You are on page 1of 22

PENGENALAN

Perkhidmatan Awam adalah satu institusi utama dalam pembentukan masyarakat dan negara. Perkhidmatan Awam akan memberikan perkhidmatan kepada raja, kerajaan dan rakyat dengan penuh kesetiaan. Perkhidmatan Awam bertanggungjawab membentuk satu masyarakat yang adil melalui sistem ekonomi terbuka dan menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Di Malaysia sesiapa yang bekerja dengan kerajaan akan dipanggil penjawat awam dan bekerja di bawah Perkhidmatan Awam. Contoh Perkhidmatan Awam yang dapat kita lihat hari ini ialah Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Perkhidmatan Awam am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam bersama yang disebut dalam Perkara 133, Perkhidmatan Awam yang bekerja di setiap negeri dan Perkhidmatan Pendidikan.

Dalam Perkhidmatan Awam terdapat nilai dan etika yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam. Beberapa dasar atau pekeliling dikeluarkan agar nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam dapat dihayati sepenuhnya oleh semua penjawat awam. Kajian menunjukkan bahawa wujud hubung kait antara kecemerlangan dan pengalaman etika yang baik bagi mencapai kejayaan.

Konsep nilai dan etika sangat penting dalam menentukan kecemerlangan sesebuah negara. Falsafah hidup sesebuah negara mencorakkan Perkhidmatan Awamnya melalui nilai-nilai yang berasaskan falsafah tersebut. Organisasi dalam

1

Perkhidmatan Awam akan dipengaruhi oleh nilai-nilai dan etika yang dipersetujui oleh pemimpin dan ahli-ahlinya. Setiap warga Perkhidmatan Awam

bertanggungjawab memahami dan mengamalkan nilai-nilai dan etika dalam semua tindakan dan tingkahlaku semasa menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga ada mengulas mengenai cabaran melahirkan masyarakat yang beretika ini.

`Cabaran mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya, yang rakyatnya kuat beragama dengan nilai kerohanian serta disemai dengan nilai etika paling tinggi…’ Tun Dr.Mahathir Mohamad, “Malaysia – The Way Forward

Tujuan wujudnya nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam ialah untuk meningkatkan kualiti kerja dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, ia juga bertujuan memelihara kepercayaan awam terhadap perkhidmatan yang

disediakan oleh kerajaan. Apabila semua penjawat awam mengamalkan nilai dan etika yang terpuji maka rakyat akan lebih menghormati dan mempercayai khidmat yang disediakan. Nilai dan etika juga penting dalam mewujudkan suasana sihat dan cekap di dalam sesebuah organisasi. Budaya-budaya baik dapat diwujudkan sekiranya semua penjawat awam dalam sesebuah organisasi itu dapat mengamalkan nilai-nilai murni dan etika di tempat kerja, sekali gus hubungan sesama kakitangan dapat dieratkan.

2

Dalam bentuknya yang praktikal. agama dan cara hidup yang berbeza-beza. kepentingan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta bagaimana nilai taat setia dan nilai berkecuali dapat diterapkan di kalangan penjawat awam. pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran.Pendidik merupakan salah satu contoh penjawat awam yang bekerja di bawah perkhidmatan Awam. penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai barat yang akan 3 . DEFINISI NILAI DAN ETIKA Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Secara umumnya. Tugasan ini akan menghuraikan definisi nilai dan etika. Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan. pentingnya penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dan etika yang baik oleh setiap pendidik dan penjawat awam yang lain. hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Justeru.

