You are on page 1of 30

http://tradisional-bib.blogspot.

com/ 1/2/2011 PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Batu Seremban

Pengenalan Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Posted by bib at 6:08 PM 9 comments

Permainan Gasing

Pengenalan Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Posted by bib at 5:34 PM 9 comments

Permainan sepak Raga

Pengenalan Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia Cara Bermain Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Posted by bib at 5:12 PM 3 comments

Permainan Wau

Pengenalan Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

wau sewah dan wau barat.Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung. wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. wau katak. Posted by bib at 6:47 AM 23 comments Congkak Pengenalan Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. wau jala budi. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. wau kucing. wau bayan. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan . Selain dijadikan bahan permainan. wau pari. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu. wau lenggang kebayan. wau merak.

ia berhak mengambil buah lawannya itu. Cara-cara Bermain Congkak a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. maka ia mati dalam kerugian. lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. batu-batu kecil dan sebagainya. buah getah. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca. (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah. (c) Jika ia mati di kampung sendiri. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.congkak. Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. maka ia boleh meneruskan permainan. biji saga. Lubang ini dipanggil "rumah". (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah . Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".

wikipedia. ensiklopedia bebas. Isi kandungan [sorokkan] • • • • • • • 1 Latar belakang 2 Asas permainan 3 Peraturan permainan o 3. sila lihat Congkak (filem).org/wiki/Congkak 1/2/2012 Congkak Daripada Wikipedia. Untuk filem. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.http://ms. Congkak yang digunakan oleh kaum bangsawan di Malaysia Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.1 Perbezaan peraturan 4 Cara membuat congkak 5 Lain-lain 6 Rujukan 7 Pautan luar [sunting] Latar belakang .

Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Pada zaman dahulu. Di sana. Pada hari ini. Bagaimanapun. sementara di kalangan rakyat jelata.[1] Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. di Filipina. Dari Timur Tengah. Selain orang Melayu. sungka. . permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. congkak dikenali dengan nama congklak. golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah. bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Di Asia Tenggara. keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Papan congkak berbentuk bangau menyudu. bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Di Indonesia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian. [2] Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. congkak dimainkan di seluruh dunia. congkak dikenali sebagai warri atau awari. [sunting] Asas permainan Permainan congkak melibatkan pengiraan.

atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masingmasing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Untuk memulakan permainan. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. hanya selepas membuat satu pusingan. pemain akan memulakannya dengan serentak. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya. dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.[3][4] Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.Dalam permainan congkak. 3. terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Ini dikenali sebagai "tembak". [sunting] Peraturan permainan Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[4][5] 1. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. Dalam permainan ini. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan. biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak. 2. pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. . Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri. ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain.

Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. buah congkak dikira dari rumah masing-masing. . Setelah tamat pusingan pertama. keruing. ia dianggap 'terbakar'. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan. [sunting] Cara membuat congkak Congkak plastik moden. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya. maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. 1. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua. Di akhir permainan. Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau. [sunting] Perbezaan peraturan Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka. maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. 2. nangka dan sebagainya. 5. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.4. balau dan sebagainya. setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah. mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Setelah dibelah. dan dengan pelbagai jenis rekaan. gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai.3. dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. dan biji getah. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable). Setelah siap. 8. apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan. buah saga. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’. 4. 5. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat. perang kemerahan.[5] . Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. 6. Namun demikian. kosmos. biji plastik. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. perang atau hitam. geometri dan sebagainya. buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap. batu kecil. 7. papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.

di dalam rumah. Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. dan bermain mengikut giliran. Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang. di taman atau di mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. di serambi rumah.5 atau lebih tiada had tiada had Rendah Melambung. karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga. . menangkap Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Para pemain duduk di atas lantai. biji getah. Guli kaca. manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Selambut Pemain Julat umur Masa penyediaan Masa permainan Peluang rawak Kemahiran yang diperlukan 1 . lazimnya sebanyak lima biji.Selambut Daripada Wikipedia. anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan. Selain itu. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung. pasir dan sebagainya juga digunakan. ensiklopedia bebas.

Jan jan jala atau jala itik/itek merupakan lagu yang dimainkan bersama oleh kanak-kanak masyarakat Melayu. pemain yang masih di ruangan tengah itu akan ditangkap dan dikira kalah dan didenda. ensiklopedia bebas. [sunting] Lirik lagu jan jan jala jala itik jala ayam berapa lubang kancil? seratus lima puluh panggil nenek moyang makan sirih mulut meeeeeerah . Lazimnya. permainan ini perlu dimainkan lebih daripada empat orang.Jan jan jala Daripada Wikipedia. Pemain lain akan memasuki ruangan itu ketika lagu dinyanyikan dan sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan. Dua orang akan saling berpaut pada bahu masing-masing atau memegang tangan masing-masing dan meninggalkan ruang tengah untuk memberi laluan.

