You are on page 1of 3

PROGRAM MOTIVASI PEMERKASAAN DIRI DAN KERJAYA KE ARAH KECEMERLANGAN

Anjuran:

DMS
Deeta Management Solutions Sdn Bhd

TARIKH: 4-6 MEI 2010 TEMPAT: HOTEL VISTANA KUALA LUMPUR

PENGENALAN
Prestasi pekerja sesebuah organisasi bergantung kepada pengetahuan mengenai tugas dan motivasi. Dengan erti kata lain, pekerja yang produktif ialah pekerja yang tahu akan komitmen dan tanggungjawabnya serta mempunyai semangat yang kuat untuk bekerja. Semangat mahu bekerja perlu dipupuk dalam sanubari pekerja dengan memberi kesedaran kepada pekerja terhadap kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Dengan ini, pekerja tersebut akan dapat membina sikap yang positif dan mengikis sikap yang negatif. Ini secara tidak langsung pekerja akan dapat menyumbang secara efektif dan efisien kepada organisasinya untuk lebih berdaya saing ke arah mencapai kecemerlangan.

METODOLOGI
Program ini akan dikendalikan dengan menggunakan kombinasi pelbagai kaedah diantaranya ceramah teori, role play, gerak kerja kumpulan, diskusi dan persembahan kumpulan serta kajian kes motivasi.

PROFIL PENCERAMAH
Dr. Azahari Othman a.k.a Dr. Luv berkelulusan Ijazah Kedoktoran (DBA) Pentadbiran Perniagaan dari MMU-USA, Ijazah Sarjana (MBA) Organisational Architecture & Management Consulting dari IIU-EU dan Ijazah Sarjana Muda (B.Sc.) Pengurusan Pemasaran dari OSU-USA. Beliau berpengalaman lebih daripada 10 tahun sebagai perunding pengurusan dan mengendalikan pelbagai kursus merangkumi aspek motivasi, kepimpinan, budaya kerja dan etika, pengurusan kualiti, khidmat pelanggan, keusahawanan, pembangunan diri, pengurusan strategik dengan organisasi untuk sektor awam dan swasta termasuk institusi pengajian tinggi. Dr. Azahari menggunakan pendekatan holistik dan gaya penyampaian bertenaga untuk menjadikan sesi program lebih berinspirasi, bermotivasi dan menyeronokkan. Beliau merupakan penceramah jemputan untuk pelbagai seminar tempatan dan luar negara termasuk The Rotary Youth Leadership Achievement 2002 (RYLA) Program, The National Secretaries Conference 2003 dan Cinta Pada Ilmu untuk pelajar UiTM. Topik beliau Management by Love: Retaining K-Workers Towards Achieving Organisational Vision telah mendapat pengiktirafan dunia dan menjadikan beliau salah seorang penceramah di 9th World Conference of International Federation of Women Entrepreneurs (IFWE) pada Oktober 2002. Selain itu, beliau juga merupakan pakar motivasi untuk rancangan realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) dan Akademi Fantasia 5 (AF5).

OBJEKTIF
Program motivasi selama tiga hari ini disediakan khusus untuk mencapai objektif-objektif berikut:- Memberi perangsang dan semangat untuk lebih berusaha dalam menjalankan pekerjaan serta tugastugas dan tanggungjawab seharian; - Memberi kesedaran betapa pentingnya pekerjaan itu di dalam membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan diri dan keluarga; - Memberi pendedahan yang menyeluruh kepada para peserta untuk memahami teori dan teknik motivasi dalaman dan luaran yang berkesan di samping meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalaman dari segi kehidupan sempurna di tempat kerja; - Menanamkan rasa cinta kepada diri dan organisasi dalam usaha untuk mencapai visi dan misi organisasi di dalam mempertingkatkan produktiviti dan profitabiliti. Adalah diharapkan setelah mengikuti program ini, para peserta akan dapat meningkatkan kecemerlangan diri serta kerjaya masing-masing.

SASARAN PESERTA
Semua peringkat kakitangan sama ada pihak pengurusan atau kumpulan sokongan dari sektor awam dan swasta yang ingin memotivasikan diri untuk meningkatkan prestasi dalam kerjaya dan diri.

Untuk Pendaftaran, Sila Isikan Borang Pendaftaran Dan Faks Ke +603-8063 2420 atau Email: training@dmssb.com.my

PROGRAM MOTIVASI PEMERKASAAN DIRI DAN KERJAYA KE ARAH KECEMERLANGAN


TARIKH: 4-6 MEI 2010 TEMPAT: HOTEL VISTANA KUALA LUMPUR

JADUAL KURSUS
HARI PERTAMA (4 MEI 2010 - SELASA)
8.30 pagi 9.00 pagi Pendaftaran APAKAH ITU MOTIVASI (DALAMAN DAN LUARAN) - Faktor-faktor yang menjadi pendorong utama motivasi seseorang - Motivasi dalaman dan luaran seseorang - Bagaimana anda sentiasa mengimbas kembali motivasi diri dalaman untuk mengharungi kehidupan yang lebih baik dan sempurna? Minum Pagi MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN DAN KERJAYA - Tetapkan matlamat diri - Merancang dan proses mencapai matlamat diri - Apakah yang berlaku pada seseorang yang tiada matlamat di tempat kerja? - Cara-cara mengaplikasikan matlamat diri 1.00 ptg 2.00 ptg Makan Tengahari SIKAP POSITIF - Langkah-langkah membina sikap positif - Faktor yang menentukan sikap positif - Manfaat kepada sikap positif - Bagaimana menukarkan sikap negatif kepada sikap positif? KEAJAIBAN MINDA ANDA - Apakah kuasa minda anda? - Bagaimana kekuatan minta boleh membantu peserta menjadi orang yang lebih cemerlang? 4.45 ptg 5.00 ptg Minum Petang Tamat Hari Pertama

10.30 pagi 10.45 pagi

HARI KEDUA (5 MEI 2010 - RABU)


8.30 pagi 9.00 pagi Pendaftaran KEPIMPINAN - Apakah itu kepimpinan? - Faktor utama untuk menjadi seorang pemimpin yang utama di tempat kerja dan di rumah - Ciri-ciri kepimpinan yang berkesan dan cemerlang Minum Pagi PENGURUSAN PERUBAHAN - Apakah perubahan? - Mengapakah perubahan itu harus berlaku? - Langkah-langkah ke arah perubahan yang positif 1.00 ptg 2.00 ptg Makan Tengahari KREATIVITI & PENYELESAIAN MASALAH - Apakah yang dimaksudkan kreativiti? - Kreativiti dan inovasi - Kreativiti ke arah lebih berdaya saing - Penyelesaian masalah dan konflik kehidupan serta di tempat kerja BEKERJA SEPASUKAN - Apakah itu bekerja sepasukan? - Ciri-ciri bekerja sepasukan - Kenapa ianya penting di tempat kerja? - Cara-cara mengaplikasikan bekerja berpasukan Minum Petang Tamat Hari Kedua

10.30 pagi 10.45 pagi

4.45 ptg 5.00 ptg

HARI KETIGA (6 MEI 2010 - KHAMIS)


8.30 pagi 9.00 pagi Pendaftaran NILAI TERAS ASAS KECEMERLANGAN - Memahami apa itu nilai teras - Mempertingkatkan jati diri melalui nilai teras - Nilai ke arah visi dan misi Minum Pagi PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DI DALAM ORGANISASI - Memahami budaya kerja - Kepentingan budaya kerja yang positif - Faktor-faktor yang menjejaskan imej dan budaya organisasi Makan Tengahari 2.00 ptg NILAI CINTA DALAM MEMPERKASAKAN BUDAYA - Apa itu cinta? - Memahami kuasa cinta - Memperterjemahkan karektor-karektor cinta - Cinta sebagai amalan kehidupan PELAN TINDAKAN DIRI - Memahami objektif - Mengenalpasti usaha dan langkah yang perlu diambil - Tindakan 4.45 ptg 5.00 ptg Minum Petang Tamat Program

10.30 pagi 10.45 pagi

langkah-

1.00 ptg

Untuk Pendaftaran, Sila Isikan Borang Pendaftaran Dan Faks Ke +603-8063 2420 atau Email: training@dmssb.com.my

PROGRAM MOTIVASI PEMERKASAAN DIRI DAN KERJAYA KE ARAH KECEMERLANGAN


TARIKH: 4-6 MEI 2010 TEMPAT: HOTEL VISTANA KUALA LUMPUR

BORANG PENYERTAAN
Yuran Penyertaan
( ) Berkumpulan (4 orang ke atas) RM 1690.00 seorang ( ) Normal RM 1890.00 seorang

Organisasi: Alamat:

Pegawai bertanggungjawab: Jawatan: Tel: E-mail: Faks:

PESERTA
Nama (1): Jawatan: E-mail: Tel: Nama (2): Jawatan: E-mail: Tel:

Nama (3): Jawatan: E-mail: Tel:

Nama (4): Jawatan: E-mail: Tel:

TERMA DAN SYARAT:


(1) Pembayaran hendaklah di atas nama Deeta Management Solutions Sdn Bhd No. Akaun Maybank Islamic: 562777201989, Cawangan Puchong Prima Untuk cek luar, caj RM0.50 hendaklah dimasukkan ke dalam jumlah keseluruhan yuran. (2) Pembatalan penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada sekretariat secara bertulis 3 hari sebelum kursus. Yuran penyertaan akan tetap dibilkan kepada organisasi anda sekiranya pembatalan penyertaan tidak dimaklumkan. (3) Bayaran yuran kursus termasuklah minum pagi dan petang, makan tengahari, bahan kursus, beg seminar dan sijil penyertaan. (4) Pihak penganjur berhak meminda program, tarikh dan tempat kursus jika terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebarang pertukaran akan diberitahu kepada para peserta.

Kami memahami yuran kursus tidak akan dikembalikan sekiranya ada pembatalan setelah penyertaan diterima oleh pihak penganjur tetapi penggantian peserta adalah dibenarkan. Sekiranya peserta kami tidak hadir pada hari kursus, kami akan menyelesaikan yuran pendaftaran sepenuhnya. Setelah borang penyertaan dihantar, penyertaan kami dianggap telah diterima oleh penganjur.

_____________________________________ Tandatangan

______________________________ Cop Rasmi

Sila fakskan borang penyertaan ke +603-8063 2420 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian +603-8063 3404 / 8063 2750

Deeta Management Solutions Sdn Bhd (811573-H)


H-02-05, Block H, Pusat Perdagangan Puchong Prima, Jalan Prima 5/4, Persiaran Prima Utama Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor. Email: training@dmssb.com.my

Untuk Pendaftaran, Sila Isikan Borang Pendaftaran Dan Faks Ke +603-8063 2420 atau Email: training@dmssb.com.my