Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penerangan ringkas Modul
Modul ini dirancang untuk membantu guru memahami bagaimana murid mempelajari sains selaras dengan model pembelajaran “contructivism” dan implikasinya terhadap pengajaran. Pembelajaran sains boleh dipertingkatkan melalui aktiviti berpusatkan murid yang merangsangkan penggunaan minda dan mengembangkan kemahiran manipulatif. Oleh yang demikian, modul ini dirancang dengan menekankan aktiviti “mindson” dan “hands-on” untuk membantu guru memahami dengan lebih jelas kaedah simulasi, projek, perbincangan dan eksperimen. Guru-guru juga diperkenalkan bagaimana menggunakan teknik menyoal untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains di bilik darjah.

Objektif
Objektif modul ini adalah untuk 1. 2. membolehkan guru memahami bagaimana murid mempelajari sains dan implikasinya terhadap pengajaran. meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran murid menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep sains, penguasaan kemahiran saintifik dan penerangan sikap dan nilai murni. meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran sains rendah seperti simulasi, projek dan eksperimen. menjelaskan pandangan guru tentang kaedah perbincangan dan teknik menyoal untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains.

3. 4.

1

Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang yang akan menyebabkan perubahan tingkah laku atau tindakan. Guru perlu memahami bagaimana murid belajar sains dengan pelbagai cara, gaya, tanggapan dan sikap untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Jadual berikut jelas bagaimana murid belajar sains dan implikasinya terhadap pengajaran. Bagaimana murid belajar Sains 1. Murid belajar sains secara aktif dengan membentuk kefahaman yang bermakna daripada input deria (hidu, lihat, rasa, dengan…..). Kefahaman yang bermakna berlaku apabila murid dapat menghubung kaitkan pengetahuan yang sedia ada yang tersimpan dalam storan memori dengan input deria. Implikasi terhadap pengajaran Untuk memastikan pengaliran input deria yang berterusan, guru perlu memberi peluang kepada murid menggunakan kemahiran manipulatif dan kemahiran proses seperti memerhati, menginferens dan membuat hipotesis. Menurut Gagne (seorang ahli psikologi kognitif), proses sains ini adalah asas kepada pendekatan pengajaran inkuiri-penemuan. Jika input yang diterima oleh murid ialah melalui proses penerangan guru sahaja, pembelajaran murid tidak berlaku sepenuhnya.

2

Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bagaimana murid belajar Sains

Implikasi terhadap pengajaran Guru perlu menjalankan aktiviti berpusatkan murid secara kumpulan kecil untuk menggalakkan perbincangan yang aktif. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang baik untuk menggalakkan perbincangan yang aktif. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang baik untuk menggalakkan murid bercakap untuk merangsang pemikiran yang kreatif dan kritis.

2. Murid mempunyai idea dan tanggapan yang tersendiri berdasarkan kepada pengalaman dan kefahaman sendiri. Pandangan murid yang telah sedia terbina dengan kukuh amat sukar diubah. Dengan semata-mata memberitahu murid idea yang sebenar, guru sukar mengubah pandangan murid. Contoh Pandangan ahli Sains: 1. Serangga ialah haiwan 2. Kupu-kupu ialah haiwan 3. Haiwan dan binatang adalah sama. Pandangan murid: 1. Serangga bukan haiwan. 2. Kupu-kupu bukan haiwan tetapi ialah serangga. 3. Binatang itu bukan haiwan

Melalui aktiviti berpusatkan murid, akan membolehkan mereka:
a. melahir dan menjelaskan idea b. mencabar idea di antara satu

sama lain
c. memantapkan kefahaman

konsep.

“Kupu-kupu ialah serangga, bukannya haiwan.”

3

memproses pengalaman yang berlainan Implikasi terhadap pengajaran Guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pendekatan untuk: memenuhi pelbagai murid di bilik darjah. Berfikir secara menumpu (convergent) berbanding dengan berfikir secara mencapah (divergent) a. Murid mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan terhadap persekitarannya kerana mereka • • • • mempunyai persepsi yang berbeza. Murid belajar dengan pelbagai cara bergantung kepada keperluan. Jarang terdapat dua orang murid mempunyai pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran yang sama.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bagaimana murid belajar Sains 3. Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi pelbagai keperluan murid: ♦ Susunan kelas yang luwes ♦ mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran ♦ penilaian sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran murid ♦ merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan kreativiti sendiri ♦ pembelajaran dalam kumpulan kecil ♦ peningkatan kemahiran sosial ♦ pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid ♦ keluwesan guru sebagai pemudah cara ♦ murid membuat refleksi kendiri Contoh gaya pembelajaran: Belajar secara individu berbanding dengan belajar secara berkumpulan b. bertindakbalas dengan cara yang berbeza. minat dan gaya. ♦ murid menilai dan berkongsi pengalaman pembelajaran 4 . keperluan dan Menimbulkan minat murid menyeronokkan pembelajaran.

mencabar dan berkaitan dengan pengajaran menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid mengandungi lebih daripada jawapan `ya’ Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid secara aktif. Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi. Soalan yang dikemukakan hendaklah: • • • • • jelas dan mengandungi satu idea ringkas supaya mudah diingati oleh murid menepati masa. Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan. menolong mengulang kaji pelajaran yang lepas dan mengukuhkan pelajaran yang sedang disampaikan. Selain daripada itu. Teknik Menyoal Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kemahiran Menyoal Kemahiran menyoal boleh menjadi salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk menggalakkan interaksi antara guru dan murid serta murid dan murid. penyoalan berupaya mendapatkan maklumat dengan cara mencungkil pengetahuan murid. diminati. Oleh itu. analitis. guru perlu menggunakan soalan sekerap mungkin. 5 . Penyoalan berupaya mewujudkan iklim interaksi yang lebih merangsangkan di kalangan murid serta merangsangkan murid untuk terus berminat dalam pelajaran mereka. perkembangan dan peringkat penutup pelajaran. adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalansoalan secara spontan. Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan.

6 . guru mengemukakan soalan kepada murid b. guru boleh memanggil murid tertentu menjawab e. guru memberi masa untuk murid menjawab c. guru memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan seterusnya ajukan jawapan murid tersebut kepada murid lain. Peringkat Perkembangan Pelajaran Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: • • • menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan memastikan penyertaan murid yang aktif mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka. guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas d. Peringkat Penutup Soalan pada peringkat penutup digunakan untuk • • membuat rumusan pelajaran menguji kefahaman murid secara menyeluruh.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Peringkat Permulaan Pelajaran Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: • • • mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan. Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan seperti yang berikut: a.

Contoh: 1. 7 . Pada pendapat anda. Ceritakan apa akan berlaku jika planet bumi berputar menghampiri matahari. analitis dan rasional murid sebelum memberikan jawapan. Nyatakan 4 peringkat perkembangan kupu-kupu? 2. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan. Di samping itu soalan elok dikemukakan mengikut turutan yang logik dan jawapan murid diulangi untuk menunjukkan pentingnya jawapan yang lebih mendalam dan dapat menjelaskan `mengapa’ dan `bagaimana’. Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan soalan mencapah. Soalan Menumpu Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara bersiri.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pastikan ramai murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran. Beri pertimbangan kepada soalan-soalan `fakta’ dan soalan-soalan yang memerlukan `pemikiran’. Mengapakah agaknya ramai orang tidak mengendahkan tentang masalah pencemaran? 2. Namakan 3 jenis tumbuhan yang dibiakkan daripada keratan batang? 3. Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas. Contoh: 1. berikan alasan kesan sampingan tentang teknologi kepada manusia. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu. Perihalkan 4 peringkat perkembangan rama-rama 4. 3. Terangkan bagaimana ikan dapat bernafas dalam air Soalan Mencapah Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis.

Berikut ini ialah tujuan Kemahiran Menyoal diadakan. Selepas sesi Kemahiran Menyoal. Matlamat utama sesi Kemahiran Menyoal ialah untuk melahirkan murid yang q q q berilmu pengetahuan mahir dan yakin dalam komunikasi lisan pandai bergaul dan berinteraksi 2. guru perlu menilai aspek-aspek berikut kecuali: q q q adakah sesi menyoal itu mencapai matlamat adakah murid yang takut menjawab soalan telah mengubah sikapnya adakah semua murid mengambil bahagian 4. Tandakan √ pada jawapan pilihan kamu. kecuali q q q memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran menyenangkan murid menghafal fakta-fakta yang telah dipelajari membolehkan murid berfikir secara kritis 3. 8 . SEMAKAN KENDIRI Sila jawab soalan-soalan berikut sebelum dan selepas anda membaca rencana tentang Kemahiran Menyoal ini. Biasanya. 1. sesi menyoal yang dijalankan dalam kelas adalah q q q berpusatkan guru berpusatkan murid berpusatkan guru dan murid.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tugas Peserta Kursus: Sediakan 5 soalan menumpu dan 5 soalan mencapah berdasarkan isi pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4.

Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EKSPERIMEN Kaedah eksperimen merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan dalam pendidikan sains. beberapa pertimbangan perlu diambil kira bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar di samping mencapai matlamat dan objektif pengajaran. Bagi melaksanakan kaedah eksperimen. • Oleh kerana itu. kaedah eksperimen memberi peluang kepada murid mengalami satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna sesuai dengan sikap dan minat ingin tahu tentang diri sendiri dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar mereka. Perancangan awal perlu dilakukan dengan memikirkan persoalan seperti berikut: • • • • • • • • • • • • Apakah objektif khusus yang hendak dicapai? Apakah persoalan/masalah yang hendak dikaji? Apakah soalan-soalan yang perlu disediakan untuk membimbing pelajar membuat hipotesis? Apakah konsep dan prinsip sains yang hendak disampaikan? Apakah kemahiran proses sains yang hendak diberi keutamaan? Apakah bahan dan alat radas yang perlu disediakan? Bagaimanakah eksperimen akan dijalankan? (Secara individu/berpasangan/berkumpulan?) Apakah prosedur eksperimen tersebut? Bagaimanakah hasil eksperimen direkodkan? Bagaimanakah hasil eksperimen hendak dibincangkan? Apakah soalan-soalan yang perlu disediakan untuk sesi perbincangan? Apakah kesimpulan eksperimen ini? 9 . ketabahan dalam mencari jawapan atau penyelesaian terhadap sesuatu masalah. fikiran terbuka. di samping secara sistematik diasuh untuk menguasai kemahiran seperti kemahiran proses sains. tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan sebagainya. Di antara ciri-ciri utama kaedah eksperimen ialah: • unsur-unsur inkuiri dan sikap saintifik dalam kaedah ini seperti naluri ingin tahu. Istilah eksperimen ini sering diertikan dengan proses menjalankan kajian atau penyiasatan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam alam sekitar. unsur-unsur pembelajaran melalui pengalaman perlu diberi penekanan. kreatif dan analitis. kemahiran berfikir secara kritis. Ini bermaksud seseorang itu dibimbing untuk menemui atau memperoleh ilmu pengetahuan.

Data ini dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami seperti jadual atau graf. Kesesuaian dan keberkesanan teknik eksperimen yang dibentuk hendaklah dipertimbangkan. Guru mengingatkan murid bahawa hipotesis yang hendak diuji itu memerlukan murid memerhati dengan teliti. Masa yang mencukupi diberikan kepada murid untuk menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. memahami perlunya ada pembolehubah yang dikawal.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah-Langkah Menjalankan Kaedah Eksperimen Langkah 1 : Mengenal pasti Masalah Guru mengemukakan beberapa soalan untuk menarik perhatian murid tentang apa yang hendak dikaji. Langkah 4 : Menjalankan Eksperimen Eksperimen yang hendak dijalankan ini sebaik-baiknya dicuba terdahulu oleh guru pada masa yang lain. Alat/Radas dan bahan yang mencukupi hendaklah disediakan terlebih awal. Langkah 5 : Merekod Data Hasil daripada pemerhatian. 10 . Seberapa boleh biarkan murid menjalankan eksperimen dengan usaha sendiri. Bimbingan dan galakan memainkan peranan penting untuk mendorong murid berfikir secara kritis dan kreatif terhadap masalah. Langkah 2 : Merancang Prosedur Murid diminta membuat hipotesis (telahan/jangkaan) tentang masalah tersebut. Langkah 3 : Merancang Prosedur Eksperimen hendaklah dirancang dengan rapi untuk membolehkan murid menyiasat dengan lebih lanjut tentang hipotesis yang telah dibentuk. murid mengumpul data yang diperolehi daripada eksperimen.

Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. 2. Langkah 8 : Membuat Kesimpulan Guru membimbing murid membuat rumusan eksperimen. Anak pokok keembung (tinggi 10cm) Air Tanah Mangkuk Kotak berlubang Objektif Khusus Tujuan Eksperimen : : Bahan dan Radas : Langkah-Langkah Langkah 1 : Mengenal pasti masalah Guru menerangkan persoalan yang hendak disiasat Contoh: Bagaimanakah tumbuhan bergerak balas untuk mendapatkan cahaya? 11 . Mengkaji cara tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya 1. Guru membimbing murid-murid menganalisis data pemerhatian. Murid mempamerkan hasil kerja di sudut sains untuk dikongsi bersama. murid dapat menentukan sama ada hipotesis yang dibuat betul atau salah.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah 6 : Mentafsir Data Pentafsiran data hendaklah dilakukan berdasarkan hasil eksperimen. 3. haiwan dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup. Pada peringkat ini. 5. Memerihalkan pelbagai cara tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan. Contoh Kaedah Eksperimen Bidang Kajian Objektif Umum : : Menyiasat Alam Kehidupan Memahami bahawa manusia. 4. Murid melapor hasil kerja di hadapan kelas. Langkah 7 : Perbincangan Kelas Dapatan setiap kumpulan dibentangkan dan dibincangkan.

3. 6. Langkah 3 : Merancang Prosedur Guru mengedarkan kertas arahan eksperimen atau kad tugasan kepada murid. Tumbuhan akan condong ke arah yang bertentangan kepada sumber cahaya. 2. Tumbuhan tidak bergerak balas terhadap sumber cahaya 2.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah 2 : Membuat Hipotesis Guru mengemukakan soalan untuk membimbing murid membuat hipotesis. Masukkan tanah yang sama banyak dan sama jenis ke dalam dua buah mangkuk yang sama besar. angkat kotak yang menutup pokok di pasu A. Contoh arahan eksperimen adalah seperti berikut: 1. 1. Tumbuhan akan condong ke arah sumber cahaya 3. Masukkan pokok di dalam mangkuk A ke dalam sebuah kotak berlubang. 5. 7. Siram air dari sumber yang sama ke dalam kedua-dua mangkuk dua kali sehari. 4. Di antara pernyataan hipotesis untuk membimbing murid membuat hipotesis. 12 . Rajah 1 : Eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya terhadap gerak balas tumbuhan. Labelkan A dan B pada mangkuk-mangkuk itu. Pastikan kuantiti air yang digunakan sama banyak. Perhatikan pergerakan batang dan daun kedua-dua pokok tersebut. Selepas sehari. Rekodkan pemerhatian anda. Pastikan pokok di dalam kedua-dua mangkuk bersebelahan dan diletakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

tumbuhan yang di dalam kotak condong ke arah cahaya. Contoh kesimpulan Tumbuhan akan condong ke arah sumber cahaya. Langkah 8 : Membuat Kesimpulan Guru membimbing murid membuat rumusan eksperimen. Semua hasil eksperimen dibincangkan.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah 4 : Menjalankan Eksperimen Murid-murid menjalankan eksperimen. Langkah 5 : Merekod Data Guru meminta murid merekod hasil eksperimen. guru meminta murid melukis keadaan batang dan daun kedua-dua pokok setelah kotak berlubang di mangkuk A diangkat. Langkah 6 : Mentafsir Data Guru mengadakan sesi soal jawab bagi membimbing murid menganalisis lukisan. Contohnya. 13 . Tumbuhan yang diletakkan di dalam kotak condong ke arah lubang atau Didapati. Contoh tafsiran data. Langkah 7 : Perbincangan kelas Guru meminta wakil daripada beberapa kumpulan membentangkan hasil eksperimen masing-masing.

magnet silinder. …………………………………………………………………………………………. 14 .Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUGASAN Kumpulan anda dikehendaki menjalankan suatu penyiasatan menggunakan kaedah eksperimen yang bertujuan untuk mengkaji daya tarikan magnet pelbagai bentuk. magnet cincin. Catatkan hipotesis pada KAD HIPOTESIS Rancang prosedur untuk menjalankankan eksperimen ini. Rekodkan data anda dan bina sebuah histogram. magnet berbentuk ladam. Buat penyiasatan ini berdasarkan kepada maklumat yang terdapat di dalam Kad Tugasan seperti di bawah:KAD TUGASAN Objektif Bahan : : Mengkaji daya tarikan magnet pelbagai bentuk. …………………………………………………………………………………………. benang. KAD HIPOTESIS Tujuan Eksperimen: Mengkaji daya tarikan magnet pelbagai bentuk Hipotesis kumpulan ini ialah: …………………………………………………………………………………………. magnet berbentuk U. klip kertas. q Arahan : q q q q Anda diberi 5 batang magnet pelbagai bentuk. Lengkapkan Jadual Semakan Kendiri untuk merancang strategi pengajaran dan pembelajaran kaedah eksperimen. pembaris. Magnet batang. …………………………………………………………………………………………. Jalankan suatu penyiasatan untuk mengkaji daya tarikan magnet manakah paling kuat. ………………………………………………………………………………………….

4. Merancang Prosedur Guru menyediakan arahan eksperimen. 2.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMAKAN KENDIRI Merancang Kaedah Eksperimen Tujuan Eksperimen: Arahan: Lengkapkan jadual di bawah Langkah Eksperimen Soalan Kepada Murid Kemahiran Proses Sains Sikap dan Nilai 1. Membuat Hipotesis Guru mengemukakan soalan untuk membimbing murid membuat hipotesis 3. Mengenal Pasti Masalah Guru berbincang dengan murid tentang persoalan yang hendak dikaji. Guru berbincang tentang arahan tersebut. Menjalankan Eksperimen Murid menjalankan eksperimen 15 .

Mentafsir Data Guru berbincang dengan murid untuk menganalisis data. Perbincangan Kelas Murid membentangkan hasil eksperimen. Membuat Kesimpulan Guru Membimbing murid membuat kesimpulan. 16 . 7. Guru berbincang dengan murid untuk merumus hasil eksperimen. 8.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah Eksperimen Soalan Kepada Murid Kemahiran Proses Sains Sikap dan Nilai 5. 6. Merekod Data Murid mengumpul data yang diperoleh daripada eksperimen.

Setiap kumpulan diketuai oleh seorang pengerusi. Perlu diingatkan bahawa sesi perbincangan tidak bererti sesi soal jawab. Perbincangan dalam Kumpulan Pada keseluruhan sesi perbincangan boleh dibahagikan kepada dua jenis: a. bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil bertanyakan soalan-soalan yang bertujuan untuk memastikan perbincangan menuju ke arah yang ditetapkan. Perbincangan yang baik membolehkan peserta memperoleh beberapa faedah seperti kemahiran komunikasi lisan. Biasanya dalam sesi seperti ini guru bertindak sebagai pengerusi perbincangan. Perbincangan dalam kumpulan kecil: Dalam perbincangan begini kelas dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Perbincangan juga menolong murid memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh mana kefahaman mereka. kemahiran berfikir secara kritikal. Bahan-bahan yang dibincangkan oleh murid dicungkil oleh guru melalui soalan-soalan mencapah yang diajukan kepada kelas. Selain daripada itu sesi ini juga menolong murid membentuk pendapat dan sikap mereka mengenai sesuatu isu seperti “Patutkah kita menebang hutan secara berleluasa di negara kita?” dan sebagainya.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERBINCANGAN Sesi Perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir tentang topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya. teknik penyelesaian masalah. kemahiran sosial dan kefahaman tentang konsep sains dengan lebih kukuh. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan murid yang mahir berkomunikasi dan yakin dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan adalah sangat baik bagi menolong murid memahami konsep dan idea yang sukar. 17 . b. Perbincangan dalam kumpulan besar: Dalam perbincangan begini semua murid dalam satu kelas mengambil bahagian. Guru pula bertindak sebagai fasilitator. kemahiran mendengar. Sesi perbincangan yang dirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan murid.

Pelajar-pelajar satu kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Balang Ikan (fish bowl) Balang ikan menggambarkan penonton menonton telatah sekumpulan ikan yang berada dalam sebuah balang. mengawal kadar pertumbuhan penduduk. Semua kumpulan akan membincangkan satu masalah yang sama tetapi dari aspek-aspek yang berlainan. Perbincangan dijalankan sehinggalah setiap ahli menyatakan persetujuannya dengan keputusan yang diambil. Selepas itu para pemerhati akan memberi komen dan pendapat mereka pula. Sumbangsaran atau Percambahan Fikiran Satu kumpulan ditugaskan untuk menyelesaikan satu masalah. Selepas itu barulah dibincangkan satu persatu untuk mencari jalan penyelesaian. Setiap kumpulan akan menghasilkan kesimpulan masing-masing. Setiap ahli akan mengemukakan idea masing-masing tanpa dikomen atau dibahaskan. Kumpulan yang berbeza akan mencapai kesimpulan yang berlainan. Semua idea dicatatkan di atas papan tulis. Ini menggalakkan respons yang cepat dan penyertaan yang aktif. q q q 18 . memajukan industri pengeluaran makanan dan membuka tanah-tanah baru dengan menebang hutan-hutan. “Bagaimanakah kita akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan makanan?” Kumpulan yang berlainan akan membincangkan alternatif yang berbeza seperti: menteknologikan sektor pertanian. Satu kumpulan kecil membincangkan satu masalah antara mereka manakala pelajar lain bertindak sebagai pemerhati. Contohnya tajuk perbincangan ialah.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Organisasi perbincangan Kumpulan q Kumpulan ‘Buzz’ Perkataan ‘buzz’ menggambarkan bunyi lebah atau kumbang dalam sesuatu taman bunga. Selepas itu wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Konsensus Ahli-ahli satu kumpulan cuba mencapai persetujuan bersama dalam mencapai satu keputusan.

Sesi perbincangan dari awal hingga akhir dirancang dengan rapi oleh guru atau pengerusi kumpulan melalui soalan-soalan atau celahan supaya mencapai ke satu persetujuan. sesi perbincangan yang dijalankan mestilah berkaitan dengan tajuk dalam kurikulum sains rendah.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perbincangan Terbuka dan Perbincangan Terbimbing Perbincangan yang dijalankan mungkin mengenai sesuatu persoalan yang terbuka di mana peserta bebas mengutarakan idea dan pendapat masingmasing tentang sesuatu topik. Sesuatu iklim perbincangan memastikan perkara berikut: • • • • • yang baik dapat diwujudkan dengan hormat-menghormati di kalangan ahli menghargai pendapat orang lain mengelakkan apa juga bentuk gangguan dan sindiran pengerusi kumpulan tidak memaksa ahli menerima cadangan atau pendapatnya setiap ahli kumpulan mengambil bahagian Sediakan Bahan Perbincangan Dalam menggunakan perbincangan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. 19 . Teknik sumbangsaran adalah merupakan perbincangan terbuka di mana peserta meneroka idea-idea untuk menyelesaikan masalah atau isu secara bebas. Contohnya. Jenis ini dinamakan perbincangan terbimbing. perbincangan terbuka dijalankan untuk merancang sesuatu projek. Panduan Pengendalian Sesi Perbincangan Wujudkan iklim perbincangan yang sesuai. carta. Bahan perbincangan boleh diperolehi daripada sumber-sumber berikut: • • • • rencana sains yang menarik daripada akhbar rakaman rancangan radio dan TV mengenai sains gambar. Sesuatu perbincangan itu mungkin juga dijalankan dengan tujuan untuk menumpukan perhatian peserta kepada satu kesimpulan yang telah ditetapkan. slaid dan transparensi isu menarik yang diutarakan oleh guru atau murid sendiri.

20 .s. objektif khusus 5. Pokok Perbincangan: Kamu tahu bahawa tiada udara untuk pernafasan di permukaan bulan dan kekuatan tarikan gravitinya juga tidak kuat. 27.3) Objektif: dalam Murid dapat menggambarkan bagaimanakah keadaannya bersiar-siar di permukaan bulan.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penilaian Perbincangan Selepas setiap aktiviti perbincangan guru hendaklah membuat penelitian ke atas perkara-perkara berikut: • • • • • • • Adakah perbincangan itu mencapai matlamat? Pada aspek manakah ia tidak mencapai matlamatnya? Adakah perbincangan itu telah menyeleweng daripada tajuk? Adakah semua murid mengambil bahagian? Adakah perbincangan itu dimonopoli oleh seseorang? Adakah topik itu menarik? Apakah kesimpulan yang telah diperolehi? Contoh Tajuk yang Sesuai untuk Perbincangan Kurikulum Sains Sekolah Rendah (Tahun 4) Perbincangan Seluruh Kelas Tajuk: Menyiasat Bumi dan Alam Semesta (m. Bincangkan pengalamanpengalaman baru yang akan kamu alami jika kamu pergi melancong ke bulan.

s. Bincangkan sejarah perkembangannya daripada zaman kereta lembu hingga sekarang. teknologi komunikasi semenjak Marconi 21 . Tajuk Kumpulan 3: Bincangkan perkembangan mencipta radio. objektif khusus 2.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perbincangan Kumpulan Kecil a. 30. Pokok Perbincangan: (Kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan) Tajuk Utama: Sejarah Perkembangan Teknologi Tajuk Kumpulan 1: Semenjak terciptanya roda. Bincangkan perkembangan dalam teknologi pembinaan di dunia hari ini. pertanian dan pembinaan. komunikasi. Tajuk Kumpulan 2: Teknologi pertanian telah berkembang dengan pesatnya di negara kita. teknologi dalam bidang pengangkutan telah berkembang dengan pesatnya di negara kita. Teknik Kumpulan Buzz Tajuk: Menyiasat Dunia Teknologi (m. Bincangkan sejarah perkembangannya semenjak penggunaan kerbau untuk membajak tanah.2) Objektif: Murid dapat menceritakan sejarah perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan. Tajuk Kumpulan 4: Pada zaman dahulu bahan-bahan binaan rumah dan jambatan terhad kepada batang kelapa dan pohon-pohon kayu.

27. Pokok Perbincangan: Merancang untuk menjalankan projek membiakkan sesuatu projek. Objektif Khusus 4.1) Objektif: Murid dapat merancang untuk menjalankan sesuatu projek. Konsensus Teknik Sumbangsaran 22 .Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN b. Tajuk: Menyiasat Bumi dan Alam Semesta (m. Tajuk: Menyiasat Dunia Teknologi (m. Pokok Perbincangan: Sekumpulan murid seramai 4 orang menggambar kisahkan keadaan sekeliling apabila matahari berhenti memancarkan cahayanya.1) Objektif: Murid dapat menceritakan bagaimanakah keadaan dunia ini jika tiada cahaya matahari.s. 27. 29.s. Tajuk: Teknik Balang Ikan Menyiasat Bumi dan Alam semesta (m.1) Objektif: Murid dapat mengemukakan alasan tentang kepentingan teknologi untuk mengatasi kelemahan manusia menyetujui pentingnya teknologi untuk mengatasi kelemahan manusia. c.s.. Objektif Khusus 1. Objektif Khusus 4. d.

Akhirnya mereka dapat membuat keputusan bahawa teknologi amat penting dalam meningkatkan kualiti hidup manusia. kecuali q q q memberi peluang murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran menyenangkan murid menghafal fakta-fakta yang telah dipelajari membolehkan murid berfikir secara kritikal 3. 23 . kecuali q q q wajib mengambil bahagian dan memberikan pendapat apabila gilirannya tiba bersikap terbuka dan bersedia menerima pendapat orang lain apabila mendapatkan pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk sebelum perbincangan diadakan. Peserta sesuatu berikut. kecuali q q q sejauh mana kejujuran seseorang itu sejauh mana kefahaman murid tentang sesuatu topik sejauh mana kesediaan murid itu bekerja dan belajar dalam kumpulan sesi perbincangan perlulah mempunyai sikap 4.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pokok Perbincangan: Kumpulan membincangkan tentang seberapa banyak had keupayaan manusia yang dapat diatasi dengan terciptanya alat-alat teknologi. Melalui perbincangan guru boleh mengenal aspek-aspek berikut mengenai murid. 1. Berikut ini ialah tujuan perbincangan diadakan. Matlamat utama sesi perbincangan ialah untuk melahirkan murid yang q q q berilmu pengetahuan mahir dan yakin dalam komunikasi lisan pandai bergaul dan berinteraksi 2. SEMAKAN KENDIRI Tandakan √ dalam kotak yang disediakan bagi jawapan yang anda fikirkan betul.

Kaedah simulasi berupaya atau mampu membangkitkan suasana belajar yang menggalak dan menyeronokkan. Pengalaman dan amalan seseorang akan digunakan secara menyeluruh apabila kaedah ini digunakan. 2. guru perlu menilai aspek-aspek berikut kecuali q q q adakah perbincangan itu mencapai matlamat adakah peserta yang bersikap negatif telah mengubah sikapnya adakah semua murid mengambil bahagian SIMULASI Simulasi adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kaedah ini juga berkesan untuk digunakan dalam pengajaran domain terutamanya dalam pengajaran nilai dan sikap. Guru tidak harus mementingkan bakat tetapi keutamaan diberi kepada murid dengan situasi baru. Langkah-langkah kaedah simulasi adalah seperti berikut: 1. Guru perlu merancang dan mewujudkan situasi yang hendak dilakonkan untuk menjalankan simulasi. Selepas sesi perbincangan. 4. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan. Dalam main peranan. Model boleh digunakan utuk mewakili objek atau keadaan sebenar.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5. Semua idea ini dicatit tanpa komen atau perbincangan lebih dahulu. 3. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. permainan dan penggunaan model. Ia diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan satu-mastu masalah yang benar-benar wujud dalam keadaan yang terkawal. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip atau pun untuk memahami proses membuat keputusan. Guru perlu mengadakan perbincangan untuk merumuskan isi pelajaran. murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Jenis perbincangan ini adalah q q q kaedah ‘fish bowl’ kaedah sumbangsaran atau brainstorming kaedah ‘Buzz’ 6. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yagn dipelajari. Para peserta menaburkan berbagai-bagai cadangan untuk menyelesaikan satu masalah. 24 . Guru perlu menjelaskan objektif sebelum kaedah ini dimulakan.

3. 25 . Beliau akan meletakkan sekeping gambar pada carta yang telah disediakan. 2.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CONTOH PERMAINAN Tajuk: Permainan Mengelas Tumbuhan (Rujuk Kurikulum Sains Muka Surat 27) Objektif: Mengukuhkan kefahaman murid tentang pengelasan haiwan Alatan: 1. Setiap pemain diberi 5 kad gambar. 5. 2. Pemain akan menjalankan undian untuk menentukan giliran bermain. 3 atau 4 orang. 4. Kad gambar berkenaan disusun supaya gambarnya tidak dapat dilihat oleh pemain. Pemain tidak dibenarkan menunjukkan gambar yang didapatinya kepada peman lain. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2. 3. Kad gambar tumbuhan berukuran 8 cm persegi 40 keping gambar haiwan pelbagai jenis 1 keping kad meletak gambar atau carta seperti contoh di bawah CARTA PENGELASAN Haiwan Berbulu Berkepak Bercangkerang Bersisik Cara: 1. Pemain yang menang undi akan memulakan permainan. 40 keping kad gambar yang tidak diberi kepada pemain diletak di tengah-tengah pemain.

26 . tarikan graviti dan keadaan di permukaan bulan. 2. Pemain yang mendapat markah paling banyak diisytiharkan sebagai pemenang. CONTOH MAIN PERANAN Tajuk: Angkasawan menjelajah ke bulan Objektif: Mengukuhkan kefahaman murid tentang bulan dan bumi dari segi bentuk. Pakaian orang naik ke bulan Kapal angkasa (rekaan) Alatan-alatan rekaan yang digunakan di pusat kawalan di bumi seperti televisyen. atau perkembangan atau penutup pelajaran dan pembelajaran. Bagi setiap gambar yang telah diletakkan di tempat yang betul pemain akan diberi 1 markah. Tugasan peserta kursus: 1. Alatan: 1. Guru akan menyemak sama ada gambar yang telah diletak pada carta itu betul. telefon. komputer. Anda dikehendaki mengubahsuai permainan “Mengelas Tumbuhan” untuk pengenalan. Setelah meletakkan sekeping kad gambar pada carta. saiz. 3. 7. Permainan ini diteruskan sehingga semua pemain selesai meletakkan kad gambar pada carta. Bagaimanakah tumbuhan berdasarkan ciri lain? di kebun sekolah boleh dikelaskan 2. 5. 4. pemain berkenaan akan mengambil satu kad yang telah diletak di tengahtengah pemain. majalah. Alatan-alatan rekaan yang digunakan oleh angkasawan. 8. 9.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6. Bahan-bahan rujukan seperti buku. video dan risalah. keratan akhbar.

Guru bimbing murid membuat rumusan. Murid berbincang secara kelas tentang hasil simulasi. Murid mengadakan perbincangan tentang perjalanan ke bulan. 6. Bincangkan perkara tersebut dalam kumpulan anda. Kad Tugasan Kumpulan A (Angkasawan) • • • • Kumpulan anda dikehendaki mencari maklumat tentang angkasawan menjelajah ke bulan. Angkasawan Pengarah dan pegawai pusat kawalan di bumi Suara latar Pencatat dan pelapor Pemerhati Tugasan: 1. 27 . 2. Murid melakon simulasi angkasawan naik ke bulan. 8. 4. semasa berada di bulan dan semasa perjalanan balik ke planet bumi. Kumpulan anda diminta melakonkan tentang angkasawan menjelajah ke bulan. 5. 7. Pencatat melaporkan hasil perbualan antara angkasawan dengan pegawai-pegawai pusat kawalan. murid berlatih lakonjan angkasawan naik ke bulan. Tuliskan dialog mengenai angkasawan menjelajah ke bulan. 3. Murid pamerkan hasil tugasan di sudut sains. 2. 10. 4. 5. Dengan bimbingan guru murid membuat dialog menjelajah ke bulan.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Peranan: Guru memilih atau menentukan watak-watak pelakon seperti yang berikut: 1. Murid menyediakan senario dan peralatan yang diperlukan untuk pelancongan ke bulan. Dengan bimbingan guru murid mencari maklumat tentang penjelajahan angkasawan ke bulan. 9. Dengan bimbingan guru. 3.

Kumpulan anda diminta melakonkan tentang tugas-tugas tersebut. Kad Tugasan Kumpulan C (Suara Latar) • • • Kumpulan anda diminta mencari maklumat mengenai suara latar bunyi kapal angkasa yang akan menjelajah ke bulan. CONTOH MAIN PERANAN • Laporkan kepada kelas. Bincangkan perkara tersebut dalam kumpulan anda dan agihkan tugasan. Tuliskan dialog mengenai tugas-tugas pengarah dan pegawai pusat kawalan di bumi. Tajuk: Pergerakan haiwan Objektif: 28 .Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kad Tugasan Kumpulan B (Pengarah dan pegawai pusat kawalan di bumi) • • • • Kumpulan anda dikehendaki mencari maklumat mengenai tugastugas pengarah dan pegawai pusat kawalan. Bincangkan perkara tersebut dalam kumpulan anda. Kad Tugasan Kumpulan D (Pencatat dan pelapor) • Kumpulan anda dikehendaki mencatatkan segala perbualan antara angkasawan dengan pegawai-pegawai di pusat kawalan bumi. Kumpulan anda diminta melakonkan peranan tersebut.

katak. Muka Surat 20) (Rujuk Kurikulum Sains Peranan: Guru meminta murid memilih watak-watak pelakon seperti berikut: itik. Kad Tugasan Kumpulan 1 Arahan: Kumpulan anda dikehendaki berbincang mengenai pergerakan haiwanhaiwan berikut: 1. Kumpulan anda diminta melakonkan pergerakan haiwan-haiwan tersebut di hadapan kelas. 29 . murid berbincang secara kelas tentang simulasi. Anda dan rakan-rakan dikehendaki berlatih melakukan pergerakan haiwan-haiwan tersebut. ular. siput babi. ikan. pepatung. helang. arnab. 2. Kad Tugasan: • Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan • Murid berbincang tentang pergerakan haiwan dalam kumpulan • Murid melakonkan pergerakan haiwan yang tersebut di atas • Dengan bimbingan guru. kuda. Kumpulan pergerakan haiwan-haiwan tersebut di hadapan kelas. Kumpulan 2 Arahan: Kumpulan anda dikehendaki berbincang mengenai pergerakan haiwanhaiwan berikut: 1. Anda dan rakan-rakan dikehendaki berlatih melakukan pergerakan haiwan-haiwan tersebut.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CONTOH MAIN PERANAN Tajuk: Pergerakan haiwan Objektif: Memperihalkan pelbagai cara haiwan bergerak. kura-kura dan monyet. penyu. 2.

3. 2.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kumpulan 3 Arahan: 1. Kumpulan anda haiwan-haiwan. 30 . dikehendaki berbincang mengenai pergerakan Anda dan rakan-rakan dikehendaki berlatih melakukan pergerakan haiwan-haiwan tersebut. Tugasan peserta kursus Tulis satu simulasi main peranan berdasarkan isi pelajaran yang terdapat dalam kurikulum sains tahun 4. Kumpulan anda diminta melakonkan pergerakan haiwan-haiwan tersebut di hadapan kelas.

Berikut ini ialah tujuan simulasi diadakan. Matlamat utama sesi simulasi ialah untuk melahirkan murid yang q q q mahir dan yakin berlakon pandai bergaul dan berinteraksi dapat banyak ilmu pengetahuan. Simulasi adalah satu daripada aktiviti pembelajaran yang berteraskan q q q inkuiri pendedahan lakonan 3.. Selepas sesi simulasi. Tandakan √ pada jawapan pilihan anda.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMAKAN KENDIRI Sila jawab soalan-soalan berikut sebelum dan selepas anda membaca atau berkursus tentang simulasi dalam mata pelajaran sains. guru perlu menilai aspek-aspek berikut kecuali q q q semua murid dapat mengambil bahagian simulasi itu telah mencapai matlamat murid lebih faham tentang isi pelajaran 5. 2. Simulasi sangat berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran sains untuk: q q q semua topik sains beberapa topik saja topik yang sukar diajar 31 . kecuali q q q memberi peluang murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran menyenangkan murid menghafal fakta yang telah dipelajari membolehkan murid berfikir secara kritikal 4. 1.

Mohd Saat Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ng Soo Boon Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum 32 . Yusof bin Ngah (dari 16 FEBRUARI 1994) Tn.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penasihat Penggubalan PuLSaR Dr. Abdullah Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Rosli bin Suleiman Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Abd.A. S. Ibrahim Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Rohaida bt. Hj. Wahab b. Rahman Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Azian T. Shamsuddin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ahmad Hozi H. Sa’ari Hasan (sehingga 15 FEBRUARI 1994) Timbalan Pengarah 1 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Datin Hjh. Hj. Hanafi bin Mohamed Kamal Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Tn. Aidah Abdul Ghani Timbalan Pengarah II Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Perancang Projek PuLSaR Hj.

Abdul Ghani Pusat Perkembangan Kurikulum Hj. Ghani b. Kandasamy SRK King Edward VII (1). Siow Heng Loke Fakulti Pendidikan. Yunos SRK Tengku Makmood Iskandar (2) Pontian Narajan a/l M. Talib Pusat Pendidikan Negeri. Zen Jabatan Pendidikan Sarawak Kamarudin Yunus Pusat Sumber Pendidikan Negeri. Ibrahim Pusat Perkembangan Kurikulum Ng Soo Boon Pusat Perkembangan Kurikulum Rohaida bt. Senin Jabatan Pendidikan Sabah Kushan Keridau Jabatan Pendidikan Sabah Johara bt. Yusuf Jabatan Pendidikan Perak 33 . Mat Jabatan Pendidikan Kelantan Amin b. Moktaram Jabatan Pendidikan Johor Zakaria b. Abd. Abdullah Pusat Perkembangan Kurikulum Rosli b. Habib Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Yahaya b. Aminah b. A. Sulaiman b. UTM Said bin Manap SEAMEO-RECSAM. Kelantan Nasrudin b. Rahman Pusat Perkembangan Kurikulum Azian b. Abdul Rahim Jemaah Nazir Sekolah . Saad Bahagian Pendidikan Guru Tan Ying Kee Bahagian Pendidikan Guru Lee Bao Ling Bahagian Sekolah Abdul Ghani b. W. Kelantan Mohd Safian Hj. Persekutuan Noor Shah b. Taiping Hj. Mahmood Pusat Perkembangan Kurikulum Abdul Zubir b. Hj. Suleiman Pusat Perkembangan Kurikulum Abd. Ayob Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Ismail b. Sulaiman Fakulti Pendidikan. Abdullah Jabatan Pendidikan Perlis Chai Hock Beng Jabatan Pendidikan Kedah Khalid b.S. Awang Jabatan Pendidikan Terengganu Hj. Abdullah Bahagian Sekolah Abdul Aziz b. Wahad b. USM Dr. P. Othman Institut Perguruan Darulaman. Aminah bt. Mohd Saat Pusat Perkembangan Kurikulum Rohana bt. Universiti Malaya Seth b.Modul 5: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Panel Penggubal Pukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR) Ahmad Hozi H. Kedah Dr. T. Pinang Hjh. Ahmad Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Zahidi b. Hj.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful