You are on page 1of 74

Nama/ Kod Kursus

EDU 5202 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM BAHASA MELAYU.

Pensyarah

Dr. Fadzilah Abd Rahman

Tugasan 2

Soalan ( 5 ) Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan dan tindakan susulan dan prosedur

taksiran

menjalankannya dalam pengujian dan penilaian Bahasa Melayu.

Nama Pelajar No Matrik Kursus

: : :

Norlela Abu Bakar JM 39429 Smester 3 MPBMP UPM Serdang

Soalan 5 Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan taksiran dan tindakan susulan dan prosedur menjalankannya dalam pengujian dan penilaian bahasa Melayu.

1.0 PENDAHULUAN DEFINISI KONSEP TAKSIRAN /PENTAKSIRAN DALAM PENGUJIAN DAN PENILAIAN. Terdapat berbagai konsep dan istilah konsep taksiran/ pentaksiran dalam pengujian dan penilaian dalam pendidikan. Antaranya adalah seperti berikut :-

Pengertian Taksiran

menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005) ialah

merujuk kepada hasil daripada menaksir. Manakala penaksiran atau pentaksiran adalah perihal menaksir. Merujuk kepada menaksir atau mentaksir pula membawa maksud mengira atau menghitung banyaknya sesuatu.

Pengertian pentaksiran dalam penilaian dan pengukuran adalah kesahan yang menjadi bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian yang bergantung kepada sejauh mana guru atau pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian.

Secara umumnya, pentaksiran adalah sesuatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi oleh seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada

kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di Universiti atau di sekolah, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah atau guru kepada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.

Manakala Menurut Dr. Jamil Adimin , LPM (2008). Kita sering mendengar ungkapan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Kita disarankan agar lebih memberi tumpuan kepada pentaksiran yang holistik.

Menurut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan bertajuk Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003 oleh David Payne, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat , menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interprestasi yang dibuat ke-atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas , beliau menyarankan : Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian.

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek Assidere iaitu bermaksud Duduk di sisi seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran , pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu dimana sambil mengajar anaknya mengaji Quran , seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah

menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ketahap yang lebih tinggi. Di samping itu, siibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.

Jika pentaksiran merupakan proses peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisme yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian , peperiksaan selalunya hanya sesuai digunakan untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan. Oleh hal yang demikian, peperiksaan dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holisitik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah , akhlak, nilai murni , budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.

Konsep pentaksiran menurut Mokhtar Ismail (2008); adalah merupakan satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang itu memiliki sifat tertentu ; tahap, status dan nilai. Konsep pentaksiran adalah merupakan proses

nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif yang merangkumi skala ordinal atau skala selang untuk menentukan pencapaian dan kedudukan murid. Pentaksiran juga merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang membuat produk sesuatu proses seperti berikut:

Proses : Langkah/ tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Produk

: Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah

melalui proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan , pentaksiran merupakan satu episode dalam dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul dan merekod, memberi skor dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Seterusnya pentaksiran haruslah dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, melalui aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga melalui aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Dalam kebanyakan perancangan pentaksiran kepastian atau kebolehpercayaan terhadap pentaksiran amat berkurangan. Kebanyakan pentaksiran dikatakan tidak

mempunyai nilai kesahandan kebolehpercayaan. Antara perkara yang boleh ditaksir adalah pengetahuan, sikap dan kemahiran. Menurut Champagne, Lovitts and Callenger (1990) Perancangan pentaksiran hendaklah bebas dari bersifat berat sebelah atau dipengaruhi oleh ( bias). Pentaksiran hendaklah menunjukkan apa yang telah atau apa yang sepatutnya diajar dan dipelajari. Selain itu seseorang guru harus menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajaran atau kurikulum, seterusnya memaklumkan ketidakfahaman.

Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran? Antara sebab adalah seperti berikut :

y y y y y y

Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid. Memantau kemajuan murid. Memberi dan menetapkan penggredan. Menentukan keberkesanan pengajaran. Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilai guru.

2.0 TINDAKAN SUSULAN DAN PROSEDUR MENJALANKANNYA DALAM PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU.

2.1 Tujuan Taksiran. Taksiran mempunyai pelbagai tujuan antaranya taksiran dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran. Selain itu dengan menjalankan taksiran akan dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Maklumat akan diperolehi secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran. Apabila taksiran dijalankan guru-guru akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar. Taksiran ini juga selalu melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Kesannya adalah akandapatmembantu merancang danmelaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan, secara tidak langsung akan dapat memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Kepentingan Pentaksiran Pentaksiran diperlukan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid dan secara tidak langsung untuk memantau kemajuan murid. Pentaksiran juga digunakan untuk memberi dan menetapkan pengredan. Pentaksiran juga perlu untuk menentukan keberkesana pelajaran serta amat mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan dan sekaligus menilai guru.

3.0 Prosedur Taksiran. Statistik merupakan salah satu aspek penting dalam pentaksiran markat pelajar kerana statistik menjadikan segala data atau maklumat daripada ujian atau pemerhatian menjadi bermakna. 1. Memberi markah dan markat. Terdapat 3 rujukan perbandingan antaranya adalah: i. ii. iii. Rujukan kriteria Rujukan norma Rujukan kendiri

2. Ukuran kecenderungan memusat i. ii. iii. Min Mod Median.

Setelah selesai sesuatu ujian atau peperiksaan markah akan diperolehi. Markah merupakan data yang penting dalam proses penilaian bagi mengkuantitikan seseuatu kemahiran. Apabila sesuatu ujian atau peperiksaan telah ditadbirkan, serta kertas jawapan diperiksa, markah akan diberi berdasarkan kriteria-kriteria yang ditentukan. Dalam hal ini guru-guru boleh menggunakan keputusan yang diperolehi untuk membuat analisis dan membuat rumusan tentang prestasi atau pencapaian pelajar dalam sesuatu ujian atau peperiksaan tersebut. Penganalisisan atau pentafsiran keputusan ujian bergantung kepada penggunaan sistem perangkaan yang melibatkan beberapa aktiviti seperti menyusun,

memungut, mengira membuat analisis data serta interpretasi atas hasil penganalisisan data. Antara statistik yang digunakan untuk menganalisis data ialah statistik deskriptif, Statistik ini merupakan satu teknik yang digunakan untuk menghurai dan

mempersembahkan data, biasanya di dalam bentuk taburan frekuensi. Statistik ini merangkumi min, mod, median, skor maksimum dan minimum julat diantara dua skor , varian, sisihan piawai, kepencomgan, kurtosis, skor piawai,skor z dan sebagainya. Statistik deskriptif hanya melapor apa yang diperolehi serta tidak membuat inferensi atau meramal.

3.1 Penganalisisan dan Pentafsiran Keputusan Ujian. Peringkat penting dalam proses penilaian ialah penganalisisan dan pentafsiran keputusan sesuatu ujian. Setelah sesuatu ujian ditadbirkan, kertas ujian akan diperiksa. Berdasarkan keputusan tersebut guru-guru boleh membuat analisis, kemudian membuat kesimpulan tentang presatsi atau pencapaian pelajar dalam ujian itu.

Semua penganalisisan danpentafsiran keputusan ujian bergantung kepada pengujnaan sistemperangkaan yang melibatkan aktivitimemungut, menyhusun, mengira dan menganalisis data ( iaitu skor-skor yang diperolehi dalam ujian) ,serta membuat interpretasi atas hasil penganalisaan datanya. Peringkat-peringkat pentafsiran keputusan ujian ditunjukkan seperti rajah di bawah.

Memungut dan menyusun skor pelajar

Mengira min,mod, median danjulat.

Membuat analisis atas perwakilan data

Membuat interpretasi dan pentafsiran

Rajah 1: Penganalisaan dan Penafsiran Keputusan Ujian.

Statistik deskriptif asas yang lazimnya digunakan dalam proses penilaian ialah pemindahan skor mentah kepada graf, polygon kekerapan atau histogram , termasuk pengiraan dan penggunaan julat ,peratus, min, median dan mod. Hasil pengiuraan statistic asas ini akan membolehkan penyelidik membuat pentafsiran yang seterusnya digunakan untuk menyediakan laporan.

10

3.3 Penggunaan Markah dan Markat sebagai Skor Mentah. Markah ujian merupakan data penting dalam proses penilaian diperingkat sekolah.

Terdapat beberapa tujuan memberi markah dalam proses pentaksiran ini. Markahakan dapat mengkuantitikan sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca,menulis atau unsur-unsur bahasa seperti tatabahasa,kosa kata,fonologi, ejaan atau peribahasa. Markah merupakan skor atau mata yang diperolehi bagi setiap item yang diuji manakala markat merupakan jumlah markah atau skor. Bagi tujuan membuat penilaian , seseorang guru memerlukan jumlah markah/markat yang diperolehi pelajar.

Konsep perbandingan amat penting dalam penilaian. Apabila membuat pengukuran atau menilai sesuatu dengan membandingkan sesuatu kepada satu rujukan perbandingan yang standard. Sebagai contoh dalam pendidikan bahasa, rujukan perbandingan bagi menilai sesuatu pencapaian atau prestasi bahasa boleh jadi salah satu perkara yang berikut :

1. Rujukan Kriteria - Bertujuan untuk menentukan taraf pencapaian seseorang individu yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran. Sebagai contoh 1, dalam peringkat pencapaian minimum : Murid hendaklah menjawabsekurangkurangnya 6 daripada 8 soalan dengan tepat.Dibawah kriteria ini, sekiranya seorang murid hanya dapat menjawab 5 soalan dengan tepat, ini bermakna murid tersebut telah gagal menguasai kemahiran mengikut objektif pelajaran yang ditetapkan. Sekiranya ujian rujukan kriteria digubal berdasarkan objektif

11

pelajaran , ujian rujukan kriteria ini dikenali sebagai ujian rujukan objektif. Maklumat yang diperolehi daripada keputusan ujian jenis ini akan membolehkan guru merancang semula strategi yang sesuai untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Ujian jenis ini sesuai digunakan untuk mengesan prestasi murid secara individu sahaja, ia sesuai diuruskan dengan bilangan calaon yang tidak ramai.

Selain itu rujukan kriteria juga boleh dirujukkan seperti berikut : Contoh 2 markat seseorang pelajar dibandingkan dengan sesuatu kriteria yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah /panitia.

Peratus markat 81 - 100 61 - 80 41 - 60 21 - 40 0 - 20

Penilaian Sangat baik Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah.

2. Ujian Rujukan Norma

Ujian ini dirangka dengan tujuan untuk membandingkan

prestasi seseorang individu dengan individu-individu yang lain ,atau membandingkan prestasi individu dengan individu-individu yang lain. Selain itu juga digunakan sebagai juga sebagai membandingkan prestasi sesebuah kumpulan dengan menggunakan keputusan ujian yang sama.

12

Dalam ujian rujukan norma , soalan-soalan ujian lazimnya digubal berlandaskan kepada sukatan pelajaran dalam sesuatu peringkat tertentu. Kesukaran soalan-soalan ini lazimnya ditaburkan mengikut taburan dari mudah kepada susah isitu; 25% mudah , 50% sedarhana dan 25% susah. Sebagai contoh markat seseoranag pelajar dirujukkan /dibandingkan dengan markat norma yang dicapai oleh kumpulannya.; Markat norma ( min / purata ) 56 Markat 38 di bawah norma

Markat 78 - diatas norma

3. Rujukan Kendiri

- Markat seseorang pelajar itu dirujukkan atau dibandingkan

dengan markat yang pernah dicapai sebelumnya. Sebagai contoh : Sekiranya sebeluminimarkatujian 1seorang pelajar adalah 50, dan markat ujian 2, 60, dikatakan pencapaiannya meningkat dan sebaliknya.

Sekiranya tanpa markah dan markat, pengukuran tidak mungkin dilakukan untuk mengkuantitikan pencapaian dalam sesuatu pengujian bahasa. Tanpa pengukuran , penilaian tidak dapat dibuat secara objektif dan tanpa rujukan perbandingan penilaian tidak dapat dilakukan secara bermakna.

13

4.0 ANALISIS PENCAPAIAN LAZIM. Min. median dan mod dirumuskan sebagai ukuran kecenderungan memusat . Ketigatiga ukuran ini merupakan perangkaan asas untuk digunakan membuat perbandingan tentang pencapaian antara calon-calon yang menduduki sesuatu ujian yang sama. Ukuran kecenderungan memusat ini pula digunakan sebagai kriteria asas untuk menentukan gred gred pencapaian calon serta mentafsir darjah kesukaran dan menilai kesesuaian ujian; Selain itu ukuran ini juga dikenali sebagai ukuran condongan tengah.

4.1 Min Min pada asasnya , dikira dengan menjumlahkan semua skor yang diperolehi dalam sesuatu pengukuran dan hasil dibahagikan dengan jumlah bilangan skor (market) atau kekerapannya. Ukuran condongan tengah / purata tentang beberapa markat adalah sangat berguna untuk menggambarkan pemusatan markat dalam sesuatu kumpulan. Rumus min untuk skor-skor tidak terkumpul : M = EX/ N M = Min, X = Markat, N = Jumlah bilangan markat, E = Jumlah.

Sebagai contoh markah 8 pelajar dalam ujian ejaan dan pemahaman 11,13,15,16,17,18,20,10 EX = 120 M = 120/8 = 15

Boleh dijadikan min purata , 15/20 x 100 = 75%

14

4.2 Median Median ialah nilai terletak pada kedudukan tengah skor-skor yang disusun secara menaik atau secara menurun. Sekiranya bilangan skornya ialah nombor genap , maka mediannya adalah min daripada dua skor di tengah. a) Median dengan bilangan ganjil Median ini dapat diperolehi dengan membahagikan satu set skor tidak terkumpul yang disusun kepada dua bahagian yang sama. Contohnya

Skor : 30 , 45 , 48 .48, 54 ,55 ,60 ,62 , 68 Median = skor pada kedudukan tengah = 54

b) Median dengan bilangan genap Contohnya :

Skor : 86 , 83 , 81 , 81, 74 , 70 , 68 , 65 , 65, 65 , Median = min skor di kedudukan tengah 74 dan 70 = 74 + 70 2 = 144 2 = 72

15

Median juga dikenali sebagai markat tengah, iaitu nilai dalam satu skala pengukuran yang di bahagian atas dan bawahnya terdapat setengah ( 50% ) daripada kesemua taburan markat. Contohnya : 1 , 3 , 5 , 7, 9, 10, 11, 50 % atas 13 med , 15, 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 . 50% bawah

4.3 Mod

Mod , di dalam perangkaan asas, ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam sesuatu taburan skor. Simbol yang lazimnya digunakan ialah Mo. a) Nilai mod boleh didapati dengan menyusun taburan skor secara menaik atau secara menurun. y Skor yang mempunyai kekerapan tertinggi adalah modnya. Contohnya : Skor ujian : 52, 54. 54, 54, 57, 57, 62, 63, 63, 65.

Mod, Mo = 54 ( iaitu , skor yang mempunyai kekerapan yang tertinggi dalam taburannya). b) Dwimod y Kadangkala, di dalam sesuatu taburan skor, terdapat dua atau lebih daripada dua nilai mod. Sesuatu taburan skor yang mempunyai dua nilai mod dikenali sebagai dwimod.

16

Contohnya : Skor ujian : 48, 53, 62, 62, 62, 65, 70, 70, 70, 75. Dwimod, Mo = 62 dan 70 ( kerana kedua-dua nilai mempunyai kekerapan yang sama serta tertinggi).

Bukan setiap taburan skor mempunyai mod. Nilai mod tidak akan wujud apabila taburan skor itu mempunyai kekerapan yang sama. Contohnya seperti berikut : Skor ujian : 82, 82, 77, 77, 73, 73, 64, 64, 58, 58.

Nilai markat paling kerap diperoleh murid dalam kumpulannya dalam taburan markat menurut kumpulan yang diuji mod adalah cara paling mudah, cepat dan anggaran yang paling dasar.

Antara ketiga-tiga kecenderungan , min merupakan analisis menggunakan kecenderungan kesemua markat dalam satu set data. (c) Kegunaan min, median dan mod dalam taburan skor. y Antara ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat, min adalah paling kerap digunakan. y Nilai min dikira dengan mengambil setiap markah murid dalam ujiannya , iaitu min mengambil kira semua skor dalam satu-satu taburan, iaitu ukuran min memberi gambaran secara keseluruhan , manakala ukuran median dan mod tidak mengambil kira setiap skor dalam bentuk taburan markah.

17

Min turut digunakan untuk membandingkan pencapaian antara individu dengan kumpulan , atau kumpulan dengan kumpulan.

Ia juga digunakan untuk mencari sisihan piawai , skor piawai T dan skor piawai Z. Min adalah lebih sensitive daripada mod dan median sekiranya terdapat skor melampau.

Walau bagaimanapun , sekiranya didapati taburan markah itu terpencong ( iaitu ada murid yang mendapat markah yang ajuh berbeza daripada muridmurid yang lain), oleh itu ukuran median lebih sesuai digunakan . Sila lihat taburan skor dalam jadual di bawah.

Kumpulan A B

Skor 0, 40, 50, 60, 70, 40, 48, 50, 82, 100

Min 44 64

Median 50 50

Jadual 2 : Taburan Skor Terpencong y Nilai min yang didapati dalam kedua-dua kumpulan A dan B adaalah jauh berbeza, maka ukuran min kurang sesuai digunakan unatuk menentukan pencapaian murid di antara dua kumpulan tersebut. y Di dalam taburan skor terpencong ini, median lebih sesuai digunakan untuk membuat perbandingan kerana nilainya sama atau hampir sama. y Berbanding dengan min dan median , ukuran mod jarang digunakan untuk membuat perbandingan kerana nilainya hanya boleh memberi gambaran mengenai sesuatu taburan skir dengan secara kasar sahaja.

18

Pengiraan mod lebih mudah kerana nilainya lebih mudah didapati, setiap satu skor dalam taburannya mempunyai kekerapan terlalu tinggi. Misalnya

52 , 60 , 60 , 60 , 60 , 60, 60, 60 , 78 , 99.

Dalam kes ini, nilai mod adalah lebih jitu daripada min.

19

5.0 Jadual Taburan Kekerapan Taburan adalah susunan skor mentah daripada markat ujian. Kekerapan ialah bilangan kali terdapat dalam sesuatu skor atau skor terkumpul. Jadual taburan kekerapan digunakan untuk meletakkan susunan skor mentah secara menaik atau menurun dengan kekerapan yang dinyatakan dalam jadual. Contohnya seperti jadual di bawah. Taburan Skor /Markat Mentah

70 50 80

50 64 70

54 75

46 60

48 70

70

90

54 82 60

64 70 64

75 64 70

64 64 75 80

60 60 70

20

Taburan Kekerapan Skor Mentah tidak Terkumpul Skor (x) 90 82 80 75 70 64 60 54 50 48 46 JUMLAH Gundalan 1 1 11 111 1111 11 1111 1 1111 11 11 1 1 30 Kekerapan 1 1 2 3 7 6 4 2 2 1 1 30

5.1 Jadual Taburan Kekerapan Himpunan ( Kekerapan Longgokan )

Kekerapan himpunan yang sama atau kurang daripada sesuatu skor atau skor terkumpul adalah merupakan jumlah kekerapan bagi skor atau skor terkumpul dan kekerapan bagi skor atau skor terkumpul sebelumnya. Cara membentuk jadual taburan kekerapan adalah berdasarkan kepada kekerapan himpunan sama atau kurang daripadadan skor disusun dari skor terendah hingga skor tertinggi.

21

Taburan Kekerapan Himpunan

Skor (x) sama dengan @ kurang 50 55 60 65 70 75 80 85 90

Hasil Tambah Kekerapan

Kekerapan Himpunan ( cf)

4 4 + 2 6 + 4 6 7 3 2 1 1

4 6 10 16 23 26 28 29 30

10 + 16 + 23 + 26 + 28 + 29 +

JUMLAH

30

30

Berdasarkan jadual taburan kekerapan himpunan beberapa maklumat boleh diperolehi : i) Menentukan bilangan pelajar yang memperoleh markah sama@ Kurang dari markah tertentu. Contoh : Berapakah bilangan pelajar yang mendapat markah kurang daripada 70?. Sekiranya 60 markah untuk lulus, berapakah bilangan pelajar yang gagal dan sebagainya.

22

ii)

Membina graf yang dinamakan sebagai lengkung kekerapan himpunan / ogif bagi memudahkan tafsiran skor-skor mentah.

Pengumpulan skor mentah dalam jeda/ selang/ sela kelas.

Skor mentah yang tidak terkumpul adalah skor mentah yang dikumpul dan disusun dalam taburan kekerapan himpunan. Sekiranya skor tersebut hendak dikumpulkan dalam jadual dengan data terkumpul , skor-skor mentah itu hendaklah disusun dalam bentuk jeda kelas.

Julat Julat ialah beza atau jurang di antara nilai terbesar dengan nilai terkecil dalam sesuatu set skor. Julat juga memberikan gambaran penyebaran markah dalam sesuatu ujian.

Jeda Kelas Jeda kelas ialah skor-skor yang dikumpulkan mengikut lebar/ saiz jeda yang ditetapkan. Ia boleh ditetapkan dengan rumus julat ( Skor tertinggi skor terendah ) dibahagi bilangan kelas @ Saiz jeda kelas = skor tertinggi skor terendah Bilangan kelas Berdasarkan taburan skor di atas , Saiz jeda kelas = 90 46 = 8( no bulat terhampir) 6

23

Setelah diperolehi jeda kelas, skor mentah boleh dikumpul dalam jadual taburan kekerapan, kekerapan himpunan dan kekerapan himpunan peratusan adalah seperti berikut :

Skor x ( Jeda kelas)

Skor x Kekerapan ( sempadan (f) kelas)

Kekerapan Kekerapan himpunan ( himpunan kurang dari peratusan sempadan kelas atas) 4 10 16 26 29 30 13.33 33.33 53.33 86.67 96.67 100.00

45 - 52 53 - 60 61 - 68 69 - 76 77 - 84 85 - 92

44.5 - 52.5 52.5 - 60.5 60.5 - 68.5 68.5 - 76.5 76.5 - 84.5 85.5 - 92.5 JUMLAH

4 6 6 10 3 1 30

Taburan Kekerapan Himpunan Dengan Skor Terkumpul

Sempadan kelas merupakan skor-skor terkumpul yang mempunyai nilai had sebenar. Jika jeda kelas 45 52 sempadan kelas akan menjadi 44.5 52.5 = 8 29.5 dipanggil sempadan kelas bawah 40.5 dipanggil sempadan kelas atas

24

Kekerapan himpunan pertama - dikira berdasarkan sempadan kelas atas iaitu 52.5. ini bermakna, bilangan skor mentah yang sama dengan atau kurang dari 52.5 ialah 4 , iaitu bilangan skor mentah yang sama dengan atau kurang dari 60.5 ialah 10 dan sebagainya.

Kekerapan himpunan peratusan

dikira dengan menggunakan hasil bahagi

kekerapan himpunan dengan jumlah skor mentah didarab dengan 100 iaitu : Kekerapan himpunan x 100 Jumlah bil skor Kekerapan himpunan juga boleh dipindahkan kepada 1. Lengkung kekerapan himpunan ( ogif ) 2. Histogram.

Lengkung kekerapan himpunan ( ogif ) y Lengkung kekerapan himpunan dengan skor-skor terkumpul adalah sejenis graf yang dipindahkan daripada jadual taburan kekerapan himpunan atau kekerapan himpunan peratusan. y Lengkung ini digunakan untuk mengetahui bilangan pelajar yang memperolehi markat kurang daripada nilai tertentu ( dengan merujuk markah pada paksi ufuk dan memetakannya kepada paksi kekerapan ). y Lazimnya, graf ini dilukis dengan skor-skor smpadan kelas, diwakili pada paksi tegak di sebelah kiri, manakala kekerapan himpunan peratusan diwakili pada paksi tegak di sebelah kanan.

25

Contoh pemindahan jadual taburan kekerapan himpunan dan peratusan kepada lengkung kekerapan himpunan dan peratusan (Rajah di bawah) adalah di himpunkan seperti berikut :

Skor sempadan kelas

Kekerapan (f)

Kekerapan himpunan kurang Kekerapan daripada sempadan kelas atas himpunan peratusan ( cf %) 2 7 14 26 35 38 40 5 17.5 35 65 87.5 95 100

40.5 - 45.5 45.5 - 50.5 50.5 - 55.5 55.5 - 60.5 60.5 - 65.5 65.5 - 70.5 70.5 - 75.5 Jumlah

2 5 7 12 9 3 2 40

Jadual Taburan Kekerapan Himpunan dan Peratusan.

26

45 40 35 Kekerapan Himpunan 30 25 20 15 10 5 0 35.5 40.5 45.5 50.5 55.5 Skor (x) 60.5 65.5 70.5 75.7

Rajah 3 Lengkung Kekerapan Himpunan dan Peratusan dengan Skor-skor Terkumpul

Lengkung kekerapan himpunan dan peratusan ini adalah untuk ,mentafsir pencapaian calon dalam sesuatu ujian.

|Andaikan kita hendak mendapat skor kurang daripada 62.5, kita boleh rujuk skor 62.5 di paksi ufuk.

Rajah 3 dan memetakannya dengan garis titik secara tegak ke lengkung itu , kemudian secara ufuk ke paksi kekerapan himpunan.

Dengan membaca titik yang dipetakan pada paksi kekerapan himpunan itu, kita tahu bilangan calon mendapat markah kurang daripada skor 62.5 ialah 31 orang.

27

Untuk mengetahui berapa orang calon mendapat skor yang di kehendaki , jawapannya adalah dengan memetakan garis titik pada lengkung kekerapan himpunanseperti yanag dinyatakan di atas.

Lengkung kekerapan himpunan peratusan

pula adalah digunakan untuk

mendapat peratusan calon yang memperolehi sesuatu skor atau kurang daripadanya. y Sekiranya kita ingin mengetahui berapa peratus calon mendapat skor kurang daripada 50.5 , kita boleh rujuk skor 50.5 dipaksi ufuk dalam Rajah 3 , dan memetakannya secara tegak dengan garis titik ke lengkung itu, kemudian secara ufuk ke paksi kekerapan himpunan peratusan di sebelah kanan. Dengan membaca titik yang dipetakan pada kekerapan himpunan peratusan calon , kita dapat skor kurang daripada 50.5 ialah 17.5%

28

6.0 Histogram Histogram merupakan sejenis graf yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu taburan kekerapan dengan skor-skor terkumpul. Histogram ini dibentuk dengan jalurjalur serupa segiempat tepat yang disusun rapat-rapat secara menegak mulai daripada sempadan kelas terendah hingga sempadan kelas tertinggi. Lazimnya , skor sempadan kelas adalah diwakili pada paksi ufuk dan lebar tapak setiap jalur mewakili saiz sempadan kelas, manakala kekerapan atau bilangan calon daripada setiap skor sempadan kelas adalah diwakili pada paksi tegak. (i) Membina Jadual Kekerapan dengan Skor-skor Terkumpul
50.5 53.5 53.5 56.5 56.5 59.5 59.5 62.5 62.5 65.5 65.5 68.5

Skor sempadan kelas Kekerapan

10

Jadual Kekerapan dengan skor-skor terkumpul.


12 10 8 Kekerapan 6 4 2 0 0 50.5 53.5 56.5 Skor 59.5 62.5 65.5

Rajah 4 - Histogram

29

Histogram sangat berguna bagi mendapat maklumat-maklumat yang dikehendaki dengan cepat. Contohnya dengan merujuk kepada histogram dalam rajah 4, kita akan dapat mengetahui : 1. Skor bilangan calon yang paling ramai ialah 59.5 62.5 2. Bilangan calon dalam sempadan kelas yang paling banyak ialah 10 orang. 3. Jumlah calon yang mendapat skor 6.5 65.5 ialah 7 orang. 4. Pencapaian calon pada keseluruhan dikatakan baik kerana lebih banyak calon mendapat skor lebih daripada 60 .

30

Terdapat beberapa jenis pentaksiran yang digunakan bagi pentaksiran berasaskan sekolah. Antaranya adalah pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif, pentaksiran kebolehan, ujian kertas dan pensil, ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

31

Tindakan susulan dan prosedur menjalankannya dalam pengujian dan penilaian bahasa Melayu adalah seperti di bawah:

Antara tindakan susulan dan prosedur menjalankan pentaksiran dalam pengujian dan penilaian bahasa Melayu dalam bilik darjah , guru bahasa perlu mengetahui dan memahami klasifikasi dan jenis-jenis ujian , pengujian serta penilaian yang dijalankan. Prosedur pertama yang perlu diketahui adalah terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif/ ujian kemajuan dan ujian sumatif atau ujian pencapaian.

2.1.1 Pentaksiran Formatif Pentaksiran formatif adalah direka bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa yang diajar. Matlamat pengujian ini adalah untuk memberikan maklumbalas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Ujian ini juga merupakan usaha menentukan kemajuan pelajar dari semasa kesemasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian formatif dijalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan,kuiz dan kerja rumah. Dalam pengajaran bahasa Melayu Abdul Aziz Abdul Talib (1993) menyatakan ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji saesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran -kemahiran bahasa yang telah diajar. Skop pengajaran dan pembelajaran menerusi ujian agak terhad , berbentuk khusus dan terhad hanya kepada beberapa

unit.Lazimnya ujian tersebut berasaskan satu kemahiran bahasa yang telah diajar dalamj

32

angkamasa pendek seperti mingguan atau bulanan. Contohnya ujian mingguan atau bulanan yang terhad hanya bagi penulisan ringkasan daan pemahaman, aspek tertentu dalam tatabahasa , seperti penggunaan imbuhan awalan,tanda baca atau ujian perbendaharaan kata . Ujian jenis ini digunakan sepenuhnya dalam pengujiandan penilaian di peringkat sekolah iaitu PKBS atau ujian bulanan dan sebagainya.

Selain dari itu, hasil dari ujian formatif ini juga, kesilapan akan dapat diperbetulkan serta merta ,kesannya ujian tersebut boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil dan kertas. Hasil dari ujian ini juga guru akan dapatmembuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkankumpulan pelajar mengikut tahap , mmemberi pengayaan dan pemulihan. Oleh itu ,pentaksiran formatif adalah untuk membimbing dan memperbaiki pembelajaran yang termasuklah mengkaji kekuatan dan kelemahan, membimbing pembelajaran, penempatan dan pemilihan dan mengenalpasti potensi pelajar.

2.1.2 Pentaksiran Sumatif/ Ujian Pencapaian

Secara umumnya pentaksiran sumatif meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan sepanjang persekolahan , pertengahan tahun dan akhir tahun. Biasanya ujian yang dijalankan adalah secara bertulis , formal dan menggunakan pensil dan kertas. Hasil ujian tersebut akan digunakan untuk menentukan dan memberi gred seterusnya menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh digunakan untuk tujuan mengadaikan susulan,

33

pemulihan dan pengayaan. Seterusnya secara umumnya dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR,PMR, SPM dan STPM.

Abdul Aziz Abd. Talib (1996), menyatakan pengujian sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina guru untuk menguji pencapaian pelajar dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar. Ia dibina secara meluas dan melibatkan kesemua kemahiran bahasa yang meliputi semuaaspekseperti tatahabasa dan semantic.Bahandanalat ujian tersebut dibina oleh guru atau badan/ lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian pelajar dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang panjang seperti selepas satu penggal atau semester atau setahun atau selepas sesuatu tahap atau peringkat persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk ujian sumatif diasaskan dan dibina secara meluas dan melibatkan kesemua aspek kemahiran berbahasa. Melalui ujian ini juga akan dapat menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil akan diberikan.

2.1.3 Pentaksiran Kemajuan / Pencapaian

Pentaksiran ini digunakan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid dalam keadaan sebenar. Ujian ini juga digunakan untuk menentukan sejauhmanakah murid tahu dan berupaya melihat potensi diri, dikenali juga dengan nama pentaksiran auntentik contohnya pentaksiran pembangunan. Ujian ini mentaksir kemajuan berdasarkan sikap ,tingkah laku, personal dan pembangunan sosial dengan menggunakan skala Likert. Selain itu ujian ini juga menghendaki murid menjawab soalan,

34

menyelesaikan masalah, menulis atau menjalankan sesuatu aktiviti. Ujian yang dilakukan melalui pameran atau persembahan - ujian ini akan menggunakan dan memerlukan kompetensi murid tentang menunjukkan kebolehan visual persembahan dan kemahiran. Ujian yang dijalankan melalui penyediaan portfolio - ujian ini akan dapat menunjukkan pencapaian dan kebolehan berterusan berasaskan koleksi tugasan sebenar, hasilan lukisan, penulisan dan ujian. Ujian ini sesuai digunakan untuk PLBS bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 3 kerana melibatkan kebolehan visual persembahan. Portfolio biasa dilampirakan untuk bukti keupayaan dan kebolehan mereka dalam bertutur.

2.1.4 Pentaksiran Pensil dan Kertas

Pentaksiran ini melibatkan kemahiran bahasa sesuai untuk guru-guru bahasa menjalankan ujian terhadap murid bagi mengenalpasti kemahiran membaca dan memahami serta kemahiran menulis. Ujian ini lebih menggunakan kemahiran kognitif. Bentuk ujian yang boleh dijalankan ialah objektif dalambentuk jawapanpendek, melengkapkan atau aneka pilihan MCQ. Selain itu bolehjuga menggunakan ujian subjektif seperti fakta dan esei terarah.

2.1.5 Pentaksiran Kecergasan

Pentaksiran ini dugunakan sebagai ujian kebolehan dalam pendidikan jasmani. Ujian yang dijalankan adalah untuk mengukur kepantasan seperti larian 100 meter,

35

contoh yang lain seperti Malaysian Teacher Selection Test (MTest). Selain itu ujian ketahanan bagi mengukur tahap ketahanan dan kecergasan murid pendidikan jasmani.

2.1.6 Pentaksiran Pemerhatian

Pentaksiran ini adalah teknik alternatif yang digunakan sebagai penilaian formatif tingkah laku murid. Seterusnya juga digunakan untuk aktiviti pembelajaran , pentaksiran , persembahan dan aktiviti amali seperti pendidikan jasmani, bengkel amali kemahiran menulis karangan dan sebagainya. Antara kaedah yang digunakan adalah berstruktur (sistematik), tidak berstruktur (kritikal) dan pemerhatian separasyand biasanya menggunakan borang atau senarai semak.

5.0 Penilaian dan prosedur menjalankannya dalam pengujian dan penilaian bahasa Melayu.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996) penilaian adalah merujuk kepada proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorakakualitatiftentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah market pencapaian hasil daripada pengukuran kuantatif yang telah

36

dilakukan. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, tindakan sewajarnya diambil seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih berkesan.

Menurut Mok Soon Sang (1990) dan Raminah Hj.Sabran (1991) mendefinisi penilaian sebagai proses menentukan pencapaian pelajar dibandingkan dengan pelajar lain yang sekumpulan dengannya. Abdullah Hassan (1989) menyatakan penilaian merujuk kepada satu proses sistematik bagi meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan memeriksa dan menilai untuk melihat sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan tercapai atau tidak. Rumusannya, penilaian merupakandatu proses mentafsirdan memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang dilakukan secara kuantitatif.

Bagaimanakah pengujian dan penilaian dilakukan di Malaysia .? Penilaian dalam pendidikan merupakan manifestasi pihak kementerian untuk melihat pelajar daripada keseluruhan aspek kehidupan sama ada aspek intelek, jasmani , rohani dan emosi. Menurut Asmah Hj. Omar (1989) , sejarah perlaksanaan pengujian dan penilaian mata pelajaran Bahasa Melayu bermula pada tahun 1957 apabila Sijil Pelajaran Malaysia Bahasa Kebangsaan diwajibkaan. Sebelum peperiksaan ini dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pengendaliannya pada peringkat awal dilakukan oleh University of Cambridge Local Examination Syndicate. Di Malaysia terdapat dua peringkat utama penilaian yang diamalkan iaitu sistem penilaian dalaman dan penilaian luar.

37

3.1 Penilaian Dalaman

Sistem penilaian dalaman ialah penilaian di dalam bilik darjah atau penilaian yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah itu sendiri. Sistem penilaian dalaman dikenali sebagai Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah ( PKBS ) bagi sekolah rendah dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) untuk sekolah menengah. Kedua-dua penilaian ini lebih berbentuk formatif yang dilakukan secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun fokus utama dalam tugasan iniialah kepada Penilaian Kendalian Sekolah Menengah ( PKSM ) untuk matapelajaran bahasa Melayu.

3.2 Penilaian Kendalian Sekolah Menengah ( PKSM )

PKSM dirancang dan dikendalikan oleh guru diperingkat sekolah bagi semua mata pelajaran. PKSM juga merupakan sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian ini merupakan satu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan,kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat KBSM serta berlandaskan FPN ( PPK, 1996 ). Hasil penilaian ini akan digunakan untuk tindakan susulan bagi memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran pelajar. PKSM mengutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat secara formatif.

38

Antara aspek yang dinilai dalam PKSM ialah pengetahuan isi pelajaran, kemahiran berfikir, kemahiran berbahasa, kemahiran mengira, kemahiran amali, kemahiran manipulatif, daya kreativiti para pelajar, kemahiran proses sains, amalan nilai murni, sikap, kesihatan dan kecerdasan, kemahiran kinestatik, bakat dan minat.

Dalam pengajaran bahasa Melayu, kaedah yang sesuai digunakan ialah melalui pemerhatian, lisan dan penulisan tetapi bergantung kepada hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Oleh hal yang demikian, dalammata pelajaran bahasa aspek yang dinilai meliputi aspek pengetahuan , kemahiran berfikir, kemahiran berbahasa,kemahiran bersosial dan daya kreatif. Kaedah yang sesuai digunakan ialah lisan dan penulisan.

Kaedah lisan digunakan untuk mengesan penguasaan pengetahuan, pemahaman, kemahiran, perlakauan, amalan dan sikap pelajar secara serta merta. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti seperti bacaan kuat, syarahan, perbahasan, bercerita, perbincangan, kuiz dan nyanyian. Selain itu kaedah penulisan pula digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek pelajar yang meliputi kemahiran seperti kemahiran menulis, menyusun idea, penggunaan tanda baca dan perbendaharaan kata.

3.3 Penilaian Luar/ Berpusat

Sistem penilaian luar merupakan penilaian yang dikendalikan oleh sesuatu badan di luar sekolah yang lebih dikenali oleh sebuah badan rasmi atau badan berkanun. Di negara ini penilaian berpusat dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysiadan

39

Majlis Peperiksaan Malaysia. Pemilihan berpusat bertujuan untuk pemilihan atau persijilan. Sijil yang diberi mendapat pengiktirafan yang meluas , mempunyai ciri-ciri kesetaraan dan kenormaan yang tinggi. Selain itu proses pembinaannya lebih sah dan boleh dipercayai kerana dikenakan beberapa proses kajian pengukuran sebagai langkah mempertingkatkan mutu instrument yang digunakan dalam penilaian itu.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM) , pelajar akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persaekolahan Malaysia ( STPM). Peperiksaan PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, manakala STPM pula dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Penilaian berpusat merupakan penilaian sumatif, iaitu skop penilaiannya meliputi sebahagian besar perkara yang terkandung dalam sesuatu sukatan pelajaran. Selain itu terdapat juga penilaian luar yang khusus seperti Peperiksaan Bahasa Melayu Julai , bagi pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM.

6.0 Tindakan Susulan dan Prosedur Menjalankannya Dalam Pengujian.

4.1 Pengujian Pengujian boleh dikategorikan berdasarkan kaedah pengujian tersebut dijalankan iaitu sama ada secara spontan atau terkawal. Berdasarkan situasi tersebut, terdapat dua

40

cara guru boleh menjalankan pengujian bahasa dalam bilik darjah iaitu menggunakan kaedah formal dan kaedah tidak formal. Perbezaan antara kedua-duanya ini bergantung pada keadaan dan cara pengujian itu ditadbirkan.

4.1.1 Kaedah Formal Pengujian secara formal adalah pengujian yang dijalankan secara rasmi. Ia ditadbirkan dalam tempoh masa yang terhad, ditempat tertentu dan mengikut peraturan tertentu. Di peringkat sekolah menengah , pengujian secara formal adalah seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pengujian formal ini boleh juga merupakan latihan atau pengujian bertulis dalam aktiviti pengajaran.

Penilaian yang terbaik adalah secara formal kerana ia boleh menggambarkan prestasi pelajar secara menyeluruh dan secara teratur. Pengujian formal biasanya ditadbirkan dalam sesuatu keadaan yanag rasmi, dalam tempoh masa yang khas dan ditempat yang telah ditentukan ( Abdul Aziz Abdul Talib 1993 ). Jenis pengujian seperti ini digunakaan dalam ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, Pepriksaan Penilaian Menengah Rendah dan sebagainya.

Selain dari itu, pengujian secara formal dijalankan dalam suasana tenang dan senyap dengan diawasi ketat oleh guru-guru di sekolah atau luar dari sekolah tersebut. Di peringkat sekolah terdapat beberapa pengujian bahasa yang biasanya dijalankan secara formal seperti ujiaan bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun. Ujian-ujian bahasa yang penting seperti dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)juga

41

merupakan contoh pengujian yang ditadbirkan secara formal. Dalam pengujian ini proses penilaian tidak dibuat diperingkat sekolah tetapi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

4.2 Kaedah Tidak Formal

Kaedah pengujian tidak formal berlaku semasa situasi guru bersoal jawab dalam pengajaran atau di tengah-tengah pengajaran iaitu melalui penglibatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sering dilaksanakan di dalam bilik darjah sama ada sebelum, semasa atau selepas pengajaran dan pembelajaran.

Antara tujuan kaedah ini dilaksanakan adalah untuk mendapat maklum balas secara spontan sesuatu kemahiran bahasa yang diajar kepada pelajar. Pengujian ini tidak terhad pada situasi dan masa tertentu. Kaedah ini dilakukan oleh guru terhadap secara lisan dan spontan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentang sesuatu kemahiran atau aspek Bahasa Melayu di bilik darjah. Contohnya , ujian lisan PLBS, ujian bacaan dan kefahaman, perbendaharaan kata , tatabahasa dan lain-lain yang dilakukan secara tulisan atau lisan dalam bilik darjah.

Selain itu guru menyoal pelajar sambil mengajar juga merupakan satu pengujian tidak formal.Aktiviti sepertiini memainkan peranan penting dalam mengembangkan daya intelek, rohani dan emosi serta menggalakkan daya pemikiran kreatif, inovatif, logik dan kritis. Suasan yang terlibat dalam pengujian jenis ini lebih menjurus pada penilaian mudah untuk menguji kelemahan dan kekuatan pelajar dalam kumpulannya.

42

Ujian lisan atau dikenali sebagai Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah PLBS, dapat menilai pelajar secara spontan dan efektif. Melalui ujian yang dilaksanakaan semasa pengajaran dan pembelajaran, murid akan melakukan beberapa aktiviti yang dipilih seperti berlakon, membaca pantun , mendeklamasi sajak dan sebagainya. Seterusnya murid- murid akan menjawab soalan yang diberi dengan jawapan yang sesuai menggunakan tatabahasa yang betul , perbendahaaraan katadan binaan ayat yang gramatis merupakan cara spontan melihat kebolehan pelajar.

7.0 PENILAIAN Terdapat dua cara guru menilai atau mentaksir pencapaian pelajar. Cara yang pertama disebut penilaian rujukan norma dan cara kedua disebut penilaian rujukan kriteria seperti dinyatakan Grolund (1977) The terms norm reference and criterion referonlyon the method of interprinting test result. Thus,both types of interpritrtion could be applied into the same test.

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada GURU mengajarmurid belajar.

43

Seseorang guru biasanya merangka

kursus

yang hendak diajar sebelum

merancang strategi dan kaedah pengajaran kursus berkenaan. Guru juga akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif kursus yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya kertas jawapan pelajar perlu diperiksa , diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran

guru/pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian ,ciri-ciri utama soalan ujian,matlamat mereka bentuk soalan formatif , sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajarannya bermutu dan adil.

Menurut Stufflebeam (1971)penilaian adalah proses mengenal pasti , memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa ayang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Menurut Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) Kunbiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaianmerupakansuatu proses membuatkeputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian,pemerolehandan pentafsiranmaklumaat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihaan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

44

Kesimpulannya definisi penilaian membawa maksud obejktif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian obejktif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar denganmenggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Tanpa bukti empirikal , pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

5.1. Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi .Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian.Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat

45

keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat guru mengukur pencapaian pelajar, semakin tepatpenilaian guru terhadap keberkesanan pengajarannya.

Tugas utama guru bukan sekadar mengajar dan menguji pelbagaia kemahiran bahasa seperti membaaaca,menulis berkomunikasi dan sebagainya. Lebih dari itu , guru turut bertanggungjawab menghasilkan insan yang seimbang dan sempurna dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Hal ayang demikian juga berkait rapat dengan cara sseseorang itu dinilai dan diuji. Secaara umumnya penilaian akan lebih berkesan sekiranya persoalan-persoalan seperti mengapa perlu dinilai ? Apa yang perlu dinilai ? Bagaimana hendak menilai dan bagaimana hendak mentafsir?

Gronlund (1977) menyatakan kunci keberkesanan pengujian adalah perancangan yang teliti. Perancangan yang telitiakan memastikan pengujian yang dijalankan benarbenar penguji apa yang telah dipelajari atau benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ini bermakna ujian bahasa yang baik tidak boleh dibuat tanpa perancangan yang teliti .Sebelum menjalankan sesuatu ujian , persoalan-persoalan di bawah perlu diambil kira. Antaraanya apakah kemahiran bahasa yang hendak diuji? Siapakah pelajar yang hendak diuji? Bilakah masa hendak menguji kemahiran tersebut? Bagaimanakah cara sesuai memberi markah bagi pencapaian pelajar dalam ujian tersebut.

Penilaian juga hendaklah melalui proses uji , pengujian, pengukuran dan penilaian bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini tiga proses saling berkaitan iaitu :

46

y y

Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran. Melaksanakan pengajaran dan mengambil tindakan yang sesuai bagi

menghasilkan perubahan perlakuan yang diharapkan daripada pelajar . y Menilai dan menguji sama ada pelajar telah menguasai perubahan perlakuan yang dijangkakan seperti yang tersurat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

8.0 PENGERTIAN PENGUJIAN

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentnag penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Ujian

47

adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Ujian mengandungi satu set tugasan yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

6.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penilaian di bilik darjah dan makmal boleh membantu para pendidik menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran para pelajar . Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.

48

Pengujian adalah satu cara sistematik bagi mengukur perubahan sikap individu. Sesuatu ujian adalah untuk mengukur sikap dan tingkah laku murid terhadap aktiviti yang dipercayai adalah instrumen pengukuran bagi memperolehi maklumat mengenai pencapaian murid dalam psikomotor dan efektif. Selain dari itu tujuan pengujian adalah untuk menentukan perubahan tingkah laku murid. Pengujian juga untuk menentukan pencapaian murid dalam pembelajaran tertentu. Berdasarkan pengujian juga dapat menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian. Hal ini dapat memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran serta melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat.

Rudner (1996) telah mengkategorikan tujuan pengujian ini mengikut jangka masa sesuatu pengujian itu dijalankan iaitu jangka panjang atau jangka pendek. Tujuan pengujian jangka panjang adalah untuk menilai sesuatu yang kekal iaitu melibatkan perubahan tingkah laku. Pengujian jangka pendek pula merupakan satu kaedah untuk menganggar kesilapan atau kelemahan pelajar dalam pengajaran dalam tempoh terdekat. Pengujian jenis ini dapat dilaksanakan melalui teknik latihan seperti latih tubi dan uji kembali.

Saintis Golton pula menyatakan penilaian dalam pendidikan bertujuan melaksanakan proses integrasi dan diferentatif. Pengukuran integrasi merupakan penilaian yang digunakan dalam pembentukan kurikulum, sikap, kebolehan dan nilai,supaya manusia itu berada padasuatu ketentuan yang sempurna. Pengukuran

49

diferentatif pula bertujuan membahagikan manusia kepada profesion, kelas dan kemahiran tertentu.

Tujuan sesuatu penilaian boleh dispesifikasi berdasarkan kepentingan pengujian dan penilaiaan. Hal ini juga bergantung kepada masa sesuatu pengujian dan penilaian itu dijalankan. Sesetengah guru menggunakan ujian sebelum mengajar , semasa mengajar dan juga pada akhir sesuatu sesi pengajaran. Hal yang demikian pengujian dan penilaian bahasa diadakan antara lain bertujuan.

1. Kaunseling dan Bimbingan Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju Berasaskan keputusan ujian, para pensyarah dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Selain dari itu ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak dan punca motivasi untuk pembelajaran pelajar. Dengan mengadakan ujian, pelajar berkecenderungan untuk memberi perhatian kepada pelajaran yang disampaikan. Mereka akan lebih tekun membuat persediaan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang diduduki. Dari kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ujian berjaya mewujudkan ketekunan dalam pembelajaran dalam kalangan pelajar. Sekiranya sesuatu mata pelajaran atau kursus dijalankan tanpa ujian atau peperiksaan , ia kurang mendapat perhatian dan pembelajaran tidak mencapai tahap yang diharapkan. Contohnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau Muzik bagi pelajar sekolah menengah rendah.

50

2. Pengredan mengklasifikasi pelbagai jurusan. Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian murid kepadakategori lulus atau gagal , lemah , sederhana atau cemerlang atau gred A, B, C, D atau E. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang parestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.

Hasil ujian digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memilih calon-calon memasuki pusat-pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah berasrama penuh. Pemilihan dibuat berdasarkan prestasi pelajar dalam ujian seperti Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Walaupun penilaian yang dibuat berbeza mengikut jurusan namun penilaian kemahiran dalam Bahasa Melayu sama dan wajib dipelajari oleh semua.

Melalui penggredan, guru-guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan , nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi merangsang kemajuan dan pembangunan pelajar. 3. Diagnosis Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mengdiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran.Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Seakiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk

51

meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan , guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai , diperbaiki dan dipertingkatkan.

Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauh mana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan , kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategidan gaya pembelajaran pelajar boleh diubah suai, diperbaiki dan dipertingkatkan. Ujian diagnostik berperanan mengesan kelemahan-kelemahan aspek kemahiran bahasa yang dihadapi pelajar dalam bilik darjah. Setelah diberi ujian diagnostik, guru menggunakan maklumat pengujian tersebut untuk membuat perancangan aktiviti-aktiviti dan bahanbahan pengajaran pemulihan.

Koh Boh Boon (1990) mencadangkan agar guru bahasa membina satu ujian untuk mengenal pasti jenis-jenis kesalahan dalam penggunaan imbuhan bahasa Melayu seperti me, ber, ke atau di, yang biasanya digunakan untuk membina kata terbitan. Berdasarkan analisis atau kadar kekerapan kesalahan bagi setiap item, guru boleh menentukan apakah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah pelajar dalam penggunaan Bahasa Melayu. 4. Mengawasi Mutu Pelajaran Penilaian sangat penting kerana pencapaian yang baik akan menentukan mutu pelajaran tersebut. Dalam usaha Kementerian Pelajaran memartabatkan bahasa Melayu keperingkat yang lebih tinggi, masyarakat diseru mempelajari kemahiran-kemahiran

52

dalam bahasa tersebut. Bagi memastikan mutu pelajaran tersebut tetap berada di peringkat tinggi, maka guru-guru penilai dari sekolah luar yang pakar dan berkelayakan membuat penilaian agar keberkesanan dan kesahihannya teruji.

5. Menaksir Pencapaian Guru biasanya menentukan apakah tahap pencapaian boleh diterima sebagai penguasaan yang memadai. Misalnya guru boleh mensyaratkan pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jawapannya betul baharu boleh dianggap sudah menguasai topik-topik tatabahasa berkenaan. Dalam sebuah kelas yang terdiri daripada 40 orang pelajar , mungkin kebanyakan mencapai kriteria yang disyaratkan dan segelintir sahaja yang gagal mencapainya.

6. Menyusun pelbagai aktiviti susulan. Setiap individu pelajar merupakan insan yang unik dan mempunyai pelbagai kecerdasan antara satu individu dengan satu individu yang lain. Kebolehan yang berbeza ini perlu diperhatikan apabila seseorang guru itu mahu memulakan pengajarannya. Misalnya kelas lemah, tidak mungkin dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dalam kelas. Mereka lebih cenderung ke arah hiburan. Maklumat penilaian dan kebolehan pelajar akan membantu guru untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran. 7. Mengingat pengalaman lampau Pengalaman lampau dapat memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran pelajar. Guru boleh menguji para pelajar tentang perkara-perkara yang dipelajari sebagai cara untuk menyediakan mereka untuk menerima pelajaran baru. Pelajar boleh dibimbing

53

untuk mengaitkan pembelajaran yang lampau dan pelajaran yang akan datang. Selain itu, hasil ujian yang dijalankan juga memudahkan guru untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Ternyata ulang kaji dan latihan tambahan yang diberi selepas mempelajari sesuatu topik pelajaran menghasilkan apa yang disebut pembelajaran lampau. Psikologis Hopkins dan Stanley (1981) menyatakan bahawa pembelajaran lampau adalah faktor penting pelajarmempunyai ingatan jangka panjang.

8. Tujuan penyelidikan. Dalam sesuatu penyelidikan, maklumat diperlukan daripada pelbagai sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan pendidikan, maklumat-maklumat biasanya dipungut melalui ujian yang diberi kepada sampelnya. Berjaya atau tidaknya penyelidikan itu bergantung antara lain kepada sampelnya. Maklumat-maklumat bukan sahaja diperolehi melalui ujian, malahan juga diperolehi daripada pemerhatian penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai jenis ujian seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya, ujian perlakuan sentiasa digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian mereka.

9. Melaporkan kemajuan kepada ibu bapa Pada masa kini ibu bapa kerap datang ke sekolah bertanya tentang masalah pembelajaran anak mereka. Berbincang dengan guru bagaimana penglibatan mereka dapat membantu mempertingkatkan prestasi pelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa perlu

54

mendapatkan maklumat yang lebih tentang kelebihan dan kelemahan berbahasa anakanak mereka di sekolah.

Berdasarkan maklumat dan pengetahuan tersebut, ibu bapa tidak akan menyalahkan pihak sekolah sekiranya anak mereka gagal dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Menyedari hakikat ini, ibu bapa perlu mencari alternatif lain seperti menghantarnya ke kelas tambahan serta menyemak kerja rumah untuk memastikan kemajuan anak-anak mereka. Ini membantu meringankan beban tugas guru di sekolah.

7.0 PROSEDUR PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN UJIAN

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan dalam lima peringkat berikut:

55

1. Peringkat persediaan ujian 2. Peringkat pentadbiran ujian 3. Peringkat pemeriksaan dan pengukuhan 4. Peringkat analisis 5. Peringkat interprestasi dan tindakan.

7.1 Peringkat Persediaan Ujian 7.1.1 Perancangan ujian Perancangan ujian adalah salah satu bahagian yang utama dalam proses penilaian yang merangkumi langkah-langkah perancangan, pentadbiran, pemeriksaan,

penganalisisan dan laporan seperti berikut : y y y y y Menentu tujuan ujian Menentu isikandungan ujian Membentuk jadual penentu ujian Menulis item soalan Menyemak item soalan

a. Menentukan tujuan ujian Dalam proses merancang ujian ,langkah pertama ialah menentukan tujuan ujian. Dengan adanya tujuan ujian yangtelah dikenal pasti , proses merancang ujian yang berikut akan dapat dipermudahkan. * Misalnya , jika tujuan ujian ialah mengesan punca kelemahan pelajar menguasai kemahiran tatabahasa , ujian diagnostik hendaklah dirancangkan.

56

Sebaliknya , jika tujuan ujian ialah menentukan kedudukan pencapaian pelajar dalam sessuatu kelas ,maka ujian sumatif hendaklah digunakan. Berdasarkan tujuan ujiandi kenal pasti , guru juga harus menentukan bentuk ujian , seperti subjektif atau ujian objektif yang sesuaia ditadbirkan.

b. Menentukan Isi kandungan ujian Berdasarkan tujuan ujian, guru boleh memilih isikandungan yang hendak diuji. Biasanya isi kandungan merangkumi kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik yang telah dipelajari oleh pelajar-pelajarnya. Kemahiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan ujian hendaklah berdasarkan sukatan pelajarannya. Selain itu, aras kemahiran hendaklah ditentukan untuk setiap item atau soalan ujian. Guru hendaklah menguji murid dengan soalan-soalan mengikut enam aras kemahiran Taksonomi Bloom , iaitu : peringkat-peringkat pengetahuan, kefahaman aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

c. Membentuk jadual penentuan ujian Apabila topik-topik dan aras kemahirannya telah ditentukan, guru boleh menyediakan satu Jadual Penentuan Ujian untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topik-topik serta aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid keseluruhannya. Bentuk jadual penentuan ujian mengandungi dua perkara penting, iaitu topik-topik ( dalampaksi mecancang ) dan aras kemahiran disusun

( disusun dalam paksi mengufuk ).

Bilangan item/ soalan dinyatakan dalam petak-petak JPU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.

57

Bagi ujian subjektif , bentuk JPU seperti dalam jadual di bawah adalah sesuai digunakan . Dengan adanya JPU , kita dapat memastikan item/ soalan yang dibina akan mempunyai ciri-ciri ujian yang baik seperti ciri keesahan dan ketidakbolehpercayaan. Ia juga dapat memastikan kemahiran-kemahiran akan dapat diuji secara keseluruhan serta pemberatannya mengikut aras kemahiran dapat dibahagikan secara berpatutuan.

Analisis Isi Kandungan Pengetahuan Kefahaman Penggunaan Sintesis Penilaian

(1) Imbuhan

..memilih kata - Buat kata berimbuhan daripada ayat dengan

ayat

menggunakan kata-kata berimbuhan.

25%

( 10 )

50%

(5)

50%

(5) ..menggunakan

Penilaian Membetulkan

(2) Kata Ganti

kata ganti yang kata ganati yang sesuai dalam salah ayat-ayat dalam

pelbagai ayat.

20%

(8)

50% (4)

5 0% ( 4)

58

(3) Kata Sendi

..memilih katakata sendi

daripada ayat.

25%

( 10 )

50% ( 5)

50% ( 5)

( Penilaian ) Memperbetulkan penjodoh bilangan salah ayat-ayat. yang dalam

..memilih kata- ..mengaitkan (4) Penjodoh Bilangan kata penjodoh penjodoh bilangan daripada ayat bilangan daripada ayat

30%

( 12)

25%

(3)

50 %

(6)

25 %

(3)

Jadual 1: Jadual Penentuan Ujian ( Untuk Ujian Bahasa Melayu ) d. Menulis Item / Soalan

Berpandukan JPU yang telah dibentuk, guru boleh mula menggubal item/ soalan untuk ujian yang biasanya disediakan dalam bentuk ujian subjektif atau ujian objektif.

Pemilihan ujian subjektif atau ujian objektif sebagai bentuk ujian bergantung kepada tujuan ujian itu.

59

Pada amnya, jika tujuan ujiana adalah untuk penilaian sumatif,ujian objektif biasanya digunakan ,kerana ujian jenis ini dapat menguji banyak topik dalam tempoh masa yang singkat.

Sekiranya tujuan ujian ialah menguji kebolehan calon menyelesaikan masalah dengan langkah-langkah penyelesaian secara bersistematik atau menguji kemahiran menulis, maka ujian subjektif adalah wajar digunakan.

e. Menulis Item/ Soalan

Setelah item/ soalan selesai digubal, guru hendaklah menyemak item / soalan tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan.

Guru bolehlah menyemak item/soalan dari segi bentuk, isi dan bahasa yang digunakan untuk menggubal soalan.

Di samping itu , guru hendaklah memastikan bahawaarahan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami, masa peruntukan adalah berpatutan dengan bilangan soalan item/soalan adalah disusun daripada yang mudah kepada yang sukar.

7.1.2 Pembinaan Item Ujian Objektif

60

a. Ujian objektif biasanya dibina dalam dua jenis kumpulan , iaitu (i) jenis bekalan (ii) jenis pilihan

Ujian jenis bekalan terdiri daripada item betul/ salah , item padanan, item pengelasan

Contoh : 1. Soalan A-E disenaraikan dengan benda -benda dan 1-5 disenaraikan dengan penjodoh bilangannya. Padankan benda-benda dengan penjodoh bilangannya dengan menulis jawapan di atas petak yang disediakan.

Benda-benda A. Surat B. Payung C. Selipar D. Pisau E. Kertas

Penjodoh bilangan 1. bilah 2. pucuk 3. keping 4. pasang 5. kaki

Jawapan

Ujian Aneka Pilihan

Contoh item aneka pilihan berbentuk soalan, item aneka pilihan berbentuk ayat tidak lengkap dan itempilihan berbentuk cantuman. Contoh item aneka pilihan :

Yang manakah antara pernyataan berikut adalah SALAH ? A. Semua benda hidup bergerak.

61

B. Semua benda hidup boleh berkumuh. C. Semua benda hidup boleh bernafas. D. Semua benda hidup boleh berenang.

7.1.3 Pembinaan Item Ujian Subjektif

Ujian subjektif adalah ditakrifkan sebagai ujian berbentuk esei dimana calon berpeluang memberi gerak balas dalam tulisan dengan perkataan-perkataan sendiri.

Soalan ujian subjektif boleh dibina berbentuk satu ayat aatau beberapa ayat disudahi dengan ayat soalan atau arahan.

Kertas jawapan calon biasanya diperiksa secara holistik atau analitik mengikut kriteria yang ditetapkan.

Jenis-jenis soalan subjektif - Terdapat dua jenis soalan subjektif , iaitu (a) Soalan Jenis Gerak Balas Terhad (b) Soalan Jenis Gerak Balas Lanjutan.

*Soalan Jenis Gerak Balas Terhad y Soalan jenis gerak balas terhad adalah soalan yang menentukan bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon. y Di bawah soalan gerak balas terhad pula terdapat soalan jenis berstruktur dan soalan jenis berpandu.

62

Contoh Soalan Jenis Berpandu Bentuk soalan jenis berpandu lazimnya mengandungi rangsangan atau stimuli sepeerti gambar, peta, cartadan lain-lain. Contoh : Setiap pelajar adalah diwajibkan menyertai aaktiviti kokurikulum di sekolah. Pilih satu daripada aktiviti kokurikulum yang anda sertai dan menulis sebuah karangan dengan menggunakan isi-isi penting berikut : (a) Nama jenis aktiviti kokurikulum. (b) Tujuan (c) Faedah-faedah (d) Aktiviti-aktiviti y Soalan Jenis Gerak Balas Lanjutan.

Soalan jenis gerak balaslanjutan melibatkan soalan jenis perbicaraan. Contoh : (a) Huraikan kelebihan dan kelemahan ujian objektif. (b) Bezakan konsep Penilaian Formatif dengan Penilaian Sumatif.

7.1.4 Perbandingan diantara Ujian Objektif dengan Ujian Subjektif.

63

Perkara Erti

Ujian Objektif Terdiri daripada item yang semuanya memerlukan calonmemberi jawapan

Ujian Subjektif Terdiri daripada soalan yang memerlukan calon memberikan jawapan berbentuk ayat atau esei.

ringkas atau memilih gerak balas yang diberikan. Tujuan Menguji kefahamandan kebolehan calon tentang aspek-aspek pelajaran formal.

Menguji

kemahiran

calon

dengan

menggunakan bahasa untuk menyusun idea dan fakta

Ciri

Mempunyai

ciri

keesahan,

ciri

Mempunyai cirri kemudahtadbiran yang tinggi.

kebolehpercayaan dan ciri keobjektifan yang tinggi. Kegunaan Kesesuaian Bentuk Untuk penilaian sumatif Untuk bilangan calon yang ramai Item berbentuk soalan, lengkapan betul/ salah, padanan, pengelasan dan aneka pilihan. Skop Boleh menguji banyak topik secara meluas

Untuk penilaian formatif Untuk bilangan calon yang kecil Soalan berbentuk

soalan,lengkapan,berstruktur berpandu dan pernyataan. Boleh menguji topic secara terhad

Permarkahan

Setiap item diberikan markah yanag sama

Setiap bahagian jawapan diberikan markah mengikut keberaatan

Pemeriksaan

Mudah diperiksa

Sukar diperiksa

Pembinaan

Sukar dibina

Mudah dibina

64

7.1.5 Pembentukan Kertas Soalan dan Kertas Jawapan Dalam bahagian atas kertas soalan, tuliskan nama ujian, arahan, tarikh, markah dan masa ujian. Pilih item daripada bank item dengan merujuk kepada JPU yang ditentukan terlebih dahulu. Bilangan item/ soalan hendaklah berpatutan dan sesuai dengan masa ujian. Item hendaklah disusun daripada mudah kepada yang susah. Tentukan markah yang diberikan untuk setiap soalan. Bagi ujian subjektif, markah untuk setiap soalan hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam kurungan di sebelah soalan itu.

Di samping itu , peraturan memberi markah hendaklah disediakan bagi setiap langkah utama sebagai panduan memeriksa. Item soalan hendaklah ditaipdengan dua atau tiga jarak menaip supaya dapat dibaca dengan mudah. Setiap gambar rajah hendaklah dilukis mengikut skala yang berpatutan dan petunjuk hendaklah dinyatakan jelas demi mengelakkan kekeliruan. Semak semula setiap item untuk memastikan bahawa soalan itu bebas daripada sebarang kesalahan dari segi bahasa ,isi dan strukturnya. Guru juga boleh membuat senarai semak untuk menyemak semula soalan yang telah digubal.

7.1.6 Langkah-langkah Pentadbiran Ujian Pentadbiran ujian ialah bahagian yang terakhir dalam proses pengujian . Langkahlangkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama , iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian. y Peringkat persediaan merupakan peringkat sebelum dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding ,pelan kedudukan calon,gunting ,

65

benang dan alat-alat ujian yang lain hendaklah juga disediakan sebelum ujian bermula. y Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh pengawaspengawas. Arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Caloncalon hendaklah dijaga dengan rapi supaya kes kecurangan tidak akan berlaku, disamping menyemak identiti calon serta angka giliran mereka. Ketua pengawas hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.

Peringkat penyelarasan

Dalam proses pentadbiran ujian meliputi kerja

mengutip skrip-skrip jawapan calon mengikut angka giliran dan kertas-kertas bertulis yang tidak lagi digunakan oleh calon masing-masing. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Kerja dalam peringkat penyelarasan ini akan berakhir apabila kertas-kertas jawapan calon telah dibalut dan selamat diserahkan kepada pemeriksa yang berkenaan.

8. Aspek Pengujian dan Penilaian Bahasa Melayu Pengujian dan penilaian dalam Bahasa Melayu perlulah merangkumi beberapa aspek yang digariskan di bawah :

66

Selepas menjalankan penilaian sama ada PKBS, PKSM, UPSR, PMR, SPM atau STPM segala maklumat akan diperolehi. Hal ini merupakan refleksi atau maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau sesuatu program pendidikan sama ada yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

Pengujian dan penilaian dalam Bahasa Melayu hendaklah memberi tumpuan kepada penguasaan dan pengetahuan, kemahiran dan perkembangan sahsiah

pelajar. Ini bermakna pelbagai kaedah,teknik dan alat pengukuran perlu digunakan dalam pengujian dan penilaian bahasa. y Penilaian perlu disepadukan dengan aktiviti aspek kemahiran berbahasa kerana hal ini adalah sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu , terdapat empat aspek utama yang diberi penekanan dalam pengujian dan penilaian Bahasa Melayu antaranya adalah : a. Komunikasi / Lisan b. Bacaan dan Kefahaman c. Penulisan d. Pengetahuan Tatabahasa

9.0 Analisis Pencapaian

67

Prosedur seterusnya dalam menjalankan pengujian dan penilaian Bahasa Melayu adalah menganalisis pencapaian ujian yang boleh diklasifikasikan kepada dua kategori yang utama, iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

9.1 Ujian Rujukan Norma Ujian jenis ini dirangka dengan tujuan untuk membandingkan prestasi seorang individu dengan individu-individu yang lain, atau membandingkan prestasi sesuatu kumpulan dengan kumpulan-kumpulan yang lain dengan menggunakan keputusan-keputusan ujian yang sama. Melalui ujian rujukan norma , soalan-soalan lazimnya digubal berlandaskan kepada sukatan pelajaran dalam sesuatuperingkat tertentu. Kesukaran soalan-soalan ujian ini lazimnya ditaburkan dari mudah kepada susah, iaitu 25% mudah, 50% sederhana dan 25% susah. Satu graf normal biasanya dapat dihasilkan daripada skor-skor yang diperolehi , khasnya dengan bilangan calon yang ramai. Taburan skor ujian rujukan norma ini membolehkan pemeriksa mempertimbangkan markah-markah cemerlang, kepujian,lulus dan gagal. Perbandingan prestasi sedemikian merupakan relative, dan oleh sebab itu , ujian rujukan normakadangkala disebut sebagai ujian pencapaian relatif.

9.2 Ujian Rujukan Kriteria Ujian rujukan kriteria dirangka bertujuan untuk menentukan taraf pencapaian seseorang individu yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran. Contohnya, sebagai peringkat pencapaian minimum : murid hendaklah menjawab sekurangkurangnya 4 daripada 5 soalan dengan tepat. Di bawah kriteria ini, sekiranya seorang

68

murid hanya dapat menjawab 3 soalan dengan tepat , ini bermakna murid tersebut telah gagal menguasai kemahiran mengikut objektif pelajaran yang ditetapkan. Oleh kerana soalan-soalan ujian ini digubal berdasarkan objektif pelajaran, ujian rujukan kriteria pula dikenali sebagai ujian rujukan objektif. Maklumat yang diperolehi daripadakeputusan ujian jenis ini akan membolehkan guru merancang semula strategi yang sesuai untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh kerana ujian ini digunakan untuk mengesan prestasi murid secara individu sahaja, ia sesuai diuruskan dengan bilangan calon yang tidak ramai.

Sebagai contoh dalam pengujian dan penilaian Bahasa Melayu, setelah menjalankan pelbagai prosedur antara langkah yang boleh diambil sebelum membuat refleksi atau pelaporan ialah memastikan pentaksiran dibuat dengan teliti. Sebagai contoh membuat Analisis Item dan Statistik Asas. Analisis Item merupakan perkara alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang merupakan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran / pengukuran sesuatu konstruk. Hal ini kerana sesuatu ujian itu perlu dianalisis bagi menentukan daya kesukarannya.Jikasoalan dalam sesuatu ujian itu terdiridaripada soalan terlampau senangmakamurid akan mendapat markah penuh dan dengan itu ujian tersebut tidak dapat memperlihatkan perbezaan dalam kalangan pelajar . Sebaliknya jika soalan dalam sesuatu ujian terlalu susah,hanya sebilangan kecilpelajar yang boleh menjawab dengan betul. Keadaan ini juga tidak diingini. Oleh hal yang demikian selepas sesuatu peperiksaan dan memberi markah kepadakertas jawapan, langkah seterusnya ialah menganaalisis item tersebut.

69

Statistik Asas merupakan data yang penting dalam proses penilaian bagi mengkuantitikan sesuatu kemahiran. Setelah ujian ditadbirkan dan kertas jawapan pelajar diperiksa, guru boleh menggunakan keputusan-keputusan yang diperoleh untuk membuat analisisdan mendapatkan rumusan lengkap tentang prestasi atau pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaanatau ujian. Penganalisisan atau pentafsiran keputusan ujian bergantung kepada penggunaan sistem perangkaan yang melibatkan aktivitimemungut, menyusun, mengira membuat analisis data serta interprestasi atas hasil penganalisisan data. Statistik merupakan salah satu aspek penting dalampentaksiran market pelajar kerana statistic menjadikan segala data atau maklumat daripada ujian atau pemerhatian menjadi bermakna.

70

10.0 REFLEKSI

Selepas proses pengujian dan penilaian dijalankan , prestasi pelajar akan dapat diketahui berdasarkan hasil ujian. Guru akan dapat membuat refleksi bagaimana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Lazimnya Rekod Prestasi digunakan untuk menentukan siapa yang memerlukan program pemulihan dan siapa yang memerlukan program pengayaaan. Guru boleh menggunakan keputusan dalam rekod profil untuk menentukan siapa yang memerlukan pemulihan khas, kemudian merancang pelajaran berdasarkan pencapaian murid, atau menempatkan murid-murid semula dalam kumpulan yang sesuai.

Catatan keputusan ujian dan peperiksaan akan direkodkan dalam buku kemajuan murid. Markah dan gred akan direkodkan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Hal ini berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun dan keputusan akhir tahun. Selain daripada tanda tangan guru dan pengetua, buku kemajuan murid juga diserahkan kepada ibu bapa untuk ditanda tangani.

Sesungguhnya proses menilai sesuatu kemahiran bahasa yang formal bermuladengan guru membentuk sesuatu alat ujian ,menjalankan pengujian,memeriksa dan memberi markah maklumbalas pelajar dengan tujuan membuat pengukuran tentang kemahiran yang diperolehi dan akhirnya mentafsir atau menilai pencapaian pelajar. Proses tersebut perlu untuk salingbantu membantu khususnya dalampengajaran dan pembelajaran bahasa.

71

BIBLIOGRAFI 1. Arends, R.I. ( 2001) , Learning to Teach. Boston : McGraw Hill. 2. Bleach, K.( 2000 ). The New Qualified Secondary Teachers Handbook. London : David Fulton Publishers. 3. Burden, D. M & Burden , P. R (1999) , Methods for Effective Teaching (2nd Ed.). Boston :Allyn & Bacon. 4. Chua Tee Tee& Koh Boh Boon. (1992), Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. 5. Cooper, P (1995). Communication for the classroom Teacher. Arizona : Gorsuc Scarisbrick. 6. Good, T. L & Brobhy, J.E (1997) . Looking in Classroom. New York : Addison Wesley Longman, Inc. 7. Gronlund, N.E & Linn , R.C (1990) . Measurement and Evaluation in Teaching. New York : Mc Millan Publishing Company. 8. Http: // kheru (2006) .i8. com/ Teori Pengukuran Asas. Htm 9. Http: // www.slideshare.net/rikdidik/konsep-pengujian -pentaksiran. 10. Joyce, B.& Weil , M .(1998). Models of Teaching. Eaglewood Cliffs, N. J : Prentice Hall Inc. 11. Mok Soon Sang (2010) , Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. 12. Mok Soon Sang (2010) , Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

72

73

74

You might also like