You are on page 1of 2

Jerebu jangan ambil mudah

Selasa, 16 Ogos 2005 19:14

erebu, jangan ambil mudah Oleh Shafinaz Sheikh Maznan JEREBU datang lagi. Setiap kali muncul, keadaannya semakin gawat. Khamis lalu, darurat jerebu diisytiharkan di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi bacaan 500 - paras yang dikategorikan sebagai sangat membahayakan kesihatan. Kalau anda masih ingat, pengisytiharan darurat jerebu pernah dibuat pada 19 September 1997 yang menyaksikan sekolah dan sektor awam di Sarawak ditutup. Orang ramai dinasihatkan agar berada di dalam rumah dengan menutup pintu dan jendela rumah. Oleh kerana jerebu sangat berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan daripada bahaya jerebu adalah amat penting untuk dipatuhi oleh kita semua. Ini kerana, kandungan jerebu dan kesannya boleh jadi amat signifikan dan memudaratkan baik dalam jangka pendek, mahupun panjang. Ketua Jabatan, Pakar dan juga Pensyarah, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata: ``Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama golongan kanak-kanak dan warga tua. ``Begitu juga dengan individu yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan bagi mereka yang bekerja di kawasan terbuka turut berisiko tinggi,'' katanya. Menurutnya, zarah terampai yang melebihi 10 mikron tidak dapat masuk ke dalam paru-paru kerana sistem pernafasan mempunyai sistem penapisan yang baik. Bagaimanapun, kata Dr. Nik Hisamuddin, zarah terampai yang kurang daripada 10 mikron (PM10) boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dan merosakkan tisu paru-paru. Kajian di Toronto pada tahun 1988 mendapati, kadar kemasukan ke hospital disebabkan oleh penyakit paru-paru berhubung rapat dengan kandungan zarah terampai yang berlainan saiz (lebih kecil zarah, lebih tinggi kejadian penyakit paru-paru). ``Begitu juga halnya dengan gas-gas berbahaya yang terkandung di dalam udara tercemar, semuanya boleh mengganggu kesihatan. ``Karbon monoksida mengganggu penyerapan oksigen di dalam darah, nitrogen dioksida merangsang penyakit asma, sulfur dioksida menyebabkan radang bronkus/saluran pernafasan (bronkitis) dan ozon mencederakan membran mukus di dalam saluran pernafasan, menyebabkan radang paru-paru,'' katanya. Sementara itu, kajian di New York University School of Medicine, Amerika Syarikat pada tahun 1993 pula menunjukkan, pencemaran udara menyebabkan berlakunya asma, gejala penyakit paru-paru dan penurunan fungsi paru-paru. Pencemar udara yang paling ketara sekali adalah ozon. Kajian dibuat di 20 bandar di Kanada mendapati kaitan rapat di antara pencemar udara sulfur dioksida dan zarah sulfat, dengan kematian disebabkan oleh barah kolon dan barah buah dada. ``Hipotesisnya, sulfur dioksida menyerap cahaya ultraungu yang diperlukan untuk sintesis vitamin D di dalam kulit manusia. ``Udara yang mengandungi sulfur dioksida yang tinggi akan menyebabkan kekurangan vitamin D. Vitamin D diperlukan untuk pencegahan barah kolon dan buah dada,'' katanya. Dr. Nik Hisamuddin berkata, data tentang risiko jangka masa panjang ke atas kesihatan

1/2

Jerebu jangan ambil mudah Selasa. 2/2 . 16 Ogos 2005 19:14 disebabkan oleh pencemaran udara akibat jerebu masih berkurangan dan susah untuk dianalisis secara terperinci.