You are on page 1of 2

DARIPADA ADAB MENUNTUT ILMU

Sesunggguhnya Islam telah mengangkat kedudukan


ilmu dan pengetahuan kerana kedua duanya memberi kesan
dalam pembangunan ummat dan kemajuan semua manusia
danpenghubung antara dunia dan akhirat . Dan
sesungguhnya Islam mewajibkan mempelajari ilmu syariah
yang mana dengannya kita dapat mengenali pencipta ( Allah
s.w.t. ) dan kita dapat mengetahui apa apa yang dapat
membawa kepada kebahagiaan
di dunia dan akhirat .
Islam juga tidak menghalang dalam mempelajari setiap
ilmu yang bermanfaat yang berhajat kepada manusia seperti
ilmu perubatan , kejuruteraan, pertanian, perindustrian, dan
sebagainya . Bahkan digalakkan berlumba lumba mengambil
hikmah dan ilmu yang bemanfaat ini .
Diletakkan asas kelebihan antara orang yang ‘alim
dengan orang yang jahil seperti disebutkan dalam alquran ; (
Adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak
mengetahui ? ) Dan sebagaimana Islam mengangkat
martabat ilmu itu , maka Islam juga mengangkat martabat
ahli ilmu iaitu para ulama . Maka para ulama ini merupakan
pewaris para nabi dalam membawa obor hidayah dan iman
dan menzahirkan kebenaran serta menerangi jalan . Ilmu
mempunyai hak dalam mempelajarinya dan hak ini adalah
adab adab dalam mempelajarinya .
Daripada adab mengambil ilmu ialah ialah beriltizam
dengan bertaqwa kepada Allah dan mentaatinya serta
membersihkan diri daripada akhlak yang tidak baik dan
jangan memandang mudah terhadap menuntut ilmu
pengetahuan daripada gurunya .
Sesungguhnya telah dihabiskan waktunya dalam
penyelidikan dan penghasilan , dan pernah dikatakkan
dahulu bahawa ; ( Ilmu itu tidak diberikan kepada kamu
semuanya melainkan sebahagian sahaja ) .
Orang yang berakal ialah orang yang mengambil
perhatian dan memberi masanya dalam membaca perkara
yang bermanfaat daripada kitab , ketahuilah apa apa yang
perlu disungguhkan dan apa apa yang akan diusahakan
dengan bersungguh sungguh terhadap ilmu pengetahuan
kepada manusia , dan atas penuntut ilmu itu perlu
ditinggalkan tipu daya dirinya . sesungguhnya telah
beri’tikad bahawa ilmu ini seperti laut , tidak mudah untuk
mendapatkannya , dan sesungguhnya ia bersama apa apa
yang diberi daripada ilmu pengetahuan dengan firman Allah
: (………. Wahai tuhanku , tambahkanlah ilmuku .)

You might also like