You are on page 1of 56

1 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA Oleh Nazri Bin Abu Bakar Muhammad Salaebing Shamsinah Bt.

Salleh Norizillah Bt. Mohd. Rodzes Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak 1.0 1.1 Pengenalan PENDAHULUAN

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan. Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang

2 harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara. Namun begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru. Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996). Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada kaitan antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran bahasa yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang dikenal sebagai komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated communication). Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan komputer, seperti bentuk pengajaran yang komunikatif dan interaktif. Penulisan ini seterusnya akan menyarankan kemahiran yang diperlukan oleh para guru bahasa untuk bersama-sama memasuki alam pengajaran siber dan peranan institusi pendidikan guru dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa. Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan kegiatan, seperti

3 perniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan talian komputer. Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran pelajar sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif perlu diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk pembelajaran. Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan komputer, forum elektronik, papan buletin, dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan. Untuk menjadikannya suatu kenyataan, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang komunikasi pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran siber. 1.2 Apakah itu Komputer? 1.2.1 Konsep Asas dan Istilah Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur pemprosesan kepadanya dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada penggunanya. Kebanyakan komputer elektronik moden, terutama sekali komputer yang digunakan untuk tujuan pendidikan, merupakan komputer digital. Apa yang dimaksudkan komputer digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk digital ( iaitu kepada satu kod yang berasaskan kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua simbol iaitu 0 dan 1) sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data yang tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai komputer analog, dan banyak digunakan untuk tujuan saintifik atau teknikal yang khusus.

1.3

Sejarah dan Perkembangan Komputer.

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajarpelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajarpelajarinya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran. Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas batu, daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan

4 percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, televisyen, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan adanya teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, internet dan e-pembelajaran (e-learning). Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru, perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan. Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabung serta memberi penekanan sebijak mungkin terhadap komponen yang terdapat dalam strategi pembelajaran. Usaha ini ialah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan. Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran guru yang bersifat “pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri yang boleh menjana pemikiran pelajar ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu. Ia perlu menanamkan sifat yang boleh berdikari serta proaktif dalam segala tindakan. Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya. Begitu juga mengemukakan soalan-soalan yang berkehendakkan lebih banyak berfikir dan menjana minda serta menggunakan banyak bahan daripada sumber-sumber yang mudah didapati hasil daripada perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran.

5

2.0 2.1

KOMPUTER DAN PENDIDIKAN

Apa itu E-Pendidikan?

Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai ependidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi “... a wide set of applications and processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and digital collaboration. It includes the delivery of content via Internet, intranet/extranet (LAN/WAN), audio-and videotap, satelite broadcast, interactive TV, and CD-ROM...” (http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/E-learning/e-learning.html). Justeru itu, e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang menggunakan pelbagai media dan teknologi mutakhir. 2.1.1 E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek. i. Untuk Siapa?

Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut. Justeru itu, e-pendidikan paling sesuai dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing yang tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan seperti berada di negara berbahasa Melayu. ii. Untuk Apa?

Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku. Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu. Selain itu, e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti: (a) Kebebasan belajar

Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur. Dalam banyak kajian. Antaranya termasuklah: (a) Kos permulaan (Start up cost) yang tinggi. namun ada beberapa perkara yang boleh menjadi hambatan kepada pelaksanaannya. untuk rujukan pantas. ● Pelajar dapat belajar berdikari. Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.2 Kekangannya? Biarpun kaedah pengajaran dan pembelajaran ini ternyata banyak faedahnya. Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang sibuk. Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran. dalam bentuk audio/video ataupun ‘secara langsung’. ● Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada hari ini. Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi internet. ● Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi mutakhir ini boleh dalam bentuk tertulis. . Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu rehat/ makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari internet dan meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus. foto. Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari untuk satu mata kuliah) – proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau pun boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan yang lain. ● Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa tekanan. terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal. (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) 2. ● Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan. Menjimatkan pengagihan tenaga guru. komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran bahasa kerana kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang dipelajari. Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap kawasan.6 ● Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri. Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif. ● Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran. Meningkatkan kemahiran berfikir. penambahan dan pengeditan kandungan/maklumat kursus). Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat.

Kaedah ini cenderung untuk mengalami gangguan teknikal. berbanding dengan bidang-bidang lain. Kedua-dua fasilitator/pelajar perlu memiliki kemahiran asas perkakasan dan perisian komputer sebagai prasyarat kejayaan program e-pendidikan. kos permulaan ini dianggap wajar dan berpatutan jika dilihat dalam jangka masa yang panjang). lantaran itu. teknologi yang mesra pengguna amat penting dalam konteks e-pendidikan. Akan tetapi. Buat masa ini kos kemudahan sebegini masih relatif tinggi. Keadaan ini tentunya tidak berlaku bagi negara-negara maju tetapi menjadi hambatan besar bagi negara-negara dunia ketiga. ● Kaedah ini meletakkan tanggungjawab yang berat kepada pelajar. misalnya Kursus Pengucapan Awam. Oleh itu.Selain itu. Kursus tertentu tidak dapat ditawarkan. Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaranpembelajaran bahasa. kerana kebolehan lisan pelajar tidak dapat dinilai melainkan dengan adanya kemudahan tele-persidangan atau video-persidangan dan ini akan meningkatkan kos pengajaran dan pembelajaran. Pelajar lebih tertarik kepada teknologi daripada isi kandungan pelajaran. laman Web tersebut perlulah menarik. (Walau bagaimanapun. dan mereka senang-senang sahaja menghabiskan waktu melayari laman Web ini. Kemahiran komputeran. menilai dan meningkatkan kemampuan dan prestasi pelajar. Kebergantungan pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus. canggih dan interaktif supaya dapat menawan perhatian pelajar untuk suatu jangka waktu tertentu. . ● Pembelajaran berasaskan Web ini boleh melekakan pelajar yang kurang berdisiplin. tiada teknologi yang dapat dijamin 100% bebas daripada masalah teknikal.3 Produk yang Diperlukan Untuk menjayakan rencana pengajaran dan pembelajaran melalui Internet ini. Kursus yang ditawarkan terhad. Guru yang mahir berkomunikasi.Yang pertama ialah perlunya laman Web khusus yang dapat menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang sesuai untuk proses pengajaran-pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Masalah teknikal yang mencelah di tengah-tengah proses pembelajaran. (b) (c) (d) (e) (f) (g) 2. menganalisis dan mendiagnosis masalah berupaya membantu. Kelengkapan fasilitator/pensyarah Keperluan untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik dengan pengetahuan bahasa yang luas khususnya bahasa Melayu penting bagi seseorang fasilitator e-pendidikan bahasa Melayu.7 Kaedah ini mensyaratkan pelajar/institusi mempunyai perkakasan. hanya pelajar yang benar-benar beriltizam dapat berjaya melalui ependidikan. beberapa produk asas perlu disediakan. perisian untuk pelajaran bahasa masih amat terhad (Jones 1987). perisian dan capaian kepada Internet.

Pengajaran dan pembelajarn bahasa Melayu melalui Internet (e-pendidikan) masih lagi pada fasal awal. ICT dan potensi pengedaran lebuh raya menadikan lebih kritikal lagi menoreh sumbangan setiap teori pembelajaran terhadap maklumat. . dan pengukuhan pada pengalaman pelajar. ejaan dan sebagainya) dan e-Rujukan seperti kamus. pengongsian.0 TEORI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER 3. Pendidikan dan industri latihan tidak boleh abaikan kepentingan pembelajaran lebih autentik. Faktor-faktor masa kini dan parameter muncul tentang pendekatan konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran kini lebih dirasai dalam semua aspek reka bentuk pengajaran. negara asal dan sebagainya. dan harus mengurus dan menjadikan modal aset itu melalui pemerolehan. Petikan makalah bahsaa Melayu dan rakaman perbualan (audio atau video) dalam situasi sebenar juga perlu disediakan pada Web agar pelajar asing dapat turut menghayati suasana dan situasi berbahasa yang semula jadi.1 Teori Asas Pembelajaran Bahasa Teori-teori pembelajaran serta perkembangan media dan sistem penyampaian elektronik telah mempengaruhi amalan dan teori reka bentuk pengajaran. memang ketara kuantiti dan kualitinya masih jauh terkebelakang berbanding dengan laman Web untuk bahasa-bahasa utama dunia yang lain (umpamanya bahasa Inggeris atau Perancis). dan juga menjadi komponen penting dalam latihan industri. tesaursus. Pendidik harus mula meperluas pandangan peningkatan prestasi dalam kerja melampaui strategi pengajaran yang mereka adalah aset terbesar. bahan ajar dan alat bantu lain yang sesuai perlu disediakan dengan mengambil kira khalayak pelajar. pembelajaran dan prestasi. 3. Produk utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk tatabahasa.8 Di samping itu juga. Walau bagaimanapun.Sesungguhnya usaha ini wajar dilaksankan dengan lebih giat bahasa Melayu dapat terus dikembangkan menerusi wadah dan wahana World Wide Web yang luwes dan luas jangkauannya. termasuk faktor peringkat/usia. adanya (biarpun jumlahnya kecil) lamanlaman Web yang direka bentuk khusus untuk belajar-mengajar bahasa Melayu memberi semangat dan harapan untuk kita menyediakan dan menyajikan teknik dan bahan ajar yang lebih baik dan bermutu agar pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu kepada masyarakat luar/asing dapat digiatkan dan ditingkatkan. Komputer. dan istilah.Jikalau diteliti contoh laman e-pendidikan berbahasa Melayu yang sedia ada pada Web kini.

sekiranya sesuatu persekitaran itu.9 telekomunikasi. manakala pemerolehan ialah proses di mana seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau tidak melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran atau suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. seperti pemelajaran nahu. dan lebih lagi kita belajar tentang pembelajaran. Proses komunikasi boleh berbentuk satu per satu. Jaringan dan hipermedia adalah satu lagi perkembangan strategi dan taktik yang diuruskan komputer. Suatu lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan pemerolehan ini ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang berfungsi sebagai penapis . dan maklumat adalah sangga tuas dalam mempercepatkan sistem penyampaian maklumat yang kini mempengaruhi minda pelajar. Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini perlu dan tidak dapat dipisahkan dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. lebih mungkin kita akan menyingkirkan instruktur. Ada kemungkinan bahawa lebih canggih taktik dan strategi pengajaran. Paradigma penyelidikan tradisional positivis kini diregang dengan pelbagai kemungkinan hingga ramai persekitaran pembelajaran dipaut melalui jaringan. atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya. PemBelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar secara sedar atau secara formal. Dalam bidang sidang video terdapat subset seperti telesidang. strategi pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi bersepadu akan menjadi lebih kompleks dan membingungkan. Dengan kata lain. kaya dengan input bahasa sama ada dari sudut pendengaran dan pembacaan mahupun percakapan dan penulisan. Ini akan membawa konflik nilai lain. bersama dengan proses komunikasi makluman atau perbualan. McLaughlin (1985) pula berpendapat bahawa dari sudut realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas antara pembelajaran dengan pemerolehan. 3. Kita mendapati bahawa pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan multimedia dapat memenuhi permintaan ini. Ketidakpuasan dengan hasil menjadi penghalang bagi memahami pengajaran dan pembelajaran dari pelbagai persepektif. maka pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar tersebut. Pelajar yang sedang mempelajari bahasa secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip atau memperoleh beberapa perkataan frasa.2 Kerangka Teori dalam Pembangunan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan teori pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Krashen berpendapat bahawa kedua-dua proses ini tidak boleh berlaku serentak. Langkah ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana kedua-dua proses pembelajaran dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. sama ada di bilik darjah atau di luar dilik darjah. Ketika pendidikan menjadi lebih terbuka dan berpelbagaian. dan telekuliah. Umpamanya dalam Teori Monitor yang dikemukakan oleh Krashen (1981) berhubung dengan pemBelajaran bahasa kedua (B2). bersinkroni atau taksinkroni. beliau menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara pemelajaran (learning) dengan pemerolehan (acquisition).

dan apa-apa jua perasaan negatif yang ada pada dirinya. sikap. Perkara ini dapat dicapai dengan pembelajaran bahasa berbantukan komputer. Tidak sepertimana alat bantu mengajar yang lain. Pelajar yang runsing tidak mungkin dapat belajar dengan baik walaupun apa-apa yang didengarnya atau dipelajarinya itu mudah difahami. perisian komputer multimedia dapat diprogramkan mengikut tahap tertentu. yang digunakan dalam hipotesis monitor ini menyatakan bahawa faktor afektif seperti sikap. berfikir secara kritikal dan kreatif.10 atau penyunting dalam percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan oleh pelajar B2. Proses interaksi melalui pembelajaran bahasa berbantukan komputer ini menuntut pelajar untuk memproses arahan atau maklumat. Pendekatan ini selari dengan aliran pengajaran bahasa kini. memberikan tindak balas kepada arahan atau maklumat tadi. Dengan kata lain. motivasi. menyangka yang ia akan diketawakan oleh orang lain. Dalam hal ini. dan kemudian menanti maklum balas dari komputer sebelum pelajar tersebut memberikan tindak balas seterusnya. Dengan itu. dan persepsinya sendiri. dan tidak menekan jiwa atau perasaan pelajar. iaitu pendekatan kognitif. Persekitaran yang kaya dengan input bahasa penting bagi memastikan pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris berinteraksi dalam bahasa tersebut. . dan personaliti banyak mempengaruhi pemprosesan input bahasa dalam diri. Dalam proses interaksi ini. penggunaan komputer memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara lebih aktif dalam proses pembelajaran bahasa. pelajar akan dapat menilai kelemahan dan kemampuannya dalam penguasaan suatu bahasa kerana komputer dapat memberikan maklum balas dengan segera kepada pelajar tersebut. Pelajar dapat memilih tahap ini untuk berinteraksi dengan komputer. Monitor inilah yang menentukan kemampuan seseorang itu untuk memahami input yang didengarinya dan kelancaran lidahnya bercakap atau menulis dalam bahasa kedua tersebut. memberangsangkan. Komputer ialah suatu alat yang tidak mempunyai perasaan dan dengan itu pelajar tidak akan merasa malu atau takut sekiranya membuat kesilapan dalam proses interaksi pemelajaran bahasa. Proses interaksi ini dikenal juga sebagai negotiation process (Long 1996) bagi memahami apa-apa yang dipelajari sebelum pelajar mampu memberikan output atau menghasilkan respons dalam bahasa yang dipelajari. Berdasarkan teori ini. Ia juga tidak akan dapat menghasilkan percakapan atau penulisan yang baik sekiranya ia mempunyai persepsi bahawa bahasanya lemah. Manakala buku latihan perlu disemak oleh guru untuk tempoh sehari dua sebelum pelajar ini dapat mengetahui sama ada jawapan yang diberikan tepat atau sebaliknya. kewujudan suatu persekitaran yang kaya dengan input bahasa serta suasana yang tidak tertekan dianggap perlu bagi menjayakan proses pembelajaran dan pemerolehan bahasa ini. Komputer memberikan ruang secukupnya kepada pelajar untuk membaiki kesilapan dan meningkatkan penguasaan kefahaman dan kemahiran bahasa Inggeris mengikut kemampuan diri masing-masing. Krashen dan Terrel (1983) menyarankan supaya guru bahasa memastikan suasana atau persekitaran pemelajaran bahasa itu kondusif. Hal ini mendorong pelajar untuk lebih aktif dalam proses pemelajaran bahasa ini. setiap pelajar yang mempelajari bahasa mempunyai mekanisme monitor yang dipengaruhi oleh perasaan. Konsep "affective filter" yang diperkenalkan oleh Dulay dan Burt (1980).

melalui pendekatan ini. Media adalah unsur penting persekitaran untuk membekal maklumat yang mengubahsuai pengetahuan sedia ada pelajar melalui “penambah”. Inilah titik permulaan kognisi tertabur. Dalam apa jua persembahan yang diantarakan [mediated] manusia dan bukan manusia. Pengajaran berasaskan web. 1986). Ini berasal daripada kajian intensif terhadap pengaruh media pada masyarakat khasnya berhubungan dengan komunikasi massa. dan “penstrukturan semual” atau “ciptaan skemata” (Rumelhart & Norman. 1997). Pengetahuan dan Pembelajaran Sudah agak lama maklumat dan pengetahuan telah dipilih hingga kita telah sama ratakan kedua-duanya seakan-akan satu mendahului yang lain. Dari sudut teori psikologi pendidikan. kognitivis dan konstruktivis. Penggunaan komputer dalam teknologi maklumat merujuk kepada pengumpulan dan penyebaran maklumat atau data. Apakah relevan pembelajaran dan prestasi? Ringkasanya kita boleh andaikan kedua-dua latihan dan amalan pengajaran akan mendidik atau membawa kepada pembelajaran dan kemudiannya prestasi. Media dan sumber maklumat dalam apa jua bentuk menjadi gedung maklumat skema-relevan untuk capaian. Syarat tunggal ialah kita mereka bentuk media yang sesuai untuk melibatkan pelajar dalam menggunakan semua strategi yang selaras dengan pandangan behavioris. Jelas kita tidak akan meminta lebih lagi. Pengetahuan adalah hasil penjelmaan maklumat peribadi (Larsen. 3. pendekatan ini dapat dikategorikan sebagai pendekatan behaviouris yang bersifat tindak balas kepada stimuli yang diberikan. Walau bagaimanapun. kita tidak dapat memastikan sama ada proses pembelajaran dan kefahaman berjalan dengan baik dan berkesan atau tidak. terbaru sebagai sumber maklumat binaan pengetahuan. Pembelajaran berfokus kepada perubahan tingkah laku atau kebolehan membuat sesuatu (iaitu prestasi) hasil rangsangan persekitaran (media). dan berhaluan gol. Berbanding dengan fahaman behavioris. Konsep manusia sebagai pelajar pasif atau penerima maklumat kurang diterima sejak 1970-an. konsepsi kognitivis terhadap pembelajaran menegaskan pembelajaran adalah aktif. Dengan hanya menekan kekunci tertentu atau menaip dalam kadar yang minimum. tawanan. yang ditambah baik lebuh raya mewakilkan mimpi yang direalisasikan menunggu-nunggu dipaut dan menyalur sikuen-sikuen instruksi secara pantas dan dicapai dari merata-rata lokasi. Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia secara aktif melibatkan pelajar. Pengetahuan juga adalah pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi dan disimpaikan (Allee. dan jika direka dan disampai dengan baik akan gerakkan proses konstruksi melalui interaksi dengan objek sebenar atau simbolik. “talaan”.3 Penjelasan tentang Maklumat. . Interaksinya agak minimum. Pemprosesan kognitif merupakan pengurangan tanggapan kompleks kepada struktur skematik yang berupaya dan berguna. pengguna akan dapat mengumpulkan atau menyebarkan maklumat dengan cara yang meluas. keperluan pelajar untuk peroleh maklumat mungkin adalah suatu siri arahan mental bagaimana tanggap dan mengambil bahagian persembahan skema-relevan untuk dipautkan dengan dasar pengetahuan sedia ada (ingatan jangka masa panjang). 1978). Yang penting bagi pendekatan kognitif ialah pelajar aktif secara mental mengurus dan memproses maklumat.11 Hal ini berbeza daripada teknologi maklumat yang sedang hangat diperkatakan dan yang sedang mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini. konstruktif.

Teori-teori kognitif tentang pembelajaran menjadikan pengaruh kuat terhadap reka bentuk pengajaran sistematik dengan gol dan ciri-ciri pelajar sebagai asas reka bentuk dan perkembangan. dan boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi. pendekatan behavioris agak berkesan bagi penguasaan isi am (“mengetahui apa?). dan (c) pengukuhan respons yang tepat. 1960). dan ia bergantung kepada konteks. dan perubahan dalam reka bentuk kepada bidang pandangan konstruktivis.12 3. Ini telah menciptakan masalah bagi reka bentuk pengajaran bahawa kononnya pelajar mempunyai agenda sendiri yang bukanlah dipacukan gol seperti yang disarankan pendekatan behavioris dan kognitivis! Tiga pendekatan terhadap teori pembelajaran dan perbezaannya dibincang dengan teliti oleh Perkins (1992). & Globerson. Jadi untuk memastikan pembelajaran wujud kita harus sedar pembelajaran yang terlibat. Perkins. serta penentuan strategi instruksi yang selari dengan penilaian formatif sebagai ciri utama reka bentuk instruksi yang baik. Kongitivis dan Konstruktivis dalam Reka Bentuk Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Daripada perspektif Behavioris. Prinsip-prinsip konstruktivis menyebelahi pembelajaran sebagai mencipta maksud daripada pengalaman. iaitu. (a) maklumat dalam langkah-langkah kecil yang menambah. Aplikasi multimedia dan komunikasi sinkroni atau taksinkroni oleh web dan lebuh raya elektronik membekalkan adunan yang baik bagi pendekatan mungkin berjaya sebaik sahaja kita memahami dan menggunakan prinsip-prinsip di belakang perspektif teori pembelajaran. Contohnya. Penegasan terhadap struktur pengetahuan. Bergantung kepada tugas. Perbezaan pandangan kognitif daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara mental dengan aktif apa yang diterima dan memberi respons dalam pelbagai cara mengikut perbezaan individu. Jadi tiada sesuatu pendekatan yang terbaik. Driscoll (1994). strategi metakognitif untuk menyelesai masalah. & 1958) adalah berasaskan tiga prinsip. Pakar teori kognitif semasa berkembang daripada rangka ini (contoh: Salomon. dan boleh terjadi melalui penjelajahan bukanlah penghataran daripada individu ke individu. Tennyson dan Breuer (1997) mencadangkan model pautan yang menggunakan kekuatan setiap satu atau kombinasi perspektif teori-teori pembelajaran. dan apa yang digelar kecerdasan tertabur merupakan manifestasi kegiatan mental yang menghubungkan cara dan maksud melalui pencapaian (Pea. 1993). model reka bentuk pengajaran Skinner (1953. Pelajar membina takwilan peribadi dunia berasaskan pengalaman dan interprestasi. 1954. (b) penglibatan aktif pelajar. Mereka yang berbeza pendapat dalam mazhab konstruktivis bersetuju bahawa pembelajaran bukanlah penghantaran daripada individu ke individu. 1991). amalan pengajaran yang berjaya mempunyai ciri yang disokong ketiga-tiga perspektif. Kita boleh fokuskan ketiga-tiga perspektif terhadap aplikasi. Kemudian strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik penyelesiaan masalah di mana satu atau lebih konsep atau peraturan mungkin boleh atau tidak boleh digunakan untuk penjanaan penyelesaian yang kreatif. dan Molenda (1997). . Ini telah membawa ke pengajaran berasaskan komputer lelurus atau bercabang (Crowder. perbincangan tentang pengalaman.4 Menggunakan Adunan Prinsip-prinsip dan Praktis Behavioris.

Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan kerangka komputer utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan komputer peribadi pada tahun 1991. Meskipun perisian PBBK sudah berada di pasaran dan dalam internet. Usaha ini baik. memantau perkembangan kemajuan pelajar. tetapi pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru terhad dan terlalu minimum. WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia teknologi maklumat pada tahun 1993. PBBK berkembang daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960-an.0 4. Walau bagaimanapun. PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK. tetapi juga menguruskan permintaan pembelajaran. tidak lama selepas rangkaian ini dilaksanakan. PBK mula diperkenalkan di University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. Dengan adanya kerjasama daripada pihak swasta. Kebanyakan penggunaan perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab komputer di sekolah.1 KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Apa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)? Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted Language Learning (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. Walaupun PBBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu. kerajaan berharap agar PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. perisian PBBK turut bercambah bagaikan cendawan. Dengan kata lain. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah didapati. memantau pembelajaran. Meskipun begitu. Di Malaysia. penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di negara ini. kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBBK di sekolah melalui program sekolah bestari. Persoalan integrasi PBBK dalam pendidikan dan pembangunan perisian PBBK merupakan dua perkara yang harus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru (Supyan Hussin 1996). Rangkaian WWW ini memberikan ruang yang lebih luas kepada PBBK untuk digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.13 4. tidak ada keseragaman dalam penggunaan perisian PBBK di sekolah atau di institusi pendidikan. . istilah ini hanya popular pada tahun 1980-an. dan memberikan peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi melalui komputer. PBBK masih baru.

kesesuaian dengan budaya dan pemikiran setempat (pelajar di sekolah luar bandar. banyak perisian yang berada di pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan. tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan. Oleh sebab itu. Tajul Ariffin Noordin (1995: 360) menekankan bahawa "apabila kita memasuki abad ke-21. paparan elektronik (contohnya. mutu pelajar dan rakyat yang dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran. Hal ini bermakna bahawa untuk jangka panjang.14 4. Sains. dan ciptaan yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia.000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima tahun akan datang. adalah lebih menjimatkan dan berkesan sekiranya para pendidik sendiri membangunkan perisian mengikut disiplin masingmasing dan memperbaik serta memantapkan perisian tersebut dari masa ke masa. Bahasa Inggeris." Oleh sebab itu. Sekali gus persoalan tentang keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum. dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh konsortium yang dilantik pada akhir tahun lalu. dan persembahan grafik (contohnya. penemuan. Di Malaysia. masih belum ada perisian pendidikan yang diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. tidak menepati pedagogi suatu disiplin. Excel). . Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk mencipta atau membangunkan perisian. Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end-user atau consumer) semata-mata. Dbase. Pembangunan dan penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan pendidik. para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan perkataan (contohnya. Kementerian Pendidikan menjangkakan sebanyak empat buah perisian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. dan tidak sesuai dengan cita rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). tetapi menjadi pengguna yang aktif.2 Keperluan Pembangunan Perisian Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Powerpoint). pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam pengajaran dan pembelajaran. Access). Pada ketika ini. Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi memperbaik kandungan perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan perisian sentiasa berubah dengan cepat. bandar/metropolitan). kesesuaian dengan pedagogi suatu disiplin. negara ini memerlukan kira-kira 125. dan kesesuaian dengan cita rasa pendidik yang lebih mengetahui suasana pemelajaran di sekolah akan dapat diatasi. tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer) perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi maklumat. pangkalan data (contohnya. maka tidak mustahil perisian yang dihasilkan oleh konsortium atau syarikat swasta hari ini menjadi tidak sesuai lagi pada bulan hadapan. Word).

Pengubahsuaian beban kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau institusi berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan. Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi penting. Jika sebelum ini pengajaran dan pemelajaran bahasa. tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang perlu diketahui oleh pendidik. LIBRA (San Diego University. meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut (Chambers dan Sprechers 1980. hasil penyelidikan yang lalu telah membuktikan bahawa pemelajaran bahasa berbantukan komputer: • meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan Spretchers 1980. Walau bagaimanapun. Kulik. iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di universiti. Mungkin pertemuan di bilik darjah atau di dewan kuliah dapat dihadkan kepada tiga jam seminggu. Magidson 1978. Kulik dan Cohen 1980. • • • . Hazline Mahmood 1998. Zubaidah Zakaria 1996. Kulik. Norhanim Hamdan 1994. Magidson 1978. California. Supyan Hussin 1994). dengan adanya alat pengarang (authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan yang tinggi seperti CoMIL (Malaysia). maka dengan perubahan peranan pendidik daripada pemberi ilmu kepada fasilitator ilmu. Fisher 1983. pendidik tidak perlu bersama dengan pelajar selama enam jam seminggu lagi. Authorware) bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan itu melibatkan logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Real English (Monash University. mengambil masa lima jam seminggu. McDougall 1975). para pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PBBK multimedia dengan lebih mudah dan cepat. Visual Basic. North Carolina. Afendi Hamat 1995. Supyan Hussin 1994). 4. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar dilatih menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++. dan pemelajaran kendiri oleh pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan terlibat dengan kerja menghasilkan bahan perisian komputer). misalnya. Zuwati Hasim 1998). WinCALIS (Duke University. meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen 1972. USA).15 Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia kepada sesetengah pihak. meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen 1972. Norway). USA). Proses pengaturcaraan bukan sahaja memakan masa. Teleste Partner Tools (Teleste Open. Australia).3 Kajian Berkaitan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer Meskipun keberkesanan penggunaan komputer multimedia dalam pendidikan masih terlalu awal untuk dinilai. dan Cohen 1980. sementara pemelajaran berbantukan komputer bersama pendidik untuk tempoh sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di bilik darjah (pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati).

berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut (Bloomeyer 1985. Hal ini menjadikan perisian PBBK lebih menarik dan lebih berkesan. Salah satu contoh yang jelas ialah PBBK di UKM bermula pada tahun 1991 apabila diperkenalkan buat pertama kalinya dalam program latihan perguruan TESL (Teaching of English as a Second Language) melalui kursus Educational Technology in TESL. pita audio. dan produktif melalui penggunaan bahan multimedia ini. Hazline Mahmood 1998). Matlamat utama kursus ini adalah untuk membekalkan pengetahuan ("know-what" and "know-why") dan kemahiran ("know-how") dalam menggunakan alat bantu mengajar audio-visual termasuklah penggunaan komputer multimedia dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa. Supyan Hussin 1994. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat bantu mengajar yang lain. .16 • berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran yang lain dalam mata pelajaran bahasa (Edwards. • Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia. dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). seorang pelajar dapat membaca dialog perbincangan melalui keratan esei yang diberikan. suara. seperti buku. tetapi juga dapat menggunakan ketiga-ketiga pancainderanya (deria mata. Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat menggabungkan bunyi. Taylor. Fisher 1983. video. gambar. Ng dan Oliver 1987). dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. PBBK mampu memberikan maklum balas dengan kadar yang segera dan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Romiszowski (1988) menyatakan bahawa pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang dilihat. Malah. Oleh sebab perisian PBBK multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di dalamnya. Bakal guru ini kelak diharapkan mampu mengekploitasi penggunaan komputer dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Norton. dan teks untuk mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan input bahasa yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan bahasa Inggeris yang dipelajari. Zuwati Hasim 1998. mendengar dialog dan intonasi setiap ayat yang dibualkan melalui klip suara. dan Weiss 1974. dalam suatu kursus bahasa yang menggunakan bahan PBBK multimedia. grafik. maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam pemelajaran bahasa. deria telinga. dengan adanya perisian PBBK multimedia. pelajar dapat mempelajari suatu bahasa dengan lebih berkesan dan bermakna kerana pelajar bukan sahaja diberikan input bahasa yang kaya. dan deria sentuhan) secara aktif. kita percaya bahawa pembelajaran bahasa akan menjadi lebih menarik. teori pembelajaran turut menyokong penggunaan gambar. bermakna. filem. dan pita video yang lebih bersifat satu hala atau unidirectional. Afendi Hamat 1995. Ringkasnya. kira-kira 30% daripada apa-apa yang didengar. Supyan Hussin 1994. Penggunaan PBBK multimedia bersifat dua hala atau bidirectional. Dusseldrop. Umpamanya. dan melihat gaya pergerakan anggota badan orang yang bercakap melalui klip video.

gambar. Dasher. sistem pengarangan tidak memerlukan guru itu mengingati sintak arahan atau mahir dalam logik algoritma bagi mengaturalir program. Kandungan perisian yang dibangunkan merangkum sukatan pelajaran bahasa Inggeris untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Britain. internet. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). teori pemerolehan bahasa kedua atau SLA (second language acquisition). Selain penghasilan produk multimedia PBBK. Sebahagian daripada program tersebut telah diperbaik . video. kursus tersebut telah menggunakan sistem pengarangan berasaskan DOS. Selain itu. Lebih daripada 50 perisian PBBK telah dihasilkan oleh pelajar TESL antara tahun 1991-1993 yang menggunakan sistem pengarangan berasaskan DOS (Supyan Hussin. memilih untuk mendedahkan kemahiran menggunakan sistem pengarangan (authoring systems) dan bukan bahasa pengarturcaraan (programming languages) kepada mereka. sidang video. Produk yang dihasilkan haruslah mencerminkan trend dan amalan semasa dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. UKM. Guru dapat memilih sama ada untuk menggunakan format soalan objektif atau aneka pilihan. penilaian kendiri (selfassessment). Pada awal tahun 1990-an. Vocab. dan kursus kemahiran bahasa Inggeris yang ditawarkan di UKM. sidang audio. Kursus tersebut turut mendedahkan pelajar kepada inovasi teknologi terkini. seperti Pinpoint. dan pelbagai pendekatan pengajaran bahasa dibincangkan pada peringkat pertama permulaan kursus. e-mel. Pelajar diharapkan dapat mengintegrasikan pengetahuan mereka mengenai teori pembelajaran dan prinsip pengajaran dalam perisian. walaupun terdapat sistem pengarangan lain seperti CoMIL. termasuk koridor raya multimedia atau MSC (multimedia supercorridor). animasi. pada peringkat ini mereka mempelajari prinsip reka bentuk arahan (instructional design) sebelum memulakan projek perisian komputer. Sebaliknya. pelajar akan mempelajari cara menilai keberkesanan bahan PBBK multimedia yang digunakan untuk tujuan pembelajaran. Tidak seperti bahasa pengaturcaraan. Storyboard. guru dapat memilih bentuk pelajaran sama ada penerokaan pemelajaran (exploratory). isi-tempatkosong. Afendi Hamat. Dalam kursus tersebut. Pelajar digalakkan menyesuaikan perisian PBBK dengan nilai budaya. jawapan pendek. Oleh sebab hampir semua guru praperkhidmatan ini tidak ada latar belakang kemahiran pengaturcaraan. cara pemikiran. Kebanyakan sistem pengarangan yang terkini membenarkan pengguna mengintegrasikan grafik. serta latar belakang tempatan agar perisian tersebut dapat memenuhi keperluan dan cita rasa negara. Sistem pengarangan ialah perisian yang menyediakan pelbagai templet pelajaran yang telah disediakan lebih awal untuk digunakan oleh guru. and Gapkit. dan komunikasi satelit dalam pendidikan. teori berkaitan seperti teori pembelajaran. Gapmaster. dan bunyi ke dalam teks yang akan menghasilkan pelajaran PBBK multimedia yang lebih menarik dan bermakna kepada pelajar. atau sekadar peninjauan (browsing). Wordstore. rasional penggunaan media tertentu dalam pengajaran.17 Format kursus Educational Technology in TESL dibahagikan kepada dua bahagian: teori dan reka bentuk. guru dapat juga menentukan bentuk maklum balas yangs sesuai untuk satu-satu tugasan dalam perisian. Choicemaster. dan Norizan Razak 1998). dan Testmaster yang dikeluarkan oleh Wida Software Ltd. Kemudian pelajar akan didedahkan kepada peringkat reka bentuk. atau dikotomous. Fakulti Pengajian Bahasa.