1994). Apabila semua urusan dijalankan dengan penuh rapi. Menurut Sabitha Marican (1994) (dalam Esei-Esei Pentadbiran Awam. perkara utama yang perlu diketahui sebelum pengamalan nilai-nilai ini ialah mereka perlu mengetahui maksud dan konsep nilai dan etika itu sendiri.merosakkan hidup masyarakat Malaysia. motivasi dan sepertinya. 2005). Pembentukan identiti juga dapat disemai dalam diri individu melalui individu tersebut mengamalkan nilai dan etika kehidupan mereka. amanah dan bertanggungjawab. Nilai sebagai sifat. Justeru. teliti. nilai adalah penting dalam mengkaji tingkah laku dan hubungan manusia kerana ia merupakan asas untuk memahami sikap. istilah nilai secara kasarnya digunapakai dalam tiga konteks atau pembahagian yang besar iaitu:1. pembentukan identiti dalam kalangan golongan muda dapat disemai dalam diri masing-masing. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identiti yang tersendiri dengan cara setiap individu. 4 . Hal ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa dipijak sewenang-wenangnya dan mungkin juga mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Nilai adalah suatu perkataan yang sering menjadi persoalan penting dalam sesebuah masyarakat. tanggapan. Menurut Najder (1975) (dalam INTAN. personaliti. organisasi dan semua sektor perlulah bekerjasama mengembleng tenaga dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh memberi sumbangan kepada kesejahteraan negara kita.

Menurut INTAN. Nilai dilihat sebagai ukuran umum yang diberikan kepada sesuatu yang diingini dan dihargai. 3. seperti “Nilai kehidupan seseorang terletak pada jasa yang dicurahkannya kepada masyarakat dengan ikhlas. Istilah nilai digunakan untuk menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek. “Berapakah nilai yang diperolehi oleh pegawai kerajaan dalam penilaian prestasinya?” Dalam konteks ini.ukuran seperti yang terdapat dalam borang Penilaian Prestasi. dan pegangan yang mempengaruhi tingkahlaku seseorang. “jasa” adalah satu nilai yang penting dan ia memberi gambaran kehidupan seseorang. Selain itu. dan ”jasa” itu pula diukur daripada sifat yang dimiliki sama ada beliau ikhlas ataupun tidak.2.” Dalam konteks ini. Contohnya.1993 dan Kaswuri Keman (2009). nilai ialah kebijaksanaan. nilai ialah suatu kepercayaan yang mendorong seseorang atau sebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Mengikut kajian sejarah ilmu. keadilan dan iktidal (temperance) merupakan nilai-nilai utama dalam masyarakat dan 5 . nilai juga merujuk kepada sikap. kepercayaan. iaitu daripada segi kuantitatif. kerja seseorang kakitangan awam diberi timbangan markah dalam kadar tertentu dengan menggunakan ukuran.

nilai juga ditakrifkan sebagai satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. 1967) Selain itu. Ia merupakan kriteria menentukan antara yang baik atau yang tidak baik. Menurut England (1967) nilai ialah rangka kerja kekal yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku umum seorang manusia. Nilai tersebut juga mencerminkan keperibadian dan mempengaruhi keterampilan mereka seterusnya akan memberi kesan terhadap pandangan masyarakat kepada mereka. Nilai seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat dipengaruhi oleh budaya dan agama yang dianuti oleh mereka. Antara nilai utama dalam perkhidmatan awam ialah: • Taat setia 6 . kualiti. Nilai dan norma moral yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kelompok akan mempengaruhi tingkahlaku mereka. “A relatively permanent perceptual framework which shapes and influences the general nnature of an individual behaviour” (England. mutu (standard). Berdasarkan kamus dewan edisi keempat nilai merujuk kepada darjat.ianya bergantung kepada penerimaan dan penghayatan seseorang. dan taraf dalam sesuatu organisasi pekerjaan.

Etika berasal daripada perkataan ethics’/’ethos’ yang bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku. 7 . Ia bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau tidak baik. sarjana pengurusan mendefinasikan etika ataueth ics sebagai sains moral (science of morals) dan prinsip-prinsip moral (moral principles). Bersih dan Jujur Bertanggungjawab Berkecuali Adil dan saksama Prestasi cemerlang dan berkualiti Ketepatan masa Perkhidmatan ramah dan mesra Sikap berjimat cermat Positif.• • • • • • • • • Amanah. responsif & berdaya cipta Menurut Mustafa Haji Daud dalam Pengurusan Islam (1994) dalam perkataan yang paling ringkas. Menurut INTAN (1993) etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang penjawat awam sepatutnya memahami tanggungjawab tingkah lakunya sebagai kakitangan kerajaan.

mengeratkan hubungan antara kakitangan dan mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam perkhidmatan. 8 .w. Dalam erti kata lain etika ialah ilmu yang berkaitan dasar-dasar akhlak atau sains moral atau disiplin dan peraturan yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bagi sesebuah organisasi. Petikan surah al-Qur’an yang menjelaskan nilai dan etika dalam Islam iaitu surah al-Rahman 55:60.a. Dari sudut pandangan Islam etika adalah merupakan peraturan atau ketetapan yang ditentukan oleh Allah melalui al-Qur’an dan al-Sunnah untuk diamalkan oleh setiap Muslim.Kamus dewan edisi keempat mentakrifkan etika sebagai prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain. al-Nahl 16:90 dan beberapa hadis Nabi Muhammad s. Prinsip-prinsip moral ini ditetapkan oleh sesuatu organisasi bertujuan mengawal tingkah laku ahli organisasi tersebut. memupuk tanggungjawab bersama. Antara contoh etika dalam perkhidmatan awam ialah mengekalkan dan memelihara kepercayaan terhadap tugas yang diberikan. pekerjaan). al-Furqan 25:67. al-Nisa’ 4:36.

Tiada siapa yang dapat menafikan tentang kepentingan nilai dan etika kerja dalam pengurusan organisasi. disegani dan diyakini oleh orang lain. Justeru. amanah dan bertanggungjawab. Hal ini kerana untuk mewujudkan negara yang membangun dan hebat di mata dunia. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan memerlukan orang/kakitangan yang cekap. Sekiranya semua kakitangan kerajaan mengamalkan nilai dan etika sebagai amalan dalam kehidupan seharian nescaya mereka mampu mencapai tahap kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam seterusnya melahirkan organisasi yang bertanggungjawab. 9 . cekap jujur. Salah satu ciri masyarakat yang bermoral dan beretika ialah yang kuat berpegang kepada ajaran agama. amanah dan bertanggungjawab.Etika dalam erti kata yang lain ialah mematuhi nilai moral. kakitangan kerajaan mestilah mempunyai imej yang bersih. jujur. nilai-nilai kerohanian dan di dalam dirinya terdapat nilai dan etika yang murni serta tinggi. KEPENTINGAN NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Nilai dan etika dalam perhidmatan awam sangat penting dan perlu dipatuhi oleh semua kakitangan kerajaan. Etika merupakan tanggungjawab tingkahlaku seseorang melalui profesionnya terhadap masyarakat. kakitangan sesebuah organisasi perlulah mengetahui tanggungjawab dan tugas mereka di dalam organisasi tersebut.

Nilai dan etika juga penting dalam pembentukan peribadi unggul yang dizahirkan melalui tatakelakuan dan komitmen terhadap pekerjaan. Nilai dan etika penting sebagai penunjuk arah. Selain itu. Perkhidmatan Awam juga boleh mewujudkan penyatuan dan pelarasan di kalangan penjawat awam di dalam sesebuah organisasi. justeru apabila kita mengamalkan nilai dan etika ketika bekerja ia akan dapat menyatukan dan menggalakkan perkongsian pendapat atau idea sesama rakan sekerja seterusnya silaturahim di antara anggota Perkhidmatan Awam juga dapat dieratkan. tindakan dan tingkah laku bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Perkhidmatan Awam merupakan institusi utama dalam pembangunan negara kita. cara pemikiran. nilai dan etika juga penting kerana ia merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota kerajaan supaya bekerja dengan ikhlas dan berkesan.Di dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai cara kerja dan perbezaan pemikiran di antara satu individu dengan individu yang lain. maka kecemerlangan Perkhidmatan Awam dapat ditingkatkan seterusnya prestasi perkhidmatan dan kualiti 10 . Nilai dan etika menjadi teras kepada seseorang penjawat awam kerana ianya menunjukkan pegangan dalam diri seseorang yang akan menjadi penyebab kepada lahirnya kualiti sumber manusia dalam pembangunan negara. Dengan adanya pegangan nilai dan etika yang betul.

matlamatnya bukan untuk mencari kenaikan pangkat atau mengejar wang ringgit tetapi matlamatnya ialah untuk 11 . Menurut Kaswuri Keman (2009). Penjawat awam akan merasai keseronokkan kerja yang sebenar tanpa dipengaruhi oleh rasa tertekan apabila melakukan kerja. penjawat awam yang masih muda mestilah mempunyai `mindset’ untuk membawa nilai yang terbaik kepada organisasi. seseorang yang mempunyai akhlak dan peribadi yang tinggi akan sentiasa melakukan tindakan yang betul dan konsisten dalam pelaksanaan tugasnya walaupun tidak dipantau oleh orang lain. Keazaman dan kegigihan ini terzahir apabila penjawat awam tersebut sanggup untuk mempelbagaikan strategi dan kaedah lain yang bersesuaian bagi memastikan objektif organisasi tercapai. maka semua kerja akan dapat dilakukan dengan jayanya. dalam nilai-nilai islam yang diterapkan dalam Perkhidmatan Awam. Nilai dan etika sangat penting dalam mewujudkan sebuah organsasi yang cemerlang dan berdaya saing. Penjawat awam seharusnya mempunyai keazaman yang tinggi dan kegigihan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Apabila sesuatu tugas diterima dengan hati yang terbuka dan gembira . Menurut Mazlan Ismail (2008). Keazaman dan kegigihan ini akan melahirkan penjawat awam yang komited seterusnya memberikan sumbangan kepada kejayaan sesebuah organisasi seterusnya kepada negara.pengeluaran turut meningkat. Seorang penjawat awam yang mempunyai keazaman dan kegigihan.

Selain itu. fokus dalam apa jua yang dilakukan dan sebagainya.mancari kepuasan dalam pekerjaan. Pemikiran yang positif akan menghasilkan kerja yang berkualiti. maka penjawat awam tersebut mestilah berani menyatakannya kepada Ketua Jabatan supaya idea tersebut dapat dipertimbangkan. Jika penjawat awam tersebut mempunyai idea dan pandangan untuk memajukan lagi organisasi. Jika seorang penjawat awam diberikan tugas yang mencabar. berkeyakinan tinggi. penjawat awam mestilah mempunyai sifat berani dan sanggup menerima cabaran dalam menjalankan tugas. Di samping itu. nilai dan etika yang penting dalam Perkhidmatan Awam ialah bersikap positif. Semua sikap ini sangat penting dalam Perkhidmatan Awam. Seseorang yang mempunyai sikap positif biasanya mempunyai nilai etika yang tinggi. penjawat awam tersebut haruslah berani bersuara dan menyatakannya kepada Ketua Jabatan. jika rakan sekerja lain melakukan penyelewengan dalam organisasi. Selain itu. 12 . Hal ini adalah penting bagi memastikan imej Perkhidmatan Awam tidak tercemar dan berada di landasan yang betul. Seorang Pegawai Awam yang bersikap positif sentiasa yakin dan percaya bahawa dia boleh melakukan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik. berani. Penjawat awam tersebut mestilah berani menyahut cabaran tersebut dan melakukan kerja tersebut sebaik mungkin.semangat yang jitu. integriti yang tinggi.

diharapkan pegawai awam dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas. ingatan dan galakan untuk mewujudkan perkhidmatan yang jujur. Penggunaan Kad Perakam Waktu. Cogan kata ` Berkhidmat untuk Negara diperkenalkan’ . Tujuan PPC (1979) ialah meninggikan mutu perkhidmatan awam dari semasa ke semasa. banyak usaha yang dilakukan dalam meningkatkan nilai dan etika dan Perkhidmatan Awam antaranya Panduan Perkhidmatan Cemerlang (1979). Tonggak Dua Belas dan Dasar Pandang Ke Timur. Citra Karya iaitu Rukun Negara. Perintah Am. Panduan Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ialah sebagai panduan. memupuk tangggungjawab bersama. Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Awam. Penggunaan Tanda Nama.Menurut Mok Soon Sang (2010). Cekap dan Amanah (1982). cekap dan berkesan. dan membentuk sikap yang Penggunaan kad perakam waktu bertujuan untuk memastikan anggota tiba di tempat kerja pada waktunya dan mulakan tugas dengan dedikasi. mewujudkan suasana sihat dan cekap. Kempen Bersih. Arahan Perbendaharaan. mengeratkan hubungan antara semua kakitangan kerajaan berwibawa sesuai dengan prinsip Rukun Negara. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) dan sebagainya. Dengan adanya dasar-dasar ini. Kepimpinan Melalui Teladan. 13 .

meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini dan mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai & etika kerja positif untuk kemajuan negara. Terdapat tiga strategi dasar ini iaitu program perubahan struktur. Ia merupakan kajian penelitian dan pemilihan contoh-contoh dan teladan terbaik daripada Negara Jepun & Korea Selatan melalui pengubahsuaian dengan keadaan di Malaysia. ia adalah untuk meningkatkan semangat motivasi penjawat awam itu sendiri. berdisiplin dan merupakan rekod kehadiran. perubahan sikap serta latihan dan kursus. menjadi ingatan untuk kerja terbaik. Selain itu. kempen ini adalah untuk mempertingkatkan semangat atau motivasi penjawat awam seiring dengan penerapan nilai-nilai islam dan Kepimpinan Melalui Teladan. Selain itu. Kempen bersih. Penggunaan tanda nama bertujuan untuk orang lain mengenali individu/ penjawat awam tersebut.mewujudkan sikap mementingkan masa. Objektif Dasar pandang ke Timur adalah untuk mewujudkan satu etika kerja dan sikap baru bagi meningkatkan mutu kerja penjawat awam. 14 . Dasar Pandang ke Timur adalah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 8 Febuari 1982. mambantu berkomunikasi. menjaga imej dan identiti diri dan menjaga disiplin dalam bekerja. cekap dan amanah adalah untuk mewujudkan satu etika dan sikap berkhidmat yang baru untuk meningkat hasil dan mutu.

Dasar penerapan nilai-nilai murni dalam pentadbiran adalah sebagai usaha untuk menerapkan nilai-nilai positif dan murni untuk diamalkan oleh semua penjawat awam dan masyarakat Malaysia. tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan membinasakan. menjatuhkan imej. Perintah 15 . Perenggan 4. negara. dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota kerajaan Malaysia. kerajaan dan jabatan. Taat setia menghendaki setiap kakitangan Perkhidmatan Awam pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada Yang di Pertuan Agong. DEFINISI NILAI TAAT SETIA DAN NILAI BERKECUALI Taat setia ialah patuh. Selain itu dasar ini adalah untuk Mewujudkan sebuah negara bahagia.Kepimpinan melalui teladan dilancarkan pada 19 Mac 1983. Ia bertujuan untuk menanam dan memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi. Nilai-nilai Islam boleh diamalkan oleh semua rakyat tanpa mengira agama. Objektifnya adalah untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang beramanah. Penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran awam adalah untuk menjayakan pentadbiran kerajaan. beridentiti dan disegani. menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dan menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. memalukan serta memburukkan organisasi.

Oleh yang demikian amat wajarlah setiap penjawat awam menumpahkan sepenuh taat setia mereka kepada Yang diPertuan Agong yang juga merupakan simbol kedaulatan negara kita. kerajaan berharap akan dapat melahirkan penjawat awam yang berdedikasi. negara dan kerajaan akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. tidak menghormati institusi raja serta melakukan penyelewengan dengan memberikan perkhidmatan yang mendatangkan faedah bagi pihak lain yang bertentangan dengan dasar negara. Di sebaliknya. komited. Penjawat awam yang taat dan setia kepada Raja. penjawat awam yang tidak taat dan setia akan selalu mempersoalkan dasar negara dan arahan kerajaan.Am. negara dan kerajaan. Kesanggupan untuk berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah disertai dengan semangat keikhlasan. taat setia serta patuh kepada arahan dan mempertahankan apa juga dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan rela hati tanpa rasa dipaksa. Tindakan sebegini akan menimbulkan masalah kepada organisasi. Bab ‘D’ (1980) menghendaki seseorang pegawai awam “pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tak berbelah bahagi kepada Yang diPertuan Agong. menjejaskan produktiviti negara dan boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan kerana sudah tentu akan menjejaskan keutuhan 16 . bertanggungjawab dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memajukan negara kita ini. kerelaan dan kesetiaan kepada Raja. negara dan kerajaan”. Dengan mematuhi Aku Janji ini. Dalam surat Aku Janji juga disebut mengenai nilai taat setia selaras dengan prinsip kedua Rukun Negara iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan negara“.

Nilai ini amat perlu untuk dihayati oleh setiap kakitangan demi mempertahankan kedaulatan negara. bangsa dan agama. dedikasi.Selain itu. Kerjasama antara penjawat awam adalah sangat penting. Antara larangan ketika bekerja dalam Perkhidmatan Awam ialah penjawat awam tidak boleh membelakangkan tangungjawabnya hanya untuk kepentingan peribadi. Peribadi taat dan setia tanpa berbelah bahagi kepada Raja.dan kestabilan negara. mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tanggungjawab dalam pekerjaannya. Sebagai pegawai Perkhidmatan Awam. Setiap penjawat awam perlulah bersikap positif. mereka juga ditegah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendirian atau pun kepentingan peribadi. mereka tidak dibenarkan membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tanggungjawabnya dalam pekerjaan hingga menjejaskan kewajipannya sebagai pegawai perkhidmatan awam. Selain itu. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi. jujur dan cekap ketika menjalankan tugas. Penjawat awam tidak boleh berkelakuan buruk yang boleh menjatuhkan imej perkhidmatan awam dan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awam. negara dan kerajaan akan meningkatkan keikhlasan dan keberkesanan kerja di kalangan penjawat awam kerana berkhidmat untuk negara adalah satu tugas murni serta menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia. penjawat awam tidak boleh membawa apa-apa pengaruh dan tekanan 17 . bertanggungjawab.

bil. 18 . Penjawat awam tidak boleh mengingkari perintah dan melakukan tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Penjawat awam juga tidak dibenarkan menyertai secara aktif mana-mana parti politik untuk mengelakkan kerajaan daripada menghadapi keadaan serba-salah. Perintah Am Bab ‘D’(1980) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan. ibu bapa. Seseorang pegawai pentadbiran awam tidak dibenarkan membuat pekerjaan luar melainkan pekerjaan berkenaan tugasnya. Penjawat awam hanya boleh berbuat demikian apabila diluluskan untuk berbuat demikian oleh ketua jabatan. Tuntutan yang dimaksudkan itu adalah tuntutan secara individu atau dalam kumpulan Perkhidmatan Awam. Penjawat awam juga tidak boleh membenarkan isteri. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sebarang bentuk hadiah. Nilai ini termaktub dalam perenggan 4. Satu lagi dasar yang sangat perlu dititikberatkan dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam bidang pendidikan ialah nilai berkecuali. Maksud berkecuali pula ialah melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa sebarang pengaruh dan terlepas dari sebarang tekanan luar berkaitan dengan tuntutan tugas awamnya. saudara mara atau mana-mana pihak untuk menerima atau memberi bagi pihak mereka. anak-anak. 30 (1974). Penjawat awam dikehendaki melaksanakan tugas mereka tanpa membawa apa.apa bentuk pengaruh atau tekanan luar berhubung dengan sesuatu tuntutan yang berkaitan dengan tugasnya.untuk menyokong dan memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung dengan perkhidmatan awam.

Teori organisasi 19 . penjawat awam perlulah melaksanakan tugas dan tanggungjawab berdasarkan prinsip berkecuali. KESIMPULAN Menurut MAMPU (2004). pemupukan nilai-nilai murni kepada penjawat awam sebagai anggota organisasi dilihat sebagai amat penting kerana sumber manusia merupakan aset yang amat bernilai kepada organisasi. Perkhidmatan awam jugalah yang menasihati dan memberi pandangan terhadap dasar tersebut.Para pentadbir perkhidmatan awam merupakan jentera pentadbiran yang bertanggungjawab melaksanakan dasar yang telah diutuskan atau digubal oleh pemerintah yang telah menjadi dasar kerajaan. Ia bermaksud bahawa sesebuah perkhidmatan awam mestilah bertindak secara bebas. Pegawai-pegawai perkhidmatan awam harus bersikap berkecuali semasa menjalankan tugas tanpa mengira siapa kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Oleh itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata dalam Bernama perkhidmatan awam perlu mengamalkan sikap berkecuali dan tidak memihak dalam politik dan menjalankan tugas mereka sebaik mungkin tanpa mengira parti mana yang memerintah. adil dan saksama.

Kegemilangan tamadun besar dunia seperti Islam.dan pengurusan lampau dan kini telah menyepakati perkaitan yang positif antara kualiti pekerja dengan tahap kecemerlangan organisasi. tekun. berani. mutu perkhidmatan sektor awam negara ini agak ketinggalan jika dibandingkan dengan sebelum ini berikut masalah sikap dan prestasi kerja kakitangannya yang belum mencapai tahap maksimum. Penanaman dan penghayatan sikap dan nilai-nilai murni serta etika kerja yang baik yang dilaksanakan oleh Kerajaan diharap akan menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau tatakelakuan penjawat awam. Menurut Ketua Setiausaha Negara dalam laporan akhbar Utusan Malaysia. adalah diharap nilai-nilai yang positif dan etika yang tinggi akan menghapuskan sikap dan nilai-nilai yang negatif di kalangan penjawat awam bagi membolehkan setiap anggota Perkhidmatan Awam menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan. Sehubungan itu. setia. India. Seterusnya. taat. Ini bersesuaian dengan pandangan Perdana Menteri Malaysia bahawa hanya dengan berfikiran positif dan global serta menghayati kesemua nilai dan 20 . Parsi dan Rom adalah bertunjangkan kualiti sumber manusianya yang sarat dengan nilai-nilai positif seperti berilmu. 2005. usaha untuk melatih anggota perkhidmatan awam perlu diteruskan dengan lebih agresif dengan objektif untuk memotivasikan dan menanam nilai berfikiran positif dan global. berdisiplin dan kuat bekerja.

menghasilkan kerja yang berkualiti dan bersama mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang unggul seperti yang diharapkan oleh negara. Mahathir Mohamad “Perkhidmatan Awam umpama tiang bagi memacu negara untuk terus maju. Bagi mengekalkan kemajuan negara.etika Perkhidmatan Awam. grow grains. Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) pula ialah `We must build people first before product or service’. kepincangan dan kelemahan yang ditunjukkan oleh setiap sektor kerajaan maka dilihat sebagai kelemahan kerajaan itu sendiri. sikap buruk seperti amalan rasuah dan menyeleweng perlu dihindarkan. Dalam apa juga keadaan peranan setiap pegawai kerajaan amatlah penting dalam pelaksanaan dasar awam.” Faktor penting penyumbang kepada kejayaan sesebuah negara atau organisasi ialah kualiti sumber manusia iaitu pekerja. Menurut Tun Dr. Penjawat Awam akan cemerlang dan ikhlas di dalam melaksanakan tugasnya. Pembentukan pekerja berkualiti amat penting `Quality service begins with a quality men’. if you want ten years of success. kepakaran dan komitmen daripada pegawai kerajaan amatlah mustahil dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah mencapai matlamatnya. Peribahasa cina pula menyebut ` If you want one year of success. Tanpa kebijaksanaan. grow trees. Tiang yang tegap akan kukuhkan negara. If you want 100 years of prosperity. grow men’ 21 . Justeru kegagalan.

22 . setiap pegawai atau kakitangan kerajaan perlu melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan berdedikasi sehingga boleh menggambarkan tahap integriti yang tinggi.Kesimpulannya.