ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193

)

1.0 PENDAHULUAN Kanak-kanak merupakan aset yang paling penting kepada negara kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Khususnya pada peringkat umur empat sehingga enam tahun, kanak-kanak ini mesti diawasi dan dikawal dengan baik. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), proses intervensi pada peringkat awal ini merupakan satu usaha yang dirancang bagi membolehkan pertumbuhan dan perkembangan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu berlaku secara sempurna bagi semua aspek individu ke satu tahap maksimum bagi setiap kanak-kanak. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan awal kanak-kanak meliputi dari aspek fizikal, sosial dan kognitif. Perkembangan fizikal kanak-kanak bermula sejak lahir hingga ke peringkat umur enam tahun yang merupakan satu tahap yang amat penting kerana tumbesaran pada peringkat ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak pada masa akan datang. Perkembangan fizikal ini dapat dilihat dari perubahan berat, tinggi, perubahan saiz badan dan kepala, rangka tulang dan gigi. Oleh itu makanan yang bernutrisi tinggi dan seimbang perlu diberikan kepada kanak-kanak ini agar perkembangan fizikal mereka berlaku dengan sihat seiring dengan peningkatan umur mereka. Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang

membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah
1

bebas dan imaginatif. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget (1896) dalam Suppiah et al. Kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna seterusnya mereka mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk mengembangkan pengalaman hidup. Perkembangan kognitif kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif. Menurut Suppiah et al.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. 2007) . Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial (Aini Ahmad. (2008). rakan sebaya dan masyarakat sekaligus memperkembangkan lagi hubungan sosialis dalam kalangan mereka. interaksi kanak-kanak boleh dikesan melalui perkembangannya dalam bermain. 2 . Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan ibu bapa. (2008). perkembangan kognitif kanakkanak berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan).

penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan. Tegasnya lagi. perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi. Ini bermakna. (2008). 3 . latihan dan pembelajaran (Suppiah et. perkembangan ialah perubahan kualitatif. Kanak-kanak juga boleh didefinisikan sebagai organisma yang bertindak dengan aktif kepada rangsangan. al 2008). Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) 2. Ia boleh diperhatikan berlaku kepada mereka. Menurut Atan Long (1978) pula. seperti penggunaan bahasa. berinteraksi bebas dengan orang-orang disekelilingnya dan peka kepada keadaan sekelilingnya (Rohaty dan Abu Bakar 1989). Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.0 DEFINISI Perkembangan awal kanak-kanak boleh dimaksudkan dengan perubahan tubuh badan seseorang kanak-kanak dari sejak lahir sehingga mereka berumur dua belas tahun. perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang. Tambahan pula. Pandangan ini menyebabkan peringkat kanak-kanak dianggap sebagai tahap yang amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan individu kerana ia meletakkan batu asas kepada perkembangan seterusnya Santrock dalam Haliza et al. tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. kognitif dan sosio emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Perkembangan adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya (Siti Farah Idayu. emosi. perubahan itu bersifat kualitatif. y y Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. y Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani. seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak. perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.0 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Menurut Siti Farah Idayu (2009). y y Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. 2009). Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: y Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. pembelajaran tentang perkembangan kanakkanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuantitatif dan kualitatif. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi 4 . Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Ringkas kata. mental dan sosial. 3. Menurut Papalia dan Olds (1979). Contohnya.

mereka masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawankawan. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Hal ini disebabkan oleh perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat 5 . y Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. kanak-kanak berumur empat tahun digelar kanak-kanak pra- tadika. Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Mereka teruja untuk belajar. Pada usia begini. Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh. 4. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibu bapa atau orang yang penting bagi mereka. dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) peringkat-peringkat kematangan tertentu. menghidu. Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu tanpa terlalu terikat dengan ibu bapa. Mereka lebih berdikari berbanding kanak-kanak yang bertatih dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup. merasa. y Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan.0PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK UMUR EMPAT HINGGA LIMA TAHUN Menurut Abi (2009).

Dalam keadaan tertentu mereka mungkin juga mahu mengenakan butang baju orang lain yang berada di sekelilingnya. mereka gemar memasang tali kasut sendiri. penting bagi ibu bapa untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Kanak-kanak pada usia begini sangat menggembirakan hati. Ada di antara kanak-kanak ini yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Ibu bapa hendaklah melakukannya dengan dengan suara yang lembut. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan ibu bapanya.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) menjadikan mereka sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Pada usia begini mereka memerlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka mengetahui larangan dan perangai yang boleh diterima. mereka juga boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan objek tertentu. Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Pada umur begini.1 Perkembangan Fizikal Abi (2009) menyatakan bahawa kanak-kanak berumur empat tahun boleh berlari menggunakan hujung kaki dan berlari dengan sekuat hati. Oleh itu. jelas dan konsisten. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa. ibu bapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup mereka. Selain itu. Mereka juga sudah mula mahu mengenakan pakaian dengan sendiri. melompat dengan satu kaki dan µrope skipping¶ serta boleh membaling bola. 4. Selain itu. mula 6 . mereka gemar membuka zip dan membuka butang baju. Mereka boleh bergantungan di µmonkey bar¶. Tambahan pula. sabar.

mereka boleh menangkap bola kecil. dan menari bersama muzik. mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal.2 Perkembangan Afektif Kanak-kanak pada usia empat tahun kadang kala akan mengadakan kawan bayangan. tumbesaran kanak-kanak lima tahun adalah perlahan tetapi berterusan. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Pada umur begini mereka perlu merasa penting dan dihargai.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) menggunakan gunting dan mula boleh menulis secara kasar. Menurut Siti Farah Idayu (2009). mereka suka melakukan lompat tali atau µskipping¶. meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka mungkin agresif tetapi mereka memerlukan kawan-kawan untuk bergembira dan 7 . Seterusnya. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka akan memuji diri sendiri dan suka mengarah. Selain itu. Mereka boleh berdiri dan dan berjalan di atas kayu palang-pengimbang. seperti bergantungan di µmonkey bar¶ dan menggunakan µwalking turtle¶. Kanak-kanak pada usia sebegini amat aktif dan lebih agresif semasa mereka bermain. garfu dan alatan dengan betul di bawah pengawasan ibu bapa atau orang dewasa (Abi 2009). Imaginasi mereka amat aktif pada ketika ini. Mereka telah mahir mengawal otot-otot penting. 4. bergulingan. berlari. mengendali butang dan zip pakaian serta boleh belajar mengikat tali kasut. menulis nama. Di samping itu. Mereka menggunakan sudu.

Kanak-kanak pada umur ini juga menghargai pujian untuk pencapaian mereka. Mereka boleh membantu untuk tugasan-tugasan mudah. posmen. Langkah yang paling baik adalah dengan membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri. bukan dengan kanak-kanak lain. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. 8 . polis dan guru. Kanak-kanak pa umur ini memerlukan ruang untuk merasa bebas dan berdikari. mereka boleh membantu mengambil sesuatu barang yang diperlukan oleh ibu bapa atau orang dewasa. Ramai kanak-kanak mempunyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Kanak-kanak akan rasa dihargai dan akan membuat lebih baik sesuatu yang di suruh jika mereka dipuji walaupun hanya melakukan hal yang kecil (Addison 2005). Misalnya. Mereka gemar berlakon sebagai orang dewasa yang penting bagi mereka seperti ibu. Mereka juga belajar menunggu giliran dan berkongsi. Permainan dan aktiviti-aktiviti tertentu boleh membantu mereka untuk belajar mengenai mengambil giliran. bapa. juru rawat. Kanak-kanak pada usia sebegini selalu mengajak berkelahi sesama mereka. Kanak-kanak berusia lima tahun pula biasanya akan berfikir tentang diri mereka lebih dari orang lain sehingga umur mereka mencapai tujuh hingga lapan tahun. Mereka melakukan ini kerana dua sebab iaitu untuk membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) bermain bersama-sama. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadang-kadang memerlukan masa bermain bersendirian. doktor.

Menurut Addison (2005). Mereka sudah boleh memahami konsep-konsep asas seperti nombor. membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Bahasa yang mereka gunakan termasuklah juga perkataan yang tidak sesuai. Mereka gemar bercakap tentang topik perbincangan yang serius. kanak-kanak pada umur dua hingga lima tahun mempelajari sesuatu itu melalui contoh perlakuan yang ditiru melalui orang di sekelilingnya. masa dan posisi objek. Bagi mereka. 4.3 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak berumur empat tahun gemar bertanya banyak soalan seperti µmacam mana¶ dan µkenapa¶. Selain itu. baik dan buruk adalah apa yang ibu bapa dan guru mereka gariskan. tekstur. Kanak-kanak akan mengamalkan membuang sampah di dalam tong sampah setelah melihat dan disuruh oleh ibu bapa mereka. Contohnya membuang sampah ke dalam tong sampah. Beliau juga berpendapat bahawa kanak-kanak pada umur tersebut akan belajar sesuatu itu jika ibu bapa atau orang di sekelilingnya sentiasa memberi galakan dan dorongan. saiz. mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. warna. Mereka mula memahami tentang kejujuran. Pada usia sebegini mereka banyak bercakap. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) Kanak-kanak berumur lima tahun memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. 9 . Kemahiran membeza dan menyisih serta kemahiran berfikir mereka semakin berkembang baik pada usia sebegini. Kanak-kanak pada usia sebegini akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan (Abi 2009). jarak.

Kejayaan di sekolah adalah penting bagi diri mereka. mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Perkembangan lain yang ditunjukkan adalah mereka sudah mula mempelajari huruf dan perkataan. 5. mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Kebiasaannya pada umur 6 tahun. adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Ketika bermain. kanak-kanak tersebut sudah boleh membaca ayat-ayat mudah. Mereka akan bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. kecuali sebilangan kecil kanak-kanak yang sebelumnya tidak dibiasakan dengan berkawan di taska atau tadika. Pada umur sebegini.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) Menurut Zulkifli (2007).0 PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK UMUR LIMA HINGGA ENAM TAHUN Kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun selalunya amat teruja untuk memulakan persekolahan dan tanggungjawab baru mereka. Tempoh tumpuan mereka pada usia sebegini semakin panjang membolehkan mereka mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Selain itu. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. pada umur sebegini perkembangan kemahiran bercakap dan penggunaan bahasa kanak-kanak serta menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik dan boleh menolong untuk tugasan- 10 .

11 . mental.1 Perkembangan kognitif Menurut Spodek et al.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) tugasan mudah. penyelesaian masalah dan memori. Pada umur ini juga mereka mula memahami tentang kejujuran dan kecewa. Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanak-kanak. Perkembangan kognitif berlaku dalam dua proses iaitu adaptasi dan organisasi. imaginasi. Dalam teori perkembangan kognitif Jean piaget. penaakulan. (1987). kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Fokus penyesuaian adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang lihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. fikiran. kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Perkembangan kemahiran merupakan suatu perubahan struktur mental kanakkanak yang melibatkan bahasa. beliau percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri kanak-kanak terhadap persekitaran. Kebolehan kanak-kanak dalam mengkoordinasi berbagai-bagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah adalah salah satu cara mengukur perkembangan intelek mereka. Menurut Piaget (1930). perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Di dalam proses adaptasi atau penyesuaian ia melibatkan aktiviti penyerapan dan pengubahsuaian. 5. Skema merupakan bentuk asas pengetahuan manusia.

Menurut teori perkembangan kognitif Piaget. apabila mereka terjumpa burung helang yang masih memenuhi ciri-ciri skema µburung¶ maka maklumat itu akan ditambahkan di dalam skema yang sama. Ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa cuba mengembalikan penyeimbangan melalui penyerapan. Seterusnya. Piaget juga percaya yang perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui penyeimbangan. kanak-kanak terjumpa ayam dan cuba menyerapkannya dalam skema µburung¶ tetapi mendapati ayam tidak boleh terbang makanya skema µburung¶ terpaksa diubah suai supaya mengambil kira ciri-ciri ayam. ketidakseimbangan kognitif muncul dan kanak-kanak kurang menghadapi cabaran-cabaran baru. kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati dan diberitahu bahawa itu adalah seekor µburung¶. Oleh itu. Kanak-kanak diberi dengan informasi yang tidak sesuai dengan skema kanak-kanak yang wujud. ia mengubahkan skema yang tersedia untuk disesuaikan dengan informasi baru yang relevan dengan persekitaran. keadaan ini menyebabkan kanakkanak mencari suatu keseimbangan dia antara apa yang dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Tahap keupayaan kanak-kanak pada tahap ini untuk memanipulasikan konsep adalah terhad kerana mereka hanya memberi tumpuan pada 12 . Penyeimbangan melibatkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Manakala dalam pengubahsuaian. Hal menyebabkan munculnya komunikasi verbal yang lebih egosentrik. Kanak-kanak bercakap mengikut mindanya dengan tidak memperdulikan apa yang disebut oleh orang lain. Misalnya. pada tahap praoperasi iaitu umur dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun kanak-kanak mula membina representasi mental secara dalaman dengan aktif yang mula beroperasi pada akhir tahap sensori motor.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) Selain itu. Misalnya.

Dengan adanya pandangan yang positif terhadap diri akan memberikan keyakinan 13 . Pandangan kendiri yang positif merupakan asas kejayaan kepada kanak-kanak. Kesan perkembangan afektif ialah persoalan perhubungan di antara kanak-kanak dan orang dewasa misalnya guru dan orang-orang di dalam hidupnya. pandangan kendiri. pengawalan diri dan penyesuaian keadaan sekolah.2 Perkembangan Afektif Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989). bereksperimen dengan menggunakan bahasa dan objek yang ada di persekitarannya. perkembangan afektif kanak-kanak dianggap merupakan prasyarat kepada perkembangan kognitif kerana kanak-kanak yang sihat pada peringkat perkembangan ini dapat berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan ia membantu dalam perkembangan kognitif. Kanak-kanak pada peringkat umur ini boleh menerima dan memulakan tingkah laku yang membayangkan mental yang sihat seperti menunjukkan rasa kasih sayang. di antara kanak-kanak itu sendiri. Perkembangan afektif yang berkaitan dengan perhubungan antara rakan sebaya dan dengan guru-guru serta orang lain di dalam hidup kanak-kanak pada peringkat umur lima dan enam tahun merupakan asas penyediaan diri bagi menghadapai berbagai-bagai situasi yang memerlukan reaksi berlainan. berkongsi barang-barang mainan dan tahu mengawal emosi yang boleh menimbulkan kekacauan dan bertindak dengan cara yang boleh diterima oleh orang lain. menolong rakan-rakan sebaya.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) satu aspek yang dapat dilihat daripada objek atau situasi. Kanak-kanak juga aktif dan mengalami pelbagai ujian. 5. pandangan terhadap tanggungjawab bersama.

emosi adalah terpenting dalam kehidupan peribadi dan sosial individu. Pembentukan konsep kendiri secara langsung memberikan kebaikan kepada diri sendiri dalam diri kanak-kanak kerana ia dapat memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan moral. (1984).ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) kepada kanak-kanak untuk memulakan sesuatu. Emosi merupakan keadaan yang dirasai oleh seseorang sebagai reaksi kepada sesuatu yang dialaminya. perasan marah dinyatakan dengan tingkah laku seperti menjerit-jerit. Secara tidak langsung kanak-kanak mempunyai asas disiplin diri yang teguh supaya segala tingkah lakunya dapat didorong kepada sesuatu yang tidak bercanggah dengan kepentingan kumpulan secara kolektif. 5. Tanggungjawab sosial dan moral hanya dapat dihasilkan apabila kanak-kanak disemaikan dengan perasaan sensitif terhadap kumpulan (Rohaty dan Abu Bakar 1989) Menurut Izard et al. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dari segi 14 .3 Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal kanak-kanak sejak lahir sehingga umur enam tahun merupakan tahap tumbersaran yang sangat penting dalam perkembangan manusia sebab ia mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fizikal individu pada masa akan datang. mendiamkan diri dengan tidak menghiraukan pujukan orang lain. tetapi mungkin membaling benda-benda di sekeliling. Kanak-kanak perlu mempelajari dan menyesuaikan diri dengan kehandak masyarakat kerana kematangan emosi dikatakan tercapai apabila kanak-kanak mampu menguasai perasaan dan menunjukkan dalam bentuk-bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat. dan melarikan diri ke satu tempat yang tersembunyi. Pada peringkat umur lima hingga enam tahun.

bahu. 2008) Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989). Pertama. Dalam lingkungan umur empat sehingga enam tahun. berlari dan menari. Contohnya. lengan. tinggi. Kedua. menggelengkan kepala menunjukkan keengganan. kanak-kanak pada umur ini boleh mengayun kaki sama ada serentak atau berselang apabila duduk di atas bangku. penyesuaian anggota-anggota di dalam membuat pergerakan kasar. leher dan mata. Dalam lingkungan umur satu sehingga enam tahun. Ketiga. perkembangan tubuh badan melalui tiga proses penting dan ia tidak mengikut tertib. Pergerakan menghendaki penyesuaian di antara beberapa anggota terutamanya penguasaan dalam pengimbangan. perubahan saiz badan dan kepala. Perkembangan psikomotor pada peringkat awal kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan dua sehingga enam tahun berlaku pada otot-otot. tangan. kanak-kanak telah boleh menguasai pergerakan bagi tiap-tiap satu anggota. Pertama. Otot-otot besar sudah berkembang tetapi otot-otot kecil masih belum berkembang dengan sempurna (Suppiah et al.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) perubahan berat. Pada peringkat lima hingga enam tahun. pergerakan sesuatu bahagaian anggota sahaja bagi mencapai matlamat. membezakan keadaan melalui pancaindera. perkembangan fizikal tertumpu kepada pergerakan. Kedua. Misalnya. rangka tulang dan gigi. siku. Pergerakan kedua yang dikuasai oleh kanak-kanak berkaitan dengan penyelarasan bahagian-bahagian kecil anggota misalnya jari. kanak-kanak mengambil masa yang lama membuat lubang pada tanah dengan menggunakan tumitnya sendiri. tapak tangan. pergerakan beberapa bahagian anggota 15 . penyesuaian bahagian-bahagian kecil anggota di dalam membuat pergerakan halus. dua jenis pergerakan yang sukar bagi kanak-kanak menguasainya.

Pancaindera berkembang ke arah penguasaan membezakan di antara dua ataupun lebih ciri yang terdapat pada satu jenis bunyi. bau ataupun rasa. Pada peringkat ketiga ini.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) serentak kerana ia memerlukan penyelarasan. Pertama ialah menggunakan pancaindera bagi membezakan sesuatu ciri yang terdapat pada perkara yang disaksikan. Terdapat tiga peringkat penguasaan yang perlu dicapai di dalam perkembangan pancaindera. Ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Bayrei et al. mereka terpaksa membuat pengertian tentang perkara yang berlaku ke atasnya serta akibat daripada tindak balas atau tindakan yang telah dibuat oleh mereka. Contohnya. Penguasaan kepada pergerakan-pergerakan anggota dan 16 . Ada yang telah mencapai perkembangan yang sepatutnya dan sebaliknya. Perkembangan fizikal dapat membantu kanak-kanak memahami keadaan sekelilingnya. Oleh yang demikian. Ketiga. semua pergerakan yang dibuat sama ada kasar atau halus perlunya penggunaan pancaindera yang berkesan. kanak-kanak pada peringkat umur lima hingga enam tahun dapat membezakan bunyi air mengalir dengan air bertiup di celah-celah daun dan di antara rasa pahit dan rasa manis. penguaasan tertumpu kepada membezakan ciri-ciri dan kualiti yang terdapat pada cirri-ciri sesuatu perkara yang disaksikannya. Namun begitu perkembangan psikomotor setiap kanak-kanak adalah berbeza pada sesuatu peringkat umur. (2008) terhadap kanak-kanak yang masih tidak dapat menguasai beberapa psikomotor halus walaupun sepatutnya pada umur tersebut perkembangan tersebut telah dikuasainya. Misalnya. ketika meramas kertas meliputi pergerakan kelima-lima jari dan pengerasan tapak tangan dan sendi pada pergelangan tangan.

6. fizikal. Kanak-kanak di dalam lingkungan empat hingga enam tahun sentiasa aktif dan berhubungan dengan keadaan sekitaran mereka. afektif dan seni kemahiran. Penglibatan aktif dan sokongan ibu bapa di peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi perkembangan kanak-kanak. Oleh itu.0 PENUTUP Setiap manusia akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal. dan emosi dari lahir sehingga mencapai peringkat tua. Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila aspek fizikal. Mereka sejak bayi lagi sehingga mencapai umur pra sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa aktif dalam aspek kognitif. Kanak-kanak di semua peringkat umur berkebolehan.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) bahagian-bahagiannya. berupaya menunjukkan minat dan berhubungan mengikut cara mereka sendiri. kognitif. Perkembangan kanak-kanak juga adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka terlibat secara aktif dan berterusan dalam pendidikan mereka sejak awal lagi. kognitif dan afektif mencapai kematangan. Ini akan membangunkan sikap yang positif terhadap proses pembelajaran serta menyokong perasaan selamat. dan penajaman kepada perasaan melalui pancaindera menjadi alat utama. sosial. ianya sangat penting dalam memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan empat hingga enam tahun. Asuhan dan didikan yang serupa dan sempurna 17 . kompetensi emosi dan hubungan mereka dengan keluarga dan juga komuniti.

afektif dan fizikal di samping persekitaran emosi.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK( SHV 4193) yang di terima pusat dan di rumah akan membantu kesinambungan proses perkembangan seseorang kanak-kanak. Perkembangan yang positif dari segi aspek kognitif. Oleh itu kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung pada persediaan yang diterima semasa umur sebelum 6 tahun.yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa kelak. 18 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful