You are on page 1of 1

FONETIK DAN FONOLOGI 1.

0 Definisi : Fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya, yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji yang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. (Abdullah Hassan, 1993) 1.2. Pembahagian fonologi Kajian fonologi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu; fonetik, fonemik. (Arbak Othman, 1986) Fonetik : - Mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik : - Mengkaji bunyi-bunyi yang penting dalam sesuatu bahasa. Bunyi-bunyi ini penting kerana ia mempunyai fungsi atau ciri-ciri pembeza.