You are on page 1of 32

Pendidikan Islam dalam Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia.

1.0 Pendahuluan Pendidikan adalah lambang masyarakat yang bertamadun. Beberapa tamadun dunia yang muncul dan hilang meletakkan pendidikan di tempat teratas bersama industri perdagangan, ketenteraan dan pengangkutan. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan (2001-2010), kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah RM87,522.00 juta khusus untuk perbelanjaan dan peruntukan pembangunan bagi pendidikan dan latihan. Institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai agenda pembangunan negara. Keupayaan rakyat sesebuah negara terletak pada sejauh mana tahap celik huruf dan kadar penembusan terhadap informasi teknologi maklumat. Negara-negara maju

mempunyai kadar buta huruf yang sangat rendah malahan sifar dan penguasaan teknologi maklumat yang tinggi. Jepun umpamanya mempunyai kadar celik huruf 99 peratus daripada keseluruhan penduduknya. Tidak hairanlah Jepun pada hari ini menjadi salah satu daripada kuasa besar dalam ekonomi dan perdagangan dunia. Pendidikan individu merangkumi pendidikan di rumah, sekolah, pasca

persekolahan, institusi pengajian tinggi dan tempat kerja (Berita Harian, 10 Disember 2006). Melalui pendidikan bertahap inilah nilai dan budaya yang kukuh diterapkan supaya akan lahir modal insan yang mantap dan berkualiti. Di Malaysia, sistem pendidikan yang dilalui oleh setiap pelajar merangkumi sekolah rendah dan menengah yang mengambil masa selama 11 tahun. Pelajar-pelajar ini diberi pelbagai pendedahan untuk melengkapkan diri dengan keperluan dunia dan akhirat. Bagi pelajar muslim, mereka diberi pendidikan Islam bagi melengkapkan diri dengan kemahiran membaca al-quran dan ilmu feqah bagi memantapkan iman dan amal. Walaupun pendidikan Islam dilaksanakan dalam sistem pendidikan perdana negara, gejala sosial yang berlaku turut meresahkan umat Islam. Setiap hari dipaparkan pelbagai kes yang melibatkan salah laku sosial dalam masyarakat seperti pecah amanah, delikuensi remaja dan penipuan serta pembunuhan. Statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan menyatakan secara purata 2,334 rakyat Malaysia terlibat dengan penagihan dadah setiap bulan dan bagi setiap 29 minit akan muncul
1

seorang penagih baru. Penghuni belia di pusat serenti adalah 71.7 peratus. Dari tahun 1988 hinga Jun 2006, jumlah penagih dadah adalah 295,593 orang. Gejala sosial ini semakin membimbangkan (Ahmad Rezuwan Mohd Yunus, 2003). Apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada sistem pendidikan negara khususnya sistem pendidikan Islam yang dilalui oleh pelajar dan remaja sekarang? Gejala sosial seperti bohsia, buli di sekolah, lari dari rumah, buang bayi, rogol dan penganiayaan kanak-kanak adalah simptom yang muncul kerana kegagalan sistem pendidikan, institusi kekeluargaan dan penguatkuasaan. Azizah Othman (2003) melihat empat pendekatan untuk mengatasi masalah sosial ini iaitu peranan ibu bapa, peranan diri sendiri, peranan rakan sebaya dan peranan masyarakat. Namun begitu beliau tidak memasukkan aspek pendidikan yang berperanan lebih besar kerana dalam masyarakat moden hari ini, elemen nilai banyak diterapkan melalui pendidikan formal seperti sekolah. Pengaruh media massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah memecahkan dominasi nilai-nilai tradisi sama ada nilai bangsa atau agama. Nilai-nilai yang terbentuk melalui budaya dan agama semakin terhakis kerana desakan kuat elemen-elemen yang sangat asing dibawa bersama oleh media massa yang turut mempengaruhi sosiobudaya masyarakat. Etika pendidikan moden hari ini berhadapan dengan masalah untuk melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlak, pendidikan yang dilalui oleh ulama dan umat Islam pada zaman kegemilangan Islam amat luar biasa pengaruhnya. Beberapa persoalan untuk kita fikirkan ialah: Bagaimana umat Islam dahulu merangkak dan membina tamadun ilmu yang gilang gemilang beratus-ratus tahun? Apakah rahsia yang menggerakkan mereka untuk mencari dan mengembangkan ilmu kepada seluruh dunia hingga mencipta trend budaya ilmu kepada masyarakat Barat?

Pendidikan Islam di Malaysia secara umum dibicarakan dari dua sudut pandang iaitu sebagai sistem dan kurikulum. Setiap sudut pandang memiliki kandungan (content) dan metodologi (methodology) yang tersendiri. Sewajarnya kefahaman tentang perkara ini diperjelaskan secara menyeluruh agar individu dan masyarakat di Malaysia dapat memahami letak duduk pendidikan Islam dengan lebih tepat lalu
2

meningkatkan peranan dan impaknya kepada kehidupan mereka. Antara aspek yang perlu dibicarakan ialah berkenaan cabaran dan realiti yang berlaku serta solusi dan penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Falsafah pendidikan negara merangkumi Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Islam pula adalah Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Maka sebagai salah satu usaha ke arah memperkasa pendidikan Islam di Malaysia, pihak Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan kerjasama Lajnah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 (KO-PIM 11).

2.0LATAR BELAKANG KAJIAN

Keagungan kepimpinan Rasulullah s.a.w. jelas terbukti melalui kegemilangan usaha Baginda sebagai pendidik dan pemimpin yang berjaya membawa umatnya dari kegelapan kepada kesejahteraan ummah. Walaupun usaha ini memakan masa selama 23 tahun, namun matlamat untuk membina, mendidik dan melahirkan generasi rabbani akhirnya terhasil. Dengan ini didapati matlamat pendidikan dan ciriciri kepimpinan pendidik Muslim perlulah menepati dengan ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam proses mendidik dan memimpin ummah ke arah ummah yang berilmu dan sejahtera. Melalui paparan para ilmuan yang lalu didapati bahawa kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. adalah dengan melaksanakan pelbagai kaedah dan amalan seperti bersifat penyabar, penyayang, prihatin, bersikap adil,
3

tulus serta memimpin secara praktikal iaitu elalui contoh teladan. Ciri-ciri inilah seharusnya dicontohi oleh setiap pendidik hari ini dalam melaksanakan proses mendidik untuk melahirkan insan yang mulia. Sehubungan dengan itu, kewibawaan pendidik Muslim adalah sangat penting untuk melaksanakan usaha mendidik dan memimpin pelajar secara lebih berkesan. Keunggulan dan keluhuran peribadi Rasulullah s.a.w. jika diterapkan dalam diri setiap pendidik, maka mereka akan dapat menjadi role model kepada para pelajar seterusnya berusaha menjadi pelajar yang terpuji. Melalui kaedah ini, bagi pandangan penulis penghayatan nilai akan terlaksana dengan lebih berkesan. Di sinilah perlunya kebijaksanaan pendidik untuk menampilkan kehebatan diri sebagai pendidik yang dihormati, disegani dan sanjungi oleh pelajar. Sebagai pendidik, mereka seharusnya mempraktikkan amalan yang baik sama ada dari tutur kata, perilaku, akhlak dan personaliti sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap umatnya bukan sekadar teori, bahkan menjadikan diri Baginda sebagai sumber ikutan yang terbaik untuk umatnya. Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w. yang unggul dan berkualiti ini seharusnya dijadikan teras dalam kepimpinan pendidik dalam Islam hari ini. Dalam hal ini, didapati masih ramai pendidik termasuk guru Pendidikan Islam hari ini tidak mampu menjadikan dirinya sebagai role model terbaik terhadap pelajar, malah ada masih tidak dapat menerapkan nilai-nilai mulia ke dalam diri pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ab. Halim Tamuri 2000, 2004). Kesannya,Pendidikan Islam gagal untuk dihayati dan diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan pelajar. Kegagalan pendidik dalam memperkasa nilai murni dan sifat mahmudah ke dalam diri pelajar menjadi faktor krisis akhlak dan disiplin pelajar hari ini yang semakin meruncing. 3.0Teori dan Konsep Kajian oleh Universal McCann Malaysia yang bertajuk "Nilai-nilai moral kian terhakis?" menyatakan pencapaian dunia seperti pembangunan fizikal dan ekonomi yang rancak dicacati oleh senario gaya hidup moden yang membelakangkan kemurniaan akhlak dan keluhuran budi. Demi mengecapi kejayaan, ada yang sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mengenepikan nilai-nilai moral yang sepatutnya menjadi pegangan hidup setiap individu (The Star, 9 Disember 2006).

4.0Perbincangan Dan Hasil Kajian 4.1Tujuan Pendidikan Islam

Al-Syaibani (1991), dengan memetik beberapa tujuan pendidikan Islam seperti yang dijelaskan oleh beberapa orang pemikir Islam, merumuskan bahawa antara tujuan Pendidikan Islam ialah untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia. Keduanya ialah persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Ketiga ialah persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan dari segi kemanfaatan. Keempat, menumbuhkan roh ilmiah (scientific spirit) pada pelajar dan memuaskan keinginan erti untuk mengetahui (curiosity). Kelima ialah menyiapkan pelajar dari segi profesional, teknik dan perusahaan supaya ia dapat menguasai profession tertentu, supaya ia dapat mencari rezeki dalam hidup dan hidup dengan mulia di samping memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan.

4.2Peranan Guru

Saedah Hj. Siraj et al., (1993), menyatakan bahawa guru bukan sahaja berperanan sebagai penyalur ilmu pengetahuan, bahkan juga berfungsi sebagai pengembang dan pengukuh kemahiran para pelajarnya. Azizah Lebai Nordin (1999) menekankan bahawa, seorang guru yang berkesan seharusnya mengetahui segala aspek yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Beliau bukan sahaja harus meniliti pelbagai tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran, malah perlu mengetahui falsafah dan objektif Pendidikan Islam. Hanya dengan mengetahui falsafah dan matlamat sukatan pelajaran tersebut, guru dapat membawa anak didiknya ke arah matlamat yang hendak dicapai. Selain daripada menguasai ilmu yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran, para guru juga perlu menguasai pedagogi kerana dapat mendedahkan mereka kepada cara membuat perancangan yang berkesan yang merangkumi aspek persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran, strategi pengajaran, penilaian pengajaran dan hubungan guru dengan murid. Seorang guru yang menguasai isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar, tetapi tidak dapat menguasai strategi dan kaedah pengajaran, tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Umpamanya seorang guru yang hendak mengajar ibadah yang berkaitan dengan cara berwudu, cara bertayammum
5

dan cara mengerjakan solat tetapi menggunakan kaedah syarahan sahaja tanpa menggunakan tunjuk cara, sudah tentu pengajarannya tidak berkesan.

4.3Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Sidi Gazala (1970), pengajaran ialah memberikan pengetahuan kepada manusia yang ditampung dan disimpan di dalam otak. Konsep pengajaran ialah suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan betul. Pembelajaran pula ialah suatu proses bagaimana murid-murid memperoleh, menyusun, menyimpan dan menggunakan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diajarkan. Tajul Ariffin Noordin (1988) menjelaskan kejayaan manusia adalah bergantung kepada keupayaan memilih proses pembelajaran yang paling sesuai dalam kehidupannya. Menurut beliau lagi, hanya menerusi pembelajaran yang baik dan sihat, manusia akan terus maju dan membangun dari satu tamadun ke tamadun yang lain. Perhubungan pengajaran dan pembelajaran begitu rapat kerana kedua-duanya berjalan serentak pada satu masa. Tanpa murid, guru tidak dapat mengajar; tanpa guru, murid tidak mengetahui bagaimana belajar. Connell (1981) menjelaskan bahawa proses mengajar belajar merupakan satu interaksi dinamik antara guru dan murid, malahan guru dan murid masing-masing saling mempengaruhi antara satu sama lain. Malah, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri telah menggunakan pelbagai teknik antaranya teknik tunjuk cara/demonstrasi untuk mengajar ibadah solat kepada para sahabat baginda sepertimana yang tersebut dalam hadis yang bermaksud: Sembahyanglah kamu semua seperti mana kamu melihat aku sembahyang. Kemudian Rasulullah SAW mendirikan solat di hadapan mereka agar mereka dapat melihat, memerhati dan kemudian meniru perbuatan baginda (Ariffin, 1991). Sebagai seorang pendidik, maka sudah tentulah guru Pendidikan Islam boleh menggunakan teknik yang telah dianjurkan oleh Baginda SAW.

4.4Pendekatan Pendidikan Islam Al-Qardawi (1980), seorang tokoh pemikir Islam kontemporari, menyatakan bahawa aspek amali dan penghayatan merupakan antara asas utama dalam pendidikan Islam. Menurut beliau, pendidikan atau pembelajaran yang dilakukan melalui latihan dan aplikasi secara langsung mempunyai hubungan atau memberi kesan yang baik kepada pelajar dan seterusnya dapat memantapkan lagi ilmu dan kemahiran yang dipelajari. Hasan Langgulung (1991) menjelaskan bahawa fungsi utama pendidikan untuk memindahkan nilai-nilai, ilmu dan kemahiran dari satu generasi ke satu generasi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang mudah. Menurut beliau lagi proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan teknik yang betul dan berkesan. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsipprinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal,

kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

Sebagai contoh dalam kurikulum Islam untuk pendidikan Islam. Pendidikan Islam adalah satu kegiatan yang berfaedah yang ditujukan untuk perkembangan individu yang sempurna. Sebab itulah, nilai perlu dalam sesuatu perancangan pendidikan sama ada norma itu bersifat sekular atau kemanusiaan atau agama. Seseorang pelajar yang menerima pendidikan Islam membesar menjadi pencinta damai, berharmoni, tidak berubah-ubah pada keimanan dan percaya pada belas kasihan Allah akan kekal dan keadilan Allah yang tak nampak, dan hidup dalam harmoni dan tidak bertentangan dengan alam. Manusia bukan sahaja makhluk di bumi ini tetapi makhluk rohaniah yang dianugerahkan dengan kuasa yang tidak terbatas dan tidak terkira bagi mengawal dan mengawas bumi dengan izin Allah. Demikianlah ia dapat kebahagiaan berbuat baik dan dia tidak suka atau benci akan perbuatan jahat oleh sebab dia menyedari kesan tindakannya ke atas kesedarannya sendiri. Konsep nilai dalam Islam ini mempunyai sifat yang sejagat dan sifat keobjektifan. Ia bukanlah kesedaran subjektif terhadap seoarang individu atau satu kelompok. Islam menekankan tradisi sejagat yang amat lama dan memperkuatkan skema nilai yang dipegang oleh semua agama dunia. Ia menekankan bahawa dasar yang akhir dan matlamat asas yang akhir bagi nilai ialah konsep hubungan manusia dengan tuhan, dan manusia dengan alam. Dalam hubungan ini manusia hendaklah mengusai ilmu. Ini dapat dilakukan melalui pemahaman sifatnya sendiri, sifat Allah dan ciri dunia yang universal. (Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam, DBP 1992)

4.5Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran. Pengajaran juga ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil
8

inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Dalam proses pengajaran juga, ia mempunya beberapa ciri-ciri tertentu. Antaranya ialah merancang. Ini bermaksud, dalam proses pengajaran itu kita mestilah mempunyai perancangan. Kenapa perlunya ada perancangan? Ia bertujuan bagi melancarkan proses pengajaran itu. Selain merancang, kita perlulah mempunyai objektif pengajaran. Selain itu, perkara penting yang perlu ada dalam proses pengajaran adalah guru dan murid iaitu tenaga pengajar dan pelajar.

Selain itu, konsep penting yang perlu ada dalam proses pengajaran ialah kita kena menilai apa yang mahu kita ajarkan sama ada perkara itu baik ataupun buruk. Adakah kita mahu ajar sesuatu yang memudaratkan kepada orang lain? Nescaya perkara itu kita tidak mahu ianya berlaku. Oleh sebab itu, pentingnya penilaian dalam proses pengajaran.

Pengajaran juga kita boleh tafsirkan sebagai satu proses penyampaian ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, tenaga mesti mempunyai ilmu untuk diajar kepada pelajar. Dengan penyampaian ilmu itulah dinamakan pengajaran. Jika kita jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan, bagaimana kita hendak mengajar. Adakah jika kita hanya duduk diam kemudian termenung itu dinamakan pengajaran? Semestinya tidak jawapannya.

Di mana proses pengajaran itu berlaku? Ia dilakukan di mana-mana sahaja. Di mana kita boleh sampaikan ilmu pengetahuan di situlah adanya proses pengajaran. Masyarakat kita pada masa kini hanya menganggap pengajaran itu hanya berlaku ketika kita berada di sekolah, IPT dan lain-lain tempat khas untuk belajar walhal pengajaran itu boleh juga berlaku di rumah, di warung atau di manamana sahaja. Di sini kita boleh lihat tempat di mana proses pengajaran itu berlaku tidak terhad.

Bilakah proses pengajaran itu boleh dilakukan? Kita jangan cetekkan pemikiran kita. Proses pengajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tidak kira pagi, petang mahupun malam. Sebagai contoh, jika kita terjaga pada waktu awal
9

pagi dan kita lihat seseorang itu tidak dapat melakukan sesuatu perkara kemudian kita mengajarnya untuk melakukan perkara itu. Di situ kita dapat lihat proses pengajaran telah berlaku walaupun pada awal pagi.

Proses pengajaran terbahagi kepada dua iaitu pengajaran secara formal ataupun tidak formal. Pengajaran secara formal berlaku di institusi pendidikan seperti di sekolah, Ipt dan lain-lain lagi. Pengajaran secara tidak formal kebiasaannya berlaku di rumah iaitu ibu bapa mengajar kita sesuatu secara tidak langsung.

Di dalam hadith, nabi pernah bersabda sampaikanlah walaupun sepotong ayat. Di situ kita boleh lihat bahawa pengajaran itu harus. Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan. Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses untuk kita mendapatkan ilmu. Ilmu tidak datang bergolek. Oleh itu, kita seharusnya berusaha untuk mendapatkannya. Itu dinamakan pembelajaran.

Dalam pembelajaran perkara yang perlu ada adalah pelajar. Dalam pembelajaran kita tidak memerlukan guru. Kita boleh belajar menggunakan sumber sebagai contoh buku. Kita boleh belajar sendirian menggunakan buku. Tetapi dalam sesetengah proses pembelajaran, kita tidak boleh belajar sendirian melainkan ada tenaga pengajar.

Bilakah pembelajaran itu berlaku? Pembelajaran itu berlaku pada bila-bila masa sahaja tidak kira masa, tempat dan sebagainya. Ia tidak terhad pada masa tertentu seperti di sekolah. Pembelajaran juga boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Sebagai contoh, pembelajaran formal berlaku di sekolah seperti menulis, mengira dan sebagainya. Pembelajaran tidak formal berlaku kebiasaannya di rumah di mana kita belajar dari ibu bapa kita.

10

4.6KAEDAH DAN TEKNIK Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita perlu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

11

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedahkaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedahkaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknikteknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga
12

harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betulbetul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan

menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

4.7STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera
13

laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana

dengan

strategi

memburu

harimau

pula?

Kita

telah

membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing. Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan

14

ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang

mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintanganrintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar
15

mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

4.8Pencapaian Objektif dan Hasil Pembelajaran

Pertamanya ia perlu menggunakan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan model-model pengajaran yang sesuai. Keduanya pula harus mengetahui konsep tersebut agar pengajaran yang dijalankan berkesan dan objektif yang disasarkan tercapai. Terdapat perkaitan antara pengajaran dan pembelajaran ialah pengajaran yang berkesan berlaku jika pelajar menguasai dengan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dipisahkan. Jika adanya proses pengajaran, proses pembelajaran secara automatiknya akan berlaku secara tidak langsung. Proses pengajaran pula, tidak semestinya memerlukan tenaga pengajar.

5.0Perbincangan Maju mundur sesebuah bangsa itu bergantung kepada ilmu. Bangsa yang mendaulatkan ilmu sebagai makanan kerohanian setiap masa yakni pagi, petang dan malam, nescaya akan menjadi bangsa yang disegani dan ditakuti oleh kawan dan lawan. Tetapi kejayaan di dunia itu, sehingga banyak melahirkan tamaduntamadun lahir yang hebat-hebat, belum tentu selamat untuk beroleh kebahagian di akhirat. Sebab tamadun-tamadun lahir itu adalah hasil ibadah, dan ibadah-ibadah itu bersumberkan iman.

16

Tanpa iman, manusia tidak akan mengerjakan ibadah. Dan tanpa ibadah, manusia tidak faham erti kehambaan kepada ALLAH SWT, Tuhan penciptanya. Lantas, manusia berbuat ikut hawa nafsu dan syaitan semata. Manusia cenderung menghasilkan tamadun mereka sendiri, iaitu tamadun yang rosak dan tidak kekal. Tamadun yang terbit dari perasaan tamak dan haloba semata-mata. Demikianlah produk yang dihasilkan oleh Sistem Pendidikan kita pada hari ini. Sistem yang bertanggungjawab dalam mencorak tamadun yang dibuat dengan perasaan gah di mata dunia. Pastinya kita tidak mendapat imbuhan pahala akhirat sebab bercanggah dengan Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah. Dalilnya, kita boleh bina dan kita boleh runtuhkan ia dengan sekelip mata. Jelasnya, kita telah gagal membina peribadi-peribadi soleh dan solehah dalam masyarakat kita hari ini. Kita harus mengakui hakikat ini. Apa kesilapan dasar pendidikan hari ini sehingga tidak menghasilkan produk yang sama sepertimana Sistem Pendidikan Rasulullah. Kerana telah jelas dan nyata, Rasulullah SAW berjaya mengeluarkan produk yang dikatakan, Menjadi Abid (hamba Allah) di malam hari, dan menjadi Singa (khalifah Allah) di siang hari. Apa kelebihan cara Rasulullah itu?. Apa matlamat, dasar dan kaedah pendidikan yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW sehingga menghasilkan masyarakat contoh yang terbaik di kalangan semua umat manusia. Apa kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada Sistem Pendidikan Negara? Untuk itu mari kita melakukan bedah siasat, di mana kekurangan dan kesilapan Sistem Pendidikan Negara agar kita tidak disoal siasat sekali lagi di Hari Pengadilan, dan berakhir dengan bertekak sesama sendiri di dalam Neraka Allah SWT. Perbandingan ini melalui cara Rasulullah SAW dan cara kita zaman moden ini dengan melihat kepada tujuan atau matlamat, dasar, kaedah ataupun method, kesan pendidikan Rasulullah SAW, dan lain-lain. Untuk itu, pertama sekali kita harus memahami terlebih dahulu apa itu dikatakan Rasul.

17

A)PENGERTIAN RASUL Rasul itu utusan ALLAH, yang bertanggungjawab membawa syariat ALLAH kepada manusia. Hakikat tugas Rasul adalah Mengajar, Mendidik dan Memimpin. Mengajar sekadar menyemat ilmu di akal fikiran murid, tetapi Mendidik melibatkan hubungan, jalinan, kotak hati antara murid dengan gurunya dan Memimpin adalah natijah dari itu, iaitu tidak dinamakan Memimpin kalau murid(rakyat) tidak boleh diatur dan diarah-arah. Semuanya atas kebijaksanaan mendidik. Perkara 3M ini mestilah dibuat serentak. Sebab ketiga-tiga itu saling kait mengait dan bantu membantu dalam menjayakan perjuangan menegakkan syariat ALLAH di muka bumi. Dalam 3 perkara itu, Mendidik (Didik & Asuh) adalah yang terpenting dan teramat sulit sekali. Sebab, tiada ertinya mengajar kalau yang mendengar itu tidak boleh follow-up dan berbuat dengan apa yang kita syarah. Berjayanya sebuah kepimpinan itu bergantung kepada ketaatan, dan ketaatan adalah hasil dari didikan yang konsisten dan istiqamah. Orang tidak akan mengasuh kalau bukan bertujuan untuk menjadi seorang manusia. Ia oleh dipimpin dan memimpin dan tidak dinamakan memimpin kalau rakyat tidak boleh disuruh atau dilarang melaksanakan sesuatu tindakan. Bagaimana dikatakan mendidik atau mengasuh itu dalam erti kata yang sebenar?. Untuk mengetahui bagaimana sikap guru seharusnya mendidik, ada terdapat dalam buku Perpaduan Ummah Bermula Di Sekolah. Maksud mengajar itu memrlukan lebih dari itu. Seseorang perlu korbankan masa, tenaga dan wangnya untuk anak didiknya. Sanggup makan sedulang, tidur sebantal selain menunjukkan sikap dan akhlak yang baik kepada anak buah. Apabila didikan tidak masuk ke dalam benak hati dan akal fikiran pelajar, bagaimana kita hendak memimpin mereka kepada kebaikan. Kalau usaha kita untuk mengatur

18

dan mengarah-mengarah mereka demi kebaikan bangsa dan negara, dipandang sepi dan curiga sentiasa. Lantas usaha pembangunan negara tidak berjalan dengan sewajarnya. Itulah produk yang kita peroleh hari ini, anak watan yang bersikap kurang ajar dan tidak tahu berterima kasih kepada usaha-usaha kerajaan dan generasi terdahulu membangunkan negara tercinta. B)APA MATLAMAT ATAU TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM? Ada dua matlamat pendidikan dalam Islam. Iaitu untuk melahirkan insan yang berjiwa taqwa dan untuk melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai khalifah ALLAH. Ini dapat dikesan menerusi 2 firman ALLAH TAALA yang

bermaksud; i) Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.

(Az Zariat: 56) ii) Sesungguhnya Aku akan menjadikan di muka bumi seorang khalifah.

(Al Baqarah: 30). Ayat pertama menegaskan iaitu tujuan ALLAH menjadikan manusia ialah untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang hidupnya hanya untuk menyembah dan mengabdikan seluruh hidup kepada ALLAH semata. Melaksanakan seluruh perintah (hukum-hakam) ALLAH dalam semua aspek kehidupan manusia, dan menghindari diri dari semua larangan-Nya. Manakala ayat kedua sebagai khalifah ALLAH bermaksud, untuk melahirkan insaninsan yang sanggup bekerja sepenuh masa dengan kerajaan ALLAH untuk membangunkan syariat ALLAH dan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ALLAH. Kombinasi antara dua maksud tersebut maka lahirlah ungkapan yang masyhur iaitu, Menjadi Abid di malam hari, dan menjadi singa ALLAH di siang hari.

19

Abid berperanan sebagai hamba ALLAH yang sebaik-baiknya. Singa berperanan sebagai khalifah ALLAH yang sebaik-baiknya. Maka, dalam usaha memproses manusia menjadi hamba dan khalifah ALLAH sekaligus, maka dapat tidak Sistem Pendidikan hendaklah menjurus ke arah itu. Adakah kita mencorakkan kurikulum pendidikan kita mengikut sepertimana kehendak ALLAH itu?. Menjadi Abid dan Singa Allah? Tidak sesekali. Kalau adapun sedikit sahaja. Justeru itu, tidak hairanlah Pendidikan Islam tidak dipantau dengan baik. Demi menghasilkan pelajar yang bertaqwa tinggi. Kerana apa? Kerana matlamat kita ialah hidup senang di dunia, bukan menjamin untuk mendapatkan kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat. Dalilnya, produk yang lahir bukannya jenis hamba yang hidup mati untuk ALLAH. Tetapi untuk menyembah hawa nafsu dan syaitan semata. Hidup di dunia ini semata untuk keseronokan wang, kuasa dan wanita. Melaksanakan hukum hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan jauh sekali. Malah sesiapa yang berkehidupan Islam dianggap kolot, jumud dan beku. Tidakkah ini suatu petanda bahawa sistem pendidikan kita tidak menjurus kepada pembentukan diri sebagai hamba dan khalifah ALLAH. Tidakkah ini dikatakan perjuangan yang tersasar dari landasan pembinaan insan yang sebenar?. C)BAGAIMANA PROSES PENDIDIKAN YANG DIGUNAKAN OLEH

RASULULLAH SAW? Proses Pendidikan yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk melahirkan manusia-manusia berwatak Abid di malam hari dan Singa di siang hari adalah melalui dua peringkat pendidikan, iaitu peringkat pembangunan insan di Makkah. Kedua ialah peringkat pembangunan material di Madinah. Peringkat pertama mengambil masa lebih kurang 13 tahun, dan peringkat kedua pula 10 tahun. Sepanjang berlakunya pembangunan material itu, proses

20

pembangunan insan tetap berjalan. Sebab, insan memang perlu dibangunkan selalu kerana ia mudah lupa apabila berhadapan dengan nikmat dunia atau pembangunan material yang mencabar. Untuk mendidik insan, Al Quran mempunyai ayat-ayat khusus yang disebut ayatayat Makkiyah. Yakni ayat-ayat mengenai keimanan kepada ALLAH, kepada Hari Qiamat, dan lain-lain. Dengan ayat-ayat yang demikian itu fikiran dan jiwa insan akan menjadi yakin dengan ALLAH, serta cinta dan takut kepada-Nya. Juga yakin dengan Hari Qiamat, bahkan sangat membesarkan dan mengutamakan kehidupan di Alam Akhirat dan cinta dengan Syurga. Dalam pada itu, ayat-ayat Makkiyah akan menjadikan insan takut dengan azab kubur, azab neraka dan kedahsyatan Padang Mahsyar. Itulah iman yakni rasa hati yang cintakan ALLAH, gerun dengan Neraka, dan rindu dengan Syurga di Akhirat. Bila fikiran dan jiwa terisi dengan keyakinan begitu, maka manusia akan takut dengan dosa dan berlumba-lumba untuk beramal soleh dan berakhlak mulia. Peringkat pembangunan seterusnya ialah Pembangunan Material sudah tidak jadi masalah. Jiwa-jiwa yang telah dibangunkan dengan Iman dan Islam, rela berkorban untuk menjayakan Tamadun dan Kebudayaan Islam di atas tauhid yang sejati. Tidak ada lagi curi tulang, tuang kerja, rasuah, tidak amanah, tidak jujur, dan lain-lain serta yang lebih berat ialah mengkhianati agama, bangsa dan negara. Adakah kita melaksanakan peringkat-peringkat pendidikan yang sedemikian cara, iaitu bermula dengan Pendidikan Insan?. Tidak sekali-kali. Pendidikan Insan (di sini ialah Fardhu Ain sekolah) menjadi pelajaran sampingan yang dibuat pada hari-hari cuti umum atau sebelah petang sahaja. Kita (termasuk sikap ibu bapa) tidak memberi tumpuan penuh kepada pencapaian subjek ini

21

berbanding pendidikan yang menjurus kepada kebendaan (sains, matematik, dan lain-lain). Sebab apa?. Sebab di situ terletaknya jaminan hidup di masa depan. Gara-gara sikap tawakal dan tauhid kepada ALLAH sudah tiada. Sekiranya keyakinan kepada azab neraka ALLAH sudah tiada, apa faktor pengawal yang boleh menjaga ia dari melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri dan negaranya di hari muka kalau bukannya iman. Tidak hairanlah, tahun demi tahun, akta dan undang-undang jenayah digubal untuk mengawal mereka-mereka yang abnormal ini. Sehinggalah Malaysia hari ini dikenali dunia sebagai negara yang paling banyak menyekat orang ramai dengan undangundang. D)APA DASAR PENDIDIKAN YANG DIAMBIL OLEH RASULULLAH SAW? Daripada dua proses Pembangunan Insan dan Pembangunan Material di atas, yang lebih ditekankan ialah Pembangunan Insan. Malah, ia menjadi dasar pendidikan yang pertama dan utama sekali diambil perhatian oleh Rasulullah SAW sebelum Pembangunan Material. Ringkasnya, individu-individu yang hidup dalam sistem jahiliah perlu diubah terlebih dahulu kepada peribadi-peribadi soleh dan solehah, sebelum digerakkan untuk menjalani sistem hidup Islam sepenuhnya. Matlamat Pembangunan Insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa mengharapkan apa-apa upah. Mereka berjuang menegakkan tamadun dan empayar Islam dengan tujuan untuk menyelamatkan manusia dan dunia amnya daripada sebarang kekejaman dan pemusnahan. Keuntungan yang diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan, tetapi keredhaan ALLAH dan keampunan-Nya. Itu barulah bertepatan dengan gelaran hamba dan khalifah ALLAH yang bersifat sejagat.

22

Dengan kata lain, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah berjaya mengubah fikiran, jiwa dan fizikal manusia sehingga berjaya mencetuskan zaman kegemilangan tamadun manusia. Itulah rahsia kejayaan Rasulullah dalam melahirkan generasi contoh, dan membina sebuah negara yang cukup indah sehingga mendapat pujian ALLAH dengan firmanNya; Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH. (As Saba: 15) Berbeza dengan sistem pendidikan Negara, kita lebih menumpukan usaha kepada Pembangunan Fizikal. Membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan itu perkara kedua. Maka berlakulah pencapaian tamadun lahir kita menongkat langit, tetapi tamadun batin kita (akhlak dan sifat kehambaan) merudum jatuh. Jelasnya, sistem pendidikan kita hanya mampu mengubah dasar, matlamat dan teknik pentadbiran lahir sahaja. Kita tidak dapat mengubah jiwa manusia sehingga membuat mereka merasakan diri mereka sebagai hamba ALLAH sebenar-benarnya.

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Sebab belum tentu negara boleh terbangun, kalau kita mencuaikan Al Quran dan Sunnah. Tetapi kalau kita mengutamakan Al Quran dan Sunnah dalam kehidupan, Pembangunan Material akan sendirinya akan terbangun dan terbela. Dan, tidak akan ada orang akan merempuh bangunan

pencakar langit KLCC dengan kapal terbang sebagai copyright kepada peristiwa 11 September di WTC, New York. Kerana apa? Sebab insan sudah terdidik. Orang tidak akan buat kerja gila seperti itu lagi kerana takutkan dosa. E)APA KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI OLEH RASULULLAH SAW? Kaedah atau method yang digunakan oleh Rasulullah SAW mudah sahaja.

Semudah A, B dan C. Tidak perlu pembaris, kompas, alat tulis, bangunan air-cond dan lain-lain. Hanya pakai batu dan pelepah tamar sahaja.

23

Rasulullah SAW menggunakan pendekatan Pendidikan Informal, iaitu suatu bentok pendidikan tidak resmi. Ia berlaku pada sebarang tempat, pada sebarang waktu dan pada sebarang orang, tidak kira kecil atau besar, tua atau muda. Rasulullah memberi priority kepada pendidikan informal daripada pendidikan formal (resmi) kerana kaedah informal lebih berkesan, praktikal dan memberi hasil yang cepat dan konkrit. Manakala pendidikan formal hanya menambahkan teori-teori yang jarang dipraktikkan. Sistem Pendidikan Rasulullah ini kelihatan mempunyai maksud untuk melahirkan manusia yang mengamalkan ilmu. Baginda tidak menekankan ilmu yang tinggi atau ilmu yang banyak, sebaliknya memberi keutamaan kepada pengamalan ilmu. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, Barangsiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, ALLAH akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu. (dikeluarkan oleh Abu Nuaim). Sehubungan dengan itu, guru mesti menjadi contoh yang baik terhadap anak-anak muridnya. Sikap dan percakapan guru sepanjang masa di dalam pergaulannya dengan murid-murid mesti bersifat mengajar dan mendidik. Kiranya berlaku hal yang sebaliknya, ertinya guru itu sudah menggagalkan matlamat pendidikannya supaya anak-anak muridnya beramal dengan ilmu yang mereka peroleh. Oleh kerana sistem pendidikan Rasulullah tidak memberi penekanan kepada menghafal, mengingat dan menulis kembali ilmu tetapi ialah pada pengamalan. Maka, sudah tentu tidak ada apa-apa sijil kelulusan yang hendak dikeluarkan. Sebab produk akhir yang dikehendaki ialah TAKWA, dan ukuran takwa ialah pada akhlak dan amal soleh. Takwa itulah nilai tertinggi bagi seseorang yang menuntut ilmu kerana ALLAH. Seperti kata pepatah, Jadilah seumpama padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan jadi seperti lalang, semakin tinggi semakin mencucuk!. Dengan kaedah-kaedah di atas, pelajar yang lahir dari sistem pendidikan Rasulullah ialah orang yang terus beramal, bekerja dengan ilmu yang ia dapat, bukan kerana gaji tetapi kerana ALLAH. Ertinya mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab,

24

bersih daripada dosa dan maksiat, dan selamat daripada mengharapkan sebarang kepentingan duniawi atau peribadi. Berlainan sikap dengan kita sebagai guru di zaman moden ini. Kita memberi segalagalanya kepada pelajar-pelajar kita. Dengan projektor, slaid, komputer, bilik air-cond, dan lain-lain. Apa yang kita peroleh?. Memanglah ilmu yang mereka dapat itu tinggi, tetapi adakah mereka beramal dengan ilmu yang mereka dapat itu?. Maka, cara yang sebaik-baik untuk memproses taqwa ialah melalui pendidikan informal. Sebab ilmu yang diajar secara informal itu (di bawah pokok dan sambil jalan-jalan itu) lebih berkesan dan meresap ke dalam benak hati mereka. (Seperti kisah apabila Nabi SAW melihat bangkai anjing semasa berjalan-jalan dengan sahabat-sahabatnya, baginda berkata, Inilah Dunia!. Tersentak jiwa sahabat.. begitu hina sekali dunia ini, sekadar 1 hari penghidupan berbanding akhirat yang kekal abadi!. Lantas mereka terus sujud akur kepada kebenaran Illahi. Tidak ada keinginan untuk curi tulang, dan sebagainya). Dan insyaallah, jika kaedah informal ini ditukar stailnya kepada musafir sufi berteknologi, dan belajar dari Universiti Kehidupan, nescaya mereka akan terus mantap, ghairah beramal dengan ilmunya berserta panduan dan tauladan dari guru. Dan, ganjaran dari kaedah mujahadah ini ialah TAQWA. Dengan taqwa sahaja kita akan beroleh bantuan Rijalul Ghaib, iaitu tentera-tentera ALLAH sebagaimana firman-Nya, ALLAH menolong orang-orang yang bertaqwa. F)APA PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMKAN ORANG TENTANG ISLAM? Lain orang lain kekuatan akalnya. Tentunya lain pulalah pendekatan yang digunakan untuk memahamkan orang tentang Islam. Seperti contoh, kalau ia seorang budak kecil, kita sebagai guru hendaklah melakukan sebagai budak kecil juga, supaya dia mudah faham.

25

Demikianlah pendekatan pendidikan Rasulullah apabila berhadapan dengan umatumatnya. Hal ini selaras dengan firman ALLAH SWT, Serulah kepada Tuhanmu secara hikmah dan pengajaran yang baik, dan berhujah dengan mererka secara yang baik. (An Nahl: 125). Dalam menunaikan tuntutan hikmah dan bijaksana itu, Rasulullah membahagikan golongan yang menjadi sasaran dakwah dan pendidikan kepada 3 kategori, iaitu yang pertama ialah Golongan Khawas (istimewa), kedua, Golongan Awam, dan ketiga, Golongan Degil. a) Golongan Khawas (istimewa) ialah orang-orang yang menerima

kebenaran hanya apabila ia disampaikan dengan hujah yang tepat, jelas dan benar. Mereka adalah golongan bijak pandai, cerdik dan berilmu. Mereka hanya akan menerima sesuatu kalau ada dalilnya. Untuk menghadapi mereka, Rasulullah menggunakan susunan perkataan yang mengandungi hukum yang sahih dan dalil yang terang serta hujah-hujah yang tepat. Hingga dengan itu hilanglah keraguan mereka, bahkan mererka melihat Islam begitu tinggi nilai kebenarannya yakni mengatasi pegangan-pegangan yang lain. b) Golongan Awam pula tidak memerlukan hujah yang ilmiah dalam

menerima kebenaran, kerana fikiran mereka tidak diragukan oleh berbagai-bagai persoalan. (Tidak seperti golongan khawas, golongan ini banyak sangat bertanya dan hampir-hampir mereka tidak dapat berbuat dengan suruhan). Sebaliknya golongan awam cukup dengan melihat kebaikan yang ada untuk dibuat pegangan hidup. Kerana itu Rasulullah mendekati mereka dengan nasihat yang baik. Iaitu dengan mendatangkan iktibar yang memuaskan hati atau yang memberi pengajaran, pendidikan serta ibarat-ibarat yang memberi manfaat. c) Golongan Degil ialah golongan yang mempunyai rasa tidak senang

dengan sesuatu. Untuk mendekati mereka, Rasulullah mengajak mereka berdailog tentang hal-hal yang tidak disenangi itu.

26

Dialog itu dibuat dengan sebaik-baiknya, mudah dan lemah lembut. Hujah-hujahnya adalah hujah logik yang boleh diterima akal, demi memadamkan hujah yang membuat hati mereka tidak senang dengan Islam. Hasil dialog membolehkan mereka menerima perintah-perintah ALLAH. Kalaupun mereka tidak boleh terima, mereka sudah tidak ada hujah lagi untuk menolaknya. Contoh hujah sepertimana firman ALLAH, Katakanlah, kemukakanlah 10 surat yang diada-adakan itu yang menyamai Al Quran. Dan panggilah siapa-siapa yang kamu sanggup selain ALLAH, kalau kamu memang orang-orang yang benar. (Hud: 13) Demikianlah 3 pendekatan yang digunakan oleh Sistem Pendidikan Rasulullah. Dan ianya dibuat dengan cara penyampaian yang berbagai-bagai pula, samada dengan menjawab soalan, mengaju sendiri soalan dan menjawabnya pula atau membuat bandingan dan lain-lain. Segala-galanya dibuat untuk lebih menarik perhatian dan kefahaman. Dan biasanya, percakapan Rasululah itu tepat, ringkas, padat dan tidak menjemukan. Adakah kita menggunakan pendekatan seperti itu?. Iaitu

membahagikan manusia kepada beberapa golongan pencari kebenaran. Rasulullah SAW membahagikan manusia kepada tahap penerimaan mereka kepada kebenaran. Supaya setiap usaha dakwah yang melibatkan masa dan wang tidak siasia begitu sahaja kerana tidak menepati golongan sasaran. Dalam erti kata lain, perbelanjaan ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mendapat pulangan yang setimpal, iaitu kelahiran anak soleh dengan kos yang minimum. G)APA SUMBER AMBILAN PENDIDIKAN RASULULLAH SAW? Seperti yang diketahui, pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah ialah Pembinaan Insan. Sebab tanpa pembinaan insan (iman dan akhlak), pembinaan material akan melahirkan masyarakat yang tempang dan pincang. Keadilan, keamanan dan kebahagiaan hidup masyarakat akan hilang. Justeru itu, sumber utama ambilan Rasulullah untuk mendidik jiwa dan rohani manusia ialah dengan Al Quran dan Hadis. Sebab ALLAH yang mencipta manusia, ALLAH jugalah yang tahu bagaimana untuk membaiki dan mendidik hati-hati manusia. Kita lihat apa langkah-langkah pendidikan yang diambil Al Quran dan Hadis untuk mendidik akhlak, jiwa dan fikiran manusia.
27

1)

Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap

ALLAH SWT. Ini dibuat dengan membawa manusia berfikir tentang kebesaran ALLAH, kuasa ALLAH, kehebatan ALLAH, kebaikan ALLAH, rahmat ALLAH serta nikmatnya. 2) Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga ALLAH, rahmat ALLAH,

keampunan ALLAH, bantuan ALLAH dan lain-lain. Ini dilakukan dengan menyebut khabar-khabar gembira (tabsyir) tentang perkara-perkara tersebut. 3) Mendidik iman dan taqwa di hati agar manusia berasa gerun dengan Neraka

dan azab ALLAH, serta ugutan-ugutan dan kemurkaan ALLAH. Hal ini didapati dengan menyebut perkara-perkara yang menakutkan manusia (tanzir). 4) Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia. Untuk itu,

Al Quran banyak menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh agar menjadi panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan sebenar. 5) Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat daripada

api Neraka. Maka diceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh ALLAH seperti Firaun, Namrud, Qarun, Haman, dan lain-lain. 6) Mendidik manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang

Islam, agar selamat di dunia dan di Akhirat. Maka Al Quran mengajar tentang syariat atau hukum-hakam ALLAH. Ada perkara haram dan makruh yang perlu dijauhi. Ada perkara wajib dan harus yang perlu dibuat. Oleh kerana kita mementingkan pendidikan material untuk membangunkan negara, maka kita kurang menumpukan kepada pembinaan insan (jiwa). Justeru itu, sumber rujukan kita ialah kitab dunia, iaitu Sains Encyclopedia, National Geography, dan lain-lain. Kita hendak melahirkan saintis-saintis yang terhebat dengan ciptaan-ciptaan yang anggun. Maka, Al Quran dan Sunnah tinggal jadi bahan pameran dan harapan sahaja. Konon-kononnya, kita sebagai pejuang agama ALLAH tidak mungkin dibiarkan begitu sahaja oleh ALLAH SWT. Pasti akan ditolongnya memerangi tentera kafir.

28

Begitu sekali sangkaan kita, sehingga tidak sempat hendak mencermin diri samada kita layak untuk menerima kurniaan ALLAH sebesar itu. H)AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI CONTOH DAN ROLE MODEL Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Apa yang baginda cakapkan, baginda laksanakan. Inilah rahsia pendidikan yang cukup penting, iaitu guru melaksanakan dahulu sebelum diajar kepada murid-murid. Sebagaimana perintah ALLAH, Wahai orangorang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat. Amat besar kebencian di sisi ALLAH bila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. (As Saff: 2-3) ALLAH marah dan benci pada seseorang yang pandai bercakap tapi tidak berbuat. Kerana sikap itu akan mempersia-siakan ilmu. Dia akan membuat orang yang diajar pun bersikap serupa. Sehingga ilmu hanya untuk dibanggakan tapi tidak dilaksanakan. Ini bertentangan dengan kehendak Al Quran dan Sunnah itu sendiri. Sebab pendidikan Islam itu mengajarkan cara hidup yang mesti ditegakkan dalam realiti kehidupan, kerana Islam itu Cara Hidup (Dinulhayah). Bagaimana hendak dikatakan cara hidup, kalau semua ilmu Islam setakat di akal fikiran (teori semata), bukan dilaksanakan secara praktis dalam semua aspek kehidupan. Rasulullah SAW telah membuktikan tentang praktikalnya Al Quran, sekaligus memberi contoh tentang cara hidup Islam yang diperintahkan oleh ALLAH SWT. Sikap dan akhlak baginda itu dicontohi dan dikuti oleh para sahabat. Mereka pelajari dikala Rasulullah bersama-sama mereka. Sembahyang berjemaah, makan

sedulang, tidur sebantal. Duduk tidak pernah tinggi daripada sahabat, pakaian tidak berbeza dengan sahabat. Baginda bercakap, berbincang dan bermesra bahkan bergurau dengan sahabat. Dengan kebenaran dan keindahan Islam yang begitu menarik hati, yang kelihatan pada diri Rasulullah, sahabat-sahabat berlumba-lumba untuk mencontohi Rasulullah

29

dalam apa juga yang baginda lakukan. Rasulullah benar-benar satu teladan yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya. Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah itu, maka para sahabat rela hidup semati bersama Rasulullah. Apa kata Rasulullah, ditaati sepenuh hati. Bahkan mereka sanggup mati demi mempertahankan dan melindungi Rasulullah. Dengan itu, setiap hukum-hakam ALLAH yang disampaikan pada mereka, bukan saja mereka dengar dan patuh, bahkan mereka perjuangkan dengan rela hati sebagai cita-cita hidup. Dan mereka berkorban apa saja hingga rela terkorban segala-galanya demi untuk ALLAH dan Rasul. Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak. Ia mampu membeli hati-hati manusia dan menyatukan hati-hati itu dalam satu barisan yang teratur kukuh. Dan hati manusia tidak boleh dibeli dengan wang, projek, dan sebagainya. Sebagaimana firman ALLAH SWT, Jika kamu belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk menjinakkan hati manusia, nescaya kamu tidak dapat melakukannya. Tapi ALLAH-lah yang menjinakkannya. (Al Anfal: 63)

6.0Kesimpulan Semua aspek sistem pendidikan bercanggah dengan cara yang Nabi SAW buat!. Baik dari segi kaedah, tujuan, dasar, pendekatan dakwah, dan lain-lain. Sedangkan itu semua adalah siasah yang wajib dalam Sistem Pendidikan Rasulullah. Satusatunya sistem pendidikan di dunia yang telah berjaya menegakkan Sistem Islam (hukum hakam Islam) dalam kehidupan manusia sehingga meliputi 3/4 dunia. Jelasnya, kita manusia bergelar umat moden abab ke 22 masih meraba-meraba mencari suatu kaedah pendidikan yang boleh menjadikan menusia sebagai seorang hamba dan khalifah ALLAH yang sebenar-benarnya. Apa rahsia kejayaan Rasulullah SAW sehingga berjaya membentuk manusia menjadi sebagai Abid di malam hari, dan pejuang ALLAH di siang hari itu?.

30

Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Rasulullah mempunyai sahabat-sahabat seperjuangan yang berhati Zuhud dengan dunia. Hati mereka tidak terpaut dengan dunia yang sementara. Kerana hati mereka terpaut dengan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Justru itu, mereka bertindak memperalatkan dunia untuk tujuan memburu Akhirat, kerana Dunia itu tanam-tanaman untuk ke akhirat. (hadis). Dengan adanya sahabat-sahabat Rasulullah yang berjiwa sedemikian, maka dengan mudah dan cepat Sistem Hidup Islam atau hukum ALLAH itu tertegak dalam kehidupan masyarakat. Dengan iman dan taqwa mereka cukup berani untuk memecah tradisi hidup jahiliah untuk digantikan dengan Islam. Amalan Islam yang adil, berakhlak dan sesuai dengan fitrah manusia yang mereka amalkan membuatkan orang ramai tertarik sehingga mendorong mereka masuk Islam serta turut sama membangunkan cara hidup Islam. Kejayaan sedemikian berpunca daripada pendidikan insan (jiwa) yang menjadi priority dalam proses pendidikan Rasulullah SAW. Baginda mendidik hati agar zuhud dengan dunia, dan sebagai gantinya baginda menanamkan rasa cinta kepada kehidupan akhirat. Dengan adanya sifat zuhud maka manusia tidak terhalang untuk melaksanakan dan memperjuangkan hukum-hakam ALLAH dalam kehidupan manusia sejagat. Secara otomatiknya, pembangunan fizikal turut berlaku yang memungkinkan lahirnya Tamadun dan Kebudayaan Islam yang sebenar. Tamadun dan budaya yang suci murni terbit dari hati hamba dan khalifah ALLAH yang bertaqwa. Inilah yang diberi pujian oleh ALLAH SWT sebagai, Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH dan sewajarlah mereka mendapat bantuan ALLAH terhadap orang-orang kafir sebagaimana janji-Nya, ALLAH menolong orang-orang yang bertaqwa.

31

Bibliografi Syed Ali Ashraf. Horizon Baru dalam Pendidikan Islam. Penterjemah, Ismail Ahmad. DBP 1994

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

H.H Bilgrami dan S.A. Ashraf. The Concept of an Islamic University

Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad. Islamic Sociology: An Introduction

Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam, DBP 1992 Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Pendidikan Rasulullah.

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 (KO-PIM 11)

The Star, 9 Disember 2006

Berita Harian, 10 Disember 2006

32

You might also like