Seterusnya kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks. WinCALIS menawarkan beberapa ciri seperti mesra-guna dan bersepadu. bunyi. dan Teleste Partner Tools ialah contoh sistem pengarangan multimedia. WinCALIS telah dipilih untuk kursus Educational Technology in TESL. WinCALIS lebih sesuai untuk pembangunan perisian bahasa kerana menawarkan pelbagai templat yang memudahkan proses pengarangan. grafik dan video. Sebahagian perisian ini telah digunakan oleh guru pelatih di sekolah semasa latihan mengajar. Ada pelajar TESL yang menjadikan bahan perisian PBBK tersebut sebagai projek tahun akhir di UKM. Sebahagian pelajar yang lain menggunakan perisian PBBK multimedia mereka di sekolah tempat mereka menjalankan latihan mengajar. RealEnglish. pelajar TESL di UKM telah membangunkan lebih daripada 50 perisian multimedia PBBK menggunakan sistem pengarangan WinCALIS (Supyan Hussin. 5.0 KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PADA MASA KINI 5. seperti bentuk soalan. seperti Curriculum Design and Material Development dan Testing. Course Builder. di samping pelbagai kemudahan pengarangan yang lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan sistem pengarangan yang lain. apabila teknologi mulltimedia menjadi makin popular dalam pendidikan. Dari segi pedagogi. . WinCALIS. Apabila mereka kembali ke kampus semula pada semester berikutnya. Dalam pada itu. telekomunikasi multimedia dan sebagainya. dan Norizan Abdul Razak 1998). dan kemudahan merawak tugasan atau soalan.1 Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi. Setelah meneliti program pengarangan tersebut. sistem pengarangan multimedia semakin bertambah di pasaran. Pada pertenghan tahun 1990-an. LIBRA. terdapat ciri pengajaran yang sedia terbina dalam sistem pengarangan tersebut. mereka terus memperbaik kelemahan yang ada pada perisian tersebut sebelum dipindahkan ke dalam CD-ROM. sistem maklum balas. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. CoMIL. Sejak tahun 1994.18 dan ditingkatkan mutunya oleh pelajar berkenaan pada semester berikutnya dalam kursus. rekod kemajuan pelajar. Afendi Hamat.

Kewujudan bahasa merupakan kepentingan dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting dalam berkomunikasi.19 Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Sehubungan dengan itu. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. pengetahuan merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan pemikiran manusia dalam bidang ekonomi. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan. Arab dan Jepun. antara isu dan cabaran adalah seperti berikut : Pertama : Kewujudan Bahasa Melayu Dalam Konteks K-Ekonomi Perkembangan yang pesat dalam ICT telah membawa inovasi-inovasi yang pantas dalam mencorakkan bentuk perniagaan. Bahasa Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk membolehkan ianya berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan dan seiringan dengan bahasa-bahasa moden lain seperti bahasa Inggeris. Mandarin. Inovasi-inovasi yang pantas ini telah mewujudkan ekonomi baru dunia yang dikenali sebagai K-ekonomi atau pun ekonomi berasaskan pengetahuan. struktur masyarakat dan persaingan yang sengit dalam pasaran antarabangsa. 5. Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris.2 Isu dan Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu Di Era ICT Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui pelbagai isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk kepentingan masyarakat bahasanya. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft. Perancis. masyarakat bahasa Melayu perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Sepanyol. perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu? Sebagai satu pandangan umum. seharusnya ICT menjadi saluran penggunaan bahasa Melayu untuk kesinambungan status sejarahnya sebagai bahasa lingua franca dalam cabaran ICT. Di dalam konteks ini. Umumnya. perkakasan. Kedua : Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat Maya Perkembangan ICT merupakan saluran kepada ‘penjajahan’ bahasa di peringkat maya oleh bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat antarabangsa seperti .

Keempat : Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris Penekanan terhadap K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan perkembangan ICT telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin unggul sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa. Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini. Sehubungan itu. tatabahasa. British. Brunei dan Singapura. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seperti di negara Malaysia. strategi perlu dirancang dengan teratur untuk memantapkan kekuatan dalaman bahasanya yang telah terbina sekian lama. nahu dan ungkapan yang berbeza serta dibatasi oleh sempadan antarabangsa tetapi ia tetap dan masih dikatakan bahasa Melayu kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu yang serumpun. Indonesia. Masyarakat bahasa Melayu perlu menukar mindset kepada penggunaan bahasa Melayu yang didorongi oleh pengetahuan supaya memperolehi manfaat daripada penggunaan ICT ekoran daripada hasil perkembangan global.20 bahasa Inggeris. kesan dari penjajahan negaranegara Barat di rantau kepulauan Melayu oleh Portugis. kreativiti dan inovasi dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu. Namun di atas kekuatan semangat nasionalisme dan kesedaran kemerdekaaan di kalangan masyarakat bahasanya membolehkan bahasa Melayu terus dipertahankan dan mengekalkan martabatnya di arena antarabangsa. Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan penggunaanya di dalam masyarakat dunia. Belanda dan Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat bahasanya kerana perluasan penggunaan bahasa kedua dalam kehidupan seharian mereka. Kreativiti dan Inovasi dalam Memantapkan Penggunaan Bahasa Melayu Masyarakat bahasa Melayu perlu menerima hakikat perkembangan ICT adalah berhubung kait secara langsung dengan kemampuan menjana idea baru. Walaupun kata-katanya diungkapkan dalam bunyi. cendiakawan-cendiakawan. pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan masa depan. Ketrampilan bahasa Melayu di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitarannya. Namun. Ketiga : Kemampuan Menjana Idea Baru. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan yang dialami sebelumnya. budayawan-budayawan dan sasterawan-sasterawan di seluruh . Malah di beberapa daerah di Thailand Selatan dan Filipina Selatan masih terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Inggeris ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin. Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu telah berjaya menempuh beberapa zaman yang mencabar kewibawaannya dalam persaingan penggunaan bahasanya dengan bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya.

jaringan. sebelum penjajahan. almari. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi. Keberkesanan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat bahasanya. internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan digunapakai. Istilah-istilah baru seperti tetikus. bendera. Istilahistilah seperti lampu. bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Keenam : Memasyarakatkan Bahasa Melayu Melalui Ruang Siber Bahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Peluasan bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama. Fenomena ini tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam teknologi maklumat. Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di era ICT. laman. Manakala. siber. Namun tidak mustahil dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak akan menjadikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya di dalam ICT. bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera. bulan. buku. bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilahistilah baru yang asing. Sejak dalam penjajahan Portugis. Malah. keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilahistilah asing. Sehubungan dengan itu.21 dunia berkaitan dengan kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang melambangkan identiti sesuatu kaum atau bangsa. Inilah masanya untuk . Bangsa Melayu di Singapura mempunyai ‘Bahasa Melayu Singapura’ dan bangsa Melayu di Indonesia mempunyai ‘Bahasa Indonesia’. perkakasan. akhirat dan zahir. Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu. perisian. Inggeris dan Belanda. dan Malaysia berbangga dengan ‘Bahasa Malaysia’. penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh masyarakat bahasanya mempunyai peranan yang berbeza dan tidak seharusnya menimbulkan konflik jika masyarakat bahasanya jelas tentang peranan penguasaan dan penggunaan kedua-dua bahasa tersebut. internet dan dagangan antarabangsa. Justeru itu. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. bahasa perpaduan dan jati diri masyarakat bahasanya. bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. bahasa Melayu telah berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Kelima : Memperkayakan Bahasa Melayu Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa.

Peranchis. Jepun dan Cina. Kelapan : Perubahan Sistem Pendidikan . Dalam merelisasikan penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah dan remeh temeh. Namun penguasaan bahasa asing ini tidak seharusnya melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri. Banyak kegiatan ilmiah dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar perkembangan penggunaan bahasa Melayu dianggap ‘hidup’ dan ‘tidak mati’ oleh masyarakat dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Masyarakat bahasa Melayu mesti mengguna. pengetahuan dan teknologi terkini. Dengan men’dotcom’kan bahasa Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris. perkakasan. dasar persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat direalisasikan dalam era ICT dengan mengaplikasikan semangat nasionalisme. Bagi mencapai hasrat tersebut. Usaha orang perseorangan dan syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam alam internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya.22 masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada antarabangsa dengan menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia. Ketujuh : Pensejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat Maya Masyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa Melayu sekarang ini sedang mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa ketiga adalah kerana keperluan ICT dagangan. Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di persada dunia. Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan pada zamannya. peranan dan tanggungjawab negara-negara yang masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan mengembangkan sastera. Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. mengukuh dan memperluas bahasa Melayu di peringkat maya untuk tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat bahasa Melayu dengan masyarakatmasyarakat bahasa yang lain. perisian dan aplikasi dalam memperkembang bahasa Melayu. Oleh itu. Persefahaman dan kerjasama dalam perkembangan di peringkat maya ini perlu menggunakan teknologi terkini seperti ICT untuk dimanupulasikan sebagai alat penyelidikan. Bahasa asing yang diketahui hanya digunakan sebaiknya apabila berdagang dan berkomunikasi dengan masyarakat bahasa lain. budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di peringkat maya.

penutur bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta orang. Indonesia dan Singapura. Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas di mana semakin ramai pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi tersebut. masyarakat bahasa Melayu mestilah tegas menentukan kedudukan bahasa Melayu dan peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem pendidikan mereka. a’kum (assalamualaikum). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila).23 Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan keperluan bahasa Melayu di kalangan golongan generasi muda bangsa Melayu melalui sistem pendidikan yang mengambilkira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan perkembangan ICT. w’lam (wa’alaikumsalam). Amalan seperti ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatik kerana menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Jika bahasa asing yang diperlajari memerlukan makmal dan program khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga kepentingan penyediaan prasarana dan program sedemikan kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Misalnya. Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya). Melihat kepada dominasi bahasa Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini merupakan pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan oleh masyarakat dunia. Namun demikian manupulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Pada pragmatiknya. Ini meletakkan kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai penuturnya selepas bahasa Mandarin. perkataan-perkataan seperti kang (nanti). Jadi tidaklah mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa komunikasi dan dipelajari di seluruh dunia melalui teknologi maya jika masyarakat bahasanya mengambil kesempatan dari pembentukan dunia sejagat tanpa sempadan dan sekatan yang menjadi fenomena sekarang ini. Sepanyol dan Inggeris. dowang (mereka). Kesembilan : Evolusi Bahasa Melayu dalam Perkembangan ICT Proses evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT. camner (bagaimana) dan maner (mana). dier (dia) dan nko (engkau). Sebagai contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan serba luas telah menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan sebagai ‘bahasa Melayu Internet’. kata-kata . generasi muda akan mempunyai peluang untuk menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan aktiviti bercorak bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya yang diasaskan oleh kemudahan internet. tipon (telefon) dan persal (mengapa). situasi ini merupakan satu percubaan yang menarik dalam evolusi bahasa Melayu. Perkembangan ini juga diiringi dengan penyediaan kemudahan e-mail dan chat yang secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu. Dalam hal ini. Penerimaan pakai internet ini telah membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya. Di peringkat dunia. Timbul juga perkembangan pemelatan kata-kata. Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak laman-laman dan penggelungsur berbahasa Melayu di internet yang dibentuk dari negara-negara seperti Malaysia. Misalnya.

masyarakat bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di dalam era ICT. Hotmail dan MSN adalah perlu usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan di Malaysia. segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan. Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT sepenuhnya. Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahan bahasa Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. istilah spesifik dan penggunaan simbol-simbol dengan tujuan untuk memeriahkan suasana perbualan. Oleh itu. Sebagai langkah awal. . Singapura. Walau bagaimanapun perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu percaturan yang menarik dan sihat yang perlu dimantau supaya tidak berlaku penyelewengan bahasa dari alam maya ke alam realiti.24 bersifat irama. tidak lekang dek panas. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di ruang siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia. kemesraan dan peringkasan teks dalam berkomunikasi di peringkat maya. kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT. bahasa Melayu internet sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal relevan serta biarlah ia berkembang mengikut tapak penggunaannya. biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan penyejagatan dunia. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan. Pada masa yang sama. Pengguna-pengguna internet seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Indonesia dan Brunei malah di peringkat global. Di samping strategik yang teratur. Bagaimanapun. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di Nusantara membuat ‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama.

papan buletin. 6. seperti Eudora.1 Mel Elektronik Melalui mel elektronik. mencapai maklumat. dan mencetak mel elektronik. dan Microsoft Explorer. 6. persidangan komputer. Dengan adanya komputer yang dihubungkan dengan talian telefon ini. Guru dapat menggunakan mel elektronik untuk berunding dengan pelajar yang berada di tempat yang jauh. Perisian komunikasi ini dapat menyimpan. seperti latihan. Penerima mel pula dapat membaca dan membalas mel elektronik ini. Komunikasi berperantaraan komputer merangkum perkhidmatan mel elektronik.2 Papan Buletin Papan buletin dapat digunakan untuk memaparkan maklumat terkini dan bahan pemelajaran. Nescape Communicator. dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet.1. komunikasi melalui mel elektronik ini dianggap tidak sempurna kerana tiada intonasi. kita dapat berkomunikasi dan menyusuri lebuh raya maklumat.25 6. Komunikasi melalui mel elektronik dapat berlangsung dalam bentuk formal atau tidak formal. Guru dan pelajar dapat berkomunikasi dari komputer peribadi masing-masing dengan menggunakan perisian tertentu. ekspresi wajah. tempat pertemuan. komunikasi secara teks didapati digunakan dengan lebih meluas. pengguna berkomunikasi dengan menggunakan teks sahaja. Walau bagaimanapun. Mel elektronik membolehkan komunikasi dilakukan dengan cepat dan mudah. . modem. dan bahan berkaitan kepada pelajar. dan laman web.1 Komunikasi Pengantaraan Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu Komunikasi pengantaraan komputer memerlukan perkakasan seperti komputer. menghantar. sembang siber. dan gerak laku yang turut merupakan unsur penting dalam komunikasi. dan talian yang dihubungkan dengan talian telefon.1. Walaupun teknologi terkini menawarkan perkhidmatan video dan suara. Guru dapat menggunakan papan buletin ini untuk memaklumkan maklumat kursus. tarikh persidangan.0 IMPLIKASI PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 6.

Dalam amanat itu. Guru bahasa Melayu dapat mengatur pertemuan dengan pelajar di laman ini supaya satu bentuk perbualan yang mencapai keperluan kemahiran bahasa pelajar dapat dilakukan. Perbualan ini berlansung dalam keadaan tidak formal dan tidak terancang. Para pendidik harus menggunakan perkhidmatan ini dalam pengajaran bahasa Melayu.26 6. 6.4 Sembang siber Perkhidmatan ini membolehkan para pelajar berbual-bual dalam bentuk bertulis. Menteri Pendidikan menyeru supaya BM dimajukan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat agar BM tidak mudah diketepikan dengan alasan bahawa pemakaian dan penerimaan khalayak terhadap bahasa Inggeris adalah lebih mudah. Perbadanan Multimedia Super Coridor (MSC). 6. 6. serta berbincang secara spontan tentang suatu isu. pelajar juga dapat mendengar dan melihat imej yang diprogramkan. atau maklumat kursus dalam talian. seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Para guru bahasa Melayu dapat menggunakan sidang ini untuk membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan bahasa.3 Persidangan Komputer Persidangan ini meliputi forum elektronik yang lebih interaktif dan melibatkan lebih banyak pengguna.1. ahli akademik. Hal ini sedemikian kerana jika BM terus disisih dan terpinggir. iaitu dengan menggunakan teks. Amanat yang disampaikan oleh bekas Menteri Pendidikan (Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak) ialah sebahagian daripada persoalan yang perlu dikupas dan dibicarakan oleh semua pihak. Usaha ke arah mensiberkan istilah BM dalam teknologi maklumat sedang dan terus dilakukan oleh pihak yang terlibat.1. Sidang konferen ini membolehkan para pengguna membaca dan menulis mesej. Laman ini dapat dibangunkan dengan lebih lengkap untuk tujuan pengajaran. Laman ini dihubungkan dengan beberapa laman web lain supaya pelajar dapat menyusur maklumat lain yang berkaitan dengan perkara yang dipelajari. Persoalan ini perlu diambil berat agar kedudukan dan kedaulatan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sentiasa terpelihara.2 Masalah dan Cabaran Persoalan untuk menjadi bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat merupakan satu persoalan besar yang perlu ditangani secara bijaksana oleh pengkaji dan pencinta BM. Jika komputer mempunyai kemudahan multimedia. Perbualan dapat dilakukan bersama-sama dengan pengguna lain yang mengunjungi laman sembang siber ini. latihan.5 Laman Web Perkhidmatan ini membolehkan para guru memberikan syarahan. pencinta . Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).1. Interaksi begini sudah tentu lebih mencabar dan memberikan motivasi kepada pelajar. Kementerian Pendidikan. keperibadian bangsa Malaysia akan turut terjejas.

Terdapat banyak masalah dan cabaran yang dihadapi oleh BM dalam usaha untuk dimahkotakan sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat ini. Hal ini bertepatan dengan kata-kata bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Namun. Kita seharusnya berganding bahu dalam menghadapi segala masalah dan cabaran yang mendatang. BM hendaklah diguna pakai dan diterima sepenuhnya oleh khalayak tanpa sebarang prejudis terhadap kebolehan dan keupayaan BM untuk mengupas dan mengulas segala maksud seperti halnya bahasa Inggeris. Dalam usaha untuk menonjolkan diri sebagai bahasa siber. Kedudukan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dalam Perlembangan Malaysia jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Pemertaban bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. bahasa kebangsaan. bahasa ilmu. Phillipson memberikan . Abdul Shukor Abdullah (1999) yang ingin melihat BM diangkat sebagai bahasa siber dalam era mutimedia. Hal ini tidak ketinggalan dalam teknologi maklumat. Beliau berkata bahawa bahasa Melayu akan diberi keutamaan dalam penyediaan perisian maklumat Koridor Raya Multimedia seperti yang dijanjikan oleh Menteri Pendidikan. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang berbunyi: “Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen dengan syarat bahawa: a.2. Dato’ Dr. permasalahan ini bukanlah titik terakhir untuk kita mengalah dan memberikan laluan kepada bahasa Inggeris untuk dijadikan bahasa siber di negara kita. terdapat masalah dan kekangan yang menjadi ‘duri dalam daging’ kepada BM untuk terus dinobatkan sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat. dalam melaksanakan usaha murni itu. bahasa perpaduan. tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. 6. sekiranya semua pihak ingin mengecapi kejayaan. Masalah dan cabaran ini perlu diatasi bagi merealisasikan hasrat tersebut. Namun demikian.27 bahasa dan orang perseorangan yang sentiasa mengambil berat akan masa depan dan kedudukan BM. BI diagung-agungkan melalui pelbagai nama. dan sebagainya sering menghadapai saingan dan cabaran. (Perlembagaan Persekutuan 1993) Kedudukan dan keutuhan BM dalam Perkara 152 di atas membuktikan bahawa kedudukan BM hendaklah dipertahankan dalam apa-apa urusan rasmi ataupun tidak rasmi. Masalah dan cabaran ini perlu dihadapi dengan secepat mungkin dan bijaksana agar kemelutan ini dapat diatasi dengan segera.1 Dominasi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Universal Pemakaian dan penerimaan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa utama di dunia tidak dapat dinafikan. sudah tentu BM mengalami cabaran getir dalam menyaingi kemantapan bahasa Inggeris yang telah dijulang sebagai bahasa dunia.

Penganalan komputer pada awal abad dua puluh di Amerika merupakan faktor dominan BI terus diangkat menjadi bahasa teknologi maklumat. Kesamaan ciri-ciri yang ada pada BI –BM ini perlu diambil kira dalam usaha memperkembang dan memperbanyak istilah BM dalam teknologi maklumat. Lotus.2. Tidak dapat dinafikan bahawaVI terlau hebat disaingi oleh manamana bahasa. pemakaiannya. jelas memperlihatkan pengaruh kuat BI terhadap pengguna Internet di seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan juga peranan BI sebagai bahasa penyalur kebanyakan ilmu. Segala arahan yang terpapar pada skrin menu semuanya dalam BI. Penciptaan pelbagai perisisan komputer seperti perisian Microsoft. Bagi mereka yang ingin menerokai alam Internet. Dalam konteks ini. Kehebatan BI memang tidak dapat kita nafikan. Kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat pada zaman mutakhir ini membuktikan lagi bahawa BI terus mendominasi semua program dan perisian dalam teknologi maklumat. 6. pendidikan dan lain-lain lebih awal daripada BM. pengguna dan penerima BM hendaklah memainkan peranan penting. makna dan sebagainya. Dengan cara ini. Seharusnya persaingan dengan BI menjadi asas yang kukuh untuk meningkatkan penggunaan dan pelaksanaan BM dalam teknologi maklumat. Tidak mustahil BM diterima dengan mudah sebagai bahasa siber. diketahui bahawa ramai yang memandang rendah akan kemampuan dan . Perasaan buruk sangka ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kebolehan BM untuk dijadikan bahasa siber. pengaruh BI bukanlah batu penghalang kepada BM untuk sama-sama mendapat pengiktirafan pengguna BI. mereka terpaksa menggunakan dan memahami BI. BM memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan BI baik dari segi ejaan. tetapi pada masa yang sama kita harus berbangga dengan kemampuan dan kebolehan BM dalam kepastiannya yang lampau.2. kerana secara semula jadi. terutamanya bahsa dunia dan bahasa antarabangsa yang lain pada ketika ini.2 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Teknologi Maklumat Penggunaan BI sebagai bahasa siber dalam bidang teknologi maklumat sudah lama berlaku. IBM. dan penerimaannya dalam semua aspek kehidupan di dunia seperti politik. Apple dan sebagainya jelas menunjukkan pemonopolian BI sebagai bahasa siber yang utama. 6. Kini. Pengenalan Internet misalnya. kini dan akan datang. Memang sewajarnyalah BI dinobatkan sebagai bahasa utama dunia kerana perkembangannya. sosial. kita berharap BM akan menjadi bahasa siber lebih cepat daripada yang dijangkakan. Sikap memandang rendah akan kebolehan BM sebagai bahasa siber dalam bidang teknologi maklumat dalam kalangan rakyat perlu dikikis dan dibuang. Namun demikian.3 Sikap Memandang Rendah Kebolehan BM Sanjungan terhadap BI amat berkaitan rapat dengan sikap yang terlalu mengagungagungkan statusnya.28 dua gelaran kepada BI iaitu yang pertama sebagai bahasa dunia dan bahasa antarabangsa dan kedua sebagai bahasa perhubungan luas dan jendela dunia. ekonomi. sebutan. Peranan BM dalam kesemuaaspek ini hanya mula berkembang selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga kini.

syarikat-syarikat bertaraf MSC. IPT awam dan swasta. Apple dan lain-lain. Mereka seboleh-bolehnya cuba menafikan kemampuan dan kebolehan BM dan dalam masa yang sama terus ‘merajakan’ BI sebagai bahasa siber di negara kita. sarjana bahasa dan sastera. 6. 6. terdapat juga istilah BI yang telah diterjemahkan ke dalam BM yang tidak tepat. kita seharusnya menyanjung usaha kerajaan untuk melihat BM dijadikan salah satu bahasa siber di samping BI dalam dunia teknologi maklumat. Di samping kekurangan istilah BM dalam komputer dan Internet. Hal ini bertepatan dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyeru agar perancangan bahasa. Tetapi. 6. orang . Ketidaktepatan men terjemah istilah bahasa siber ini ke dalam BM akan menjejaskan peluang BM untuk dijadikan bahasa siber. langkah untuk mengatasi permasalahan dan cabaran tersebut perlu dicari.29 kebolehan BM sebagai bahasa siber.M sebelum dapat dinobatkan sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat ini. Secara tidak langsung akan terus memahkotakan BI sebagai bahasa siber tanpa digugat oleh BM. Oleh itu. Kekangan peristilahan daripada BI ke BM menjadi masalah dan cabaran kepada BM untuk diangkat menjadi bahasa siber utama bersama-sama dengan BI. masalah penciptaan istilah yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang seratus peratus menggunakan BI sedikit sebanyak menjejaskan peluang BM untuk sama-sama bertapak sebagai bahasa siber. bagi mastikan BM mampu dan dapat menjadi bahasa siber. hasrat kita untuk mensiberkan BM akan terjejas sekiranya perisian dalam BM masih kurang dihasilkan.3 Penyelesaian Masalah Permasalah dan cabaran yang dikemukakan ini ialah sebahagian daripada banyak masalah dan cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh B.5 Kekurangan dan Ketidakupayaan Istilah Bahasa Melayu Secara dasarnya.2. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan dalam pembentukan atau penggubalan istilah baru dalam BM. Dalam konteks negara Malaysia. Ketiadaan perisian dalam BM merupakan salah satu faktor yang menghalang usaha menjadikan BM sebagai bahasa dalam bidang teknologi maklumat. pejuang bahasa.4 Kekurangan Perisian Bahasa Melayu Biarpun BM sudah mantap kedudukannya. Perisian yang terdapat dalam pasaran semuanya dicipta oleh pengeluar perisian ternama duniaseperti Microsoft. Kita seharusnya sama-sama menyumbang ke arah mensiberkan BM sebagai bahasa siber dalam teknologi maklumat. IBM. Pelbagai usaha dibuat oleh DBP bagi memperbanyak istilah baru khususnya peminjaman istilah daripada bahasa asing khususnya BI.2. Bahasa istilah daripada BI tidak dapat diterjemahkan ke dalam BM sebaliknya dikekalkan dalam BI. kerajaan.

Antara jalan penyelesaiannya ialah: 6. Di samping itu. kandungan kurikulum BM sekolah bestari juga berbeza daripada kurikulum BM yang dipelajari di sekolah pada masa kini. melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sains dan Matematik telah dalam BM. Sekiranya penterjemahan istilah bahasa siber BI dari internet dilakukan dengan segera. • Rasa bangga dan cintakan tanah air dalam satu wawasan budaya yang dihasratkan. Hal ini secara tidak langsung akan membantu penggunaan internet dalam dan luar negara mempelajari BM sebagai bahasa siber. Perterjemahan istilah daripada BI dan BM yang terdapat dalam teknologi maklumat dapat membantu BM menjadi bahasa siber secepat mungkin.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka DBP memainkan peranan penting ke arah memantapkan penggunaan istilah teknologi maklumat terkini. Kewujudan sekolah bestari juga merupakan sebahagian daripada manifestasi tersurat dan tersirat untuk melihat BM dijadikan bahasa siber. Usaha mentejemahkan dan mengamuskan istilah bahasa siber berterusan agar hasrat untuk menjadikan BM sebagai bahasa siber akan menjadi kenyataan. Kini terbukti banyak perisian bagi mata pelalaran BM. efektif dan emosi secara bersepadu. • Kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara meneyeluruh melalui pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusateraan. KPM telah mengikat perjanjian dengan syarikat MSC untuk membina perisian pendidikan dari . DBP telah menerbitkan Kamus Komputer pada tahun 1995 sebagai panduan kepada penggunaan komputer dan internet merujuk istilah dalamm teknologi maklumat daripada BI ke dalam BM. Komitmen KPM untuk memberi keutamaan di dalam penyelesaian perisian bagi semua mata pelajaran sekolah bestari dalam BM jelas. Penubuhan Sekolah Bestari merupakan langkah awal ke arah menjadi BM sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat. Menurut Khododi Haji Ahmad dalam nota ringkas tentang pentafsiran sekolah bestari. fizikal. nescaya BM mampu digunakan sebagai istilah siber setanding dengan BI dalam internet. • Usaha menampung keperluan untuk pelbagai aspek komunikasi bagi bidang kognitif. Misalnya. pelbagai usaha dilakukan oleh KPM bagi memastikan sekolah bestari yang dirancang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1999.30 perseorangan dan lain-lain agar dapat bersepadu memikirkan cara untuk menjadikan BM sebagai bahasa siber dalam era teknologi maklumat kini. tidak ketinggalan berusaha menjadikan BM sebagai bahasa siber. Misalnya.2 Kementerian Pendidikan Kerajaan. 6.3.3. dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. kurikulum BM sekolah bestari lebih memberikan tumpuan kepada: • Pembinaan kemahiran dan kecekapan berbahasa di kalangan pelajar sebagai alat pengayaan ilmu dan alat untuk berkomunikasi.

terutamanya daripada mereka yang cintakan BM. terdapat beribu-ribu halaman web dan “home page” yang ditulis dalam BM. Malah.3 Perbadanan Koridor Raya Multimedia (MSC) Perbadanan MSC ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjayakan hasrat untuk menjadikan sebuah negara yang terulung di rantau sebelah sini dalam dunia teknologi maklumat. sudah pasti kita akan menjangkakan penggunaan untuk mengetahui maklumat yang ditulis dalam BM. berkumpulan.5 Peranan Institusi Pendidikan dan Latihan Guru . Perbadanan MSC tidak ketinggalan dalam usaha membantu KPM dan kerajaan untuk sama-sama menadikan BM sebagai bahasa siber di MSC. agensi kerajaan. kita mengharapkan masyarakat untuk mempelajari BM. Misalnya. agensi swasta.3.3. Dengan wujudnya halaman wab “home page” dalam BM dan beridentitikan negara Malaysia. Dari aspek pendidikan. Semua perisian dalam BM ini diharapkan akan dapat membantuk memantapkan kedudukan BM sebagai bahasa siber dalam dunia teknologi maklumat dan pendidikan di negara kita. temasuk dalam dunia pendidikan.3. Perkara ini tidak mustahil untuk dicapai. 6. 6.31 Tahap 1 hingga ke Tingkatan 5 dengan menggunakan BM. Usaha untuk menobatkan BM sebagai bahasa siber perlu mendapat sokongan daripada semua pihak. Setiap perisian yang dibuat berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM Edisi Sekolah Bestari. Perbadanan MSC dengan bantuan DBP telah sama-sama menterjemah istilah dalam bahasa teknologi maklumat daripada bahasa Inggeris ke BM sehingga terhasilnya Kamus Komputer. Jika kita tinjau dalam internet misalnya. Apabila BM tersebar luas dalam dunia siber terutamamya dalam internet.4 Memperbanyak Halaman Web Langkah kerajaan untuk menjadikan BM sebagai gahasa siber tidak akan berjaya sekiranya rakyat tidak sama-sama menjayakannya. Pembinaan kompleks MSC di Sepang merupakan rentetan daripada impian negara untuk merealisasikan teknologi maklumat sebagi medium dalam setiap urusan kehidupan di negara kita. orang perseorangan mahupun sesiapa sahaja untuk samasama memahkotakan BM sebagai bahasa siber seperti yang dikehendaki oleh KPM. baik kerajaan. Antara sumbangan rakyat dalam mensiberkan BM dalam dunia teknologi maklumat adalah dengan mewujudkan halaman web dan “home Page” sama ada secara individu. 6. Perbadanan MSC juga berusaha memperbanyak halaman web dan “home page” yang menggunaka BM sebagai pengantarnya dalam internet. organisasi dan sebagainya telah menampakkan kejayaan.

2. tahap literasi teknologi maklumat perlu ditingkatkan. Kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang merangkum pengetahuan tentang teknologi maklumat dan kemahiran menggunakannya secara praktis patut ditawarkan sebagai kursus wajib. paparan kristal cecair (LCD).32 Institusi pendidikan dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. menyusur internet. Pengetahuan tentang cara menjadi ahli suatu komuniti. 3. mengenal pasti dan menilai perisian. 2. dan mengetahui aspek pedagogi dan model pengajaran dalam penggunaan teknologi maklumat. Supaya para guru berasa selesa menggunakan kemudahan komunikasi berperantaraan komputer. membangunkan laman web. seperti komputer. tetapi untuk mengembangkan kemahiran bahasa Melayu. program latihan perlu dirangka dengan segera untuk membolehkan komunikasi berperantaraan komputer ini dijalankan dan seterusnya digunakan sebagai alat bantu mengajar bahasa. 5. Inovasi terhadap pengajaran bahasa dilakukan bukan kerana mengikut tren sematamata. Kemahiran asas teknologi maklumat yang meliputi kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi. Selain itu. Pengetahuan tentang penggunaan mel elektronik. Microsoft Explorer. menganalisis kesesuaian maklumat dan hasil kerja pelajar. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat perlu mengambil tiga komponen. Dalam hubungan ini. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat yang meliputi kemahiran mencari bahan dan menilai keberkesannannya. dan peralatan multimedia dalam pengajaran. literasi komputer merupakan keperluan yang sangat diperlukan oleh guru dan pelajar. peralatan juga perlu disediakan. Pengetahuan tentang cara menggunakan Program Pencarian maklumat seperti Nescape Navigator. Guru yang menggunakan perkhidmatan komunikasi pengantaraan komputer ini perlu mempunyai pengetahuan minimum berikut: 1. Guru perlu mempunyai capaian kepada sistem untuk menyalurkan bahan pengajaran mereka dan . dan sebagainya. Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran membangunkan perisian dan bahan pengajaran. Antaranya termasuklah langkah menerapkan dan mengintegrasikan komponen penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berperantaraan komputer. Pengetahuan tentang etiket perhubungan di alam siber. 3. Oleh sebab itu. Pengetahuan tentang cara mengikuti dan mengambil bahagian dalam persidangan komputer dan sembang siber. Komponen itu ialah: 1. 4. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru. dan mengisinya dengan maklumat pengajaran. dan menggunakan alat teknologi dalam pengajaran. cara komunikasi bentuk ini perlu disediakan dan digunakan dalam program perguruan itu sendiri. Di samping itu.

4 Kelebihan Menggunakan Komunikasi Pengantaraan Komputer Beberapa kajian tentang komunikasi berperantaraan komputer dan keberkesanannya telah dijalankan dalam usaha membantu pelajar menguasai suatu bahasa. pada masa ini. Walau bagaimanapun. Mel elektronik mengaplikasikan strategi pemelajaran berbentuk kolaboratif dan komunikatif. Melalui mel elektronik. Hal ini sudah tentu menjimatkan kos dan mengurangkan tempoh pelaksanaan suatu projek. Walau bagaimanapun. . aplikasinya hendaklah memenuhi objektif pengajaran bahasa dan mengikut peraturan dan etiket perbincangan di alam siber. Projek bahasa berbentuk multidisiplin antara institusi yang berlainan dapat dijalankan secara kolaboratif. atau sembang siber dapat membantu pemahaman dan penggunaan bahasa dalam konteks sebenar. tidak banyak pelajar yang memiliki komputer peribadi di rumah. Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991) menggunakan mel elektronik dalam pengajaran bahasa Inggeris dan mendapati bahawa para pelajar dalam kajian ini dapat menulis dengan berkesan. Wild dan Winiford (1993) pula mengatakan bahawa mel elektronik dapat membantu pemelajaran bahasa. Komunikasi pengantaraan komputer dapat membantu perhubungan pelajar-guru dan pelajar-pelajar. kajian ini dapat dijadikan asas untuk mencuba menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu. pelajar dapat berhubung dengan guru tentang pelbagai masalah bahasa. Penggunaan perkhidmatan komunikasi ini membolehkan lebih banyak projek bahasa dijalankan dalam talian sahaja. Perkhidmatan komunikasi ini dapat digunakan sebagai pelantar komunikasi bahasa yang berkesan kerana komunikasi pengantaraan komputer ini merentas sempadan dan budaya. di samping dapat merapatkan jurang berbezaan antara seorang pelajar dengan seorang pelajar lain dalam kursus yang sama. Hal ini dapat menjejaskan prestasi pelajar tersebut kerana daripada banyak kajian yang dilakukan (Lorentsen 1989 dan Wells 1992 dalam Bates 1995) didapati bahawa prestasi pelajar yang menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dalam pemelajaran suatu kursus lebih baik apabila mereka mempunyai kemudahan komputer di rumah. 6. Walau bagaimanapun. Mel elektronik ini turut membantu pelajar berkomunikasi dengan guru secara lebih teratur. mel elektronik.5 Aspek Pedagogi Komunikasi Penggunaan Komputer Penglibatan pelajar bahasa dalam forum elektronik.33 berkomunikasi dengan pelajar. 6. Para pelajar dapat berkomunikasi secara spontan. Kebanyakan kajian ini berkaitan dengan pengajaran bahasa Inggeris. Pelajar yang malu atau jarang-jarang bersuara dan mengeluarkan pendapat di dalam kelas akan berasa lebih selesa apabila berkomunikasi dengan guru melalui mel elektronik. Mowrer (1996) mengatakan bahawa komunikasi pengantaraan komputer merupakan bentuk komunikasi yang unik dan dapat membantu pembelajaran di dalam kelas.

Guru perlu tahu menggunakan dan mengendalikan teknologi dan berkemahiran untuk . Komunikasi pengantaraan komputer memudahkan kerjasama dan koloborasi antara dua buah institusi pengajian atau lebih. dan berhubung dengan para pelajar dengan lebih kerap untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. kos pengangkutan. jika digunakan dan diselia dengan baik. Walau bagaimanapun. Pelajar dapat mengambil bahagian secara aktif dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan berkaitan dengan pemelajaran. menjimatkan kos dan masa. Di samping itu. di rumah. guru harus peka terhadap komunikasi di alam siber ini kerana komunikasi berperantaraan komputer ini kadangkadang dieksploitasi untuk tujuan yang tidak baik. Komunikasi pengantaraan komputer menjadi asas pengajaran jarak jauh. dan tidak bermoral. jika digunakan dan diselia dengan baik. Penulis berpendapat bahawa komunikasi pengantaraan komputer ini lebih praktikal dan menjimatkan kos. komunikasi pengantaraan komputer sudah menjadi satu cara perhubungan yang disenangi dan menjimatkan. Dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer ini. Dalam bidang lain.34 Penggunaan komunikasi pengantaraan komputer dapat meningkat autonomi pelajar dan mewujudkan suasana pemelajaran yang interaktif. menyelia projek. Walau bagaimanapun. sama ada di tempat kerja. kaedah pengajaran yang menggunakan komunikasi pengantaraan komputer ini bukan kaedah pengajaran yang baru. tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui keberkesanan perundingan dalam talian ini. Walau bagaimanapun. guru dan pelajar dapat berinteraksi pada peringkat antarabangsa dan keadaan ini menghasilkan satu bentuk komuniti baru yang dikenal sebagai komuniti elektronik. Namun. para penggunanya tidak perlu bersemuka. dan memberikan keanjalan waktu yang lebih kepada tenaga pengajar. Di samping itu. Oleh sebab itu. Aplikasi yang betul dan memenuhi strategi pemelajaran bahasa dan prinsip pengajaran bahasa. Oleh sebab itu. waktu interaksi dengan pelajar dapat dipendekkan dan lebihan waktu di dalam kelas dapat digunakan untuk memberikan perhatian yang lebih dan bantuan kepada pelajar yang lemah. tidak beretika. Pengajaran dan pemelajaran dapat dijalankan di mana-mana sahaja. dan bidang teknikal. komunikasi pengantaraan komputer ini mempunyai prospek yang baik untuk digunakan sebagai alat berhubungan untuk tugas perundingan yang merangkum tugas membaiki penulisan. dan penginapan para pengajar. dapat membantu menghasilkan pentadbiran kursus bahasa yang lebih cekap. bidang sains. atau di perpustakaan. kajian lanjut tentang keberkesanannya perlu dilakukan. Guru pula dapat mengajar dan menyampaikan maklumat dan kandungan kursus yang sama tanpa bias kepada pelajarnya. komunikasi pengantaraan komputer dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pemelajaran yang baik untuk pengajaran bahasa Melayu. Ciptaan terbaru teknologi komputer ini. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pengantaraan komputer ini dapat menjimatkan kos penggunaan bilik seminar. seperti bidang perniagaan. Oleh sebab itu. pelajar perlu lebih bertanggungjawab terhadap pemelajaran mereka sendiri.

Apa yang dipentingkan ialah pelajar kini bertanggungjawab akan pembelajaran sendiri. Tugas muktamad adalah untuk mendapatkan pengalaman pelajar dan menjadikan pengetahuan baru sebagai aset intelektual. Untuk penilaian. dan lambatlaun akan mengesan pangkalan pengetahuan untuk kemajuan diri.35 membantu pelajar menggunakan teknologi maklumat ini dengan tujuan yang positif dan betul. dan memapar senario dalam kaedah yang menarik serta organisasi pembelajaran yang dicadang Senge (1990). sistem sedia ada akan dikumpul dan diri serah kepada pengurus pangkalan-pangkalan pengetahuan. Bagi maklum balas terbuka. Pengajaran akan memudahcarakan pembelajaran sesuatu topik . Mod ini akan memenuhi kriteria “belajar melalui membuat” bukan untuk belajar. Bolehkah kaedah yang sama diguna dalam sekolah dan universiti? Masalah ini harus dibicara sebagai teknologi prestasi manusia. Persembahan harus bersimulasikan keadaan autentik. Intranet/Internet dan WWW akan menjadi tulang belakang maklumat. universiti dijadikan tumpuan perkembangan individu dijadikan penggerak pertukaran maklumat dan penambahbaikan pengetahuan. Dan untuk sub-topik kita boleh rujuk pelajar ke fail-fail video oleh pakar dalam subjek. Harus diandaikan di sini bahawa sekolah atau universiti sudah mempunyai prasarana yang cukup. kita boleh gantikan menu dengan pelbagai isi yang disusun dalam mod “siasat dan putus”. Lembaran baru kemudian akan diperoleh melalui antara muka pasukan [team interface] (Brown. Pelajar boleh memilih daripada pelbagai alternatif terbenam dalam pemilihan jawapan. satu kaedah menjadikan organisasi pembelajaran suatu kenyataan. Persekitaran yang menyokong kolaborasi dan alatan yang membolehkan kolaborasi akan menjadi trend hari muka (Schrage.0 HALA TUJU PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER 7. 1986). membolehkan pelajar bersifat ingin tahu dan menjelajah (malah menaggung risiko).1 Harapan dan Masa Depan Jika teknologi sepadu mewakilkan ICT kita boleh tambah baikkan pada rangka pengajaran multimedia sedia ada. dan kleinnya juga kenal dan faham komputer. Lamakelamaan ia akan menjadi budaya pembelajaran dalam pendidikan. Sekiranya pelajar memilih dari bank soalan alternatif. CD-ROM boleh dikembang dengan rangka modul sedia kala. 7. 1990). pelajar boleh capai pelayan institusi melalui web dan dibekal senario yang lebih terbuka agar mereka dapat lakukan penyelesaian terhadap masalah yang dipaparkan. beliau akan terima maklum balas serta-merta dari pangkalan data. dan juga masukkan respons berbentuk esei.

Tempoh masa untuk menyiapkan tugas. Di samping interaksi bersemuka antara pelajar dan pengajar tempatan. perlombongan pengetahuan boleh dilakukan untuk mengesan dan memuat simpan maklumat relevan pada pelayan pengajar. ● Bekalkan maklum balas pakar. dan pelajar mencari penyelesaian secara individu atau kolaboratif. Pangajar. Kita boleh pandangkan sistem hibrid (rajah 1) sebagai sesuatu yang disokong dengan talian komunikasi dalam dan luar tapak. Sistem hibrid membenarkan pelajar bertindak balas bukan sahaja dengan isi CD-ROM semasa belajar. pelajar boleh berkomunikasi dengan orang lain melalui alatan perbincangan seperti ruang sembang. Pelajar kemudian menggunakan stesen kerja untuk dail masuk pelayan untuk diuji alatan pangkalan data pelayan. pinda. dan boleh mengubahsuai. Bagi mereka yang menyayangi paradigma konsstruktivis. Ciri yang lain pada sistem ini memerlukan satu mekanisme memuat simpan pengetahuan dan tersedia untuk orang lain. Kepakaran dalam perisian dan konfigurasi perkakasan diperlukan mengurus sistem sedemikian. Apa yang diandaikan ialah pindahan pembelajaran dari yang disimulasi ke yang praktikal. sebagai gedung pengetahuan. Kajian Roslan dan Habibah (2000) jelas menunjuk potensi pendidikan secara talian tetapi ia masih memerlukan banyak usaha untuk menjadikannya merupai pendekatan modul interaktif bercetak sedia ada! Di samping itu kita perlu memahami sepenuhnya apakah yang dibayangkan Sistem Rangkaian Hibrid yang dikatakan sistem yang mungkin untuk pendidik menggunakan kelebihan pangkalan-pangkalan pengetahuan serta memuat-simpan dan mengedar aset atau pangkalan pengetahuan. Pendidikan yang berjaya dicerminkan dalam prestasi yang bertambah baik dalam situasi sebenar (dan tidak sahaja pada situasi rekaan). ● Menggalakkan pelajar “ingin tahu” dan jelajah pelbagai sumber maklumat.36 dengan penggunaan pangkalan-pangkalan pengetahuan sepenuhnya. tetapi juga menjelajah dan mengembang dari pangkalan data tetap melalui pangkalan data tertabur. dan pengajaran dan latihan. tetapi konstruksyen semula untuk mengaktifkan tingkah laku dalam situasi yang baru! . Pengajar meletakkan asas. e-mel dan listserv. Di samping itu terdapat interaksi aktif pelajar dengan alat pangkalan data untuk capai keapada pelayan atau pangkalan data. “penggunaan pengetahuan dalam situasi sebenar” tidak dipanggil pindahan pembelajaran. Dengan tersebarnya banyak perisian dan begitu banyak maklumat dalam internet. dan hasil akhir biasanya merupakan (tetapi tidak terhad kepada) kemahiran dan pengetahuan. boleh berkomunikasi dengan pelajar secara sinkroni atau asinkroni. ● Menggambarkan senario pembelajaran dalam kaedah kreatif dan menarik. atau mengehadkan capaian kepada pangkalan pengetahuan jika perlu. Jadi pengajaran adalah strategi prarancang berasaskan pedagogi untuk menyampai maklumat terpilih yang tersusun dan berurutan dengan niat mengakibatkan pelajar belajar. dan tidak menghadkan pelajar ke isi tempatan. kemajuan dan skor timbun tambah dirakam untuk tindakan pengajar. Modus operandi adalah seperti berikut: ● Simulasi situasi pembelajaran realistik yang relevan bagi pengguna.

tidak mempengaruh perubahan kualitatif (mencapai gol yang lebih autentik dan kompleks) (Ertmer. dan penaiktarafan kandungan perisian untuk laman web dari masa ke semasa. malahan aktiviti pembangunan perisian PBBK multimedia akan menjimatkan kos pengurusan pendidikan untuk jangka panjang. Dalam tahun-tahun yang mendatang. pemantauan kemajuan pelajar. dan kemungkinan besar pengajaran tidak terhad kepada isi yang termuat pada CD-ROM. Oleh sebab rangkaian WWW sudah mula bertapak dalam dunia pendidikan dan penggunaannya pula agak meluas. penyediaan sistem maklum balas kepada pelajar. mereka dapat akses kepada laman web yang sesuai untuk tujuan pengayaan dalam bidang yang dibicarakan. dan pengurusan pembelajaran bahasa yang lebih dinamis. Pemilihan keputusan pengajaran yang tepat untuk memilih reka bentuk yang sesuai adalah kritikal dalam mengembangkan persekitaran untuk Web dan Lebuh Raya Multimedia. sistem sokongan pembelajaran harus ada. sistem pendidikan jarak-jauh dalam negara yang akan . Adalah tidak cukup hanya melabur dalam teknologi sahaja. Ini akan membantu dalam arah pembinaan persekitaran web hibrid untuk sekolah. Walaupun sebahagian daripada bahan PBBK ini mungkin mengandungi unsur budaya tempatan yang tidak serasi dengan budaya suatu bangsa yang lain. Kandungan perisian PBBK ini perlu dinaikkan tarafnya dari masa ke masa untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung dan pengguna." Langkah ini membolehkan lebih banyak bahan PBBK multimedia tempatan digunakan di dalam negara dan di dunia luar. Aktiviti pembangunan perisian PBBK multimedia haruslah diperluas bukan sahaja bagi menampung kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran tempatan. mengimbas persekitaran luar dan menawan pengetahuan yang wujud dalam organisasi. langkah yang dapat diambil oleh institusi pendidikan seterusnya ialah memilih perisian PBBK multimedia yang terbaik yang dihasilkan oleh pelajar. Hal ini akan memupuk semangat toleransi dan rasa hormat di kalangan pengguna di seluruh dunia. Sekali gus. dan bekerjasama dengan persekitaran pembelajaran dalam organisasi. dan menempatkan perisian itu dalam laman web. Langkah ini akan memudahkan perkongsian bahan PBBK melalui internet dalam "bilik darjah/kuliah yang tiada sempadan. Kini Sekolah Bestari dibekal dengan CD-ROM.37 Teknologi menambah nilai kepada kurikulum. Adalah munasabah pihak pengembang CD-ROM ini juga menambah baik kepada saluran maklumat CD-ROM dengan pautan melalui alamat web supaya apabila pengguna (guru dan pelajar) klik padanya. Melalui komunikasi elektronik. tenaga pengajar akan lebih banyak terlibat dalam penyediaan bahan PBBK multimedia untuk pembelajaran bahasa tanpa sempadan. 1999). Sekiranya hal ini dapat direalisasikan. kita percaya bahawa perisian PBBK tersebut akan memberikan peluang kepada dunia luar untuk memahami budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. penyelenggaraan. CD-ROM Hibrid dengan struktur web atau lebuh raya merupakan mod berkesan untuk memperoleh pangkalan-pangkalan data sedia ada untuk muat simpan serta pembinaan pengetahuan. lebih banyak institusi pengajian tinggi akan menyediakan peruntukan kewangan yang lebih besar untuk pengembangan teknologi maklumat dan aktiviti berkaitan dengan teknologi maklumat dalam pendidikan.

Perisian PBBK multimedia akan terus mendapat tempat di dalam dunia tanpa sempadan pada alaf baru ini.38 menggunakan internet dan intranet sebagai media asas pada masa yang akan datang akan menjadi lebih mantap. termasuk kerjasama yang bersepadu antara semua negara berbahasa Melayu. Memberikan pengiktirafan sewajarnya dan berterusan kepada orang yang berjuang memartabatkan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. pelbagai usaha mungkin dapat dilaksanakan demi kemajuan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. 3. dan memantau proses pemelajaran dan kemajuan pelajar. Pihak kerajaan. . 7. kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembangunan perisian tempatan yang seiras dengan budaya dan pemikiran tempatan amat diperlukan bagi memastikan kualiti pendidikan yang lebih terserlah. Dengan hal yang demikian. Kebanyakan penggunaan perisian berkenaan di institusi pendidikan dalam negara bertolak daripada inisiatif pendidik secara individu dan tidak digerakkan oleh institusi pendidikan atau kementerian. inovasi dalam tuntutan pendidikan masa depan memerlukan lebih banyak pendidik untuk terlibat secara aktif dalam merancang kandungan pemelajaran yang lebih dinamis. Selain itu. Penghantaran dapat dilaksanakan melalui skim ganjaran atau anugerah secara berkala. Walaupun pada umumnya kos pembangunan perisian PBBK multimedia ini menjimatkan dalam jangka masa pendek.2 Syor dan Cadangan Dalam menghadapi globalisasi.antaranya termasuklah: 1. 2. Menyediakan prasarana yang lebih dinamik untuk pengembangan istilah dan bahasa dalam gerbang web DBP yang sedia ada. jumlah penutur bahasa Melayu yang melebihi 200 juta di dunia ini sebenarnya sudah cukup untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa teknologi maklumat serantau yang mempunyai nilai ekonomi. Perkhidmatan ini dapat dipopularkan melalui gerbang web bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedia ada. dapat menyediakan perkhidmatan mencari istilah dan bahasa dalam teknologi maklumat untuk semua golongan penggunaan bahasa Melayu di negara ini secara percuma. rintangan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat amat besar sekali. melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. menghasilkan bahan perisian multimedia yang dapat dicapai dari jauh melalui internet. Penghayatan dan promosi penggunaan bahasa Melayu menjadi semakin sukar apabila kepentingan ekonomi menjadi cagarannya. Sesiapa sahaja boleh memberikan cadangan dan pendapat terhadap sebarang perkara baru yang timbul berkaitan dengan penggunaan istilah dalam teknologi maklumat. Namun. Pembangunan perisian PBBK multimedia masih belum mendapat perhatian yang meluas di negara ini. Kini yang amat penting ialah kekuatan dan semangat tambahan untuk merealisasikan hasrat ini. Di samping itu. Menjadikan perkhidmatan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat sebagai tanggungjawab sosial kerajaan. para pendidik di Malaysia tidak lagi bergantung pada pihak luar dalam penggunaan perisian PBBK multimedia.

2. dan IPTA. Usaha ini dapat dilakukan dengan bantuan pihak seperti NITC (National IT Council). PKG dan PSS sebagai tempat untuk guru-guru mendapat nasihat dan latihan. kita amat berharap agar usaha teknologi maklumat dapat diseiringkan dengan keperluan terhadap globalisasi. Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC). Saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula ialah : 1. Oleh sebab itu. Oleh itu. Berdasarkan kepada syor dan cadangan tersebut diharapkan pelbagai inovasi dapat dilaksanakan demi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. . Makmal-makmal komputer perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah untuk memberi peluang kepada setiap pelajar menggunakan komputer dan memahirkannya. pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini merupakan satu cabaran yang perlu diterima oleh semua pihak bagi melahirkan individu celik komputer dalam menghadapi alaf baru. Meningkatkan permuafakatan dan kerjasama dalam teknologi maklumat berbahasa Melayu pada peringkat negara serantau yang mampu memberikan pulangan bernilai ekonomi yang sewajarnya. 3. 5. Dalam era teknologi maklumat ini. Perlu menghantar guru keluar negara bagi menjalani latihan yang lebih profesional. tampaknya hanya bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa global. Sediakan latihan dan kursus-kursus dalam bidang ICT bagi semua guru-guru untuk menghadapi perkembangan ICT bagi masa hadapan. 4. mengatakan bahawa semakin "global" dunia ini semakin kuat pula timbulnya kesedaran nasionalistik penduduk setempat seperti yang sedang berlaku di beberapa buah negara Eropah. Melonggokkan perisian aplikasi generik berbahasa Melayu yang murah dan mudah diperoleh di pasaran negara. Kementerian Pendidikan dengan seberapa segera menyediakan perunntukan yang mengcukupi bagi menyediakan prasarana dan peralatan untuk membangunkan dan menggunakan ICT dalam pangajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan cara ini sahaja bahasa Melayu berupaya berkembang seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat itu sendiri. 5. Kelengkapan yang mengcukupi perlu disediakan di PSPN. 4.39 Pengesahan terhadap istilah dan bahasa yang betul kemudiannya dapat dilakukan dengan cepat oleh pakar bahasa yang dilantik. Walau bagaimanapun. John Naisbitt dalam buku The Global Paradox.

Dengan perkembangan teknologi maklumat inilah. Diikuti oleh perisian kursus “Bahasa Melayu untuk Penutur Asing’ melalui intranet Universiti Multimedia dengan Dewan Bahasa dan . Jika pengukuran pencapaian mungkin boleh dipersoalkan. komputer merupakan alat termaju masa kini yang berupaya mendapat dan bertukar-tukar maklumat tanpa mengira sempadan dan masa. tetapi adakah pendekatan kepada pengajaran novel atau inovatif? Apa yang kita saksi adalah kemahiran terlatih yang ditunjuk-tunjuk dalam masa sebenar dan yang mungkin memerlukan penyesuaian.40 8. tetapi akan menghadapi masalah melaksanakannya dalam bilik darjah.mmu. murah. meluas dan sekata.1 Penggunaan ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu Kepercayaan kini ialah ICT adalah cara dalam mana pendidikan yang lebih baik akan diperolehi. satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pantas. Ini membanyangkan sumbangan utama teknologi untuk meningkatkan pendidikan. www. 8.edu.my dibina. Beberapa pengajar mungkin tertarik dengan idea konstruktivisme.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER DI SEKOLAH 8. Kita boleh menyepadukan ICT dengan lebih berakal kalau kita memahami teknologi-teknologi lembut. Ini amat penting dilakukan agar pengarjaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat berkembang luas seiring dengan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun. tepat. Pada sebahagiannya ini mungkin benar. Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus menepati aspresiasi masyarakat. Kerap kali kelemahan teknologi disembunyikan dan tidak diberi perhatian langsung.2 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah merubah senario pendidikan dan pengajaran sekarang. pelajar didorong menyertai dalam percubaan Pembelajaran Bestari. perkakasan mungkin berada. Hal ini kerana. Contoh demi contoh merujuk kepada teknologi perkaskasan seakan-akan teknologi-teknologi itulah yang membawa kepada hasil yang diharapkan. Pengajaran dan pembelajaran cara konvensional hanya terhad di dalam kelas dan tidak mampu melepasi sempadan geografi sesebuah negara. maka satu pendekatan dan kaedah baru yang bersifat global harus diteroka Oleh yang demikian. Atas kesedaran bahawa bahasa Melayu itu harus bergerak maju ke depan. kita tidak dapat lari dari menggunakan komputer. ICT boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya.khazanahmelayu. Pengajaran boleh dilatih. tetapi yang merumitkan ialah memastikan proses yang selari dengan teknologi itu berfungsi. maka satu laman web.

bandingkan. semasa di dalam kelas. selain daripada itu adat resam. mendapatkan hiburan atau maklumat dan pengetahuan. bahaskan dan sebaginya dapat dikendalikan di dalam ruang forum atau sembang. perbahasan. Untuk setiap topik di dalam perisian kursus disediakan latihan bagi menguji tahap kefahaman para pelajar sama ada melalui latihan mendengar petikan. perbualan antara ibu bapa dan ahli keluarga.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran mendengar diperlukan dalam pelbagai situasi misalnya ucapan.2. Ini dapat dijadikan rujukan utama kepada para pelajar kerana mereka dapat mendengar model menyebutnya dengan betul dan berulang-ulang kali. membaca dan menulis. disiplin dan sopan santun dalam berinteraksi juga dapat diketengahkan. siapakah. gaya dan irama yang betul. Oleh itu. seloka. atau melalui e-mail. Setelah mendengar. jelaskan. Untuk memantapkan pelajar dengan kemahiran bertutur. Manakala soalan-soalan seperti mengapakah. pelajar dapat menambahkan pemahaman ketika guru menerangkannya. wawancara. bertutur. Setelah teknologi komputer digunakan sebagai . Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada kemahiran mendengar. forum. Ini melibatkan soalan seperti apakah. pensyarah pula memainkan peranan penting di sini. huraikan. Dalam pengajaran bahasa terdapat tiga kemahiran penting yang sering dititikberatkan iaitu kemahiran mendengar. Kesemua situasi ini boleh kita rakamkan meliputi audio dan video dan dimuatkan dalam satu perisian kursus. bilakah atau di manakah. Misalnya pelajar boleh melihat dahulu. menonton drama. membaca dan menulis di samping kemahiran tatabahasa yang sering dititikberatkan dalam sesuatu pengajaran bahasa. Misalnya bagaimana hendak memulakan percakapan. Namun begitu bagi melengkapkan proses ini latihan diperlukan. mendengar nyanyian. Teknologi komputer dapat membantu bersedia sebelum pengajaran di dalam kelas dimulakan. bagaimanakah. bertutur. Keperluan untuk mendengar ini boleh berlaku di mana-mana sahaja mengikut tujuan sama ada dalam interaksi sosial. gurindam. mendengar dan memahami topik pelajaran yang bakal diajar sebelum masuk ke kelas. syarahan.41 Pustaka dihasilkan. perbualan atau sebagainya dan kemudian memilih jawapan yang tepat seperti mana yang telah disediakan di dalam perisian kursus tersebut. Oleh itu kita lihat sejauh mana komputer dapat memainkan peranannya dalam kemahiran-kemahiran ini. intonasi. 8. berita. pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan itu dengan sebutan. pidato. filem dan sebagainya. Melalui pengalaman-pengalaman inilah dapat menyingkap sejauh mana komputer membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. pantun. Dalam kemahiran mendengar ini proses mendengar yang melibatkan telinga sebagai alat yang menerima bunyi-bunyi bahasa dan otak untuk berfikir dan memahami apa yang didengar ini penting. bagaimana hendak mencelah dan menyampuk apabila orang lain sedang bercakap. puisi.

Di Malaysia sendiri kita terkeliru apatah lagi pelajar-pelajar bahasa Melayu di luar negara.2 Kemahiran Menulis Antara kemahiran menulis yang saya gunakan dalam pengajaran bahasa di MMU termasuklah melalui e-mail. Mahathir Mohamed. tahukah kita bagaimana bentuk. Selepas meneliti dan memeriksa surat tersebut dari segi isi. Misalnya untuk menulis surat kiriman rasmi.mmu. 8. gaya dan sebutan yang bagaimanakah yang betul dalam bacaan berita. ucapan atau petikan boleh dipertonton kepada para pelajar. talibun dan sebagainya. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat menyebarkan bahasa Melayu di luar negara. pemilihan model adalah penting dalam pengajaran bahasa. maka model bahasa Melayu amat diperlukan. Oleh itu.khazanahmelayu. ruangan sembang dan laman web www. TV3 atau NTV7? Matlamat dalam pengajaran bahasa Melayu ialah kebolehan pelajar bertutur menurut sistem bunyi bahasa Melayu baku. . maka di dalam kelas guru boleh memberikan topik-topik tertentu yang difikirkan sesuai dan mampu menarik minat pelajar untuk dibahaskan. seloka. Bahan ajar seperti ini boleh dijadikan topik perbincangan yang hangat di dalam kelas. Bacaan pantun boleh kita dengar dalam cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” di permulaan dan penutup setiap modul. Selain daripada itu. akan dihantar semula kepada pelajar jawapan permohon berserta pembetulan jika ada kesalahan dari segi pemilihan kata dan tatabahasa. Namun begitu. pemilihan kata dan tatabahasa. di RTM. format. Model bahasa Melayu lisan yang baik diperlukan kerana apabila pelajar mendengar ia akan meniru model tersebut apabila bercakap nanti.42 panduan atau model bagaimana perbahasan atau perdebatan berlangsung. lagu.2. video tentang perisitiwa 11 September 2001. terlebih dahulu saya menjelaskan format surat kiriman rasmi kepada para pelajar di dalam kelas di samping nota yang telah sedia ada di dalam ‘nota talian MMU’. Di Malaysia sendiri mungkin kita tertanya-tanya intonasi. gurindam. Kemudian diberikan iklan jawatan kosong yang disiarkan di dalam akhbar utama Malaysia berserta soalan supaya mereka menulis surat kiriman rasmi untuk memohon pekerjaan yang diiklankan kepada saya melalui e-mail.edu. misalnya ucapan pembukaan atau penutup Persidangan Agong UMNO di PWTC oleh Datuk Seri Dr. Kita tahu bahawa dalam puisi Melayu terdapat pantun. irama dan intonasinya? Melalui teknologi komputer jugalah kita mampu untuk menonjolkan puisipuisi Melayu ini dan mengembangkannya di serata dunia dan yang pentingnya model bacaan puisi ini dijadikan contoh kepada para pelajar. Untuk kemahiran bertutur. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat menyebarluaskan contoh dan model ini yang disahkan oleh pakar bahasa seperti yang akan temui dalam cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu”. gaya.my.

43 Selain daripada itu. gabungan elemen-elemen multimedia dapat membantu dan memudahkan pemahaman pelajar. melalui ruangan sembang dan e-mail juga. bersajak. pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna atau maksudnya di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk menulis atau untuk perbualan sehari-hari. Dalam cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” misalnya. Setiap pelajar mesti mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dan secara tidak langsung semua pelajar terlibat dalam perbahasan maya ini di samping mengasah minda dan kemahiran menulis. saya telah sediakan laman-laman untuk berbalas pantun. Misalnya dalam satu skrin terdapat teks “Anggota bomba menaikkan tangga”.khazanahmelayu. 8. Manakala ruangan peribahasa pula. taklimat dan sebagainya. Keistimewaan ruangan cerita pendek ini ialah pelajar boleh menyambung cerita-cerita ini mengikut kehendak dan imaginasi sendiri. imej dan voice over “Anggota bomba menaiki tangga untuk menyelamatkan mangsa kebakaran itu”. cerpen dan peribahasa. Kedua-dua ayat ini mempunyai perbezaan yang ketara dan visual akan memudahkan para pensyarah menjelaskannya kepada pelajar dan begitu juga sebaliknya. Penilaian boleh dibuat dari segi sejauh mana penglibatan pelajar dalam sembang tersebut. dikemukakan topik atau isu-isu semasa yang menjadi bualan hangat kepada pelajar-pelajar. Paparan dalam cakera padat ini juga disediakan dengan menarik. menyatakan perasaan dan sebagainya melalui pantun. menulis cerita kanak-kanak.my pula. imej dan animasi untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari. Bagi yang berminat menulis cerita pendek atau cerita kanak-kanak mereka boleh menulis dan hantarkan di laman ini. Ini membantu pelajar menyebut dengan cara yang betul dan boleh diulang berkali-kali mengikut keperluan masing-masing. Dalam laman web www.edu. pelajar atau pelayar laman web ini boleh bertanya khabar. pengumuman. Ada animasi imej anggota bomba yang sedang menaikkan tangga dan “voice over” yang menyebut ayat tersebut. Dalam laman berbalas pantun.2. misalnya membaca berita. Umpamanya selain teks dan audio. . elemen-elemen multimedia yang lain seperti video. laporan. contoh atau model diberikan dalam perisian kursus supaya pelajar dapat meniru model bahasa lisan yang baik. animasi. grafik. misalnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik di sekolah ataupun dihantarkan imej yang berkaitan dengan sesuatu topik. disediakan audio dan teks yang dianimasikan mengikut sebutan yang diperdengarkan.mmu. mereka juga boleh bersajak.3 Kemahiran Membaca Untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar. Begitu juga dengan teks.

Satu lagi keistimewaan cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” ialah terdapatnya Petua Munsyi iaitu petua. sediakan soalan-soalan yang berkaitan dan jawapan atau respons bagi setiap pilihan jawapan. dengan cara ini pelajar dapat belajar sesuatu walaupun jawapan pilihannya salah. Kita amat jelas. Soalan latihan yang boleh disediakan melalui teknologi komputer ini ada pelbagai jenis. dengan cakera padat. tempat-tempat menarik. Setelah pelbagai corak. kemahiran tatabahasa juga merupakan salah satu daripada elemen penting yang perlu dikuasai. diikuti pula dengan definisi dan huraian serta penerangan tentang kata tanya dan ayat tanya serta contoh-contohnya. Dengan adanya teknologi ini pelajar dapat belajar bahasa mengikut kesesuaian masa mereka sendiri. teks dan grafik. Sesuatu topik tatabahasa dimulakan dengan bahan rangsangan yang memperkatakan tentang tema kemalaysiaan kerana di sini kita boleh turut memperkenalkan adat. melalui teknologi komputer ini mampu untuk kita menangani masalah ini. padanan. Apa yang menariknya. selebihnya pelajar sendiri perlu berusaha memantapkan lagi penguasaan bahasa mereka. Setelah memperkenalkan kata tanya dan ayat tanya tersebut. setiap pilihan jawapan itu disediakan dengan respons yang menyatakan sebab-sebab jawapan itu salah atau betul. Dengan teknologi yang ada kita dapat berkongsi maklumat dan idea dari seluruh pelosok dunia tanpa mengira waktu dan tempat. diikuti pula oleh latihan. misalnya soalan aneka pilihan. laman web dan sebagainya membantu mereka belajar sendiri dan peranan utama pengajar. . budaya dan topik tatabahasa tersebut. nasihat. budaya dan ekonomi di Malaysia) dengan cakera padat. video. Dalam topik kata tanya misalnya. ‘Belajar Bahasa Melayu’. gaya dan bentuk dan dipersembahkan dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti audio. Berdasarkan perbincangan ini. petunjuk atau panduan yang berguna kepada para pengguna untuk memahami tatabahasa bahasa Melayu. Begitu juga dengan prototaip yang dibina untuk “Warna-warna Malaysia” iaitu gabungan laman web (yang mencerminkan tentang geografi. dengan adanya teknologi komputer ini. animasi. Oleh itu. jelas teknologi komputer mampu dan berupaya untuk membantu dalam pengajaran bahasa Melayu yang bersifat global. Untuk memantapkan lagi kefahaman pengguna. contoh dan latihan. Misalnya di dalam cakera padat ‘Tatabahasa Bahasa Melayu’. sediakan bahan rangsangan iaitu perbualan di kaunter pertanyaan di sebuah hotel. penerangan tentang konsep disampaikan dengan memberikan definisi. menolong dan memudahkan pelajar belajar sendiri. mengisi tempat kosong dan sebagainya.4 Kemahiran Tatabahasa Selain daripada kemahiran berbahasa. seret dan letak.44 8. Namun begitu.2. tatabahasa merupakan sesuatu yang membosankan. Mungkin bagi sesetengah orang. huraian. betul dan salah. mengajar bahasa memang tidak cukup hanya 3 jam seminggu.

dan Matematik. bahasa Inggeris. mencari idea-idea yang kreatif dan kritis dalam pengajaran berbantukan komputer. Melalui perisian inilah. tajuk. hal ini tidak menjadi masalah dan objektif kita untuk memperluas sempadan geografi penggunaan bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan. atau pelajaran. memilih kemahiran atau tajuk mengikut urutan tertentu. sama ada secara bersendirian ataupun dengan bimbingan guru. dengan teknologi komputer ini menuntut kita meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk berfikir. Dalam projek rintis ini. Mata pelajaran yang terlibat dalam percubaan ini ialah Bahasa Melayu. inovasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua frasa utama.45 Namun tidak dinafikan. Bukanlah suatu perkara yang mudah juga untuk kita menghasilkan laman web atau perisian kursus. pelajar dapat terangsang untuk belajar iaitu belajar sendiri tanpa guru. Pastinya guru tersebut perlu pakar dalam bahasa dan juga tahu menggunakan teknologi komputer walaupun tidak sebijak pakar TM (teknologi maklumat) atau pakar komputer yang menjadi bidang utama mereka. 8. berlatih menyebut. Frasa ini lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran literasi komputer di bawah aktiviti kelab komputer sebagai sebahagian daripada pelajaran Kemahiran Hidup. pelajar atau pengguna akan mempelajari sesuatu. belajar mengikut keupayaan dan kelajuan masing-masing. Pada tahun 2001. Kementerian Pendidikan telah menjalankan projek terbesar yang terkenal sebagai “Projek Komputer dalam Pendidikan” di 60 buah sekolah menengah. membaca dan menghafazkan sesuatu . sebanyak empat mata pelajaran sekolah menengah dan sekolah rendah telah menggunakan perisian kursus yang disediakan secara berperingkat-peringkat. maka pada bulan Jun 1992. di samping memperkenalkan bahasa. Frasa pertama bermula pada tahun 1981 hingga tahun 1989. teknologi maklumat. namun jika kita menggabungkan pakar-pakar dalam bidang multimedia. Melalui pengajaran berbantukan komputer.3 Inovasi Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer Di negara kita. maka program ini diperkembang kepada 120 buah sekolah menengah. Pengajaran berbantukan komputer ialah pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan perisian kursus yang dibina khas untuk sesuatu kemahiran. Frasa kedua pula bermula pada tahun 1990 dengan pendekatan yang lebih condong kepada pengajaran berintegrasikan komputer. sastera dan budaya Melayu kepada masyarakat antarabangsa bukan satu omong-omong kosong lagi. mengulang pelajaran beberapa kali mengikut keperluan. Dalam usaha untuk meluaskan penggunaan komputer dalam pengajaran. pengajaran berbentuk komputer mula dicuba di 90 buah sekolah bestari di bawah projek Rintis Sekolah Bestari. Perisian kursus berkenaan disediakan oleh empat buah syarikat swasta dengan usaha sama Kementerian Pendidikan. Sains. Bagi memperluas penggunaan komputer di kalangan pelajar. reka bentuk bahan pengajaran dan pakar kandungan atau subjek.

Di samping itu pemaparan bahan juga disediakan dengan menarik.46 mengikut model yang diperdengarkan. disediakan juga gambar. intonasi. bagaimana pelajar hendak membaca berita. dalam bahagian lisan. empat dan lima. intonasi. selain teks. Hal ini demikian kerana pelajar dapat mendengar model tentang kemahiran tersebut dengan betul. kita dapati bahawa pelajar dan pengguna bahasa Melayu masih keliru tentang cara menyebut beberapa perkataan tertentu seperti bestari. Dalam hubungan ini. debat. membaca pengumuman. Contohnya. harus ada yang baku atau standard sekurang-kurangnya dari segi intonasinya atau sebutannya. Dengan menggunakan perisian kursus. dan sebagainya. dan gaya yang bagaimanakah yang seharusnya diikuti. Setelah mendengar. terdapat tiga kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Dapatkah perkataan tersebut disebut dengan betul? Lazimnya. perisian kursus yang disediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu akan menyediakan panduan dan petua serta latihan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam kemahiran berkenaan. memperoleh maklum balas segera dalam bentuk teks. . suara atau grafik. pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran berpidato. membaca laporan. peka dan sebagainya. perisian kursus yang disediakan juga mengambil pertimbangan tentang cara bacaan berita yang betul dan baku. Oleh itu untuk panduan sekolah. Contohnya. gaya dan irama yang betul. animasi dan sebagainya bagi memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk yang sedang dipelajari. Bagi pelajar tingkatan satu. berpuisi. grafik. Bagi teks tertentu. panel. perkataan tersebut akan dipaparkan pada skrin yang kemudiannya disusuli pula oleh suara yang menyebut perkataan tersebut mengikut sebutan baku. bentuk sebutan. kemahiran membaca dan kemahiran menulis bagi pelajar-pelajar tingkatan tiga. kita akan dapat melihat bagaimana pentingnya komputer membantu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan melalui kemahiran tersebut. bidang maklumat dan bidang estetik. menyatakan makna berdasarkan konteks menganalisis maklumat membuat taakulan dan membuat rumusan? Lazimnya. dalam hal membaca berrita. jika model bacaan berita yang tekal tidak disediakan sebagai panduan pelajar? Walaupun bacaan seperti yang disiarkan di TV melambangkan jati diri masingmasing. berdebat. dua. Di samping kemahiran tatabahasa merupakan aspek penting dalam mata pelajaran bahasa Melayu. maklumat tambahan dan sebagainya. pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan itu dengan sebutan. membaca pantas. Contohnya. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Berdasarkan pengalaman yang lalu. Kemahiran membaca pula dapat ditingkatkan dengan mendengar model bacaan yang diperdengarkan. Pengguna kemudiannya dikehendaki mengajuk menyebut perkataan itu dengan betul. dalam perkembangan bahasa Melayu. tiga kemahiran tersebut ialah bidang interpersonal.

jika talian berbentuk subjektif diperlukan. Penerangan yang terdapat dalam tutorial ini bersifat ansur maju. Aspek tatabahasa ini disampaikan mengikut pendekatan tutorial. Berdasarkan huraian tersebut jelaskan bahawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang terkini adalah dengan berbantukan komputer. Seterusnya. iaitu bermula daripada konsep yang paling mudah sehinggalah peringkat yang lebih kompleks. Sebaik sahaja perkataan diklik. Guruguru perlu menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer di era globalisasi ini. iaitu dengan mengklik perkataan berkenaan. Sehubungan itu pakar bahasa Melayu dan mereka yang telibat di dalam bidang pengajaran bahasa perlu mewujudkan satu kumpulan pembangunan perisian kursus yang terdiri dari pakar bahasa. . maka terpaparlah penerangan ringkas tentang perkataan tersebut yang kadang-kadang disertai gambar atau animasi yang sesuai. pengatur program komputer dan pereka grafik. Setiap peringkat itu disediakan dengan latihan yang sesuai dengan konsep yang diterangkan. bagi memudahkan pelajar. Modul pembangunan perisian ini juga perlu kerana pada masa ini tidak banyak perisian-perisian bahasa Melayu yang dibangunkan mengikut keperluan kurikulum dan juga budaya Melayu. Lazimnya. Tutorial ialah penerangan tentang sesuatu konsep yang disampaikan dengan memberikan definisi. maka pelajar akan diberikan tutorial tentang cara menulis surat rasmi dan surat tidak rasmi. Namun demikian. contoh atau cadangan jawapan untuk semakan pelajar atau penggunakan disediakan. huraian.47 terdapat juga pop-up. Oleh itu pengetahuan guru dalam bidang ini perlulah lebih meluas dengan mengikuti kursus-kursus intensif yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Contoh karangan berformat ialah surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. iaitu latihan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga pelajar mahir menulis surat mengikut format yang betul. Hal ini amat penting bagi menyediakan guru-guru bahasa yang mampu menangani cabaran-cabaran di dalam pengajaran berbentuk maya ini. Antara kemahiran menulis yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu termasuklah menulis karangan berformat dan tidak berformat. dan contoh yang berkaitan. modul pembanguNan perisian juga wajar ditawarkan kepada mereka bagi melahirkan guru-guru bahasa yang berkebolehan dan berliterasi untuk memproses perisian bahasa melayu dengan menggunakan sistem pengaturcaraan. Selain itu. perisian kursus seperti ini kurang menyediakan latihan berbentuk subjektif. Dengan menggunakan perisian kursus. Kemahiran tatabahasa juga merupakan elemen penting yang perlu dipelajari. templat tertentu disediakan dan pelajar hanya dikehendaki mengisikan maklumat yang sesuai ditempat kosong yang terdapat dalam templat berkenaan. bagi memantapkan lagi pelaksanaan program pengajaran berbantukan komputer di sekolah ini sewajarnya guru-guru bahasa diberi kursus literasi teknologi maklumat dari semasa ke semasa. sama ada dalam bentuk penerangan ataupun gambar yang bertujuan untuk memberikan kemudahan membuat rujukan secara serta merta. Di samping itu. Pop-up ini digunakan hanya apabila diperlukan oleh pelajar. Tutorial disampaikan dengan berperingkatperingkat.

Soalan-soalan yang diajukan di dalam perisian-perisian kursus dan melalui talian internet mempunyai maklum balas yang tepat dan cepat. Antaranya: • Kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi. Interaksi ini adalah dua hala antara pelajar dengan komputer. Bahan maklumat dapat disampaikan dengan data. Pelajar dapat mengetahui jika jawapan yang mereka berikan itu betul atau salah. menyusur internet dan menggunakan alat teknologi maklumat. b) Bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu boleh diprogramkan di dalam bentuk multimedia. bunyi dan suara. bilangan pelajar yang mengikuti pelajaran bahasa dapat dijalankan di luar kelas formal dan ini satu strategi untuk mengembangkan bahasa Melayu di dalam dan di luar negeri. dan Walther (1996). teks. pujian yang berbentuk memberi motivasi kepada pelajar akan dipaparkan di skrin.48 Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan juga boleh mengadakan pertandingan mereka bentuk perisian bahasa Melayu untuk menambahkan bilangan perisian yang sedia ada dan menggalakkan pembangunan perisian bahasa itu. Hal ini di sokong oleh kajian Harasim (1989 dan 1990). Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa inovasi yang berlaku dengan menggunakan komputer sebenarnya dapat menarik minat lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi. Pertandingan mereka bentuk laman web umpamanya merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan dapat memantau usaha memperbanyak lagi bahan pengajaran bahasa Melayu di dalam internet. Dengan ini. Sebagai guru bahasa di alaf baru. Dengan pertambahan ini. Jika jawapan mereka betul. . pengajaran bahasa berbantukan komputer dapat berkembang kerana komputer dan perisiannya dapat membantu meningkatkan pangajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. animasi. imej. Berdasarkan inovasi yang berlaku institusi pendidikan guru dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. video. Jika salah mereka akan diberi penerangan dan pertolongan dalam talian juga ada disediakan. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru. penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu diperluas dan dipertingkat lagi demi mengembangkan bahasa Melayu di alam siber. Pembelajaran kendiri ini membolehkan pendidikan jarak jauh dijalankan melalui rangkaian internet untuk mencakupi pelajar bahasa yang lebih ramai. Berdasarkan fakta tersebut inovasi yang begitu ketara dalam pengajaran menggunakan teknologi maklumat khususnya komputer ialah: a) Pengajaran bahasa Melayu menggunakan komputer dapat membantu interaksi pelajar agar lebih interaktif dan spontan. • Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran membangunkan perisian dan bahan pengajaran.

Dominasi guru juga dapat dikurangkan dan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang malu untuk berinteraksi dan memberi maklum balas di dalam kelas merasa selesa berbuat demikian dengan komputer. Penerangan sesuatu konsep dapat dilakukan dengan mudah. kemahiran. Waktu pembelajaran juga terhad. menjalankan penilaian dan menilai set soalan penilaian mereka dan kebolehan pelajar menjawab soalan-soalan tersebut. Komputer berupaya untuk mambantu para guru membuat set penilaian. Soalansoalan yang diberikan kepada pelajar boleh dianalisis dan satu kumpulan c) i. Penilaian boleh dijalankan secara komprehensif. Cara pembelajaran juga boleh dilakukan secara kendiri. ii. di perpustakaan atau di tempat-tempat lain yang menyediakan perkakasan yang sesuai dan talian internet di dalam suasana yang kondusif untuk pembelajaran mereka. pelajar boleh memilih pelajaran bahasa sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu peringkat permulaan. Penggunaan komputer membolehkan interaksi pelajar dan guru dijalankan walaupun di luar bilik darjah dan di luar waktu pengajaran. Setiap pelajar juga dapat mengawal pembelajaran bahasa Melayu masing-masing dari segi kelajuan. Pelajar. Demikan juga dengan aspek pentadbiran kelas. dan tahap latihan. Dengan kaedah pembelajaran bahasa menggunakan komputer. Pelajar boleh mengikuti pelajaran bahasa di rumah. guru dan pentadbiran sekolah boleh berinteraksi dengan mudah menggunakan mel elektronik di dalam dan juga di luar sekolah. pertengahan atau mahir.49 Kemudahan multimedia ini membuatkan teks yang dibaca lebih seronok hanya kerana ia disampaikan dengan animasi dan bunyi. pelajar boleh membuat latihan dengan berulang kali atau membuat cubaan menjawab secara berulang-ulang tanpa merasa malu jika membuat kesilapan. Dari segi kelajuan. Pelajaran yang diulang-ulang ini juga tidak berubah dari segi mutu penyampaiannya. Jika dilihat dari segi kemahiran pula. pelajar boleh melambatkan atau mempercepat pelajaran bahasa mengikut kesesuaian tahap kefahaman dan kelajuan pembelajaran masing-masing. pembelajaran bahasa boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk di dalam kelas bahasa yang formal atau di dalam makmal komputer. Ini membantu suasana pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan dan hidup. Penggunaan komputer membolehkan penilaian dijalankan di dalam talian di mana ia lebih komprehensif. Aktiviti kelas pula lebih berpusatkan kepada pelajar (student centered). . iii. Dari segi latihan pula. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu timbunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan. Pengajaran komputer membolehkan tumpuan diberikan kepada setiap pelajar dengan tiada halangan dan bias. Pelajar yang mahir mungkin tidak perlu melakukan latihan permulaan. Ini sejajar dengan kaedah pendidikan masa kini yang menekankan tumpuan kepada pelajar. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu membawa alam kehidupan ke dalam bilik darjah dan menjadikan proses pembelajaran lebih realistik.

2. Membuat pengkelasan 2. bertutur dan menulis : 1.0 atau MS Word 2. membuat rumusan berdasarkan hasil perbincangan. Peranan guru bahasa adalah lebih sebagai fasilitator dan juga pengemudi ilmu. Menyenaraikan jenis-jenis. Tugas guru di dalam kelas yang menggunakan komputer ialah membantu pelajar untuk mencari maklumat. Menghasilkan borang pengurusan grafik (membuat pengkelasan) dengan menggunakan Microsoft Organizational Chart 2.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu Tingkatan Masa Tajuk Objektif Hasil Pembelajaran : Utama Hasil Pembelajaran : Khusus Huraian Hasil : Pembelajaran Kemahiran Bahasa Kemahiran KBKK Kemahiran ICT 8. punca.1 Menjaring maklumat mengikut klasifikasi. bukti dan dengan alasan yang wajar.50 soalan-soalan berkenaan dipanggil penilaian berkomputer. Mengumpulkan maklumat dengan mengemukakan fakta. 2. Guru-guru juga berperanan sebagai pembantu makmal yang dapat membantu pelajar dari segi teknikal. Kerja ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu.3 Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat yang telah disusun. Menghasilkan borang pengurusan grafik (membuat . Aras 3 : i. menggunakan maklumat dan mempersembah maklumat mereka dalam bentuk laporan atau persembahan. pelajar dapat: 1. 8. Pelajar akan dinilai dari segi kebolehan mereka menilai maklumat. Menerangkan sebab : 1. 3. Peranan guru sebagai pengemudi ilmu. iv. Mencatat isi penting daripada bahan yang dibaca. menyusuri laman web yang berkaitan dan menggunakan maklumat yang tersedia untuk menyelesaikan masalah. : Mendengar.4 Persediaan Mengajar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer : : : : Dua Amanah 80 minit Pencemaran Air Pada akhir pelajaran. 8. sebab dan akibat pencemaran air. Penilaian di dalam talian ini juga membolehkan pelajar memilih permasalahan untuk diselesaikan dengan cara mencari maklumat tertentu. 8.

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Pendidikan Moral Langkah/Masa Set Induksi (5 minit) i.0 atau Ms Word. Langkah 2 (25 minit) i. 2. Aktiviti Guru menunjukkan persembahan power point berkenaan pencemaran. Guru meminta pelajar membuat pengkelasan jenis. berdikari. Bahan Persembahan MS power point. Langkah 1 (20 minit) i. ‘Table’ ii. Geografi.0 atau MS KBKKword membuat pengkelasan Alternatif perisian: MS word – ajar kemahiran guna Text box”. Catatan ii.51 inferens) dengan menggunakan MS Word 3. Pendidikan Islam. Penyerapan Ilmu : Sains.0. mengakses internet. Nilai : Bekerjasama. iii.mo s. Internet http://agrolink. Pelajar telah mengetahui tentang pencemaran alam.my/moa1/newpaper/alamsekitar ue970803. Guru menunjuk cara penghasilan lembaran pengurusan grafik dengan menggunakam MS Organization Chart 2.jenis dan punca pencemaran alam dengan menggunakan lembaran pengurusan grafik Perisian MS Aktiviti kumpulan Orgaizational Chart 2. semangat bermasyarakat. Guru meminta pelajar mengakses laman web berkenaan dengan pencemaran sungai. hormat-menghormati. Pelajar memerhati dan menghayati persembahan power point.Guru membuat rumusan. iv. mensyukuri nikmat Tuhan.Pelajar mempersembah hasil kumpulan.html Aktiviti kumpulan KBKKmenerangka . Pelajar mempunyai asas perisian MS Office dan Microsoft Organizational Chart 2.

iv. Guru memberi tugasan kepada pelajar untuk menghasilkan sebuah karagan bertajuk ‘Pencemaran Sungai’ berdasarkan fakta yang dibincangkan.Pelajar mempersembah hasil kumpulan. Guru meminta pelajar menyenaraikan sebab.my/did/river/csk 1/salahlaku1.52 ii. Penutup (5 minit) i. Langkah 3 (25 minit) i. iii.htm Alternatif bagi sekolah MS word tiada internet / kesukaran akses internet : guna artikel yang sudah dimuat turun.Guru membuat rumusan. Pelajar diberi penerangan tentang kerja lapangan. Guru meminta pelajar merumuskan hasil perbincangan yang meliputi: * Jenis pencemaran * Punca * Cara mengatasi ii. Persembahan MS power point 9.Guru menyediakan contoh laporan yang bakal disediakan oleh pelajar. akibat dan bukti pencemaran daripada artikel yang dibaca dengan menggunakan lembaran pengurusan grafik.0 KESIMPULAN . ii.mo sebab a. Lembaran kerja n http://agrolink.

v. Internet digunakan dalam subjek pengajran. (http://www. Cara ini dapat membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam internet dan secara langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta meletakkan bahasa Melayu di paras antarabangsa. center for research on information technology and organizations indicator ICT terhadap penggunaan internet oleh guru-guru ialah: i. Sebahagian besar unsurnya seperti bahasa. Pada masa ini. Selain itu. berdasarkan teaching. Hal ini amat penting untuk memastikan teknologi maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industri yang dapat memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. dapat mengadakan simulasi. Hal ini telah disokong oleh kajian Harasim (1989).org/bangkok/education/ict/teaching) Melalui teknologi maklumat juga dapat membantu guru-guru dalam pengajaran. Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat yang sedang berkembang di Malaysia kini masih berbudaya asing. Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan. iv. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini masyarakat yang celik komputer. viii. Melalui ICT dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia yang dapat membantu menyediakan bahan-bahan latihan yang baik.unesco. Guru menggunakan e-mail untuk menghubungi guru-guru di sekolah lain. dan Walther (1996). Namun. Hingga kini. Menggunakan internet lebih daripada dalam bilik darjah.53 Kesediaan Malaysia untuk menerima teknologi maklumat sebagai salah satu agenda dalam Wawasan 2020 telah mula direalisasikan menerusi projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC). Pelajar menggunakan web site dalam pengajaran. ii. Projek yang menampilkan beberapa aplikasi besar seperti kerajaan elektronik dan sekolah bestari ini telah menjadi pemangkin kepada pembudayaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat. Penulis menyarankan agar guru bahasa mencuba berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan dengan pelajar bahasa. persembahan. usaha memartabatkan teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan. vii. dapat . Internet digunakan dalam berbagai-bagai lokasi. pelbagai dasar teknologi maklumat telah digubal. ix. Sekolah awam boleh mengases internet. terutama yang berkaitan dengan persembahan dan kandungan maklumat. vi. Guru menggunakan maklumat untuk pengajaran. learning and computing: a national survey of school and teachers. Harasim (1990). Internet digunakan diberbagai peringkat pengajaran. iii. dan kandungan maklumat masih beracuan Barat. dalam keghairahan ini. Internet disambungkan dalam bilik darjah.

A. Driscoll. (1992). Boston: Butterworth-Heinemann. Washington.A. Media will never influence learning. Clark. (http://www. (1995). Bloom.unesco. iii. Psychology of learning for instruction. Mass: Allyn & i. Technology. iv. ii. Lumsdaime & R. Open learning and Distance education. (1994).W. pembelajaran dan kursus-kursus yang diadakan. The knowledge evolution: Expanding organizational intelligence. DC: Development of Audiovisual Instruction. (1994). Boston. “Automatic tutoring by instrinsic programming”. iv. National Educational Association. A Personal perspective on collaborative tools. Review of Educational Research. London: Longmans. 53. Handbook 1: The cognitive domain. vii. R.E. B. . M. Dalam A. Brown. Disember 1985. vi. Crowder. (1960).org/bangkok/education/ict/teaching) BIBLIOGRAFI Allee. Texas: Computer-supported Cooperative Work Conference. 286-298). Glaser (Eds. v. London: Routledge. (1997). Reconsidering research on learning and media. Berdasarkan berbagai-bagai kajian.E. Tingkatkan penglibatan dalam pendidikan dengan agensi masyarakat. (1986). ii. Clark.A. (1965) Taxonomy of educational objectives.S. Austin. R. 21-29.S. V. hasilnya menunjukkan penggunaan ICT dalam pendidikan menjadikan: Kurang arahan dan lebih pengajaran berpusatkan pelajar Meningkatkan emphasis ke atas individu Lebih masa untuk guru menasihati pelajar Meningkatkan minat dalam pengajaran Meningkatkan pengalaman berkaitan dengan perkembangan teknologi Guru boleh mempelbagaikan penggunaan teknologi Meningkatkan pentadbiran dan penghasilan guru Pengulangan dan memikirkan semula terhadap kurikulum dan strategi pengajaran viii. 445-459.) Teaching machines and programmed learning: A source book (pp. 42.P. J. Educational Technology Research and Development. N.54 menganalisis maklumat yang sedia ada yang membolehkan guru menggunakan teknologi untuk pembelajaran. Bates. Dalam perkara ini ICT dapat membantu guru meningkatkan perkembangan profesional mereka melalui latihan. Tingkatan pentadbiran guru dan komunikasi dengan ibu bapa.

Presentation and Analysis of Project Computer Aided Distance Teaching: A Project at Jutland Open University.C. (1998). Fong S. R. (1996).K. Laudon K. Pulau Pinang. Aalborg: Aalborg University.. Online Education: Perspective on a New Environment. 47(4). Edisi 4. Department of language and International Studies. 1998. K. Kuala Lumpur. Computers and Distance Education. Kertas kerja dibentangkan dalam MERA Inaugural Conference sanjuran Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia [Malaysian Educational Research Association] di Ferringhi Beach Hotel.55 Bacon. 28-29 Mei 1996. 1996. Fong S. 1-3 Disember. New Jersey: Prentice Hall International. Laudon. J. Mason (1989). (1990). (1989). “Effects of Animation on Learning of Mitosis on a Multimedia Computer-based Program among Students of Different Psychological Profiles”. Oxford: Pergamon Press. A. Dan Laudon. Lorentsen. W. Fongs S. “An Evaluation of Cosy an Open University Course” dlm. Kertas kerja dibentangkan dalam Malaysian Educational Research Association-Educational Research Association of Singapore MERA-ERA (Malaysian Educational Research Association-Educational Research Association of Singapore) Joint Conference 1999 yang bertema “Educational Challenges in the New Millenium” dan dikendalikan di Melaka. A. (1999).F. Management Information System. L. W.P. Mason. Kertas kerja dibentangkan dalam MCCE EDUCOMP’96 Symposium. Ertmer.K. & Ng. suatu Persidangan antarabangsa yang dikendalikan untuk pakar komputer dalam pendidikan dan dianjurkan Computertimes dan IBM. Harasim. (1999). (Ed.C.K. New York: Praeger. R. G. Mason. Computers and Distance . “Online Education: A New Domain” dlm. A. Disember.F. Information Technology and Society (Edisi2). L. (1989). P. Dan Kaye. Educational Technology Research and Development. dan Laudon J. 28-30. “Authoring Considerations for Effective Multimedia Softwares”. Harasim. “Instructional Design Considerations for prototyping multimedia computer-based learning courseware”. di Putra World Trade Centre. “Addressing first-and second-order barriers to change: Strategies for technology integration”. Inc. Traver. & Ng. 1999.A.) Mindweave: Communication. W. (1996).F.P. (Ed. 47-61. Dan Kaye.) Mindweave: Communication. Cambridge: Course Technology. & Ng. C.

Bangi: Siri Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM Norizan Abdul Razak (2000). 83-90. Higher Education 32: 2. 1055-1062. Norizan Abdul Razak (1998). Wong. Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru Pengajaran Bahasa Melayu. ELT Journal 45: 5. Oxford: Pergamon Press. M.B. P. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R. Wild. (1992). H. 44 (10). 1027-1037). 217-241. hlm. (1996). “Remote Collaboration among Students Using E-mail” dlm. Dewan Bahasa. Singapura: Educational Research Association. Pergamon Press. Pennsylvania State University Press. (1993). (1996). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Siti Saniah Abu Bakar (2002). The Education Research Association. Computer Mediated Communication for Distance Education: An International Review of Design.s. “English by E-mail Creating a Global Classroom via The Medium of Communication Technology” dlm. Dalam Abdullah Hassan Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing Ke-2 (Jilid 2. Oxford University Press. “ A Content Analysis of Student/Instructor Communication via Computer Conferencing” dlm. D. Computer Education 21: 3. Pennsylvania: American Centre for The Study of Distance Education. hlm. J. 193-203. Dan Winniford. Sage Periodicals Press. R.E. (1999). Wells. CALL: Some Pedagogical Issues.56 Education. hlm. Prosiding Persidangan Tahunan ke-12. 287. Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991). Mowrer. hlm. Teaching and Institutional Issues. m. Walther. Communication Research 23: 1. “Preparing Student Teachers for IT Integration into Instruction”. “Computer Mediated Communication: Impersonal Interpersonal and Hypersonal Interaction” dlm.