You are on page 1of 1

TARIK UPIH

CARA PERMAINAN Permainan ini dimain secara berkumpulan. Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Upih ni boleh dinaiki oleh seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja. Biasanya yang lebih tua / besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya. Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan menarik peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan mereka akan bertukar peranan. Peserta kedua akan menarik peserta pertama ke garisan permulaan semula dan ini dianggap sebagai satu pusingan. Maka seterusnya ahli kumpulan yang lain akan meneruskan permainan sehingga semua ahli telah melakukan aktiviti

PERATURAN PERMAINAN 1. Seorang peserta akan menjadi penarik, sementara seorang lagi sebagai penunggang- duduk atas upih. 2. Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang. 3. Peserta perlu mengulang semula permainan sekiranya penunggangnya jatuh dari upih sebelum sampai ke garisan penamat. 4. Penunggang tidak dibenarkan untuk membantu penarik semasa pertandingan 5. Peserta yang mengganggu dan memasuki kawasan pihak lawan akan dikeluarkan dari pertandingan. 6. Peserta tidak dibenarkan menukar pasangan sebelum sampai ke garisan. 7. Peserta pertama perlu menunggu wisel ditiup sebelum memulakan permainan. 8. Penunggang dilarang sama sekali berdiri ketika permainan sedang berjalan.