Jika pemain berjaya menamatkan 9 "ting" dan 2 "Brak" tanpa menjatuhkan "buah". Siapa yang jauh mendapat hak bermain yang pertama. Keselamatan tapak perlu dititikberatkan kerana tapak tidak mudah dipindah-pindahkan. Sebelum itu "buah" untuk permainan mesti disediakan. mereka memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas tapak permainan. Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap menunjukkan kewibawaan mereka. Di samping itu. Gelanggangnya terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa yang menampakkan imej sebuah "kapal terbang". . Permainan ini popular dengan nama "Jengkek Kapal Terbang". Namun. Permainan ini nampak mudah tetapi akan menyusul pelbagai halangan yang semakin lama semakin sukar. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Ini bermakna pemain seterusnya mendapat peluang berjengkek. untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan. satu undian yang unik dijalankan. Kawasan bermain jengkek ini tidak perlu luas. maka dibersihkan dahulu. Memadai jika kawasan itu dapat menampung 8 buah petak. kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. permainan ini dimainkan oleh 2 orang. Paling kurang.com/page_pengenalan. Kemudian masing-masing melempar "buah" secara membelakang. Namun. Jika terdapat tunggul atau kayu. ianya diperbuat daripada sesuatu objek yang agak sesuai contohnya kepingan papan penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar hasil lemparan nanti lebih mantap. tidaklah terlalu janggal sekiranya kanak-kanak lelaki pun turut bermain sama. sejauh yang mungkin. dia perlu melambung "buah" dan menyambutnya secara kaut dengan kedudukan tapak tangan menghala ke bawah. secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Jika "buah" terjatuh. Di sebelah kanan pada petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang dipanggil "tangga" yang kelihatan seperti ekor kapal terbang. Dalam pusingan pertama pemain disyaratkan membawa "buah" dengan cara menatangnya di atas belakang tapak tangan.php? p=2&idstopic=29&idskandungan=101&id=428&mtopic=3 Jengkek Kapal Terbang Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan memandangkan sebahagian besar pemain yang mengambil bahagian ialah kanak-kanak perempuan. Bagi menentukan siapa yang layak mula dahulu. Namun begitu. Sedar dan tahu pentingnya keselamatan. tentu lebih seronok. pemain dikira "mati". "kapal terbang" itu diperolehi daripada petak atau gelanggang itu yang khusus dibina untuk bermain.http://www. Masing-masing berdiri bahu-membahu membelakangi garisan tadi.memori-kedah. Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang. Terdapat lima petak empat segi yang dilakarkan sebaris. Jika lebih ramai yang terlibat.

Sistem undian yang unik dijalankan. Nilai juara dalam permainan tingting kapal terbang terletak pada "kemewahan" iaitu banyaknya "rumah" yang berjaya dimiliki seseorang pemain. Seandainya "buah" yang dilemparkan mendarat di "rumah" sendiri. saling menghormati dan kesabaran. tolak ansur. Pemain lain boleh bertingting di petak "rumah" orang dengan kebenaran tuannya. timbang rasa. maka rumah itu di kira "hangus" iaitu bertukar menjadi petak semula dan pemain dikira "mati". Sebenarnya.Kemudian barulah dia berhak mendapatkan "rumah". pemain lain tidak boleh bertingting lagi dalam petak "rumah" orang. Satu garisan panjang dilakarkan di atas tanah. Salah seorang pemain Pemain berjengkek memasuki . Namun bukanlah secepat dan semudah itu menukarkan semua petak menjadi "rumah". Malah permainan itu terpaksa ditamatkan apabila semua petak sudah bertukar menjadi "rumah". "Buah" mestilah mendarat di mana-mana petak iaitu dengan melempar membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Giliran pemain ditentukan dengan melihat jarak masingmasing dari garisan. permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat kerjasama. masing-masing berdiri bahu membahu membelakangi garisan dan melemparkan "IBU" sejauh yang mungkin. Dengan itu. Nama "Kapal Terbang" itu diperolehi daripada gelanggang yang disusun sedemikian rupa dan merupakan imej sebuah kapal terbang. Lakaran gelanggang "Jengkek Kapal Terbang".

kesemua petak dan terpaksa melangkah terus dari petak 3 ke petak satu kerana petak nombor 2 sudah ada tuan rumah. Permainan Jengkek Kapal Terbang dan juga dikenali sebagai Tinting Kapal Terbang.berjengkek dengan membawa "IBU" di atas tangan mengelilingi petak-petak tersebut. Batu Selambut .

bermain selambut dengan peserta yang sedikit jauh lebih baik dan menyeronokkan berbanding dengan bermain beramai-ramai. Asalkan ada permukaan rata. kali kedua 2 butir dan seterusnya sehingga habis dikaut.10 butir dan inilah satu-satunya alat dalam permainan ini. Permainan selambut tidak memerlukan kawasan yang luas. Khas di sini bermaksud batu itu memiliki ciri-ciri tersendiri terutama untuk membezakan dengan batu-batu lain. permainan pun dimulakan. Apabila anak-anak batu dialih posisinya. permainan ini juga ada aspek kemahiran yang hendak ditonjolkan. diam-diam pemain lain melakukan sebotaj. di halaman. Dalam set anak batu itu. Anak-anak batu yang tadinya berlonggok akan dikira. Namun pastinya tumpuan si pemain . Agak janggal jika dimainkan oleh kanak-kanak lelaki walaupun penyertaan mereka biasa dilihat. di kolong rumah. Barangkali maksimum 5 orang sudah dianggap ramai kerana undang-undang secara giliran.Selambut atau seremban adalah satu permainan yang mampu mengisi matlamat tersebut. Memandangkan kaedah bermainnya yang lembut nyata permainan ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan. malah di taman sekalipun. Selambut adalah sebutan di sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung. permainan ini tidak memerlukan waktu yang khusus. Jumlah anak batu adalah ditentukan oleh pemain. Pendek kata tangan si pengasar memang tidak menjadi untuk bermain selambut. Permaian selambut agak pasif. Setiap pemain bermain dengan cermat dan berhati-hati kerana konsep permainan ini adalah mengumpul mata. permainan ini pasti boleh dimainkan. maka permainan kali itu menggunakan 7 anak batu sahaja. Selalunya ketika asyik melangut memerhatikan pergerakan batu itu. Gangguan kedua ialah apabila pemain lain menyambut batu ibu yang dilambung. Biasanya cara yang dilakukan ialah mengalih anak batu. ada sebutir anak batu khas yang dipanggik "ibu". Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah. atas gangguan ini biasanya pemain mahu mengulang semula permainannya. Jika sepakat. Malah permainan ini tidak memerlukan penumpuan serius sewaktu bermain seperti bermain permainan-permainan lain. Tidak dapat dinafikan memang ada gangguan dalam permainan selambut terutamanya apabila peserta yang menunggu giliran berasa bosan kerana sudah lama menunggu. Dalam set anak batu itu. Sering dirasakan. Di negeri-negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Khas di sini memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Setelah mengetahui giliran masing-masing. Kemahiran yang diperlukan dalam permainan ini adalah kemahiran melambung dan menyambut anak batu dengan gaya tersendiri lagi lembut. Teknik-teknik mengutip anak batu adalah seperti berikut: • • Kaut satu per satu Kaut beransur-ansur. Namun sebagaimana permainan lain. Dilihat dari segi masa bermain. serambi. Misalnya kali pertama 1 butir. Selambut memerlukan set anak batu berjumlah 5 . hendak menggunakan anak batu. Tujuannya adalah untuk memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. si pemain pasti gelabah dan hilang tumpuan kerana terkaut lantai kosong. ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu".

