TEORI-TEORI PEMBELAJARAN YANG RELEVEN

Terdapat beberapa teori pembelajaran yang relevan dengan kajian yang dibuat ini. Walau bagaimanapun, saya hanya memilih Teori Humanisme dan Teori Sosial kerana saya rasakan ianya amat sesuai untuk mengatasi masalah tingkah laku murid-murid tersebut ke arah pencapaian akademik yang baik. Dua orang murid yang terlibat dalam kaji selidik ini ialah adik Muhammad Zulfadli (Responden 1) dan adik Muhammad Haikal Aiman (Responden 2).

Melalui teori-teori ini, sememangnya terdapat perubahan yang positif yang telah berlaku terhadap murid-murid berkenaan. Ini dapat dilihat melalui:

Teori Humanisme Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Pemilihan teori ini bersesuaian dengan masalah tingkah laku murid-murid yang terlibat dalam kajian. Ini terbukti dengan perubahan tingkah laku yang berlaku kepada kedua-dua orang responden saya iaitu, adik Muhammad Zulfadli dan adik Muhammad Haikal Aiman.

Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya dapati responden telah banyak berubah daripada bertingkah laku yang negatif kepada bertingkah laku yang positif. Ini bertepatan dengan Teori Humanis yang mengatakan setiap orang individu itu ada

Albert Bandura. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. Pemilihan teori ini juga bertepatan dengan kaji selidik yang dijalankan ini kerana pelajar/murid belajar daripada pemerhatiannya ke atas model yang dilihat atau ditiru. Masalah responden juga didapati berpunca daripada permasalahan model dalam keluarga dan pergaulan dalam kalangan rakan-rakan yang sealiran dengannya. seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan . Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. saya dapati responden telah mengalami perubahan tingkah laku yang positif. (Sila rujuk borang senarai semak dalam lampiran) Teori Sosial Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Jika dilihat pada dapatan melalui borang senarai semak kaji selidik ke atas kedua-dua orang responden. pada peringkat awalnya responden mempunyai atitud yang negatif dan sering menimbulkan masalah dalam kelas. Jika dilihat pada . Tetapi selepas dibuat bimbingan dan tunjuk ajar oleh guru sepertimana yang disarankan dalam teori Humanis. Di sinilah letaknya peranan guru seperti saya untuk mewujudkan seorang model yang boleh ditiru oleh responden ke arah tingkah laku yang baik. Apa yang penting adalah individu itu sendiri ingin berubah dan ada orang yang sanggup menolongnya untuk berubah. Didapati dalam keluarga responden tidak mempunyai satu model yang sesuai dan baik untuk ditiru oleh responden berkenaan.potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.

Teguran secara peribadi dan peranan ambil berat yang ditunjukkan guru telah memberikan tambah nilai kepada perubahan sikap pelajar berkenaan. .borang senarai semak tingkah laku pelajar berkenaan. Perjumpaan secara bersemuka dengan pelajar berkenaan amat berkesan dalam mengubah tingkah lakunya ke arah yang positif. didapati peringkat awalnya pelajar berkenaan mempunyai tingkah laku yang negatif tetapi selepas diberi bimbingan dan penonjolan model yang baik untuk ditiru oleh pelajar berkenaan. akhirnya didapati berlaku perubahan kepada tingkah laku pelajar berkenaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful