Sabda Nabi s.a.w.

: “Akan berlaku selepasku pemimpin yang mengeluarkan kenyataan dan tiada seorang pun yang akan membantahnya ,mereka itu akan dihalau di dalam neraka seperti dihalaunya kera “, -Riwayat hadithHadith ini menerangkan bagaimana keaadaanya di akhir zaman di mana Allah swt akan hina sesuatu kaum itu dengan muncul di kalangan mereka pemimpin yang zalim .Rasullullah saw juga telah meletakkan tanggungjawab terhadap kemungkaran yang berlaku di atas para pemerintah yang zalim lagi kejam yang mengimami manusia dengan tongkat kekerasan .Apabila meraka mengeluarkan fatwa maka tiadalah yang berani membantah . Inilah suasana yang Rasullullah saw gambarkan terhadap apa yang berlaku pada umatnya di akhir zaman .para pemimpin inilah yang akan jatuh ke dalam api neraka seperti gugurnya kalakatu . Selain itu ,rasullullah saw juga mengecam orang-orang yang berjalan di bawah naungan kezaliman ,membakar kemian dan diiringi alunan muzik-muzik puji-pujian terhadap kezaliman yang telah zahir ,maka mereka itulah terdiri dikalangan orang yang membantu kezaliman .Rasullullah saw telah memberi amaaran kepada orang-orang dikelilingnya (rakyat) yang dikuasai rasa bimbang untuk menyatakan kebenaran terhadap kemungkaran yang berlaku ,oleh itu ,muhasabahlah diri bahawasanya adakah kepimpinan yang kita galas sekarang adalah selaras dengan keredhaan allah swt atau kita masih dinaungi baying-bayang kezaliman ? .Ingatlah sesunggguhnya kepimpinan itu adalah persoalan yang amat berat yang perlu dipikul oleh kita di akhirat nanti .