Jika diteliti pemain ini memerlukan kemahiran. 10 atau 11. Permainan ini adalah daya kreatif kanak-kanak. Apa yang penting bagi kanak-kanak ialah keseronokan bermain bukan keindahan objek itu. tentu sahaja permainannya menelan waktu yang panjang. Pemain mesti menjangka masa di samping pantas dan cekap. Terdapat juga congkak yang dibuat di atas tanah. Saksikan sendiri bagaimana pemain selambut mengutip anak batu tanpa memandang ke lantai. Ini kerana sifat semulajadi yang ada pada mereka. mereka mencari permainan yang boleh dimainkan di dalam keadaan begitu. Ada yang 7. anak-anak batu atau guli kaca. mereka terpaksa berperap di rumah.sudah terjejas. Selalunya congkak ini dimainkan di dalam rumah. Pendek kata. di anjung atau di serambi. Congkak ialah sejenis permainan yang dapat mengisi tujuan tersebut. Antara objek yang biasa digunakan ialah biji asam jawa. Jika jumlah lubangnya banyak. Permainan batu selambut biasanya dimainkan oleh kaum wanita. Mereka mengorek lubang-lubang yang betul-betul menyerupai congkak biasa di permukaan tanah. 8. Bagi menghilangkan kebosanan. buah getah. 9. Jumlah lubang pada congkak tidak tentu. Berkenaan buahnya pula. Demikianlah pemain selambut. badannya diperbuat daripada kayu yang mudah dialihkan ke mana-mana. Pada musim hujan misalnya. di kira beres. Congkak Bukan sepanjang masa cuaca mengizinkan kanak-kanak bermain di laman atau persekitaran yang luas dan terbuka. Namun masa beredar dan permainan ini sudah diubahsuai mengikut citarasa pemain masa kini. pelbagai bahan digunakan. Begitulah pemain selambut. tetapi yang paling popular sekali ialah 7 lubang. asal sahaja objek itu dapat memjayakan hasrat permainan. Congkak biasa. Sekali imbas nampak pasif dan mudah. .

Individu yang kerap bermain congkak akan cepat mahir. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. di sebelah kiri pemain sahaja.Congkak dimainkan oleh dua orang yang duduk bertentangan. Permain congkak perlu berfikir. Jadi. menyusun strategi dan membuat congakkan. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih berseorangan mengkaji pergerakan "buah" sehingga formula rahsia untuk menjadi juara tersimpul dalam mindanya. dia dikira kalah. mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan "lubang ibu" (lubang besar dihujung). Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. tentunya mereka bertimpuh dengan sopan. dia boleh bergerak mendahului lawannya. Siapa lebih cekap. Congkak perlukan kecekapan. maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya. Pemainpemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Pergerakkan permainan "mati" apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong. 5. tentunya mereka bersila sahaja. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan lawan dalam permainan yang akan datang. maka ada tujuh buah dalam setiap lubang. tempat pemain "mati" itu pada baris di hadapan si pemain. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya. Semasa bergerak. Kalau kanak-kanak lelaki. 3. Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Congkak adalah sejenis permainan yang dimainkan untuk mengisi masa lapang. Jika ada 1. 4. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung. Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. 2. Jika lubang kosong. Permainan ini dimainkan oleh . Kalau kanak-kanak perempuan. 6 dan 7 lubang misalnya. jumlah buah yang diperlukan adalah 7x7=49. Permainan dijalankan serentak.

Kesemua permainan tersebut mempunyai implikasinya yang tersendiri. .permainantradisi. guli. Antara permainannya ialah galah panjang.kaum perempuan terutama golongan remaja. penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. teng-teng. http://www. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti:  Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga. Permainan yang telah dibincangkan ialah permainan tradisional masyarakat Melayu. masyarakat)  Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki)  Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing)  Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju)  Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam)  Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain)  Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran)  Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat)  Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri)  Memiliki semangat kerjasama (menghakis pera 6/2/2012 IMPLIKASI PERMAINAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN saan •Sesuatu permainan yang dimainkan mempunyai implikasi tersendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran. •Antara implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri.com/ 6/2/2012 Bagi permainan tradisi. Oleh yang demikian semangat kerjasama tersebut akan meresap dalam jiwa pelajar dan akan dapat diterapkan dalam setiap aktiviti pembelajaran seterusnya dapat mengembangkan minda pelajar. congkak. dan batu seremban. Walaupun begitu. Hal ini kerana dalam sesuatu permainan kerjasama amatlah penting.

