You are on page 1of 2

Ya Allah ya rahman, ya rahim.

Ya Allah, Engkaulah pemilik kekuasaan dan kerajaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu daripada sesiapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Engkau mahu. Hanya dii tanganMu segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dan malam. Dan malam pula Engkau berkuasa menabirkannya dengan siang. Engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku atau mati, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku atau mati dari suatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu. Ya Allah menjelanglah kini hari-Mu, beredarlah sudah siang dan malam-Mu. Ya Allah, Sesungguhnya kami dengan rasa penuh tawaduk menadah tangan pada malam ini, dalam Majlis Selingkar Kasih Aidil Fitri 1426 Hijrah ini, merafakkan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan nikmat Mu yang tidak terhingga. Ya haiyuya qaiyuum, Ya Allah, Engkau berikanlah ketenangan dan ketenteraman hati kepada kami agar kami dapat memperhambakan diri kepada-Mu dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Engkau jauhilah kami daripada sebarang perbuatan keji dan mungkar, sebaliknya Engkau bukakanlah pintu hati kami untuk mentaati dan mematuhi titah perintah-Mu pada setiap detik dan ketika. Allahumma Antal Azizul Jalil, Ya Allah, Engkau lindungilah kami daripada sebarang fitnah dunia dan akhirat. Engkau lindungilah hati kami daripada sifat hasad, dengki, tamak, haloba, bakhil dan khianat sesama kami. Engkau peliharakanlah kami daripada musuh kami, sama ada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, Engkau peliharakanlah kami daripada azab seksaan neraka-Mu dan tempatkan kami di kalangan hamba-Mu yang taat dan patuh kepada-Mu. Tempatkanlah kami di kalangan syuhada, anbia, dan tabiin. Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui dosa kami, maka ampunilah kami. Engkau isikan hati kami dengan iman dan takwa, ketaatan dan kepatuhan hanya kepada Engkau ya Allah. Allahumma Antal Hasibul Jalil, Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati kami dan anak-anak kami agar kami dapat menerima ilmu pengetahuan dengan tenang dan damai. Engkau curahkanlah ilmu pengetahuan yang berguna kepada kami agar dapat kami manfaatkan untuk kesejahteraan dan kedamaian hidup hamba-Mu di muka bumi ini. Engkau jauhilah kami dan anak kami daripada perbuatan keji dan tercela, dijauhi daripada hasutan iblis dan syaitan yang hendak menyesatkan kami. Ya Allah, Engkau limpahkan kami dengan rezeki-Mu daripada sumber yang halal dan diredaiMu. Engkau hindarilah dari dalam diri kami sifat kufur terhadap nikmat yang telah engkau anugerahkan kepada kami. Engkau suburkanlah jiwa kami agar menjiwai dan menghayati hidup bermasyarakat serta bersifat ihsan sesama kami. Ringankanlah tangan kami untuk menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sanggup menafkahkan untuk memperjuangkan syariat-Mu. Kami semua menginsafi hanya Engkau sajalah yang dapat memperkenankan perubahan dan memberi kebahagiaan kepada kehidupan kami.

,Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram Ya Allah, Engkau ampunilah dosa kami sama ada yang terang atau yang tersembunyi. Engkau ampunilah kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Engkau tempatkan mereka di dalam syurga-Mu dan jauhilah mereka .daripada azab seksaan api neraka-Mu. Ampunilah dosa kedua-dua orang tua kami ya Allah Engkau aman sejahteralah kami agar dapat terus beribadat, sujud memperhambakan diri .kepada-Mu

You might also like