You are on page 1of 11

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU

UNIT 10.1 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan isipadu dalam konteks amalan TEACHING STEP 1. Show the pupils an empty bottle. 2. Then show another bottle full of water and explain that the bottle is full. 3. Put the two bottles side by side. Ask the pupils to describe the difference betweenempty and full based on their observation.

TEACHING AIDS Teaching and learning session: 1. Plastic bottle 2. Bottle 3. Water

Reinforcement activity: 1. Empty container of the same size. 2. A set of word cards (Refer TA page 189-193) 3. Plastic cups 4. Pail 5. Water

4. Next show another bottle half full of water.

5.

Put all the three bottles together. Ask the pupils to describe the difference between empty, full and half full based on their observation.

6. Show another two different bottles with different level of water and describe that one bottle has little water and another one has lot of water.

181

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU

7. The pupils are asked to put the bottles on their own desks. Ask them to describe the volume of water in the bottle using suitable words 8. Distribute worksheet 10.1.

VOCABULARY Volume Liquid Measure Full Half full Empty Pour Little Banyak

REINFORCEMENT ACTIVITY Activity is done outside the classroom. 1. Form groups of three. Distribute empty containers, set of word cards and plastic cups (use to pour water into the container)) to each group. 2. Put a pail of water each for the three groups. Ask the pupils to get ready with empty container and plastic for the competition. 3. Before starting, give the following instructions: y First container is fill full. y Second container is half full. y Third container is left empty. y Label the three containers with the correct word cards. 4. Activity started when the whistle is blown. The group that finish first is the winner.

UNIT 10.2

182

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU


HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membandingkan isipadu dua cecair melalui perbandingan secara langsung LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di makmal. 1. Tunjukkan: y Tiga tin berlabel A, B dan C. Tin B dan C adalah sama besar.

y Tiga bikar/bekas kosong yang sama besar berlabel A, B dan C.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tin (dua daripadanya sama saiz, dan yang ketiga lebih besar saiznya) 2. Bikar/bekas kosong 3. Air

2. Minta murid membuat tekaan sebelum memulakan aktiviti ini. Soal jawab: Cuba teka, tin mana yang dapat mengisi paling banyak air? Tin mana yang dapat mengisi air sama banyak? 3. Kemudian minta murid mengisi air sehingga penuh ke dalam ketiga-tiga tin tersebut. 4. Minta murid menuangkan air: y daripada tin A ke dalam bikar A, y daripada tin B ke dalam bikar B, dan y daripada tin C ke dalam bikar C 5. Seterusnya minta murid menyusun ketiga-tiga tin dan bikar tadi sebelah-menyebelah. Soal jawab: Lihat pada saiz tin dan isipadu air di dalam ketiga-tiga bikar ini. Apa yang dapat kamu lihat? (Minta murid memperihalkan isipadu air berdasarkan pemerhatian mereka)

Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bekas pelbagai saiz (baldi kecil, gayung, botol, besen, jag dsb.) 2. Baldi 3. Air

183

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU


6. Bincang dan bandingkan dapatan dari aktiviti di atas iaitu: y Tin A mengandungi lebih air daripada tin B dan tin C kerana ia lebih besar. y Tin B dan tin C mengandungi kurang air daripada tin A kerana ia lebih kecil. y Tin B dan tin C mengandungi sama banyak air kerana ia sama besar. 7. Bimbing murid untuk melihat bahawa bekas yang lebih besar dapat mengisi lebih banyak air. 8. Edarkan Lembaran Kerja 10.2.

PERBENDAHARAAN KATA Isipadu Cecair Sukat Penuh Separuh penuh Kosong Isikan Lebih Kurang Sedikit Sama banyak Paling banyak Paling sedikit Melimpah Ruang

AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa bekas kosong. 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Minta murid bersedia dengan bekas masing-masing. 3. Secara berkumpulan, minta murid mengisi air sehingga penuh ke dalam salah satu bekas. 4. Tuangkan air dari bekas tersebut ke dalam bekas yang lain. Soal jawab: Adakah air itu melimpah? (Jika murid menjawab Ya, berikan soalan ini) Mengapa ia melimpah? (Jika murid menjawab Tidak, berikan soalan ini) Adakah ruang lagi untuk diisi air? Mengapakah ada ruang ini? Bekas mana boleh diisi paling banyak air? Bekas mana boleh diisi paling sedikit air? Bekas mana boleh diisi sama banyak air? 5. Minta murid membuat tekaan terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti bagi mencari jawapannya. 6. Bincang dan bandingkan dapatan murid.

UNIT 10.3

184

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU


HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan beberapa bekas kosong. 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 3. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. Di setiap stesen, sediakan sebuah bekas, sebaldi air dan cawan plastik (digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas tadi). 4. Edarkan lembaran aktiviti dan pensel kepada setiap kumpulan. Minta murid melukiskan gambar bekas kosong yang disediakan di setiap stesen. 5. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya. 6. Di setiap stesen, murid perlu mengisi penuh sambil membilang jumlah cawan air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah disediakan. Mereka perlu mencatatkan dapatan mereka pada jadual di lembaran aktiviti tersebut. Tegaskan kepada murid cawan plastik perlu diisi penuh setiap kali air disukat. Contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bekas pelbagai saiz (baldi, gayung, botol, besen, jag dsb.) 2. Lembaran Aktiviti (Rujuk BBM ms. 194) 3. Pensel 4. Cawan plastik 5. Baldi 6. Air

Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran Aktiviti Pengukuhan (Rujuk BBM ms. 195) 2. Pensel 3. Bekas yang sama jenis dan saiznya 4. Penyukat (senduk/cawan/botol/ mangkuk plastik dsb.) 5. Baldi 6. Air

Stesen

Bekas (Lukiskan)

Isipadu air

35 cawan air

7 cawan air

185

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU


Stesen Bekas (Lukiskan) Isipadu air

4 cawan air

19 cawan air

13 cawan air

7. Mereka perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 8. Teruskan aktiviti hingga kesemua stesen telah selesai. 9. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Susunkan kesemua bekas yang digunakan mengikut saiz, daripada yang kecil hingga yang besar. Bandingkan saiz bekas dan isipadu air yang diperlukan untuk mengisinya. 10. Bimbing murid melihat bahawa lebih besar bekas tersebut, maka lebih banyaklah isipadu air yang diperlukan untuk mengisinya. 11. Edarkan Lembaran Kerja 10.3.

Nota: Hasil dapatan yang sedikit berbeza antara kumpulan mungkin disebabkan cara menyukat yang kurang tepat.

186

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU

PERBENDAHARAAN KATA Penuh Kosong Separuh Penuh Isipadu Mengisi Lebih Kurang Sama banyak Penyukat Bukan piawai

AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. Di setiap stesen, sediakan sebaldi air dan bekas serta penyukat (digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas tadi) seperti lampiran Penyediaan Stesen. 3. Edarkan lembaran aktiviti kepada setiap kumpulan. pengukuhan dan pensel

4. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya. 5. Di setiap stesen, murid perlu mengisi penuh sambil membilang jumlah penyukat penuh air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas tadi. Mereka perlu mencatatkan dapatan mereka pada jadual di lembaran aktiviti tersebut. Tegaskan kepada murid penyukat perlu diisi penuh setiap kali air disukat. 6. Mereka perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 7. Teruskan aktiviti hingga kesemua stesen telah selesai. 8. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Susunkan kesemua penyukat yang digunakan mengikut saiz, daripada yang kecil hingga yang besar. Bandingkan saiz penyukat dan isipadu air mengikut bilangan penyukat yang diperlukan untuk mengisi bekas tersebut. 9. Bimbing murid melihat bahawa lebih besar penyukat, maka lebih sedikit bilangan penyukat penuh air yang diperlukan untuk mengisi bekas yang sama saiznya.

Nota: Hasil dapatan yang sedikit berbeza antara kumpulan mungkin disebabkan cara menyukat yang kurang tepat.

187

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU PENYEDIAAN STESEN

Stesen

Bekas dan penyukat

188

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU


UNIT 10.4 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyukat isipadu cecair menggunakan unit piawai liter LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

2. Tunjukkan tiga bekas berbeza yang berisi air. Contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tiga bekas pelbagai saiz (dua daripadanya berisi 1 liter air, dan yang ketiga berisi 1.5 liter air) 2. Bikar/penyukat dalam liter 3. Air kotak (1 liter) 4. Air botol (1 liter) 5. Air mineral (5 liter) 6. Wisel 7. Cawan plastik 8. Baldi 9. Air

Soal jawab: Boleh kamu teka, dua bekas yang mana berisi air yang sama banyak? (Minta murid membuat tekaan) Bagaimana cara untuk mencari jawapannya? (Minta murid membuat saranan) 3. Tunjukkan bikar kosong dan tuliskan unitnya iaitu liter pada papan tulis. Terangkan bahawa cecair disukat dengan tepat dalam unit liter. Seterusnya sukat air daripada ketiga-tiga bekas tadi dengan menggunakan bikar tersebut. Soal jawab: Lihat pada isipadu air di dalam ketiga-tiga bikar ini. Apa yang dapat kamu lihat? (Minta murid memperihalkan isipadu air berdasarkan pemerhatian mereka) Dua bekas yang mana berisi air yang sama banyak? Bagaimana kamu tahu? (Paras air di dalam dua bikar adalah sama) Bekas mana yang berisi lebih air? Bagaimana kamu tahu? (Paras air di dalam bikar terakhir adalah lebih tinggi) 5. Seterusnya tunjukkan air kotak (1 liter), air botol (1 liter) dan air mineral (5 liter). Nyatakan bahawa isipadu air dalam kotak atau botol yang dijual selalunya dituliskan pada labelnya. 6. Tunjukkan kepada murid bacaan yang tertera pada air kotak/botol/mineral tersebut. Minta mereka menyebut dan mencatatkan bacaan dalam liter dan simbolnya .

4.

Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bekas pelbagai saiz (baldi, gayung, botol, besen, jag dsb.) 2. Bikar/penyukat dalam liter 3. Corong air 4. Baldi 5. Air 6. Lembaran Aktiviti Pengukuhan (Rujuk BBM ms. 196 & 197)

189

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU


7. Sediakan stesen bagi setiap kumpulan. Di setiap stesen, sediakan sebaldi air, cawan plastik dan bikar.

8. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Sebutkan isipadu air yang perlu disukat dan kumpulan yang paling pantas menyukat isipadu air sebanyak itu dikira pemenang dan diberikan satu markah. 9. Mereka perlu mengosongkan bikar tersebut sebelum menyukat isipadu air yang disebutkan seterusnya. 10. Edarkan Lembaran Kerja 10.4.

PERBENDAHARAAN KATA Penuh Kosong Separuh Penuh Isipadu Mengisi Lebih Kurang Sama banyak Penyukat Piawai Liter

AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. Di setiap stesen, sediakan sebaldi air, bekas kosong, corong air dan bikar seperti lampiran Penyediaan Stesen. 3. Edarkan lembaran aktiviti kepada setiap kumpulan. pengukuhan dan pensel

4. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya. 5. Di setiap stesen, murid perlu mengisi sambil membilang jumlah isipadu air (dalam liter) yang diperlukan untuk memenuhkan setiap bekas tadi. Mereka perlu mencatatkan dapatan mereka pada jadual di lembaran aktiviti tersebut. 6. Mereka perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 7. Teruskan aktiviti hingga kesemua stesen telah selesai. 8. Seterusnya mereka perlu menjawab soalan pada lembaran aktiviti tersebut berdasarkan dapatan tadi. 9. Bincang dan bandingkan dapatan murid.

190

UNIT 10: PENGENALAN TENTANG ISIPADU PENYEDIAAN STESEN Stesen Bekas dan penyukat

191