Setiap permainan yang diceburi oleh kanak-kanak juga dapat menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan gembira dan keseronokan semasa bermain. Ia juga amat berkesan dan dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif. bermain turut membantu kanak-kanak mengembangkan inisiatif. Justeru bermainadalah urusan yang serius kepada kanak-kanak kerana aktiviti tersebut juga membantumereka memperkembangkan sikap yang positif dalam pembelajaran. •Seterusnya guru dapat mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran yang berlaku dalam matapelajaran tertentu seperti Matematik serta dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang dipelajari. kritis serta inovatif di kalangan kanak-kanak. bermainmemberikan kanak-kanak peluang untuk belajar pelbagai kemahiran yang akanmeninggalkan kesan jangka panjang terhadap perkembangan mereka (Papalia 1996). dalam aktiviti permainan ini juga dapat menggalakkan persaingan yang sihat antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat j uang yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap sosial kanak-kanak dan mewujudkan interaksi antara mereka.menggerakkan proses intelektual.Kanak-kanak juga dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan mengikuti dan memahami setiap peraturan permainan. proses pembelajaran kanak-kanak akan lebih menyeronokkan disamping dapat belajar kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan contohnya mengira dan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. regulasi diri dan kemahiran sosial (Hoffeth & Sandberg 2001) . Disamping itu ia juga dapat melatih pelajar supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Melalui bermain anak-anak dapat melihat diri mereka sendiri sebagai “pelajar” kerana semasa bermain mereka biasanya akan menyelesaikan masalah berkaitan dengan hubungan sosial. Tegasnya. Selaindaripada meningkatkan kemahiran motor. dan mengawal atau menyesuaikan dengan emosi danmemperoleh serta mempertingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian. •Ini dapat dirumuskan bahawa dalam aktiviti permainan juga terdapat proses pembelajaran yang positif yang dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Sesetengah permainan mereka juga perlu menunggu giliran di samping belajar bersabar. •Selain daripada itu. bangga diri) 7/2/2012 KEPENTINGAN BERMAIN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK Bermain penting kepada kanak-kanak kerana melalui aktiviti tersebut mereka belajar mengenal persekitaran sosial dan fizikalnya malah dapat memberi peluang kepada merekauntuk menguasai kemahiran baru di samping memperkembangkan konsep dan pengalaman.Bermain juga boleh menggalakkan pengetahuan yang perlu untuk dikaitkan dengan cabaranyang bakal dihadapi secara efektif apabila mereka bersekolah kemudian nanti.

Oleh yang demikian. Antara implikasi permainantradisional ialah ia (i) membentuk disiplin kerana ciri .Terdapat pelbagai faedah bermain jika dilihat daripada aspek psikologi perkembangan. Pandangan al-Ghazali ini selari dengan pepatahInggeris yang berbunyi all work and no play make Jack/Jill a dull boy/gi IMPLIKASI PERMAINAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN KESEJAHTERAANKANAKKANAK Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu tradisional mempunyai pelbagai jenis permainan (tradisional) untuk kanak-kanak Menurut Shamsul Anuar dan Ahmad Shahar (2005). Antara perkembangan positif yang diperoleh daripada aktiviti bermain adalah berkaitandengan kesihatan dan perkembangan fizikal kanak-kanak (Sutterby & Frost 2006). permainan tersebut memberikan kesan yang positif dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dari aspek fizikal. bermain memberi peluang kepada kanak-kanak belajar cara berhubung atau berinteraksi dengan orang lain. Bermain penting menurut al-Ghazali (1988) kerana ia berupaya merehatkan fizikal dan minda daripadakeletihan yang dialami di sekolah. Dalam konteks perkembangan sosial. Rubin dan Clark (1983) bersetuju bahawa kanak-kanak yangterlibat dengan peraturan dan bersosial semasa bermain cenderung untuk menjadi orang yang paling popular dalam kumpulannya dan seterusnya lebih berjaya dalam kemahiran sosialmereka.Ahli-ahli teori psikologi terkemuka iaitu Freud dan Erikson mendapati bermainmembantu kanak-kanak mengatasi kebimbangan dan konflik dalam kehidupan seharian dansecara tidak langsung dapat meningkatkan perhargaan kendiri (Santrock 2004). penghargaan kendiri kanakkanak akan meningkat. Aktiviti bermain secaratidak langsung membantu kanak-kanak bersosial dengan ahli kumpulan iaitu apabila merekaditerima dan menerima rakan-rakan dalam kumpulan. apabila kanak-kanak berada dalam kumpulan dan berfungsi sebagai ahli kumpulanyang berkesan. Kanak-kanak akan merasa terkongkong. Kajian-kajian yangdijalankan oleh Roskos dan Christie (2007) serta Sawyer dan DeZutter (2007) pula mendapati bermain penting untuk perkembangan kognitif kanak-kanak. melemahkan otaknya dankecerdasannya akan terjejas. bermain boleh meningkatkan penerokaan persekitaran dan menyediakan “tempat selamat” bagi kanak-kanak untuk mencuba sesuatu yang baru. ini akan mematikan hatinya. bosan dengan aktivitiharian yang sama dan terbatas sehingga menyebabkan mereka memberi alasan yang tidak wajar untuk melepaskan diri dari keadaan ini. prasekolah digalakkan menggunakan pendekatan “belajar melalui bermain” kepada kanak-kanak.Selain daripada pandangan pengkaji-pengkaji barat. tokoh psikologi Islam iaitu al-Ghazali juga menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain. Rubin dan Clark (1983) pulamendapati kanak-kanak yang terlibat dengan permainan sosial lebih rapat (attached ) dengan rakan-rakan dan ibu bapa berbanding kanak-kanak yang tidak terlibat dengan permainan social. Menurutnya lagi. Ia menggalakkan kanak-kanak untuk berbual. Hal ini penting dan menjadi asaskepada perhubungan mereka apabila dewasa kelak. emosi dan intelektual. Malah. Aktiviti tersebut membantu perkembangan motor kasar serta melancarkan pergerakan otot dan saraf yangseterusnya menyumbang kepada kualiti kesihatan yang lebih baik. sekiranya kanak-kanak dilarang bermaindan hanya dipaksa belajar. Dengan bermain seperti kejar mengejar. motivasi untuk belajar semakin berkurang dan kecenderungan menuntut ilmu pengetahuan yang diwajibkan dalam Islamakan diabaikan (Wan Azreena 1994). sosial. memperkembangkan kemahiran berbahasa dan mengira. Akibatnya. Menurut Katz(1993). menolak dan menarik kanak-kanak akan bergerak aktif malah pada masa yang sama mereka juga perlu berfikir dan berkomunikasi.

Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan UKM pada 1998mendapati 12. Apa yang jelas daripadakajian itu yang boleh dikaitkan dengan isu yang diperkatakan di sini ialah kehidupan kanak-kanak yang semakin kurang aktif kerana jenis permainan yang dilakukan.5 peratus kanak-kanak lelaki dan lima peratus kanak-kanak perempuan yangdikaji adalah obes. (v) mengeratkan hubungandengan keluarga. Dapatan kajian juga menunjukkan pendedahankepada permainan video berbentuk ganas meningkatkan kebangkitan fisiologi (physiologicalarousal) dan pemikiran serta perasaan yang berkaitan dengan . Data daripada kajian mengenai obesiti dan diabetik umpamanyanya telahmengaitkan bagaimana penyakit yang dialami oleh kanak-kanak pada abad ini mempunyaikaitan dengan pola dan struktur permainan ( Ismail & Tan 1998). Kajian-kajian berbentuk eksperimen mahupun bukan eksperimen di makmal danlapangan menyokong kesimpulan tersebut. (iii) meningkatkan komunikasi di antara para pemain. Buckley & Anderson 2006 Menurut Buckley dan Anderson (2006). (ii) melahirkan sikap toleransi di kalangan kanak-kanak kerana mereka perlu bekerjasama dan saling bantu membantu.Selain itu masalah-masalah sosial yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak danremaja boleh dilihat sebagai manifestasi daripada perubahan pola bermain. Penemuan daripada kajian serupa yang dilakukan oleh kumpulan yang samakemudiannya mendapati kaitan antara obesiti dengan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak (Sidik & Ahmad 2004). permainan video boleh dikaitkan denganobesiti. Anderson & Dill 2000. yangdilakukan bersendirian terutamanya di hadapan layar komputer atau televisyen danmengasyikkan pula. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkankesan negatif permainan video terhadap kanak-kanak (Anderson 2004. (vi) memupuk sikap bertanggung jawab dan juga(vii) melatih kanak-kanak berjimat dan membentuk kreativiti kerana permainan menggunakan peralatan daripada bahan terbuang atau alam semulajadi Walaupun permainan meninggalkan kesan yang positif terhadap perkembangan kendiridan kesejahteraan kanak-kanak tetapi apabila struktur permainan telah berubah terutamanyasejak kebelakangan ini maka tidak dapat tidak permainan yang “baru” itu turut meninggalkan kesan sebaliknya. Anderson & Bushman. Sebagaimana yang dijelaskan di atas kebanyakan permainan masa kini adalah mainan berstruktur.utama permainan ialah peraturan yang perlu dipatuhi. Bermain secara berkumpulan di halaman rumah boleh memupuk semangat kerjasama di sampingmemperkembangkan kemahiran sosial. Kajian-kajian berbentuk analisis-meta (menganalisakajian-kajian lepas) mendapati permainan video berbentuk ganas meningkatkan tingkah lakuagresif kanak-kanak dan juga golongan dewasa (Anderson 2004. rakan-rakan dan jiran. komunikasi yang terlibat sangatterhad dan hampir tiada kontak mata antara individu kerana perhatian yang sepenuhnyaterhadap layar yang memaparkan permainan. penurunan tingkah laku prososial dan peningkatantingkah laku agresif kanak-kanak. (iv) meningkatkan ketahanan fizikal dan daya saing. Sebaliknya bermain bersendirian seorang diri dihadapan layar komputer atau play station menonton video dan televisyen bersendirianmenyebabkan isolasi sosial dan membataskan kemahiran berkomunikasi. Kanakkanak boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya dihadapan layar dan pada masa yang sama menikmati makanan ringan yang mudah puladidapati. pencapaian akademik yang rendah.2001). Walaupun permainan layar juga dimainkan bersama individu lain.

ibu bapa.Permainan video yang direka untuk mengajar kanak-kanak diabetik menjaga kesihatanmereka juga didapati meningkatkan pengetahuan tentang penyakit diabetes dan penjagaandiri pengidap. permainan layar (video dan komputer) yang berbentuk pendidikan memberikan implikasi yang positif terhadap kanak-kanak.keganasan (Buckley &Anderson 2006). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana permainan video ganas sering memaparkanaksi tangkas yang menarik perhatian kanak-kanak dan mempunyai unsur suspens berbandingdengan permainan video berunsurkan pendidikan. Selain itu.Walaupun permainan layar boleh memberikan kesan yang positif bergantung kepada jenis perisian dipaparkan. dapatan kajian menunjukkan perkaitan di antara penggunaan permainan video dengan tingkah laku kesihatan yang positif dan peningkatan tahap kesihatan(Lieberman 1997).Walau bagaimanapun. Oleh itu. 2007) mendapati kesan positif penggunaan permainan videoterhadap perkembangan pembacaan awal dan pengetahuan matematik kanakkanak. Format permainanvideo/komputer telah digunakan sebagai alat bantuan mengajar terutamanya untuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dan mengidap penyakit tertentu. 2007). Kajian Murphy danrakan-rakan (Dubow et al. keluarga danmasyarakat memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti bermain kanak-kanak . kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur baik lelaki mahupun perempuan sering memilih permainan video berbentuk keganasan (Dubow et al.

di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih.com/v1/permainan-tradisional/ 7/2/2012 BATU SEREMBAN @ SELAMBUT @ SEREMBAT Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai. biji getah. Menentukan Giliran . Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.http://puadede. di serambi rumah. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Guli kaca. ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji.

kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu. sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah. tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. ketiga dan seterusnya. kedua. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat. dan ibu hendaklah dilambungkan keudara. ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu. berkeadaan buahbuah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai. apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. sebiji lagi buah hendaklah dikutip.Sebelum permainan dimulakan. Buah Enam . Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara. seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah. pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai. kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan. pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata.Ditahap buah enam terdapat perbezaan. buah satu dan seterusnya sehingga mati. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk. Jan Jan JALA ITIK Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling ramai. mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Berapa lubang kancil? . Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. sehingga selesai. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas. bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Cara Bermain Dua orang dipilih menjadi ketua. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain. Tiada sebarang alatan diperlukan. maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan: “Jan-jan jala Jala itik jala ayam. maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. . Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu.Seratus lima puluh. satu garisan dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Bagaimanapun. pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan. Makan sirih mulut merah. kerana mempunyai ahli yang paling ramai. pasukannya dianggap menang. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang pinggang. Kemudian permainan dimulakan semula seperti awal tadi. seperti tarik tali. sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing.” Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan. Sebaliknya. Maka dia boleh meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk mengimbangi pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Singgah Cik Dayang singgah. Pertukaran Pemain Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya menarik pasukan lawan melintasi garisan itu. rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan jumlah ahli setiap pasukan. Jika tidak mahu membuat pertukaran. maka dia dianggap kalah. permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang. satu perlumbaan dilakukan. pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal. Menentukan Pemenang Sebaliknya jika ini terjadi. dengan ahli lain membantu. ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Untuk itu. Kedua-dua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain. Menentukan Pemain Setelah itu. jika pasukannya gagal berbuat demikian.

Membentuk disiplin Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional melayu ialah terdapatnyaperaturan atau undang-undang permainan. Cara inimemudahkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu samalain. kanak-kanak ditanamkandengan perasaan hormat-menghormati keputusan pengadil dan menghormatipasukan yang menang atau kalah. jujur dan amanah juga boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak yangmana mereka boleh mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya. permainan yang berbentukpermainan keluarga juga penting kerana ia berpengaruh untuk mewujudkanperasaan hormatmenghormati antara ahli keluarga 3. Ahli kumpulanbiasanya akan sentiasa bekerjasama untuk memperolehi kemenangan. 5. Antaranya ialah : 1. Inimembantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.beberapa nilai juga boleh diambil untuk membentuk jati diri masyarakat kita sejakdaripada kanak-kanak lagi. 2. Berkomunikasi dan berinteraksi Kebanyakkan permainan tradisional melayu dimainkan secara berkumpulan. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi ini boleh diamalkan sepanjangmasa. ia berupaya memberi satu kesan yang positif dalamperkembangan kanak-kanak yang boleh diperolehi. 4. Lantaran itu. kanak-kanak mudah diasuh untuk bekerjasama sesama rakan dan bantumembantuantara satu sama lain. amanah dan jujur. kanak-kanak akan menerima pendidikanyang tidak formal. Ini secara tidak langsung membentuk disiplindiri pemain-pemain agar mematuhi peraturan. Melahirkan perasaan toleransi atau tolak ansur Secara tidak langsung permainan tradisional ini turut menyemai perasaantoleransi atau tolak ansur di kalangan kanak-kanak melalui permainan.Rajah 6: Permainan batu seremban jugamemerlukan kerjasama yang tinggi antarapemain. . Sabar. Inimembantu dalam membentuk kanak-kanak menjadi manusia yang bolehdipercayai.NILAI-NILAI MURNI DALAM PERMAINAN TRADISIONAL Keistimewaan permainan tradisional melayu ialah nilai-nilai murni yang bolehdiperolehi daripadanya melalui permainan. jujur dan amanah Sifat sabar. Menanamkan perasaan hormat-menghormati Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional. Di samping itu. Pemain-pemain akan dibatasidengan peraturan ketika bermain. Dalam permainan batu seremban.

9. Suasana ini akanmewujudkan ikatan kekeluargaan yang lebih erat sesama ahli keluarga.Mereka amat berasa gembira dan bersuka ria bersama-sama. Ini melatih kanak-kanak menggunakan masa mereka dengan cara yangberfaedah. Mengeratkan hubungan kekeluargaan Sesetengah permainan tradisional boleh dimainkan bersama-sama ahli keluarga. Kanak-kanak bermain setelah selesaidaripada melakukan keja sekolah atau tugasan yang diberikan oleh ibu bapamereka. Menghargai warisan bangsa Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat bernilai. Bertanggungjawab Dalam permainan tradisional. ia juga mengelakkan kanak-kanak membuang masadengan aktiviti yang tidak berfaedah. 11. Apabila kanak-kanak sering bermainnya. ia akan membantu mengekalkan permainan ini. ada yang menggunakan peralatan daripada bahan-bahanterbuang atau pun bahan-bahan yang boleh diperolehi tanpa . Mengelakkan pembaziran Kebanyakkan permainan tradisional tidak menggunakan peralatan tertentu. Ini menanamkan semangat juang dan daya saing yang tinggi terhadapkanak-kanak dan mereka boleh menyemarakkan semangat dalam kegiatanseharian mereka. mencintai danmenyanjungi permainan warisan bangsa melayu. kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan rakansepermainan yang utama. ia akan mengeratkan lagikemesraan dan ikatan persahabatan yang lebih akrab antara satu sama lain. 7. Dalam pada itu. 12. Dengan cara ini. permainan tradisional dimainkan oleh kanak-kanak pada waktupetang atau masa lapang yang lain. pemain-pemain lazimnya akan diberikan peranantertentu etika bermain. 8. 10. Hubungan dengan rakan-rakan dan jiran Di samping ahli keluarga.6 . Melalui permainan. ia dapat membentuk ketahanan fizikal kanak-kanak. Menggunakan masa dengan berfaedah Kebiasaannya. kanak-kanak dapat dilatih bagimemegang suatu tanggungjawab tertentu. Di samping itu. kanak-kanak akan sentiasa menghargai.Walau bagaimanapun. Ketahan fizikal dan daya saing Melalui permainan tradisional. Ini sedikit sebanyak membantumelatih kanak-kanak agar bertanggungjawab.

nilai-nilai murni yag dinyatakan di atas.kecekapan dan sebagainya. Antaranya ialah ia dapat menanamkan semangat patriotik. Keadaan ini akan melatih kanak-kanak agar berjimat cermat. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkandaripada berlakunya pembaziran.mengeluarkansebarang perbelanjaan. banyak lagi nilai-nilaimurni yang lain.Di samping itu. kerajinan. Kesimpulannya. permainan tradisional melayu dapatmemberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak .