dan sebagainya. sama ada letupan. serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. dan [au] dalam [pulau] pulau?.1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. 3. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya. Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya.2006:44). mengenai (Abdullah Hassan. 3. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #].2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa.

letusan. [ai] dalam [pandai] pandai. malaran dan getaran. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. sengauan. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. dan [aυ ] dalam [pulaυ ] pulau.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. lelangit lembut atau pita suara. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. geseran. (iii) diftong menurun. Bunyi Letupan 24 . konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. [ai] dalam [pantai]. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit. lelangit keras. sisian. anda juga perlu mengetahui bahawa.

[n]. 25 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [ ] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu ] [kad] [kata] * [garau] [bε g] ** [ana ] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l]. manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j]. **bunyi [] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. []. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. dan []. Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. geseran (frikatif) dan malaran.

kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [] [aa] [buja] [] [ai] * *Bunyi [] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. [š]. dan [h]. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. Untuk menghasilkan bunyi malaran. [v]. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f]. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. [s]. iaitu [r]. [z]. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran.

Contoh sebutan: [vkal] ‘vokal’. 27 . Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. [w]. [t]. pita suara tidak digetarkan. seperti bunyi [p]. [m]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara. seperti bunyi [b]. [s]. dan [maaf] ‘maaf’. [l]. bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. (iii) Geseran gigi tak bersuara. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. [f]. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. dan [y]. [k]. dan [h]. [vərsi] ‘versi’. (iv) Geseran gigi bersuara. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. [hafal] ‘hafal’. [g]. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. [r]. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vε n] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah. [n]. [d]. dan [univərsiti] ‘universiti’.

bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [ a] dan  [ba a] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. dan [axer] ‘akhir’. dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Perbezaannya ialah. Contoh sebutan: [θ alaθ a] ‘Selasa’ (thalatha). Menurut Raja at] ] Mukhtaruddin (1965:44). Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. [axbar] ‘akhbar’. penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Perbezaannya ialah. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Akhirnya. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. [lo ‘loghat’. dan [hadeθ ] ‘hadis’ (hadith). [iθ nen] ‘Isnin’ (Ithnin). sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. ketika mengeluarkan bunyi [ pita suara digetarkan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. dan [bale ‘baligh’. ] Contoh sebutan: [ aeb] ‘ghaib’. 28 . Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim).

berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. BAHAN BACAAN 29 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. LATIHAN 1. (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza.

Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Raminah Sabran dan Rahim Syam.Bhd. (1997). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (1975). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Lutfi Abas. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Bhd. TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . Mardian Shah Omar (2006). Asmah Hj Omar. (1977). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1985). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. Marzukhi Nyak Abdullah. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. (1980).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Indirawati Zahid. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. pinjaman. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. iaitu konsonan asal. pinjaman. PINJAMAN.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 . KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4. gandingan dan rangkap. konsonan dan diftong. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. gandingan dan rangkap.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL.

Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. pinjaman. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. e taling dan o. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan . 1977:42). iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. iaitu konsonan asal. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. e pepet. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Rajah 4.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. i. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. Dengan perkataan lain. iaitu huruf a. 4. 4. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.2006:44).1 Definisi Huruf Vokal. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. Seperti yang telah dipelajari. jenis-jenis huruf vokal. u.

terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.ga] [ja.da] [fa.par] [qa.la] [pa.ham] [syi.la] [ka.lik] [bo.lai] [ma.ri] [nya.di] [khai.lem] [yu.ran] .kir] [ga.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.jah] [zi.lak] [bi.jam] [vi.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.mak] [se.tol] [du.kah] [nge.duk] Rajah 4.bus] [gha. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.da] [sé.la] [ca.dah] [naf.rik] [ta..zal] [har.3 di bawah.pat] [sa.ri] [ra.tat] [da.ga] [ka.rat] [la.rus] [wa.

iaitu ai. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh. Pinjaman. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal.tai] [pu. pinjaman. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. sengauan dan separuh vokal. 2006). Daripada segi cara sebutan. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. letusan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za.lau] [se.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. getaran. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. sisian.3 Konsonan Asal. iaitu letupan.4 di bawah.5 di bawah.al. 34 .pin] Rajah 4.poi] Rajah 4. gandingan dan rangkap. geseran.

Sa’odah. huruf ‘i (‘ilmu). ‘a (‘alam). sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Ejaan nama seperti ‘Abdullah. ‘u (‘umur) digugurkan.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Pada tempat lain. 35 . Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na. huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6  h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j  s z Š  x Rajah 4. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab. digantikan dengan huruf k menjadi makna. digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. Selain itu. Nor ‘Aini sudah ditiadakan.

Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. 2006:95-96). ch. dz. ng. Namun. manakala satu berubah satu huruf. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Sebenarnya jika anda peka. Akan tetapi. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. ny dan ng. dz menjadi z. 36 . iaitu kh. iaitu empat kekal. ny. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan. walaupun huruf berubah. Selain itu. sh. AKTIVITI Secara berpasangan. iaitu ch menjadi c. iaitu kh.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. bunyi sebutannya tetap sama. gh. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. dh dan th. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. gh. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan.

Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j   h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6  1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh b w b b 2 t d 3 4 l 37 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.

(1985). Lutfi Abas. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Bhd. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. (1997). Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Mardian Shah Omar (2006). (2006). Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.al. (1980).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Vokal BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Indirawati Zahid. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Abdullah Hassan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (2006). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. 38 . Nik Safiah Karim et. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (1975).

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. simbol konsonan. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. anda seharusnya dapat: 1. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 . 2.

simbol konsonan. 5. dan simbol diftong.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. simbol konsonan rangkap.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 . Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Untuk mencapai tujuan tersebut.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa.

2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5. dan 3.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1. [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5.2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. 2. 41 . [/]. kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.

4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [ ] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ ] [ð] [x] Rajah 5.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.

Linguistik Pengenalan. 2005. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. Petaling Jaya: Secara individu. Ilmu Fonetik dan Linguistik. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . Agensi Penerbitan Nusantara. (1982). Raja Mukhtaruddin Raja Dain.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful