You are on page 1of 5

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT _________________________________________________________________________ KOD KURSUS: HBML4403 TAJUK KURSUS: KOMPETENSI

DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER: SEPTEMBER 2011 _________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa Melayu 2. Jawab dalam Bahasa Melayu 3. Muatturunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di halaman akhir tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah salinan tugasan yang telah diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2 November 2011 hingga 13 November 2011. Serahan selepas 13 November 2011 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat/menyalin kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

SOALAN TUGASAN

Pengucapan awam adalah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar. Sesuatu pengucapan awam yang hendak dibuat memerlukan persediaan yang rapi dan terperinci. Berdasarkan elemen-elemen yang perlu ada dalam membuat persediaan pengucapan awam, sediakan satu penulisan yang dapat menerangkan bagaimana untuk menghasilkan sebuah pengucapan awam yang berkesan. Huraian anda hendaklah merujuk kepada bahan rujukan ilmiah yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh akademik. (Jumlah: 30 markah)

PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 30 % markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Jika

Tugasan dengan kandungan 10 - 30 % yang sama dengan lain: 20% potongan daripada jumlah markah yang diperolehi. Tugasan melebihi kandungan 30 % yang sama dengan lain: Markah sifar akan diberikan.

MUKA SURAT TAMAT

Kriteria

Markah/ Wajaran (1)

Lemah 1 Pengenalan yang sederhana dan konsep pengucapan awam kurang jelas atau tidak jelas. Perbincangan tentang elemenelemen yang diperlukan tidak jelas, contoh tidak sesuai.

Menepati Sebahagian Piawai 2 Pengenalan yang menarik, membincangkan konsep pengucapan awam secara umum. Elemen-elemen dikenal pasti secara umum dan tidak menyeluruh. Contoh yang dikemukakan kurang sesuai.

Menepati Piawai 3 Pengenalan yang menarik, membincangkan dengan jelas konsep pengucapan awam. Elemen-elemen dikenal pasti dan dianalisis secara umum. Contoh yang disertakan sesuai.

Melebihi Piawai 4 Pengenalan yang menarik, membincang dengan jelas konsep pengucapan awam dan di sokong dengan pendapat ilmiah. Setiap elemen dikenal pasti dan dianalisis dengan jelas dan menarik. Antaranya seperti tajuk, khalayak, masa, tujuan dan sebagainya. Contoh yang sesuai dan relevan dikemukakan Persediaan awal dihuraikan dengan tepat dan teliti. Penyediaan teks ucapan, bahan bantuan persembahan, nota dan lain-lain. Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan dengan jelas dan ada cadangan/idea baru dikemukakan. Pengenalan isi dan

Markah Penuh

Pengenalan

(3) Isi Kandungan (Elemenelemen yang perlu ada dalam penyediaan pengucapan awam) Maklumat Sokongan (persediaan awal) (2)

12

Kesimpulan

(1)

Persediaan awal dihuraikan dengan kurang tepat dan tidak teliti. Tiada huraian mengenai penyediaan teks ucapan, bahan bantuan persembahan, nota dan lain-lain. Kesimpulan ringkas dan tidak menarik.

Persediaan awal dihuraikan dengan kurang tepat dan tidak teliti. Penyediaan teks ucapan, bahan bantuan persembahan, nota dan lain-lain tidak dihuraikan. Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak merumus persoalan tugasan dengan baik. Pengenalan, isi dan 2

Persediaan awal dihuraikan secara umum. Penyediaan teks ucapan, bahan bantuan persembahan, nota dan lain-lain. Kesimpulan yang boleh diterima. Merumus persoalan tugasan dengan baik. Pengenalan, isi dan

8 4

Organisasi

0.5

Pengenalan, isi dan

rumusan tidak mengikut format yang disarankan. Bibliografi tidak disenaraikan.

rumusan mengikut format yang disarankan. Bibiliografi kurang teratur. Jumlah

rumusan mengikut format yang disarankan. Bibliografi kurang tepat.

rumusan mengikut format yang disarankan. Bibliografi sangat tepat.

2 30

PANDUAN SME TUGASAN MAY/2011

Lampiran II: CONTOH PANDUAN PELAJAR 1 Anda dinasihatkan: 1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah melalui Perpustakaan Digital Tan Sri Abdullah Sanusi, OUM. Berbincang dengan pensyarah atau tutor berkenaan format dan gaya penulisan ilmiah. Menggunakan gambar foto/lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan tugasan. Lampiran III: CONTOH PANDUAN TUTOR 1. 2. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Antaranya: i) Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. ii) Abdul Muati@Zamri Ahmad, 2000. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. iii) Arshad Md. Ghaus, 2003. Teknik Pengucapan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. iv) Asmah Omar, 1992. Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan, Kuala Lumpur, DBP. v) Ainon Mohd &. & Abdullah Hassan. (1996). Berfikir Dalam Darjah: Panduan Mengajar Kemahiran Berfikir di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. vi) Supyan Hussin & Azhar Jalalludin, 2003. Kecemerlangan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 3. 4. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak serta lampirkan artikel bersama tugasan. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.

2. 3. 4.